Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, June 3, 2009

SPM: Tidak Wajar Ada Had Subjek



1. Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek (mata pelajaran) yang boleh diambil dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 10 sahaja adalah tidak praktikal dan tidak sesuai.

2. Dalam usaha kerajaan meliberalisasikan sektor pendidikan, mendahulukan kehendak rakyat dan mengutamakan pencapaian rakyat, para pelajar dan ibu bapa harus bebas menentukan berapa banyak subjek yang mereka mahu pelajari dan berapa banyak yang mereka mahu hadapi dalam SPM.

3. Menetapkan maksimum 10 subjek sahaja untuk diambil dalam peperiksaan SPM hanya menghalang kebolehan dan kemampuan sesetengah pelajar untuk menguasai banyak ilmu.

4. Saya percaya ramai pelajar yang belum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu. Justeru mereka lebih berminat mengambil banyak subjek agar lebih banyak bidang atau jurusan yang boleh dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

5. Dengan mengehadkan mata pelajaran ia sekaligus mengecilkan skop pemilihan jurusan semasa memohon ke universiti atau kolej universiti.

6. Dalam masa yang sama kerajaan juga menghadapi dilema keghairahan kunmpulan tertentu mempertikaikan pemberian biasiswa kerana ada yang menggunakan jumlah A yang diperolehi sebagai benchmark atau tanda aras mempertikaikan pemberian biasiswa.

7. Hakikatnya bukan semua sekolah menawarkan belasan subjek untuk diambil dalam SPM. Jika ini digunakan sebagai tanda aras pemberian biasiswa, maka banyaklah anak-anak di luar bandar tidak akan mendapat biasiswa.

8. Justeru saya berharap Kementerian Pelajaran menimbangkan semula cadangan mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran yang boleh diambil di dalam SPM.

9. Sebaliknya, Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan garis panduan pemberian biasiswa yang jelas. Ini termasuk menentukan hanya 10 mata pelajaran terbaik; atau 10mata pelajaran wajib yang ditentukan oleh Kementerian, akan diambil kira dalam pertimbangan pemberian biasiswa.

10. Dengan ini ia tidak menyekat kebebasan anak-anak muda untuk mengambil seberapa banyak mata pelajaran pun. Ia juga mengelakkan kementerian dipersalah di masa hadapan jika ada anak-anak ini yang gagal masuk ke universiti kerana gagal mengambil mata pelajaran tertentu.

21 comments:

  1. saya fikir mengehadkan 10 subjek SPM ini mungkin juga akan menhalang kemampuan sesetengah pelajar yang mampu seperti yang dikatakan datuk seri. Tetapi dari pengamatan saya, saya fikir ada juga kebaikannya iaitu kita boleh melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

    Hal demikian, jika seseorang pelajar mengambil terlampau banyak subjek mungkin akan mengehadkan masanya dalam penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Mungkin 14 subjek maksimum akan lebih relevan pada sayalah.

    ReplyDelete
  2. sekali fikir bagus juga cadangan ini tapi bile fikir banyak kali rase macm menyekat kreativiti anak anak kita lak

    malaysiakamu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya fikir keputusan SPM tidak patut menjadi penentu pemberian biasiswa. biasiswa seharusnya diberi kepada semua anak Melayu yang sudah mendapat tempat di universiti. biasiswa adalah hak anak Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara. tapi anak Melayu perlu berusaha dan bersaing sama adil dengan anak bukan Melayu untuk mendapatkan tempat di universiti.

    ReplyDelete
  4. salam DS,
    masaalahnya ialah kaedah dan cara pembahagian biasiswa kepada pelajar bukannya jumlah subjek yang diambil dalam SPM, Kaedah dalam pemberian biasiswa mestilah lebih telus dengan mengambil kira latarbelakang keluarga dan tanggungan ibu bapa selain taraf pencapaian keputusan SPM mengikut subjek teras. tapi tidak sekali-kali menafi dan menidakkan potensi dan kebolehan anak-anak untuk mencabar diri mereka menjadi manusia yang bijak dan menguasai ilmu.
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Dr Khir

    Cadangan Kementerian Pelajaran pada dasarnya baik kerana ini bertujuan menggalakkan para pelajar menumpukan perhatian kepada mata pelajaran teras dan tidak memberikan penumpuan berlebihan kepada matapelajaran pilihan. Ini kerana,palajar akan mempunyai lebih masa untuk menyertai aktiviti ko korikulum supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan mempunyai jati diri yang unggul.

    Namun, menghalang terus pelajar-pelajar yang diyakini mampu untuk untuk cemerlang dalam akademik dengan matapelajaran yang mereka mampu agak kurang wajar. Ini kerana keputusan peperiksaan yang baik sedikit sebanyak meningkatkan portfolio mereka.

    Kementerian juga harus faham, pelajar yang mengambil jumlah subjek yang banyak saya kira kurang dari 1 peratus. Jadi buatlah keputusan dengan bijak demi masa depan anak-anak bangsa.

    ReplyDelete
  6. yer dato...walaupun saya ni bukanlah penyokong UBN..tp cadangan ni menampakkan kedangkalan MOE...2 3 tahun ni kita bangga bila genius2 melayu lahir dari sekolah2 agama...dan 5 6 tahun sebelum tu kita kena igt ada student bukan islam yg jd best student dalam malaysia...dan bila org melayu pun nk jadi pandai...usahlah disekat...kalaupun nk kejar 1 malaysia..jgn sampai subjek pendidikan islam digadaikan dari subjek teras...takkan semua cina dan india nk masuk universiti...kita ada poli,ILP,IKBN...saya x nampak pun anak2 kopi dan susu di sana....

    ReplyDelete
  7. Keseluruhannya saya bersetuju dengan ulasan DS bahawa sebenarnya tiada keperluan pun nak had-had subjek yang student patut ambil.Keputusan nak had-had ni hanya dilakukan oleh orang yang malas berfikir.
    Natijahnya,seperti yang DS cadangkan di atas,perlunya cerdik pandai di Kementerian (yang sememangnya melahirkan orang cerdik)merangka satu mekanisme atau garis panduan tentang hal tersebut.
    Perlaksanaan konsep sijil terbuka juga belum lama diperkenalkan,jadi apa masalahnya tiba-tiba ia hendak dinafikan lagi.
    Banyak lagi isu yang lebih penting untuk dipandang dan dibincang secara serius berbanding perkara remeh seperti ini.
    Lagi pun,suka hatilah pelajar-pelajar ini untuk menonjolkan kecemerlangan A mereka.Yang bangga siapa?Tentulah Malaysia.
    Situasi akan suram jika wajah-wajah cemerlang ini tidak akan ditatap lagi pada masa hadapan yang secara tidak langsung sebagai ikon atau motivasi anak-anak kita!

    ReplyDelete
  8. allmovierips

    Sudah-sudah la,ada masa kita boleh buat komen politik kalau ia melibatkan isu politik,janganlah sikit-sikit benda nak kaitkan dengan politik, rimas la..

    MOE tak dangkal, itu kan baru cadangan. Cadangan tak semestinya jadi kenyataan kan? Kalau ramai tak setuju, MOE tak buat la. Huh rimas betul la orang yang asyik nak berpolitik 24 jam

    ReplyDelete
  9. Salam Dr.

    Saya akui ada kebaikan dan kekurangan terhadap cadangan, Merujuk kepada keputusan tersebut saya lihat banyak kebaikan darinya. Contoh,

    1. Guru mempunyai banyak masa dan fokus terhadap pengajaran. Kebanyakan sekolah kini telah membuat kelas-kelas tambahan untuk pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan, terutamanya peperiksaan utama(spam, pmr dan upsr), dan ia semesti baik secara keseluruhan dalam erti kata tiada fokus terhadap pelajar-pelajar tertentu.

    Jika dulu, pelajar yang tidak cerdik(kurang cerdik) diberikan tumpuan, kini pelajar yang cerdik diberikan tumpuan terlebih-lebih. Terbalik, pelajar bijak semakin bijak, bagaimana pelajar kurang bijak???

    2. Aktiviti kokurikulum. kalau dari aspek ini, ia semestinya baik untuk pelajar, bukan semata terhadap akademik, potensi kerja juga memerlukan pekerja yang bukan mahir terhadap teori, tetapi seimbang dengan idea, komunikasi dan hands on.

    aktiviti ini juga sedikit sebanyk dapat mengubah budaya belajar baru kini dengan aktiviti yang tidak sihat.

    3. Aspek pendidikan iu sendiri, cume kita selami apa yang sedang berlaku kini dengan pengalaman orang dulu-dulu (http://dindingkacamorsin.blogspot.com), orang dulu-dulu cukup-cukup hormat guru, tapi kini, pelajar yang pukul guru.

    Saya tidak terkejut kalau mogok, makian(dalam blog Dr. pun ada) berlaku, kerana sistem itu sendiri, pendidikan yang ada sekarang terlalu mengejar akedemik itu sendiri, dimana titik penting dapan pendidikan adalah mendidik, bukan mengajar..jadi bagi lah masa untuk mendidik bukan sekadar mangajar.

    Bagi saya ia tindakan yang betul, terutama kini, remaja dan belia kini menujukkan pendidikan adalah asas penting dalam menentukan masa depan negara.

    Ibu bapa pun kene mainkan peranan, termasuk kan Dr. dan saya, jagn semua kesalahan diletak di bahu guru, tetapi bila guru mendidik(rotan) dengan tujuan mendidik, ibu bapa lebih kuah dari nasi.

    Guru kini perlu sokongan, tanggungjawab dan expectation semakin mencabar, jangan asyik menyalahkan guru.

    Jika kita berjaya, belum tentu anak kita berjaya. Kalau mereka mewarisi kepandaian dan kejayaan, belum tentu mereka mewarisi sifat yang baik.

    Sekian.

    SILENT MP

    www.silentmp.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Salam DS,
    Syabas DS mengemukakan topik ini,saya menyokong DS supaya pihak Kementerian mengkaji balik apa sebabnya nak hadkan matapelajaran peperiksaan kepada max 10 subjek....DAN SAYA AMAT TERHARU PEMIKIRAN SDR HR YG MENYATAKAN BIASISWA HARUS DIBERI KEPADA 'SEMUA ANAK MELAYU'???.APAKAH SOAL 1MALAYSIA DIFIKIRAN SDR HR ATAUPUN UMNO SAHAJA???!!!FIKIRAN SEMPIT SEDEMIKIAN MASIH HIDUP DIZAMAN INI....???!!!.
    Soalannya,
    1)Adakah pihak kerajaan cuba menutup kelemahan dan masalah sendiri tentang agihan biasiswa kerajaan kepada anak2 yg cemerlang???Dan anak2 cemerlang ini harus dipersalahkan???
    2)Kerajaan sepatutnya memperuntukkan lebih lagi budjet biasiswa kerajaan kepada anak2 tempatan tidak kira bangsa,agama dan warna kulit...inilah yg rakyat alu-alukan selama ini...!!!
    3)transperancy---Kerajaan sepatutnya mengumumkan agihan biasiswa kerajaan melalui media tempatan ataupun media elektronik!
    4)Kurangkan fikiran SEMPIT seperti SDR HR yg hanya memikirkan anak2 Melayu SAHAJA...Siapa yg pandai dan layak(tak kira bangsa,warna kulit dan agama) harus diutamakan...mahupun di sabah dan sarawak!!!
    5)1MALAYSIA--Slogan dilaungkan oleh PM harus diutamakan dan dilaksanakan!!!JGN HANYA PENTINGKAN ANAK2 ORG UMNO SAHAJA...ANAK2 DARI PAS,PKR,DAP ATAUPUN KOMPONEN2 BN LAIN PUN NAK JUGAK!!!SIAPA LAYAK,DIA TERIMA!!!INI DUIT RAKYAT,BUKAN DUIT BN!!!
    6)Anak2 harus diberi peluang untuk memilih subjek lebih daripada 10(jika mereka mahu dan dapat menghadapinya,sebab ini pilihan mereka dan tak ada sesiapa pun dapat memaksa mereka)...

    CEMERLANG MELALUI 1MALAYSIA....
    SAYA SALUTE KEPADA YAB.DATO SERI NAJIB TUN RAZAK YG TELAH MELAWAT NEGARA CHINA DAN SEKALIGUS MEMBUKA PELUANG UNTUK SYARIKAT TEMPATAN MELABUR DI NEGARA TERSEBUT....INI ADALAH PERLU KERANA NEGARA CHINA AKAN MENJADI KUASA EKONOMI DUNIA NO.1 TAK LAMA LAGI DI SETAHUN DUA INI...LIHATLAH!!!!
    Sekian!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dr

    Sokong hujah tu.kenapa? kerana kita seperti menyekat kemahuan dan potensi meraka untuk mencabar diri sendiri,malah kerajaan memerlukan pelajar cemerlang yg sebegitu,biarkan mereka berkembang.

    Tetapi kerajaan prtlu tegas dan mengeluarkan garis panduan yg jelas,sekiranya ada pertikaian untuk pemberian biasiswa.

    ReplyDelete
  12. Salam DS,
    Sebenarnya soal 10 matapelajaran atau 20 matapelajaran bukannya satu masalah.....yg masalahnya sekarang adalah kerajaan menghadapi agihan biasiswa yg sepatutnya dapat,mereka tak dapat...tetapi agihan tersebut sebahagian telah bagi pelajar yg tak begitu cemerlang berbanding pelajar yg mendapat 13A(yg tak dapat)!!!.....HARUKAH MEREKA DIPERSALAHKAN DAN ADAKAH MENGAMBIL MATAPELAJARAN YG LEBIH DGN KEPUTUSAN YG CEMERLANG MENJADI PUNCANYA MASALAH INI?????SAYA RASA MASALAH INI TIDAK WUJUD,SEPATUTNYA KERAJAAN HARUS TERUS MENUJU KEPADA MASALAH MEREKA IAITU PERUNTUKKAN MENAMBAH BIASISWA KERAJAAN DAN AGIHANNYA......LANCAR PROJEK MEGA2 BERBILLION RINGGIT...TAPI BILA SAMPAI SOAL BIASISWA TERHEGEH-HEGEH NAK BUAT KEPUTUSAN...SEPATUTNYA INI HARUS DIPENTINGKAN SEBAB INILAH MASANYA KITA MEMBENTUK PAKAR2 TEMPATAN DI BIDANG MASING2......JGNLAH TERLALU LEMAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK HAL INI(SEPATUTNYA MASALAH INI TIDAK WUJUD LANGSUNG)...SEMAKIN LAMA KERAJAAN PUTUSKAN MASALAH INI,MACAM2 ISU AKAN TIMBUL SEPERTI SOAL KAUM,SOAL RUNGUTAN IBUBAPA,SOAL RUNGUTAN PELAJAR....DAN MACAM2 LAGI!!!

    ReplyDelete
  13. DRKT,
    Menghad kan subjeck SPM kpd 10 subjek adalah satu tindakan yg amat baik dan bijak malahan 10 subjek juga masih banyak ,kalau disingapore ( peperksaan yg sama nilai ) max 8 subjek sahaja ,begitu juga di United Kingdom ' O' level dan GCE . Perkara koko dan sukan menjadi utama untuk menjadikan 'all round student ' . pengajaran kreativiti dan kritis diutamakan . Dgn cara ini negara dapat membina warga yg lebih innovatif dan produktif BUKAN nya robot yg bijak menjawap apa apa soalan SPM sahaja .

    ReplyDelete
  14. Jangan jadi kambing/lembu yang diikat ditengah padang rumput yang luas.

    ReplyDelete
  15. Sepatut jumlah subjek tidak menjadi pertikaian, biarlah banyak mana sekali pun yang ingin diambil, "is up to the person itself".

    Masalah sekarang adalah pembiayaan biasiswa pelajaran, sepatutnya skim yang ada telah terbukti jelas, setiap calon akan dinilai bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dari kegiatan luar.

    Kalau tidak silap saya, mewakili sekolah, daerah, negeri atau negara dalam kegiatan luar juga memberi "pemberat" dalam menentukan kejayaan calon mendapat biasisiwa, juga keupayaan calon dari segi kewangan dititik beratkan.

    bukankah bila ada kriteria ini baru ada nilai saksama, tapi yang dipersoalkan sekarang oleh setiap ibu/bapa, pelajar dan juga "oppotunist" adalah kesamarataan sedangkan mereka "bermain dipadang yang tidak samarata".

    adakah kita inginkan "SAMA-RATA" atau "SAKSAMA"???
    Bagi saya SAKSAMA adalah lebih adil dari SAMA-RATA, kerana bila hanya sama-rata dititk beratkan maka hanya segelintir masyarakat akan mendapat faedahnya, dan bila ini terjadi akan ada jurang yg besar dari segi sosio, ekonomi dan integrasi.

    Bila SAKSAMA yang kita amalkan, maka setiap lapisan masyarakat akan mendapat faedahnya.

    satu persoalan secara ringkas Untuk perbandingan.
    Pelajar 1, keluarga berkemampuan berbelanja untuk dibimbing sehingga mendapat 15A dalam peperiksaan.

    Pelajar 2, tanpa bantuan dan serba kekurangan masih mampu mendapat 9A dalam peperiksaan.

    SIAPA YANG PERLU DIUTAMAKAN?
    SAKSAMA KAH KITA KALAU PELAJAR 1 DIUTAMAKAN?
    DAN JIKA KITA MASIH BERPEGANG PADA SAMA-RATA ADAKAH PELAJAR 2 DAPAT DUDUK SEBARIS DENGAN PELAJAR 1?? DAN AKIBAT JANGKA PANJANG SIAPAKAH YANG AKAN LEBIH DAPAT MENIKMATI PELUANG TERSEBUT JIKA SAMA-RATA DIAMALKAN BERDASARKAN JUMLAH "A" DALAM PEPERIKSAAN YANG MENJADI BENCHMARK.

    FIKIRLAH SENDIRI...KEMANA MELAYU AKAN PERGI. DAN FIKIRKAN LAH JUGA SIAPA YANG RAMAI MENDUDUKI KAMPUNG2 DIKAWASAN HULU JAUH DARI KEMUDAHAN.

    INI REALITI, BUKAN EMOSI. UNTUK KUAT JANGAN HANYA NAFSI-NAFSI, IKUTLAH SIFAT NABI ....UMMATHI UMMATHI.

    ReplyDelete
  16. Masalah biasiswa? Rasanya masalah mental yang perlu diutamakan. Sanggupkah anda lihat anak-anak ini, baru tingkatan 5, sudah ada yang bunuh diri, gila, etc.??? Please be a matured grown-up. Tengok contoh 'genius' Malaysia kat UK tu, is that what we want? In fact in UK, you don't need as much subjects to enter university. You only need two or three C's. What we lacked is 'old' geniuses... If you are too 'genius' at an early stage, you tend to 'burn-out' morally, spiritually most of all mentally too quickly...so 'drive' slowly

    ReplyDelete
  17. Salam Dr.

    Merujuk pendangan saya sebelum ini kepada pengehadan pengambilan subjek untuk SPM kepada 10 Subjek. Saya difahamkan bahawa Kementerian juga telah mengurangkan subjek teras kepada 3@ 4, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan 1@2 lagi subjek berbanding 6 sebelum ini.

    2.Dengan ini, pelajar masih bebas memilih 6 subjek elektif bergantung kepada minat dan kenderungan masing.

    3.Saya juga difahamkan sebelum keputusan dibuat,Kajian telah dilakukan secara menyeluruh dengan menagambil kira segenap aspek termasuk minat dan psaikologi. Kementerian juga sedang/telah mengenalpasti penilaian bukan hanya dilakukan secara kuantitatif sebaliknya kualitatif.

    4.Sebagai contoh pelajar pertama mengambil 23 subjek, memperoleh 9A 2B 12D dan pelajar kedua mengambil 10 subjek memperoleh 9A 1B.

    Siapa yang lagi baik??mungkin boleh dibincangkan..

    Sekian,salam perpaduan.:)

    S.MP

    ps: perlu dikaji silibus pembelajaran agar kita seiring dengan perkembangan dan keadaan dunia kini.

    ReplyDelete
  18. SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    ReplyDelete
  19. Saya setuju dengan pendapat dr khir. Kementerian Pelajaran harus mengeluarkan garis panduan pemberian biasiswa dan syarat umum kemasukan ke universiti untuk undergrad.. ini membolehkan pelajar mengambil subject yang betul dan tepat dengan kehendak ipt. Harap umno malaysia memberi pendapat bernas bagi pihak rakyat.

    umno-malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. pelik la..mana boleh..kalu mcm 2 orang yang belaja sekolah agama mcm mana.bnyak subjek kna ambil.xxkn hal duniawi je nk kna pndai.agama pon perlu seiring

    ReplyDelete