Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, May 3, 2009

Usaha Hadkan Penyokong Baik Tapi Tidak Praktikal

1. Sejak beberapa minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)membuat beberapa cadangan dengan tujuannya untuk mengurangkan ketegangan dalam pilihan raya kecil. Antara cadangan yang saya fikir tidak logik untuk dilaksanakan ialah usaha mengehadkan jumlah penyokongan semasa hari penamaan calon.

2. Cadangan ini bukan idea baru kerana pada tahun 2002, Setiausaha SPR ketika itu, Datuk Haji Wan Ahmad Wan Omar turut membuat cadangan yang sama kerana terlalu ramai penyokong kedua-dua parti hadir di Pilihan Raya Kecil DUN Indera Kayangan.

3. Namun pada hemat saya, cadangan untuk mengehadkan bilangan penyokong semasa penamaan calon bukan sahaja tidak praktikal malah boleh mencetuskan keadaan lebih kacau dan haru biru.

4. Apa akan terjadi jika SPR mengehadkan jumlah penyokong sebanyak 5 ribu orang tetapi yang hadir 10 ribu orang. Jika ada bantahan atau aduan siapa yang akan membilangnya? Kemudian siapa yang akan menguatkuasakannya? Apakah tidak berlaku huru hara atau kekacauan jika Polis menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan lebihan lima ribu orang ini dari kawasan penyokong yang disediakan?

5. Saya tidak fikir mana-mana parti politik pun mampu menentukan berapa ramai penyokongnya yang hadir mengikut jumlah yang ditetapkan oleh SPR. Malah ia juga boleh membuka jalan menimbulkan unsur sabotaj seperti menyamar sebagai penyokong parti lawan dan sebagainya.

6. Salah satu cara untuk mengurangkan ketegangan semasa penamaan calon ialah dengan memanjangkan tempoh serahan borang pencalonan.

7. Masa serahan borang penamaan calon hendaklah dilanjutkan dalam tempoh tiga hari. Parti-parti politik atau individu yang berminat untuk bertanding boleh menghantar borang pencalonan mereka dalam tempoh tiga hari pada waktu pejabat kepada Pegawai Daerah atau Pengarah Pilihan Raya kawasan tersebut.

8. Dengan cara ini tidak akan berlaku ketegangan kerana parti-parti politik "besar" boleh hadir di waktu yang berlainan atau hari yang berlainan. Malah ia juga boleh mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

9. Malahan SPR boleh mengkaji kemungkinan membenarkan penamaan calon secara "online". Ini akan mengurangkan lagi penumpuan yang keterlaluan di pusat penamaan calon sekaligus mengurangkan konflik penyokong parti-parti yang bertanding.

10. Proses bantahan dan pengumuman calon yang layak bertanding pula boleh diadakan sehari selepasnya.

11. Dengan kaedah ini bukan sahaja ketegangan di tempat penamaan calon dapat dikurangkan malah SPR juga mempunyai banyak masa untuk memeriksa latar belakang setiap calon bagi mengelakkan kejadian calon hilang kelayakan selepas menang pilihan raya atas sebab muflis atau tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya lalu.

16 comments:

  1. wah...sekarang ds betul2 bijak menggunakan saluran melontarkan pandangan dalam blog dan dapat dikongsi bersama idea ini dengan kami rakyat jelata yang sentiasa mengikuti perkembangan dalam dunia siber ini.

    saya rasa pandangan ini lebih baik dari apa yang ingin dilaksanakan oleh SPR.

    atau sahabat blogger semua ada pandangan lain yang mungkin boleh dikongsi bersama dengan kami dan ds disini?

    janganlah asyik hentam ds sahaja,seolah2 dia kena jaga rakyat semua....saya adalaka sokong ds dan adakala yang tidak menguntungkan rakyat kebanyakkan dan negara saya komen juga disini...

    tapi untuk ds insyaallah kita akan sentiasa ingat-mengingati demi maruah anak bangsa tercinta....terima kasih atas segala kesabaran dalam menghadapi karenah anak muda zaman sekarang...dan seburuk2 kami pun kami ini adalah anak bangsa ds sendiri....kami menilai pemimpin adakala dengan memberontak dan buat hal....tapi bila kita berbicara disini adkalanya kita sedar dalam kita mengajar kerajaan BN pada pru12 yang lalu kita kata ajar sekali je...tapi kita lupa bangsa lain telah lihat bila melayu ajar BN,bangsa lain dapat tanah kat perak 999 tahun,kat selangor dapat ladang babi terbesar yang dulu tak dapat dalam kerajaan BN.....dan adakah melayu sedar pru13 nanti kita balik sokong BN...bangsa lain tak balik-balik dah...mereka dah nampak beza kerajaan pakatan rakyat dan barisan nasional apa mereka dapat....kesimpulannya orang melayu bersiap sedialah meningkatkan taraf hidup dan belajar-belajarlah berniaga dan jangan harapkan kerajaan sahaja akan tolong kita sampai bila-bila..kerana selagi melayu bersikap begitu sampai bila pun bangsa melayu tidak akan maju....saya doakan semoga orang melayu tahu apa yang kita harus lakukan dan apa yang harus kita tidak lakukan dimasa -masa akan datang ...cukuplah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini yang pada saya tidak memberi keuntunggan kepada orang melayu....melayu...melayu..lama-lama jadi layu

    saya akan sentiasa membantu ds dari jauh selagi ds seperti ds yang ada sekarang,walaupun pelbagai perbezaan pendapat dan amarah ramai orang saya tetap percaya dengan kepimpinan ds untuk membela anak bangsa yang susah kerana ds pernah hidup susah dan sekarang senang...hanya orang yang pernah merasai kesusahan sahaja yang dapat merasai kesusahan orang sekarang

    kepada ds khir toyo...pesan anak bangsa...dalam benci jangan benci semua dan dalam sayang jangan berlebih-lebihan,nanti memakan diri sendiri....betul tak.!

    ReplyDelete
  2. Idea yang agak baik,tetapi perlu di buat sedikit kajian agar dapat kepuasan dari kedua - dua belah puhak.......

    ReplyDelete
  3. Semasa penaaam Calon di Indera Kayangan tahun 2002 itu saya ada di sana, memang ramai penyokong dari kedua-dua belah pihak, hampir cetus ketegangan kerana puak pembangkang ni memang mahir buat provokasi dengan melettakkan duit di atas galah sambil menunujukkan ke arah penyokong sebelah BN. Ada gendang.. ish macam nak berperang kita sesama Melayu, padahal untuk penamaan Calon jer. Kalau dibiarkan perkara ini berlarutan pasti bangsa kita akan kecundang kerana saya lihat tahap berpolitik orang Melayu adalah serius dah jagi "gian".

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk Seri,

    Memanjangkan tempoh penyerahan borang pencalonan akan dapat mengurangkan pertembungan di antara penyokong pihak-pihak yang bertanding.

    Adalah tidak praktikal dan membazir wang untuk menyerahkan tugas membilang jumlah penyokong-penyokong kepada pihak polis atau pihak SPR atau membentuk pasukan 'membilang jumlah penyokong'.

    http://novandri.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Saya juga ada disana Perlis tahun 2002 tu. Perbezaan yang saya perhatikan ialah, apabila pihak Pakatan Rakyat yang lebih ramai, keadaan akan lebih terkawal dan jarang timbul kekacauan walaupun diprovok oleh orang orang Barisan nasional. Di Perlis, disebabkan orang BN terlebih ramai dari orang Pakatan Rakyat, kebetulan pula kempen pilihanraya di ketuai oleh Encik Shahidan Kasim, adik saya dan kawan kawan remaja dia pun pun naik seronok bila dibayar geng Shahidan untuk buat kacau. Remaja kata kan. RM50 ringgit pun dah banyak. Jadi, memang benar kata DS Khir. Tak praktikal langsung nak hadkan penyokong2 masa hari penamaan calon. Yang paling baik ialah tak payah kasi puak-puak BN hadir langsung kalau takut. Puak puak Pakatan Rakyat, saya berani katakan, bagi ka tak bagi, dia akan mai juga. Perjuangan mereka tak pernah merasa takut untuk kena sembur gas, water cannon atau even kena jail pun. Mereka datang bukan dibayar. Mereka datang dalam keadaan kejantanan. Puak BN, sayang sekali, banyak yang pondan dan dibayar untuk datang. Bila depa ramai sikit, mulalah nak tunjuk jantan. BN kena belajar untuk kalah, kerana dalam perjuangan ada kala kita kalah adakala kita menang. Hanya kerana dah kalah, meracau tak tentu hala, sampai sanggup membelakangkan undang undang.Rilek la BN. Kita lawan macam orang Jantan. Jangan bila dah nak kalah, mengadu kat sultan, guna agensi kera jaan untuk menindas. Pondan itu namanya.

    ReplyDelete
  6. Salam DSKT,

    Pandangan Dr memang ada benarnya. SPR ketika ini mengemukakan cadangan tanpa ada kajian terpeinci. Selepas sesuatu kejadian terjadi barulah kajian akan dibuat, ini menunjukkan SPR ini tidak profesional.

    Gesaan supaya penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, undi pos dikaji semula penggunaanya dan akses media yg adil untuk semua parti politik dikaji, tetapi gesaan ini yang tujuanya memantapkan SPR tidak dilayan, sebaliknya cadangan yang tidak masuk akal pula yang diusulkan.

    Jikalau SPR ini berlaku adil kepada semua, nescaya perkara buruk tidak akan berlaku semasa PRK. sebagai contoh, media hanya dikawal oleh satu parti sahaja dan satu parti lagi akan merasa tidak puas hati, seterusnya berlakulah kejadian yang tidak diingini. Parti politik tidak akan dapat mengawal penyokongnya dari melakukan kekacauan. Samalah penyokong parti politik yang mahu dihadkan jumlahnya oleh SPR. siapa yang akan dapat mengawalnya. Adakah SPR? Polis? Cubalah SPR ini mengemukakan cadangan yang lebih tuntas dan bernas. Setelah 52 tahun ditubuhkan ternyata SPR ini masih lagi di tahap memalukan.

    Pada pendapat saya SPR ini patut diterajui oleh pemimpin-pemimpin muda, barulah pembaharuan yang diharapkan dapat dilaksanakan. Jika masih lagi pemimpin yang sama, pembaharuan hanya omongan kosong.

    ReplyDelete
  7. Semamangnya idea yang dilontarkan oleh ds perlu dipertimbangkan oleh spr supaya masalah yang selama ini berlaku dapat diselesaikan.

    Dalam hemat saya untuk menghadkan penyokong semasa penamaan calon adalah suatu yang diluar kawalan kita kerana kita tidak mampu menghalang mereka untuk datang berkempem,dan semestinya boleh menimbulkan ketegangan seandai ada campur tangan dari pihak penguatkuasaan yang menghalang mereka dari terus menyokong calon mereka...

    Ibarat kalau kita ke stadium..adakah pihak berkuasa mampu mengawal tingkah laku penyokong-penyokong fanatik pasukan bola berkenaan jika yang datang 10 ribu ke 20 ribu orang?tengok sahaja di Kota Bharu sebagai contoh..apa yang berlaku terbukti diluar kawalan.Jadi saya fikir idea ds buat masa ini adalah terbaik dan perlu tindakan susulan dari pihak spr...

    Sebagai golongan melayu muda,saya dan mungkin rakan-rakan seangkatan saya berpandangan suatu pembaharuan mesti diperlihatkan lebih cepat dan mungkin idea ds ini menjadi batu loncatan supaya spr berubah dan kami golongan muda berharap spr terus dapat berubah dan menghakis tanggapan negatif terhadap spr selama ini.

    Kebanyakan golongan-golongan muda seperti saya ini berada diatas pagar dan inilah masa dan peluang pemimpin2 mengambil peluang untuk menambat hati kami kembali

    saya juga menyokong penuh komen WMU 350 dalam blog ini...janganlah kita hanya menghentam dan menuding jari kepada ds sahaja sedangkan kita hanya bercakap...lakukan sesuatu demi maruah bangsa kita...

    Saya harap ds terus sukses dan memberikan idea -idea yang baik untuk kebaikan rakyat dan teruskan mendekati rakyat dengan salah satu saluran seperti ini

    ReplyDelete
  8. Memanglah susah dan sulit untuk menghadkan kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak dalam
    satu satu PRK baik masa penamaan calon seterusnya hari pembuangan undi.

    Budaya taksub dan ego mungkin memainkan peranan
    kenapa parti-parti bertanding sanggup mengeluarkan
    belanja yg banyak untuk menghantar rombongan
    berpuluh-puluh bas(mungkin) dari pelusuk tanahair.

    Dan lagi, orang ingat jika ramai orang yg mengiringi calon ianya tanda suatu kekuatan dan
    kehebatan.

    Jika satu DUN adakan PRK,pemimpin dan penyokong yg datang dari kawasan
    tersebut sahaja yg datang mungkin tidaklah ramai tetapi
    jika yg datang dari kawasan,daerah,negeri maupun
    seluruh negara maka ramailah jumlahnya.

    Mekanisma bagaimana hendak kurangkan yg hadir
    harus datangnya dari pihak parti yang bertanding itu sendiri...

    ReplyDelete
  9. Salam DS,

    Pertamanya, DS tak perlu risau pasal hadkan penyokong di hari penamaan calon ni...kerana penyokong umno/bn tak sampaipun banyak tu nak iring calon sekarang ni...

    Keduanya, saya tertarik dengan ayat DS yang berbunyi "Malah ia juga boleh membuka jalan menimbulkan unsur sabotaj seperti menyamar sebagai penyokong parti lawan dan sebagainya."

    Macam biasa buat jer DS, 1Malaysia dah tahu ler...hahahaaa

    Wassalam....

    ReplyDelete
  10. sepatutnyatidak timbul cadangan menghapuskan pondok panas kerana sesuatu pilihanraya itu tidak meriah.
    Rakyat akan berpandangan dan sudah nampak kelemahan di pihak BN dengan membuat macam2 perkara yang sebenarnya makin menjauhkan rakyat memberi sokongan kepada BN.
    Masalah sekarang orang pangkah calon berdasarkan Cap (parti) apa sekarang ni terutama golongan muda. Faktor calon tidak diambil kira sangat. Contohnya kekalahan BN di kawasan allahyarham dato razali ismail. Walhal dia banyak berjasa dan bekerja.

    ReplyDelete
  11. Saya sokong idea ni. Pihak SPR kenalah fikir tentang cara perlaksanaannya. Siapa yang boleh halang kalau orang ramai nak turun melihat calon masing-masing. Kalau satu parti protest, macam mana kita nak kira had 5,000 orang tu? Idea-idea yang membina macam ni yang kita harapkan dr DS.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ds.Saya amat bersetuju dengan pandangan ds mengenai kaedah mengehadkan jumlah penyokongan semasa hari penamaan calon.Ini mendorong kepada peningkatan nilai moral ke arah keburukan.Di harap pihak yang berkuasa dapat melihat setiap sudut sebelum,apabila dan setelah dilaksanakan sebelum membuat keputusan.Saya golongan muda dari hulu langat akan berganding bahu bersama ds untuk meneruskan perjuangan untuk santapan generasi akan datang.Jika sekarang tidak di pertahankan sekarang,akan datang tidak mustahil kesamarataan akan benar-benar berlaku,orang melayu duduk dalam hutan kerana suara keramat orang melayu dah berjaya "dihilangkan".Saya berharap ds tidak akan berputus asa dalam perjuangan ini kerana kami akan membantu ds menambahkan tentera dan bekalan senjata untuk memastikan kemenangan di pihak orang melayu.Tindakan saya sekarang ialah memberi pemahaman yang jelas kepada golongan muda tentang perjuangan pada situasi sekarang.Terima kasih kepada ds kerana meluangkan masa bersama kami gambaran sebenar kuasa politik pada waktu ini dan berkongsi pengetahuan yang bermakna kepada saya dan rakan-rakan.Saya telah nampak dengan jelas tentang perbezaan perjuangan yang tulen dengan yang palsu.Kami akan bersama ds untuk manfaat golongan melayu khususnya.No teamwork,no glory.Hidup ds....

    ReplyDelete
  13. nak elakkan terlalu ramai penyokong parti
    yg bertanding pada satu masa datang
    memberi sokongan...SPR harus mengubah
    apa yg telah dipraktikan sekian lama...

    jika PRK ...tetapkan tarikh yg berbeza kpd
    parti bertanding untuk proses penamaan calon.

    masa pembuangan undi tetapkan tempat mengundi
    lebih sesuai untuk menjarakkan pondok panas
    parti bertanding,sekurang-kurangnya setengah kilometer antara satu sama lain.

    rombongan dari luar kawasan PRK dilarang sama sekali kecuali ada permit terhad kepada parti
    bertanding.

    ReplyDelete
  14. Salam Ds,
    saya menyokong 100% kenyataan ds kerana menghadkan penyokong adalah sesuatu perkara yang luarbiasa untuk dilakukan dan akan menimbulkan salah faham dan tanggapan negatif antara spr dan pihak² yang berkaitan.

    Sebagai golongan muda yang cenderung melihat kebijaksanaan pimpinan, kami perlukan buah fikiran yang positif & bernas seperti ini kerana kami sememangnya tidak mahu lagi melihat pimpinan politik yang semakin kotor dan merosakkan fikiran orang melayu sendiri yang sememangnya suka memperkatakan tentang keburukan orang lain tetapi sukar memperkatakan tentang kebaikan. Secara tidak langsung, golongan muda terutamanya akan lebih cenderung terpengaruh dengan sifat negatif pimpinan mereka dan akan mengalami konflik antara memilih kaca atau permata.

    telah jelas didalam fikiran saya apa yang diperjuangkan untuk bangsa melayu selama ini oleh kerajaan adalah umpama "habis madu sepah dibuang" oleh kerana terpengaruh dengan desakan desakan dan lontaran yang dibuat oleh pihak pihak yang terlalu menginginkan kuasa dan kepentingan diri sendiri berbanding perjuangan untuk mencorakkan kehidupan rakyat supaya menjadi lebih baik dan lebih baik lagi pada masa akan datang.

    kami akan sentiasa menyokong ds dan berharap agar ds tidak berhenti akan berjuang demi kepentingan dan maruah agama, bangsa & negara serta kepada generasi pewaris tanah melayu.

    ReplyDelete
  15. Dato' Seri,

    Satu cadangan yang bijak dan boleh dipratikkan
    bagi mengelakkan ketegangan.

    Saya tabik pada Dato' Seri kerana punya cadangan yang lebih bernas daripada SPR yang tahu hanya nak menghapus dan nak menghadkan saja.

    ReplyDelete
  16. PSL NMA ORG MATI TAK SELESAI LG..NI SPR WAT LAW YG REMEH TEMEH.PE LA...BERUBAH LA SKET BRO

    ReplyDelete