Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 26, 2009

Rakyat Didahulukan (1): Hapuskan Tol Dalam bandar

1. Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan" terus berkumandang - dikumandangkan, diperbahaskan dan diperkatakan mencari satu titik tolak persamaan dan menerima perbezaan. Sabtu lalu saya berkesempatan menjadi ahli panel dalam satu SEMINAR SATU MALAYSIA: HARAPAN BARU anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Saya bersama dengan Dato' Abdul Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah DBP) dan Cikgu Azmi Abdul Hamid dari badan bukan kerajaan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) diletakkan dalam sesi sebelah petang yang membincangkan tajuk, "Melayu Dan Islam Dalam Masyarakat Majmuk."

2. Ada perkara yang kami bersetuju dan ada perkara yang kami berbeza pendapat. Ada pula mungkin tidak berapa sesuai menjadi bahan penulisan semula kerana perbincangan tersebut melibatkan tiga panelis dari aliran pemikiran yang berbeza tetapi seringkali dilihat sebagai bersikap mementingkan orang Melayu dan Islam. Satu aliran pemikiran yang tidak begitu popular di internet ketika ini.

3. Namun kesimpulan yang saya rasa dapat dipersetujui bersama ialah kedudukan orang Melayu dan agama Islam tidak seharusnya lari dari pengiktirafan Perlembagaan Malaysia sejak 1957. Walau apa pun kaedah dan usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia ia tidak seharusnya menafikan perkara-perkara yang membabitkan orang Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

4. Rangka atau itipati apa yang saya nyatakan dalam sesi tersebut lebih kurang dengan apa yang saya nyatakan dalam blog ini beberapa minggu lalu. Cuma beberapa isu lain saya tekankan dan akhirnya berharap agar orang Melayu tidak menjadi seperti keadaan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dalam membawa isu perpaduan seperti 1Malaysia ini.

5. Saya fikir konsep 1Malaysia ini akan menjadi jelas dan terang apabila Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan konsepnya secara rasmi dalam sedikit masa lagi. Sungguhpun rangka kasarnya sudah ada, namun menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan, Perdana Menteri ingin membiarkan sedikit lagi perbincangan awam sebelum melancarkannya.

6. Saya berharap pelancaran ini dibuat pada 16 September akan datang seiring dengan sambutan penubuhan Malaysia. Ini tentu memberi signifikasi yang lebih besar dalam usaha meneruskan perpaduan dalam kepelbagaian ini (unity in diversity). Lebih manis jika acara besar ini dibuat di luar Kuala Lumpur, mungkin di Sabah atau Sarawak.

7. Kita bercakap terlalu banyak mengenai konsep 1Malaysia sehingga gagal memberi makna kepada slogan yang lebih penting iaitu "rakyat diutamakan."

8. Apakah makna rakyat diutamakan? Ada orang berkata kepada saya jika benar rakyat mahu diutamakan kerajaan perlu menghapuskan sebahagian pondok tol di dalam lembah klang yang sudah terlalu sesak, seksa dan sakit hati.

9. Saya ada terbaca mengenai cadangan pengambil alihan PLUS. Memang PLUS menguasai sebahagian besar lebuh raya di Malaysia. Namun kebanyakan laluan PLUS berada di luar lingkungan keperluan harian penduduk kecuali Tol batu 3 dan beberapa lain dalam bandar yang relatifnya masih murah.

10. Saya fikir keperluan mendesak ialah mengatasi masalah tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Saya mungkin tertinggal beberapa lebuh raya lain yang mungin juga perlu dipertimbangkan untuk penghapusan tol atau dikurangkan.

11. Lebuh raya-lebuh raya ini merupakan di kawasan yang berpenduduk padat dan perjalanan yang pendek dan terpaksa mengharungi kesesakan untuk membayar tol dan selepas membayar tol seperti di LDP. Malah kadang-kadang tol sendiri menjadi punca kesesakan.

12. Tol-tol seperti Kesas dan LDP ini juga dikenakan kadar yang tinggi tidak sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja. Anehnya, ada juga orang menggunakan lebuh raya ini secara percuma dan ada yang kena bayar bergantung di mana beliau tinggal.

13. Bukankah ini tidak adil kepada sebahagian orang? Ini juga bermakna mereka yang membayar di LDP dan Kesas turut membayar kepada sebahagian orang lain yang tidak melalui tol walaupun menggunakan lebuh raya yang sama.

14. Pada hemat saya, rakyat bersedia berkongsi sebahagian kos infrastruktur pembinaan lebuh raya untuk keselesaan seperti Lebuh Raya Utara - Selatan. Lluan yang mereka gunakan sekali sekala.

15. Yang menjadikan orang ramai sakit hati ialah keluar rumah untuk bekerja sahaja sudah terpaksa membayar dua tiga kali tol. Kadarnya pula agak tinggi bagi mereka yang terpaksa menggunakannya setiap hari.

16. Misalnya dari pekerja yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Bukit Jalil perlu menggunakan Kesas setiap hari ia membayar RM 8.40 sehari. Sebulan hampir RM 200 diperuntukkan untuk tol pergi dan balik kerja sahaja. Belum masuk kos petrol lagi. Bagi mereka yang tinggal di Sunway dan bekerja di Putrajaya pula mereka terpaksa membayar sebanyak RM 6.40 sehari. Jika sebulan sudah berapa?

17. Saya anggarkan bagi kakitangan biasa, mereka terpaksa membelanjakan hampir 1/3 pendapatan mereka untuk tol dan petrol sahaja. Itu belum termasuk kos penjagaan dan pendidikan anak, hutang rumah dan kereta serta hutang pendidikan lagi, Ditambah lagi dengan kenaikan tarif letrik dan harga barangan maka ramailah yang sakit hati dan sudah "tawar hati" terhadap kerajaan.

18. Justeru saya berharap jika benar rakyat diutamakan maka pengurangan secara besar kadar tol atau pemansuhan terus tol-tol dalam bandar dipertimbangkan secara serius. Jangan nanti sampai rakyat berkata kerajaan cakap tidak serupa bikin.

58 comments:

  1. tol ni sangat membebankan rakyat terutama di kawasan DR. berkata itu.

    saya duduk di epoh datang ke KL memang sesak jalan2 tuh..

    pandangan satu malaysia rakyat diutamakan PM haruslah mendengar rintihan suara dari akar umbi suara rakyat yang selama ni

    mahu perubahan.

    alangkah baiknya sekiranya ada suara rakyat ni didengar tapi kebanyakkan suara rakyat ni tidak didengari.

    Bila pilihanraya tiba mula lah wakil rakyat turun padang melihat dan mendengar suara rakyat.

    dah habis pilihanraya pikir la sendiri ada ke wakil wakil ni turun melihat rakyat.

    sedih sekali.

    Berharap rancangan satu malaysia rakyat diutamakan tidak terkubur bergitu sahaja dan tidak hanya omong2 kosong..

    harapnya.

    ReplyDelete
  2. sokong 100 % cadangan ds

    bayaran tol kesas rm 2.20 terlalu melampau. dari klang ke kl rm 6.60

    tol LDP di sunway pula seolah-olah mafia berlesen yg merampas wang org di tengah jalan. takde keselesaan langsung.sakit hati rasanya.
    nak bayar tol pun sesak,lepas bayar tol pun sesak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Tuan bukan saya nak mengajar bab-bab agama dan urusan pentadbiran majlis agama negeri tetapi APAKAH FUNGSI PUSAT ZAKAT dan BAITULAML??

    Bukankah umat ISLAM yg miskin ini adalah termasuk didalam ASNAF yang berhak? Apakah mereka ini tak layak menerima bantuan?

    Seperti di Selangor ramai ibu tunggal dan fakir miskin yg tiada rumah tetapi banyak rumah (flat PKNS dan pemaju lain) yg terbiar tak terjual yang harga dah jatuh bawah RM10k..kenapa tak beli dan serahkan rumah itu kepada mereka-mereka ini?? Kenapa pula perlu bina BANGUNAN yg besar sebagai PEJABAT PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL sampai berjuta-juta ringgit tetapi jika digunakan untuk membeli "raumah-rumah murah dan flat murah" saya rasa masalah menempatan ibu-ibu tunggal dan fakir miskin telah selesai..ini termasuk lah di SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.. perkara-perkara remeh seperti jauh daripada punca rezeki bukan satu alasan utk membantu mereka..hendak seribu daya.
    Namun semua yang HAK ini telah di POLITIK kan oleh semua pihak termasuk UMNO/BN dahulu.

    Harap tuan dapat membuat kajian yg mendalam terhadap cadanagn saya ini.

    Mintalah nasihat daripada MUFTI semua MUFTI-MUFTI dan semua ahli ULAMA' (jgn lama sangat) dan sediakan garis panduan utk dijadikan contoh kepada semua Pusat Zakat,dan kemudiannya minta PERKENAN ke SEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU untuk melaksanakannya..

    Buat kempen ZAKAT utk mengalakkan UMAT ISLAM berzakat..

    Harap tuan sebarkan perkara ini kepada semua PEMIMPIN UMNO ISLAM,PEMIMPIN PAS ISLAM dan PEMIMPIN PKR ISLAM untuk memikirkan perkara ini tetapi BUKAN PEMIMPIN ISLAM YG MUNAFIK.

    wassalam


    p/s: saya masih tak dapat menerima hakikat apabila melihat BANGUNAN PUSAT ZAKAT BERDIRI MEGAH BERJUTA RINGGIT tetap ramai UMAT ISLAM FAKIR MISKIN,IBU TUNGGAL tidak mendapat pembelaan sewajarnya..

    p/ss: jgn la bila masuk TV macam program BERSAMAMU baru nak muncul kena lah pro aktif..Itu AMANAH yg BERAT.. dan sepatutnya semua KAKITANGAN PUSAT ZAKAT dan BAITULAMAL berfikir BAGAIMANA HENDAK memberi kapak atau jala kepada MEREKA bukan TERUS MEMBERI KAYU dan IKAN.

    ReplyDelete
  4. saya mungkin tidak setuju dgn Dr. dari banyak segi dan perkara..
    tapi cadangan Dr. ini sgt dialu-alukan dan saya sokong 100%..

    bunyi macam cadangan geng PR pun ada..

    ReplyDelete
  5. naya jugak kalau kene bayaq tol banyak..
    dok kat seri nuang shah alam pastu berulang ke putrajaya, leteh jugak ooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  6. Dato'

    Jika cakap hendak melupuskan tol, memang ia perkara yang senang gembirakan semua orang. Kalau boleh, semua kita mahukan barang percuma. Akan tetapi, hendak melaksanakannya bukannya mudah. Takkanlah Dato'tidak tahu akan perkara ini? Jika Dato' terlalu anti dengan tol-tol ini dan fikir ia membebankan rakyat, mengapa pada zaman Dato' jadi MB dulu ianya tak dihapuskan? Mengapa pada zaman kerajaan Pakatan Rakyat ini pula Dato' mempersoalkannya?

    Lagi satu, slogan 1Malaysia - rakyat didahulukan. Dato' selalu cakap Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin. Dalam kes Perak, adakah rakyat didahulukan? bagaimana dengan hak rakyat Perak memilih kerajaan dan MB mereka? jika benar rakyat didahulukan, kembalikan hak rakyat dan biarkan mereka undi samaada nak pilih BN atau Pakatan.

    Dalam kes Perak, saya tak nampak 'rakyat diutamakan' yang saya nampak ialah 'kuasa dulu, rakyat kemudian'.

    ReplyDelete
  7. kali ini saya begitu menyokong kenyataan Dato'Seri, Ini kerana Slogan 1 malaysia yang dilaung kan Oleh PM hanyalah sebagai satu Retorik sama seperti Konsep Islam Hadhari yang di bawa oleh Tun Abdullah.Saya melihat Konsep ini juga tak ubah seperti Jenama tanpa Produk...walaupun saya tahu slogan ini di laungkan atas idea yang diperjuangkan DAP selama Ini.
    RAKYAT di dahulukan,sepatutnya Plaza - plaza TOL di lebuhraya - lebuhraya utama yang menjadi penghubung antara Bandar satelit lah yang harus di mansuhkan,Saya terkilan Sikap PM apabila menurunkan Menteri Kerja Raya Dato' IR.Mohd Zain,kerana beliau setidak - tidaknya telah menjalankan tugas yang terbaik pada rakyat contohnya menutup Plaza Tol Lembah Pantai...selepas usaha beliau terus beliau di turunkan dari Jawatan Menteri Kabinet...mengapa,apakah Slogan 1 malaysia ini hanya sekadar Retorik untuk meraih sokongan rakyat semula, Dato' Seri Harus Beri teguran Pada Kerajaan BN dengan Lebih keras lagi

    ReplyDelete
  8. Rakyat didahulukan :
    1. kurangkan harga petrol
    2. air/letrik percuma
    3. dll

    ReplyDelete
  9. Salam DSKT

    Saya mungkin tak berapa paham konsep 1malaysia,dan tak kiralah apa saja konsep yang akan dibuat.Saya faham apa juga yang cuba dibuat oleh kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat cuma mungkin ada segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dan kitapun tidak mungkin dapat memuaskan semua kehendak rakyat.
    Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah soal pelaksanaan dan soal pelaksanaan ini saya yakin Dato Seri Najib seorang tidak mampu untuk melakukannya sendirian.Apa yang kita perlukan disini adalah semangat kerjasama berpasukan dan sama2 berganding bahu untuk mencapai matlamat dan konsep 1malaysia.Kita tak mahu melihat apa yang dilaung2kan cuma sekadar satu konsep tanpa pelaksanaan.
    Saya menyokong saranan DS supaya tol di kawasan penempatan dihapuskan atau sekurang2nya dikecilkan amaunnya supaya tidak membebankan rakyat dan saya kira bukan saja tol malahan banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang yang dianggap remeh tapi memberi kesan pada kehidupan rakyat itu sendiri.
    Disini saya melihat salah satu kepincangan kerajaan adalah masaalah birokrasi,yang cuba diyakinkan oleh pembangkang sebagai salah satu kelemahan kerajaan yang ada sekarang.Saya tak mahu mengupas lanjut tentang isu ini tapi saya yakin DS dapat memahaminya.
    Tak terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah diatas perlantikan DS sebagai Ketua Pemikir Negeri Selangor dan walau ada kedengaran bisik2 di belakang, jawatan itu sebagai PETI SEJUK tapi saya melihat ianya sebagai satu tanggungjawab yang amat berat dimana DS diberi satu amanah untuk melihat dan membawa negeri Selangor kearah yang lebih baik dan ianya bukan satu tugas mudah sebab mungkin apa yang kita fikir atau lihat sama dengan mereka,saya ambil satu contoh...penyapu...inipun saya tak mahu ulas.
    Tapi inilah hakikatnya..DS mungkin melihat sesuatu perkara jauh kehadapan 10-50 atau 100 tahun akan datang tapi rakyat mungkin hanya memikirkan esok.Dan kerana esok adalah jawapan kenapa kita kalah PRU08 bukan kerana 10-50 atau 100 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  10. Mr.KETAM
    Soal zakat dan baitulmal adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan tak mungkin akan menerima pandangan dari DS yang dilihat sebagai musuh politik dan pembangkang dalam negeri Selangor.Kita melihat sendiri hukuman yang diterima oleh DS atas kelantangan DS sebagai Ketua pembangkang.Mereka hanya mementingkan kuasa mereka bukannya memberikan khidmat untuk rakyat dan melihat DS sebagai satu halangan pada mereka.
    Soal memberi kapak atau jala saya yakin benda ini sudah dipraktikkan lama dulu,cuma benda2 ni tidak digembar-gemburkan dan saya yakin banyak yang sudah menerima manfaatnya dan saya rasa setiap tahun banyak rumah2 pusat zakat dibina untuk diserahkan pada yang memerlukan.Lainlah kerajaan PR bagi gula sekilo masuk suratkhabar, kat Sekinchan bagi stokin pun panggil wartawan.
    Cuma saya amat terkilan dengan segelintir manusia yang tak sedar diri yang selepas dibantu menjadi pembangkang umpama melepaskan anjing yang tersepit.

    ReplyDelete
  11. Sdr Nazri Hamdan,dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Kita harus memahami isu krisis politik di Perak dgn berlapang dada,barulah kita akan memahami apa yang sebenarnya dan sepatutnya berlaku.

    Pertamanya dalam perlembagaan undang undang tubuh perak yang mana sama dgn negeri Selangor,kuasa untuk bubarkan dewan terletak sepenuhnya pada bidang kuasa DYMM Sultan.Sultan akan membuat pertimbangan berdasarkan keyakinan parti yang akan memerintah stabil dan membawa kebaikan kepada rakyat.

    Sebenarnya BN boleh memohon utk mengadakan pilihanraya peringkat negeri sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke 12 menunjukkan tiada parti yang mendapat majoriti nyata ,kerana kerajaan camporan hanya di bentuk selepas keputusan pilihanraya di ketahui,tetapi BN tidak lakukan perkara tersebut kerana menghormati perlembagaan bahawa kerajaan camporan boleh ditubuhkan selepas tiada mana mana parti menang dgn majoriti mudah dan BN menghormati proses demokrasi negara ini.

    Di Perak DYMM telah meneliti dan berkeyakinan BN mampu utk tadbir dan yakin dgn pengakuan bertulis bahawa Dr Zambry memperolehi majoriti dalam dewan undangan negeri.

    Sepatutnya Dato Seri NIzar melepaskan jawatan kerana telah hilang kepercayaan majoriti di dewan negeri,dan saya kira pandangan hakim mahkamah tinggi agar dewan tentukan nasib Dato Nizar dgn adakan undi tak percaya yang mana tidak ada termaktub dalam undang undang tubuh kerajaan perak adalah tidak tepat kerana perkara itu telah di lakukan dgn bijaksanan oleh tuanku.Sudah pasti DYMM Tuanku melakukannya dgn penuh tanggongjawab dan tidak menyebelahi mana mana parti politik.

    Membawa perkara ini kemahkamah adalah satu kesilapan,kerana ia menafikan hak waki lrakyat yang di pilih oleh rakyat dan juga menafikan hak dan bidang kuasa DYMM Tuanku sebagai tonggak negeri.

    Ada baiknya Pakatan Rakyat ikut langkah BN,menerima hakikat dan kenyataan yang telah berlaku,menerima keputusan DYMM Tuanku dan rakyat akan tentukan nasib mereka dalam pilihanraya akan datang.

    Lompat parti adalah dibenarkan oleh perlembagaan negara dan undang undang tubuh kerajaan negeri negeri.Jika kerajaan Pakatan rakyat tidak setuju dgn lompat oarti,eloklah kerajaan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membuat undang undang baru tidak benarkan mana mana wakil rakyat lompat parti dan ini akan menyelematkan kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.

    Dato Seri Anwar Ibrahim juga janganlah mainkan isu utk kuasai kerajaan pusat seperti rancangan nya menipu sdr dan rakyat malaysia dalam rancangan yang tak pernah dirancangnya iaitu rancangan 16 september

    Jika kita bersikap jujur dan kepimpinan yang berkualiti,kita mesti cakap serupa bikin,walaupon pahit yang terpaksa di telan tetap di telan bukan di luah dan cari alasan utk membetulkan tindakan kita.

    Saya sedih dari menggunakan mahkamah utk mencari alasan membenarkan tindakan mereka,hari ini mereka gunakan agama utk membenarkan tindakan mereka.Berpuasa adalah satu ibadah mulia yang diwajib dan juga sunat dilakukan dalam islam,dgn satu tujuan utk menginsafi kekurangan dalam hidup yang di harungi oleh sebahagian dari ummat manusia dan bersyukur dgn apa sahaja kelebihan yang allah kurniakan bukannya alat untuk mendesak DYMM Tuanku mengubah keputusan yang telah dibuat dan diterima oleh sistem undang undang negara.Bukankah kita beribadah hanya utk mengabdikan diri pada yang maha esa dan tidak ada niat yang lain,apa faedahnya kita berpuasa bukan kerana Allah tetapi kerana desak sesuatu tindakan dan dapat kekalkan jawatan?.

    ReplyDelete
  12. Ampun Tuanku said,
    Rakyat didahulukan:
    1.Kurangkan harga petrol
    2.Air/letrik percuma
    3.dll
    ..................................................
    Memang semua orang suka benda yang percuma,tapi pernahkah yang mendapat percuma tu mengucapkan terimakasih?Semua menyokong kerajaan PR bila manifesto negara berkebajikan dilaung2kan.Hakikatnya apakah kebajikan yang PR buat?Senaraikan satu2 janji yang di buat adakah sudah terlaksana sedang dalam pelaksanaan atau sekadar janji saja?
    Mr.Ketam menyarankan supaya memberi kapak atau jala dari memberi kayu atau ikan,dan hakikatnya kapak dan jala inilah yang sedang diberikan tapi berapa kerat yang faham?
    Yang bercerita tentang kesusahan sekarang adakah kerana kehendak atau keperluan?

    ReplyDelete
  13. as'kum..Dr & blogers...

    1Malaysia yg diperkenalkan oleh PM satu langkah awal mewujudkan satu landasan yg
    lebih ideal,mesra dan adil bagi rakyat Malaysia.

    Rakyat didahulukan-Pencapaian diutamakan juga
    satu gagasan yg harus meresap dijiwa setiap pemimpin dan kerajaan untuk menilai semula
    peranan dan tanggungjawap kepda rakyat.

    Kesanggupan pemimpin dan kerajaan mendengar keluh kesah dan rintihan menjadikan rakyat
    semakin dekat kepada pemerintah.

    Tindakan harus dimulakan dengan lebih berkesan,
    tepat dan mendalam terhadap tuntutan dan kehendak rakyat.Faktor kezaliman, kerakusan,noda
    dan dosa yg terpalit harus dibersihkan secara
    menyeluruh.

    Jika september sempena penubuhan Malaysia
    untuk PM melancarkan secara rasmi 1Malaysia,
    biarlah ianya satu kemuncaknya-Malaysia Baru,
    Kerajaan Prihatin,Kerajaan Rakyat.

    ....................
    selama ini pembangkang uar-uarkan untuk
    mengambil alih pemerintahan kerajaan BN
    yg gagal membela rakyat dan PR kerajaan
    alternatif untuk rakyat...PM harus mengorak
    langkah dengan 'WOW' factor yg tidak dapat
    di nafikan oleh kawan dan lawan, paling 'hebat'
    yg rakyat keseluruhan nantikan dan harapkan.

    Adakah impian sekelian rakyat satu bebanan?
    fikirkanlah jika kerajaan alami kejatuhan...
    rakyat dan negara menuju kehancuran...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum dr

    Amboi!! cadangan yang sungguh menarik hati rakyat,boleh saja dilakukan kalau ada kemahuan politik.Cadangan yang sebegitu yang rakyat perlukan dari pemimpin.

    Cadangan mr ketam tu pon baik gak,tengok mcm mane kat Negeri Selangor ni kerajaan PR respon.. ada berani kaaa???
    jangan asyik dok tuduh kerajaan lame je buat maksiat.

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya,...kerajaan tidak memansuhkan tol secara total pun ok!...cuma saya cadangkan rendahkan tol.
    Terbaru,...di sekitar Hulu Kelang...Highway DUKE
    RM 2.00
    Ini membebankan,..memandangkan Hulu Kelang,Keramat,Setiawangsa mempunyai kapasiti penduduk yang padat dan bebanan tol amat dirasai..
    Daripada kerajaan perlu menanggung berbilion ringgit untuk memansuhkan tol....adalah lebih praktikal sekiranya mereka merendahkan kadar tol
    sbg contoh:

    LITRAK: 1.60 ke 1.00
    DUKE: 2.00 ke 1.00 atau 1.20
    Manakala highway yang mengenakan RM 1...boleh ditukar menjadi Rm 0.50
    Dengan cara ini,...Kerajaan tidak perlu terbeban dgn tangungan berbanding jika pemansuhan tol secara total dilakukan,...dan rakyat juga tidak merasa terbeban dgn kadar tol...dan ini menjadi satu titik perubahan yang akan menonjolkan imej BN dalam menangani masalah rakyat!
    sekian:) SALAM

    www.sd-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dr

    Macam mana nak fahamkan orang yang tak mahu faham?
    Kes kat Perak tu bukannya PR yang menjadi suara majoriti lagi,jadi apelagi yang bingai sangat tuu.Kalau nak sangat pegilah beli ahli DUN yang lain, hahahahahaha
    Anu arr kan banyak duit, dulukan Anu arr yang punya idea nak beli yb yb ni semua.
    Sekarang ni senjata makan tuan daaa. Apo nak di kato, kalau buleh nak jadi PM,, hahahahahahaha

    ReplyDelete
  17. Salam, semua

    Isu tol dapatlah dikatakan sebagai isu lapuk kerana sering bersipongang di media-madia massa, terutama apabila tiba musim kenaikannya. DS Najib ada menyentuh hal tol ini. Akan diapakan kelak?

    Antara tol lain yang tidak disebutkan DS Khir termasuklah LR Silk di Kajang, NPE di PJ, Metramac yang bertindih pula dengan PLUS dari Sg Besi ke TUDM dan bertindih juga dengan SMART, Akleh, Kerinci Link, Lebuhraya Putrajaya, dsb. Yang bagusnya, kebanyakan tol itu akan dilepaskan ke Lebuhraya Persekutuan atau ke Jalan Tun Razak.

    Sebenarnya, inilah cita-cita pembuat dasar yang terdahulu, yakni timbulkan idea untuk menjadikan Malaysia pengeluar kereta. Apabila ada kereta, jalan perlu diperbaik dan diperbanyak. Untuk memastikan majoriti orang/rakyat berebut-rebut menggunakan kereta, permudah pinjaman kredit. Kalau dulu, pendahuluan untuk membeli kereta 30% daripada harga kereta, turunkan kepada 10% (sekarang dah tak ada % pun). Banyak kereta, akan menjadikan jalan sesak. Apabila jalan sesak, lebuh raya perlu dibina dan rakyat berfikir pembinaan itu wajar bagi mengatasi kesesakan. Bertambahlah lebuh raya. Sedangkan hakikatnya, banyak orang (seperti yang dimaksudkan DS Khir), membayar tol untuk menikmati kesesakan. GILA!

    ReplyDelete
  18. At least, now you are talking like a 'hamba rakyat', not a 'raja of rakyat', keep it up. Human being wants to live peacefully in this world not to be 'bullied' by certain 'uncivilised' people'.

    On the Perak issue, trust me, it is only a temporary grab of power. Come next election, you will know the consequences, better do it now - the reality will prevails.

    It will be fair to everybody - the Sultan, the MPs and most of all the rakyat and there will be no more court tussles....

    ReplyDelete
  19. Dr Khir

    Pertama sekali,cukuplah dr khir, tak perlu lagi komen berkenaan situasi politik di negeri Perak. Tak perlu ulas dan jawab semua pertanyaan orang-orang yang tak faham bahasa. Kenapa perlu terangkan kepada mereka yang tidak boleh terima kenyataan, bongkak dan bodoh sombong.Keputusan mahkamah telah diperolehi, apa lagi?? Ingin ditegaskan di sini tolonglah JANGAN LAYAN GOLONGAN YANG BODOH SOMBONG.

    Ok, cadangan penghapusan tol memang baik, nampak macam mesra rakyat, prihatin dan kerajaan bertanggungjawab. Tapi implikasinya terhadap syarikat terbabit, hutang yang akan ditanggung dan nasib pekerja-pekerja juga perlu diambil perhatian. Namun, cadangan penghapusan ini mungkin boleh diselesaikan jika pihak kerajaan membuat pengambilalihan pengurusan ataupun memberikan subsidi.

    Memang, semua rakyat suka sekiranya tol dihapuskan.Tapi saya lebih yakin sekiranya tol dapat dikurangkan. Ia lebih munasabah.

    ReplyDelete
  20. Salam DS,
    Saya amat setuju dgn apa yang dikatakan oleh saudar Nazri hamdan.Sperti apa yang saya nyata dulu kerajaan BN telah mengemudi BN selama 50 tahun....selama ni kita rakyat asyik mengadu pasal kenaikan TOL2 di KL,dan tindakannya kerajaan selama ini hanya menyatakan 'NO' kepada kita.Peluang demi peluang diberi kepercayaan kepada kerajaan BN dari rakyat,namun tiada usaha untuk menyelesaikan masalah kenaikan TOL2 di KL dan biar pun kita bayar,jam dipertengahan jalan lebuhraya terutama di LDP!!!!'Bak kata orang bila jarum tak kena pada diri kita,tak rasa sakitnya'....dan sekarang dah nak dekat kehapusan EMPAYAR BN yang mungkin akan berlaku di pilihanraya ke 13,BARULAH TERHEGEH-HEGEH nak buat ni la nak buat tu la....RAKYAT DIDAHULUKAN LA.....macam-macam.TEPUK DADA TANYA SELERA DAN DS TAK PERLU JAWAB APA YANG SAYA KATAKAN DIATAS,U SENDIRI SAJA TAHU!!!!!.
    Yang di Perak tu,cubalah DS turun padang tanyalah pada penduduk disana....siapakah mereka mahu???...Saya sendiri sebagai anak jati di negeri Perak tahu benar apa yang saya nak undi pada pilihanraya ke 13 nanti!!!!!.Kalau kerajaan BN terus DEGIL untuk memerintah,TERUSKAN USAHA KAMU DEMI MENJAHANAMKAN LAGI IMEJ KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT DI PERAK!!!SYABAS!!!
    Sebenarnya kerajaan BN memang adalah kerajaan yang bagus demi terus membangun negara selama ini.TETAPI KEPADA DS DAN ANGGOTA,INI ADALAH TANGGUNGJAWAB YANG SEPATUTNYA KAMU SEMUA BUAT KERANA KAMU SEMUA ADALAH DIBAYAR OLEH RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  21. Dear DS,
    Saya merasakan bahawa ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK BERUNDING DGN PIHAK SYARIKAT KONSESI HARUS LETAK JAWATAN DAN PERLU MENGISTIHAR HARTA2 MEREKA!!!
    Percayalah ramai rakyat mahu tahu perkara sebenar semasa perundingan itu yang dikatakan BERAT SEBELAH PIHAK KEPADA SYARIKAT KONSESI INI SEMUA!!!

    ReplyDelete
  22. Isu panas chin peng di
    http://penpusaka.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. chit podah..... sudah lama orang merana sejak DS masih MB kini baru nak bersuara?

    ReplyDelete
  24. kerajaan kena tengoklah. mana lebuh raya yang tak ada pilihan macam LDP kat puchong tu patut dihapuskan saja. Yang ada pilihan macam NPE dan kesas kenalah kurangkan kadarnya. kutip RM 1.00 cukuplah... bayar pun senang, kos pun kurang.

    Saya rasa satu cara ialah kerajaan bayar hutang syarikat ni dengan bank, dan syarikat berhutang dengan kerajaan pada kadar faedah yang rendah.

    peruntukan hanya 10 atau 20% untuk kos pentadbiran, yang lain tu bayar hutang kat kerajaan.

    ReplyDelete
  25. salam DS, kenyataan datuk seri ni saya setuju dengan tindakan/perbuatan yg pro aktif sekali. bukan sekdr kenyataan kosong sahaja. klu betul rakyat didahulukan. DSKT buat laa cadangan agar sistem pengangkutan awam menjadi lebih efisien dan alternatif kpd penduduk di bandar.

    ReplyDelete
  26. Salam DS

    saya setuju dgn saranan agar diturunkan caj tol,dan lebih setuju diperluaskan lg penggunaan sistem tol gantry agar kesesakan lalulintas dapat dikurangkan.

    saya juga mencadangkan agar diperbnykkan lagi sistem pengangkutan awam statik dalam bandar dan sekitarnya (LRT,tren,tram) serta menaik taraf kemudahan yg sedia ada.

    saya ingin juga mengesyorkan agar pihak DS dapat menjalankan kajian secara empirikal dan mengeluarkan rumusan dan cadangan dalam menangani masalah2 berkaitan dgn tol dalam bandar.

    ReplyDelete
  27. Ricky

    Sudah-sudah la, aku pun rakyat Negeri Perak jugak,kat Kampung Gajah nun..ko fikir orang kat Perak ni sokong PR sangat ke?Aku pun boleh cakap yang PRU 13 PR akan lingkup..

    Ahh dah la, malas nak cakap pasal benda ni lagi,UMNO/BN dah menang dah..AlhamduLillah..Amin

    ReplyDelete
  28. Diharap ia bukan usul di blog tapi saya mengharapkan usul ini dibawa ke dalam mesyuarat MT atau mesyuarat kabinet.

    Masalah di Cheras sama seperti di Puchong. Duit belanja sekolah anak diperuntukan bagi membayar tol. Bukankah ini membebankan rakyat..?

    Kalau kerajaan Pakatan kerajaan kebajikan, kalau tidak mampu menghapuskan tol.... memadailah dengan memberi subsidi bayaran. Tapi.... ermmm... negeri kebajikan hanya rektrotrik semata2.

    Saya sedar.... tidak semua perkara umno bagus... tapi pada hemat saya.. kebanyakan penyokong Pakatan buta akal buta hati dalam menilai.

    Andai ia dapat direalisasikan... huh... memang BN ni masih pakatan terbaik.

    ReplyDelete
  29. sekarang baru nak cakap pasal tol ke saudara?

    masa MB dulu tak pernah dengar cakap saudara nak kurang tol? naik tu adalah. masa tu ingat pembangkang sifar...rakyat pun disifarkan.

    ingat lagi isu tol saga yang jalan pintas tu di tutup? PR jadi kerajaan selangor terus isu itu dah selesai.

    saya yakin sangat kalau PR dah jadi Kerajaan Persekutuan, isu tol ini akan diselesaikan dengan senang sekali..kerana tak yah jaga hati kroni-kroni UMNO/BN.

    ReplyDelete
  30. DSKT,

    Semenjak DSKT dah tak jadi MB ni, banyak kenyataan dari DSKT memihak kepada rakyat, tetapi semasa jadi MB ada kuasa dan kedudukan mengapa senyap sahaja. Baru sekarang ke ingat kepada rakyat yang menyokong DSKT sebelum ini.
    Sudah la janganla keluarkan kenyataan yang bersifat populis. semuanya mahu menyedapkan hati rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  31. haha
    klaka la baca sumer komen yg ada
    mcm x logik r nak hapuskan tol
    susah giler
    brapa bnyk pampasan yg harus dibayar tu?!
    nak kurgkn kadar tol pown sama
    pampasan gak kan?
    inila sebenarnya kesilapan pimpinan dulu
    main bina je lebuh raya
    kalu kerajaan sendiri yg bina kan senang
    xde la masalah tol, atau soal pengambil alihan
    saya masih belajar
    x bayar tol lg
    xtaw nak ckp apa

    yg berckp soal perak ni memang bangang
    ckp la kat tempat len
    skrg isunya ialah tol
    kui3...

    hrp dr dpt belajar dr kesilapan

    ReplyDelete
  32. saya sokong cadangan ini.. saya terpaksa melalui highway kesas setiap hari.. kadar yg dikenakan amat tinggi iaitu rm2.20 bagi setiap pondok tol..

    to Mr Ketam, anda nasihat pada orang yang salah... Dr.Khir bukan lagi MB Selangor.. usulkan cadangan anda pada kerajaan negeri

    ReplyDelete
  33. saya tersangatlah hairan wahai datuk seri..
    apsal kes tol di selangor nie bru sekarang nk dibincangkan..
    pada masa pkr memerintah pulak tue..
    pada msa datuk jadi menteri dlu datuk x tahukah macam mana peritnya rakyat bayar duit tol..
    ataupun bru sekarang datuk trpaksa bayar sendiri duit tol..
    ini kisah lama la datuk..sepatutnya masa datuk jadi menteri dlu datuk dah kena ambil tindakan..

    sudah terhantuk baru tergadah..

    maaf kalu tersinggung..tpi ini realitinya..

    ReplyDelete
  34. salam dato`

    walaupun tidak disiarkan, saya hanya ingin bertanya maklum balas mengenai comment saya mengenai tindakan umno pasca pru ini tempoh hari.

    ceramah di shah alam mlm tadi oleh umno bahagian mengenai SIAPA PAS? perlu disebarkan lagi ke seluruh selangor dan malaysia.

    selamat berjaya dato`

    ReplyDelete
  35. halim,
    Saya faham benar yang anda PENYOKONG KUAT BN,ok kita tak nak cerita kisah di Politik di Perak(yang kononnya BN adalah kerajaan yg diinginkan oleh Rakyat).
    Cuba saudara lihat apa pendapat dan komen2 di blog DS(Syabas DS terima apa saja teguran dan komen dan memaparkannya,tak seperti Saudara Dr.Zambry abd kadir yg langsung tak memaparkan komen2 yang menegur beliau).BERAPA RAMAI REAKSI YANG POSITIF TERHADAP ISU2 TOL NI KEPADA DS???).....Secara terus-terang saya seorg yg pernah jugak menjadi penyokong BN yg kuat,TETAPI PELUANG SAYA TELAH DIBERI KEPADA KERAJAAN BN CUMA MEREKA SAJA TAK MENGHARGAI UNDI KITA KEPADA MEREKA SEBELUM INI.....MASA SEDANG BERUBAH DAN KITA SEMUA KENA CUBA MENDEKATI CARA LAIN UNTUK MENCARI BENDA YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA,KELUARGA DAN MASA DEPAN ANAK KITA......Mungkin saudara Halim selepas peralihan kuasa ni TAK DAPAT KONTRAK KUT???///Kita di blog2 sedemikian langsung tiada kepentingan dlm apa2 hal,dan kita cuma nak menyuarakan cadangan dan cara penyelesaian kita terhadap negara!!!!REMEBER!!!!TIME HAS CHANGE!!!

    Salam...!

    ReplyDelete
  36. Salam sdr Nasir,

    Saya fikir strategi dan kaedah UMNO dan BN di Selangor tidak akan kita cerita dan bentangkan kepada umum. Bagi saya jika sudah dicerita kepada ramai orang strategi dan kaedah menawan kembali selangor maka i bukan lagi strategi.

    Namun insyallah dalam masa enam bulan lagi saudara akan merasai perubahan dalam cara dan kaedah UMNO Selangor berfungsi.

    Buat masa ini saya sedang mengumpulkan pandangan dan cadangan yang boleh diemelkan kepada saya di drkhir@yahoo.com

    ReplyDelete
  37. salam....

    Sepatutnya menyediakan prasarana yg melibatkan
    pengguna setiap hari untuk kemudahan jangka panjang seperti lebuhraya misalnya haruslah
    berpaksikan mesra pengguna atau mesra rakyat
    tanpa membebankan 'kuasa' rakyat.

    Kini isu tol menjadi bebanan yg amat menekan
    kepada rakyat dan kerajaan.Penyediaan lebuhraya
    haruslah dikategorikan sebagai tanggungjawab
    sosial tanpa mengejar atau capai target keuntungan.

    Matematik mudah sebagai contoh:
    Kos pembinaan sesebuah lebuhraya rm2bill
    ditanggung kerajaan.Kutipan tol ditetapkan RM1
    dalam tempoh tertentu kerajaan dapat balik kos
    termasuk kos menyengara.Selepas itu kerajaan
    turunkan ke 50 sen sebagai pendapatan untuk
    mengurus dan kos senggara pada masa sama sebagai
    pendapatan kerajaan.

    Realitinya perjanjian dibuat semata-mata faktor
    perniagaan dan untuk mendapat laba yg paling lumayan akhirnya kerajaan menanggung kerugian
    akibat kenaikan tol tidak dapat dilaksanakan
    kerana desakan politik bukan lagi keprihatinan
    kerajaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  38. Sdr Kucai dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Semasa saya menjadi MB,saya telah suarakan bahawa terlalu banyak tol akan membebankan rakyat,yang akhirnya kos hidup di bandar meningkat. Perkara ini patut dielakkan,dan saya timbulkan perkara ini pada tahun 2002 lagi.

    Saya juga telah merancang penambahbaikan sistem pengangkutan awam,terutamanya di lembah klang,Oleh kerana sistem pengangkutan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan,cadangan tersebut terpaksa dibawa utk tindakan kerajaan pusat.Saya juga kecewa hingga hari ini tiada tindakan yang bersungguh diambil utk tujuan tersebut.

    ReplyDelete
  39. Salam DS,
    Seperti apa yang dikomen kepada saudara Kucai,bermakna DS telah menyuarakan pada tahun 2002.....APA YANG KITA BUAT YANG PENTINGNYA RESULT!!!Jgn sesekali membuat publicity di kalangan rakyat,cara macam ni dah basi!!!Ramai ADUN & MP tak faham apa erti kerja???...apabila sesuatu masalah disuarakan,MESTI ADA PENYELESAIAN...yang penting ada usaha yg dibuat bukananya cakap lepas tu biar aje!!!(itu nama publicity...Tapi saya tetap mengucapkan tahniah kepada DS kerana mengemukakan cadangan TOL ini,dan saya berharap DS betul2 menumpukan sepenuh perhatian kepada kes ini....JGN SESEKALI BUAT KERJA SETENGAH JALAN...INI AKAN MEMUDARATKAN IMEJ DS JUGAK!!!Keep on yr effort to CHANGE!!!

    ReplyDelete
  40. Salam DS,
    SAYA INGIN TUJUKAN SOALAN NI KEPADA SDR HALIM......Seperti kes yang kita bincangkan ini,saya ingin menyuarakan kes PKFZ yg sememangnya menghancur hati saya sebagai RAKYAT MALAYSIA...Begitu ketara barisan MP dari BN(UMNO,MCA & parti dari sarawak)bersepakat dalam mengaut keuntungan dari kerajaan...kroni2 inilah yg kita memang benci dan marah selama ini...Soalan saya disini,
    1)Adakah sdr Halim sokong dgn tindak-tanduk kerajaan dlm hal ini sehingga wang rakyat kehilangan berbillion RM???Bolehkah saya kata ini sebagai tindakan yg BODOH DAN SOMBONG(SELEPAS DPT DUIT) yg selalunya dilaungkan oleh sdr halim??
    2)Adakah anda akan biarkan kes2 macam ni berlaku lagi ataupun sdr sokong dgn BUTA???Ada masanya kita kena macam org kata 'CHECK & BALANCE',jgn buta2 sokong!!!SAYA PUN PENYOKONG BN JUGAK SATU KETIKA DULU!!!BERUBAH LAH SEBELUM SDR INSAF....Yang penting SALAH ADALAH SALAH,Tak perlu jelas apa2 dah!
    3)Saya amat kecewa dgn kelambatan pihak MACC,yg sepatutnya memulakan siasatan dgn lebih awal beberapa tahun lagi(Seperti yg ditekan oleh pihak pembangkang dari dulu lagi)...SAYA SANGAT MERAGUI STATUS INDEPENDENT bagi pihak MACC....yg penting dan sepatutnya siasat,dia tak buat...yg remeh temeh kes pembangkang buat heboh!!(Sama macam TV3 jom Heboh).
    4)Dalam perkara ni,rugi berbillion RM kerajaan tak bising...tapi bila bagi subsidi minyak kat rakyat,BN cakap negara akan bankrupt kerana subsidi minyak banyak sangat...!!!ITULAH YG KITA MARAH,BAGI DUIT KAT KRONI BOLEH,RENDAHKAN BEBAN RAKYAT SIBUK BUAT BISING DAN CAKAP ITU HELAH PEMBANGKANG!!!REALLY SHIT!!!

    Akhir sekali kepada sdr Halim,teruskan mata buta kamu sehingga hancurlah duit rakyat dan negara kita!!!JGN LAGI CAKAP ORG BODOH & SOMBONG....PADAHALNYA SENDIRI YG BUTA!!!BODOH SAMPAI DUIT INCOME TAX PUN BUTA AJE BAGI KRONI2 TU!!!U DAPAT APA BODOH!!!

    ReplyDelete
  41. Kalau betullah apa yang dato seri katakan itu, isu pasal pengankutan awam ni terletak bawah bidang kerajaan pusat maka saya cadangkan DSKT perjuangkan dengan bersungguh-sungguh dalam parlimen. Jangan bila masuk bersidang membahaskan usul-usul, buat diam aja pasal nak jaga hati kawan-kawan dalam kabinet dan BN khasnya. Takut nanti di cap sebagai pro pembangkang pulak. Kalau betul-betulah DSKT nak perjuangkan rakyat sepertimana konsep satu malaysia rakyat diutamakan.

    ReplyDelete
  42. salam Dato Seri, terima atas komentar anda. Sebnrnya antara tujuan PR hendak menawan kerajaan persekutuan adalah salah satunya ingin mengkaji semula konsesi tol yg bidang kuasanya berada di bwh kerajaan persekutuan. Semmgnya perjanjian tol yg ada skrg amat berat seblh dimana rakyat sahaja yg perlu menanggung beban sama ada dari segi hendak bayar tol dan jgk pampasan kepada syarikat konsesi. klu betul DSKT serius hendak memperjuangkan isu ni. Saya amat2 mengalu-alukannya.

    ReplyDelete
  43. Every year bila time budget je, berbillion diperuntukkan untuk pengangkutan awam. Bila naik harga minyak (lupa tahun bila) kata kerajaan boleh jimatkan subsidi dan ada extra berbillion untuk improve public transport. Siap ada Tabung Kewangan Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA). Audit Negara tak nak audit ke Tabung ni... or MACC...

    Mana pergi tabung tu and mana berbillion yang konon disalurkan oleh pengangkutan awam. Saya dan lebih 5 tahun gi kerja naik komuter. Lepas tu naik PUTRA dan ada kala naik Bas Rapid. Tahap service yang saya dapat HAMPAS.... Saya cakap berdasarkan kepada pengalaman saya Dato'. Bukan hear say. Makin merosot. Almost everyday ada komen pasal bad service of komuter kat media. Tapi tiada tindakan susulan.

    Saya bukan nak layanan kelas pertama cukup bila time nak balik ada komuter boleh naik. Tak kisah berdiri, janji boleh masuk. Ini tren dijanjikan 20 min interval tapi hampas again. Interval jadi 40 mins sometime up to 1 hour. Regular cancellation of train during peak hour. Tak ke bangang tu....

    Takpe... VVIP and Pak Menteri mana pernah merasa benda ni... Tak ke malu, nama Komuter (Keretapi Elektrik Janaan Komputer) tapi tarik dengan lokomotive diesel...asap berkepul... malu weiii.... Rasa macam kat Ghana pulak (ageing merdeka sama mcm Malaysia)

    ReplyDelete
  44. Salam...

    Bayangkan dari plaza tol kajang (lekas) ke semnyih yang jaraknya hanya 5 km, tol nya RM1.10...padan-padan la...nak untung cepat jer

    ReplyDelete
  45. DSKT,
    "...cadangan tersebut terpaksa dibawa utk tindakan kerajaan pusat.Saya juga kecewa hingga hari ini tiada tindakan yang bersungguh diambil utk tujuan tersebut....

    Haha..Cadangan dari DSKT tak diterima sebab diorang tak de hasil dari cadangan DSKT tu, cuba cerita % yg bakal diorang dapat, sure kerajaan persekutuan sokong punya... sama la macam rakyat Selangor cadang sesuatu, tetapi cadangan hanya dilaksanakan bila wakil rakyat dapat %...

    ReplyDelete
  46. Tak setuju tol dihapuskan. Kalau dihapuskan macam mana nak buat kerja maintenance. Mana nak dapat sumber!... Kerajaan akan bangkrup.

    ReplyDelete
  47. tahniah pemuda berani .... beranihttp://pemudaumnokemaman.wordpress.com/

    ReplyDelete
  48. pandangan saudara ritz ariff berkenaan % tu ada betulnya..cuma kita harus berpijak dibumi yang nyata,jika kedua2 belah pihak tidak mendapat manafaat memang mereka tidak akan lakukan kerja...kita pun sama mana2 kerja mesti adil kedua2 belah pihak.mesti ada keuntung baik rakyat atau pemerintah.

    cuma selama BN memerintah ada segelintir manusia berkuasa yang lupa diri sampai nak untung berlebih2an (rosakkan BN)...senang kata dulu tu kalau boleh sembelih je leher rakyat yang membayarnya,DULU MEREKA INGAT RAKYAT melalak pun tetap rakyat akan bayar juga...

    jadi bab % ni memang perlu ada wahai saudara ritz ariff...cuma manusia yang berkuasa harus kembali kejalan yang sepatutnya iaitu beri manafaat kepada rakyat(jangan beri tangan kanan pada masa yang sama ambil lebih banya dengan tangan kiri,ambil pada saya boleh sebagai imbuhan kerja tapi jangan keterlaluan,patut2 la bro) dan janganlah pemimpin kerajaan yang berkuasa berlebih2an nak untung..rakyat sekarang dah bijak....janganlah letak leher pemimpin pada pedang rakyat nes caya habis BN kena sembeleh pru13 nanti olah golongan muda.

    sebagai golongan muda saya percaya,kami bukan terlalu bodoh untuk menyokong sesebuah parti sehingga tidak akan berubah,kami boleh berubah dan akan menyokong kerajaan jika kerajaan BN menunjukkan perubahan contohnya buktikan apa yang dikata oleh pemimpin anda iaitu ds khir disini tentang tol ini.buktikan yang anda sebagai kerajaan pemerintah mendengar dan bukan sekadar mendengar malah amat memahami dengan BERTINDAK...FAHAM..BERTINDAK ( SAYA AKAN TUNGGU WALAU 3 TAHUN DARI SEKARANG TENTANG DESAKAN DAN PANDANGAN DS NI,JIKA TIADA RESPON DAN MAKLUMAT DIHUJAHKAN DISINI...SAYA ANGGAP RIOTORIK)

    kalau tidak boleh menurunkan atau anggap kami sebagai pengacau...saya yakin golongan muda akan bersama2 bertindak membetulkan dengan cara tersendiri.

    jadi saya nak tengok apa yang dikata dan disuarakan oleh ds ni kerajaan pemerintah ada dengar dan lakukan perubahan .

    jika tidak respon saya beranggapan kata2 menyedapkan hati semua kita sahaja....ds najib kalau buat tak tau dengan pandangan ds khir ni memang saya anggap reotorik politik bermula lagi.

    ds patut minta pihak berwajib ambil perhatian dan minta jawapan dan paparkan disini walau apa keputusannya barulah kami akan faham dan akan terus bersama dengan ds disini.ambil positif dan jadikanlah blog ini sebagai medium rakyat dengan pemimpin yang jujur dan berwawasan seperti ds ni.ramai blogger disini yang bagus...pengkritik,pengampu,pemberi pendapat,pemberi maklumat dan semua ini akan membantu dan lebih memberikan ds kefahaman tentang pemikiran generasi sekarang...saya sendiri tidak akan masuk dan menulis disini selama ini jika saya tidak percaya dengan ds lagi....jika ds pun bermain politik dengan rakyat seperti kami....ramai orang yang akan lari dan tidak akan berblog lagi dengan ds termasuk saya dan yang ada hanyanya para2 pengutuk dan para2 pembenci ds sahaja....lama2 ds pun boleh lembek.

    tetapi jangan risau,pemimpin yang bagus seperti ds,insyaallah kita tidak akan tinggalkan,sebagai golongan muda sibuk berkerjaya dibandar.....tetap akan menyumbang walau sedikit melalui blog ini.orang kata biar jauh dimata tetapi dekat dihati.

    janganlah bila pandangan ds yang baik untuk rakyat dibandar ini hanya sekadar nanti ditambah dengan kata2 yang semakin membenci dengan pemimpin politik...CAKAP TAK SERUPA BIKIN DARI SEORANG ANAK ORANG SUSAH DAN BERPELUANG JADI MB SELANGOR SAMPAILAH BERPELUANG JADI KETUA PEMBANGKANG...PUN SAMA TIDAK DAPAT MENGUBAH DAN MENDESAK PEMERINTAH SEPERTI KATA DS NAJIB

    "DENGAR DENYUTAN NADI RAKYAT".



    UMNO TIDAK BOLEH DIWARISI
    TETAPI
    UMNO HENDAKLAH DIHAYATI

    ReplyDelete
  49. Setuju ngan wmu350,BERUBAH....jika itu yang diamalkan dan dipraktikkan pru13 milik kita.perubahan yang memerlukan kerjasama dari semua pihak.
    mr.ricky.... saya faham ketidakpuasan hati saudara,saudara adalah orang kuat BN suatu ketika dulu,dah bagi peluang....ok la...tapi merujuk pada perubahan,adakah perubahan yang saudara ke arah yang lebih baik atau sekadar menghukum...?Kita sedia maklum dalam barisan BN ada bermacam macam jenis manusia yang bermacam macam perangai tapi dalam BN juga tertubuh bermacam macam jenis suruhanjaya yang boleh memantau dan melaksanakan undang2 supaya BN boleh menjadi yang lebih baik.Dan adakah PR yang tak pernah berdaftar tu adalah pilihan yang terbaik..?yang pemimpin pemimpin teratas tu dok sibuk bertelagah membawa polisi politik masing2.
    Saya juga sedia berubah jika ada pilihan yang lebih baik dari BN TAPI yang lebih......BAIK.
    mr.abikhsan.......Ghana
    ageing merdeka sama ngan Malaysia,mana lebih baik antara Ghana dan Malaysia........

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum dr

    Memang senang untuk melontarkan hujah,tapi sama ada hujah itu bernas atau dapat dilaksanakan atau tidak itu menjadi cerita yang lain yang perlu untuk menjalani segala macam proses.
    Menghapuskan bayaran Tol,memang bunyinya terlalu ideal.Rakyat memang didahulukan,sebagai rakyat saya dan mungkin semua rakyat akan megalau alukannya.Tapi,disitu juga kerajaan dapat menfaat,
    1)Kerajaan dapat menyediakan kemudahan awam untuk rakyat dengan bantuan pihak swasta.tanpa kerajaan mengeluarkan wang dari poketnya.
    2)Kalau Kerajaan mengharapkan semuanya dari pembayar cukai, anda ingat semua cukai yang di pungut oleh kerajaan mencukupi untuk membiaya semua????? Jawapannya sekolah tak dapat dibina mcm sekarang ini,setiap kawasan perumahan mendapat peruntukan sekolah,dan hospital, itu pon masih tidak mencukupi,itu belum lagi bantuan perubatan percuma, bantuan buku sekolah percuma,bantuan kepada rakyat miskin,bantuan rumah kos rendah,bantuan biasiswa untuk anak melanjutkan pelajaran,dan banyak lagi.Dan semua itu perlukan duit dari poket kerajaan.

    3)Tetapi menetapkan kadar tol mestilah di teliti dengan sehalus halusnya, misalnya tempoh utuk mengutip tol di perpanjangkan dan kadar tol mestilah tidak dinaikkan.

    4)Janganlah kita selalu tidak merasa bersyukur dengan ape yang telah kerajaan BN lakukan kepada kita selama ini??.Memang kita bole berhujah bahawasanya semua perkara itu sudah menjadi tanggungjawab sebuah kerajaan untuk melakukannya. Tetapi bolehkah anda semua berfikir bahawasanya semua itu memerlukan sumber kewangan yang banyak dan keupayaan sesebuah kerajaan untuk menyediakan kewangan yang mencukupi adalah menunjuk bahawa kerajaan itu amat berwibawa.

    5)Bukan mcm kerajaan yang baru dapat memerintah 5 negeri,kerjanya tidak lain selain dari mencari kesalahan yang titik bengek,dan meracun pemikiran rakyat.kenapa tidak menjadikan negeri yang mereka perintah itu menjadi sebuah negeri yang lebih aman dan makmur????dari yang lama dahulu? itu baru akan membuka pemikiran rakyat.

    6)Parti PAS ni kalau menjadi pemerintah tak tahulah mcm mane kerajaan yang akan dibawanya,kerana ape yang saya tahu dan dengar setiap kali mereka menghantar mubalighnya kesetiap surau dan masjid untuk berceramah konon ceramah diadakan untuk menambah ilmu,dan majlis ilmu wajib untuk dituntut, benar sekali,TETAPI majlis ilmunya hanya sekedar untuk mukadimah sahaja, dan yang selainnya majlis itu dijadikan majlis untuk melepaskan geram dan dendam kesumat sesama islam serta menjadi majlis menghasut penduduk setempat membenci pemimpin yang tidak sealiran dengan mereka sahaja.

    7)Janji syaitan adalah untuk menghasut umat islam supaya menjadi umat yang akan selalu bercakaran sehingga hari kiamat.LU PIKIR LAH SENDIRIIIIII

    ReplyDelete
  51. salam kepada semua bloggers,

    mmg dah jangka kalau bercerita tetang toll sahaja ramai yang akan menjadi tekong nk cerita fikiran dan idea mereka sahaja yang benar, mereka sahaja yang betul kerajaan salah, pemimpin salah, syarikat2 toll pun salah semua salah...

    konon isi hati mereka jujur, telus dan benar. isi hati rakyat yang sebenar. tapi pernah merasa ke isi hati pemimpin? isi hati syarikat toll tu, isi hati pekerja2 toll dan mereka2 yang terlibat dengan toll yang mereka salahkan hari2? mereka yang kene maki hamun FREE hari?

    saya tidak 100% menyokong kadar toll sekarang
    dan tidak juga 100% menyokong hapuskan toll...

    cuma yang boleh saya katakan disini, ada harga yang perlu kita bayar dengan perkhidmatan yang kita terima. dan kita diberi pilihan utk setiap perkhidmatan yang kita nk guna. cth kalau kita nk murah - perkhidmatan akan bermasalah. kalau nk guna yang free pun (jln2 kg) mmg murah tapi jalannya mmg gred kampungla. kalau nk first class jalan pun cantik. harga pun first class la. itu semua bergantung kepada bentuk perkhidmatan yang disediakan.

    utk hapuskan toll mmg tk bernas tetapi utk kurgkan toll saya setuju. selagi apa yang kita bayar tu berbaloi dengan apa yang kita guna. mengapa kita nk berlebeh2 minta perkhidmatan taraf tinggi sedangkan kita tak mahu sama2 terlibat dengan menaiktaraf?

    kita boleh dengan garang dan tegas menuding jari tetapi adakah kita ni berada di tempat pemimpin yang mengendalikan hal ini? adakah kita tau kemelut sebenar perkara ini sehingga kita nk bicara seperti kita tahu segala2 nya. sedangkan dalam rumah tangga sendiri kita pun ada juga kita "CILOK" sini sana. tepuk dada tanya selera adakah kita ni btul2 jujur ke dalam hidup sehingga kita minta bukti akan kejujuran org lain, membuka kejujuran dan mempertikaikan kejujuran orang lain?

    kita lekas-lekas setuju dengan DR apabila beliau membincangkan tetang toll, sedangkan dulu kita mengata2 beliau. kita mempertikaikan kenapa tidak beliau menyuarakan tentang ini ketika menjadi MB, sedangkan satu masa dulu walau apa jua yang beliau bicarakan kita tetap men"CEBEK" men"JUIHKAN" bibir tanda mengejek. dan saya yakin satu masa dulu perjuangan beliau "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS". macam mana saudara2 nak tau semua agenda beliau. takkan beliau nk senaraikan satu2 terlebeh dahulu seperti manifesto PKR yang akhirnya lenyap ditelan waktu. biarlah beliau memperjuangkan agenda beliau dengan cara beliau terlebeh dahulu sebelum di war-warkan kepada semua. ini demi keyakinan semua terhadap beliau juga. kalau dari dulu (2002) beliau dah hebahkan tentunya saudara2 dah menuntut satu persatu sedangkan kuasa yang menentukan bukan terletak di tangan beliau.

    tentang pengangkutan awam, saya juga pengguna komuter dari awal perhidmatan tersebut dilancarkan. memang saya akui ada sedikit masalah pada "masa2 tertentu". saya rasa saudara perlu merujuk terus kepada KTM kerana saya juga pernah emailkan luahan perasaan saya terus kepada mereka dan Alhamdullillah, stesen komuter di Teluk Pulai Klang telah di naik taraf sedikit berbanding pada awalnya. sekiranya saudara rajin, apa kata sesekali saudara naik komuter dari hujung stesen ke hujung stesen utk mengetahui masalah sebenar yang berlaku di sana. walaubagaimanapun kita tetap di MALAYSIA, bukan di negara luar kerana walau padat pun kita dalam komuter, kita tetap dalam komuter bukan bergayut di atas komuter, di tepi komuter atau di mana-mana bahagian luar komuter seperti di negara lain yang bergantung kepada keretapi semata-mata.

    ReplyDelete
  52. saya memang setuju untuk menghapuskan Tol-tol di bandar terutamnanya LDP, jalan itu bukan main sesak betul malah harga tollnya tinggi. Yang menghairankan saya adalah DMKT yang bagi komment dan menyeru hapuskan toll. Setahu saya, toll toll keliling Selangor ini adalah dibina pada masa DMKT semasa Menteri Besar Selangor. Kenapa pula tak bagi komments masa dulu? Adakah ini salah satu langkah untuk menunjukkan parti pembangkang memang prihatin terhadap warga selangor?

    ReplyDelete
  53. Salam Dr Khir,

    Buat pertama kalinya, entry ini saya bersetuju dengan Dr. Terima kasih atas prihatin terhadap slogan rakyat didahulukan. Tol LDP di Sunway dan tol Batu 3 adalah sangat kronik. Kadang2 saya terfikir, bayar tol untuk masuk jem, sungguh tak patut.

    Walaubagaimanapun, diharap Dr dapat membawa perkara ini berjumpa pihak atasan, dengan cara yg lain kerana Dr dah digantung daripada menghadiri sidang DUN. Lol :P

    Tetapi, terima kasih dari saya, rakyat marhaen kerana Dr sudah mula untuk berubah menjadi pembela rakyat. Itu lah yg rakyat mahukan. TQ.

    ReplyDelete
  54. adulaaaa...susahnya jadi org politik
    macam manalah agaknya org-org berkepentingan
    dalam hal ehwal perniagaan tol kat mesia ni
    (kengkawan Dr jugak ) nanti melenting kalau
    tol nak dihapuskan yekkk...adu...lagi malas
    aku nak pikiaq - tu sbb kalo kite tak nak
    pening-pening tak payahlah joint politik -
    org politik same aje 2X5 = 5X2
    ( aku x pernah ngundi parti .... )

    ReplyDelete
  55. Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

    ini adalah senarai tol yang membebankan penduduk bandar, ianya direka untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tapi sekarang sudah menjadi masaalah jam yang amat teruk pada waktu puncak dan beban harga tol itu sendiri :(

    umno-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  56. masahlahnya siapa yang jadi ahli lembaga dalam syarikat konsesi tu.Kenapa kerajaan tak pernah mengumumkannya.Misteri sungguh siapa yang pemegang syer dan ahli lembaga dalam syarikat konsesi tu.mesti orang2 diorang jgak kn ..sebab tu bila timbul isu tol ni kerajaan tak pernah nak layan suara rakyat..sebab tu bergetar satu perut kalau dengar nak hapuskan tol ni.takpe peduli ap dengan suara rakyak..yg penting perut tu kena sumbat bg kenyang dulu..saki baki tu bg la rakyat makan tulang yang dh kena buang..

    ReplyDelete