Tuesday, June 9, 2009

SIS: Tukar Nama Lebih Baik Dari Haramkan

1. Selain perbahasan dan perdebatan mengenai kerajaan perpaduan yang tampak hampir "memecah belahkan" Pas, isu lain yang tidak kurang menarik kepada saya ialah soal desakan pengharaman Sisters In Islam.

2. Pertamanya, saya fikir kita perlu akui sumbangan dan kerja kemasyarakatan oleh Sisters in Islam (Berhad) ini. Mereka bukan NGO tunggal yang membantu golongan wanita Islam yang berada dalam kesusahan dan kesukaran, namun sumbangan mereka juga besar dalam hal ini. SIS juga banyak membantu dari segi idea dan percambahan pendapat bagi meningkatkan kedudukan dan pencapaian wanita Islam.

3. Namun saya juga mengakui bahawa kemarahan Pas ada rasionalnya. Kadang kala SIS bertindak di luar dogma dan pemikiran umat Islam di negara ini dan pandangan jumhur ulama. Inilah yang menimbulkan persoalan, ketidakpuasan hati dan kemarahan sesetengah umat Islam di negara ini.

4. Lebih serius, kadang kala SIS dilihat berselindung di sebalik nama-nama besar pemimpin tertentu untuk mengukuhkan fahaman dan aliran pemikiran Islam mereka.

5. Saya fikir umat Islam di negara ini termasuk Pas bukanlah anti perbahasan dan perbincangan agama. Namun perbincangan mengenai Islam haruslah dalam keadaan ilmu bukannya mencari kontroversi dan populariti.

6. Masalah SIS ialah adanya nama Islam dalam pertubuhan tersebut yang menimbulkan pelbagai tafsiran. Ada dikalangan pemimpin Islam khuatir nama tersebut dianggap sebagai satu punca yang berautoriti (berkelayakan dari segi ilmu dan kedudukan)untuk bercakap mengenai agama Islam.

7. Namun mengharamkannya juga adalah tidak wajar kerana ini hanya menunjukkan umat Islam di negara ini sebagai jumud dan tidak bersedia berwacana mengenai ilmu agama.

8. Jalan terbaik ialah dengan menukar nama Sister in Islam kepada nama lain yang tidak menggunakan nama Islam secara langsung. Dengan ini impak dan natijah daripada sebarang kenyataan atau pandangan kumpulan ini tidak lagi menimbulkan kesan gelisah dan resah di kalangan umat Islam di negara ini.

9. Tanpa menggunakan perkataan atau nama Islam, pertubuhan ini tidak akan terlalu diperhati dan "dihakimi" sehingga setiap kenyataannya yang kontroversi akan menjadi polemik keterlaluan di kalangan orang Islam.

10. Mungkin juga sudah tiba masanya, kerajaan menghalang sebarang pertubuhan baru dari mendaftar nama Islam sewenang-wenangnya. Sebarang pendaftaran pertubuhan baru yang ingin menggunakan nama Islam haruslah diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan mendapat perkenan Majlis Raja-raja terlebih dahulu.

11. Dengan cara ini usaha memanipulasi agama Islam untuk kepentingan tertentu dapat dikawal dengan lebih baik.

39 comments:

ruang bicara faisal said...

dalam bab ini saya bersependapat dgn pas

SIS MESTI DIHARAMKAN

Sinatra_Z said...

Kalau begitu terpaksalah kita ubah nama Parti Islam Semalaysia juga kan?

halim said...

Dr Khir

Kadang-kadang saya lihat tindakan SIS berlebihan. Benar, di dalam SIS ada yang master dalam hal ehwal Agama Islam. Namun kebanyakan tindakan dan reaksi SIS ini menongkah arus. Ada kalanya membuatkan kita keliru dengan pendirian mereka. Sebagai contoh, semasa isu penubuhan IFC, mereka turut sama menjadi salah sebuah badan pemikir bagi tujuan penubuhan tersebut.

Kita tidak menghalang mereka memberikan pandangan dan buah fikiran, namun perlulah juga memikirkan reaksi umat Islam di Malaysia khususnya. SIS tak semestinya betul dengan tindakan mereka. Kenapakah SIS terlalu liberal? Mungkinkah ia dipengaruhi dengan idea feminisme barat yang melampau?

Larangan penggunaan perkataan Islam terhadap pertubuhan amatlah dialu-alukan. Islam itu suci dan jangan kotorkan dengan tindakan yang tidak baik

Cucu said...

Dato' Seri,

Saya amat bersetuju dengan pandangan dan saranan Dato' Seri supaya mana-mana pertubuhan yang hendak mengunakan nama Islam hendaklah ditapis oleh pihak berkuasa dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Ini dapat mengelakkan daripada pihak-pihak berkenaan mempermainkan dan mengelirukan masyarakat dengan hukum-hukum Islam tafsiran mereka sendiri.

Jeff Ismail said...

Sdr sinatra,
Adakah sama Pas dgn SIS sampai nak diharamkan penggunaan nama Islam?
Kalau lihat dr sudut politik umno memang ya tapi sudut pemahaman biasa, SIS nak meliberalkan Islam secocok dgn teman mereka di Indonesia.
Sanggupkah kita berdiam diri?

fital said...

Pada pandangan saya kalau kerajaan boleh mengharamkan Gerakan Al Arqam dan menahan pemimpin-pemimpinnya di bawah ISA saya rasa kerajaan patut mengambil tindakan yang tegas juga kepada SIS.

UPP said...

dato sri dr. khir

saya sokong pandangan dato sri.



salam dr kulaan sg burung, tanjong karang

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

7. Namun mengharamkannya juga adalah tidak wajar kerana ini hanya menunjukkan umat Islam di negara ini sebagai jumud dan tidak bersedia berwacana mengenai ilmu agama.

"Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri..."

"Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu."

(teks: Bahrus Shofa) Tuanku Nai Long Abdullah Fahim ibni TNL Ibrahim @ Keramat Tok Perang, jurai Duli Yang Dipertuan Empayar Islam Siam-Kedah, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Apa nak lagi?

Busbar said...

Betul tu. Ia sepatutnya tidak membawa nama Islam dlm persatuan mereka. Biasanya sister gelaran utk rahib kristian. Biasanya isu yg dibawa SIS ni bertentangan dgn Al-Quran & Hadis. Cthnya Pengkid, poligami, tudung,... Tiada kompromi bagi isu yg jelas bertentangan dgn Islam. Tak kisah PAS atau UMNO..kita sebagai org yg beragama Islam patut menentang.

~dah lama sy menyampah dgn SIS ni, terutama bila pemimpin UMNO shahrizat kuat menyokong~

BOCAH KAMPONG said...

Saya cuma tertanya tanya kenapa si model bogel tu beriya iya sangat mempertahankan SIS.........kenapa ya...................?

Rantong said...

Dlm hal ni UMNO & PAS harus bersetuju. SIS semacam menjadikan islam agama liberal. macam turki.

View Profile: Rantong™

kudalari said...

yoh ds khir
kabaro!

betul tok -saya ada beberapa cadangan untuk nama
baru mereka:
sisters of the poor
sisters of sweet charity
sisters in distress
sisters in charity for make benefit of malaysia


Adalah mereka ikut nama nama yang kebaratan -to
reflect their liberal dan dasar yang mengirip
falsafah kekatolikan barat

assalamualaikum said...

Terpulang kepada Pemerintah untuk membuat keputusan.Apabila telah diputuskan hendaklah patuh dan akur sama ada suka atau tidak.

Paling penting hujah yang bijaksana dan dalil yang kuat untuk mempengaruhi dan menyakinkan kepada sesiapapun sama ada SIS dan bukan Islam sekalipun dalam tiap-tiap perbahasan, pandangan dan fahaman.

jamil said...

Dato' Seri, kebanyakan masyarakat hanya menilai sesuatu berdasarkan pekara luaran, pekara pokok sering kita lupakan. Saranan Dato' Seri tentang penggunaan nama yang berkait dgn islam amat saya sokong. Telah banyak pelajaran yg kita dapati dari manusia yg menggunakan agama demi kepentingan sendiri atau puaknya.

EN. MOHD AZMI MAINON said...

Salam..
Pendapat Dato' Seri ada benarnya, tapi masih perlu adanya tindakan untuk membendung penularan akidah sesat SIS ini.. Jika kita tahu SIS ini sudah sesat seperti yang dikatakan Mufti Perak.. Apa perlunya wujud SIS ini? Mungkin tuan2 arif ttg agama..Anak tuan2?? Tuan2 mahu anak tuan terpedaya dengan ajaran sesat SIS ini

Ingat!! kerja2 amal mereka hanya untuk memperdaya orang2 islam agar tertarik dengan fikrah mereka.. akhir nanti, banyak lagi fatwa2 sesat baru dari ustazah2 SIS yang tak bertudung ini akan kedengaran. Mereka tak tau pun membaca Al-Quran, Alif Ba Ta pon mereka tak pass.. hahahah!! mereka nak cakap pasal Islam??? lupekanlah..

buyeh said...

saya pon sokong dr...patut bukan setakat tukar nama malah diharamkan SIS terus....tapi apakan daya anak anak bekas pemimpim malah pemimpin wanita umno menyokong organisasi nie.ada ke kata wanita boleh mengimani solat jumaat.murtad pon dibolehkan.xtau hukum hakam ke SIS nie

azman said...

Assalamualaikum dr

Dalam hal ni, mesti diajak mufti dan sis bermuzakarah dan buat keputusan bersama,untuk capai ape yang terbaik untuk umat islam di Malaysia

Kalau setakat kita mengharamkan,tak bermakna.Mereka akan menjalankan urusan secara gelap.(Tengok mcm mane kita haramkan al arqam?tapi mereka masih bergerak dalam diam diam)
Yang penting kerajaan dan pihak yang terlibat berkenaan ugama mesti bertindak bijak.

azman said...

Assalamualaikum dr

Ini pasal akidah kita umat Islam,jadi tak bole buat sesuka ati kita aja.Kita kena libatkan mereka yang arif seperti mufti dan cerdik pandai ugama.
Cadangan nak tukar nama tu tak bermakna, kerana yg penting buah fikiran mereka tu yang akan membuatkan umat islam bercelaru.
sekarang memang ramai orang islam yang nak ambil jalan pintas.Nak masuk shurga tapi nak cara paling senang

abikhsan said...

Assalamulaikum w.b.r.. Tahniah sebab selalu update blog.

Pada pendapat saya, bukan isu nama Islam atau nama pertubuhan, tetapi ajaran apa yang diamalkan dan diperjuangkan oleh SIS ini.

Antara perkara yang mengguris hati saya sebagai orang Islam (tak tahulah perasaan orang lain) ialah:-

1. Orang kuat SIS kata dia tak akan berkahwin kerana tidak mahu menjadi hamba kepada suami/ lelaki. Tidakkah dia tahu perkahwinan itu fikrah sunnatullah. That's statement boleh dikira menghina sunnah.

2. Bila diajukan kenapa ramai SIS tak tutup aurat, maka dia mula berhujjah dalam Ayat Al-Qur'an ada ayat yang mafhumnya "Tiada paksaan dalam Agama (Islam). Maknanya lantaklah dia nak pakai tudung atau seksi, maka itu hak dia as provision dalam Al-Qur'an ikut pemahaman Ustazah SIS.

3. Sama-sama bersekongkol untuk penubuhan IFC.

4. Terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam kes Lina Joy (menyokong Lina Joy).

5. Terlalu memperjuangkan kesama rataan di antara gender Lelaki atau Perempuan.

6. Terlalu memperjuangkan hak asasi dan kebebasan. Contohnya seorang ibu bapa tidak boleh memaksa atau memukul anaknya untuk bersolah dan anak boleh saman ibu bapanya on this issue. Tak ke bangang tu.. Again akan keluar ayat "Tiada Paksaan Dalam Agama..."

7. Mencela pihak berkuasa yang menangkap pasangan berdua-duan di taman, kelab dan mempertikaikan konsep tangkap basah. Again akan keluar ayat kebebasan bersuara dan "Tiada Paksaan Dalam Agama"

8. Mempersendakan konsep poligami.

9. Salah sorang Mentor dia Ameena Wadud (Ex UIA) yang pernah jadi Imam kat Masjid New York.

9. Banyak lagi lah.... tak kuasa nak tulis.

SIS baik dengan Ivy Josiah. Tak kisahlah nak berkawan dengan siapa... tapi tahu tak apa yang diperjuangkan oleh Ivy Josiah.

Dengan itu, saya bersetuju tidak kira resolusi puak atau parti mana maka kena tengok dan tegur juga apa yang SIS dok buat...

lina said...

Refer to Chedet statement ---> “In most instances they cite verses of the Quran and Hadith to support their views. If we don’t agree then give the reasons why we don’t agree ... to resort to banning is draconian,”...strongly agree!! adakah itu yang dimakan terpesong?kalau begitu Quran juga terpesong?atau dengan kata lainnya mereka (PAS) belum khatam Quran dan mungkin sudah...but they just read blindly and dont understand what they read? too bad and too sad!! apa masalahnya? saya ulang petikan statement chedet...“If we don’t agree then give the reasons why we don’t agree”

nizamtoha said...

Desakan tukar nama SIS tidak relevan - Maria Chin

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) menganggap cadangan supaya pertubuhan itu ditukar nama dengan tidak menggunakan nama Islam secara langsung sebagai langkah yang tidak relevan.

Malah Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak berkepentingan terhadap pertubuhan itu.

"Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan," katanya kepada mStar Online.

Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo agar SIS ditukar nama kepada nama lain yang tidak menggunakan nama Islam secara langsung bagi mengelakkan pandangan atau kenyataan daripada pertubuhan berkenaan menimbulkan resah di kalangan umat Islam.

Dr. Khir bagaiamanapun tidak bersetuju dengan cadangan PAS agar SIS diharamkan sekiranya didapati pertubuhan bukan kerajaan berkenaan (NGO) mengancam akidah umat Islam di negara ini.

Desakan sedemikian juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bandar Baharu-Kulim, Zulkifli Noordin yang turut meminta Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyiasat SIS yang didaftar sebagai sebuah syarikat.

Mengulas lanjut, Maria berkata, desakan tukar nama SIS tidak perlu dibangkitkan kerana masyarakat sudah mengetahui dan memahami peranan yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut sejak ia ditubuhkan.

"Orang awam dah tahu tugas kami, peranan yang kita lakukan... tak relevan timbulkan isu nama.

"Kita mahu orang nilai SIS dengan apa yang telah dilakukan, bukan dengan nama," katanya.

Tegas Marina, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya.

Jelas beliau SIS berpegang teguh dengan prinsip dan matlamat untuk membantu golongan wanita Islam yang berada dalam kesusahan.

"SIS tetap dengan pendirian kami untuk bantu wanita Islam yang memerlukan bantuan... kita ada prinsip yang perlu dipertahankan," katanya.

obrisi said...

Dato' Seri..

Saya sokong pandangan Dato'. Kita rasa kecewa dalam masa kita berdepan dengan orang bukan islam yang menghina ada juga orang islam mcm SIS ini menghentam hukum-hukum islam...sedih..apa jadi dengan Malaysia.Kenapa UMNO gagal nak mendidik umat islam di dalam Malaysia ini untuk menjadi umat yang beriman setelah diberi kuasa hampir 50 tahun. tak takutkah pemimpin-pemimpin Malaysia bila mereka akan dipersoalkan oleh Allah nanti....

Dr Mohamad Khir Toyo said...

Saudara obrisi,

1. Menyalahkan mana-mana pemimpin mengenai masalah pendidikan umat Islam tentulah tidak adil kerana tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

2. Jika saya, saudara dan ramai lagi datang dari sistem pendidikan yang sama tetapi mempunyai idea dan pendapat yang berbeza tentulah bukan salah sistem pendidikan kita.

3. saya fikir UMNO telah melakukan banyak sumbangan dalam pendidikan Islam jika saudara melihat perkembangan ini sejak merdeka sehingga sekarang.

Dr Mohamad Khir Toyo said...

Lina,

Saya menulis di atas, masalah SIS ialah kerana adanya nama Islam pada pertubuhan mereka dan juga hubungan rapat kumpulan ini dengan pemimpin utama negara ini sejak penubuhannya menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Bagi orang awam, mereka kadang kala melihat pandangan-pandangan kumpulan ini direstui oleh kerajaan hanya kerana ada individu-individu tertentu yang ada hubungan dengan pemimpin utama negara berada dalam kumpulan ini.

Inilah masalahnya.

Jika mereka ikhlas membantu wanita Islam, apakah soal ada nama Islam atau tidak pada pertubuhan mereka menjadi kemestian?

aboriginals said...

Salam DSKT,

Bila membaca komentar 2 tajuk terakhir DSKT, saya amat mengkagumi pandangan DSKT. Inilah pemikiran 'Out Of The Box' yang di cari-cari. Rugi sekali bagi rakyat Selangor kerana tidak di perintah oleh seorang pemimpin yang berwawasan seperti DSKT. Sekarang baru saya faham sebab apa TDM pilih DSKT out of nowhere.Ya, mungkin DSKT di kenali dalam UMNO, tapi bagi saya yang tak ambil tahu tentang politik waktu itu, tak langsung mengenali DSKT. Tun takkan memilih orang semuda DSKT kalau DSKT tak ada kelebihan.

Pandangan DSKT di ruangan ini, bagi saya adalah pandangan berkelas tinggi walaupun di tulis dalam Bahasa Malaysia. Sesetengah orang tu, berasa pandangan dia lebih baik baik dari orang lain sebab dia boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan ayat2 yang 'bombastic!'. Padahal dia tak tau sebenarnya pandangan dia tu tong kosong saja.
Tahniah DSKT, teruskan perjuangan DSKT. Saya tahu satu hari nanti DSKT akan balik mentadbir semula. Harapnya semasa herbinasi ni DSKT akan lebih matang di dalam meneruskan perjuangan. Macam dalam cerita Kung Fu Hustle tu....

BROTHER said...

Dalam pekara ini, bukan masaalah nama pertubuhan, apa yg kita hadapi adalah prinsip pertubuhan tersebut yg dibawa oleh penaung-penaungnya dimana akal fikiran mereka tidak begitu mendalam dalam agama, malahan yg ada tak tahu langsung hukum hakam, dan dibela pulak orang2 yg kurang pegangannya...sebab itulah mereka bebas memberi pendapat pasal agama...kalau mereka punyai pegangan agama yg kuat saya yakin tak ada seorang pun yg akan menuruti apa yg dikata oleh SIS...saya penulis blog ini harus terangkan kepada mereka pasal agama ini...

Osman said...

Assalamualaikum,

Pertama sekali ingin saya tanya kenapa Islam ada 4 mazhab? Kenapa Kristian ada orthodok, khatolik dan protestan? kenapa hindu ada macam-macam kuil nama lain-lain?

Jawapannya perselisihan pendapat. tapi dalam Islam dibenarkan perselisihan pendapat, supaya ada perbincangan. cuma tauhid adalah hak allah.

Pada saya SIS hanya menyatakan pendapat mereka mengikut pandangan dalam "framework" mereka. Bukan calang-calang yang ada dalam SIS.

Dan kita dipihak yang ingin menentang tidak seharusnya membuta tuli untuk bubarkan pertubuhan ini. Tanya dulu diri kita sudahkah kita menjalankan tanggungjawap kita??

Bahan yang SIS beri boleh dibahaskan, kalau mereka salah perbetulkan mereka, duduk dan bincangkan, dapatkan satu titik pertemuan yang akan memdatangkan satu pendapat yang sama.

Mereka berbicara mungkin dari sudut akademik, dan kita harus datang dari sudut hukum, akidah mahupun Fekah

Bukan kerena kita tak mampu nak memberi maklumbalas terhadap apa yang diujarkan SIS, kita sekat mereka, siapa yang akan menangung dosa jika ilmu yang ada tidak disebarkan dan akibatnya hiduplah kita dalam kesesatan.

Kalau mereka salah, tegur mereka tapi jangan sekali-kali halang pandangan mereka, perbetulkan mereka insyaallah hidup kita selamat.

INGAT SELAGI TAUHID TIDAK DIPERTIKAIKAN, KITA BOLEH BERBEZA PENDAPAT.

jiwakita said...

Jika diharamkan apalah makna demokrasi,hak asasi
dan hak bersuara orang melalui organisasi.

Jika tukar nama adakah pengisian objektifnya akan
sentiasa senada dengan kerajaan.

Yang penting adalah fungsi dan agenda
yg dibawa menjadi salah satu sumber untuk kerajaan
menjadi yg terbaik melalui majlis fatwa.

malaysianforex said...

Aslmkum semua..

Lihat sejarah penubuhan SIS dan siapa sebenarnya di belakang SIS ini. Kalau pendokongnya terang-terang bercanggah dengan apa hukum Islam kenapa hendak dipertahankan pertubuhan ini. Perbuatan baik dan pendapat baik mereka tidak akan dapat menuntupi kefahaman mereka sebenar tentang ISlam. Ingatlah musuh Islam merosakkan pemikiran umat Islam melalui orang ISlam sendiri. Oleh itu bagi mereka yang menyokong dan mempertahankan SIS sila kaji dengan teliti siapa sebenarnya pendokong dan penyokong SIS ini bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia.

malaysianforex said...

aslmkum semua...

Bagi mereka yang menyokong dan simpatti, kesihan dengan SIS sila teliti dengan lebih dalam lagi tentang pertubuhan ini. Bacalah semua tentang pendapat dan aktiviti kumpulan ini dan teliti siapakan di belakang kumpulan ini. Sekirannya mereka ini betul-betul faham tenatang ISlam dan ingin membangunkan ISlam sudah pasti tiada penentangan dan kometar yang pedas kepada kumpulan ini. Ingatlah umat islam akan dihancurkan oelh musuh islam melalui kalangan umat islam yang kurang dan tidak faham ajaran ISlam sepenuhnya biarpun mereka ini berpendidikan tinggi... Siapa Aminah Wadud pada SIS?....fikir-fikirkan lah

ahmadsofian said...

DSKT,

Kali ini saya bersetuju dengan tulisan DSKT. Terima kasih.

MR. said...

DS,
DUlu exco agama Datuk Seri, Si Rahman Palil tu beria sangat buat serbuan ke atas Rufaqa. Orang Melayu nak berniaga pun habis dikacaunya ...

Ni kenapa dengan SIS nak berlembut?? Kasi hentam sajalah Datuk!!

abikhsan said...

Assalamualaikum Dato'. Saya rasa cukup sampai kat sini sajelah perbahasan pasal SIS ini. Ia bukan sekadar perbahasan biasa tetapi juga melibatkan soal aqidah, fekah dan syariat. Takut makin terpesong pulak pembahas semua. Maaf kalau ada yang terasa. Saya pun ilmu agama tak setinggi mana.

Apa kata Dato' komen pasal PRK Manik Urai. Awal-awal lagi BN dah salah strategi. Kenapa mesti repeat kesalahan yang sama. Kenapa tak belajar dari kesilapan...???? Kenapa masih nak bawa tema pembangunan ke kawasan PRK. Belum apa-apa dah tabur janji nak bawa banyak development kat Manik Urai. In other words akan bermanik-manik lah.... Urai kar sana. Tok Pa dalam paper siap declare nak jadikan Manik Urai anak angkat kerajaan Pusat. Media BN mcm TV3 dan RTM dah start la promote BN dan lepas ni akan keluarlah visual 'jijik' puak pembangkang.

Belum habis pengundi Pengkalan Pasir yang BN menang hanya berbelas undi yang mana banyak development janji nak buat seperti jambatan keretapi, pasar, longkang and so on tapi tak buat and BN hanya bertahan 11 bulan saja bila PRU12 PAS ambil balik kerusi tu.... Come on weiii... jangan gunakan isu pembangunan dan peruntukkan diberi serta guna media untuk kempen.... rakyat (tax payor) dah muak Dato'.....

Ini yang rakyat as a tax payor marah sangat ni...

komando said...

Tak pe biar lah mereka sampaikan ajaran yang mereka fikir betul!
Kalau dah sesat baru tahu !

faba said...

Tidak perlu berlembut dengan SIS ni sebab tindak tanduk mereka banyak yang boleh dipersoalkan tentang kesungguhan atau kebenaran mereka menegakkan Islam seperti yang diajar al-quran dan sunnah.

Dr Mohamad Khir Toyo said...

Sdr Abikhsan dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

Saya setuju dgn pandangan sdr,BN masih menggunakan kaedah lama dalam kempen mereka,bagi saya politik pembangunan tidak lagi relevan,kerana membangunkan sesebuah kawasan adalah tugas kerajaan.

Saya yakin dalam waktu terdekat BN akan menggunakan pendekatan baru yang lebih diterima rakyat.

abgyat said...

salam, kekecohan pakatan di Kedah dan Pulau Pinang mungkin memberi advantage kepada pas di Manik Urai bagi menafikan kononnya pas mengikut telunjuk dap. Perhatikanlah.
wslm. abgtopless sel2.

kassim pantalon said...

TUKAR NAMA KEPADA SAS SISTERS AGAINST ISLAM.

ruz said...

assalamualaikum said...

Terpulang kepada Pemerintah untuk membuat keputusan.Apabila telah diputuskan hendaklah patuh dan akur sama ada suka atau tidak.

Paling penting hujah yang bijaksana dan dalil yang kuat untuk mempengaruhi dan menyakinkan kepada sesiapapun sama ada SIS dan bukan Islam sekalipun dalam tiap-tiap perbahasan, pandangan dan fahaman.
Tuesday, June 9, 2009 9:57:00 PM MYT

Orang yg berfahaman cm ni la menjadi pak ikut pak turut, tidak mengetahui hak dan kebebasan seorang rakyat.. tidak senstivie akan hal2 yg melibatkan agama.. melepas tangang sahaja.. kita sebagai rakyat ada hak untuk membantah dan bersuara, kalau sesuatu yang kita lihat jelas tidak betul.. hendaklah kita bersuara dan menegur itu kewajipan kita! sekiranya kerajaan membuat keputusan menghalalkan pelacuran dalam negara.. sebagai seorang islam adakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyatakan itu keputusan kerajaan suka tak suka kena ikut? kerajaan suruh kita makan najis nak ikut?

Post a Comment