Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, June 30, 2009

Pencapaian Diutamakan (I) : Biasiswa Nasional dan Hak Bumiputera Harus Seimbang

1. Keputusan kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional tepat pada masanya sebagai satu bukti jelas usaha memperkukuhkan slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

2. Sekiranya kita membaca kenyataan YAB Perdana Menteri semalam, jelas bahawa biasiswa ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang berusaha mendapat pencapaian cemerlang dalam pendidikan.

3. Sungguhpun belum diumum secara jelas idea ini dari segi dasar dab pelaksanaannya, namun pengumuman ini sahaja sudah cukup memberi satu perspektif baru kepada pendidikan nasional.

Garis Panduan Biasiswa Nasional Harus Jelas

4. Satu garis panduan yang jelas harus dikeluarkan dalam menentukan kelayakan pemberian Biasiswa Nasional ini.

5. Bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati atau pelbagai andaian, Biasiswa Nasional tidak wajar menentukan jumlah pelajar yang layak mendapatkannya. Sebaliknya tetapkan apakah pencapaian minima dalam SPM dan STPM yang melayakkan mereka menerima biasiswa ini.

6. Misalnya kita ditetapkan semua pelajar yang mendapat 9A ke atas layak mendapat Biasiswa Nasional ini. Jika ada 2, 000 orang yang mendapat 9A dan ke atas maka kerajaan wajar memberi Biasiswa Nasional ini kepada semua mereka.

7. Biasiswa Nasioanal ini jangan lagi mengambil kira isu-isu subjektif seperti pencapaian ko-kurikulum dan sebagainya. Ia harus menumpukan kepada kejayaan dalam peperiksaan semata-mata. Dengan cara ini tidak perlu lagi sebarang pertikaian mahu pun perbalahan mengenai mengapa pelajar ini dapat dan pelajar ini tidak dapat.

Skim Biasiswa Pelajar Bumiputera

8. Kita belum pasti apakah kedudukan skim biasiswa sedia ada dengan pengenalan Biasiswa Nasional ini.

9. Perlu diingatkan bahawa sungguhpun kerajaan bebas memberi biasiswa kepada sesiapa sahaja, namun skim biasiswa untuk penuntut bumiputera merupakan satu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

10. Seiring dengan pembentukan Biasiswa Nasional ini, adalah wajar Skim Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam yang beberapa tahun lalu diagihkan mengikut kuota kaum dikembalikan kepada pelajar bumiputera sahaja.

11. Jumlah biasiswa ini juga tidak harus dikurangkan untuk memberi ruang kepada Biasiswa Nasional kerana kedudukan biasiswa bumpiutera ini dijamin oleh Perlembagaan dan Majlis Raja-raja Melayu.

12.Biasiswa bumiputera juga merupakan sebahagian persetujuan kemerdekaan yang perlu dihormati dan dikekalkan tanpa sebarang perbincangan lagi.

13. saya juga berharap selepas diperkenalkan Biasiswa Nasional ini, jangan lagi dipertikaikan biasiswa JPA khas untuk bumiputera.

67 comments:

  1. msti Non-Bumiputera bahagia dengar berita ni kn??? Terbukti tuntutan hak non-bumiputera tidak di bakul sampah kan... tp janganla lepas ni hak bumiputera, non bumi masih pertikaikan..

    ReplyDelete
  2. Salam DS,
    Saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan yg akhirnya dapat melaksanakan Biasiswa Nasional sebegini...Tapi utk lebih mantap lagi harap kerajaan dapat umumkan senarai2nya kepada rakyat di suratkhabar(What we call Transparency).....Supaya tiada Arguement berlaku kelak!!!
    Disini saya juga ingin ucapkan tahniah kepada semua rakyat yg memperjuangkan hal2 sedimikian selama ini,dan akhirnya berjaya memenuhi impian bagi palajar2 yg cemerlang tanpa mengikut kaum dan warna kulit!!!!UMNO SEDANG BERUBAH!!!!(Sepatutnya kena berubah 10 tahun lepas,tapi tak apalah...akhirnya sedar jugak)...Syabas!!!Kemenangan ini saya tujuhkan kepada rakyat yg memperjuangkan hal2 ini dan KITA RAKYAT MAMPU MENGUBAH KERAJAAN JIKA MEREKA TAK DAPAT BERUBAH!!!

    ReplyDelete
  3. Selain dari mengikut merit dalam pencapaian akademik, biasiswa juga harus mengambil kira pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, tanpa mengira kaum.

    Tujuan asal biasiswa diwujudkan adalah untuk membantu pelajar cemerlang tetapi tidak ada sumber kewangan untuk membiayai pelajaran mereka.

    Mungkin pelajar yang cemerlang tetapi datang dari golongan kaya, boleh dikurangkan amaun biasiswa yang mereka terima. Mungkin cukup setakat untuk membayar yuran pengajian dan asrama sahaja.

    Dengan cara ini lebih banyak pelajar miskin yang cemerlang boleh dapat biasiswa.

    ReplyDelete
  4. biasiswa nasional ikut merit....dan garis panduannya harus jelas dan mudah difahami...saya setuju dan menyokong saranan ds

    pada masa yang sama hak anak melayu untuk terima biasiswa jangan dicuri oleh orang lain...ikut perlembagaan...pun 100% saya sokong

    yang selalu menjadi masalahnya adalah golongan muda hari ini tidak faham dan ...golongan yang memang benci dengan umno selalu cepat dan pantas memutar belit fakta.

    saya fikir jika artikel dari kerajaan atau umno yang berunsur memberi penjelasan tepat kita copy dan masuk dalam e-mail.....saya tengok pembangkang kalau ada cerita yang boleh menyemarakkan kemarahan anak muda hari ini ,mereka cepat beri maklumat sampai hantar e-mail..tup-tup,budak muda2 bila buka e-mail je tengok benda2 yang negetif siap dengan powerpoint....manala tak kalah yang lepas.

    p/s:saya pun tak pasti....perlu atau tidak...cuma cadang je.harap ds buat keputusan

    p/s:ds khir..nak tanya pandangan ds sebagai salah seorang pemimpin kami ni...kerajaan dengar ke...atau kita je sembang kat sini...

    ReplyDelete
  5. Dato' Seri,

    Kali ini saya bersetuju dengan pandangan Dato.Apa pun dasar,ketelusan dan kejujuran itu adalah penting. Kejujuran itu sukar diukur,oleh itu tatacara, prosedur dan syarat kena jelas untuk mengelakkan persepsi negatif.Keutamaan harus diberi pada masyarakat terbanyak iaitu sederhana dan rendah dari segi keupayaan ekonomi.

    Sesungguhnya,Malaysia mempunyai keupayaan ekonomi untuk membiayai pemacuan pendidikan warganya.Namun lantaran besar dan derasnya kebocoran dan ketirisan dalam mengurus dana,maka potensi itu telah tidak dapat di manafaatkan.

    Keresahan dan kemabukan rakyat dalam menangani polimik ekonomi ini adalah gejala/simtom bagi ekonomi itu sudah bergerak dari asas keseimbangannya.Tugas penguasa bukan sekadar penstabil tetapi juga merangka strategi baru bagi mengaut potensi yang datang bersamanya.Kegagalan berbuat demikian akan hanya menyebabkan kita tidak berupaya mengangkat potensi negara bahkan mengurangkan keupayaan untuk bersaing.

    ReplyDelete
  6. Bersetuju dengan pandangan Dato' Seri.

    Namun, saya khuatir juga apakah UMNO (Melayu) akan mengorbankan lagi hak-hak nya demi peroleh sokongan bukan Melayu.

    Inilah akibatnya kalau kita berpecah.

    Apa pun, jika pemimpin UMNO sekarang ini memegang amanah bangsa dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas, alasan Melayu "berpecah" bukan alasan yang kuat dan munasabah untuk mengorbankan lagi hak kita demi sokongan bukan Melayu.

    Mungkin kita perlu kembali kepada Allah yang mengarahkan kita seperti maksud ayat al-Quran yang lebih kurang berbunyi...
    "Dan bekerjalah kamu (melaksanakan amanah), nescaya Allah akan melihat amalan kamu begitu juga orang-orang beriman..."

    Saya percaya bahawa mempertahankan hak anak cucu (bangsa dan agama) kita (tanpa mengenepikan hak orang lain) adalah sesuatu yang wajib.

    Mengorbankannya pula tentulah berdosa.

    http://taxidriversmind.blogspot.com/2009/06/perpaduan-yang-memecahbelahkan.html

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.
    Semoga ia dapat memberi lebih banyak peluang kepada rakyat menikmatinya.
    Diharap semua orang bersyukur dengan apa yang diketengahkan oleh PM yang disayangi. Marilah kita bersama-sama menyokong dan mendokong hasrat Pucuk pimpinan kita.
    Wahai rakan Blogers,Jangan hanya nak menyalahkan orang lain sedangkan diri kita pun belum betul lagi. tegurlah dengan bijaksana bukan menyumpah seranah orang membuta tuli. Orang buta dan tuli pun tau menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberi.

    ReplyDelete
  8. Salam DSKT, apa beza yg najib buat ni berbanding dgn apa yg diperjuang oleh DAP dan PKR selama ni???

    ReplyDelete
  9. NAJIB SLASHES BUMIPUTERA EQUITY QUOTAS , FIC ROLE-malaysian insider

    Malaysia today made sweeping changes to its capital markets to boost foreign investments, cutting Bumiputera equity quotas for share offerings and in fund management firms while trimming the role of a powerful but conservative panel overseeing such investments.

    Najib Razak dropped the 30 per cent Bumiputera equity requirement for Malaysian firms seeking public listing, the cornerstone of the New Economic Policy (NEP), but they will now have to offer 50 per cent of the public shareholding spread to Bumiputera investors.

    KAH KAH KAH

    KAH KAH KAH…

    kah kah kah…BAGUS …BAGUS… BAGUS… kah kah kah…

    kah kah kah… INI LAH DASAR YANG DI TUNGGU TUNGGU…kah kah kah…

    kah kah kah….DASAR KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…

    kah kah kah…INI LAH DASAR HIDUP MELAYU….kah kah kah…

    kah kah kah… DASAR GEROMBOLAN JUAL NEGARA PADA MAT SALEH…kah kah kah…

    woit…. MANA DIA PELAJAR UITM?... kah kah kah…

    woit….BILA NAK KELUAR DEMO PAKAI BAJU HITAM….kah kah kah…

    woit…. MANA DIA PROWARIS…. kah kah kah..

    woit… MANA DIA PEKASA…. kah kah kah…

    kah kah kah… SEDIH….SEDIH… SEDIH…ABIS…DUIT POKET… KENA BUAT KERJA…. kah kah kah…

    kah kah kah… DULU ADA LISTING …ADA 30 %.... ABIS SEMUA….kah kah kah..

    GEROMBOLAN DAH MULA JULA MELAYU PADA MAT SALEH…AWAS !!!

    ReplyDelete
  10. Saya setuju 100%, tapi mampukah kerajaan atau beranikah kerajaan mempertahankan/menjamin dasar "biasiswa JPA khas untuk bumiputera". Saya berharap Dato Seri dapat mengembleng tenaga dan kekuatan dengan PERKASA untuk menuntut hak kita. Entah mengapa, sekarang saya lebih yakin pada PERKASA untuk menuntuk hak melayu.
    Solzamri

    ReplyDelete
  11. Dato' Seri...saya sokong pemberian ini. Ini akan membuka mata anak2 bumiputera supaya lebih berusaha bersungguh dalam pelajaran untuk menyaingi kaum2 lain untuk mendapat biasiswa. Mereka tidak harus bergantung kpd status kaum mereka lagi bagi mendapatkan bantuan kerajaan. Perkara yang penting ialah usaha mereka untuk mencapai kecermelangan dalam pelajaran. Jangan mengikut kebayakan orang2 UMNO yang hanya megharapkan status kaum mereka untuk mendapatkan peluang kontrak kerajaan. Selepas dapat kontrak tersebut total sub kpd kaum bukan bumiputera. Akhirnya kaum lain jugak yang berjaya.

    ReplyDelete
  12. Rasional pemberian biasiswa itu apa? Untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan pelajar atau sebagai ganjaran bagi kejayaan pelajar? Kalau sebagai ganjaran, pencapaian 9A itu wajar tetapi kalau sebagai bantuan, pencapaian pelajar harus dijadikan perkara kedua.

    Malah, saya fikir pemberian biasiswa harus bermula dari peringkat UPSR dan PMR juga. Pelajar yang sederhana juga perlu mendapat biasiswa nasional. Kelak, kalau pelajar sederhana ini hanya layak mengikuti latihan vokasional, mereka dapat mengikutinya dengan baik.

    Utk pengetahuan Dr., ada kalangan pelajar yang tidak beroleh sijil SPM mereka kerana ditahan oleh pihak sekolah. Sebabnya apa? Mereka tidak menjelaskan yuran sekolah yang sesetengahnya berjumlah seratus atau dua ratus ringgit sahaja. Alangkah malangnya! Jadi, bukankah biasiswa membantu mereka. Setidak-tidaknya, lepasan SPM ini (jika tidak cemerlang) dapat juga belajar di kolej komuniti.

    ReplyDelete
  13. Setuju Dato. Tetapi hari ini ramai orang Melayu yang berjaya hasil biasiswa dan kuota yang di peruntukkan kepada Melayu dan Bumiputera sudah lupa jasa Kerajaan Umno/BN. Mereka kini sanggup mempelopori menentang Umno.

    ReplyDelete
  14. Kaki ampu ni tak kira apa saja kerajaan kata dia akan anggok. Tapi kali ini aku setuju .

    ReplyDelete
  15. biasiswa jpa yg sedia ada mestilah dikekalkan..

    ReplyDelete
  16. LEPAS NIE KALAU KECIL PERATUSAN BUMIPUTRA YANG DAPAT BIASISWA BERBANDING BUKAN BUMIPUTRA JALAN PULAK DISALAHKAN KERAJAAN PASAL RAKYAT YANG MINTA JADI MACAM NIE, DAN SELALUNYA BILA BIASISWA KERAJAAN, MEREKA AKAN DISERAP DALAM BADAN KERAJAAN DAN KALAU RAMAI NON BUMI DUDUK DALAM BADAN URUSAN KERAJAAN JANGAN PULAK MERAYU-RAYU SIBUMIPUTRA NIE PULAK UNTUK SELAK BALIK PERLEMBAGAAN YG DIA SENDIRI MINTAK TUKAR.

    AKIBAT AKHIRNYA BILA DAH RAMAI YG DUDUK DALAM BADAN URUSAN KERAJAAN ADALAH NON BUMI JGN ESOK KEPENTINGAN BUMI DIABAIKAN DEK MEREKA NIE, YANG BUMI NIE DOK MELOPONG MENYESAL TAK SUDAH, BAK KATA PEPATAH "TELAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR TERLAJAK KATA...LU PIKIR LA SENDIRI".

    BAGI SAYA HAK DALAM PERLEMBAGAAN JGN DIUSIK, TAPI KALAU INGIN JUGA BERI KEPADA YG TAK TERMASUK DALAM HAK YG JELAS, SILAKAN. TAMBAH SAJA PERUNTUKAN KHAS UNTUK MEREKA, GUNAKAN MERIT SEADANYA, BEGITU JUGA DGN BUMIPUTRA. TAPI HAK BUMI JGN DICAMPUR KALAU INI BERLAKU AKHIRNYA AKAN BERLAKU KETIDAK SEIMBANGAN.

    JGN KITA BERSORAK HARI INI, TAPI ANAK CUCU CICIT KITA MERANA DIKEMUDIAN HARI. FIKIR-FIKIR KAN.

    ReplyDelete
  17. Salam DS,
    Saya berpendapat saudara Asmifaisal sangat berfikiran cetek.....takut kononnya equity bumuputra jatuh akan memudaratkan negara dan seterusnya dimonopoli oleh mat saleh konon...kalau org bumiputra dan bangsa lain seperti cina,india dan lain2 tidak bertekad dan berusaha,kerajaan pun tak boleh tolong banyak...dan sampai bilakah akan maju...!!!asyik harapkan bantuan,bantuan,bantuan........BERAPAKAH ORG BUMIPUTRA YANG BETUL2 DAPAT EQUITY SEDEMIKIAN???KRONI MEREKA AJE DAPAT...CUBA CHECK LA BETUL2.....MUNGKIN JUGAK SAUDARI YUSMIZA SALAH SEORG KRONI JUGAK...MUNGKIN!!!
    Soalan untuk saudara ASMIFAISAL...Apakah pendapat anda terhadap peranan IMF(INTERNATIONAL MONETARY FUND)???Positive or negative...ataupun mereka adalah buaya yg akan makan negara tertentu bila mereka meminjam duit kepada negara tersebut???Sila jawap soalan ni!!!

    ReplyDelete
  18. Untuk mencapai misi nasional dan penerapan
    1MALAYSIA yg diperkenalkan DS PM kita maka
    penjenamaan semula,pembaikan dan pewujudan
    skim baru harus diterima baik oleh rakyat.

    Jika selama ini biasiswa yg diberi menjadi
    polemik politik yg tiada kesudahan,amatlah
    tepat sekali BIASISWA NASIONAL diwujudkan,
    tanpa memansuhkan biasiswa yg sedia ada.

    Jika berfikiran kehadapan..1MALAYSIA
    AKAN lengkap jika...BANTUAN NASIONAL,PERUMAHAN
    NASIONAL,KEMUDAHAN NASIONAL dan pelbagai lagi
    bersifat nasional diperkenalkan untuk membuktikan bahawa RAKYAT DIDAHULUKAN,MATLAMAT
    DIUTAMAKAN adalah tepat...

    ReplyDelete
  19. Ketika PM baru dilantik...

    Di hati saya habislah orang melayu...
    PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran .... banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

    Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

    Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

    1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
    2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
    3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

    Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

    Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

    Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

    Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

    Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

    Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri

    ReplyDelete
  20. Saya menyokong usaha kerajaan dalam membantu rakyat.
    Saya menyokong kerajaan memberi sudsidi.
    Cuma saya khuatir dengan tahap saing kaum bumiputra dalam dunia yang penuh mencabar ini.
    Kerajaan memang terlalu banyak membantu kaum bumiputra, tetapi org yang bergelar bumiputra ini masih lagi di tinggalkan.

    Saya selalu terbayang ayam daging dengan ayam kampung, ayam daging diberi makan setiap waktu, reban dipasang air-cond.Tapi ayam ini amat lemah, kalau terkejut bunyi zink jatuh pon boleh mati.Amat berbeza dengan ayam kampong yang tidak pernah mendapat layanan sebegini.

    ReplyDelete
  21. Well Done Najib, the true color of 1Malaysia is appeared.

    Dulu masa Lim Guan Eng nak suruh revised or tak nak apply DEB kat Penang (means quota bumi 30%), ramai yang menyalak termasuk NGO. The next couple of days kena mengadap Pak Lah kat Putrajaya. Now bila Najib announced untuk hapuskan sama sekali tertunggu jugak ada tak yang nak buat demo or kain rentang atau semua takut and jadi Yes Man ..... ha ha ha ha ....

    Macam kes biasiswa... DAP dan PKR akan senyum sinis kerana usaha mereka telah ditunaikan dan tanpa kemarahan orang Melayu.

    Hishamuddin tak nak keluarkan Keris dia lagi ke. Don't be surprised lepas ni UiTM akan dimansuhkan... UTAR pulak memang sampai la ni penuh dengan Non Bumi je... takde pula orang nak bising...... Hidup 1Malaysia...

    ReplyDelete
  22. saya tidak tahu apa sebenarnya yang tok aki cuba sampaikan cuma kalau mungkin saya boleh jelaskan dengan apa yang saya fikir adalah

    inilah bahananya jika orang melayu sendiri yang menjadi punca,keterbukaan dan kenasionalan semua yang nak dinasionalkan ini adalah berpunca dari diri bangsa melayu sendiri yang buka ruang.....kepada pemimpin terpasa melaksanakan.

    saya setuju yang 10 atau 20 tahun akan datang anak cucu akan memaki hamun bangsanya yang tidak bijak mempertahankan benteng orang melayu iaitu umno....pas sebenarnya adalah pengimbang...

    ReplyDelete
  23. mari kita fikir setiap kejadian mesti ada puncanya....

    dulu kerajaan bn memerintah 2/3..sejak pru12 bn memerintah bukan dengan majoriti 2/3...

    mengapa ini berlaku?

    jika dikaji betul2 sebenarnya bn kalah teruk sebab berpunca dari bangsa selain dari melayu telah bertukar angin menyokong p/r pada pru12 lepas....india sokong pkr,cina bijak dia pikir untung sahaja....mereka tahu la dalam bn...umno parti yang menunjangi bn....umno tu parti siapa...melayu,india atau cina ? fikir sikit...

    yang menjadi masalah...orang melayu pula tumpang sekaki pi belasah umno.....apa pas boleh buat...menang 5 negeri sampai sekarang apa perubahan besar pas dapat lakukan untuk islam...ada tak boleh tutup penjualan arak..pusat hiburan...ada....kata islam....tapi apa hal jika tak boleh buat apa2.

    bukanlah kuasa itu penting?....mari kita sokong kembali umno...kuasa itu penting supaya apa yang kita ada hari ini jangan kita lacurkan lagi sehingga anak cucu kemudian hari merana....

    saya amat bersetuju dengan tok aki..memang saya pun ada nampak kita ni sikit masa lagi akan jadi sama seperti singapore....melayu tidak layak berkuasa dan tak pandaipun jika diambil kira keputusan pru12 yang lepas..

    tak tahulah saya jika orang melayu boleh tukar pemikiran saya pada pru13 nanti..menjadikan bangsanya bermaruah...agamanya masih dimertabatkan...dan negaranya aman damai dengan tampok pemerintah masih dikuasai oleh manusia yang bernama melayu.

    p/s: penyokong totok pas mesti patahkan hujah saya dengan kita tak sokong bangsa tapi kita sokong islam.....he..he..sukarnya nak memahami anak melayu islam hari ini....

    p/s:fikiran saya melayu harus bijak berpolitik...saya setuju dengan pandangan yusmiza...pas bagus ilmu agama..hal2 hukum hakam ini memang kita boleh rujuk dengan mereka...tetapi hal ekonomi dunia ni dalam pas berapa ramai tahu?...ramai melayu dalam umno yang pakar....jadi apa salahnya berkerjasama macam cerita yang anak saya hari2 tengok

    apa yang penting..kerjasama...wonderpet.

    ReplyDelete
  24. saya dapati blogger disini mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza2.....saya amat gembira kerana ds khir sangat bijak melihat masa depan dan memberi ruang kepada semua pihak baik penyokong,pembangkan,ahli atau atas pagar....

    saya cuma ingin mengambil kesempatan dan ingin memperingatkan diri saya sendiri dan kawan2 disini....teruskan menulis dan melontarkan pandangan anda...tetapi jadilah seorang yang rasional dan membena sikap terbuka menerima pandangan orang lain dan jangan cepat melatah...ambil masa dan cuba fikirkan tentang sesuatu perkara yang mungkin berbeza sedikit dengan apa yang kita fikir sebelum ini...supaya kita mendapat jawapan yang lebih baik demi untuk masa depan kita melayu dan keharmonian semua bangsa2 lain.

    kepada bangsa2 lain..anggaplah kami bukan seorang yang terlalu jumud sehingga tidak bersikap terbuka untuk bangsa lain terutamanya india dan cina...jika ada bangsa lain yang membaca komen2 kami disini yang bersifat mementingkan bangsa kami sendiri anggaplah ini adalah rumah kami...ini adalah perbincangan kami anak beranak secara tertutup demi untuk mentarbiahkan anak bangsa sendiri yang dah melencung perjuangnya sebelum ini....ini bukan ditujukan hanya untuk yang muda tetapi yang memimpin pun wajib sedar kerosakan yang telah dilakukan.(belajar menerima teguran dari bawah)

    saya sebagai orang melayu(selama ini saya lebih suka mengambil sikap diam dalam hal politik,cuma sekarang je rasa terpanggil untuk bersama membantu ds ,kesian gak kat ds ni sebab dia kena jawab semua benda,tak jawab...rakyat sakit hati...dia jawab pun masih tak faham2,tak menang tangan dia buat sorang2)...marilah kita ramai2 tolong beri moral support...kalau harap 2,3 kerat je memang la tak motivasi langsung.

    sebenarnya umno ni akan jadi kuat jika golongan yang tidak berkepentingan ni bersuara menyokong...harap jentera sahaja beri penerangan memang kumpulan atas pagar pandang sinis...susah nak yakinkan orang ni.

    walau apapun kita harus juga bersikap menghayati usaha jentera parti.mereka berkhidmat siang dan malam...adakalanya sehingga berminggu2...memanglah ada sedikit imbuhan mungkin...tetapi golongan atas pagar harus memahami erti perjuangan...mereka pun ada anak bini dan keluarga yang perlu ditanggung..terima kasih saya ucapkan kepada semua jentera yang selama ini berkhidmat demi untuk parti.

    bak kata ricky yang tak setuju dengan cik yusmiza..tak semua blogger perlu masuk umno.....tak palah kalau tak nak masuk umno pun bila pru13 nanti yang penting daftar untuk mengundi dan undi adalah rahsia tapi pangkah umno boleh?...tak tau la saya ni ricky orang apa?

    jadilah blogger yang membina dan menjana pemikiran yang baik untuk semua disini...walaupun kita berbeza pandangan...

    sesuai dengan jawatan ds khir sebagai ketua pemikir kat selangor.

    bila ds ni nak belanja blogger ni minum dan makan roti canai..belum terbuka hati ya..hee..hee..saya pun belum terbuka hati 100%.....siapa kat sini yang 100% dah terbuka pintu hati akan masuk dalam umno dan jadi ahli sampai pergi sendiri kat pusat dun...ada?saudara ricky ni saya nak tanya ahli apa...kalau boleh semua saya nak tahu...apa pemikiran anda dalam berjuang....apa yang anda pertahankan...apa hujah anda bila menyokong sesuatu parti politik..

    p/s:ada gak kat sini yang dia sendiri pun tak tahu apa yang dia ikut...banyak main ikut je macam lalang...tiup kiri ...kiri...tiup kanan...kanan...hee..hee kelakar gak tengok anak melayu sekarang berjuang...kalahkan pemimpin

    apapun saya sangat menghormati pemimpin seperti ds khir....kadang2 rasa takut pun ada dengan beliau ni...bukan takut apa...tapi takut pasal hormat dengan beliau......dulu ada dsai dalam umno(saya cukup fanatik dulu dengan dsai)...pun dah hilang...hari ni ada ds....jangan ds masuk pas...sudahlah.habis bertempiaran lari lagi anak bangsa....bila fikir2 kemelut anak bangsa hari ini semuanya perpunca dari pemimpin....mereka bergaduh kita marhaen jadi mangsa....begitulah kuasa dicipta kot....wassalam

    ReplyDelete
  25. YBhg. Dato'

    Sejak Dato'tidak lagi menjadi MB, kami rakyat nampaknya seperti lebih mesra untuk berhujah dengan Dato' dan memberikan pandangan kami. Alangkah baiknya jika perkara ini dapat dilakukan semasa Dato' menjadi MB dulu.

    Dan, nampaknya jua ada banyak perkara dan kenyataan Dato' yang nampaknya menyebelahi rakyat.

    Semoga perkara ini dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  26. Salam DS
    Kepada saudara wmu350,saya ada satu cerita benar yang berlaku keatas rakan sekerja saya yg dari dulu lagi sokong UMNO & BN...Dia sekarang dah berumur 54 tahun dan adalah berbangsa Melayu yang tinggal di kampung Sg sirih,selangor.
    Semasa 20 tahun lepas calon BN telah berjanji untuk beri tanah kepada kaum melayu tempatan,tetapi selepas 4 pilihanraya berlalu mereka masih tak dapat apa yg dijanjikan selama ini...tetapi apa mereka dapt tahu adalah tanah yg dijanjikan telah dimiliki 3 org(yg ketiga-tiga org ini adalah wakil rakyat,seorg tu dah meninggal selepas plilhanraya ke 12 yg lalu)....jadi apakah mereka ini yang DIGELAR ORG MELAYU YG SEPATUTNYA DAPAT HAK BUMIPUTRANYA tapi langsung tak terima apa2....YG KRONI SAJA DAPAT....Jadi saudara dan saudari judge la sendiri kenapa org melayu ni ada yg kecewa...!!!UMNO MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU...HAHA SETENGAH YG PERCAYA DAN SETENGAHNYA TIDAK!!!

    ReplyDelete
  27. kepada nazri hamdan

    bang...soalan yang bagus abang tanya tentang sekarang ds ni beza ketika dia jadi mb dulu...

    pada saya dulu ds ni sibuk dan dulu dia mana ada blog....nak bertukar pandangan pun susah...orang keliling dah berkampung...orang macam abang ni bila suara tidak didengar oleh pemimpin,apa lagi kita marah la...

    lagi satu jika ditakdirkan suatu hari ds ni jadi pemimpin peringkat pusat,agak2 dia cukup masa lagi ke nak selalu menulis dan tengok blog ni hari2 layan rakyat?....

    saya bersikap terbuka dan rasanya saya boleh terima jika ds ni jadi pemimpin pusat dan dia sibuk...tapi saudara boleh terima ke....tup2 nanti timbul pula kata2...ha...tengok dulu masa kat bawah bukan main senang nak jumpa tapi sekarang dah lupa diri...hehe..hee sebenarnya kita ni zaman sekarang terlalu berlebih2han menuntut itu dan ini sehinggakan kita lupa pemimpin juga adalah manusia biasa yang hanya ada masa 24 jam.....

    haram semua pihak memahami...apa yang penting pada saya,pemimpin yang ada karisma dan dilihat perlu diangkat kita wajib mempertahankannya...contoh seperti ds khir.beliau ni banyak bersabar dan tabah orangnya melayan rakyatnya sendiri.

    ReplyDelete
  28. BUAT EN RICKY!

    SAYA SM SKALI BUKAN KRONI UMNO EH?? SY TIDAK ADE KEPENTINGAN LGSG DLM UMNO. SY HANYA SEORG BELIA YG SYGKN ANAK BANGSA DAN RISAU NIKMAT YG KITE KECAPI DI MALAYSIA NI TIDAK DPT DIKEKALKN.. SAYA HANYA STUDENT DI UITM.. SY BERSYUKUR KRN DPT BLJAR DI INSTITUSI YG KERAJAAN BNYK MEMBERI BANTUAN KEWANGAN KEPADA BUMIPUTERA.. BANTUAN TU MMG LAYAK UTK BUMIPUTERA YG BLJAR SPT SAYA.. BG GOLONGAN NON BUMI, ISU KEWANGAN BKN ISU BSR BUAT MEREKA KERANA IBU BAPA MEREKA MMG MAJORITI KAYA RAYA.. MAK AYAH MEREKA MMPU MENGHANTAR ANAK MEREKA KE TAYLOR'S COLLEGE, LIM KOK WING COLLEGE, SEGI COLLEGE N ETC. BG BUMIPUTERA PERATUSAN KITE AMAT KECIL UTK BERADA DI INSTITUSI YG TGGI YURAN PENGAJIAN NYA. LGPUN SAYA GUNE DUIT MARA DURING DIP N NOW PTPTN IN DEG.. I PASTI KENE BYR BALIK.. CUME KEMUDAHAN PINJAMAN UTK MELANJUTKN PELAJARAN TU, SY AMAT BERSYUKUR.. SKRG NI, BIASISWA DIBG KPD NON-BUMI SDGKN KEWANGAN NON-BUMI ADALH 3 KALI GANDA DR KEWANGAN BUMIPUTERA. JD SKRG NON-BUMI TIDAK SEHARUSNYE MEMPERTIKAIKAN LG ISU BIASISWA BG BUMIPUTERA SELEPAS BIASISWA NASIONAL NI DIPERKENALKN.. KITE SUDAH LAMA HDUP DLM KEADAAN YG HARMONI DAN BERBILANG KAUM, JD KITE HARUS MENGHORMATI KAUM2 YG LAIN JUGA. UMNO BERUSAHA MEMENUHI TUNTUTAN PD NON-BUMI KRN MELIHAT MEREKA BERJAYA DALAM PENCAPAIAN PENDIDIKAN MEREKA. PENGIKTIRAFAN INI DIBERIKAN SECARA ADIL DAN BEBAS KEPADA SEMUA YG LAYAK...

    SKRG NON-BUMIPUTERA DIHARAP TIDAK MEMPERSOALKAN JPA SCHOLAR KPD BUMIPUTERA LG..

    BUAT EN ABIKHSAN,

    U CKP DON'T BE SURPRISED IF UITM DIMANSUHKAN SLPS NI?? INSYAALLAH BUMIPUTERA AKN MEMPERTAHANKN UITM NI.. NON-BUMI BNYK LG INSTITUSI LAIN YG DIORG LEH MSUK, UM ADE, USM ADE, UPM, UKM PUN ADE.. UITM NI X PYH LA.. BIARLA KEKAL UTK BUMIPUTERA..

    SELAMA NI BUMIPUTERA DI UITM TIDAK PERNAH BSING PUN PENEMPATAN NON-BUMI DI INSTITUSI PENGAJIAN TGGI YG LAIN, JD I HARAP JGNLA CUBE MENUNTUT UITM UTK NON-BUMI DIBERI PENEMPATAN DI INSTITUSI INI.. UITM DIHATIKU ALWAYS!! PROUD BEING UITM STUDENT.. JUTAAN TERIMA KASIH PD PIMPINAN TERDAHULU YG MENINGGLKN 1 HARTA YG TIDAK TERNILAI KEPADA BUMIPUTERA...

    ReplyDelete
  29. saudara ricky..

    apabila membaca cerita benar saudara,memang saya tidak boleh berkata2 lagi...menelan air liur je...cerita saudara memang saya pun marah...banyak dah cerita rakyat marhaen ni(ingat bila dengar cerita sedih kita akan sedih...bila dengar cerita lawak kita ketawa...bila dengar cerita pemimpin berebut harta rampasan kita jadi marah,sakit hati,meluat.kalau boleh nak jatuhkan dia)...

    tapi adakah kita berpegang pada tali mengapa umno itu perlu dipertahankan dan perlu disokong? apa tali yang dipegang oleh kebanyakan melayu muda sekarang?adakah umno diujudkan tujuannya untuk kita beri pemimpin mereka berebut harta?....apa pegangan kita memilih umno?.....saya tidak kesah jika pemimpin kaya itu hak dan rezeki dia...dia pun manusia..kalau dia tak betul dia akan terima balasannya....saya tidak pernah sekali2 mengikut telunjuk pemimpin umno mengarah itu dan ini...saya selalu bersikap diam...saya tidak membantah...yang saya tahu saya sokong umno kerana saya sayangkan anak bangsa saya dan saya fikir nenek moyang dulu berjuang untuk anak bangsanya..jadi saya berjuang untuk apa?...saya fikir dan saya dapat jawapannya...hal2 pemimpin tak betul ni memang mereka sendiri akan terkeluar dari umno...dah banyak contoh..

    tak payah cerita zaman nabi...kita tengok..walaupun PM angkat dia jadi senator dan lantik jadi menteri....berapa lam sekarang ada jadi menteri lagi tak....mana zaid ibrahim sekarang....siapa musang berbulu ayam...adakah umno harus dihukum lagi..

    kalau pru13 umno kalah dan tidak memerintah..kita terima sahaja malaysia akan jadi seperti singapore...kalau tanya saya boleh terima atau tidak...jawapannya menitis air mata darah sekalipun .... memang tak boleh terima tetapi apa nak buat dah demokrasi...ikut majoriti...

    sekarang mana nak hukum.....umno ke nak humban atau musang berbulu ayam kita cari?atau kita biar sajelah....pandai lah mereka pemimpin mereka tau apa nak buat...

    kalau pening nak fikir....saya cadangkan undi je umno dan pasang niat"aku sokong umno hari ini dan selama2nya kerana ingin menyatukan anak bangsa agar anak bangsa ku kemudian hari mampu memertabatkan agamaku dan mengekalkan keharmonian negaraku..amin.


    p/s:makin lama makin pelik tengok cara orang melayu memilih....hee...hee

    ReplyDelete
  30. saya dah memerhatikan dan mengkaji selama 10 tahun sikap dan cara orang muda yang tiada kepentingan berpolitik...mereka dalam diam memerhati cara umno dipimpin....nah inilah hukumannya yang dipalitkan kepada parti yang bernama umno apabila mereka tidak ambil tahu fungsi sebenar umno.....

    saya sukar nak berhujah jika material semata yang menjadi topik bertikam lidah memburukkan umno(bab material ni ds khir kena jawab,dia pemimpin utama dahulu dia yang lebih arif dan tahu)apakah tiada seorangpun yang bersetuju dengan saya membawa semangat..... cintakan anak bangsa akan datang dan lihatlah kehadapan masa depan anak-anak ini yang tidak tahu pergolakan kita hari ini...

    lihatlah anak-anak kecil yang bermain bersama-sama...mereka tidak berkelahi tentang ibubapa mereka parti apa...apakah kita sanggup menggadai nasib mereka hanya kerana nafsu marah yang tidak henti2....

    yang sinior ni saya tak berapa risau sangat...tapi yang muda2 ni...kalau tak didekati.....susah ds khir?cakap kat kawan2 ds khir...yang tua tu belajar2lah layan golongan muda..masuk dan fahami mereka...

    dekati mereka dan hormati juga mereka tidak semestinya mereka agresif dan over sangat bermakna mereka berfikiran kebudak-budakan....jika mereka ini dihormati dan disayangi saya percaya mereka inilah yang akan berjuang bersama-sama dengan pemimpin...

    kepada ds...teruskan menulis dan sampaikan maklumat kepada rakyat jelata disini....orang seperti saya ini dapat juga mengikuti perkembangan sebenar ds disini..selamat bercuti.

    ReplyDelete
  31. Salam DS,
    Kepada saudara wmu350,sebenarnya saya hormati saudara terus menyokong parti Umno yang saudara rasa ia adalah saluran yang menyumbang terus kaum Melayu....tiada pertikaian bagi masalah ini.!!Apa yg saya ceritakan kepada saudara & saudari semua adalah luahan hati daripada rakan sekerja saya...!!!
    KEPADA SAUDARI YUSMIZA,
    TUDUHAN SAUDARI YG MENYATAKAN NON-BUMI BUKA SATU ISU KEWANGAN KEPADA MEREKA!!!BUKAN SEMUA NON-BUMI NI KAYA-RAYA(YG KAYA NI BAPA MEREKA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN DUIT DARI DULU LAGI TAU....BUKANNYA FREE DIBERI KERAJAAN ATAUPUN DAPAT PROJEK DARI KERAJAAN DAN TERUS KAYA).....KOMEN SAUDARI AGAK BERSIFAT PERKAUMAN DAN SAYA INGIN MENASIHATKAN SAUDARI GUNA MASA YG ADA DI UiTM SUPAYA DAPAT MENJADI SEORNG YG BERFIKIRAN NEUTRAL DAN LEBIH MATANG LAGI!!!
    SEPERTI APA YG SAYA CERITAKAN SEBELUM NI ADALAH RASA TERKILAN RAKAN SAYA TERHADAP PEMIMPIN YG TERUS MENGAUT KEUNTUNGAN MEREKA SEMASA PEMERINTAHANNYA(SEBENARNYA BUKAN DISATU TEMPAT,TAPI DI BANYAK TEMPAT BERLAKU HAL2 SEBEGINI....SEBAB TU LAH BN KALAH DITEMPAT MASING2) DAN DISAMPING ITU GOLONGAN INI DIHIMPIT OLEH MASALAH EKONOMI MEREKA,LALU MENYUARAKAN PERASAAN MEREKA DIATAS KERTAS UNDI....
    SAUDARI YUSMIZA KENA INGAT,KUOTA YG DIBERI OLEH BIASISWA YG DIBERI OLEH NON-BUMI NI MEREKA KENA MENDAPAT PUJIAN 10A BARU MEREKA LAYAK MENDAPATNYA......BUKANNYA GRADE 2 DLM SPM PUN TERIMA MASUK TAU!!!
    SATU LAGI SAUDARI SURUH BLOGGERS YG KOMEN TERHADAP UMNO NI SEMUANYA JOIN UMNO UTK PERBETULKAN KEADAAN....NI KOMEN SAYA
    1)ADAKAH KETUA2 ATAUPUN PEMIMPIN2 YG BERKAITAN TAK TAHU MENGURUS KEADAAN SEKARANG???
    2)KOMEN2 BLOGGERS ADALAH KOMEN MEREKA TERHADAP UMNO KERANA SIFAT DAN TIDAK MENDENGAR SUARA RAKYAT SEBELUM PRU 12...SAMPAI BERKEMPEN PUN KURANG KERANA COFIDENT MENANG.
    3)ADAKAH NON-BUMI NI TAK BAYAR CUKAI???ATAUPUN PEMBAYARAN CUKAI ADA PENGURANGAN DARI BUMI???CHECK SENDIRI JUMLAH PEMBAYARAN CUKAI DAN PERCENTAGE YG BAYAR UNTUK NON-BUMI,BARU SAUDARI KOMEN....!!!
    4)APAKAH ERTI 1MALAYSIA???KALAU NON-BUMI NI TAK DAPAT PERATUSAN DLM HAL2 BIASISWA(BAGI YG CEMERLANG,BUKANNYA YG TAK CEMERLANG),EKONOMI,EQUITY DAN LAIN2...KEBANYAKAN CEO DI GLC COMPANY NI SEBENARNYA BUKANNYA CEMERLANG SANGAT,MALAH SEKADAR MENUMPANG PELUANG SEBEGINI BARU MEREKA ADA PELUANG TERTENTU JADI KAYA....SAYA KATA SEGELINTIR DAN BUKAN SEMUA!!KALAU NAK KATA DS.IDRIS JALA,MEMANG SAYA AKUI KEBOLEHAN BELIAU.
    5)SALURAN UNTUK MEMPERJUANGKAN KAUM MELAYU SEBENARNYA ADA BANYAK LAGI SELAIN UMNO...CUBA KALAU UMNO HILANG KUASA SEBAGAI KERAJAAN,BOLEH SAUDARI BAYANGKAN BERAPA RAMAI AHLI UMNO AKAN BERJUANG UNTUK KAUM MELAYU,ATAUPUN MEREKA TERUS TUKAR ANGIN PERGI JOIN PARTI2 LAIN???SOAL NI SAUDARI JUDGE SENDIRI...SEBAB ORG2 POLITIK NI MEMANG LICIK!!!KALAU ADA DUIT DIA DTG,KALAU TAK ADA DUIT SORRY LAH BROTHER!!!
    Untuk maklumat saudari,sebenarnya saya seorg kaum melayu,akan tetapi kalau kaum kita sendiri tak BERUSAHA...SAPA2 PUN TAK DAPAT TOLONG...Bah kata org 'Jgn dengki org lain(Non-Bumi) sebab sendiri tak berusaha untuk dpt kehidupan yg selesa'(Ataupun tak pandai dari org lain).....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum dr

    Pada saya kerajaan telah respon pada kehendak rakyat,jadi rakyat kenalah menyesuaikan diri.
    Jangan terkenang kenang pada masa lalu kerana ia telah menjadi sejarah.

    Kerajaan telah bertindak bijak, dengan menghapuskan subsidi,kerajaan dapat menjimatkan kos,dan dengan lebihan duit ditangan kerajaan dapat membuat sesuatu yg lebih bermenafaat.

    Orang Melayu khasnya perlu sedar bahawa dunia telah berubah dan perubahan memerlukan pengorbanan.Orang Melayu dahulu telah banyak berkorban untuk bangsa dan agamanya, dan sekarang pula Orang Melayu perlu lah berkorban untuk bangsa lain juga, kerana telah begitu lama kita tidak berlaku adil kepada mereka.
    Ramai diantara kita orang Melayu rasa begitu terhina kerana telah mengambil hak kaum bukan melayu.Jadi adil bukan kita orang melayu tidak memerlukan tongkat lagi???

    Seperkara yang perlu orang Melayu ingati bahawa kita perlu belajar menabung demi masa depan dan demi anak anak.
    Hidup Melayu
    Takkan Melayu hilang didunia

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum dr

    Asmifaizal!!
    Kau takut ke bahawa perniagaan kau atau konco konco kau tak dapat pembiayaan lagi? kenapa perlu takut? kalau kau berniaga berniaga secara jujur dan telus. tapi kalau perniagaan ko tu hanya untuk dapatkan pinjamaan dari kerajaan dan lepas tu ko saja lingkupkan dan lepas tu ko buat perniagaan baru dan minta pinjaman lagi, memanglah ko akan menagis.
    Orang semacam ko nilah yg selalunya membuatkan orang Melayu tak dipercayai.Manusia bertopeng.....

    ReplyDelete
  34. Kepada Asmifaisal,

    Bagi pendapat saya, apa yang Najib lakukan adalah berdasarkan tindak balas pengundi Melayu yang terang2 menyokong pembangkang terutama DAP dan PKR. Response daripada sokongan golongan ini yang mahukan keadilan sama rata, maka sesuatu perlu dikorbankan...maka ianya telah dilaksanakan namun apakah balasan yer?
    MCA dalam kenyataan nya bersikap positive sama seperti DAP (walaupun berkata ianya retrotik)..namun tiada parti melayu (PAS & PKR) membangkang seperti suara Asmifaisal ini?

    Mungkin bagi menarik sokong pengundi Melayu yang mahukan sama rata ini, perkara ini dilakukan..nah UMNO telah pun lakukan..maka kembalilah kepangkuaan UMNO..mungkin kehendak ini yang tersirat..

    Harap dengan pelaksaan ini, pelajar2 melayu belajar bersungguh2..tiada lagi ruang keselesaan bagi anda lagi..anda perlu kerja/berusaha lebih kuat lagi untuk bersaing..mudah-mudahan pelaksaan ini dapat menjadikan MELAYU lebih kuat dan cerdik..namun yang cepat mengalah atau tidak mengutamakan akedemik maka KETINGGALAN lah..salahkan diri sendiri bukan KERAJAAN..

    ReplyDelete
  35. Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.
    Berikut adalah perbualan mereka,

    Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

    Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

    Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

    Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

    Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

    Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

    Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

    Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum dr

    Abikshan!!
    Kenapa bercakap mcm orang hilang akal? siapa yg minta persamaan tu? bukankah rakyat termasuk orang melayu? jadi mengapa orang melayu nak berdemonstrasi pulak? kerana telah dapat apa yang dimahukan? Kerajaan hanya merealisasikan kehendak rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  37. Kepada Ricky dan kawan2,

    Kenyataan anda memang ada kebenarnya, sememang yer Kerajaan yang memerintah semenjak 50 tahun dahula kurang(saya akan terangkan kemudian kenapa kurang) memberikankan kemudahan atau projek kepada non-bumi..TETAPI anda perlu ingat..itu selepas MERDEKA..

    Hakikatnya Kerajaan (British) sebelum merdeka (memerintah bukan 50 tahun tapi hampir 2 dekad ) telah banyak memberikan kemudahan kepada kaum non-bumi terutamanya cina..sebagai contoh..kalau saudara menjelajah seluruh ibu kota negeri di Malaysia..apa yang anda lihat? semua kedai2 dan bangunan lama adalah pemberian british kepada kaum cina untuk mengelak unsur2 komunis..
    Banyak kemudahan diberikan (air, bahan sumber api, komunikasi dengan golongan British utk meminta kemudahan lain dan lain2)..banyak juga lombong2 diberikan kepada golongan non-bumi..pernahkah anda berfikir tentang ini...
    Maka dengan masalahlah inilah..kaum bumi ketinggalan..dari segi kemudahan pembelajaraan, air, bahan api yang mahal serta komunikasi dgn pemerintah(sebb kebanyakkan bumi dikawasan luar bandar)..namun kemudahan ini bukan masalah kepada kaum non-bumi, oleh kerana itu keturunan mereka menjadi kaya raya atas kemudahan yang diberi British(inilah projek diberikan kalau diumpamakan waktu sekarang)

    Oleh kerana kekayaan ini banyak persatuan cina ditubuhkan untuk membantu kaum mereka sahaja(apa sangat kalau nak dibandingkan dengan cukai yang dibayar kepada kerajaan)..namun pada ketika itu tiada istilah MARA..MARA ditubuhkan pada 1966..
    Jadi sebb itu kita kena berjuang mempertahankan hak golongan bumi buat masa ini sebb semenjak 2 dekad dahulu negara kita telah tergadai..termasuk jatuhnya negeri Singapura(majority kaum cina)..fikirkanlah..

    Namun seandainya terdapat ahli2 UMNO yang kaya raya oleh kerana rasuah..pendakwaan dialu alukan..janganlah menuduh melulu..kita perlu ada bukti
    Kekadang terfikir jugak..Anwar Ibrahim adalah bekas ahli UMNO..org nombor 2 terpenting..sekarang dia bukan UMNO lagi, kalau dia mengetahui adanya rasuah (ikan PAUS) ahli2 UMNO kenapa tidak dia membongkarkan sahaja? kan ini lebih senang utk menjatuhkan UMNO..

    ReplyDelete
  38. Hello Saudari Yusmiza,
    Respond la sikit soalan saya tu.....!!!

    ReplyDelete
  39. NMPKNYE EN RICKY SDG MEMUTARBELITKN STATEMENT I.. I CKP MAJORITI OF NON BUMI PARENTS ARE RICH!! MAJORITI BKN BERMAKNA SEMUA!! U NI ADE MASALAH DLM MEMAHAMI BHS KE?? HUHU;P MN SAJE KOLEJ SWASTA OR IPTA YG NON BUMI BLH MASUK, MOST OF NON BUMI CAN AFFORD.. U NI KENE BLAJAR ETHNIC RELATION NI & TGK PENDAPATAN BUMI N NON BUMI KAT MALAYSIA NI.. TAK TIMBUL ISU PERKAUMAN PD SAYA SBB NON BUMI SENTIASA BERUSAHA UTK MEMAJUKAN DIRI MEREKA.. THAT'S GOOD FOR THEM. ISU YG KITE BINCAGKN KAT SINI PSL BIASISWA, DIMANA KERAJAAN DAH BUKA BIASISWA BG SEMUA YG LAYAK X KIRE LA RACE APE PUN.. ASAL CEMERLANG, DIORG DPT.. KLAU DULU DIORG ADE KUOTA UTK BIASISWA TU.. SBB TU I CKP, SKRG JGN LA LAGI NON BUMI MEMPERTIKAIKAN ISU JPA SCHOLAR UTR BUMIPUTERA.. X YAH NK BISING2, SEMUA DAPAT... YG EN RICKY MEREPEK CKP ISU PERKAUMAN NI APE KES??? SEPERTINYA EN RICKY YG BERSIFAT PERKAUMAN!!! U TUDUH I BERSIFAT PERKAUMAN, SDGKN I CUBE MENYATAKAN YG KITE KENE BERTERIMA KASIH DAN RASA BERSYUKUR DGN NIKMAT YG DAH SAMA2 KERAJAAN BG, SP YG X MATANG N BERSIFAT NEUTRAL NI??? JGN LA MEMUTARBELITKN CERITA EN RICKY!!!

    ReplyDelete
  40. EN RICKY, BG KUOTA NON-BUMI YG DULU KENE DPT 10A BR DPT BIASISWA, SAMA JE NGAN BUMIPUTERA JUGAK.. U IGT KLAU BUMIPUTERA DPT 1A JE DIORG LEH DPT BIASISWA KE??? HAHAHA:P

    NI PLAK JAWAPAN SAYA BG SETIAP SOALAN EN RICKY!!!:-

    1) KETUA2 OR PEMIMPIN2 MN NI?? PR KE BN?? KLAU PR BG I DIORG MMG X TAU MENGURUSKN KEADAAN SKRG.. DIORG LACK OF EXPERIENCE & COMMUNICATION BREAKDOWN AMONG THEM.. MOREOVER JUST KEPENTINGAN ANWAR YG NK ACHIEVE SELF ACTUALIZATION DIA TU.. HUHU;P

    KLAU BN, SEGELINTIR PEMIMPIN2 OR KETUA2 SHJ YG ADE MSLH, TP MOST OF THEM ARE WELL ORGANIZED, HIGHLY EDUCATED AND FULL OF EXPERIENCE.. BN TAU HAK SETIAP KAUM.. SUME DPT, CUMA KITA AS A RAKYAT NI SUKE SGT NK MARAH PSL ISU MORALITY DIORG TU.. NK MARAH, MRH LA X YAH LA TUKAR GI PARTY LAIN.. U IGT PR NYE PEMIMPIN TU TELUS KE SUMENYE??? BG I BIAR BERBEZA PENDAPAT TP MASIH BOLEH BERSAMA.. FOR ME, MY SPIRIT WILL NEVER BE GOING ANYWHERE EVEN MY IDEALISM R DIFFERENT WITH EVERYONE!!!

    2)U CKP PEMIMPIN UMNO X MENDENGAR SUARA RAKYAT?? U SUARAKAN KT MANA?? BELAKANG2 JE KN?? CKP SESAMA KAWAN2?? ADE U PEGI JABATAN PERDANA MENTERI AND BANGKITAKN ISU TIDAK PUAS HATI KORANG?? WKT UMNO WAT KEMPEN, U INVOLVE X?? ADE DTG CERAMAH DIORG?? KLAU DTG, ADE U WAT Q&A SESSION WIF PEMIMPIN TU??? PASNI SUMA PERKARA TG U X PUAS HATI, LET THEM KNOW.. MAKE SURE U ADE COPY TTG COMPLAINT U SIAP TARIKH AND MASA SKALI.. THEN SETIAP USAHA U TU, I HOPE BKN SKALI JE LA EH?? PUT LOTS OF EFFORT.. KLAU DGN ALLAH PUN KITE DOA SKALI JE, XDE PUN TERUS DPTKN?? KENE ISTIQAMAH INSYAALLAH DPT.. DGN PEMIMPIN UMNO PUN WAT CMTU GAK!! SLAGI X DPT HAK KORANG SELAGI TU MINX..

    3) ISU CUKAI YG NON-BUMI BAYAR, PD PENDAPAT I XDE MSLH PUN.. BUMIPUTERA PUN KENE BYR CUKAI GAK, PE MSLHNYE??? SAMA KN?? CUKAI SUME KAUM KENE BAYAR N BIASISWA PUN SUME DPT.. SAMA LA.. U JE YG BERMASALAH NI.. HUHU;P

    4)U FHM X TUJUAN SATU MALAYSIA NI?? MEH I TERANGKAN KAT U.. 1 MALAYSIA NI TUJUANNYA UTK MENYEDARKAN SEMUA KAUM SUPAYA KELUAR DR KEPOMPONG YG TELAH LAMA MEMBELENGGU FIKIRAN
    & TINDAKAN YG BERUNSUR PERKAUMAN..1 MALAYSIA ADALAH 1 GAGASAN BG MEMBENTUK PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MELAYSIA YG BERBILANG KAUM BERTERASKAN NILAI2 PENTING YG WAJIB MENJADI AMALAN SETIAP RAKYAT MALAYSIA. IA MERUPAKAN PELENGKAP KPD PENDEKATAN2 YG SEDIA ADA YG TELAH KERAJAAN BUAT UTK MENGUKUHKAN PERPADUAN BG MENJAMIN KESTABILAN, KE ARAH MENCAPAI KEMAJUAN YG LBH TGGI BG RAKYAT & NEGARA M'SIA..

    EN RICKY NI ANTI-ESTABLISHMENT KE?? SBB I SGT BERSETUJU NGAN KONSEP 1 MALAYSIA. 1 BELIA 1 MALAYSIA.. AS I NI BELIA SO I SGT MENYOKONG KONSEP INI.. CONGRATS DATO' SERI NAJIB FOR 1 MALAYSIA CONCEPT SBG TERAS PENTADBIRAN DATO'..

    5)KLAU EN RICKY CKP PSL ORG POLITIK YG LICIK YG JUST NK DUIT SEMATA2, EN RICKY TGK LA DIRI I NI.. I BKN ORG POLITIK, TIDAK ADE KEPENTINGAN POLITIK, HANYA RAKYAT BIASA TP I MASIH ADE JATIDIRI.. KLAU KEPIMPINAN MENYIMPANG, KITE JDLA GOLONGAN YG MENEGUR DAN BERUSAHA MEMBANTU MEREKA UTK MENJADI PEMIMPIN YG LBH TELUS DAN TIDAK MENYIMPANG DR TUJUAN ASAL..I X DPT DUIT TAU ABESKAN MASA KONGSI PENDPT NGAN BLOGGERS LAIN AND U DLM BLOG NI DR UMNO, TP KNP I BEGITU SENSITIF NGAN ISU POLITIK?? JWPN NYE SBB I SYGKN KEHARMONIAN, KEAMANAN DAN KESENANGAN YG KITE ADE SELAMA NI. TIDAK ADIL RASANYE MENYALAHKN UMNO HANYA KERANA SEGELINTIR PEMIMPIN YG AGAK KURANG TELUS DLM MENJLNKN TUGAS MEREKA.. SKRG I PASTI MEREKA SEDAR MISTAKES MEREKA, JD KITE SBG RAKYAT YG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI, MESTILAH MEMBANTU MEREKA.. BNTULAH SESIAPA SAJA YG MEMERLUKAN TIDAK MENGIRA WARNA KULIT, BANGSA MAHUPUN AGAMA...

    I X PNH DENGKI NGN NON BUMI.. DIORG DESERVE FOR THEIR EFFORTS.. I RS MELAYU JE YG SUKE DENGKI SESAMA SNDIRI.. BILE MELAYU BERJAYA OR KAYA RAYA, DI COP SOMBONG, BONGKAK OR BELAGAK.. TP BILE MELAYU JATUH, MELAYU SNDIRI TENDANG LAGI BG LEMBIK MELAYU YG DH JATUH NI.. JD SP YG DENGKI NGN SP NI??

    ReplyDelete
  41. Salam DS,
    Kepada saudari Yusmiza,mengenai complaint2 dan masalah yg dilaungkan oleh rakyat ni semasa pemerintahan ditempat masing2 oleh DUN2...Tak perlu saya tunjukkan tarikh dan apa2 bukti sebab TV3 dah siarkan dahulu...yg di kampung sg sirih dah 4 kes selepas rakyat tempatan merungut masalah mereka di pusat DUN service center mereka....Resultnya kalau TV3 tak siarkan langsung tak ada action....KALAU SEMUA KES2 PERLU DIRUJUK KE JABATAN PERDANA MENTERI....APAKAH FUNGSI DUN DI TEMPAT MASING2..?????CAKAP TAK PAHAM2....:P....!!!SESEORNG PEMIMPIN ATAUPUN DUN DITEMPAT MASING2 KENA TURUN PADANG UTK TINJAU MASALAH DITEMPAT MASING2,BUKANNYA TUNGGU DI OFFICE....DAH HI-LITE PUN TAK ADE TINDAKAN,NAK TUNGGU TV3 DTG BARULAH TERHEGEH2!!!
    Saudari faham tak apa maksud demokrasi???Bila Pilihanraya rakyat yg layak mengundi wakil2 mereka ditempat masing2,TAK SEMESTINYA KITA KENA PILH UMNO...PASAL APA TAK BOLEH BILA PENDUDUK DI TEMPAT MASING2 MENUKAR WAKIL MEREKA,KALO WAKIL SEBELUM NI TAK DAPAT MENANGANI MASALAH MEREKA...MESTILAH MEREKA MENCUBA WAKIL BARU...!!!INI HAK RAKYAT MASING2!
    KOMEN SAUDARI DIBAWAH...

    3) ISU CUKAI YG NON-BUMI BAYAR, PD PENDAPAT I XDE MSLH PUN.. BUMIPUTERA PUN KENE BYR CUKAI GAK, PE MSLHNYE??? SAMA KN?? CUKAI SUME KAUM KENE BAYAR N BIASISWA PUN SUME DPT.. SAMA LA.. U JE YG BERMASALAH NI.. HUHU;P

    Saya rasa masalah adalah saudari,yg saya nyatakan adalah semua org wajib bayar cukai,tai biasiswa berat sebelah....TENGOKLAH SENDIRI AND CHECK DI SABAH SARAWAK TU PUN BUMI JUGAK....check la sendiri sebelum saudari komen!!!YG NON-BUMI KALAU YG TAK KAYA TU BIAR KE MEREKA MELARAT...TERUTAMA KAUM INDIA DAN SIKH MACAMANA???WALAUPUN MEREKA CEMERLANG MENDAPAT 10A...Tapi tak dapat2....kerana Kuota..!!Huhu:P...TAK DAPAT JAWAP!
    BAGI PENGETAHUAN SAUDARI....CUBA LAH BERFIKIRAN NEUTRAL,JGN KEARAH SATU PUNCA SAHAJA....OTAK BUKA SIKIT!!!LIHAT KOMEN SAUDARI DI BAWAH!

    1) KETUA2 OR PEMIMPIN2 MN NI?? PR KE BN?? KLAU PR BG I DIORG MMG X TAU MENGURUSKN KEADAAN SKRG.. DIORG LACK OF EXPERIENCE & COMMUNICATION BREAKDOWN AMONG THEM.. MOREOVER JUST KEPENTINGAN ANWAR YG NK ACHIEVE SELF ACTUALIZATION DIA TU.. HUHU;P

    Adakah org yg lack of experience tak perlu diberi peluang utk tonjol diri...SAYA BUKANNYA MEMILIH PARTI SEMASA MENGUNDI,DAN HANYA MEMILIH WAKIL BARU YG KITA RASA DAPAT KITA MENCUBA...SAYA TAK KATA PR NI BAGUS ATAU TAK BAGUS....KALO KENYATAAN SAUDARI DIATAS SEBEGINI,SAYA RASA DARAH MUDA TAK PAYAH MUNCUL DIKANCA POLITIK...SEBAB MEREKA LACK OF EXPERIENCE DAN SAUDARI KATA KITA MESTI STICK TO ORG YG EXPERIENCE....!!!BEGITU JUGA BILA CIK GRADUATE NANTI BILA MENCARI KERJA...KALO SEMUA KEPALA OTAK MACAM CIK....FRESH GRADUATE NI SEMUA MATI KELAPARAN RASANYA...SEBAB SYARIKAT TAKNAK AMBIL ORG YG TAK BERPENGALAMAN...!!Huhu:P...(Terima kasih sebab dpt mengajar saya huhu:P)...
    WAKIL2 DI PR PUN ORG KEBANYAKKAN HIGH EDUCATED JUGAK UTK PENGETAHUAN SAUDARI...!!!Yg penting wakil2 kita tahu buat kerja,kalo high educated tapi tak selesa masalah rakyat tu BUAT APA KITA LANTIK!!!JGN PILIH PARTI,PILIH WAKIL2 YG YOU RASA BOLEH MEMBANGUNKAN TEMPAT ANDA MASING2!!!Kalo kita dah tahu wakil kita tak upaya,dan makan duit...tapi parti mereka hantar jugk ke PRU13...ADAKAH KITA TERUS PILIH DIA KERANA DIA DARI PARTI TERTENTU???
    Bagi saudari,saya pun tak dapat duit tau yg saya habiskan masa dgn blogger ni....saya pun ambil berat tentng perkembangan politik di malaysia ni....MASA DAH BERUBAH,DAN KITA SEMUA MESTI BERUBAH...Tak kira la kalo kerajaan hapuskan kuota utk Bumi ni,yg kita mesti tetap memajukan ORG MELAYU(INI YANG PENTING) daripada kita gaduh pasal u sokong umno,yg i sokong PR...ITU SEMUA BUANG MASA!!!YG PENTING KALO KITA TAK BERUSAHA,SAPA PUN TAK DAPAT TOLONG KITA!!

    Sekian DS n Saudari Yusmiza(Tumpu perhatian anda di UiTM,JGN CAMPUR TERLEBIH DI POLITIK NI)

    ReplyDelete
  42. ds dan blogger semua....marilah kita duduk dan fikir sama2 dalam blog ni

    1) Golongan muda hari ini menyokong atau membangkang BN dengan pandangan yang tersendiri .GOLONGAN INI NAMPAK SEOLAH2 HANYA MENOKONG BN BERSANDARKAN SERONOK TANPA MAMPU BERHUJAH DENGAN TEGAS.JIKA GOLONGAN INI TIDAK DIBERI PELUANG UNTUK MEMAHAMI UMNO/BN..JIKA GOLONGAN MUDA INI DIMARAHI DAN DIJAUHI NESCAYA UMNO AKAN SEMAKIN PARAH ..IA TIDAK BAIK UNTUK PELAPIS BN....TIADA JATIDIRI!!!!

    2) Golongan yang ingin perubahan dan tertumpu kepada individu dan bukannya parti.....pada saya golongan ini ada pendapat dan pandangan mereka yang tersendiri...ya saya percaya kepada kepentingan perubahan dan ketrampilan dan kebolehan individu seperti yang saudara ricky nampak..artikel dibawah pernah saya suarakan dalam blog ini kepada ds khir dahulu

    6% - CAKAP BANYAK PUN,ORANG AKAN MASUK TELINGA 6% SAHAJA
    38% - ADALAH PENERANGAN YANG JELAS,KAEDAH,SISTEM PENYAMPAIAN
    56% - ADALAH GAYA PERSEMBAHAN,
    Thursday, June 19, 2008 8:54:00 PM MYT

    Persolannya bagaimana umno harus mengurus partinya agar dimasa akan datang golongan seperti saudara ricky akan terus menyokong umno?

    Kita tidak perlu ubah pemikiran golongan ini..apa yang perlu ds khir dan kepimpinan atasan ubah adalah pemilihan calon ketika pemilihan..jangan hanya memilih dan meletakkan mereka sebagai calon atas dasar dia orang kita walaupun dia tiada ability sebagai pemimpin yang diharap.….apa guna letak calon yang pilih oleh rakyat(padahal rakyat pilih parti bukan calon) pada masa yang sama buat rumah macam istana menunjukkan kekayaan yang entah dari mana sumbernya….jadi adun pun boleh kayaraya….kalau betul dia berniaga berhenti atau letak jawatan dan buat la berniaga….inilah punca2 yang merosakkan pemikiran rakyat seperti golongan ricky….salah pemimpin !!!!

    pilihlah calon yang ada pendirian dan ketegasan tetapi ada kelembutan dan memahami rakyat dan sentiasa mendahului rakyat…bukan pemimpin haprak lagi….rosak umno!!!

    3) Golongan seperti saya…...saya memilih umno bukan kerana individu…contohnya saya adalah salah seorang fanatik dsai…anak sulong saya pun saya namakan muhammad anwar….saya dah kata banyak kali disini…tentu ds dan blogger semua faham…tetapi dalam memilih berkaitan kepentingan Negara saya tidak sekali2 akan memberi undi saya kepada parti selain dari 2 sahaja iaitu umno atau pas….walaupun saya sepatutnya undi pkr sebab pro dsai

    MARILAH KITA FIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK MENYATUKAN 1)GOLONGAN MUDA YANG HANYA BERSANDARKAN SERONOK MENYOKONG 2) GOLONGAN YANG KERTAMPILAN INDIVIDU DAN BUKAN PARTI 3)GOLONGAN YANG MENGUTAMAKAN PARTINYA DAHULU

    pada saya yang muda seronok menyokong umno kena terus mendekati mereka dan harus tukar pemikiran mereka dari bersanarkan seronok kepada sokongan atas dasar perjuang yang jelas.

    dan kepada golongan yang memilih individu vs golongang yang mengutamakan parti......perkara ini pemimpin atasan YANG WAJIB BERUBAH DALAM memilih individu yang benar2 diinginkan GOLONGAN SEPERTI RICKY,UNTUK GOLONGAN YANG MEMENTING PARTI TIDAK PERLU DIGUNDAH GULANAKAN PEGANGANNYA..GOLONGAN SEPERTI INI IA AKAN MENJADI GOLONGAN YANG MEMERHATI DAN AKAN BERSUARA MELIHAT SIKAP YANG TIDAK BETUL DALAM PARTINYA.

    cukuplah yang lepas2 meletakakn calon atas dasar kepenting nak jaga tembolok pemimpin tersendiri...sekian wassalam

    ReplyDelete
  43. SAYA RASA SEBENARNYA RAKYAT TIDAK KESAH SANGAT SAMADA PEMIMPIN MAIN BONTOT KE,BOTOX KE,KAWIN 4 KE,APA KE...TAK PERCAYA KITA LIHAT...WALAUPUN DSAI BERSALAH...IA MASIH TETAP MEMPUNYAI PENGARUH PADA SAYA ITU ANTARA DIA DENGAN TUHAN..TAPI YANG PALING MEREKA MARAH APABILA PEMIMPIN KAYA RAYA MAKAN RASUAH PADA MASA YANG SAMA RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA MENDERITA JIWA DAN RAGA DEK KERANA SIKAP RETORIK DALAM MENGUMPUL HARTA RAMPASAN YANG TIDAK DIAGIH SAMA RATA DENGAN RAKYAT JELATA..

    SIKAP MORAL DIATAS MEMANG PENTING(PEMIMPIN PERLU ADA SIKAP YANG BAIK) TETAPI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN REBUTAN HARTA RAMPASAN IA LEBIH JIJIK PADA PANDANG MATA SAYA

    BERAPA RAMAI MANUSIA SEMPURNA....ASYIK KOREK BURUKKAN MORAL SESEORANG TETAPI DALAM DIAM PEMIMPIN PARTI KUMPUL KEKAYAAN YANG TIDAK SETIMPAL DEGAN JAWATANNYA...MANALAH RAKYAT YANG BIJAK BERFIKIR TAK MARAH....ITU JE PUNCANYA YANG LAIN2 TU REMEH TEMEH JE PADA SAYA...MENGABURI MATA RAKYAT DALAM MENENTUKAN PEMIMPIN TIDAK BOLEH HANYA BERSANDARKAN PERIBADI PEMIMPIN..IA LEBIH BERSANDARKAN KEIKHLASAN,KEJUJURAN DAN SIKAP MENGAMBIL BERAT MASALAH RAKYAT DENGAN DATANG SENDIRI TERUS KEPADA MEREKA ..BUKANNYA HANTAR WAKIL 24 JAM.

    ReplyDelete
  44. Salam DS,
    Wahai saudara WMU350,saya amat bersetuju dgn komen kedua saudara....TETAPI SEOLAH-OLAH KITA MESTI STICK KEPADA UMNO......pada zaman sekarang adakah kalau kita tidak menyokong Umno dan org2 sedemikian akan digelar pemikiran rosak???.SAYA PUN DARI DULU LAGI MENYOKONG BN sehingga saya merasakan peluang telah diberi.
    Sebagai contoh,sebelum PRU 12...
    1)Ramai rakyat merungut tol2 di selangor dan kl....tapi apakah reaksi mereka,dan terutama sekali APAKAH TINDAKAN MEREKA???...Tak payah cerita lebuhraya lama,tapi apakah hasil rundingan dan improvement rundingan tentang lebuhraya baru nak dibina...saya rasa perjanjian diantara syarikat lebuhraya lebih untung hasil rundingan tersebut dan ini TERBUKTI!!
    2)Rungutan harga elektrik dan air naik sebelum PRU 12...Apakah rungutan ini didengar ataupun hanya guna perkataan 'INI ADALAH AKIBAT KENAIKAN MINYAK GLOBAL DUNIA,JADI KERAJAAN HANYA MENGIKUT PASARAN GLOBAL'.....lepas tu biar aje rakyat MELARAT???
    3)Rungutan rakyat terhadap PEMIMPIN2 YG BERSIKAP RASUAH...!!!Apakah tindakan disiplin Umno tak boleh mengantung terus keahlian pemimpin tersebut kalau didapat rasuah...CONTOHNYA:APA DAH TERJADI PADA KES ALI RUSTAM,KHAIRIL J,DAN PALING HANGAT DULU TAN SRI MUHD TAIB????...APA DAH JADI TENTANG KES2 LINGAM???.....SAYA MASIH MERAGUI TENTANG SPRM SEBAGAI BADAN BEBAS DAN INDEPENDENT.....Tak perlu pemimpin lain jelaskan bahawa SPRM memang independent...apa kita dapat lihat itulah kenyataan....!!!

    BN SEMACAM TAK BOLEH MENERIMA KEKALAHAN PRU 12,Hang semua boleh tengok krisis politik kita yg bersifat huru-hara ni selepas PRU 12....Dari PRU 1~PRU 11 pembangkang kalah pun tak ada membuat keadaan huru-hara sedemikian....TAK PERLU PIHAK LAIN JELASKAN KEADAAN INI...TAPI DAH MEMANG KENYATAAN SEBEGINI SEKARANG....!!!

    SESAL DAHULU ADALAH PENDAPAT,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA...!!!
    Kalo nak ikutkan jasa pemimpin,mereka patut mengingatkan JASA RAKYAT YANG MEMIMLIH MEREKA LALU MEMBERI SEGALA KEMEWAHAN KEPADA MEREKA DARI DULU LAGI..!!!Itulah JASA!!!
    Sekian...!!!

    ReplyDelete
  45. kepada ds...bagaimana ds nak yakinkan golongan seperti saudara ricky....

    adakah kita masih perlu kata ..ala jangan ambil tahu hal dia ...ramai pemimpin kecil gagal atau memandang sinis kumpulan sebegini..kerana pada pandang sesetengah pihak golongan seperti ini perosak sahaja dalam parti.

    saya selalunya mengambil sikap mendekati mereka dan cuba memahami mereka dan pada masa yang sama saya akan mempertahankan hujah saya kerana saya yakin pegangang saya adalah demi meneruskan dan memertabatkan kuasa anak melayu...bukan untuk saya sahaja tetapi perjuang ini adalah untuk semua orang melayu...baik orang umno...baik orang pas atau orang melayu baru yang tidak pedulukan hal politik negara hari ini....

    kepada saudara ricky.....pandangan dan apa yang saudara lihat selama ini berlaku dalam pemerintahan BN ada benarnya..saya tidak menyangkal langsung...saya sendiri meluat dan tidak menghormati langsung mereka yang tidak amanah menggunakan saluran parti untuk mengaut sebanyak mungkin harta rampasan....

    apa yang saya cuba dan pertahankan adalah ...kita wajib terus bersuara dan mendesak kepimpinan umno/bn...kalau boleh kita beri mereka sehingga tidak lena tidur memikirkan kebangkitan rakyat muda hari ini yang menuntuk sapa2 yang ingin menjadi pemimpin dalam umno harus mengutamakan rakyat dan sebagai rakyat saya juga berharap ....kita jangan keterlaluan mengungkit keperibadian seseorang seperti botox,atau hal2 yang berbentuk peribadi.....yang penting kita harus melihat jawatan yang dipegang beliau harus menjalankan seperti pangkat atau amanah yang dipikul....jika tidak sanggup lebih baik jangan pegang jawatan....

    biarkan umno kembali segar dan semua pemimpin atau yang cuba2 ingin memimpin harus bersedia berkhidmat....

    saudara ricky.....saya masih mempunyai dan masih sanggup menulis disini walaupun saya sebenarnya seorang yang bukan berminat dengan golongan politik....kakak saya selalu menyindir saya,beliau kata politik kotor ..jangan campur orang politik....tetapi saya tidak percaya...politik kotor adalah keranan tangan 2 orang itu yang mengotorkan politik..

    politik penting demi untuk mengurus sesuatu kumpulan /negara dengan bijak dan sentiasa membawa orang bawahannya bersama2...

    jika saudara rick dan kumpulan umat melayu yang lain percaya dan yakin umno akan ditumbangkan ...saya mahu kumpulan saudara berjanji yang pas akan menjadi tunjang kepada pemerintahan akan datang....

    saya tidak sanggup melihat orang melayu sudah tidak berkuasa dan islam sudah semestinya jadi seperti palastin....dilihat sahaja tetapi tidak mampu dibantu kerana KUASA....KUASA

    akhir kata...saudara ricky anda teruskanlah berjuang dan memberi pandangan anda disini....saya harap anda bersikap rasional dalam memahami mengurus negara bukan seperti hanya mengurus keluarga yang kecil....dalam keluarga pun ada masalah...adik hisap dadah...ada yang mencuri masa kecil..curi rambutan...dan macam2 lagi....apa kita buat ...adakah kita buang mereka dan terus mengungkit kisah itu dan menikam dia sehingga tersungkur atau kita mendidik dengan bijak dan mereka masih keluarga kita...begitulah umno....sabar dan teruslah mencari..insyaallah satu harei saudara akan tahu juga..mengapa itu dan mengapa bukan ini seperti apa yang diharap berlaku....berpeganglah kepada tali...wassalam

    ReplyDelete
  46. LADANG BABI KAT KEDAH PUN ...ORANG DAP TAK BOLEH BUAT APA2 KERANA APA...KERANA KUASA....JANGAN CAKAP DAN MENGABURI MATA SAYA DENGAN PERKATAAN KITA BERJUANG KERANA ISLAM...

    JANGAN CUBA MEMATAHKAN HUJAH SAYA DENGAN PERKATAAN ISLAM....APA ISLAM BOLEH BUAT JIKA TIADA KUASA....ALLAH BERI AKAL FIKIRAN UNTUK KITA BERFIKIR...JANAGN KATA ALLAH ADA....PADA SAYA ALLAH ADA DAN DIA DAH TOLONG KITA DENGAN BERI AKAL SURUH FIKIR...ADAKAH KEBANYAKAN MENDESAK DISINI MENGGUNAKAN AKAL ATAU MENDESAK DISINI MENGGUNAKAN PERASAAN HATI YANG MARAH...FIKIR2KANLAH....SAYA BERSERAH DAN MENERIMA APA SEKALI PUN YANG BERKALU ...WALAUPUN SAMPAI ORANG MELAYU SANGGUP UNDI DAP...CUMA SAYA TIDAK SANGGUP MENGKHIANATI MASA DEPAN ANAK CUCU SAYA DAN TIDAK SANGGUP KEMUDIAN HARI SAYA RASA BERSALAH DAN TIDAK TENTERAM SEHINGGA AKHIR HAYAT KERANA PERBUATAN MEROSAKKAN NEGARA.....

    P/S YANG PASTI BAIK UMNO ATAU APA PARTI SEKALIPUN SESIAPA YANG BERJUANG TIDAK JUJUR DAN HANYA MENGUTAMAKAN DIRI SENDIRI PASTI AKAN KECUNDANG JUGA AKHIRNYA....DAN YANG PASTI SELAGI ADA MANUSIA YANG BERSIKAP JUJUR DAN IKHLAS DALAM UMNO INSYAALLAH .....ALLLAH AKAN MENYELAMATKAN UMNO...YANGBTAK SELAMAT..MAT TAIB..KHAIRY...ATAU SAPA YANG RASUAH..

    ReplyDelete
  47. Ricky & Yusmiza,
    Jangan jadikan ianya peribadi..cool..mungkin bagi Ricky mungkin BN atau wakil UMNO ditempt anda tidak response dengan kehendak Ricky, namun mungkin juga berbeda dengan Yusmiza..dimana BN memberikan keyakinan pada Yusmiza..

    Ricky,
    Tak salah memilih parti/wakil yang anda fikir wajar, ini negara demokrasi...Anda/semua rakyat berhak memilih/memangkah/mengundi mana2 parti/wakil yang anda fikir wajar..:-P
    Saya ada satu persoalan, adakah benar org2 non-bumi seperti kaum India/Sikh yang cemerlang dan miskin tidak dpt biasiswa kerana kuota? boleh kongsi maklumat ini dan dari dapat mana maklumat ini?
    Setahu saya, bidang pemilihan biasiswa ini terbahagi kepada banyak bukan sahaja dari segi bumi atau non-bumi..yang paling utama cemerlang and kedua keadaan ekonomi keluarga..saya yakin yang miskin menjadi keutamaan..namun berapa kerat non-bumi yang miskin?

    ReplyDelete
  48. Info menarik untuk dikongsi..pelajar non-bumi paling ramai menerima biasiswa JPA..adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

    ReplyDelete
  49. Salam DS,
    KEPADA SAUDARA THEBENDAHARA,SAYA TIDAK SETUJU DGN INFO MENARIK SAUDARA YG TERDAPAT DIDLM UTUSAN MALAYSIA...UTK PENGETAHUAAN SAUDARA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERITANYA SEMAKIN TERSERONG KEARAH BN DAN PIHAK PENGURUSANNYA TIDAK SEDAR AKAN AKHBAR SEBEGINI TERLALU POLITIK SANGAT DARIPADA BENTANG BERITA2 ATAU ISU2 LAIN....MAKLUMLAH UMNO MEMILIKI 58.31% SHARE DIDLM SYARIKAT AKHBAR INI.....INILAH YANG DIKATAKAN MEDIA CONTROL OLEH GOV.....GUNA OTAK FIKIR SAUDARA!!!

    ReplyDelete
  50. maaf dato'seri..lari dari topik
    wmu350,kenapa begitu bencikan khairi
    rasuah takkan terjadi kalau berlaku sebelah pihak sahaja.jangan tuduh macam tu..kenalpasti dan jauhi unsur-unsur rasuah dalam parti.jika ada bukti tampil dan bersihkan umno dari penyakit yang menjadi barah dalam umno.sebab tu lah kita perlukan keimanan yang jitu untuk melawan godaan rasuah.jika saudara wmu350 ikhlas memperkatakan mengenai rasuah,jangan sesekali undi kepada perasuah walaupun mendapat kepentingan untuk diri sendiri.penerima dan pemberi rasuah adalah sama.kedua-dua adalah pengkhianat bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  51. thx en thebendahara.. i suke ur comment here..
    seriusly i langsung x jadikan isu peribadi ngan en ricky, tp en ricky ni mmg ssh di ajar.. ckp bnyk kali pun x phm.. sek mn pun i x tau.. sib baik i sek kerajaan, bnykla mende i fhm.. huhu;p
    isu peribadi cuma en ricky je yg kecoh2 sgt..sbb marahkn nyamuk en ricky ni bakar rmh dia sndiri.. pity of him...:))

    regarding the biasiswa, i setuju ngan en thebendahara tntg soalan brp rmai non bumi yg mskin?? en ricky ni x tau.. tlg u bitau dia...

    regarding en thebendahara info, i love to share it.. skrg biasiswa based on merit, so either bumi or non bumi deserve the scholarship depends on their qualification.. seriusly adil.. so bumiputera have to struggles to get the scholarship becoz the competitor from non bumi, as bumi's know they are always excellent in their study..ni yg en ricky suke kn?? so klau u ni x baguz in study jgn berangan eh nk dpt scholarship, silap2 mara or ptptn pun u x layak nk dpt.. huhu;p

    ReplyDelete
  52. saudara faizal

    berkaitan pertanya saudara tentang khairy ni..kalau saya ungkit lagi benda ni sampai bila pu tidak akan habis..cukuplah saya hanya sekadar memberi peringatan agar golongan pemimpin muda melayu dalam umno sedar selama ni bukannya tiada langsung yang sayangkan umno tetapi tidak kehadapan utuk memimpin....

    golongan kurang berpelajaran ni selama ni harap juga golongan berilmu tinggi(katanya)mampu untuk membawa negara kearah lebih baik tapi ..hampeh sampai lupa diri tak sempat nak turun mendekati golongan yang biasa2 ni.....ha sekarang masa kami...dulu masa engkorang...kita sama2 la jika ikhlas kerana umno....jika pru13 takdir menang korang ambillah balik dan betulkan mana yang selama ni kami luahkan kat sini sebab nanti golonagn seperti ini akan diam balik...kami tak cari makan dalam politik.....jadi ko suruh khairy dan jentera buktikan...


    saya akan membantu umno dengan cara saya dan ingin bersama menegur mana yang baik demi untuk umno...parti lain saya tidak berminat nak tolong fikir....

    bab rasuah ni saya dah kenal pasti dan telah bercakap dan tidak perlulah saya cakap dalam blog ni..kerana saya telah meluahkan dan memberi pandangan saya sebagai akar umbi kepada pemimpin utama saya..

    saya juga tidak berminat untuk menegur sehingga membuka aib pemimpin saya...selagi mereka pemimpin parti keramat umno selagi itu ramai akan menegur dengan cara yang dirasakan perlu.....

    berkaitan tentang keikhlasan saya dan jangan undi perasuah......

    ikhlas saya pada umno hanya saya dan ALLAH yang tahu...buat sahabat lain terpulang kepada pandangan masing2....dan saya tidak mengundi untuk perasuah tetapi saya mengundi untuk parti saya UMNO.saya bukan bodoh dan mudah digula2kan oleh orang berkepentingan peribadi...undi saya hanya kepada pemimpin yang satu hati dan satu matlamat dengan saya seperti perjuang nenek moyang dahulu..iaitu BERJUANG DEMI ANAK BANGSA DAN AGAMA DIMARTABATKAN

    walaupun saya tidaklah manusia yang sempurna...saya juga boleh bersuara untuk membantu

    berkaitan dakwaan saudara penerima rasuah adalah sama....itu betul pada pandangan saudara

    pada saya....apa dengan menolak pemberian orang kita mampu untuk memastika semua tidak menerima...jangan serabutkan pemikiran saudara tetapi yang terpenting adalah pemimpin yang memberi...jika pemimpin dimasa akan datang benar2 ada kekuat apa salahnya tidak memberi...INI JUGA SAYA TELAH SUARAKAN PANDANGAN SAYA KEPADA PEMIMPIN SAYA..

    SAUDARA TOLONG FIKIR APA JALAN PENYELESAIAN JIKA SETELAH PEMIMPIN DENGAR SEMUA PIHAK BUKAN KITA SAHAJA...PENDAPAT MEREKA IMBUHAN SETAKAT RM100 TU HANYALAH UNTUK DUIT MINYAK DAN MASA YANG DIPERUNTUKAN OLEH PARA PERWAKILAN YANG HADIR DEMI UNTUK PARTI TERUS HIDUP....

    P/S YANG SAUDARA NI ADA KE IKHLAS NAK DATANG TOLONG UMNO....SAYA TAK PERNAH MINTA SESEN PUN TAPI JIKA PEMIMPIN BERI SAYA AKAN AMBIL DAN TERIMA.....SO JANGAN SALAHKAN DAN HINA PARA PERWAKILAN DAN ORANG BAWAHAN...KO PATUT TANYA KHAIRY & THE GANG 306....KORANG FIKIR LAIN TAPI KAMI FIKIR LAIN.....

    ReplyDelete
  53. SALAM DS,
    Kepada saudari Yusmiza,saya ragui tentang keupayaan saudari di bahasa inggeris....'Seriusly' ni dalam bahasa ape???.....SOALNYA UiTM MENDAPAT PELAJAR MACAM SAUDARI YG BERSIFAT 'ONE SIDE THINKING',UiTM TAK PAYAH DIHARAP DAPAT MELAHIRKAN PEMIMPIN YG BERSIFAT 'One leader to ALL' disebabkan UiTM tak dapat ubah fikiran sempit saudari itu....Ini nyata bukan masalah Institut itu sendiri,tapi MASALAH PELAJAR SEPERTI SAUDARI kerana sikap bangga diri,fikiran sempit dan sikap sombong kerana saudari adalah pelajar UNIVERSITI...!!!
    Ape gunanya walaupun saudari pelajar 'U' yg bila graduate nanti pun tak tau dapat KERJA ke tidak...masih terubang-ambing lebih2 lagi dgn sikap sebegini...!!!KASIHAN!!!huhu:P
    The fact is that am having a big house,2 cars,and a happy family.....i don't even care u r the so called university student or otherwise....as long as when a people earn much of money,we should know how to contribute back to the society and to our own race particulary...!!!
    PLS DON'T SO PROUD OF WHAT U R NOW,BECAUSE THE WAY FOR YOU IN THE FUTURE R STILL IN DOUBT AND WITH YOUR CURRENT THINKING ATTITUDE NOW,I DON'T THINK U CAN EVEN GAIN A PLACE IN PRIVATE SECTOR AS WELL AS GOV SECTOR ALSO.....
    Education is to gain yr knowledge and develop more on your thinking towards maturity...that's all...!!!I DON'T EVEN PROUD OF MYSELF WHO R FORMERLY FROM USM IF WE DON'T WORK HARD TO PROVE YRSELF IN WORKPLACE AND DON'T EVEN THINK THAT U R FROM UiTM THOSE COMPANY WILL GIVE U A HIGH POST BCOZ U R TOO PROUD OF YRSELF!!U thinking MUST CHG,and u r in danger position(thinking far away from reality)...(Come on yr UiTM standard r still far away and not even listed in ASIA TOP 50 UNIVERSITY)......Don't you realize that,kepada saudari YUSMIZA???WAKE UP GIRL!!!(I'M HERE NOT TO CONDEMN U,BUT TO ADVICE U TOWARDS A MATURITY THINKING AS A U STUDENT).

    ReplyDelete
  54. wmu 350.tq..
    jika anda penyokong kuat umno kenapa mesti salahkan Khairi.salahkan diri sendiri.sebabkan penyokong yang dahagakan duit pemimpin lah buat mereka jadi macam tu.orang bagi ambil.lepas tu orang yang bagi tu nak cover macam mana berapa sangat lah duit mereka nak suport,takkan nak pakai duit sendiri kot.lama-lama boleh bankrap.bermula lah wujudnya penipu dan perasuah yang lebih hebat untuk dijadikan bekalan untuk para-para penyokong dan perwakilan. tak bagi kalah,bagi orang kata rasuah.bukan rasuah politik wang.
    sepatutnya kau marahkan perwakilan yang undi khairi tu..dan kau kena marah orang yang undi pewakilan tu..kan betul saya cakap..penyokong umno sendiri yang merosakkan kepimpinan mereka. ada ke orang umno buat kerja ikhlas kalau tak ada duit?gantung poster pun nak duit,silap-silap haribulan yang ketua je dapat lebih,yang gantung dapat lah ciput..ini realiti minda melayu yang tak faham bahasa.nakkan duit mudah.malas nak usaha.orang bagi ambil padahal tak tahu lama-lama jadi ketagih.penerima rasuah ni jadi macam lembu kena cucuk hidung.saya tak salahkan pemimpin.sebab penyokong lah yang buat mereka naik.kalau ada penyokong yang tak sedar perbuatan menerima seratus tiada kesan, selagi tu lah budaya rasuah politik umno takkan dapat dihapuskan.cintakan parti berkorban lah sikit.
    kurangnya kerjasama untuk menghapuskan rasuah dari penyokong membuatkan rasuah sukar dibendung.penjenayah rasuah ni susah nak dibuktikan sebab kedua-dua pihak dapat keuntungan.mesti cover line... kalau saudara masih berpendirian macam tu jangan lah dok bising pasal rasuah.jangan sampai orang kata maruah melayu hanya seratus ringgit.malu saya.

    ReplyDelete
  55. saudara faizal!!!

    apa yang kamu cakap memang betul...tidak sedikit pun saya sangkal.....tetapi kamu belum mengenali saya secara sebenarnya.....

    saya telah berada didalam parti dan melihat dari dalam selama hampir 9 tahun(jika tidak silap)..dan saya tidak pernah meminta apa2 berkaitan peribadi dan saya seorang yang mungkin boleh dikatakan agak lantang seperti sahabat2 kita diluar dari umno...bezanya saya didalam.

    saya tahu apa yang saudara maksudkan berkaitan memberi dan menerima..

    apa yang harus dan perlu orang2 seperti saudara dan sahabat semua adalah bersuara dan berpegang pada tali....jangan kita bersuara dan apabila suara kita kurang mampu mempengaruhi untuk merubah kita sudah marah sehingga kita bakar umno(perjuang orang melayu yang utama)jangan pertikaikan pas...pas memang wajib sebagai pengimbang.

    adakah ds khir dan beberapa kerat sahaja mampu untuk merubah pergerakan umno.....apa yang saya tahu semua kita inginkan perubahan tetapi semua kita harus bersatu dalam kita bersuara...saya tidak dan akan belajar untuk bersikap rasianal dengan semua pandangan dan suara2 kritis disini....suara2 inilah yang akan membuatkan umno kembali berada dilandasan ..9insyaallah.

    tetapi harus diingat jentera juga penting,mereka adalah pengerak.

    masalah selama ini pada saya orang2 yang harus bersuara tidak bersuara atau dengan kata mudah tiada ruang dan peluang untuk menyatakan pandangan dan teguran oleh kerana kekangan diperingkat cawangan atau bahagian.

    berkaitan khairy...bukanlah saya menyalahkan beliau dengan bersifat peribadi tewtapi pada saya sesiapa sahaja yang menyebabkan nama umno bermasalah haruslah menerima kritikan dan teguran...saya perlu dianggap orang yang menegur dan mengkritik kerana berpaksikan perjuang untuk umno.

    sesiap sahaja yang perlu bertanggungjawab harus ditegur untuk kebaikan bukan harus diambil peribadi.

    tun abdullah juga awal2 kekalahan 5 negeri saya salah seorang yang menyatakan beliau harus meletakkan jawatan...ds khir pun telah bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai ketua perhubungan negeri atas kekalahan negeri selangor...wal;au apa pun alasan kita boleh menuding jari kepada seribu alasan tetapi pada saya seorang ketua wajih bertanggungjawab atas kekalahan yang sudah...

    ds khir menjadi korban atau kambing hitam yang perlu dikorbankan ketika itu....oleh sebab itulah pada saya hari ini jika dilihat dari ketrampilan kepimpinan yang jitu ada pada ds khir saya rasa ramai yang bersetuju dengan saya ds khir adalah pemimpin generasi akan datang yang perlu dipertahankan dan diangkat kembali untuk bersama2 melakukan perubahan yang diharapkan oleh semua yang vokal disini.

    untuk berubah ada pelbagai cara..

    pertama....jika sudah tidak tahan dengan umno keluarlah mereka dari umno dan bernaung ditempat yang lain dan golongan seperti ini akan lebih agresif untuk menumnbangkan umno oleh kerana sifat amarah dan dendam yang tidak disedari meresap dalam diri.

    golongan kedua...golongan yang menuntuk perubahan dan terus bersuara walaupun bergelumang dengan perasuah,penerima rasuah,kroni dan pelbagai lagi kata2 yang dihamburkan oleh golongan seperti saudara...dan golongan ini tetap menuntut perubahan dan terus bersuara dan terus dengan kepercayaan yang umno tidak akan tumbang selagi golongan seperti ini ada dalam umno.

    perubahan bagaimana yang ingain dilakukan oleh saudara?

    suruh saya tinggalkan umno kerana saya tidak bersetuju dengan cara ketrampilan khairy dahulu?

    atau saudara yang wajid sebenarnya mengkritik dan menegur orang umno dan jangan lari jika anda seorang pejuang ...terus bersuara dan berjuang jika saudara lebih mempunyai kekuatan yang tinggi dalam berjuang saudara dan golongan seangkatan dengan saudara wajid masuk kedalam umno dan bersama2 ds khir dan kumpulan yang satu aliran satu matlamat dan satu suara demi untuk memertabatkan kembali maruah anak bangsa dan agama ini....ini baru adil!!!!!

    ReplyDelete
  56. saudara faizal

    tak payah kata dan suruh saya marah dan salahkan pengundi...kamu tahu ke saya suka atau marah....saya marah dan bersuara hanya pemimpin tertentu yang tahu...saya tidak berada dibarisan hadapan tetapi cukuplah saya kata saya berada dalam umno dan sewntiasa memerhati cra kita berpolitik..

    saudara tanya "adake orang umno buat kerja ikhlas kalau tak de duit?

    untuk pengetahuan saudara,ada atau tidak orang umno yang ikhlas buat kerja hanya ALLAH DAN DIRI SENDIRI YANG TAHU...itupun semua kena bagitahu ke?

    SELAMA SAYA MEMIMPIN BUDAK KG SAYA.... SAYA TAK PERNAH MINTA IMBUHAN PERIBADI,YANG ADA IALAH BANTUAN KEWANGAN UNTUK MASYARAKAT...ITUPUN NAK KIRA TAK BOLEH KE?

    TAHU TAK TAHU?...APA TALI YANG SAYA PEGANG...MARUAH ANAK MELAYU TERMASUK SAUDARA (JIKA MELAYU)SAYA AKAN PERTAHANKAN BIAR TINGGAL SORANG DUA....KORANG PEGI SOKONG PAS DAN BERDOA BANYAK2 SEMOGA JADI PARTI TUNJANG UTAMA PAKATAN RAKYAT....

    SAMADA SAUDARA HARGAI ATAU TIDAK SAYA TIDAK PEDULI SAYA PUN TIDAK KENAL SAUDARA TETAPI SELAGI SAUDARA OPRANG MELAYU SELAGI ITU SAYA AKAN PERJUANGKAN WALAUAPA KAMU TIDAK SEALIRAN DENGAN CARA sayA....

    SAYA MENYOKONG DAN BERSAMA UMNO SEHINGGA HARI INI BUKAN KERANA SAYA SUKA RASUAH DAN SUKA TERIMA ITU DAN INI...INGAT TALI YANG SAYA PEGANG ADALAH LAIN DARI APA YANG KEBANYAKAN ORANG MELAYU YANG MELENCUNG PEGANGGANNYA DARI MATLAMAT ASAL..MARAH KERANA HARTA..MARAH KERANA RASUAH..MARAH KERANA PEMIMPIN MEMBANGGANG-BANGGANGKAN MARHAEN....TAPI ADAKE DALAM MARAH KITA KUKUHKAN KEMBALI UMNO?
    ATAU NAK SAYA TINGGALKAN JE UMNO NI....

    SAYA TIDAKLAH AKTIF DIKAWASAN..SAYA BUKANLAH SEORANG YANG SELALU DIKAWASAN..TETAPI IA TIDAK BERMAKNA SAYA TIDAK MEMAHAMI MENGAPA UMNO HARUS DIPERTAHANKAN.

    MENGAPA SAUDARA TIDAK BERSUARA UNTUK MEMBETULKAN POSISI UMNO DITADBIR UNTUK GENERASI KITA?...ADAKAH KERANA ADANYA KUMPULAN YANG MEROSAKKAN UMNO HARI INI ...UMNO HARUS DIHUMBAN TERUS?..ADAKAH SAUDARA SALAH SEORANG YANG MEMANG INGIN MENGHUMBAN UMNO TERUS?

    KALAU YA JAWAB SAHAJA...JIKA KITA BERHUJAH PANJANG LAGI CERITA KERANA SAUDARA ADA PANDANGAN TERSENDIRI DAN SAYA hormati dan SAYA JUGA ADA PANDANGAN TERHAdap SOKONGAN SAYA KEPADA UMNO.

    SAYA TIDAK PERLU WALAU SESEN HARTA DARI PARTI JIKA IA MEROSAKKAN NAMA UMNO....SAYA TIDAK BODOH DAN BANGGANG ATAU BENGGAP SAMPAI DENGAN DUIT SEBEGITU MELETAKKAN MARUAH SAYA TERLALU RENDAH TETAPI SAUDARA HARUS INGAT KATA2 SAUDARA TENTANG ADAKAH LAGI ORANG UMNO YANG IKHLAS DALAM UMNO TANPA WANG HARUS FIKIR BALIK..

    HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM....KAMU TAK TAHU TENTANG ADA ATAU TIDAK ORANG UMNO IKHLAS...LEBIH BAIK JANGAN CAKAP LAGI PASAL ORANG IKHLAS NI.....LAIN HANG BOLEH BELASAH..TANG IKHLAS TAK PAYAH CAKAPLAH JIKA HANG TAK DE MEMIMPIN DAN MENGGERAK PERTUBUHAN SOSIAL

    P/S:SELAGI SESIAPA YANG LANTANG BERSUARA TIDAK PERNAH MEMIMPIN DAN MENGGERAK PERTUBUHAN...TANPA BANTUAN KEWANGAN TAK PAYAH NAK CAKAP BANYAK DENGAN SAYA..AKU NI BERGERAK CARI MAKAN KAT BANDAR LEPas tu MALAM BALIK KAMPUNG KERANA BUDAK...TAK DE PUN NAK CERITA SEMUA KAT ORANG...APASAL BUDAK KAMPUNG NAK KITA JADI KETUA MEREKA ...LU FIKIR SENDIRI..BILA CAKAP PASAL IKHLAS....PIIIRAHHH

    ReplyDelete
  57. saudara faizal

    maaflah jika kata2 saya diatas membuatkan saudara tidak selesa....ia hanyalah pandangan dan suara saya sahaja....ds khir ni pun tahu sikap orang macam kita ni..susah nak difahami selalu memberontak.....

    saya bukan orang politik cuma kat sini je tempat nak bersuara....jadi anggaplah kita berbeza pendapat demi untuk membuatkan kita berfikir...saya tidak berminat untuk menambah masalah pemimpin saya disini....dia nak beri pandangan dan maklumat....kita pula berperang....walau apa pun terima kasih kepada ds khir toyo..wassalam

    ReplyDelete
  58. wmu350 said
    "masalah selama ini pada saya orang2 yang harus bersuara tidak bersuara atau dengan kata mudah tiada ruang dan peluang untuk menyatakan pandangan dan teguran oleh kerana kekangan diperingkat cawangan atau bahagian".

    salah sendiri lah..dah tahu tak bagus tukar lah pemimpin yang bagus,berkarisma dan beriman.Akar umbi jangan dok salahkan orang atasan sebab akar umbi yang menentukan kekuasaan golongan atasan.

    KENAPA ADA KEKANGAN DALAM UMNO
    1)sebab penyokong UMNO yang bersuara takut kehilangan kepentingan peribadi.
    2)sebab penyokong UMNO ada sifat bodek yang melampau,semua dikatakan baik kepada pemimpin sehinggakan pemimpin tak tahu kedudukan sebenar pengaruh mereka.sehinggakan dikejutkan dengan tsunami politik.
    3)sebab penyokong UMNO lebih pentingkan duit daripada sahsiah pemimpin
    4)sebab penyokong UMNO dah dibudayakan dengan kerja melalui duit secara automatik 'no money no talk'.
    5)penyokong UMNO takut kepada perubahan
    6)penyokong UMNO memilih pemimpin yang bagi duit banyak kepada mereka yang tak ada duit.. boleh bla,dan dikatakan kedekut.
    7)penyokong UMNO memilih pemimpin yang kaya,yang kurang kaya walaupun mempunyai ketokohan yang hebat jangan harap mereka nak sokong.kata mereka tak ada manafaat dekat mereka
    8)yang paling nyata,penyokong UMNO suka menyusahkan pemimpin mereka sehinggakan pemimpin mereka berubah menjadi penipu dan pembelit.
    9)penyokong UMNO sayangkan pemimpin sebab ada agenda tersendiri,nak tumpang kemewahan,nakkan jawatan(bab ni paling jelas hinggakan orang yang tak layak, dipilih sebagai peneraju GLC sehinggakan GLC tiada daya saing,cuma pandai membodek dan menjadi anak emas dan tukun emas kepada pemimpin itu sendiri)

    penyokong UMNO merosakkan pemimpin dengan cara tak sedar..

    TETAPI PEMIMPIN yang DILANTIK SEHARUSNYA MEMPUNYAI AMANAH,BERIMAN dan BERILMU.BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK dan TERBILANG.

    PEMIMPIN YANG PENIPU AKAN MENERIMA BALASAN DIAKHIRAT KELAK.

    PEMIMPIN YANG ZALIM AKAN DISOAL DAN DIIKUTI PENGIKUT-PENGIKUT.

    oleh itu kita sebagai rakyat mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam menentukan siapa pemimpin kita,

    "Baik pemimpin maka baiklah keseluruhan"

    ReplyDelete
  59. Salam DS,
    Saya amat terpuji tentang kesetiaan WMU350...Tetapi ternyata sumbangan saudara mungkin hanya diketahui dikalangan kg saudara..(MUNGKIN)...Tetapi saya menyeru saudara supaya pergi lebih jauh lagi(sampai ke peringkat pusat)....kalo saudara dapat capai peringkat pusat...saya harap saudara dapat mereasasikan impian saudara serta KEINGININAN SAUDARA SELAMA INI MENEGAKKAN KEBENARAN.....TETAPI SAUDARA KENA HADAPI LALUAN SUKAR IAITU PENYAGAK2 YG MENGAMALKAN RASUAH UNTUK MENDAPAT KEDUDUKAN MEREKA....INI ADALAH REALITI DIDLM PARTI UMNO SEKRG KERANA TANPA PANGKAT DLM PARTI MAKA TIADALAH HABUAN NANTI....!!!

    Sekian kepada saudara WMU350 dan teruskan pejuangan kamu didlm UMNO...!

    ReplyDelete
  60. Saya rasa penyokong UMNO menyokong UMNO kerana mereka ada kepentingan, tetapi kepentinagan itu perlulah lebih kepada bangsa, agama dan bangsa...bukan kepentingan peribadi..
    Rasanya tidak molek kalau kita menuduh sebarangan tanpa bukti dan inilah masalahnya, tanggapan negetif yang telah ditanam dlm pemikiran rakyat oleh pembangkang. Kalau diteliti akbar2/blog pembangkang banyak membuat tuduhan dilontarkan tanpa bukti..tapi rakyat telan tanpa usul periksa..
    Kalau pembangkang kalah, mula menuduh BN memberi suapan wang atau undi hantu tapi kalau menang pulak..tidak pula dijadikan isu..inilah yang selalu kita dengar..
    Kalau Faizal/Ricky merupakan salah seorg yang telah terima rasuah/projek daripada UMNO/BN, adakah saudara pernah buat report?atau Faizal ambik gak duit tu jugak? saya cabar saudara mencari bukti dan kebenaran..
    Saudara beranggapan sesiapa yang menyokong UMNO mempunyai kepentingan peribadi, kepentingan sebagaimana? Projek? Saya ada juga dengar(tanpa bukti), wakil2 bahagian atau ketua bahagian yang menang akan dapat projek..tapi sejauh mana kebenaranya tidak pasti kerana sehingga kini pembangkang atau mana-mana individu tidak melaporkannya atau menedahkannya dengan bukti..cuma cakap kosong...saya alu-alukan semua individu yang terlibat atau mengetahuinya membuat pendedahan dan laporan..
    Jangan lupa, kebanyakkan ahli PKR adalah datang daripada UMNO..termasuk Anwar Ibrahim sendiri..mereka ini pernah menjadi wakil bahagian atau ketua bahagian..jadi saya cabar mereka membuat pendedahan tentang kepentingan mereka semasa berada di UMNO/BN..dedahkan kepada rakyat..
    Namun kalau diikutkan perkembangan semasa pun kepimpinan PKR disabit dengan unsur2 rasuah dan moral, tuduhan atau laporan adalah dikalangan ahli pembangkang sendiri..ada yang sedang menjalani perbicaraan ada juga yang letak jawatan sebelum dibicarakan..apa bezanya?bezanya cuma mereka bersama DAP memperjuangkan hak sama rata seperti mencabar atau membelakangkan perlembagaan Malaysia yang ada kini….

    ReplyDelete
  61. Ricky,
    Info tersebut dibentangkan didewan Parlimen, ianya jawapan atas soalan Lim Kim Siang. Utusan hanya menulis apa yang dibentangkan didewan..itu pun saudara Ricky tak puas hati..nak salahkan akhbar pulak?..pastu suruh berfikir guna otak? saya rasa anda yang tidak berfikir dan bercakap ikut rasa marah..saya tak tahu apa yang merasuk saudara Ricky..semua nampak salah bagi saudara Ricky..kesiann..
    Kalau Lim Kit Siang rasa jawapan itu tidak memadai atau tipu, dia boleh cabar atau cari bukti atau fakta2 daripada akhbar/wartawan lain yang tidak bersangkut paut dengan kerajaan atau ambik bulat2 kenyataan Ricky sebagai bukti..tiada masalah...ini semua kerja pembangkang untuk mencari kebenaran..

    ReplyDelete
  62. terima kasih atas pandangan saudara ricky

    saya ada pegangang dan tahu kekuatan dan kelemahan saya....

    dari pengamatan saya, masyarakat politik negara kita tidak seperti didunia barat...

    jika dibarat sesiap yang ingin menjadi pemimpin dalam politik negara, mereka akan bersaing secara profesional iaitu memberikan sesuatu keyakinan kepada pengikut dan rakyat apa yang mereka boleh buat jika mereka diberi kuasa

    tetapi ia berbeza dinegara kita terutamanya majoriti orang kita melayu...kita berpolitik semuanya lebih kepada memburukkan lawan atau pesaing kita ,menjatuhkan maruah,mengaibkan lawan dengan unsur2 peribadi....ini amat menjijikan saya dan orang seperti saya amat malu untuk menjadi seorang pemimpin besar dalam negara kerana masyarakat negara kita disogokkan dengan bercerita tentang hal2 peribadi seperti ....dia pakai botok,makan tempe,meliwat,anak tiada didikan agama,makbapa terbiar,kaum keluarga kayaraya....semua ini jenis atau politik membenci atau memburukkan lawan yang akhirnya akan menyebabkan masyarakat akan memilih calon yang disebelah satu lagi

    mereka memilih bukan kerana calon itu layak tetapi mereka memilih kerana kebijaksanaan calon itu menujudkan persepsi buruk pada lawannya...

    sampai mati pun saya tidak akan pergi jauh dalam politik jika masyarat saya masih tidak sedar dan tidak menunjukan mereka memilih atas dasar kekuatan dan keyakinnan ia boleh memimpin...

    mana ada sekarang golongan muda yang bijak pandai berhati jujur dan ikhlas dalam memimpin kerana mereka telah melihat cara golongan terdahulu memimpin negara cara mengaibkan lawan?....

    kita akan menghadapi satu bentuk politik yang akan menyebabkan kita terima kita akan lehilangan kuasa yang ada...saya percaya pada pru13 nanti orang melayu sudah tidak akan berkuasa kerana umno dan pas mempunyai ego yang sangat tinggi..pemimpin umno dan pas tidak sanggup atau mahu mengenepikan ego dalam diri ....sanggup untuk berdebat dari duduk berbincang....inilah dia tok guru yang diagung2kan oleh orang melayu islam hari ini

    kedegilan pemimpin sebegini yang dihormati masyarakat menyebabkan golongan seperti saya
    ibarat DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK....SO KENA KEMAM JE DALAM MULUT.....

    saya berniat disini hanya untuk menyedarkan kita semua dalam menentukan kuasa yang ada kita mestilah bijak untuk memantau atau menggerakkan pemikiran pemimpin negara kita biar kita tidak kehadapan tetapi kita juga harus percaya kita boleh menyumbang jika kita berpegang pada tali yang betul dalam menentukan kuasa yang ada....

    walau apa pun terima kasih atas pandangan saudara ricky.....

    p/s; dah banyak sangat kita bercakap dan mendedahkan sikap dan pegangan kita tentang orang melayu ini...sebenarnya kita tidak pewrlu bercakap sebegini kerana bangsa lain tidak berminat jika ramai orang berjiwa seperti saya kot..mereka suka jika melayu bodoh,banggang dan ikut je DAP atau HINDRAF atas nama keadilan.....geli gelemen aku bila mengenangkan kelakuan anak melayu yang bersama mereka tanpa berfikir jauh kehadapan.....

    yang pasti jika umno dan pas tidak duduk bincang ...saya jamin pru13 kita dah tak perlu gaduh pasal kuasa.....kita persiap sediakan lah kekuatan diri sendiri tanpa ada kuasa melayu lagi dibelakang.....fikirlah

    ReplyDelete
  63. Salam DS,
    Kepada saudara TheBendahara,sebenarnya saya tak pernah pun marah....cuma nak hi-lite apa yg benar dimana UTUSAN SEMEMANGNYA PRO-UMNO dan terbukti dgn pemilikan saham didlm syarikat tersebut!!!!Saudara boleh tengok kemanakah arah hala tuju akhbar tersebut yg semakin runcing dgn kewangan mereka....semakin teruk laporan kewangan dari satu penggal ke penggal seterusnya....
    1)Semakin ramai org2 tak memilih lagi Utusan sebagai akhbar kesukaannya,justeru sales jatuh mendadak...
    2)Jikalau satu hari nanti akhbar tersebut yg masih bergantung sangat dari kerajaan(puncak kewangan dari notis tender2 kerajaan),dan kerajaan memutuskan bebas memilih akhbar utk keratan tender kepada mana akhbar tempatan...maka cepat la tutup syarikat ni...!!!

    SAYA HANYA MEMBERITAHU KEPINCANGAN YG DIHADAPI OLEH LAPORAN KEWANGAN UTUSAN MALAYSIA,DAN JIKA PIHAK AKHBAR NI MASIH MENGUTAMAKAN ISU2 POLITIK SEBAGAI TAJUK MEREKA(KEBANYAKAN MASA)..MAKA SEMAKIN TIDAK RELEVAN AKHBAR NI WUJUD DINEGARA INI....SOMEONE HAVE TO DO SOMETHING ON UTUSAN ATAUPUN UMNO KENA JUALKAN SELURUH SAHAM MEREKA(AGAR UNTUK TIADA ORG MENYATAKAN LAGI GOV HAVING MEDIA CONTROL)...
    Tentang TheBendahara nyatkan biasiswa non-bumi lebih ramai yg dapat,disini saya menyeru JPM untuk iklankan senarai nama2 tersebut...biar semua org puas hati....!!!SEKARANG APA YG KERAJAAN CAKAP TU BUKANNYA BENAR BOLEH PERCAYA...CUMA CAKAP!!!SIAPA PUN TAHU!

    ReplyDelete
  64. maafkan saya bendahara dan lebih-lebih lagi dato' seri Khir.bukan niat ingin menuduh tetapi gusar, saya tahu dato, seri faham apa yang tersirat di dalam hati saya.

    saranan WMU amat saya hormati..

    Kuasa yang ada menghalalkan cara dengan alasan menjamin kelangsungan kuasa melayu.

    tetapi melayu yang macam mana kita mahu..

    yang amanah,beriman,

    kebanyakkan pemimpin UMNO baik dari segi pentadbiran dan kewangan tetapi telah terlepas pandang mengenai soal keseimbangan dunia dan akhirat.

    pembangunan yang berasaskan duniawi memang diakui cepat dan pantas tetapi akan wujud kesan negatif yang amat teruk.akhirnya kita tidak mampu mengawal kerosakan bangsa kita sendiri.

    sehinggakan sukar untuk memulihkan masalah dalaman parti.mahu tidak mahu masing-masing terpaksa meneruskan budaya yang ada bagi menjamin kestabilan kuasa dan kedudukan dalam parti,ini akan menyebabkan wujud persaingan secara tidak sihat dan tidak adil.Pemimpin yang layak dipinggirkan dan yang tidak layak dinaikkan kerana kepandaian bermain politik secara tidak sihat.
    HARUS DIINGAT PEMIMPIN KITA BUAT MASA SEKARANG DATANGNYA DARI UMNO
    MAKA ROSAK UMNO, ROSAK LAH KEPIMPINAN NEGARA.
    lama-kelamaan akan wujud percakaran dalaman dan akan mendedahkan lebih banyak tohmahan dan serangan dari pihak luar kerana kesilapan yang tidak mampu UMNO tepis.
    kesan tersebut akan memakan bangsa melayu kerana lama-kelamaan UMNO dijatuhkan. ini yang kita tidak mahu.

    SEBAGAI CONTOH TUDUHAN KE ATAS RUMAH DATO SERI KHIR.

    dengan begitu senang rakyat mempercayai tanpa keraguan.kerana apa? kerana imej UMNO di mata rakyat sudah ROSAK.tetapi saya tidaklah mempercayai dengan nilai 24 juta tu. Kerana fitnah tersebut amat berat.tetapi bagaimana kita ingin mengelak hal-hal seperti tersebut berlaku lagi.

    perlunya ada kejujuran.

    bagaimana..berlaku adil sesama manusia.

    berkerja tanpa menggunakan kuasa kerajaan yang ada tetapi bekerja dengan kemampuan sebenar parti,barulah UMNO dapat mengukur tahap keupayaan sebenar UMNO dan menginsafi ke atas kesilapan yang lalu.

    imej UMNO perlu di bersihkan..

    hanya satu jalan iaitu kembali kepada landasan islam yang sebenar.

    paling senang yang rakyat boleh nilai adalah penampilan diri dan keluarga setiap pemimpin UMNO yang mencerminkan islam yang sebenar,dalam erti kata lain menutup aurat dan bertudung.

    INI ADALAH PENGORBANAN KECIL YANG PERLU DILAKUKAN PEMIMPIN UMNO BAGI MEMBERSIHKAN IMEJ UMNO DAN HAL TERSEBUT WAJIB KERANA MENJADI TUNTUTAN AGAMA.

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. Ricky,
    Inilah dia kerja pembangkang(termasuk DSKT dlm kerajaan negeri Selanngor)..seandainya apa yang dinyatakan salah..atau Utusan membuat kenyataan yang salah atau bercangah dengan apa yang dibentangkan..buat laporan tak pun saman akhbar tu atau ambil tindakan displin pada menteri yang memberi fakta palsu...ini kerja pembangkang..tapi kalau cuma buat tuduhan semua orang boleh..
    Saya setuju kalau kalau JPM siarkan kat akhbar..tapi siapa nak bayar setiap page muka surat akhbar tu??..kan elok dan molek kalau pembangkang yang pergi pejabat JPM..ambik senarai tu..atau mungkin diorg dah pergi ambik..sebb tu senyap jer kot..ini kerja pembangkang..pembankang perlu membangkang berdasarkan fakta..jika ada fakta hebahkan pada rakyat..bukan duduk sahaja dan tepuk meja jer..
    Kalau salah..nah siarkan jer kat harakah..harap2 diorg bagi page free..
    Bab akhbar (termasuk TV) dan siapa pemiliknya, kita sedia maklum..setiap parti politik ada akhbar masing2..kita sebagai rakyat kena pandai menilai..kita baca dua2 akhbar tiada masalah..pastu kita nilai sendiri..ini akan meningkatkan ekonomi negara, menyemai budaya membaca dan membuat keputusan..harakah atau sinar pun sekarang nie buleh dibeli(tak tertakluk pada ahli sahaja)..even kita boleh layar melalui internet..terpulang pada individu tu..tiada paksaan dia nak baca harakah atau utusan..
    Saya tidak pasti tentang kepincangan kewangan utusan..jika benar pincang, ya, saya setuju dengan anda bahawa Utusan perlu berubah..Utusan perlu menjadi akhbar yang lebih adil memberikan berita yang adil tidak kira politik..kita tahu ianya menjadi lidah UMNO untuk membalas serangan dari pembangkang..kakadang2 semua komen2 adalah dari ahli2 UMNO..dari ketua bahagian hingga ke PM..
    Mereka perlu mencari komen dari kalangan profesional yang tiada kaitan dengan pemerintah..ini mungkin boleh dilakukan..

    ReplyDelete
  67. UMNO yang berada dalam kerajaan sekarang adalah lemah. Maka jika Melayu lemah yang memerintah negara sekarang, senanglah pihak2 lain mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan bagi mereka sendiri. Orang lemah senang diugut atau dibodek, lalu bermacam2 hadiah ditaburkan demi menjamin kedudukan di peringkat atas. Yang menjadi mangsa generasi muda Melayu yang tidak bersalah. Contoh yang amat baik sekarang, peluang anak2 muda Melayu mendapatkan biasiswa dan tempat di IPTA adalah tipis oleh kerana kerakusan politik. Biasiswa kerajaan bukanlah barang mainan politik.

    ReplyDelete