Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, June 1, 2009

Kesudahan Taktik Politik "Bogeyman" Di Penanti

1. Tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjaya mempertahankan kerusinya di DUN Penanti. Keputusan pilihan raya DUN Penanti menyaksikan YB Mansor Othman menang dengan mendapat undi 6,052 undi. Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

2. Hanya 46.15% keluar mengundi dan PKR menyalahkan BN kerana ramai yang tidak keluar mengundi. Kata mereka ketiadaan BN menyebabkan ramai tidak berminat keluar mengundi. Ada pula yang mendakwa BN menghalang orang ramai keluar mengundi. Lebih dahsyat ada yang membuat kenyataan bahawa BN atau lebih tepat UMNO menaja rombongan keluar dari Penanti.

3. Sungguh melucukan ada pula pemimpin muda mereka yang bersedia menghalang mana-mana bas keluar dari Penanti ketika hampir hari pembuangan undi. Jika dulu mereka kata pengundi hantu lalu halang bas masuk ke kawasan pilihan raya kecil. Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihan raya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.

4. Kita perhatikan hampir saban hari sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu, PKR tetap menghentam dan "menyerang" UMNO dan BN. Mungkin simpulan bahasa yang mungkin sesuai dengan PKR ialah "gila talak."

5. Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah "politik bogeyman".

6. Mereka menjadikan BN dan UMNO sebagai boogeyman atas apa sahaja mala petaka, nasib malang dan kegagalan mereka mahu pun sesiapa sahaja yang boleh mengundi. Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN.

7. Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu masalah jerebu juga salah pemimpin BN yang kononnya membiarkan maksiat berleluasa. Sudah tentu idea tersebut tidak lagi digunakan sekarang. Ceramah dan hasutan mereka dalam bentuk baru tetapi hantunya atau boogeyman tetap BN.

8. Jika ada orang kena bunuh pun maka mereka mencari pemimpin BN untuk dijadikan boogeymannya. Jika ada jalan berlopak pun mereka menunjuk jari kepada pemimpin BN sungguhpun jalan tersebut di bawah kendalian PBT negeri yang mereka tadbir. Malah jika ada anak gagal mendapat tempat di institut pengajian tinggi yang mereka mahu juga salah pemimpin BN.

9. Justeru sungguhpun BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, nama BN tetap di sebut kerana politik mereka ialah politik menyalahkan orang lain.

10. Saya andaikan politik boogeyman ini mungkin ada sedikit sinar dalam beberapa tahun akan datang sebelum rakyat mulai meluat dan menyampah.

11. Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihan raya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbeza.

12. Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

13. Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan.

56 comments:

  1. Salam perjuangan DSKT...
    Setuju dengan DS,dalam keadaan sekarang walau apapun yang kerajaan PR buat semuanya betul,yang salah semua BN,maklumlah...pengantin baru....orang cakap kalau pengantin baru....kentut pun wangi...tak lama lagi nampak la.....panau,kayap kurap dan segala jenis macam penyakit kat badan tu...sekarangpun dah nampak buktinya..

    Sebenarnya,..kerajaan PR ni bukan boleh buat kerja,membangkang jer yang diorang tahu...komplen orang,kutuk orang,fitnah orang dan yang sama waktu dengannya.Macam orang tengok bola...segala macam kutukan dan makihamun yang keluar,suruh main...hampeh..

    DS kena ajar mereka macam mana nak jadi pembangkang yang membina bukan jadi pelingkup..!
    Saya rasalah kalau kat Selangor ni apa yang DS komen MB Selangor ikut bertambah maju kita tapi oleh kerana orang bodoh sombong yang memerintah bila ditegur terus gantung....takut... kerana yang menegur tu lebih bijak dan berpengalaman.

    Takpala DS.....kita tengok jer.....dah tak pandai menari....dikatakan lantai tak rata.

    ReplyDelete
  2. Kita di Hulu Kelang pun sedia.
    Takpe memang susah keadaan sekarang tapi kalau kita berpegang teguh pada prinsip dan rajin berkerja pasti boleh.

    ReplyDelete
  3. umno harus menggunakan saudara ezam pada masa yg tepat..contohnya pada hujah tv9..sehingga panglima (kononnya) dato husam terkucil mahu dtg..

    adakah kerana ezam budak kecik dlm isu rasuah?
    background ezam:-
    -pengasas GERAK
    -antara pengasas PKR (sekarang ketua PR)
    -org pertama masuk penjara kerana lwn rasuah.

    tak cukup ke lg??

    sbanarnya ape yg husam takot?

    penyokong PR..bukak la mata tu..

    taksub itu rosak...

    ReplyDelete
  4. Dato'

    Terlebih dahulu sekalung tahniah saya ucapkan kerana bersikap terbuka dan menyiarkan komen walaupun bersifat mengkritik terhadap Dato'. Kritikan itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan ialah luahan hati rakyat.

    Mengenai kemengangan PKR di Penanti, saya berpendapat bahawa Dato' tidak perlulah mengkritik strategi yang kononnya ala 'bogeyman' PKR. Kalau pun ianya Bogeyman, dalam sistem demorkrasi kita, sekurangnya PKR berani bertarung dalam gelanggang.

    Bagaimanakah kita hendak mengkritik strategi tentang seseorang sedangkan jika kita sendiri pun tak berani menentangnya digelanggang? kritik apakah jenisnya ini?

    Isu pembaziran BN dan UMNO di Penanti untuk bertanding adalah isu yang tidak dimakan rakyat. Jika BN boleh menang diPenanti, maka mereka akan tetap bertanding jua walaupun ia melibatkan pembaziran. BN dan UMNO kononnya katakan ia membazir jika mereka bertanding di Penanti. Walhal alasan sebenarnya ialah sebab mereka yakin mereka akan kalah.

    Tentang apa yang dikatakan oleh Malaysiakini, Harakah dan sebagainya, memang benar PKR menang besar. Itu mereka tidak tipu langsung. Malahan, sebelum Dato' ulas mengenai Malaysiakini, Dato' perlu ulas dahulu mengenai berita TV3 dan media utama yang lebih membuatkan orang meluat dan menyampah. Jika tidak, masakan lebih ramai orang semakin hari yang lebih yakin dengan media online berbanding di TV.

    Jika nak katakan mereka ini gunakan taktik Bogeyman pun, sekurangnya mereka berlawan di gelanggang nyata, berbanding BN dan UMNO yang gunakan taktik 'pengecut'.

    ReplyDelete
  5. Dr Khir

    Perangai mereka ini dah lama macam tu. Dah tuli,kepala pun dah pusing kot. Nampak sangat mereka sebenarnya tak bijak dalam mentadbir,tapi nak tutup kelemahan,buatlah macam macam2 cerita. Tak lulus periksa, tapi salahkan cikgu tak pandai ajar..padahal masa cikgu ajar,lari kelas.

    Sebenarnya mereka ni jenis tak faham bahasa. Contoh mudah,polis kata jangan buat mogok lapar atau berkumpul,nanti polis ambil tindakan.Tapi mereka degil,buat jugak..bila dah kena heret dengan FRU, kata polis zalim dan jahat..siapa yang salah?? Bebal ini kah atau polis? Ini la nilai otak si pembangkang,lebih rendah nilai dari otak monyet..tapi monyet tu binatang,Pembangkang ni apa pulak ye?

    ReplyDelete
  6. salam DSKT, pasai apa UMNO/ BN dipersalahkan adalah kerana UMNO/BN telah memerintah Malaysia dan kebanyakan negeri di Malaysia hampir 50 tahun. secara tidak langsung kepincangan yang berlaku takkan nak persalahkan kepada PR yg baru setahun lebih memerintah.

    Soal kurang sokongan adalah tidak tepat kerana PKR masih lagi menang. Banyak faktor atas kekurangan pengundi seperti rs konfiden PR utk menang bila mana BN tidak bertanding. Oleh yang demikian, banyak yg beranggapan tidak perlu untuk turun mengundi kerana telah berasa yakin utk menang. Bagi saya, walaupun menang dengan majoriti 1 undi pun, bagi saya PKR tetap menang.

    Kita bertempur plk di Manik Urai. Kita tgk apa plk yg berlaku dan apa plk DSKT nak merapu.. apapun peace dari saya

    ReplyDelete
  7. sedang membayangkan pemimpin-pemimpin mereka menyalahkan BN sebab jamban rumah tak boleh flush...

    ReplyDelete
  8. Agak2 kalau BN bertanding berapa dapat undi???
    Kalau peratusan keluar mengundi 80%, maka paling banyak BN boleh dapat undi ialah 34%. Itu belum tolak pengundi PR yang berada di luar kawasan yang malas nak balik sebab PR dah confirm menang.

    maknanya kalau BN bertanding, kemungkinan undi BN dapat tak sampai 30%...di tempat padat Melayu.

    DS Khir buat cerita anggur masam....

    ReplyDelete
  9. Dato seri......

    "Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah "politik bogeyman". benarkah begitu Dato seri?

    bagaimanakah cara dato seri mentadbir pula?

    adakah lebih dari sekadar "bogeyman"...lebih kepada ultraman atau Flashman? hingga orang melayu kampung berembang dan kampung Rimba jaya di halau macam anjing pun dato'seri boleh bersandar dengan enaknya di atas kerusi empuk tanpa memperdulikan kesusahann rakyat selangor...

    gaya mentadbir cara apakah itu dato seri? adakah ianya lebih kepada "Maskman?"

    menyerang dan Menghentam Tan Sri Khalid kerana memberikan lembu korban seperti yang di syariatkan oleh agama....adakah itu gaya politik yang lebih kepada "ultraman"?

    sendiri mau ingatlah dato seri...

    ReplyDelete
  10. benarkah ini semua Dato'seri?

    "Mereka menjadikan BN dan UMNO sebagai boogeyman atas apa sahaja mala petaka, nasib malang dan kegagalan mereka mahu pun sesiapa sahaja yang boleh mengundi. Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BNsiapa yang jadi bogeyman sekarang ni? saya keliru nih.........tadi dato seri kata PR yang bogeyman sekarang ni Dato seri kata BN pulak yang jadi Bogeyman....Jangan - jangan Dato seri yang nak jadi Spiderman tak.....

    ReplyDelete
  11. Iye ke dato seri?

    "Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu masalah jerebu juga salah pemimpin BN yang kononnya membiarkan maksiat berleluasa. Sudah tentu idea tersebut tidak lagi digunakan sekarang. Ceramah dan hasutan mereka dalam bentuk baru tetapi hantunya atau boogeyman tetap BN"he..he...he... pandai Dato seri melawak...tapi hantu yang selalu di import oleh BN beratus - ratus biji Bas dengan membawa I.C orang yang meninggal dunia ke tempat mengundi tu...hantu apa? hantu Bogeyman atau Phantom man?

    ReplyDelete
  12. benar ke dato seri?

    "Saya andaikan politik boogeyman ini mungkin ada sedikit sinar dalam beberapa tahun akan datang sebelum rakyat mulai meluat dan menyampahiye ke?



    Tapi dengan sentimen perkauman yang di lempar dek UMNO/BN terhadap orang bukan melayu dengan menghina kaum Cina yang di kaitkan dengan DAP pun akan buat rakyat 20 kali ganda menyampah pada BN...

    bukti nya dalam 6 pilihanraya kecil tak termasuk di manek urai 5 daripadanya rakyat dah tak mahu undi UMNO/BN....bukan kah referendum ini yang lebih tepat mengatakan Rakyat berkali - kali ganda lebih meluat dan menyampah kepada BN daripada PR

    ReplyDelete
  13. adakah ianya juga benar dato seri?

    "Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihan raya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbezabenarkah?

    apa yang berbeza? kenapa bernama dan RTM tak laporkan jumlah tersebut?

    kenapa TV3 tak ke sana buat laporan? kenapa kemenangan PKR ini di pertikaikan?

    ReplyDelete
  14. benarkah itu dato seri?

    "Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi"tapi hakikatnya PKR tetap menang kan walau berdepan dengan 3 calon bebas...yang mana salah seorang nya bekas pemimpin PKR sendiri...jadi apa yang nak di pertikaikan?

    ReplyDelete
  15. saya paling suka nak jawab yang ini...


    "Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan"he..he..he...hanya satu soalan saya harus tanya pada dato seri....




    kalau sokongan di kubu kuat PKR berkurangan kenapa BN tak letak calon dan tak nak bertanding di Penanti....kalau kubu kuat PKR lemah mesti BN ada "Chance" untuk menang.......

    kenapa bagi macam - macam alasan? kenapa kat Manek urai letak calon tapi di penanti tidak?
    Manek urai bukan kubu kuat PAS ke sebab manek urai dalam kawasan Parlimen PAS? kenapa takut pada PKR ke?

    ReplyDelete
  16. Realitinya Rakyat Bosan dengan siapa sekarang?
    dengan sikap berdolak - dalih BN atau sikap Gentlemen PR?...

    fikir - fikirkan renung - renungkanlah dengan akal yang waras

    ReplyDelete
  17. DATO SERI,
    SAYA SETUJU 100% DENGAN KOMEN DATO SERI. RAMAI YANG DAH MELUAT DENGAN PR INI. YANG SOKONG PR CUMALAH GOLONGAN YANG KECEWA DAN 'BODOH SOMBONG'....PR,PR.. BILA LAH EKAU NAK SEDAR?

    ReplyDelete
  18. dato seri yang gile talak sebenarnya...udah2 le tu....bukak klinik gigi percuma lagi baik laa dari nak bercakap....dulu x nak pulak hapuskan tol...sekarang dok sibuk tunjuk hebat....

    ReplyDelete
  19. DRKT,
    Umno/BN masih teraba dan tercari cari formula untuk menyakinkan rakyat ,issue PKZ membuatkan rakyat bertambah marah dan membenci Umno/BN , pemulihan imej dan persepsi Umno/BN masih belum ada harapan lagi untuk menghadapi PRU 13 . Tambahan pula rakyat nampak seolah olah ada perselisihan paham diantara komponen BN , chain of command tidak dihormati lagi .
    Umno masih mengamalkan 'WAR LORD ' takut kepada meritokrasi . Pemimpin diatas berbuih bercakap tetapi diperingkat akar umbi masih amalan lama ,masih kejar jawatan , kontrak kelas F dan masih hayal dengan gossiping politik .
    Kakitangan kerajaan dan katangan GLC pun belum tentu mengundi Umno/BN , cuba buat survey rambang berapa % kakitangan PNB misalnya yg nenyokong Umno/BN ? walaupun mereka merasai nikmat dari kerajaan .
    Ketua Penerangan Umno ( chief marketing officer ) masih teraba teraba dalam kegelapan untuk memperbetulkan imej dan persepsi Umno/BN .
    Kerajaan melalui kempen ( RTM ) masih teraba teraba dalam kegelapan imej dan persepsi lagi .
    Kualiti kepimpinan Umno/BN tidak mengikut kualiti yg dikehendaki masakini , masih tidak bolih berhujjah diforum forum ,berdebat diatas pentas dan artikulasi issue issue semasa yg bolih menarik sokongan rakyat . Pemimpin masih mengamalkan monoloque lagi sedangan rakyat menuntut dialoque.

    ReplyDelete
  20. Salam DS,
    Bagi secara peribadi saya,adalah amat tidak setuju tentang by-election yg direka PKR ini di penanti...Tetapi saya juga menyeru pihak BN supaya tidak mengajar rakyat supaya tidak keluar mengundi(seperti di keratan akhbar the star pada hari sabtu)...ini adalah satu kesalahan dari sisi undang2 pilihanraya!
    Saya amat berharap pilitik di negara kita akan terus aman dan tenteram sehingga pilihanraya ke 13.....BIARLAH PEMIMPIN MASING-MASING MENJALANKAN TUGAS MEREKA AGAR DAPAT MENGEKANG EKONOMI CRISIS SEKARANG....DS PUN JGN LAH BUAT HAL DAN CUBA MENDAPAT MAKLUMAT2 DARI PEKERJA DI SUK UNTUK MENGENAKAN PARTI2 LAIN DAN ORG TERTENTU!!!GENTLEMEN SIKIT!!!

    ReplyDelete
  21. Salam DS,
    Di pilihanraya penanti kita boleh nampak beberapa perkara,
    1)Penguasaan media oleh Kerajaan BN(Media control,RTM,PERNAMA DAN TV3 Yg sememangnya kaki bodek--Dato farid).
    2)Kekecohan--Boleh anda semua lihat tanpa BN,semuanya aman damai dan kita boleh menilai samaada sebelum ni polis yg terlebih action ke??(Polis yg turut di control oleh pihak kerajaan BN)...
    3)Sikap dengki--Dah BN tak bertanding,diam aje lah...jgnlah buat apa2 komen,dah lepas!!!

    Sama2 lah kita tengok sejauh mana keputusan Manik Urai dan berpihak kepada siapa???

    ReplyDelete
  22. hoi ds,

    yang penting PR menang..kenapa UMNO nak menyibuk, dahlah pengecut, tak bertanding kenapa masih nak komen..tak bolehke belajar senyap..ishh..karut and disgustinglah UMNO ni..

    ReplyDelete
  23. DATO SERI,

    BOLEH TAK DATO SERI BAGI KOMEN DAN PENJELASAN MENGENAI ISU PKFZ KERANA SEDIKIT SEBANYAK IANYA MELIBATKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEMASA DIBAWAH BN IAITU SEMASA DATO SERI MENJADI MB NYA.

    ReplyDelete
  24. Dato'

    1. Dato' kata PKR guna taktik Bogeyman. Yang BN dan UMNO tak nak lawan Bogeyman ini kenapa? Adakah kerana pembaziran? hehe.. yelah tu..

    2. Pembodek-pembodek di TV menyiarkan beberapa komen ahli politik UMNO yang kononnya cakap populariti PKR da merosot. Tapi ia tak bermakna populariti UMNO lebih baik. Silap2 jika UMNO bertanding, malah lebih teruk lagi.

    3. Dulu masa Pakatan Rakyat da meningkat majoritinya di beberapa kawasan pilihanraya kecil, tak pula disiarkan komen tentang populariti Pakatan Rakyat da meningkat. Pelik.. media utama yang jenis pembodek dan berat sebelah ini membuatkan rakyat mual dan nak muntah.

    4. Perhatikan perumpamaan ini:-
    "Wak Karjo cakap Pak Ali tak pandai bersilat dan mengutuk Wak Ali yang gunakan taktik Spiderman dalam silatnya. Tapi Wak Karjo hanya pandai bercakap dan mengkritik saja. Nak turun ke gelanggang bersilat dan berlawan dengan Pak Ali, Wak Karjo tak berani". Inilah umpama BN dan Pakatan Rakyat di Penanti.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dr

    Mereka memang terkilan, dan macam orang gila meroyan(Gila waktu selepas bersalin,bercakap sendirian dan mendengar suara halus yg jahat)disebabkan BN tak amek bahagian.
    Lagipun kerusi tu memang PR punya, so kita berbaik hati lah kannnnn,kalau kalah nanti bertambah lah gila meroyan PR tuuuu,hehehehehe

    ReplyDelete
  26. Salam,memang itu je yg diorang pandai. ngutuk kita xsudah2. tp apa pun x buat. kita lawan je habis-habisan.
    Harap kawan2 lain sedar la dr mimpi ngeri ni, sapa yg nak bela nasib anak2 kita klu PR terus berkuasa. Kawan2, PR ni xleh menjamin masa depan kita. Sapa yg nak bantu org Melayu klu bukan kita anak2 Melayu. Kembalilah... Jom bersama DSKT utk memperjuangkan nasib kita di masa depan.

    ReplyDelete
  27. Saya sokong.
    Kita lawan je diorang yang x kenang diuntung.
    Dari dalam perut mak kita lagi kerajaan bela sampai besar, sekolah dah masuk U pun bodoh lagi. Dah la tak ucap terima kasih, kenang la jasa sikit. yang jd pemimpin PR tu pun brapa banyak duit BN habis antar diorang blajar sampai luar negeri lagi.
    Manusia yg tak bersyukur tu akan dilaknat Allah. Nauzubillah

    ReplyDelete
  28. Pagi ni teman dapat berita,stadium Sultan Mizan runtuh walaupun belum setahun.Nasib baiklah runtuh masa takde orang,kalau orang tengah tgk bola,macamanalah nasib penyokong bola berkenaan.Ini satu tamparan hebat bg UMNO Terengganu.
    Dari isu ini,dapatlah kita tengok reaksi rakyat yang semakin ragu2 dengan cara UMNO n BN membuat projek pembangunan 'untuk kegunaan/kebahagian/kesenangan rakyat'.Yang pentingnya adakah kontraktor yang dilantik adalah kroni2 UMNO n BN?
    Kalau betul,mampuslah UMNO TERENGGANU nak jawab isu ini.PR mmg nantikan isu2 macam ni,itupun pemimpin UMNO ni tak pandai nak cover line.Ada je isu yg boelh dipolitik kan oleh PR.
    SEPATUTNYA ORG2 MACAM NI DAH LAMA TERTIMBUS NGAN STADIUM TU SEKALI KERANA MEREKA BUSUK NAMA UMNO!
    Aku cukup emosional kerana aku beranggapan masa ni lah nak berbakti pada rakyat tapi kerana orang2 UMNO perosok ni UMNO semakin tenggelam.So aku harap2 siasatlah secara adil kejadian tu,tunjuk kan pada rakyat ia bukan disebabkan kecuaian semasa pembinaan or pemberian kontrak kepa kroni2 UMNO!

    ReplyDelete
  29. Ramai yg tidak keluar mengundi di penanti kerana mereka dah tau PKR sure menang. Jgnlah berangan banyak sangat, hanya menampakkan syok sendiri BN sahaja. Masa jadi MB dulu haram DSKT takmo cadang hapuskan tol, skrang ni macam2 muka talam hang dah keluar pulak, busuk punya perangai pemimpin BN.

    ReplyDelete
  30. Bila pihak BN boikot PRK Penanti maka eloklah agar ulasan dan komen serta pandangan untuk PRK Penanti juga diboikot.... Means boikot from A to Z...

    ReplyDelete
  31. Dr Khir

    Yang penting terus mantapkan UMNO/BN dalam menghadapi dakyah2 songsang mereka. Kena tune balik fikiran rakyat2 yang telah diracun, walaupun nampak sukar, tapi InsyaAllah semuanya akan kembali kepada asal. Masih ada masa,jangan lemah semangat,kuatkan usaha. Inilah masanya nak dapatkan perhatian rakyat,menarik sokongan.Iltizam kena betul.Allah Subhanahuwata'ala sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan benar.Komen2 negatif mana yang membina,kita ambil.Mana yang tak benar dan bertaraf sampah,kita pulangkan kepada mereka kembali.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum dr

    Lee slim shady
    tak payah la nak boldkan perkataan awak tu,kita bukannya buta mcm awak tu, buta hati dan minda lagik
    Pemimpin yang awak agung agungkan itu datangnya dari serpihan UMNO tau tak
    Ntah berapa banyak la duit kerajaan yang di himpunkannya semasa dia dalam kerajaan BN.Sekarang nak cita pasal kerajaan telus mulus la konon,awak sendiri mau ingat la, kenapa orang kuat dia keluar dan menentang dia?? kenapa dia diam menikus bila Ezam buat kenyataan tentang dia?? kenapa tak saman pulak Ezam..200 juta ker 400 juta ker??bole cepat jadi kaya lagi.

    Meluat lah aku dengar ko ni.

    ReplyDelete
  33. Wahai LeeSlimShady,

    Apa yang dibangkitkan menunjukkan awak seorang yang ingin membuat pertanyaan tanpa mengetahui apa yang nak dilakukan oleh BN yang awak tidak sokong.

    Cuba jawab soalan saya.

    Dahulu pemimpin PAS pernah berkata UMNO bekerjasama dengan parti MCA, MIC dan Gerakan adalah KAFIR. Sekarang ini PAS yang bekerjasama dengan DAP yang jelas menentang negara Islam tajaan nak dipanggil hukum apa?

    Cuba renung hal ini.

    Difahamkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini tidak berada di pejabat sepanjang waktu pejabat dan lebih banyak masanya berada di rumah atau mengadakan program ceramah.

    Walaupun perkara ini menjadi rahsia umum, namun kerana ia membabitkan Nik Aziz dan kepimpinan PAS, ia tidaklah menjadi isu kepada mereka yang sering mengkritik soal kemampuan pentadbiran.

    Malah tidak berada di pejabat lapan jam sehari sekiranya tiada acara rasmi kerajaan menimbulkan tanda tanya hukum gaji yang diterima. Kalau kena pada orang lain sudah dituduh tidak amanah dan sebagainya. Tapi di Kelantan tak apa sebab PAS, parti yang imejnya Islam, jadi jangan diungkit mahupun dikritik. Sumber dari Agendadaily.


    Wow bestnya dapat gaji buta. Banyak pulak tu. Kalau termasuk duit elaun rumah (maklumlah tak duduk rumah rasmi) mahunya berpuluh ribu ringgit. Kalau ada ceramah pulak, dapat lagi duit derma. Macam mana nak dapat gaji buta macam ni? Ada orang kata kalau nak dapat gaji buta banyak macam ni kemudian tak payah pening-pening fikir pasal kerja, senang sahaja. Syarat dia mudah sahaja. Anda hanya perlu jadi Mursyidur Am Pas. Mudahkan?

    Saya mahu LeeSlimShady jawab tentang perkara ini.

    Sekian.

    ReplyDelete
  34. salam Dato,
    Tidak mungkin penyokong PR merosot ini kerana mereka rata2 penyokong PR tidak turun mengundi kerana mereka sudah menang... untuk apa mereka keluar mengundi jika lawan mereka tiada saingan langsung... utk apa keluar jika sudah tau keputusannya?

    ReplyDelete
  35. kalau ikot peratus rendah keluar mengundi dan peratus rendag yang mengundi PKR maka aku yakin UMNO menang "jika" bertanding."jika" sudah tiada!! bertanding la oooi

    ReplyDelete
  36. YANG JELAASNYA SEKIRANYA UMNO TAK BERTANDING NEGARA AMAN. TAK RAMAI POLIS, TAK BANYAK UNDI HANTU. LAIN KALI BN TOK SAH BERTANDING LE KALAU NAK JIMAT PERBELANJAAN NEGARA. KALAU BERTANDING PUN TAK KAN MENANG. ORANG DAH MELUAT.

    ReplyDelete
  37. salam Dato

    komen sdra hamdan tu tak rasional, itu cuma luahan hati yg berkecamuk. beliau kena terima realiti dan saya kira rakyat dah meluat dengan suasana politik semasa, rakyat inginkan ketenteraman dan semua pemimpin politik mesti berusaha membina semula calar2 yg mereka buat dan tumpukan hala tuju membaiki economi negara, itu kan lebih berfaedah.
    opposition di mana2 pun memang suka kalau ekonomi meredum, jadi boleh jadi modal ceramah hentam sana sini, dan tambah pulak dengan cerita sensasi dan gunakan ayat KONON nya, akhir nya penyangak di lihat jadi HERO, perompak jadi HERO, taukey SUNDAL pun di lihat jadi Ulama

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Leeslim,

    Berapa banyak ko nak tulis komen. dah tu siap bold lagi. Memang perangai budak-budak khalid ibrahim ni tak tau adab langsung.

    1. DSK tak payah jawab isu setinggan tu. Lee kalau ko nak cari kebenaran siasat dulu berapa ramai yang ingkar dan berapa ramai yang setuju pindah. TYang pindah apa diberi oleh kerajaan negeri biar pun tanah tu bukan milik kerajaan negeri. Rumah setinggan diroboh atas arahan mahkamah sebab tuan punya tanah minta balik. dah duduk free berapa punya lama masih tak mau bayar untuk beli rumah

    ker? orang lain hutang beratus ribu nak beli rumah... apasal ada orang nak dapat free saja?

    ReplyDelete
  40. DSKT,

    Kadang-kadang saya fikir Datuk ni dah tak keruan. Lebih baik Datuk dok diam karang buku berkaitan 'Jatuhnya Kerajaan Negeri Selangor' untuk renungan jenerasi muda/tua pada masa akan datang.Tak payah lah provo isu yang bukan-bukan. Datuk kan dah dilantik sebagai 'pemikir', takkan lah buat isu hasutan/fitnah selepas 'result' keluar! Bak kata orang tua-tua, rumah siap pahat pun berbunyi.

    pangkah UMNO dah 50 tahun, habuk pun taraak.

    ReplyDelete
  41. Cuba kita berfikir sejenak. Kosongkan minda, neutralkan diri kita. Akur akan segala kesilapan kita yang lalu walaupun pahit. Akui akan kebenaran samada daripada kita sendiri atau daripada seteru kita.Berbeza pendapat bukan bererti bermusuh.Kita akan menjadi lebih hebat kalau kita benar-benar jujur dan ikhlas.

    ReplyDelete
  42. hm..macam2 la komen.suma nak betul masing2..pening nak pilih yang mana.

    http://xcallibur.blogspot.com

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum dr

    Aoazmi!!
    Uncle nak tanya la sket kat anda, umo anda sekarang ni berapa tahun?,kalau umo anda lebih dari 20 tahun,ini soklan yg perlu anda jawab secara iklas dan jujur:-
    1)Dimana anda bersekolah?
    2)Belajar hingga ke tahap mana?
    3)Sehingga anda tamat belajar siapa yang membiayai kewangan anda?
    4)Apakah kemampuan kewangan keluarga anda?
    5)Adakah keluarga anda golongan hartawan?
    6)Adakah anda mendapat bantuan dari kerajaan untuk anda memajukan diri anda?
    Jika jawapan di no6 adalah TIDAK samsekali,anda berhak berkata habuk pun tarak,TETAPI jika jawapannya ADA, anda adalah seorang yang kufur nikmat(Jenis manusia yang tak tahu berterima kasih)

    ReplyDelete
  44. aoazmi said...

    DSKT,

    Kadang-kadang saya fikir Datuk ni dah tak keruan. Lebih baik Datuk dok diam karang buku berkaitan 'Jatuhnya Kerajaan Negeri Selangor' untuk renungan jenerasi muda/tua pada masa akan datang.Tak payah lah provo isu yang bukan-bukan. Datuk kan dah dilantik sebagai 'pemikir', takkan lah buat isu hasutan/fitnah selepas 'result' keluar! Bak kata orang tua-tua, rumah siap pahat pun berbunyi.

    pangkah UMNO dah 50 tahun, habuk pun taraak.
    ---------------------------------------------
    aoazmi, anda seorang yang kufur nikmat...apa yang anda nikmati hari ini semunya adalah atas lorongan serta jalan yg dirintis oleh UMNO/BN. Anda hanya berusaha sedikit untuk memilikinya. Ingatlah yang bulat tak datang bergolek, yg pipih tak datang melayang. Melainkan hati anda memang telah dihitamkan kerana terlalu sangat berpeluk erat dengan syaitan.

    BN tak bertanding di penanti kenapa perlu dirisaukan. PR dah tentu menang punya, sebab tu sampai terpaksa rasuh jawatan dan duit. Kesian sungguh manusia yang telah tertutup pintu hatinya.

    ReplyDelete
  45. Dear LeeSlimShaddy

    menarik isi yang saudara utarakan:
    "he..he...he... pandai Dato seri melawak...tapi hantu yang selalu di import oleh BN beratus - ratus biji Bas dengan membawa I.C orang yang meninggal dunia ke tempat mengundi tu...hantu apa? hantu Bogeyman atau Phantom man?"

    sebenarnya saya tertanya2 siapa yang mulakan tentang pengundi hantu ni dulu? agak pelik bagi saya kalau kes pengundi hantu bole terjadi sedangkan ketika pilihan raya ada banyak tapisan jumpal pengundi dari setiap sudut.

    1) dari SPR - SPR akan senaraikan setiap nama2 yang berdaftar untuk mengundi pada setiap pilihan raya. andai ada kes pengundi tu telah meninggal dunia sudah tentu nama dia telah hilang dari pangkalan data SPR berikutan dari laporan yang telah kita buat ke balai POLIS. ketika di balai POLIS apabila seseorang disahkan meninggal dunia pasti satu sijil meninggaldunia akan di keluarkan. maka satu malaysia dalam mana2 pangkalan data akan tersimpan bahawa SI ANU tu telah meninggal dunia dan sekiranya berlaku lagi apa2 transaksi menggunakan nama beliau akan INVALID. dan saya sendiri telah melihat nama arwah nenek saya telah hilang dari senarai mengundi pada pilihan raya yang lepas. mana mungkin KEBARANGKALIAN ADA PENGUNDI HANTU yang terdiri dari orang2 yang telah meninggal dunia.
    2) Jentera pilihanraya - setau saya tidak kira sama ada BN atau pun PKR, sudah pasti ada jentera membanci isi rumah dan orang2 yang bakal menjadi pengundi. untuk apa di bangkit tentang pengundi hantu sekiranya jentera2 dari PKR JUGA TURUT MEMBUAT BANCIAN. sudah pasti orang-orang PKR TELAH SELIDIK SETIAP NAMA BAKAL PENGUNDI seperti yang di lakukan oleh BN. dan sudah tentu juga PKR tahu bahawa pengundi itu MASIH HIDUP ATAU PUN SUDAH MATI berdasarkan dari senarai nama yang di keluarkan oleh SPR melainkan jentera PKR tidak selidik dengan teliti dan hanya BUAT TUDUHAN MELULU. saya rasa adalah elok encik LEESLIMSHADY mendaftar diri sebagai jentera pilihan raya untuk mengetahui selok belok semua ini.

    saya juga nk tegaskan disini tidak kira kepada sesiapa sahaja terutama yang terlalu percaya dan taksub dengan kenyataan PENGUNDI HANTU sila daftarkan diri sebagai jentera pilihanraya akan datang, dan bergerak bersama2 dengan ahli K10 atau lebeh dikenali sebagai jentera bancian isi rumah dan teliti setiap nama2 pengundi. andai ada keraguan juga anda hubungi sendiri pengundi itu dan tanya kepada mereka sama ada MEREKA MASIH HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA. selepas itu jangan lupa tnyakan sekali sama ada pengundi itu nak datang menggunakan kereta sendiri atau menggunakan BAS. sepanjang saya memerhatikan suasana pilihanraya kebanyakkan pembawa pengundi menggunakan kereta. mungkin selepas BERKAT KERAJINAN saudara menapis nama pengundi ini populasi PENGUNDI HANTU akan berkurangan di Malaysia ini. itu pun kalau rajin. kalau ahli-ahli jentera PKR kurang rajin maka terjadilah seperti harini. malas buat kerja tapi tuduh melulu wujudnya pengundi hantu.

    atau lebih elok saya cadangkan strategi baru kepada PKR menapis pengundi hantu dari serbu bas tak tentu hala, muka malu kemudian di tangkap masuk lokap. strategi tersebut tidak lain tidak bukan : "KURANGKAN BERCAKAP, BYKKAN KERJA, SELIDIK ISI RUMAH, BUKAN BAWAK GOSIP DARI RUMAH KE RUMAH" saya yakin sekiranya tugas itu dengan ikhlas, jujur dah rajin pasti kes-kes pengundi hantu lama dah pupus.

    ReplyDelete
  46. Lee

    Nampak sangat saudara penyokong totok PR. Tapi takpelah, kita hormat saudara dan pendirian saudara. Kalau saudara rasa PR betul dan maksum sepanjang masa,kita ucapkan tahniah la. Kami kat sini kadang2 malas nak ceritakan perkara2 yang PR buat yang boleh dikatakan salah,melampaui batas2 dan lebih sudu dari kuah. Kalau nak senaraikan,banyak sangat lah..semua orang dah tau,mungkin saudara je yang saja2 tutup mata dan telinga.Takpelah itu hak saudara.

    Oklah saudara,semoga gambira dengan perjuangan totok saudara tu. Kirim Salam kat Abang Anwar Ibrahim dan Ustaz Lim Kit Siang ye.

    ReplyDelete
  47. Salam

    DSKT,
    Saya lebih hormat kepada pemimpin yang sanggup letak jawatan disebabkan rasa ketidmampuan menjalankan tugas daripada pemimpin yang mempertahankan jawatan walaupun dihujani dengan laporan-laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti juak-juak dalam BN, fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  48. wa jadi leelimshady sikijap arrr
    mau pantun, denga ini pantun 8 kelat arrr
    Latok Sli Khil banyak baek punya olang
    gigi sakit dia kasi cabut pili punya
    tak kira india ka chia ka malayu
    lu sula belenti kena ngantung liam-liam luluk lumah
    itu penyapu lebe punya lu anta sana manik ulai
    sana olang suka penyapu
    nanti dia olang samalu sekali kasi penyapu balik
    olang sume kenang lokto Khil toke penyapu
    manik ulai tampat untung bisnes penyapu
    ...apa lagi ya wa pantun butut punya tala pandai
    latok sli kasi soli sama wa..

    ReplyDelete
  49. Dato..
    Sedap je kata orang boogeyman. Yang Umn/Bn tu ape?
    Setiap hari, setiap masa asyik dok mengata kat PR dalam Tv tu apa kejadahnya? Mentang-mentanglah Demo ada TV. Tak payahlah Dato nak ulas pasal Prk Penanti. Bn tak bertanding pun dan PKR dah menang pun. Calon tajaan BN pun hilang tak nampak batang hidung. Tu la.. nak bertanding tak berani.. harapkan calon tajaan aje lah.
    Dato selalu kata orang. Konon itu tak betul, ini tak betul. Dato sendiri macamana. Selcat panggil untuk buat siasatan pun Dato tak pergi. Ahhh..malaslah nak tulis tentang perangai Dato masa Dato jadi MB dulu.
    Lepas Prk Manik Urai nanti Dato boleh lah kata apa-apa lagi kat PAS. Yang nyata.. bawak lah keranda siap-siap, untuk dihadiahkan kepada Najib mongolia.

    ReplyDelete
  50. Selamat bertanding di Prk Manik Urai. Tengok siapa Boogeyman sebenarnya. Dato tak nak datang tidur dirumah penduduk disini ke? Kalau nak datang bawaklah keranda sekali, untuk dihadiahkan kepada Najib mongolia.

    ReplyDelete
  51. Selam Dr. Khir,

    Peratusan pengundi menurun pada hemat saya kerana ahli umno enggan turun mengundi. ini kerana tiada calon umno yg tempatkan disana.

    hanya 45% yang turun mengundi... bayangkan 55% yang tidak turun mengundi itu mengundi umno??
    umno-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum

    Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada persepsi baik yg ditonjolkan oleh Datuk Sri Anwar.Beliau yg berkaliber didalam manipulasi isu beserta kekuatan 'suara keramat' memikat kebanyakan rakyat yg dahagakan kebebasan .

    Walaupun sudah setahun berlalu PAKATAN RAKYAT masih bengong dan terus merasakan seolah2 rakyat makin menyukai segalan tindakan gerakkerja mereka.

    Maka kita tidak terkejut kalau ada dikalangan pengkritik yg masih lupa diri dan diperbodohkan dan tidak mahu menerima kebenaran.

    Segala ulasan yg Datuk berikan sepatutnya diambil sebagai satu peluang utk membaiki diri.Malangya puak2 Pakatan masih bengong dan terus bengong.

    Ingatlah pilihanraya yg akan dtg semakin hampir,masa cukup suntuk, rakyat masih tertanya2 bagaimanakah segala janji2 yg dikemukan akan dilaksanakan.

    Media arus perdana masih ditangan Barisan Nasional.Jentera2 BN belum pun berkubur.Malah BN masih mempunyai majoriti 2/3.Perlu diambil perhatian berundur setapak bukan bermakna menuju kekalahan tetapi menguatkan dan menumpukan segalan kekuatan.UMNO sebagai tunjang sudah menunjukkan perubahan cuma orang yg bengong sahaja tidak dapat melihat perubahan.Perubahan juga bukannya boleh dilakukan sehari ada yg cepat dan ada yg mengambil masa.Jentera UMNO dan segala kepintaranya sudah mula digerakkan semenjak mula ianya kalah 5 negeri.

    Persoalanya mengapa PAKATAN RAKYAT masih bengong???

    ReplyDelete
  53. Penghakiman di akhirat...

    Sah..Nik Aziz dan Haji Hadi pelopor ajaran sesat yang berselindung di sebalik sebuah parti..

    Buktinya:-
    Nik Aziz masih berdendam dengan UMNO tapi buat baik dengan PKR (munafikun) dan DAP (Kafirun)
    Kenapa masih berdendam dengan saudara seagama tapi sangguap berbuat baik dengan munafikun dan kafirun. Kalau dulu kata UMNO ni berkawan dengan MCA dan MIC.. tapi sekarang PAS berkawan dengan siapa? DAP tu parti Cina dan PKR tu pembela kaum India.. pepatah ada bermaksud, kata dulang paku serpih.. kata orang mereka pun lagi lebih.. lupa lak saya, PAS sanggup berkawan dengan setan kan...bukan saya kata.. dulu Nik Aziz yang kata.

    Amanat Haji Hadi juga salah satu ajaran yang menyesatkan...ada ke kata sembelihan orang UMNO tak boleh dimakan, agaknya sembelihan DAP dia orang makan kot. Kalau imam tu orang UMNO tak sah sembahyang, tapi kalau imam tu Lim Kit Siang (tak pun Chin Peng) sah kot sembahyang mereka..bukan saya yang kata.. baca balik amanat Haji Hadi tu...

    Sebenarnya mereka yang dok dalam PAS tu dapat sumbangan jugak dari pemimpin PKR, kan pemimpin PKR dapat RM61juta dari tokey Magnum.. mereka ambil duit rasuah yang diterima oleh BAPAK SEGALA RASUAH. Kalau dia berjaya meranapkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 dulu, dia akan dapat rasuah yang paling besar dari Amerika dan bakal menjadi boneka Amerika..

    Tapi Tuhan Maha Kaya...bagi rakyat yang masih berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan sedar balasan akhirat, kembali lah dan muhasabah lah diri, jangan lah menyokong membuta tuli terhadap pemimpin yang rakus dan menyusahkan rakyat. Fikirlah untuk jangka panjang..kita pinjam dunia ini dari anak cucu kita, jangan lah kita musnahkan kerana busuknya hati perut kita....

    ReplyDelete
  54. Kepada kaum kerabat yang membuat fitnah Najib Mongolia.. baca2 dan hayati lah al-quran..jangan lah terikut dengan nafsu munafikun sebab di kubur dan akhirat anda adalah bersendirian, takkan Anwar Ibrahim boleh tolong, takkan Tian Chua nak tolong. Tian Chua dah mengaku dia buat gambar super impose sebab nak malukan DS Najib tapi ada jugak manusia dungu yang percaya..malangnya bangsa ku terpedaya kerana kerakusan manusia munafikun....

    ReplyDelete
  55. Dari pengamatan saya, mereka yang berada dalam PAS dan PKR tu adalah golongan mereka yang kecewa kerana hasrat mereka masa dalam UMNO dulu terhalang, kerana taksub kepada seseorang pun ye jugak. Oleh itu, bagi rakyat yang berdiri di atas landasan yang benar, percaya lah wujudnya PAS dan PKR adalah dari golongan mereka yang bernafsu tapi tak tercapai.

    Dan ahli-ahli mereka adalah golongan yang korup, ada perasaan busuk hati, dendam, kuat rasuah, taksub, bekas2 penjenayah yang dah insaf dan tahanan ISA yang dah insaf tapi berlindung dibawah logo PAS kerana setiap undi kepada PAS akan masuk syurga...bukan saya yang kata tapi mereka2 yang buat ceramah dalam kempen PAS satu masa dulu.

    ReplyDelete