Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, July 1, 2009

Air oh Air: Kerajaan Negeri Hampir Muflis?

Update:

Saya baru terbaca FAQ oleh kerajaan Selangor yang diulas oleh Selangordaily.com. dan juga salah seorang pengunjung di sini.

Dalam fasal 3 FAQ tersebut berbunyi:

• Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kesemua aset syarikat-syarikat konsesi tersebut, dan membayar ekuiti pelaburan mereka pada kadar 12 peratus setahun. Jumlah ini dijangka menjadi RM5.7 bilion (iaitu nilai aset berjumlah RM4.6 bilion, nilai ekuiti bernilai RM1.1 bilion).

• Jika cadangan ini diterima, barulah Kerajaan Negeri Selangor memindahkan RM4.6 bilion nilai aset syarikat-syarikat konsesi, dan RM9.7 bilion nilai aset air milik Kerajaan Negeri kepada PAAB.

• Hasil daripada jualan aset berkaitan air itu nanti, Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima RM14.3 bilion dalam bentuk tunai dan bon daripada Kerajaan Persekutuan.


Apa guna kerajaan negeri membeli syarikat tersebut dan kemudiannya menjual pula kepada kerajaan persekutuan? Lebih baik kerajaan persekutuan beli terus.

Saya juga tertanya-tanya bagaimana janji mereka mahu menurunkan tarif air kepada 24% sedangkan mereka sendiri ingin menjual kesemua kosensi pengurusan air ini?

Ada satu lagi fasal yang menarik iaitu fasal 6 dalam FAQ tersebut yang menyatakan:

• Kerajaan Persekutuan masih terus menolong syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional. Syabas didapati menaja Perhimpunan Agung Tahunan UMNO, termasuk tahun 2009.


Seingat saya sebagai Ahli MT, tidak pernah dimaklumkan tajaan syabas kepada perhimpunan Agung UMNO termasuk pada 2009. Saya juga tidak nampak sebarang bukti nyata tajaan syabas. Ini berbeza sekali dengan Muktamar Pas 2009 yang menyaksikan Puncak Niaga (salah satu yang dituduh kroni UMNO) telah menaja banting dan buku cenderamata muktamar tersebut.

Sekarang Puncak niaga kroni siapa pula?

Tulisan Asal

1. Saya pernah menyarankan agar kerajaan negeri dibenarkan mengambil alih pengurusan air negeri di Lembah Klang. Sila baca Antara Slogan dan Realiti: Biarkan Kerajaan Negeri Uruskan Air Selangor.

2. Sehingga hari ini dilaporkan kemelut ini belum selesai. Hanya konsortium ABBAS yang 55% sahamnya dimiliki oleh Kumpulan Perangsang Selangor (anak syarikat kerajaan negeri) yang bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri. Manakala lain-lain syarikat yang terbabit menolak

3. Manakala syarikat lain seperti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) Puncak Niaga Holdings Bhd dan Syarikat Bekalan air Selangor telah menolak tawaran Kerajaan Negeri yang mereka anggap rendah dan merugikan.

4. Saya tertanya-tanya apakah kerajaan negeri serius dalam mengemukakan tawaran pengambil alihan atau sekadar "bermain politik" bagi mencari populariti tanpa perlu bekerja.

5. Kerajaan Negeri membuat tawaran yang rendah agar para pemegang saham syarikat-syarikat ini menolak tawaran tersebut. Ini sekaligus membantu melepaskan segala beban janji mereka.

6. Pengurusan air hari ini merupakan satu industri yang memakan kos yang tinggi. Selain sungai yang tercemar, sumber air bawah tanah juga kian berkurangan. Ini menyebabkan kerajaan Persekutuan terpaksa memperuntukkan berbilion ringgit bagi menyediakan infrastruktur penyaluran air dari Pahang. Pengurusan air di Selangor nanti juga perlu membayar harga air mentah ini kepada Pahang.

7. Justeru amat mustahil untuk kerajaan negeri memenuhi janji mereka bagi menurunkan harga air jika mereka mengambil alih pengurusan. Jika kita baca kenyataan mereka semuanya bersifat retorik sahaja. Mereka tidak pernah mendedahkan bagaimana mereka boleh menurunkan harga air tanpa memperjudikan kualiti air, paip dan juga kuantiti yang mencukupi.

Tiada Air Percuma Dalam Erti Kata Sebenar

8. Tahun ini sahaja kerajaan negeri perlu membayar hampir RM 200 juta (setahun)kepada Syabas sebagai tampungan subsidi air sebanyak RM 17 juta sebulan. Sebenarnya tiada istilah air percuma seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan negeri. Apa yang berlaku ialah bayaran tersebut telah berpindah daripada RM 11.40 sebulan bagi sebuah rumah kepada perbelanjaan kantung kerajaan sebanyak RM 200 juta setahun.

9. Ini bermakna kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 200 juta bagi tahun ini. Pengurangan ini bermakna akan mengurangkan aktiviti ekonomi sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi dan memberi kesan kepada perniagaan kecil dan sederhana. Akhirnya kesan tersebut akan kembali kepada rakyat yang menjadi peniaga dan pekerja - pendapatan, upah dan bonus akan berkurangan.

10 Lebih serius, pendapatan kerajaan negeri enam bulan pertama tahun ini hanya separuh daripada unjuran sebenar. Kerajaan negeri mengunjurkan pendapatan sebanyak RM 700 juta dalam enam bulan pertama tahun ini, namun jumlah yang diperolehi hanyalah RM 450 juta.

11. Jika keadaan ini berterusan sehingga akhir tahun, kerajaan negeri akan mengalami belanjawan defisit dan boleh bankrupt dalam setahun dua akan datang jika terus diuruskan secara semberono berbelanja melebihi pendapatan.

12. Sebab itu kita dapati usaha-usaha untuk menguasai pengurusan air negeri hanyalah cakap-cakap retorik politik. Mereka tahu tawaran pembelian tersebut tidak akan diterima kerana harga yang ditawarkan tidak memuaskan hati pihak yang ingin menjual. Mereka melakukan tawaran sedemikian supaya ia ditolak.

13.Maka pelbagai janji dibuat bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan pusat pada masa akan datang termasuk menurunkan tarif air sehingga 24% dan mengekalkan air percuma.

14. Apabila kerajaan pusat mengambil alih nanti tentulah ia tidak boleh memberi air bersubsidi demikian kerana jika dilakukan ia harus membabitkan rakyat seluruh negara. Jika kos bagi Selangor sahaja mencecah RM 200 juta setahun, tentulah kos tersebut mencecah bilion ringgit apabila ia dilaksanakan di seluruh negara? Ini pasti tidak akan dapat dilakukan, apatah lagi dengan kos pembangunan terowong air Pahang-Selangor sahaja mencecah RM 12 bilion.

15. Inilah taktik kerajaan selangor hari ini. Dan tidak lama lagi kita akan menengar lagu air oh air ini akan terus didendangkan sama seperti lagu bangau oh bangau. Yang bakal menjadi mangsa nanti jika isu ini tidak diuruskan dengan betul ialah rakyat.

48 comments:

  1. Wahai DSKT,

    Memang benar air bukan nya murah lagi di zaman ini. Sekurang kurang nya kerajaan hari telah meregankan beban rakyat Sgor dengan subsidi air yang murah. Dizaman DSKT haboh pun tak de selain menjahanamkan duit kerajaan negeri adalah. Contoh terbaik Dato Z yang telah meninggal. Asalnya pekerja KTMB tetapi apabila menjadi orang kuat DSKT kaya raya di buat nya.

    ReplyDelete
  2. Dato' Seri,

    Ini merupakan masalah yang mudah pada mereka.Salahkan sahaja pada UMNO. Tutup buku.

    Niat mereka wajar dipertikaikan. Dengan pengambilalihan yang bernilai berbillion RM sepatutnya ada perundingan, penawara, maklum balas dan sebagainya.

    Ini tidak, bagi tawaran pada hari Jumaat, mahu jawapan pada hari Isnin. Ditambah pulak tiadanya ruang untuk rundingan dalam temoh tersebut. Bila tak berjaya salahkan UMNO dan kuncu - kuncunya seperi Tan Sri Rozali. Dato' Lin Gamuda tiada yang beri komen. Seolah - olah yang jahat hanya taikun Melayu, Taikun Cina baik belaka!

    Rakya perlu sedar bahawa Kerajaan Selangor main wayang aje. Idea asal pengambil alihan ini telah dibuat pada zaman Dato' Seri lagi tetapi mereka buat seolah - olah idea mereka.

    Biasalah lembu punya susu, sapi yang lebih popular.

    MUSANG TERBANG

    ReplyDelete
  3. sikit masa lagi bertempiaranlah orang ts khalid ni...kita tunggu dan lihat hanya masa yang akan menentukan...

    kalau menghabiskan duit tabung...lingkup berniaga....ds bagitau kami duit yang dulu ds tinggal untuk selangor sekarang bertambah ke atau tinggal suku...

    pantau..jangan tak pantau...saya sokong ds maklumkan kat kami cara mereka berkerja....

    kalau boleh kaji sikit tentang pkr,dap dan pas ni....mereka mimpi sama warna ke atau berlakon sahaja....astagfirullah tak baik mengata orang...

    p/s:sekarang ni ds semakin laju ubah topik...anak melayu...pro aktif...bagus

    ReplyDelete
  4. Dato' Seri.

    Sebagai rakyat biasa (pemandu teksi) di Putrajaya, jealous juga setiap kali mendapat bil Syabas sebab saya tak dapat...,

    Sebagai orang yang tidak mahir memahami sepak terajang orang politik..., kadangkala terfikir juga berapa lama Kerajaan Selangor ni mampu menanggung subsidi ini.

    Namun kadangkala salute juga dengan kesungguhan yang "ditunjukkan" mereka.

    Dalam mengimbangi kos operasi dan kehendak rakyat (pengundi), saya rasa ahli politik perlu (walaupun terpaksa) untuk mengutamakan rakyat.

    Saya khuatir tindakan kita untuk menerangkan kepada rakyat akan bahaya (risiko) tindakan (subsidi) yang telah meringankan mereka, akan menyebabkan kita dilihat sebagai anti rakyat.

    Persepsi rakyat (sebelum dan sekarang ini) kepada kita perlu diubah dengan segera. Wallahuaa'lam.

    http://taxidriversmind.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Semoga rakyat Selangor mendapat hidayah yang sebenarnya khususnya untuk org melayu. Bak kata DR M, melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  6. Salam DS........
    Setuju dengan pendapat DS,dan ulasan saya telahpun beberapa kali saya luahkan pada komen komen yang lepas dan jangkaan saya kerajaan negeri memang sudah menjangkakan keadaan ini akan berlaku sebab itu bermacam provokasi dan signboard dipaparkan mengenai pengurusan air dikembalikan pada kerajaan negeri.

    Dan apabila keadaan terdesak maka kerajaan persekutuan akan dijadikan kambing hitam untuk mengaburi rakyat.Hakikat yang sebenar,kerajaan negeri tidak mampu menguruskan pentadbirannya dan untuk menyembunyikannya dengan mencipta bermacam alasan.

    Bila agaknya rakyat akan sedar akan kemusnahan yang dilakukan oleh PR apakah sehingga kenyataan di depan mata baru kita dapat menerimanya.

    Jika pemimpin PR menentang rasuah,bolehlah dijenguk apa yang pemimpin pemimpin ini miliki sekarang.

    SESAL DAHULU PENDAPATAN..
    SESAL KEMUDIAN......LU TANGGUNGLA SENDIRI......

    ReplyDelete
  7. Saudara Marangkrapu,

    Jika sudah sayang yang busuk pun tetap wangi. Jika sudah benci yang wangi pun tetap busuk.

    Misalnya jumlah bantuan yang diberikan oleh kerajaan Selangor dahulu jauh lebih besar dalam bentuk subsidi perumahan kos rendah untuk penempatan setinggan (RM 7, 000 sebuah rumah), bantuan orang meninggal dll.

    Bantuan oleh kerajaan memang baik tetapi hendaklah kena sasaran dan diseimbang dengan pembangunan agar kantung kerajaan negeri tidak kering.

    Misalnya, apakah benar ringan beban rakyat dengan subsidi RM 11.40 sebulan sedangkan sebahagian besar yang menerima ialah penduduk rumah teres dan banglo, manakala sebahagian besar penduduk pangsapuri tidak menerimanya?

    Mengenai arwah Datuk Z, saya fikir tidak adil memburuk dan mengata orang yang telah meninggal. Apakah kerana politik kebencian ini kita sudah hilang akal budi? Cuma dakwaan bahawa Datuk Z menjadi kaya kerana orang kuat saya adalah tidak benar. Orang yang memahami sepak terajang politik UMNO tentu tahu bahawa Datuk Z lebih senior daripada saya dan beliau telah sedia kaya semasa saya belum menjadi MB lagi.

    Bagi saya di Malaysia ini sesiapa sahaja boleh kaya asalkan sanggup berusaha dan bekerja kuat. Masalah kepada sesetengah orang Melayu, mereka mahu kaya jalan senang. apabila gagal dan marah melihat kekayaan orang lain maka bermacamlah tuduhan dibuat.

    ReplyDelete
  8. Saudara Bocah,

    politik alaf baru ini mencari populariti singkat ini hanya akan disesali oleh orang ramai dalam jangka masa panjang

    ReplyDelete
  9. Saudara Salleh,

    Kita boleh salute usaha mereka jika mereka benar-benar berusaha. Namun apa yang berlaku hari ini ialah mereka menghabiskan rezab negeri sebanyak RM 1 billion lebih tanpa mempunyai perancangan untuk memajukan ekonomi.

    Saya setuju persepsi rakyat perlu dibetulkan. Kita juga kena akui bahawa tindakan kerajaan BN beberapa tahun lalu yang membuat banyak polisi termasuk kenaikan petrol dan tol dan gagal mengawal kenaikan kos sara hidup tanpa mengambil kira kebajikan rakyat menyebabkan rakyat terutama di bandar memberi undi kepada pihak lawan.

    ReplyDelete
  10. salam...

    Orang sokong PR nie sama jer akalnya dengan
    orang bukan penyokong....orang bagi free..ambik,
    bezanya mereka suka gula-gula tapi yg bukan
    penyokong PR terfikir sampai bila KDEB
    nak tanggung.... kantong negeri
    semakin kosong,kantong kroni semakin kembong,
    kos mengurus melambong,ekonomi negeri merudum,
    pemimpin PR makin sombong,
    akhirnya rakyat jua melopong...

    Tapi kini kita semakin sedar..

    ReplyDelete
  11. Kerajaan bagi subsidi tu setelah mereka memikirkan buruk baiknya, takkanlah main bedal aje. Anda semua (pembangkang) fikir kerajaan negeri sekarang ini semuanya tak sekolah ke?. Mereka tu terdiri daripada pelbagai latarbelakang profesional, tak perlu dibimbangkan. Saya percaya mereka akan dapat memajukan negeri selangor pada masa yang akan datang, yang DSKR ceritakan ni hanya tomahan semata.

    ReplyDelete
  12. Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh DSKT tentang rezab simpanan berjumlah 1B dah selesai licin...malanglah orang selangor...
    berapa ramai anak selangor dapat merasa sejumlah wang tersebut atau kroni PR yang merasa?
    mengata orang memang mudah bila dah sendiri perintah, baru mereka jadi biol.
    Pasal air pun tak selesai, nampak gayanya dibawah PR selangor makin mundur dan bermasalah..skandal terlampau banyak

    ReplyDelete
  13. Dear Dr Khir,

    Sdr Marangkrapu tu dahulu asalnya adalah org UMNO gak tapi sekarang dah berpaling tadah dgn PR sebab masa kat UMNO dulu dia pernah mintak stor jual burger tapi kena tolak kat kerajaan dulu tu psl bengang smpi hari ni.

    Kesian dia sbb dgr crita org sibok psl dpt air murah tp dia x dpt jugak.

    p/s - pegi mandi bunga la saudara...

    ReplyDelete
  14. tahniah Dr Khir. diatas pembongkaran pembohongan subsidi air di selangor oleh kerajaan pakatan yang memang licik melakukan pembohongan kepada rakyat selangor khususnya dan rakyat malaysia seluruhnya. HATI-HATI DGN TIPU MUSLIHAT KJAAN PAKATAN. MEREKA KEMARUK KUASA, APA JADI KPD BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM, BELAKANG KIRA. ITU WAJAH SEBENAR KJAAN PAKATAN TIPU RAKYAT.

    ReplyDelete
  15. Pemimpin Pakatan sombong. Pemimpin Barisan lagi sombong.

    ReplyDelete
  16. Salam DS,
    Saya setuju Kerajaan Negeri tak sepatutnya mengeluarkan wang yg sejumlah Billion RM semata-mata utk Air sahaja....Dalam hal ini saya tidak teragak2 utk menentang 200% pengambilan hak air di selangor....
    Saya juga perlu ingatkan kepada pihak Syarikat air bahawa jgn BERMAIN2 game dalam soal ini terutama Tan Sri Rozali dan pemimpin lain dari lain pihak,TEPUK DADA TANYA SELERA!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  17. Itulah cara mereka berkerja, realitinya menghabiskan duit yang dulu UMNO simpan.

    Dia xpandai nk cari duit pasal tu hr tu nk sgt bela babi, Ha skrg dh kena selsema babi.

    Skg ni brapa la agaknya pendapatan kerajaan Negeri Selangor? kalu ada penyokong Klalid, tolong la jawab.

    Skg ni ramai orang kampung yg keliru dgn janji diorang, kadang-kadang kita di UMNO ni yang jadi mangsa. Klu xmampu jgn la tabur janji.

    kpd marangkerapu,
    resional la skit, bukan sikit wang yang nk dibelanjakan. Xsedar ke yang awak tu dh tertipu. Kononya di bg percuma air, tp kalu di wat charge tersembunyi ataupun perbelanjaan pembangunan, sahsiah, rohani dll yg sepatutnya diberi kpd kita rakyat Selangor dh dikurangkan. Janganlah kerana RM 11.40 kita tergadai maruah dan harga diri kita orang Melayu dengan idea-idea yg memenangkan bangsa lain.
    Jgnlah butakan mata dengan xnampak apa yang DSKT dah bagi. Jgn lah jd orang yang berterima kasih dan x mengenang jasa.

    ReplyDelete
  18. Kalau berusaha menjadi kaya dengan hasil titik peluh sendiri, saya solutelah. Tetapi yang menjadi kekesalan adalah kekayaan hasil merompak hak negara dan rakyat. Duduk dalam post UMNO semata2 nak menjadi kaya, itulah tabiat kebanyakan pemimpin kerajaan barisan nasional. Jangan fikir orang tak faham ya. Mana-mana orang PR yang bertindak seperti itu, sebenarnya mereka ini asalnya dulu menyokong kuat BN, sebab itu apabila berada dalam PR pun buat perangai begitu juga. Tamak haloba sehingga tak kenal yang hak dan bukan hak.

    ReplyDelete
  19. sudah la lu khir..pi gadai jam la tolong kerajaan negeri kalau dah nak muflis...

    ReplyDelete
  20. Kepada siti zz.......

    Mungkin saudari masih mimpi lagi sebab tu zz...nya tak tertinggal.Cubalah berfikir dengan akal yang waras tanpa ada perasaan benci..

    Saya juga seperti saudari yang mengharapkan cuma yang terbaik untuk rakyat bukanlah menyokong tanpa usul periksa dan bersikap rasional.
    Apabila PR dapat memerintah saya mengharapkan agar apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan demi untuk rakyat,tapi apa yang berlaku seolah olah PR seperti membalas dendam dan cuba menunjukkan kuasa tanpa mempedulikan kepentingan rakyat.

    Buktinya....kenapa segala kemudahan kemudahan yang diberi oleh BN semasa pemerintahannya dulu di hapuskan dan tidak diteruskan.
    Contohnya pembinaan sekolah agama dan masjid yang telah diluluskan telah dibatalkan pembinaannya(apakah sekolah agama dan masjid itu untuk kegunaan parti BN saja,bantuan rumah PPRT,bantuan untuk nelayan pesisir pantai(sekadar mengambil beberapa contoh)dan bermacam lagi bantuan kerajaan negeri yang dihapuskan apabila kerajaan PR memerintah.
    Kenapa tak diteruskan dan ditambahbaikkan...?( semua ini jika diteruskan memakan belanja yang banyak)dan kerajaan PR tak mampu untuk menguruskannya.Buktikan.....apa yang telah dibuat oleh golongan pemimpin profesional ini selain dari isu pemberian air percuma yang sampai sekarang pun masih lagi kita tak tahu penghujungnya.Cuma satu yang saya dengar cerita masih diteruskan ialah bantuan RM2000 untuk kematian,itupun bayaran beransur.Mana janji janji yang lain?
    Jika benar kerajaan PR lebih baik dari BN,kenapa duit yang ditinggalkan lebih satu bilion dah nak habis dibelanjakan bukannya semakin bertambah....?
    Dan alasan yang dapat saya fikirkan ialah kerajaan PR hanya tahu berbelanja dan menghabiskan apa yang ada terutama di Selangor.

    Jika ini berlaku........SIAPA YANG RUGI?

    ReplyDelete
  21. Saudara marangkrapu..

    Kalau dizaman DSKT habok pun takda dan menjahanamkan duit rakyat kenapa ada tertinggal duit lebih satu bilion yang yang sekarang sedang dihabiskan oleh pemimpin PR....SIAPA SEBENARNYA YANG MENJAHANAMKAN DUIT RAKYAT?

    ReplyDelete
  22. Tunggu dan Lihat..jika PR dapat bertahan (memberi percuma air), Alhamdulillah rakyat dapat menikmati kemudahan ini dan kerajaan negeri yang lain boleh ikut sama (cara2 yang dipraktikan) untuk kebaikkan rakyat..rakyat diutamakan..
    Pada masa yang sama DSKT, boleh pantau dan memberi pandangan supaya negeri selangor tidak akan jatuh muflis(rakyat akan merana)..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum dr

    Pengurusan sumber alam seperti sungai dalam bidang kuasa siapa? kerajaan negeri tak bole ke buat pemantauan yg berkesan dalam hal ini?
    dalam kita memberikan lesen untuk sesuatu pembangunan, peraturan alam sekitar tidak dititik beratkan?.Sekarang bila telah terjadi pencemaran baru kita tahu betapa banyaknya kos diperlukan untuk memuliharanya semuala.
    Kerajaan sekarang tak bole dipersalahkan hanya kerana dia memberi subsidi air kepada rakyat.Puncanya dimana? kalau tiada pencemaran sedari mula duit tak perlu digunakan untuk memuliharanya semula.
    Sungai sungai di selangor hampir semuanya telah tercemar dengan teruk sekali, mengapa? adakah oleh sikap masyarakat sahaja? atau sikap kerajaan yang tidak perihatin dalam menyelia alam sekitar dibawah kawalannya?.

    ReplyDelete
  24. kabaro ds
    saya rasa fasal dek karenah air inilah
    bn tak kan menang di selangor selama lamanya. lihat ajelah kesangsaraan yang di buat dek leadership bn pasal air.

    bila bil tak dibayar air bilnya -air akan
    di potong dan bayaran 50 ringgit dikenakan. sambungan kerap kali dibuat
    selepas 3 hari . kerja kerja penyambungab pula dibuat olih orang jawa [aceh] pada waktu tengah malam
    bila orang tidur.

    si jawa yang dapat penswastaan ini dulu
    loyar koman dengan bank islam . lihat sekarang - ada private jet , imbohan
    0.5 million ringgit sebulan . lagi gomen bn nak tolong kasi jawa ini kaya '
    lagi- nak naikkan tarif air.

    strategi sama nak digunakan olih gomen
    bn di perak. lihatlah bagaimana orang
    melayu bolih jadi satu dengan dap untuk
    menolak parti melayu ameno!

    jadi gomen bn kena pulih imej - bawa
    balik keadaan ke era sebelum penswastaan. sekarang di dalam keadaan
    terdesak ini ramai remaja melayu dari
    golongan pendapatan rendah terjebak dalam kancah pelacuran.

    semalam semasa berjalan di tepi jalan
    dekat batu 3 jalan ipoh. sebuah teksi
    menurunkan se orang remaja melayu
    -skirt pendek , baju blouse putih. nampak macam biasa aje. bila saya terpandang di dalam teksi itu yang buat
    saya terperanjat. ada orang putih british agaknya -60an- di dalam teksi itu. hantar pulang sundal rupanya! disebelah jalan raya tersergam condo
    low yat. sekarang negara kita dah jadi
    sangat susah - orang miskin. prosperity
    tak nampak olih penduduk penduduk
    di pprt di kl/selangor. kata nabikita
    kemiskinan membawa ke kekufuran-

    batu 3 jalan ipoh dah mungkin potong
    pat pong di bangkok. omptih yang tua
    sudah selesa dengan gadis melayu.
    mungkin masih 'cantik dan fresh' kalau
    di bandingkan dengan sundal sundal
    di patpong.

    ginilah mesej saya- yang mendapat
    durian runtuh dari penswastaan janganlah sampai nak kaut untung sampai cekik darah rakyat. Kalau sponsor muktamar pas brau baru ini pun tak
    dapat nak hilangkan kesan darah yang wak makan dari rakyat. jangan jangan ada udang di sebalek batu -nak korup
    pak ulama supaya bagi chan bila bincang
    fasal dasar air negeri yang melibatkan
    syabas. kerja keparat muhamad muhamad taib akan dikenang selagi ada bulan dan
    ada bintang.
    sekian-wassalam kepada yang bersimpati
    dengan warga miskin selangor/kl

    makan dari rakyat

    ReplyDelete
  25. salam DSKT, sekurang-kurangnya ada inisiatif utk mengurangkan beban rakyat bukannya menekan rakyat. Dimana silapnya pengurusan air ni di Malaysia, hujan turun hampir sepanjang tahun.. klu nak diikutkan pengurusan air septtnya tidak boleh diperdagangkan dan membuat keuntungan ke atas hasil air ni. Septtnya pihak kerajaan negeri yg patut menguruskan urusan berkaitan pembekalan air ni. Jgn nanti satu hari udara yg disedut hari ni pun akan diperdagangkan..

    ReplyDelete
  26. Syabas YB Dato Seri. Kerajaan PR hanya tau mencari kesilapan bagi mengaburi mata rakyat. janji-janji pilihanraya yg lepas belum tertunai. Semuga YB Dato Seri akan terus berjaya.

    ReplyDelete
  27. Tuan-tuan semua mari kita lihat dan telita FAQ Penstrukturan Semula Industri Air Di Selangor.

    Dalam perkara 3 FAQ tersebut, Kerajaan selangor menyatakan:
    ---------------------------------------------------------------------
    "• Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kesemua aset syarikat-syarikat konsesi tersebut, dan membayar ekuiti pelaburan mereka pada kadar 12 peratus setahun. Jumlah ini dijangka menjadi RM5.7 bilion (iaitu nilai aset berjumlah RM4.6 bilion, nilai ekuiti bernilai RM1.1 bilion).

    • Jika cadangan ini diterima, barulah Kerajaan Negeri Selangor memindahkan RM4.6 bilion nilai aset syarikat-syarikat konsesi, dan RM9.7 bilion nilai aset air milik Kerajaan Negeri kepada PAAB.

    • Hasil daripada jualan aset berkaitan air itu nanti, Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima RM14.3 bilion dalam bentuk tunai dan bon daripada Kerajaan Persekutuan.
    ----------------------------------------------------------------------

    kalau kita lihat perkara terakhir tu, setelah pengambilalihan berlaku antara konsesi dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan jual kepada Kerajaan Persekutuan, jadi mana tujuan asal kerajaan negeri nak uruskan sendiri air nie???

    Apa yang saya nampak kerajaan Selangor sekarang hanya nak mencari untung atas angin dengan menekan orang lain dan bukan niat beliau untuk menguruskan air ini sendiri. Dan kiranya perkara ini berlaku (dimana aset ini dijual oleh kerajaan selangor kepada persekutuan) bukan kah akan berlaku juga kenaikan tariff dan bila ini berlaku pastinya kerajaan selangor menyalahkan persekutuan amnya dan UMNO khas nya.

    apa yang pasti ini semua hanya helah politik untuk buat perangkap.

    ReplyDelete
  28. Salam ds,
    Saya sebagai wakil anak muda hulu langat sangat mencintai kampung saya dan negara malaysia dan akan bejuang untuk pertahankan.Bak kata ds tadi,kalau dah cinta,bau busuk pun tetap wangi.Memang benar,saya ingin nyatakan kepada marangkrapu,adakah anda benar2 sayangkan negari/negara?wang tabungan adalah untuk kecemasan akan datang,tidak boleh di samakan antara wang belanja dan simpanan.Kalau anda melihat 2 perkara ini sama,saya berani membuat kesimpulan bahawa anda hidup bergaya tetapi dalam poket,kosong.Jika hendak berjaya atau kaya,saya percaya bahawa tiada jalan pintas kerana saya hanya seorang kerani(golongan bawahan) di sebuah syarikat swasta.saya tetap ingin mengubah taraf hidup & manikmati kehidupan yang selesa.Jag=di saya susahkan diri bekerja part time dengan bersungguh2,hasilnya saya pernah rasa pendapatan 5 angka dan menikmati gaya hidup yang sama dengan taraf hidup seorang pengurus.Bukan hendak berlagak atau menunjuk,tetapi ingin saya nyatakan di sini,Allah dah kata "tidak ada sesiapa yang boleh mengubah diri kamu melainkan kamu mengubah diri kamu sendiri".Allah dah beri kita akal untuk berfikir & emosi,jadi kita kenalah gunakan akal untuk berfikir dan guna akal untuk mengawal emosi.beza kita dengan haiwan adalah kita ada akal.saya sentiasa positif dengan respon tidak kira samada daripada pkr,dap & pas.tetapi,saya gunakan akal untuk berfikir siapa yang boleh meneruskan perjuangan untuk orang melayu?Setiap parti pasti akan membuat kesilapan.Secara peribadi saya melihat kepada UMNO & saya juga nampak ada kesilapan.Saya percaya & yakin jika kita positif & berakal,marilah kita perbaiki sama2.Bukan bila dah rosak,kita cari yang parti lain.Jika anda dapat masuk pkr,adakah anda bebas boleh bersuara untuk perjuangkan hak orang melayu?Fikir!
    Saya amat berterima kasih kepada ds kerana sudi memberi info & isu terkini yang kami tak tahu kerana kami tidak ada pengalaman sebagai mb.hehe..saya melihat senario menuding jari sudah menjadi budaya dalam masyarakat melayu.Saya nak tanya kepada semua,adakah dengan cara ini,setiap isu boleh selesai?cuba anda belajar mengalah dalam kehidup realiti anda sendiri sekiranya membuat kesalahan,saya yakin perkara itu akan selesai.gunakan akal kita untuk ambil tahu isu & masalah kemudian kita sama2 cari jalan penyelesaiaan.kalau kita perhatikan,orang melayu berpecah belah kerana tuding-menuding,saya yakin perkara ini tidak akan selesai.cuba lihat sifat yang ada pada orang cina.Mereka tidak menuding jari dalam komuniti mereka kerana mereka tahu jika berbuat demikian,komuniti mereka akan rosak atau musnah.Marilah kita muhasabah diri & bersatu demi negeri/negara yang bakal kita wariskan kepada anak cucu kita nanti.Mari kita sama2 perbaiki & bantu ds dari segi sokongan moral untuk perbaiki UMNO.Apa kata semua??

    ReplyDelete
  29. Kepada Siti ZZ..

    Nak tanya sikit...

    ZZ tu apa? yang saya tau tiduuuuuur... he he he

    Patutlah u tak tau isu senasa rupa2nya zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  30. salam...

    Nak sangat air percuma tanpa bayar
    satu senpun..tadah lah air bila hujan turun...

    Yang duduk kampong tu....buatlah lubang aka kolam aka perigi
    aka sumur untuk bekalan sepanjang tahun...

    Yamg duduk dekat saliran aka sungai jagalah
    kebersihan dan alam sekitar (cintai sungai kita).

    Yang duduk kat kota aka bandar aka pekan
    (warga taman perumahan dll) pemaju sediakan
    kolam takungan air yg sebesar kolam takungan kumbahan xxxxx...

    Jika inipun pengguna kena keluar wang juga semata-mata nak guna air..
    fikirkan lah kembali kata-kata orang tua...
    TIADA BENDA SEDIKITPUN YG PERCUMA..

    ReplyDelete
  31. salam....

    BELI MURAH,JUAL MAHAL=UNTUNG ATAS ANGIN
    UNTUNG KERAJAAN NEGERI,NASIB RAKYAT BAGAIMANA?

    BIJAKNYER PAKAR EKONOMI NI YER...
    MAKAN PERCENT...MASUKKKKK

    ReplyDelete
  32. SALAM....

    SEGALA MACAM ADA KAT SELANGOR NI..

    NAK CARI DUIT POKET AKA KANTUNG
    BUATLAH BISNES JUALBELI AIR,PASIR,BATU,TANAH MERAH,TANAH GREWEL,TANAH LEMPONG,TANAH INDUSTRI,TANAH PERTANIAN,KAYU-KAYAN HANYA UDARA DAN ANGIN SAHAJA TAK BOLEH DIJUALBELI...

    PELUANG ITU WANG.....

    ReplyDelete
  33. dr khir

    Isu air ni, kalau kita fikir betul2 mesti kita akan jumpa satu fakta menarik, iaitu air percuma yang diwar-warkan oleh kerajaan PR ni sebenarnya adalah untuk golongan yang berkemampuan sahaja, termasuklah semua EXCO Selangor hatta MB nya sekali.Yang golongan marhaen ni tak dapat apa2 pun. Terutama yang tinggal kat rumah flat. Yang dok bising2 pasal memperjuangkan air percuma ni adalah golongan marhaenis sahaja (tinggal kat rumah flat) yang pendapatan mereka cukup2 makan je setiap bulan.

    Ni la masalahnya bila janji dibuat tanpa perancangan dan kajian teliti tahap kemampuan dalam mengurus air.Natijahnya, golongan marhaen ni tertipu, kewangan Selangor semakin melingkup.

    ReplyDelete
  34. Macam perangai budak tadika, pasal namapun nak mengejek. Patutlah minda pun macam tadika, terlalu obses dengan sesuatu, tanpa boleh menimbang dan melakukan perubahan. Cuba fikir, kerajaan yang ada ni adalah kerajaan negeri. Janji-janji yang mereka buat adalah berdasarkan jika mereka memenangi pilihanraya keseluruhan dan dapat memonopoli kerajaan persekjutuan.(kalau mereka tak cakappun kita faham sendiri). Sekarang ini untuk mentadbir air sendiripun kerajaan negeri dipermainkan terus oleh kjaan persekutuan. Segala sekatan dilakukan oleh kerajaan persekutuan supaya kerajaan negeri jeran dan tidak boleh bergerak. Walau bagaimana pun saya meihat negeri selangor ini tidak lah bertambah mundur spt. yang anda gembar-gemburkan, paling tidak kita masih berjalan sama level dengan pemerintahan terdahulu.

    Saya paling tak minat dengan pemimpin yang kaya rasuah, boleh ukur sendiri, gaji seorang doktor pakar yang mencecah berbelas ribupun, setakat dalam tempoh 5 yrs mereka belum selesa nak build rumah ala-ala istana, tetapi lihat sendiri sesetangah wakil rakyat, gaji tidaklah sebesar mana,(besau lagi gaji aku) tetapi baru-baru dapat post pun, emreka dah boleh bina rumah sebegitu. Cukup senang dapat kemajuan untuk poket sendiri, duit dari mana tu boleh dapat dalam sekelip mata saja? Mungkin mereka tidak mendefinasikan itu pendapatan rasuah, pada mereka itu usaha mereka, bahagian mereka, saham mereka dan hak mereka yang HALAL. Mudahnya business atas angin, cepat jadi jutawan hasil persen projek-projek sana-sini kerana ada KUASA!. Sedar-sedarlah, inikah yang dinamakan kemajuan yang diidam-idamkan?

    ReplyDelete
  35. MOHON COPY DI FRIENDSTER UNTUK TATAPAN ANAK MUDA... SUMBER TERPAKSA "DITIADAKAN" UNTUK MENGELAK PERSEPSI YANG TIDAK BAIK DAN ENGGAN MEMPERCAYAI FAKTA INI. SALAM PERJUANGAN DSKT.ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
  36. salam....

    jika kita sedar...

    janji-janji manis,baru sekelumit rakyat sedikit
    yang merasa....
    tembolok pemimpin tak sedikit yg kurang.....
    kesenangan diri sudah terhidang.
    APAKATA "BERHIDMAT TANPA GAJI DAN IMBUHAN, HANYA RAKYAT DIUTAMAKAN"

    SEPERTI PEMIMPIN2 ZAMAN SILAM...
    BERANIKAH MEREKA MENYAHUT CABARAN...?

    ReplyDelete
  37. Sesungguhnya Allah Maha Esa dan Maha Mengetahui.. Janganlah kita menjadi samseng di atas muka bumi-Nya ini kerana Allah sahaja berhak menjadi samseng. Keadilan yang sebenar bukan didunia. Ingatlah kita dunia hanya SEMENTARA. Hentikanlah berpolitik semata-mata sehingga lupakan Allah. Lupakan Akhirat, lupakan neraca mizan, lupakan syurga dan neraka.
    Kekayaan, emas, wang, duit pasir, air percuma, kontrak besar, semuanya tiada dinilai diakhirat..
    Selagimana kamu berpegang kepada yang dua ini, kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Adakah pemimpin kita berpegang kpd ini? Adakah DSKT mengkaji dua perkara ini? Adakah DSKT menghafal dua perkara ini? Adakah DSKT memahami kedua perkara ini? Jika tidak, lupakanlah penghinaan kepada orang lain kerana kita sungguh hina disisi Allah.
    Renungkan sebagai peringatan dan nasihat (Surah Al-Asr)

    ReplyDelete
  38. Salam,,semenjak DSKT tidak lagi menjadi MB, saya melihat pelbagai cara dan isu digunakan DSKT utk menghentam Kerajaan Selangor PR. Bermula isu kereta rasmi, air sehinggakan lembu turut dijadikan mangsa. Persoalannya mengapa? Adakah untuk membantu rakyat atau menjatuhkan maruah dan kepimpinan PR? Cukuplah DSKT kerana itu tidak langsung membantu. Jika benar DSKT ingin membantu, adalah lebih baik DSKT duduk semeja dan berbincang, mencadang, bekerjasama dengan PR samada dari segi fizikal mahupun moral. Inilah baru membantu
    Adakah dengan kritikan di Blog, dedahan di akhbar mampu menyelesaikan masalah? Saya rakyat. Ibu saya rakyat, Bapa saya Rakyat. Adakah ini pemimpin yang kami cari? Tidak cukupkah segala apa yang pernah DSKT lakukan selama ini? Adakah DSKT fikir pilihanraya ini bukan diundi rakyat? Bukan rakyat yang menentukan? Semuanya kerana rakyat. Berehatlah DSKT dari segala fitnah dan keadaan tidak membantu ini kerana kerajaan yang ada berdiri atas pilihan rakyat. Jika tidak mereka kata, maka tidaklah PRU13 nanti. Allah mengingatkan dalam Al-Quran supaya manusia bekerjasama dan bantu membantu di jalan kebaikan.. Adakah kritikan DSKT tanpa cadangan timbal balik mampu membantu? Tidak DSKT. Tidak. DSKT hanya mengusutkan keadaan.
    ingatlah dunia Allah ini hanya SEMENTARA. Sementara sahaja DSKT. Entah esok, entah lusa atau sekarang bila-bila saya boleh mati, bila-bila DSKT boleh mati. Persoalanya, cukupkah amalan kita? Cukupkah amalan DSKT? Banyak manakah pahala DSKT? Mampukah amalan itu menjamin DSKT masuk syurga dan meninggalkan neraka? Nabi berpesan selagi mana kita bergepang kepada dua perkara kta tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Hadith. Jadi, sejauhmana DSKT mengkaji dua perkara ini? Sejauhmana DSKT memahami dua perkara ini? Adakah hujah-hujah DSKT berkenaan semua isu di Selangor berpandukan Al-Quran dan Hadith? Adakah kata-kata DSKT dikuatkan dengan hujah Al-Quran dan Hadith? dan banyak mana semenjak DSKT menjadi MB membaca Al-Quran dan Hadith dan mengamalkan dalam membuat keputusan? mengamalkannya dalam gaya kepimpinan? Ingatlah..kekayaan, duit, lembu, kontrak besar, rumah besar, kereta mewah, tidak sedikitpun membantu di akhirat kelak. Semoga Allah panjangkan umur DSKT dan kita semua supaya menjumpai cahaya keimanan, dan bertaubat sebagai jalan keinsafan. Allah berpesan untuk kita saling ingat mengingati dan nasihat (Surah Al-Asr) bukan kerana saya pandai tetapi keran manusia difitrahkan sebagai pelupa dan lalai. Amin....

    ReplyDelete
  39. benarkah dskt mempunyai rumah mewah berharga rm20++ juta mengalahkan istana arwah datuk zakaria yb port klang itu seperti yg dihebahkan dalam malaysian insider?

    ReplyDelete
  40. SAlam DAto' Seri Khir Toyo,

    Apa sudah jadi dengan UMNO PANDAN? Tiada Ketua bahagian malahan Ketua Pemuda juga digantung??


    Jenguk-jneguklah kami disini....anak watan PAndan...kalau pemimpin UMNO asyik berpolitik...

    jawapannya...memang susah nak amik 2 DUN (CHEMPAKA & TERATAI) bila next election...

    renungkanlah

    ReplyDelete
  41. Dato jgn nak berteori panjang2. Yg jelas, saya sekarang tak perlu bayar bil air sbb asyik negatif. Kalaupun kerajaan negeri zaman dato dulu kaya raya, saya ttp kena bayar bil air.
    Bila tengok nilai rumah bekas MB 24 juta, patut laaaaa.

    Slogan untuk melayu hanya retorik UMNO, selling point saja.

    Boleh dato jelaskan pada media bagaimana dpt 24 juta tu?

    Kalau 2.4 juta pun, ianya ttp meragukan

    ReplyDelete
  42. Salam Datuk,

    I am a very concerned citizen after reading reports in the press about your house that apparently costs RM24 million. Now I am not a mathematician, but it boggles the mind how you could afford such a property.

    Would you kindly explain to the public in the interest of honesty and integrity of your own self, how you managed to purchase the property? Rest assured it would be in your best interest to do so as the rakyat will otherwise be very unhappy.

    ReplyDelete
  43. salam dato sri,
    ada baki 3 tahun lagi dan pada masa itu mereka yang menempelak UMNO dan barisan Nasional akan menjadi peminta sedekah.lepas ni separuh dari hasil selangor akan di jadikan gadai janji untuk memastikan semua perjalanan pentadbiran PR.saya di fahamkan ada rakyat yang berbangsa melayu jika minta sumbangan pada ADUN PR dapat RM15 manakala bangsa lain seluar dalam boleh bagi.kita dah bgtau tak mau dengar dio rang punya pasal.hebatnya UMNO boleh mengkayakan staff KTM.tan sri Khalid itu pun bekas ahli UMNO dan Kaya Raya kenapa tak pertikai.tanyalah apa masalah dia keluar UMNO....Tak puashati???? pasal kepentingan diri.sekarang semua pasir sementa pegang..siapa punya???

    ReplyDelete
  44. Dato,

    Rakyat seluruh Malaysia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai banglo baru Dato yang ditonjolkan oleh Malaysiakini. Banglo yang cukup besar dan selesa yang dikatakan milik Dato. Apakah benar berita ini? Kami rasa Dato harus mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan sumber kewangan untuk mampu memiliki banglo yang sebegitu besar.

    Bila nak ajak rakyat ke banglo Dato untuk jamuan satay?

    ReplyDelete
  45. salam,
    Saya bukanlah manusia yang berpangkat macam Dato tapi saya mahluk Allah macam Dato juga. Isu air kerajaan Negeri Selangor kenapa nak didengki atau disoalkan, mungkin pada zaman dato jadi MB selangor dato tak buat tapi pemimpin sekarang buat. Sekurang2nya mereka kotakan kata mereka dan berusah untuk membantu rakyat semampu mungkin.
    banyak yang saya nampak sendiri dengan mata yang allah kurniakan, mengenai hadiah kepada anak selangor yang dapat masuk ke IPT, skim warga masa yang meringankan beban mereka.
    pernah rakan sya kematian atuknya dan sya kata cubalah hubungi orang yang berkenaan.rakan sya kata hari ni hari ahad mana ada orang kat pejabat, saya jawab cuba dulu. kami terus menghubungi mereka diantara jam 2.00ptg, dalam perbualan itu setiausah YB berkata dia akan datang jam 3.00ptg, setelah menunggu kami terlihat kereta putih yang bertanya ini ketempatnya,tampa kami sedari dibelangkan kereta putih tersebut ada kereta exco YB Hassan Ali, kami rasa kagum melihat YB turut bersama datang menziarah,walhal sya tidak mengharap YB datang memandangkan hari cuti. dan yang paling sya kagum beliau tidak bermegah megah untuk keluar dari kereta sebaliknya tak mahu orang tahu akan kehadiran beliau datang kesitu. itu yang sya lihat depan sya sendiri.
    Zaman Dato dulu tak ada sorang pun yang datang kecuali ada majlis. sya syukur pada Allah kerana memberi kemenangan kepada PR, sekurang kurang mereka mencuba buat yang terbaik.
    pesan saya yang baik kita ambil yang buruk tinggalkan, kita akan mati satu hari nanti dan akan menjawab soal kubur nak2 pemimpin yang ada tanggungjawab.....semoga kita di berkati Allah...
    salam........

    ReplyDelete
  46. salam dato'seri..
    saya senang dengan komen balas dato'seri nampak keikhlasan dari hati kecil dato'seri.
    umno lemah kerana kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat.umno war-warkan bantuan yang sememangnya rakyat tahu bahawa segala keperluan yang dibagi itu adalah kewajipan pihak pemerintah.niat umno memang baik kerana ingin memajukan negara tetapi umno terlepas pandang mengenai akar umbi kerana kelemahan jentera bawahan yang lebih kepada kepentingan parti dan diri sendiri.tidak salah sekiranya kita ikhlas menolong orang yang segama dengan kita walaupun berlainan parti,tetapi perkara tersebut tidak berlaku.
    jkkk dan ketua bahagian perlu mainkan peranan yang bagus dan bijak bagi menjamin kelangsungan kuasa dan politik umno kerana mereka lebih dekat dengan rakyat. kurangnya pendekatan secara lembut terhadap pengundi parti lawan menyebabkan pengundi parti lawan bertambah jauh dari umno. lebih-lebih lagi kesan dari kos sara hidup yang tinggi akan menyebabkan rakyat semakin benci terhadap pemerintah.Disebalik kesusahan rakyat golongan pemerintah mempamerkan kehidupan yang jauh berbeza dan secara sponton rakyat merasakan mereka telah diabaikan walaupun dasar yang ada menjamin kehidupan rakyat.apa gunanya kita hidup bermewah-mewah sekiranya semua itu hanya sementara dan akhirnya kita dihina dan dianggap buruk oleh pandangan sesetengah rakyat.umno perlukan perubahan yang besar.umno tidak boleh duduk dengan selesa lagi.umno perlu bekerja lebih kuat.perkara yang paling utama kepada umno adalah kembali kepada ajaran islam yang sebenar kerana semua orang tahu budaya pemimpin dan penyokong umno yang kurang memberi tumpuan terhadap islam(kurang menghayati dan mengikuti kehidupan islam yang sebenar) maaf kiranya pandangan saya menguris hati pihak umno.rata-rata pihak umno yang saya kenal mengabaikan solat hanya segelintir sahaja yang masih taat.maaf ini adalah realiti yang harus kita lakukan perubahan termasuk diri saya sendiri agar menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara dan memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  47. Selamat sejahtera.

    'Baling batu sembunyi tangan'
    'Sambil menyelam minum air'
    'Bagai melepas batuk di tangga'
    'Ayam berak tahi kapur'
    'Siapa yang makan cili, dia terasa pedas'

    Begitulah pepatah yang dapat dilontarkan kepada pihak kerajaan 'negera' Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

    Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat semakin hari semakin songsang, semakin hari semakin bangang.

    Pepatah baru untuk kerajaan 'negara' Selangor pimpinan Pakatan Rakyat:
    1- baling tahi sembunyi tangan, tapi berbau juga
    2- sambil menyelam di dalam tangki tahi, tertelan 'emas', selepas itu buat bising huru-hara dan cari peluang untuk muntah kepada orang lain
    3- bagai melepas kentut di jamban, tetapi kentut tak bunyi, yang pelik bau kentut itu sampai ke luar rumah
    4- 'ayam' berak cirit-birit, sampai penuh di pusat-pusat hiburan, pusat urut, pusat pelacuran dan pusat-pusat haram
    5- siapa makan tahi, dia terasa 'sedap'

    Maafkan saya kerana terpaksa menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak di dengar tetapi itulah realiti di dalam pengurusan, pentadbiran dan pemerintahan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

    Janganlah sampai susah rakyat negeri Selangor hendak cari makan dan hendak melakukan rutin hidup sebab dikelilingi kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan samseng yang setiap masa memerhatikan penduduk negeri Selangor.

    Tidaklah hairan dengan masalah-masalah sosial dan masalah-masalah tertentu yang berlipat kali ganda berlaku sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor tercinta.

    Kepada Datuk Seri Khir Toyo, teruskan usaha gigih merampas kembali negeri Selangor.

    Rakyat mahukan pemimpin yang kerap berjumpa rakyat.

    Buangkan darjat pemimpin, samakan darjat pemimpin dengan rakyat.

    Pembangunan perlu seimbang dengan usaha mengukuhkan hubungan pemimpin-rakyat.

    Kalau rakyat pakai singlet dan seluar buuruk, pemimpin pun pakai singlet dan seluar buruk. Jangan berlagak sombong dengan memakai pakaian berjenama bila berjumpa rakyat.

    Bila berjumpa rakyat, tanamkan sifat-sifat mulia.

    Jauhi sifat-sifat kotor.

    Salam sejahtera.

    ReplyDelete