Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, June 15, 2009

Rakyat Didahulukan (II): Wujudkan Skim Perumahan Nasional

1. Nampaknya isu Tol terus mendapat respon daripada pengunjung blog ini mahu pun di kalangan pembuat dasar. Saya tertarik dengan satu komen oleh "Palati.sepi" yang antara lain mempersoalkan siapa yang berada dalam syarikat-syarikat kosensi ini.

2. Adalah tidak benar kerajaan merahsiakan siapa pemegang saham mahu pun pemilik syarikat-syarikat ini. Syarikat-syarikat kosensi Tol merupakan syarikat awam yang sebahagiannya tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Justeru ia bukanlah satu yang rahsia mahu pun sulit untuk di ketahui. Kebanyakan pemegang saham utama syarikat ini terdiri daripada GLC dan juga tabung-tabung seperti KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan), Khazanah Nasional dan lain-lain.

Tol Bandar RM 1

3. Saya berkesempatan membangkitkan dua isu utama kepada YAB Dato' Seri Najib ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor sabtu lalu.

4. Pertamanya saya mencadangkan agar kerajaan mencari jalan menurunkan semua tol dalam bandar kepada RM 1.00 sahaja (bagi yang sekarang ini mengenakan RM 1 ke atas). Ini bukan sahaja mengurangkan beban rakyat tetapi juga mengurangkan kesesakan di plaza tol akibat dari urusan pertukaran wang kecil.

5. Bagi mengatasi masalah kadar faedah hutang syarikat terbabit, kerajaan mungkin boleh mepertimbangkan cadangan agar ia mengambil alih hutang-hutang syarikat ini dan membayar mengikut struktur sedia ada dengan bank.

6. Manakala syarikat terbabit pula membayar hutang tersebut kepada kerajaan dalam struktur yang baru dengan jangka masa yang lebih panjang.

Skim Perumahan Nasional

7. Keduanya saya mencadangkan agar Perdana Menteri memberi perhatian khusus kepada masalah perumahan dengan mewujudkan Skim Perumahan Nasional.

8. Ini bertujuan untuk menyediakan satu skim perumahan mampu milik yang dibiayai secara berkongsi diantara kerajaan dengan pembeli. Skim ini hanya perlu diberikan kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri di seluruh negara.

9. Antara perkongsian yang boleh difikirkan ialah kerajaan menangung kos tanah dan infra, manakala pembeli membayar kos bangunan.

10. Kerajaan juga harus bekerjasama dengan bank-bank bagi mewujudkan skim skim khas bagi pembeli rumah pertama terutamanya dari segi syarat pinjaman yang lebih longgar, kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh bayaran yang panjang.

11. Penyusunan semula penempatan perumahan juga perlu dilakukan di luar bandar. Jika kita lihat hari ini keadaan rumah yang berselerak dan tidak tersusun menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja tinggi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudian kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.

12. Kaedah perumahan ala mini estet diikuti dengan pengurusan sawah dan kebun juga secara mini estet adalah satu program yang perlu difikir dan dlaksanakan untuk menghadapi cabaran masa depan.

13. Kita hari ini lihat masalah perumahan di kalangan pasangan muda amat serius sama ada di bandar mahu pun di luar bandar. 50% rumah hari ini didiami lebih dari satu pasangan kelamin. Keadaan ini akan bertambah kronik di masa akan datang.

14. Kita mungkin tidak sedar namun masalah rumah untuk pasangan muda lebih serius di luar bandar dan felda. Banyak pasangan muda bukan sahaja tidak mampu memiliki rumah tetapi juga tidak mempunyai rumah untuk dibeli dalam lingkungan kemampuan pendapatan mereka.

15. Inilah antara punca mengapa orang muda tidak berpuas hati dengan kerajaan.

16. Saya berharap dengan wujudnya Skim Perumahan Nasional akan memberi peluang kepada semua pasangan muda memiliki rumah sendiri dan menikmati cabaran hidup berkeluarga dengan lebih berdikari.

17. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa rakyat memang didahulukan seperti mana janji YAB Perdana Menteri. Janganlah nanti rakyat menganggap slogan yang ada sekadar menanam tebu dibibir.

22 comments:

  1. Datuk Seri,

    Saya amat bersetuju dengan cadangan datuk seri di dalam mengurangkan bebanan rakyat dan saya amat berharap cadangan datuk seri diberi perhatian oleh Perdana Menteri...Bebanan Rakyat Mesti Dikurangkan, Rakyat Mesti Didahulukan.

    http://www.suaragenerasimuda.com

    ReplyDelete
  2. Saya setuju idea rumah nasional Dr. Gaji RM3 ribu sebulan pun belum tentu mampu dimiliki rumah oleh pasangan muda hari ini. Kaedah seperti ini dapat bantu menambat hati golongan muda.

    ReplyDelete
  3. dua perkara yang ds bentangakan disini amat baik satu untuk yang dibandar dan satu lagi untuk yang dikampung

    ds teruskan dan jangan lupa apa yang ds cadangkan pada ds najib mesti ada jawapannya disini ...biar kami pun tahu sejauh mana perlaksanaannya....

    jika ds lupa minta pegawai ds ingatkan ....dan saya cadangkan 1 januari 2010....ds tengok balik cadangkan ds ni ds dilaksanakan atau senyap saja.

    jika dilaksanakan...tol dibandar semua rm1 dan skim perumahan untuk golongan muda dikampung pun ada perlaksanaannya...ini bermakna dalam 6 bulan dari sekarang adalah satu jangka masa yang saya ramai orang boleh terima...

    harap ds dapat pantau dan ingatkan pemimpin yang memerintah agar tidak mudah lupa.....kerana jika mereka lupa yang jadi mangsa.....ds sendiri pun tahu....semuanya umno

    akhir kata saya sokong dan luluskan usul ini...he..he

    ReplyDelete
  4. Bukan sahaja untuk pasangan yang masih muda, tetapi mereka yang beranak penak pun masih kekurangan ruang rumah untuk menampung keluarganya. Tetapi yang menjadi kambing hitam dalam perkara ini, ada kalangan yang berduit, memanipulasi keadaan dengan membeli rumah yang murah-murah ini untuk tujuan pelaburan, yakni untuk di sewakan. Akibatnya target kerajaan, sampai bila-bila pun sukar untuk dicapai

    ReplyDelete
  5. akm..Ds..
    Ada tiga pekara yang saya nampak lah sejak setahun bekerja di KL ni.
    Saya nampak Di kl sahaja mungkin tidak di Selangor.
    Pertama, ialah pengkutan Awam,sistem pengangkutan awam terutama sekali KTM komuter amat teruk sekali perkhidmatan nya.melihat kepada mutu perkhidmatan, sistem pengurusan dan juga stesen nya "Saya malu ada perkataan MELAYU" pada KTM tu.Saya percaya sekiranya ds menggunakannya ds akan sependapat dengan saya.Begitu juga Stesen Bas pudu raya...begitu kah Plaza Untuk Rakyat..yang mana Rakyat di dahulukan...

    Kedua,ialah rumah-rumah flat didalam bandar ini, begitu teruk sekali tahap kebersihan nya,sistem lift nya, sistem pembuangan sampah dan juga parking kereta, kalau kita menuruni tangga kecemasan kita boleh lihat.Saya melihat anak-anak disini tiada ketenangan, mungkin sebab itu berlakunya keruntuhan akhlak dan moral.

    Ketiga pendatang asing, begitu ramai sekali, saya sebagai warga malaysia terasa seperti berada bukan di negara sendiri.Mereka lah yang memenuhi KTM komuter dengan menolak warga negara dengan begitu rakus sekali.

    Sekiranya Ds nak melihat dengan mata dan kepala sendiri sila ke KL sentral pada waktu balik kerja terutama hari jumaat, dan cuba naik komuter dari stesen pantai dalam pada waktu pagi.
    ds boleh juga melawat flat-flat seperti di sentul di pantai dalam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum DS,
    Pandangan DS untuk menjadikan Bayaran Tol RM1 sama seperti pandangan yang pernah saya lontarkan dalam blog saya http://faizalyusof.blogspot.com pada 26th April 2008.
    Teruskan perjuangan DS. Semoga RM1 akan menjadi kenyataan.

    Saturday, April 26, 2008
    Bayaran Tol RM1 Sepanjang Hayat
    Beberapa hari lepas, saya berada di Ibu Negara atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan melewati lebuhraya bertol di Lembah Klang, membuatkan saya terfikir akan keperitan warga kota yang terpaksa menanggung beban bayaran tol sepanjang masa.

    Umum mengetahui, kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian dengan syarikat konsensi dan sebagainya. Seringkali kita mendengar juga pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan untuk tidak menaikkan kadar bayaran mengikut tempoh perjanjian. Kesimpulannya kenaikan tol membebankan rakyat dan tidak ikut perjanjian dengan syarikat konsesi pula membebankan pihak kerajaan kerana wang pampasan.

    Keputusan PRU 12 membuktikan kerajaan pragmatik sukar diterima rakyat. Rakyat sekarang ini memilih parti yang berorientasikan keputusan popular. Antara contoh popular ialah janji untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya. Mungkin ianya sukar untuk dilakukan dalam keadaan harga dipasaran global yang meningkat dari masa kesemasa. Hakikatnya pendapatan rakyat Malaysia yang kecil dan kos sara hidup yang meningkat membuatkan pengundi mengambil jalan pintas untuk memilih parti yang menjanjikan sesuatu yang popular. Mahukan parti yang mengikut kehendak rakyat.

    Kerajaan BN yang banyak jasanya hampir tumbang kerana tidak dapat menangani isu isu popular dari parti pembangkang. Persoalan sekarang ini, adakah kerajaan sekarang ini masih mahu mengikut kaedah yang sama dalam pentadbiran (pragmatik) atau mahu mengikut rentak pembangkang yang sentiasa menjanjikan sesuatu yang popular. Pada pedapat saya, eloklah BN juga mencipta sesuatu yang popular agar kerajaan yang banyak jasanya kepada negara ini dapat terus berkuasa pada penggal yang berikutnya.

    Antara isu yang popular pada pertimbangan saya ialah mengurangkan kadar bayaran tol diseluruh lembah Klang. Dengan ini, saya akan mencadangkan sesuatu seperti dibawah dan harap pakar ekonomi dapat memperbetulkan cadangan saya ini yang hanya bersandarkan logik akal sahaja. Maklumlah penulis bukannya pakar ekonomi. Penulis mempunyai dunia kehidupan yang tersendiri di tengah lautan.

    Saya cadangkan agar Kerajaan mengambil alih sepenuhnya pengurusan lebuhraya dari syarikat konsesi bagi lebuhraya disekitar lembah Kelang. KWSP boleh memainkan peranannya untuk membeli 100% pegangan dan membuat perjanjian baru dengan pihak kerajaan bagi kaedah kaedah pembayaran tol yang murah dan diterima rakyat. Jika ianya berlaku, saya cadangkan agar bayaran kutipan tol diseluruh plaza tol bagi lembang klang ialah RM 1 dan tempoh konsesi ialah sepanjang hayat. Saya percaya dengan bayaran RM1, warga kota tidak kisah jika sepanjang hidupnya terpaksa membayar tol. Menjadikan bayaran tol sebanyak RM1 adalah satu tindakan popular. Mungkin kita tidak dapat keuntungan segera. Tetapi bayangkanlah berapa pendapatan yang bakal diperoleh oleh KWSP sepanjang hayatnya. Jumlah kenderaan sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Dan keuntungan sentiasa dinikmati selamanya. Bagi saya yang bercakap dari logik akal ini, ianya memang menguntungkan KWSP dan mempopularkan BN.

    Kenapa KWSP???
    KWSP mempunyai dana yang besar sehinggakan ada permintaan dari pengurusan tertingginya yang meminta kerajaan untuk membenarkan membuat pelaburan diluar negara. Ini adalah kerana mereka memberikan alasan bahawa saiz dananya yang besar itu sudah tidak sesuai untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. Jadi tidakkah dengan mengambil sebahagian daripada dana yang besar itu dan membayar cash kepada syarikat konsesi yang sedia ada adalah satu tindakan yang bijak?.
    Semoga pakar ekonomi dapat memberikan komen terhadap cadangan saya ini.
    Posted by seazall

    ReplyDelete
  7. salam.....

    Selalu kita dengar tentang skim itu skim ini dicadangkan dan diujudkan..tetapi masalah akan berlaku dan terus berlaku tentang cara pengendaliannya,ketelusan dan birokrasi
    yg menghambat pemohon.Akhirnya kerajaan juga
    menjadi bahan kejian dan sumpah seranah.

    Seterusnya tujuan tidak dapat dicapai,golongan sasar terus kempunan.

    Setiap tahun kerajaan mengadakan bancian penduduk dan pendapatan isirumah oleh
    Jabatan Perangkaan.Pastinya data penduduk
    dapat dicartakan contohnya pasangan muda
    yg berkeluarga(kahwin) yg hanya mampu menyewa
    rumah,muda-mudi yg tidak tinggal bersama ibubapa tetapi menyewa rumah walhal masih
    dalam daerah yg sama dan sudah berkahwin tetapi masih tinggal dengan ibubapa.

    Tidak dilupa golongan pekerja yg tidak tetap pendapatan pada masa yg sama menanggung anak bini seperti buruh binaan,drebar,jaga atau kerja sendiri.

    Setelah dapat kenalpasti golongan sasar,kerajaan
    harus menawarkan rumah mampu milik yang tidak membebankan pembeli utk membayar pinjaman;yakni bulanan serendah rm150 sahaja.

    Masakini golongan yg tidak berpuas hati dan memberontak atau tidak menyokong kerajaan
    adalah golongan muda dan berpendapatan rendah
    (kerja penuh sebulan,pendapatan habis hari kelapan!).

    Kerajaan harus ada keberanian dan keikhlasan..
    itulah soul/jiwa :Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  8. 1 malaysia ade lah satu gagasan yang bagus dan berani yang di bawa oleh YAB PM kite..di harap 1 malaysia dapat di manfaat kan oleh pucuk pimpinan kerajaan dan juga rakyat malaysia.

    p/s:support anakmelayu30.bolgspot.com

    ReplyDelete
  9. Salam blogers

    Satu masa dulu saya pernah terlibat secara tidak langsung dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kalau tidak silap saya SPNB dibawah kerajaan Malaysia ini telah menyediakan berbagai pakej rumah mampu milik sehinggakan ada bayaran yang serendah RM 70 sebulan. Mungkin kekurangan publisiti atau pun kekeliruan dari propaganda anti-kerajaan membuatkan kita semua terlepas pandang kemudahan dan bantuan dari kerajaan ini. Sekarang saya tidak lagi terlibat dengan SPNB dan tidak mengetahui perkembangan pakej2 dari SPNB. untuk maklumat lanjut Blogers boleh merujuk sendiri kepada SPNB pakej2 perumahan yang disediakan.

    sebenarnyer kerajaan sudah lama perihatin, tetapi kita yang tidak perihatin kepada bantuan2 dari kerajaan

    ReplyDelete
  10. saya sokong dengan idea datuk sri. sekarang kebanyakan pasangan muda xmampu nak memiliki rumah sendiri..dengan deposit dan yuran guaman boleh menyekat kemampuan mereka untuk memiliki rumah sendiri. Untuk membuat pinjaman membeli kereta lebih mudah daripada membeli rumah sekarang ini.

    ReplyDelete
  11. saya sokong dengan idea datuk sri. sekarang kebanyakan pasangan muda xmampu nak memiliki rumah sendiri..dengan deposit dan yuran guaman boleh menyekat kemampuan mereka untuk memiliki rumah sendiri. Untuk membuat pinjaman membeli kereta lebih mudah daripada membeli rumah sekarang ini.

    ReplyDelete
  12. mengapa RM1 kenapa tidak RM2? bukankah RM1 telah LAMA dimansuhkan...

    anyway, nak bagi rakyat senang hati, mansuhkan terus bayaran tol... Malaysia Boleh!!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dr

    Berminat saya memperkatakannya,bagus cadangan tu untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.
    Perumahan,pendidikan,adelah keperluan asas untuk menjadikan rakyat berpuas hati terhadap kerajaan.Tanpa ada sempadan,yang memerlukan perlu dibantu segera.

    Kita memang memerlukan pihak swasta untuk sama memajukan negara tercinta ini,tanpa mereka kerjaan akan hilang punca pendapatan,tetapi kerajaan perlu mempunyai kata pemutus dan tegas didalam membuat keputusan,supaya tidak ada keputusan berpihak dan supaya rakyat di dahulukan.

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan Mimi....

    sebenarnya kerajaan sudah lama perihatin tetapi kita yang tidak perihatin kepada bantuan2 dari kerajaan.
    ..................................................

    Bukannya kita tak perihatin tapi kerana kerajaan perihatin la kita meminta minta dari kerajaan dan kalau tak dapat ugut akan sokong pembangkang.

    Hakikat yang perlu kita terima sebenarnya kita ni terlalu manja..,dan malas.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Apakah respons DS Mohd. Najib dengan cadangan DS itu?

    ReplyDelete
  16. salam....

    Istilah "wang rakyat" patut ditukar kepada
    "wang kerajaan". Terapkan pula kepada "wang
    kerajaan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat".

    Telah lama istilah "wang rakyat" dikomersialkan,
    rakyat telah serasi dengannya sehinggakan kerajaan nak gunakan wang inipun kerajaan dipandang serong, lebih-lebih lagi jika pembangunan yg kerajaan laksanakan mengalami
    kegagalan.Rakyat akan menuduh kerajaan melakukan
    pembaziran terdapat "wang rakyat".

    Kerajaan harus peka terhadap istilah-istilah yang 'gah" ini sebelum ianya disalah
    guna oleh pihak-pihak tertentu merendah-rendahkan atau memburukkan kerajaan.

    Yang pasti "rakyat didahulukan,pembangunan diutamakan"...

    ReplyDelete
  17. Banyak dari konsesi tol ini dimulakan
    oleh pegawai pegawai [engineer jkr]
    yang ada 'inside information' dan kemudiannya
    mencari satu konsortium atau listed company
    untuk menjalankan projek projek tersebut.
    kudalari
    -------

    Carilah dan analisalah semua jalan jalan tol
    dan rahasia ini akan terbongkar. Yang membuat
    saya marah ialah apabila ada jalan tol yang
    direka untuk memeranggkap seperti 'jalan tol
    di sekitar mines yang akan membuat seseorang
    yang terlepas dari hendak ke conference centre
    patah balik dan mengakibatkan tol 3 kali.
    Inilah namanya memasang lukah di genting - selaras
    dengan slogan 'malaysia bolih' [tipu ]. Di Negara
    barat seperti Holland pemerintahnya akan pasti
    rakyat tidak dianiayai dengan helah seperti ini.

    Saya sekeluarga pernah semasa hendak kesatu tempat membeli
    tiket tren sekeluarga. Tetapi dek kerana ada pertukaran
    di dalam rancangan mengkensel perjalanan tersebut. Bila
    kami beritahu kaunter tiket tambang kami dikembalikan
    sebagai dasar jimat cermat mereka.

    Tamadun negara kita agak lima puluh tahun belakang Holland
    atau Jerman. jimat cermat adalah dasar hidup mereka-
    yang diikuti secara serius olih penduduk dan penjawat awam
    mereka. Lain kali Datuk bawa pegawai kerajaan negeri lawat
    Holland atau jerman untuk belajar bagaimana mereka
    laksanakan projek infrastruktur mereka

    ReplyDelete
  18. Ya, suatu yg menarik. Rumah sekarang harganya dah tak masuk akal langsung!

    ReplyDelete
  19. Dr Khir

    Ada 2 perkara yang telah diutarakan, dan kedua-duanya perlu diberikan perhatian serius.

    Tol
    Saya memang bersetuju sekiranya bayaran minimum bagi bayaran tol hendaklah sekitar RM 0.50 hingga RM 1.00. Ini membolehkan para pengguna lebuhraya khususnya, dapat menjimatkan perbelanjaan. Ataupun, setiap lebuhraya perlulah menyediakan hanya satu tol dan bukan dua atau tiga. Contohnya tol lebuhraya Guthrie yang mempunyai 2 tol yang jaraknya agak berdekatan dan setiap satunya dibayar RM 1.40. Adalah tidak munasabah pengguna membayar hampir RM 3 untuk pulang dari kerja. Ataupun kerajaan mengenakan tol hanya untuk pergi sahaja (sehala) dan tidak mengenakan sebarang bayaran ketika pulang dari kerja. Saya memahami beban hutang yang perlu dibayar,namun rakyat juga perlu diutamakan.

    Rumah
    Benar, kerajaan ada mensyaratkan setiap skim perumahan perlu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah. Namun,kita sedia maklum, purata gaji golongan berpendapatan rendah kadang-kadang tidak mencukupi untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan. Ini kerana, mereka selalunya telah dibelenggu hutang yang banyak kerana (terutama pasangan baru berkahwin)membeli barangan keperluan terutama perabot melalui kaedah berhutang.Jadi wajar sekiranya pihak kerajaan negeri yang patut menyediakan rumah kos rendah dengan mensyaratkan setiap pemaju memberikan satu tanah kepada kerajaan untuk dibina rumah kos rendah. Ini telah dipraktikkan oleh TNB kepada setiap pemaju, dimana pemaju perlu menyediakan tanah untuk pencawang elektrik. Mungkin kaedah ini boleh dipraktikkan.

    ReplyDelete
  20. Semua orang mesti setuju kalau tol di tetapkan pada RM1 atau RM0.50 (mana yang lebuh dekat) di kawasan bandar. Masa lebih panjang di peruntukan juga berpatutan supaya kos binaan dan penyelengaran juga ditanggung oleh generasi baru.

    Jadi, mengapa ia tidak dijalankan serta merta?

    ReplyDelete
  21. aslmkum Dtuk Seri,

    Saya telah pergi ke bank yang berkaitan dengan skim rumah pertamaku .Tetapi banyak lagi yang menghalang untuk miliki rumah skim ini.Pertama bank akan memberitahu anda perlu bayar legal fee,anda perlu bayar MRTA,kalau rumah lama anda perlu bayar evaluation,kalau kita tengok betol2 semua kos ini akan sama dengan nilai 10% deposit juga.Di sini adalah amat penting pemantauan pihak terbabit bagi melancarkan program skim ini.Ada juga bank akan tanya syarat pertama adalah anda perlu ada duit simpanan sebanyak 3 bulan ansuran rumah yang anda ingin loan.Lagi saya tidak paham kenapa syarat bank lagi susah kata 10%...mungkin ini adalah sesuatu yang perlu sangat2 dipantau..

    ReplyDelete
  22. Isu tol dan rumah adalah perkara asas paling penting kerajaan BN perlu diselesaikan kepda rakyat bawahan ,ini tidak termasuk kos dan harga2 barangan kehidupan seharian yang semakin meningkat tanpa ada penyelesaaian dari pihak kerajaan cth harga ayam sekarang ini terus naik atas alasan yang kurang konkrit.....isu rumah di bandar2 besar,perkara ini perlu selesaikan segera kalau kerjaan BN ingin terus memerintah bumi Malaysia ini kerana membabitkan kehidupan dan survival rakyat, dan harga rumah sekarang adalah tidak masuk akal di bandar2 besar spt di L.Klang.penang dan JB. golongan yang rakus dan menjahanamkan pasaran adalah pemaju2 hartanah ,spekulator yang tamak yang kaya dan terus kaya dan kerajaan sejak kebelekangan ini tidak ada langkah untuk mengawal harga perumahan melalui agensi2nya spt KPKT,...langkah menaikkan kadar pinjaman dan memudahkan pembelian kepada peminjam dgn jaminan 10% bukan langkah yang holistik dan menyelesaikan perkara ini tetapi lebih menguntungkan pihak2 yang bijak memanipulasi....maka slogan rakyat didahulukan &pencapaiaan diutamakan adalah janji manis mulut PM dan kabinetnya dalam BN sahaja.maka rakyat akan terus meluat dan makin tidak percaya pada jaminannmasa depan bersama kerajaan BN di bawah DS Najib...............pikirlah baik2 pemimpin BN kesan dari tindakkan ini pada keputusan PRU 13 nanti

    ReplyDelete