Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 12, 2009

Dilema Perak: Sidang DUN Tergempar atau Pilihan Raya Negeri?

1. Keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak harus dihormati. Sama seperti kita juga berharap mereka yang bersorak-sorai atas keputusan mahkamah ini menerima juga keputusan lain walaupun tidak selari dengan kepentingan mereka.

2. Apakah erti keputusan ini? Keputusan Mahkamah ini menunjukkan hanya ada tiga cara untuk seseorang Menteri Besar hilang jawatan iaitu sama ada:

a. Beliau meletak jawatan
b. Dewan Undangan Negeri Dibubarkan
c. Undi Tidak percaya dalam Sidang DUN.

[Sungguhpun begitu ini bukanlah tafsiran muktamad kerana keputusan ini masih terbuka kepada usul penangguhan dan rayuan. Hakim semalam hanya menolak permohonan penangguhan secara lisan sebaliknya mengarahkan permohonan bertulis untuk penangguhan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.]

3. Oleh kerana Nizar tidak mahu meletak jawatan dan Tuanku Sultan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, maka kaedah yang terbaik ialah menerusi Usul Undi Tidak Percaya atau Usul Undi Kepercayaan terhadap Menteri Besar.

4. Saya pasti ini juga tidak akan dibuat oleh Pakatan Rakyat kerana mereka hampir pasti akan kalah. Sebab itu Nizar berjumpa Tuanku dengan segera setelah mendapat khabar beliau hilang sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri untuk membubarkan DUN.

5. Secara peribadi saya berpendapat Tuanku Sultan Perak bertindak betul dengan menukar Menteri Besar Perak kepada seseorang yang baginda percaya mendapat sokongan majoriti. Ini kerana adalah tugas Tuanku Sultan memperkenankan pelantikan Menteri Besar yang beliau percaya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

6. Ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menyoal semangat demokrasi yang kononnya dimusnahkan oleh Barisan Nasional di Perak.

7. Hakikatnya semangat demokrasi telah musnah sebaik sahaja Nizar yang hilang majoriti sokongan ADUN Perak enggan meletak jawatan. Ini kerana Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti ADUN hanya mempunyai dua pilihan iaitu memohon pembubaran Dewan atau meletak jawatan.

8. Secara semangat demokrasinya dan juga semangat undang-undang tubuh negeri, jika permohonan membubarkan DUN tidak diperkenan oleh Tuanku, maka Menteri Besar dan para EXCOnya sewajarnya melepaskan jawatan mereka. Ini tidak berlaku walaupun Tuanku mempunyai justifikasi yang sangat jelas mengapa baginda enggan membubarkan DUN.

9. Tempoh pilihan raya yang berlaku tidak sampai separuh penggal menyebabkan Tuanku Sultan enggan membubarkan DUN. Apatah lagi jika diadakan pilihan raya lagi pun, apakah politik akan stabil atau terus berkocak jika keadaan masih sama dengan mana-mana parti mendapat lebihan dua atau tiga kerusi.

10. Dengan kata lain, Baginda mungkin melihat satu lagi pilihan raya baru belum tentu menjanjikan kestabilan politik di Perak jika keputusannya lebih kurang sahaja.

11. Janganlah kita bicarakan soal semangat demokrasi dalam krisis di Perak untuk menyalahkan Tuanku Sultan Perak atau Barisan Nasional. Semangat demokrasi telah dimusnahkan lebih awal dengan keengganan Menteri Besar yang telah menjadi pihak minoriti di DUN Perak untuk melepaskan jawatannya.

12. Kita boleh berbicara soal memberi peluang rakyat menentukannya semula namun hakikat yang pasti ialah kedudukan Menteri Besar ditentukan oleh sokongan majoriti ADUN, bukannya melalui pilihan raya umum atau pengutan suara. Ini merupakan sistem asas dalam pilihan raya perwakilan di Malaysia dan juga England serta beberapa buah negara bekas jajahan Inggeris yang lain.

13. Justeru adalah wajar jika Dewan Undangan Negeri Perak bersidang dan mengadakan undi menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti. Namun ini tidak mungkin berlaku dalam keadaan semangat demokrasi manusia-manusia budiman (gentleman).

14. Ketika Tuanku melantik Datuk Seri Dr. Zambry sebagai Menteri Besar kerana beliau mendapat sokongan majoriti ADUN Perak, Baginda tentu tidak menyangka tafsiran undang-undangnya difahami berbeza oleh hakim lain.

15. Tuanku bertindak secara "in good faith" mengikut Undang-undang Tubuh Perak seperti mana beliau melantik Nizar pada 2008 sungguhpun BN merupakan parti yang menang kerusi terbanyak. Baginda tetap memberi kedudukan Menteri Besar kepada orang yang dipercayainya mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.

16. Namun apabila Speaker DUN Perak yang lama dengan pantas menghadapkan Dr. Zambry serta enam EXCO BN sebagai menghina DUN Perak kerana menerima perlantikan Tuanku Sultan Perak, apakah motif tindakannya itu? Menurut laporan

"Kesemua tujuh Adun BN itu ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi."


17. Bolehkah mereka yang hadir apa sahaja acara Tuanku Sultan Perak yang kedudukan baginda lebih atas daripada DUN Perak dalam Undang-undang Tubuh Negeri dianggap menghina DUN? Logik akal tentulah tidak ada, yang ada hanyalah logik nafsu.

18. Kerana kerakusan kuasa dan tiadanya semangat demokrasi, maka pendakwaan ini boleh dibuat dan keputusan juga dibuat oleh pihak yang sama. Tujuannya hanyalah untuk menghalang suara majoriti menguasai DUN Perak. Sekali lagi kita tertanya-tanya siapakah yang tiada semangat demokrasi dan menghormati Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

19. Demokrasi perlukan pematuhan kepada undang-undang dan juga sikap yang "gentleman" bukannya bertindak yang bukan-bukan untuk membolehkan pihak minoriti terus berkuasa.

20. Jika benar mahu bicara soal demokrasi dalam isu ini, panggil sahaja semua ADUN ke DUN Perak. Jangan gantung atau halang walau seorang pun daripada menghadirinya. Namun ini pasti tidak berlaku kerana ada pihak tidak bersedia hilang kuasa.

21. Untuk menyelesaikan masalah ini hanya ada dua pilihan lagi iaitu sama ada mengadakan Sidang Tergempar DUN atau mengadakan pilihan raya umum negeri.

22. Mengadakan sidang tergempar DUN boleh menimbulkan masalah undang-undang yang baru. BN mendakwa penyingkiran Speaker Perak, YB Sivakumar dibuat berasaskan peraturan sedia ada iaitu dengan memberi notis 14 hari sebelum sidang DUN adalah sah. Malah tiada peruntukan yang membenarkan speaker menolak usul yang dibuat dengan notis 14 hari sebelum persidangan. Peruntukan kuasa speaker yang jelas dalam menolak usul ialah usul tergempar. Iaitu usul tergempar boleh ditolak atau diterima oleh Speaker berdasarkan meritnya kepada kepentingan awam.

23. Sivakumar sebagai pihak yang terbabit dalam usul tersebut juga tentu tidak layak membuat sebarang keputusan menolak atau menerimanya. Justeru tindakan Timbalan Speaker mengambil alih sesi usul tersebut adalah sah.

24. Manakala Pakatan Rakyat pula mendakwa penyingkiran tersebut tidak sah kerana beliau telah menolak usul undi tidak percaya terhadapnya sungguhpun jelas usul tersebut mematuhi semua peraturan. Dakwa mereka Speaker mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak apa sahaja usul yang dibawa ke Dewan.

25. Pilihan ini tentulah akan membawa kepada satu lagi perdebatan undang-undang mengenai tafsiran Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh negeri. Ia mungkin baik pada masa hadapan kerana ia akan memberi satu lagi panduan dan duluan dalam mentafsir fasal-fasal Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang kabur.

26. Pilihan kedua ialah mengadakan satu pilihan raya umum negeri yang baru. Sungguhpun ia lebih cepat dan mungkin memuaskan hati pihak yang kehilangan kuasa namun belum tentu menyelesaikan masalah. Malah saya khuatir akan berlaku lebih banyak ketegangan dan ketidakstabilan politik sepanjang kempen dan juga apabila keputusan diumumkan.

27. Buat masa ini saya lebih cenderung menyokong diadakan sidang DUN tergempar kerana ia lebih membabitkan pertikaian undang-undang berbanding mengadakan pilihan raya yang mungkin mencetuskan satu krisis keselamatan di Perak.

28. Saya simpati dengan DYMM Tuanku Sultan Perak yang berada dalam keadaan ditelan mangkat bonda, diluah mangkat ayahanda. Baginda hanya cuba menjaga keamanan negerinya. Janganlah ketika Baginda melantik kita maka segalanya baik tetapi bila baginda melantik orang lain maka kita sanggup mencercanya. Baginda hanya menggunakan kuasanya mengikut tafsiran undang-undang sedia ada. Sama ada tepat atau tidak tafsirannya kita mempunyai Mahkamah yang menentukan.

45 comments:

  1. Boleh dipendekkan cerita sebagai, BN takut DUN dibubarkan kerana terpaksa melalui pilihanraya manakala PR takut kepada usul undi tidak percya.

    ReplyDelete
  2. Salam DSKY...

    Kalo wt sidang dun tergempar....Speaker yg SAH adalah Sivakumar..sbb Si Ganesan TIDAK SAH...Sidang Dewan Undangan 7 Mei Lalu juga Tidak SAH...dan sidang tergempar di bawah Pokok Demokrasi telah terbukti SAH !!! Nizar Dibuktikan Sah sebagai Mb Perak..makanya...barisan2 ecxconya juga masih SAH....n segala mensyuarat2 yg di lakukan adalah Sah..ape2 pon kembalikan la mandat kepada rakyat..biar rakyat berikan mandat baru...

    Pemerhati POlitik Dr Selangor
    -Mr Cool-Neo

    ReplyDelete
  3. Politik itu permainan, malah lebih hebat daripada itu. Untuk menyalahkan pihak yang kehilangan kuasa di Perak, kita terpaksa melihat pihak yang “merampas” kuasa pula. Apabila melihat pihak yang “merampas” kuasa, perlu pula kita lihat permainan pihak yang berkuasa di Perak sebelum itu, iaitu PR. Mereka punya surat yang lebih kurang seperti “Akujanji” yang memutuskan bahawa ADUN yang melompat parti akan meletakkan jawatan. Begitu lebih kurang. Itu permainan PR. Dan permainan itu disambut oleh pihak SPR yang campur tangan untuk menolak peletakan jawatan itu. Permainan juga. SPR berkuasa untuk menolak peletakan jawatan ADUN.

    Akhirnya, permainan itu melibatkan Sultan, yang dari kaca mata banyak pihak, tidak harus melibatkan diri dengan permainan ini. Baginda sepatutnya sudah dapat menjangkakan natijah yang akan berlaku, seperti yang pernah berlaku di Kelantan dahulu. Pasti akan ada kekecohan. Dan sepatutnya baginda tidak harus menolak saranan atau usul MB PR itu. Kembalikanlah kepada rakyat dan jika berlaku kekecohan semasa berlangsungnya PRK di negeri itu, imej baginda tidak akan tercalar kerana tindakan baginda itu tanda baginda menghormati hak rakyat. Sekarang, hal sebaliknya berlaku. Orang berpandangan bahawa Sultan memihak. Orang berpandangan bahawa Sultan tidak bertindak secara bijaksana. Dan, yang paling malang, orang merasakan Sultan tidak menghormati pilihan rakyat. Pada pandangan saya, mana-mana Sultan yang berhadapan dengan situasi yang sama (malah jika impian 16 September dulu menjadi realiti pun), DYMM Agong atau Sultan hendaklah mengembalikan kepada rakyat semula dengan menitahkan pembubaran DUN atau Parlimen. Hak rakyat perlu diutamakan, bukan hak pemimpin yang memainkan politik.

    Orang memandang, BN telah “merampas” kuasa di Perak. Orang memandang PR telah dianiayai oleh BN di Perak. Pandangan orang itu, mewujudkan kebencian dan saya melihat sendiri di keliling saya, banyak pihak yang bertepuk tangan apabila keputusan mahkamah memihak kepada MB PR itu.

    Pandangan atau persepsi ini berbahaya kepada BN. Kini, persepsi itu menjadi kebencian, yang akan kekal lama. Pandangan mantan PM YABhg TDMM tentang isu di Perak itu harus diladeni — BN gelojoh.

    ReplyDelete
  4. Kembali kepada Rakyat.
    Bubarkan DUN Perak !

    ReplyDelete
  5. Hijrah kerana allah jauh lebih baik dari hijrah kerana takut akan rebah. Kembalikan kegemilangan islam dengan berlaku adil kepada rakyat. Demokrasi itu kan berpanjikan "dari rakyat untuk rakyat". Pada pandangan saya, DS Nizar menderhaka kerana ingin menjaga keluhuran agama yang ditauhidnya dan menjaga kedaulatan sultan Perak yang disayanginya. Nabi Muhammad dilahirkan untuk diteladani, bukan di kagumi. Umno tidak semestinya benar setiap masa.

    ReplyDelete
  6. adakah mahkamah menghina Sultan....? Rakyat ingin tahu..... mahkamah terutamanya hakim seolah-olah menghina Sultan kerana DR Zamry telah dilantik Sebagai MB yang SaH... yang disaksikan oleh semua pembesar Kesultanan Perak dan diaminkan doa oleh Mufti Perak yang disegani dengan fatwa-fatwa... perlukah NGO , rakyat perlu buat perarakan di jalan raya untuk mengatakan Mahkamah @ Hakim telah menghina Sultan

    ReplyDelete
  7. DAHLAH..UTAMAKAN RAKYAT DENGAN MENGEMBALIKANNYA KEPADA RAKYAT..DENGAN DEMIKIAN KEHORMATAN DAN KEMULIYAN KEMBALI DIRAIH UNTUK SULTAN..DAULAT TUANKU..BUBAR DUN PR BELUM TENTU MENANG..BUBAR DUN UMNO BN BELUM TENTU MENANG..NAPE TAKUT?..LAWAN AJELA DENGAN PEMBUBARAN DUN JUGA TERBUKTI NANTI SAPE YANG DAPAT SOKONGAN RAKYAT

    ReplyDelete
  8. Dato Seri,

    Masing-masing ada hujah dan kebenarannya.

    Jadi bagi menamatkan kemelutan dan percakaran yang tiada faedahnya ini, adalah wajar kuasa memilih diberi kepada rakyat Negeri Perak untuk menentukanya kerajaan yang mana menjadi pilihan mereka.

    Usahlah ahli-ahli politik bercakaran rakyat dah bosan. Banyak lagi masalah negara dan rakyat yang harus diselesaikan.

    SEMOGA MALAYSIA AMAN SENTOSA......AMIN

    ReplyDelete
  9. Dato' Seri...semangat demokrasi yang sebenar ialah mengembalikan hak utk menentukan sesebuah kerajaan kepada rakyat Perak. Merekalah tuan yang sebenar utk menentukan hala tuju negeri mereka. Sultan hanyalah simbol kepada rakyat jelata. Sultan harus akur kepada kehendak rakyat baginda dan bukan akur kepada kehendak 3 Adun yang melompat parti yang telah terang-terang mengkianati amanah yang rakyat berikan kepada mereka. Sultan dan Kerajaan hanya akan wujud jika ada rakyat yang menjunjung dan mempertahankan. Kedua-dua institusi itu adalah hak mutlak rakyat jelata. Kembalikan kuasa kepada yang hak iaitu rakyat Perak. Itulah amalan demokrasi yang gentleman. Sekian

    ReplyDelete
  10. Khir...you punya analysis does not hold water. Speaker Perak has wrote a letter to Sultan to convene DUN sitting on 6 Feb, before Zambry angkah sumpah, to give opportunity for motion of no confidence. He was ignored. Zambry & gang was suspended not because he attended the function, but because he "angkat sumpah" before any motion being made at DUN.This clearly was an insult to DUN Perak.

    ReplyDelete
  11. Dalam ucapan ugama selalu berakhir dengan
    "yang baik itu datangnya dari Allah, yang tidak baik itu datang dari saya sendiri" , so pilihlah yang baik... without any prejudice... put away the 'dark' forces... yang baik tu semua orang tahu...

    ReplyDelete
  12. 7. Hakikatnya semangat demokrasi telah musnah sebaik sahaja Nizar yang hilang majoriti sokongan ADUN Perak enggan meletak jawatan. Ini kerana Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti ADUN hanya mempunyai dua pilihan iaitu memohon pembubaran Dewan atau meletak jawatan.

    sy bukan lah ahli politik,politik juga bukan bidang saya.

    anda mengatakan PR tidak demokratik hanya kerana tidak mahu melepaskan jawatan MB. Sy ingin bertanya,apa sebab dia perlu melepaskan jawatan?kerana 3 adun + 1 adun lompat? Sebagai seorg yg lebih arif dalam bidang politik,mempunyai statu doktor,adakah anda mahu meneruskan kerajaan yang terumbang ambing berpaksi kan ADUN-ADUN lompat?apa yang saya paham, IR Nizar mahu kerajaan yang dipilih rakyat. bukan kerajaan yang adun nya belot dan boleh dibeli. Nizar mahu rakyat memilih. Biarlah kalah di gelangang, Dr khir sejak kehilangan kerajaan saya lihat sudah tidak befikiran rasional. Dan perlu di ingatkan, 3 adun yang memihak kepada BN bukan lah adun BN. mereka hanya menyatakan sokongan kepada BN. bagaiman selepas setahun mereka betukar fikiran dan memihak PR? jadi,jalan terbaik,bubarkan DUN. Sekian buat masa ini, DR KHIR

    ReplyDelete
  13. Dr Khir,berhentilah merancuni pemikiran rakyat/pengunjung blog anda. Jangan lah cuba menegakkan benang yang basah. Memalukan diri anda sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  14. Sudah la.
    Cerita panjang lebar pun tak guna..
    Buat penat je putar belit fakta..

    ReplyDelete
  15. Dato seri...saya bersetuju sekiranya di adakana semula Pilihanraya negeri kerana Hak memilih harus di berikan semula kepada Rakyat...

    mengaenai semangat Demokrasi saya cukup tak bersetuju dengan pandangan Dato' seri...Ini kerana secara total dilihat BN yang yang telah memperkotak - katik kan demokarsi dengan membelakangkan Perlembagaan,masalahnya Dato Seri Nizar Di naik kan sebagai Menteri Besar adalah melalui Pilihanraya dan Proses Demokrasi...tapi Sultan boleh menolak pencalonan Nizar sebagai MB sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat pada March yang lalu...persoalannya kalau Baginda tidak suka kepada Nizar mengapa Baginda Pilih Nizar?

    Mengapa baginda tak tolak pencalonan Nizar dan memilih calon lain selain Nizar dalam Pakatan Rakyat Sama ada Idham Lim atau Osman Jailu,Ini yang menjadi Persoalan Pada Kenyataan Dato' seri dalam tulisan Dato'seri kali ini?

    Bukan saya Menolak Hak BN untuk merampas Negeri Perak melalui Proses Demokrasi tapi Biarlah Melalui Peruntukkan Perlembagaan...bukan Menggunakan Tindakan Autokrasi...dengan terus menemui Sultan dan menggesa agar sultan memecat MD Nizar...Di dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak di peruntukkan Nizar Untuk Di Pecat melalui Kuasa Istana,kalau MB boleh dilantik dan di Pecat oleh kuasa Istana jadi apa Gunanya Pilihanraya?
    sekalipun BN berjaya "menculik" Wakil PR dan mengurangkan Majoriti PR di dalam DUN...BN harus menunggu Sidang DUN yang seterusnya dan mengusulkan Undi tidak Percaya Kepada Nizar... dan ketika itu baru kita akan lihat ketiga - tiga ADUN yang "melompat" menyokong atau tidak usul tersebut...bukannya menemui sultan dan mengadakan sidang akhbar...seterusnya Mengunci Dewan Yang Mulia dan mengerahkan pasukan polis agar menghalang persidangan Dewan Legislatif ini...ketika Nizar di pecat V.Sivakumar masih lagi punya kuasa untuk memnaggil ADUN - ADUN untuk bersidang,mengapa mereka di halang dan surat telah di hantar pada ADUN - ADUN PR dan BN...mengapa? mengapa kuasa speaker di nafikan dengan pencerobohan Majlis Kehakiman keatas Majlis Legislatif? mengapa?
    ini yang di lihat yang mana BN telah memusnahkan semangat demokrasi dengan mengarahkan anggota(polis)nghalang dewan legislatif ini dari bersidang? mengapa? bila ini berlaku ini di lihat BN mempergunakan Polis untuk menghalang Dewan Demokrasi Ini dari bersidang nampaknya BN telah membunuh dan memusnahkan semangat Demokrasi.....

    ReplyDelete
  16. bro,
    tuanku macam bapak ada dua anak..both berebut same girl.tanya le girl tu...ie freah election lah!

    ReplyDelete
  17. dr khir,
    dr hanya melihat kepada majoriti BN 28+3 adun bebas untuk mengadakan sidang tergempar lalu membuat usul undi tidak pecaya..

    sedarkah dato seri bahawa 3 adun bebas itu sbenarnya diragukan kesahannya sbg adun bilamana telah menandatangani surat aku janji perletakan jawatan jika keluar dari PR?

    kalau anggap surata itu tidak sah, sekarang kes itu masih di mahkamah, belum selesai.

    bolehkah 3 adun ini mengundi jika mereka bukan adun yang diragukan (kes masih di mahkamah). kalau mengundi juga tiba2 mahkamah membuat keputusan mereka meletak jawtan..macam mana pulak tu???

    takkan lah dato seri yang cerdik ni tak nampak semua tu? rakyat bawahan semua dah tau, dato seri dan BN caja yang buta...tetapi celik ttg kuasa dll...

    bubarkkan dun, selesai maslaah...biar majoroti PR 59, BN 0....kan senang??

    ReplyDelete
  18. Demi masa...

    Apabila sukan berlaga ayam dihalalkan,

    Maka sesungguhnya akan sentiasa berada dalam Kerugian,

    ReplyDelete
  19. Dr Khir,

    Ada satu masalah pada hujah dr, berkaitan keabsahan pertukaran speaker. Soalan saya, sah kah pemanggilan sidang tersebut? Sidang dipanggil oleh MB Zamri, yang diishtihar mahkamah bukan MB yang sah. Dipanggil pula bukan melalui Speaker yang asal. Sefaham saya, kalau awalnya tak sah, yang berikut pun tak sah. macam solat, kalau wuduk tak sah, tak sah lah solat walau cantik manapun bacaan dan cukup seni gerakannya. Apa pendapat Dr?

    ReplyDelete
  20. Salam. Bagi Saya persoalan dari segi tafsiran undang-undang ataupun dari segi peraturan dewan dan berbagai-bagai lagi teknikal perundangan di negeri Perak bukan perkara yang penting. Demi Islam, demi masa depan politik melayu dan demi kedaulatan institusi raja-raja melayu, Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO wajar membuat tindakan apa saja asalkan maslahahnya adalah untuk menyelamatkan Islam dan melayu. Kenapa kita sanggup nak mempertahankan sebuah kerajaan yang didalangi oleh DAP iaitu sebuah parti perkauman cina yang anti Melayu dan Islam. YB. Nizar hanyalah sebagai pupppet dan boneka DAP sahaja di Perak. Bagi saya, kerajaan BN mesti melakukan apa sahaja demi menyelamatkan maruah Islam dan melayu di Negeri Perak. Demokrasi dan undang-undang di dunia ni ada hadnya. Bukan semua persoalan mesti diputuskan oleh hakim. Hakimpun manusia biasa yang ada kelemahan, hatta sebelum inipun terdapat seorang bekas hakim yang menembak dan membunuh diri kerana diri sendiripun tidak boleh nak diurus. Jalan yang terbaik ialah kita kena gunakan apa cara sekalipun asalkan ianya demi untuk menyelamatkan maruah agama dan bangsa. Nabi sendiripun, pada permulaan Islam mengamalkan kaedah lembut dan perbincangan secara baik dengan orang-orang kafir. Tetapi apabila orang kafir musyrikin Mekah dah mula mencabar dan memudaratkan Islam, maka kaedah peperangan jihad terpaksa digunakan. Apakah jalan peperangan jihad fi sabilillah sudah tidak relevan sekarang ini? Saya tak bermaksud untuk kita memerangi pembangkang, tetapi ternyata dan dah terbukti pembangkang sebelum ini sanggup berbaring dan maut dijalan raya untuk menghalang kereta Raja Nazrin semasa majlis angkat sumpah Dato' Dr. Zamry. Mereka sanggup buat apa sahaja. Bila lagi polis nak tangkap puak-puak ni masuk ISA. Kalau hanya setakat tangkap, lepas tu lepas dan tunggu bicara mahkamah dua tiga tahun lagi, nak jadi apa. Polis dan hakim yang nak bicarakan kes tupun nak pencen. Nak bawa kes macam mana. Tangkap saja mereka yang kurang ajar ni dalam ISA, baru selosai.

    ReplyDelete
  21. DSKT..saya sebagai rakyat biasa yang tiada apa-apa kepentingan politik mahupun kuasa merasakan bahawa andaian DSKT bahawa akan berlaku isu keselamatan sepanjang kempen pilihanraya( sekiranya berlaku) adalah agak kurang tepat tanpa alasan kukuh.Mungkin DSKT merujuk kepada sentimen kepartian.Kalau PRU lalu anggota keselamatan dapat mengawalnya apakah hanya di Negeri Perak sahaja mereka kurang mampu mengawalnya? Disinilah bagi saya mentaliti UMNO yang perlu diubah bilamana ada sahaja pilihanraya maka pihak pembangkang disabitkan. DSKT apa yang sepatutnya berlaku adalah laksana sahaja proses pendemokrasian itu tanpa ragu-ragu akan perlaksanaannya.Pernah DSKT menganugerahkan Penyapu kepada Majlis-majlis perbandaran yang tidak efektif( betulkan saya sekiranya tidak benar)atas andaian bahawa ini akan menjadi pengajaran kepada mereka supaya lebih efisen.Niatnya baik tapi perlaksanannya amat-amat memalukan lantas Selangor memjunam kepada pembangkang. Jadi samalah dengan Dr Zamry di Perak dimana beliau terus melawan dan akan terus melawan tetapi rakyat perak sedang menilai dan memerhati.Mungkin BN kata 3 ADUN BEBAS menyokong mereka dan apakah BN tidak nampak sebenarnya mereka dari kawasan pembangkang yang rata-rata mempunyai berpuluh ribu pengundi.Bagi saya lebih baik memenangi hati seribu pengundi daripada mendapat sokongan satu kerusi.Akhirnya mungkin rakyat tertunggu-tunggu untuk membalas dendam keatas pengkhianatan yang terjadi.Adat Melayu Berpantang Maut sebelum Ajal adakalanya benar sewaktu masa dulu tetapi hari ini belum tentu lagi kerana Islam menunjukkan jalan penyelesaiannya iaitu musyawarah.DS Nizar dengan kedegilannya telah membuktikan 'penderhakaan'(gelaran dari penyokong kerajaan BN) adakalanya membuka mata dan hati rakyat untuk melihat sesuatu isu dengan lebih mendalam. Sebagai kesimpulannya maka eloklah Dr Zamry dan DS Nizar berdua mengadap Tuanku dan sama-sama menasihati Tuanku untuk adakan pilihanraya semula di Perak.

    ReplyDelete
  22. adakan pilihanraya kembali serah pada rakyat yang menentukan ....

    ReplyDelete
  23. Salam Perjuangan...

    “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

    Pada mulanya saya hairan kenapa ramai yang tidak dapat berfikiran jauh dan menilai sesuatu keadaan itu melalui pelbagai perspektif berbeza... membuat pendirian dan keputusan yg bukan berlandaskan emosi dan prinsip demokrasi serta keadilan melulu... yg dalam jangka masa panjang menghancurkan dan mengadaikan hak, maruah dan masa depan Melayu, Islam dan Negara... seperti apa yang melayu PKR dan Pakatan lakukan sekarang...

    sebaliknya keputusan itu wajib mendahulukan kepentingan perpaduan, pembinaan negara bangsa...sebuah keputusan yang menjamin kemandirian bangsa, agama dan negara serta terkehadapan melangkaui masa yang dapat menjamin keutuhan negara selamanya...

    Namun hati ini tenang kembali selepas membaca surah al-Hajj, ayat 46 "Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.” Allah menjadikan perpecahan ini satu dugaan yg maha berat buat kita (ummat Islam)... dan mereka yg masih tidak dapat melihat cahaya kebenaran SEBENAR itu ditakdirkan Allah buta di dalam dada mereka walaupun mata mereka celik... kerana apa? kerana Allah masih tidak memberikan petunjuk dan hidayah buat mereka untuk menginsafi bahawa perjuangan mereka itu bukan sebenar-benarnya bukan untuk ISLAM atau KEADILAN sebaliknya bertunjangkan nafsu semata-mata kerana ingin menjatuhkan sebuah kerajaan ISLAM (diiktiraf dunia negara Islam contoh)dan mendapatkan KUASA...

    Tanyalah jauh dilubuk hati saudara-saudara yg menyokong pakatan rakyat atau PKR (beragama ISLAM+Melayu)... apa sebenarnya yg anda perjuangkan... dengarkan bisikan hati mu... Buka minda dan hati... usah biar emosi menguasai... Jangan biarkan hati itu buta... semoga Allah menunjukkan kebenaran buat sahabat semua...

    Teruskan Perjuangan...

    http://www.idealismalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Saya berharap semoga kemelut di Perak ini dapat diselesaikan dengan segera. Rakyat mahukan keputusan yang betul2 mengambil berat tentang nasib rakyat . Kami rakyat dari Sabah sudah pernah berpengalaman berada dibawah jajahan pembangkang..sudah merasai pahit perit menjalani kehidupan. Oleh yang demikian,saya berharap kepada rakyat Perak agar dapat mengambil iktibar dengan apa yg berlaku .Mudah2an Allah menunjukkan jalan yang terbaik kepada kita .

    ReplyDelete
  25. Saudara Mathanis dan salam perjuangan,

    Agama selalu disalahgunakan. Lihatlah sejarah dunia. berapa banyak tamadun dan kerajaan yang menggunakan agama untuk melegitimasikan tindakannya.

    Jangan lah lupa. Rakyat tolak BN pilihanraya lepas adalah kerana persepsi korupsi. persepsi ketidakadilan. persepsi penyalahgunaan kuasa. Kalau BN boleh menyabun dettol kan virus virus kental ni daripadanya, besar kemungkinan boleh kekal memerintah.

    Masalahnya kerajaan BN ni dah tua. bila dah tua kolestrol degil dah bersarang kat pembuluh darah. Kalau PR pun kerajaan lama, mesti kes serupa gak. lihat komen ibnu khaldun berkenaan umur kerajaan dalam kitabnya mukaddimah.

    Jangan lah tuan2 menghasut berkenaan isu agama dan bangsa tu. Yang bagi kerakyatan kepada bukan melayu ni UMNO jugak dulunya. kalau dah jadi rakyat, nak cakap apa lagi. dah jadi realiti malaysia. kerajaan kena jaga kemaslahatan seluruh rakyat. Lagipun, elok ada diversity ni. nak meniaga antarabangsa senang. yang penting muafakat.

    fokus sahaja kat performance dan deliverables. apa yang DS Najib slogankan berkenaan pencapaian tu memang bagus. Nah, jadikannya realiti.

    Tentang perak tu, terus terang saya katakan, jgnlah win a battle but lost the war. Your war is next GE.

    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  26. serahkan mandat kepada rakyat perak ,biar "daulat" rakyat yang menetukan....ada berani tak BN??????

    ReplyDelete
  27. Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas. Keanihan yang berlaku hanya dalam tempoh tidak sampai 24 jam hanya menamnpakkan sikap mereka yang tidak sanggup menerima kenyataan, sanggup melakukan apa sahaja, tapi anda semua mesti ingat bahawa rakyat tidak bodoh. Gunakanlah kuasa selagi anda mampu, suatu hari nanti kebenaran pasti akan terserlah.

    ReplyDelete
  28. Dr Khir

    Saya rakyat Perak dan berbangga menjadi rakyat Perak.Walaupun saya kerja di Selangor dan kahwin dengan orang Selangor,namun Perak tetap dihati.

    Pada saya, kemelut ini bukanlah susah untuk diungkaikan. Banyak penyokong PR rasa mereka betul dan mereka yakin mereka akan menang jika piliharaya di adakan kembali. Tetapi mereka lupa,apa yang telah PR buat kepada Rakyat Perak.Saya berkeyakinan yang rakyat Perak sudah sedar dan insaf dengan semenjak pemerintahan PR dengan ditunjangi oelh DAP.

    Mungkin balaci-balaci PR ini sudah lupa dengan angan-angan 16 September. Matlamat menghalalkan cara.Ya benar,mereka amat rakus dengan kuasa,tetapi apabila kuasa terlepas dari genggaman mereka menyalahkan orang lain.Tuduhan-tuduhan bahalol dan tidak berasas boleh disamakan seperti orang munafik.Siapa munafik?Golongan-golongan itulah..Apakah kebodohan-kebodohan penyokong PR ni sudah tepu?Jika mimpi 16 September jadi realiti,halal kah semua ini??Mestilah HALAL..HALALAN TOYYIBA

    Tidak mengapa Dr Khir,kalau pilihanraya sekali lagi pun, Insya Allah BN akan menang.Saya Amat Yakin kesilapan Rakyat Perak Tidak Akan Berlaku Kali Ke 2.Allah bersama-sama dengan orang-orang yang benar.

    ReplyDelete
  29. mengenai kenyataan DS diatas "10. Dengan kata lain, Baginda mungkin melihat satu lagi pilihan raya baru belum tentu menjanjikan kestabilan politik di Perak jika keputusannya lebih kurang sahaja" Mengapa DS mentafsirkan bahawa Baginda tuanku menjangkakan keputusannya akan sama? saya rasa jika berlakunya pilihanraya negeri diadakan BN akan kecundang dengan teruknya Sebab:
    1- 3 calon yang melompat perti ini semestinya tidak akan bertanding lagi.Sure kalah punya jika mereka bertanding walaupun atas tiket BN.
    2- BN akan ketandusan calon yg berkeliber utk bertanding espacially di 3 kawasan panas ini.
    3- rakyat yg dah bosan dgn masalah ini akan menghukum BN
    Dan mengapa soal keselamtatan dipersoalkan?bukankah pihak polis dgn jayanya telah menjalankan kerja yg bagus demi menjamin keselamatan semasa tempoh berkempen dan mengundi terutama di PRK sebalum ini.jgn ini dijadikan alasan....GENTLEMEN lah sikit,let RAKYAT TO DECIDE!!!

    ReplyDelete
  30. Kedua-dua belah pihak iaitu BN dan "PR" merasakan bahawa mereka mempunyai kekuatan masing-masing. BN merasakan bahawa mereka mempunyai kekuatan kelebihan sokongan 3 ADUN manakala "PR" pula merasakan bahawa mereka mempunyai kekuatan sokongan rakyat. Maka sebab itu berdasarkan kekuatan masing-masing itu, tidak ada salahnya kedua-dua belah pihak mempertahankan hujah mereka untuk mempertahankan kekuatan yang mereka rasakan mereka miliki.

    BN merasakan jika diadakan pilihanraya semula, mereka mungkin akan tewas, oleh itu kenapa mereka nakkan pilihanraya. Manakala, bagi "PR", mereka tidak mempunyai kekuatan sokongan ADUN, maka mereka hanya berharapkan kepada sokongan rakyat Perak yang pada pendapat mereka sedang menyokong mereka.

    Baiklah, cuba kita bayangkan jika kekuatan itu diterbalikkan. Adakah "PR" akan bersetuju untuk membubarkan DUN jika mereka mempunyai kelebihan 3 ADUN. Manakala BN pula, adakah mereka akan meminta diadakan pilihanraya semula seandainya sokongan ADUN tidak memihak kepada mereka. Jawapannya 2 X 5, 5 X 2. Soal kepentingan rakyat itu hanyalah retorik semata-mata.

    ReplyDelete
  31. saudara Khir,

    Kalu ya pun nak tegakkan benang yang basah carilah tempat yang kurang taufan nya

    ReplyDelete
  32. saudara mizu_sama,

    Isu yang sama boleh juga dikatakan oleh mereka yang tidak mahu membubarkan DUN. Apa akan jadi jika keputusan pilihan raya negeri memberi keputusan yang sama sengitnya atau seri kedudukannya?

    Bukankah isu perundangan dan pertikaian juga akan terus berlangsung.

    Ya, membubarkan DUN salah satu pilihan yang ada tapi belum tentu menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  33. qbam,

    Mengapa pula BN yang disalahkan? Jikalau saudara ikuti dengan teliti, krisis ini berpunca daripada pakatan rakyat, di mana dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar daripada parti mereka menjadi ADUN bebas.

    ReplyDelete
  34. NAPE UMNO TAKUT SGT NGAN PILIHANRAYA??KEMBALIKAN LA KUASA RAKYAT JEK..KATA UMNO KUAT KAT PERAK.

    ReplyDelete
  35. DSKT...apakah BN yakin dengan sokongan ahli BEBAS itu? Apakah yang akan berlaku sekiranya ADUN BEBAS ini mengambil keputusan menarik balik sokongan mereka? tak mustahil kan? seperti mana berlaku kepada ADUN BOTA..atas dasar apa BN yakin pada mereka?

    ReplyDelete
  36. khir toyo KATA :

    Mengapa pula BN yang disalahkan? Jikalau saudara ikuti dengan teliti, krisis ini berpunca daripada pakatan rakyat, di mana dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar daripada parti mereka menjadi ADUN bebas.

    ~ perkara ini dah dibangkitkan oleh leeslim shady..kenapa x jawap? patutkah culik adun lepas tuh terus buat sidang media..jumpa sultan..tanpa perlu kesidang dun untuk buat usul undi x pecaya???? undang2 apa kamu pakai? jagn ingat rakyat bodoh macam rakyat2 bawahan kamu...yang hanya tau kipas aje...kalau macam ni la..sifat2 pemimpin dan sifat kamu...rakyat xkan percaya lagi sampai kiamat..rakyat nak kan jawapan yang berfakta..bukan jawapan macam budak2...sikit2 cakap BN punya majoriti...majoriti..majoriti melalui televisyen??? rakyat skrang dah cerdik...x hairan la kalau parti kmu ni parti berkarat...hanya orang2 tua yang berumur 60 keatas je yang masih bersama kamu..

    KENAPA XJAWAP SOALAN LEESLIMSHADY??????

    ReplyDelete
  37. buat apa menyokong bangsa melayu yang terang-terangan membunuh bangsa melayu sendiri..lihat masalah air..yang kenyang sapa..kroni2 dato' jugak...x tepikir ker bahawa yang berpendapatan rendah di selangor ini rata-rata bangsa melayu jugak.nabi muhammad sendiri tidak mengagung-agungkan bangsanya walapun bangsanya dianggap mulia oleh masyarakat arab....yang penting iman dan bertaqwa kepada Allah...renung2 kan dato'...dan selamat beramal...semoga dato' kembali ke pangkal jalan...Allah kan Maha Pengampun..cukuplah kekayaan yang dato' dapat hasil daripa wang rakyat selama dua penggal!!!

    ReplyDelete
  38. khir toyo KATA :

    Mengapa pula BN yang disalahkan? Jikalau saudara ikuti dengan teliti, krisis ini berpunca daripada pakatan rakyat, di mana dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar daripada parti mereka menjadi ADUN bebas.

    ~ perkara ini dah dibangkitkan oleh leeslim shady..kenapa x jawap? patutkah culik adun lepas tuh terus buat sidang media..jumpa sultan..tanpa perlu kesidang dun untuk buat usul undi x pecaya???? undang2 apa kamu pakai? jagn ingat rakyat bodoh macam rakyat2 bawahan kamu...yang hanya tau kipas aje...kalau macam ni la..sifat2 pemimpin dan sifat kamu...rakyat xkan percaya lagi sampai kiamat..rakyat nak kan jawapan yang berfakta..bukan jawapan macam budak2...sikit2 cakap BN punya majoriti...majoriti..majoriti melalui televisyen??? rakyat skrang dah cerdik...x hairan la kalau parti kmu ni parti berkarat...hanya orang2 tua yang berumur 60 keatas je yang masih bersama kamu..

    KENAPA XJAWAP SOALAN LEESLIMSHADY??????

    Ahli UMNO
    Cawangan Kota Damansara
    Jgn Anggap Ahli UMNO bodoh....

    ReplyDelete
  39. Saudara Mohad faizal,

    Saya tidak mungkin dapat enjawab ke semua soalan. Namun untuk pengetahuan saudara, tiada siapa menculik mana-mana ADUN.

    ADUN-ADUN tersebut sendiri yang menukar sokongan mereka. Jangan kita mudah membuat tuduhan tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Kita tidak pernah memaksa mana-mana ADUN menyokong BN. Bukan seperti sebuah parti yang mengarahkan semua ADUNnya menandatangani surat perletakan jawatan tanpa tarikh bagi tujuan memaksa sokongan.

    ReplyDelete
  40. Dr Mohamad Khir Toyo said...

    Saudara Mohad faizal,

    Saya tidak mungkin dapat enjawab ke semua soalan. Namun untuk pengetahuan saudara, tiada siapa menculik mana-mana ADUN.

    ADUN-ADUN tersebut sendiri yang menukar sokongan mereka. Jangan kita mudah membuat tuduhan tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Kita tidak pernah memaksa mana-mana ADUN menyokong BN. Bukan seperti sebuah parti yang mengarahkan semua ADUNnya menandatangani surat perletakan jawatan tanpa tarikh bagi tujuan memaksa sokongan.
    Monday, May 18, 2009 11:56:00 AM MYT


    ~MINTAK MAAF...DATO SERI MASIH TIDAK MENJAWAP SOALAN..

    TIDAK MENCULIK????

    BUAT PENGETAHUAN KAMU...ANWAR IBRAHIM ADA UNGKIT PERKARA NI..DI DEWAN PARLIMEN TENTANG PERCULIKKAN NI..KALAU ANWAR IBRAHIM MENIPU KENAPA X DIAMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM??..PERBAHASAN INI SAYA BACA KAT TRANSKRIP PARLIMEN...SORANG MENTERI DAN AHLI PARLIMEN BN..LANGSUNG X BIDAS...MAKNANYA BERTUL LA YA DI CULIK????

    TOLONG LA DATO SERI..JAGN KERANA PANGKAT KAMU BUTAKAN HATI KAMU..KESIAN PADA RAKYAT2 KAMU...INGATLA...DUNIA DAH BERUBAH...BUKAN MACAM 20THUN DAHULU..RAKYAT DI PEKAKKAN DENGAN BERITA2 DARI ARUS PERDANA...

    ReplyDelete
  41. oii religionspirit hantu ka apa ka... apa yang DSKT tak jawab lagi.

    hehehe lawak antarabangsa la ko ni... Anwar kata ADUN tersebut diculik. Hag percaya sebab Anwar kata dalam Parlimen. kalau tak betul kenapa tak ambil tindakan ke atasnya.

    akal letak kepala lututka? ucapan dalam Parlimen nak ambil tindakan apa? Lagipun sapalah nak bidas cakap anwar tu. cakap macam orang gila... kalau kena culik apehal pulak adun=adun tu happy sahaja jumpa najib dan berkempen untuk BN di Bukit Gantang?

    kehkeh keh... aku tak pernah jumpa orang macam mamat ni.

    ReplyDelete
  42. DR khir,
    Bagaimana nak buat sidang DUN tergempar jika MB dahulu tu HARAM.Nak buat undi tak percaya terhadap nizar?Apakah Tuanku sanggup untuk menerima semula majlis angkat sumpah yang mana ianya akan mencalarkan institusi raja itu sendiri yang telah dinafikan pelantikan pertama oleh Mahkamah tinggi?
    Dr,
    Eloklah dr cadangkan supaya DUN bubar. Lagipun kalau BN kalah tak ngapa sebab memang kjn sebelum ini bukan BN.Wal hasil balik asal.Kalau Dr tak nak cadang Bubar Dun, tak payah lah dr amik pot politik perak. Dr hadapilah politik sngor tu yang gantung Dr drpd menghadiri sidang dun dan juga tak bergaji selama setahun.Tapi, teman rasa Dr kalau tak bergaji pun tak pe sebab invest banyak lagi.

    ReplyDelete
  43. Salam Dato Seri,
    Soalan saya,
    1)Adakah menarik ahli DUN seperti berlaku di perak DS setuju???(demokrasi pilihanraya yang lepas di ketiga-tiga tempat itu telah menjadi habuk,dan calon sebegini adakah BN terima mereka???Dua masih dibicarakan kes korupsi...)
    2)Soal menarik ahli-ahli dari parti lain sebenarnya telah lama berlaku dari dulu lagi selalunya pembangkang pergi BN,seperti yang selalu dipaparkan di TV3(Rangkaian pro-BN,dan dato farid tu kuat bodek).
    3)Diperak,Dr zambry menyatakan yg dia tu dipilih oleh Sultan...(apakah hak rakyat di negeri perak telah dibutakan???)apakah dia tu dah lupa rakyat yg memilih dia jadi ahli DUN.
    4)Dunia sudah berubah...JIKALAU KEPUTUSAN PRU 12 BN MENANG BESAR,SUDAH TENTU KEADAAN SEPERTI DULU YANG DS NI PUN MUNGKIN TAK AKAN MEMBUKA BLOG2 SEPERTI INI.....ADAKAH BETUL KATA SAYA???Boleh DS MENJAWAP???
    5)Saya setuju saudari Leeslimshady menanya soalan dia tu....TOLONG JAWAB DS!!!!!....SOMETHING DO YOU FEEL THAT MANY WRONG MANAGEMENT OR WRONG THINGS HAD U DONE BEFORE???DON'T U REALIZE?????...DULU DITEMURAMAH DI TV CAKAP U EGO,SEKARANG DAH BERUBAH....APA DAH JADI DS???DAH TAHU ADA HARI MACAM NI,DULU JANGAN EGO!!!
    3)

    ReplyDelete
  44. DATO SERI,
    BAGITU LAH HEBATNYA PENYOKONG PR. KITA KATA TAK CULIK DIA MASIH LAGI KATA CULIK! MEREKA TIDAK AKAN MENGAKUI KEBENARAN BN TAPI KENAPA MEREKA LANSUNG TIDAK BANGKITKAN ISU DIKATAKAN WAKIL BN MENYERTAI PR YANG BAGITU DIHEBOHKAN OLEH ANUAR IBRAHIM SENDIRI? TERANG2 ANUAR KATA, BUTA MATA DAN TELINGA TAK DENGAR KE? INI LAH HAKIKAT NYA PR.... SANGAT MENGERIKAN JIKA MEREKA MEMERINTAH. YA ALLAH LINDUNGI LAH RAYKAT MALAYSIA DARI KEDURJANAAN PEMIMPIN YANG HIPOKRIT INI.

    ReplyDelete