Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, July 17, 2009

Keadilan Tidak Tertegak Dengan Cara Yang Salah

1. Seperti yang diketahui umum saya bersama ADUN BN Kawasan Dengkil, Sabak, Hulu Bernam dan Batang Kali telah digantung dari Dewan Undangan Negeri. Pergantungan ini termasuk penarikan balik kemudahan dan elaun sebagai wakil rakyat. Saya digantung setahun dan empat lagi sahabat saya digantung enam bulan.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca ucapan saya bolehlah mengunjungi portal www.pembangkangselangor.com. Namun antara intipati yang saya tegaskan dalam ucapan tersebut ialah betapa penggantungan saya bukan sahaja tidak mengikut peraturan dewan dan undang-undang negeri, malah ia seolah-olah mencari publisiti bagi mengelak isu-isu lebih besar dalam kerajaan negeri.

3. Isu-isu ini sudah pun diketahui umum yang dibangkitkan oleh saya semasa ucapan Ketua Pembangkang dan juga oleh Ketua "Whip", YB Hulu Klang, Tuan Azmin Ali.

4. Saya tetap menegaskan bahawa tindakan Speaker untuk menjadi pengadu, pendakwa dan hakim adalah sesuatu yang bertentangan dengan natural justice. Sungguhpun dikatakan YB Teng tidak mengundi dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JHKD) yang beliau pengerusikan; namun kedudukan beliau dalam perbicaraan dan juga semasa membuat keputusan juga sudah bertentangan dengan prinsip keadilan. Dalam sistem di Amerika Syarikat yang berasaskan keputusan oleh juri pun, hakim tetap akan mengecualikan diri dari mendengar perbicaraan jika beliau ada conflict of interest.

5. Selain itu, kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan oleh kami ialah membabitkan isu jawatankuasa Dewan iaitu SELCAT yang mana tidak ada sebarang peruntukan yang membolehkan JHKD mengambil tindakan disiplin. Ini kerana JHKD hanya mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara membabitkan disiplin ahli yang berhubung kait dengan "legistative assembly" (perhimpunan wakil rakyat) atau dalam undang-undang tubuh dan peraturan dewan diganti dengan perkataan Dewan.

6. Saya menerima banyak pertanyaan berhubung dengan status kedudukan kami berlima sebagai ADUN. Penggantungan kami tidak menghilangkan kelayakan mahu pun pertanggungjawaban untuk berkhidmat kepada kawasan. Penggantungan hanya membabitkan kehadiran di dewan, elaun wakil rakyat dan kemudahan wakil rakyat jika ada. Kerja tetap dilakukan, kerajaan negeri tetap diperhatikan.

7. ADUN BN mengambil keputusan keluar dari Dewan sebelum pengundian kerana kami tidak mengiktiraf usul tersebut yang bukan sahaja berniat jahat, malah tidak di bawah bidang kuasa JKHD.

8. Saya juga ingin merakamkan takziah dan simpati kepada keluarga Teo Beng Hock, pembantu khas kepada exco Ean Yong Hian Wah atas tragedi yang berlaku semalam. Walau apa pun pandangan politik atau tindakan beliau selama ini, kematian adalah sesuatu yang menyedihkan, apatah lagi cara kematian beliau yang sangat tragis dan kontroversi. Saya berharap keluarga beliau dan tunangnya tabah dan sabar menunggu keputusan siasatan Polis.

9. Saya juga ingin meyatakan bahawa adalah tidak adil membuat tuduhan semberono terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)tanpa menunggu keputusan hasil siasatan. Biarlah polis menyiasaty terlebih dahulu dan jika tidak berpuas hati mungkin satu suruhanjaya siasatan boleh ditubuhkan untuk melakukan "inquiry".

10. Adalah tidak adil juga apabila parti-parti politik DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagi menimbulkan keraguan umum dan kebencian orang ramai kepada SPRM. Lebih serius ialah membuat dakwaan bahawa SPRM menjalankan siasatan secara "pilih bulu".

11. Ada juga yang membabitkan saya kononnya tidak disiasat oleh SPRM. Ini bukan sahaja tidak benar malah menunjukkan mereka bukan ingin mencari kebenaran tetapi mahu "bermain politik kebencian."

12. Sama ada semasa menjadi Menteri Besar mahu pun sekarang ini, setiap tuduhan ke atas saya sentiasa disiasat oleh SPRM. Malah semasa saya menjadi Menteri Besar dahulu, bukan sahaja fail dan dokumen diambil, saya sendiri dirakam percakapan selama lapan jam.

13. Selepas tidak menjadi Menteri Besar pun boleh dikatakan setiap kes yang ditohmahkan ke atas saya akan disiasat oleh SPRM. Ini termasuk isu banglo saya yang mula disiasat oleh SPRM minggu lalu.

14. Cuma saya tidak menjadi seperti beberapa ahli politik yang dengan sukarela memanggil sidang akhbar memberitahu dan mempersoalkan tindakan SPRM mengambil dokumen dan menyiasat pejabat mereka.

15. Kita kena faham siasatan SPRM bukan untuk dipolitikkan kerana ia memberi banyak tekanan emosi kepada ahli keluarga mereka yang terbabit jika disiarkan secara besar-besaran di dalam akhbar. Ini turut dirasai oleh isteri dan anak-anak saya yang masih bersekolah.

16. Seingat saya tidak pernah SPRM membawa wartawan atau media ke mana-mana serbuan mereka. Malah jika tidak silap saya isu siasatan ini menjadi besar kerana wakil rakyat dari DAP sendiri membocorkannya kepada pemberita.

17. Jadikanlah tragedi ini satu pengajaran yang terbaik kepada kita semua. Jangan politikkan siasatan SPRM sehingga menjadikan seolah-olah suruhanjaya ini bertindak atas kepentingan politik parti tertentu. Hakikatnya layanan yang sama termasuk pengambilan kenyataan selama lapan jam berlaku ke atas sesiapa sahaja yang difikirkan perlu oleh SPRM tanpa mengambil kira kedudukan dan parti.

18. Cuma beza antara Barisan Nasional dan parti lawan ialah, kebanyakan pemimpin BN akan cuba mengelakkan publisiti mengenai siasatan. Sebaliknya pemimpin dari pakatan suka mengambil tindakan "pre-empt" dengan menghebahkan tindakan SPRM ke atas mereka bagi tujuan menagih simpati dan mewujudkan keraguan ke atas siasatan yang dilakukan.

19. Undang-undang dan Peraturan untuk dilaksana dan dikuatkuasakan dengan adil bukannya untuk dibicarakan melalui media (trial by media) hingga membentuk persepsi awal masyarakat mendahului siasatan dan perbicaraan mahkamah.

20. Saya berharap ADUN-ADUN dan EXCO Kerajaan Pakatan bersedia disiasat dan jangan menyalahkan SPRM. Jangan gunakan media untuk meraih simpati. Jika mereka merasa marah, geram dan sakit hati kerana disiasat SPRM, demikian jugalah yang berlaku kepada pemimpin BN yang terpaksa melalui proses siasatan yang sama akibat tuduhan dan laporan yang dibuat oleh mereka sebelum ini. Cuma kami tidaklah menjadikan SPRM sebagai kambing hitam.

21. Suka juga saya menyatakan bahawa dari cakap-cakap yang saya dengar kebanyakan laporan kepada SPRM ke atas ADUN-ADUN pakatan banyak dibuat oleh ahli parti mereka sendiri. Malahan saya dimaklumkan (tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya)bahawa sebahagian laporan ke atas Menteri Besar Selangor dilakukan oleh Pemuda PKR bahagiannya sendiri.

22. Yang penting, jika mereka semua bersih dan tidak bermasalah mereka tidak perlu takut terhadap sebarang siasatan. Jangan cuba mengkambinghitamkan orang lain hanya untuk membebaskan diri sendiri.

63 comments:

  1. Salam YB Khir...
    Biasalah tu kalu dh selama ni jd pembangkang bila berkuasa terbawa2 mentaliti pembangkang.Bila terkena batang hidung sendiri barulah rasa mcm mana.Dia orang ingat mudah nak jadi pemimpin berwibawa.Baru berkuasa dah banyak salahguna kuasa.Agaknya kalu lebih lama lebih banyaklah istana hinggap yang mereka bina.Hahahahahaha padan muka mereka....Kena siasat dah kelamkabut kalu salah mcm mana agak nya.

    ReplyDelete
  2. selamat berjuang dato seri'
    doa kami sentiasa mengiringi

    ReplyDelete
  3. Dato Seri'

    setiap tuduhan tidak berasas itu sebenarnya mencerminkan kelemahan sikap pembangkang
    semoga Dato Seri kuat dan kami sentiasa di belakang, kerana perjuanagan yang bertopeng tidak kekal lama..
    selamat berjuang sekali lagi

    ReplyDelete
  4. Salam DS,

    Sabar. Tawakal kepada Allah. Yang benar akan menang akhirnya. Kenyataan DS tentang laporan keburukan perilaku MB dan ADUN-ADUN dalam BA kebanyakannya dibuat oleh ahli dalam parti mereka sendiri adalah BENAR.

    ReplyDelete
  5. salam dato' seri..

    dunia ibarat roda,ada masa di atas ada masa di bawah.ini lah akibatnya jika kita tidak merombak pendidikan dan dasar negara,merombak ke arah yang lebih islamik. ini adalah permainan kuasa yang ditunjukkan oleh UMNO semasa memerintah dan dipraktikkan pula oleh pakatan rakyat.

    mungkin dato' seri sekarang merasai bagaimana peritnya sebagai pembangkang sepertimana mereka sebagai pembangkang dahulu.

    kuasa yang ada lama-lama akan memakan diri sekiranya tiada keimanan yang jitu dalam jiwa mana-mana pemimpin.maka wujudnya pihak yang teranaya dan golongan yang teranaya selalunya dimakbul kan doanya oleh allah.

    ini lah akibatnya jika undang-undang yang ada gagal menyekat golongan yang berkuasa bermaharaja lela mengikut sesuka hati.oleh itu amat wajar sekali undang-undang islam yang diyakini keberkesanannya diperjuangkan oleh pihak dato' seri bagi menjamin keadilan itu tertegak di bawah kesucian islam.

    cuba dato seri bayangkan bagaimana sekiranya pakatan rakyat memerintah dan menggunakan corak pemerintahan yang sama seperti BN,maka tiada kesudahan dan yang dizalimi adalah rakyat yang tidak tahu apa-apa.tiada undang-undang lain sebaik dan seadil undang-undang islam,kerana dicipta oleh pencipta kita,yang lebih mengenal kita dan tahap keupayaan kita.

    ReplyDelete
  6. Dato

    Inilah yang dikatakan : ada ubi ada batas. lain hari orang boleh balas. Oleh tu berpada-pada dalam tindakan.

    Sebenarnya saya tidak menyalahkan dato atas reaksi dato apabila digantung oleh speaker. Dulu dato duduk sebelah kerajaan, jadi tidak terfikir bahawa satu hari dato mungkin duduk sebelah pembangkang.

    Kena ingat bahawa apa yang dato' dan rakan-rakan buat kepada speaker sekarang semasa beliau menjadi pembangkang tunggal dalam DUN jauh lebih terok. Soal kena gantung, kena halau dewan toksah ceritalah. malah ada ketikanya beliau dihalau keluar dewan macam kucing kurap.Mentang-mentanglah pihak dato' majoriti dan ramai dalam DUN.

    Semua orang masih ingat lagi bagaimana allahyarham Dato' zakaria deros menumbok beliau dalam DUN. Apa punya budaya tu dato'. Bila isu ini dibangkitkan pembangkang, dato' dan rakan-rakan buat derk je, maklumlah dato' ramai, dia sorang.

    Bukan niat saya hendak membela speaker sekaadar untuk memberi semangat dato yang akan terus menjadi pembangkang dalam 2/3 tahun lagi. Keadaan yang dato' alami ini juga dialami oleh pembangkang2 lain dalam setiap DUN apabila UBN menjadi kerajaan.

    Bersabarlah dato' dalam menghadapi situasi sekarang. Hidup ini ibarat roda. Bila kita diatas, jangan la dok perasaan akan berada diatas selama-lamanya.

    ice

    ReplyDelete
  7. 'Adalah tidak adil juga apabila parti-parti politik DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagi menimbulkan keraguan umum dan kebencian orang ramai kepada SPRM. Lebih serius ialah membuat dakwaan bahawa SPRM menjalankan siasatan secara "pilih bulu". Bila plak PKR dan DAP tuduh SPRM??? Dia org cuma mintak siasatan suhanjaya diraja, itu salah ke? mcm mana kalau adik atau anak ko yg jatuh? apa perasaan ko? rasional lah sikit...

    ReplyDelete
  8. Kepada Zakwan,
    Memang setuju sangat suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk membuat siasat..
    Rakyat memang hendak tahu sangat macam mana Teoh nie boleh jatuh..
    Harap tiada parti PKR dan DAP yang akan buat tuduhan terhadap SPRM sebelum siasatan, panel2 perlu diwakili oleh pihak2 tertentu supaya siasatan ini telus..ini dapat menjadikan SPRM badan yang tidak memilih parti politik..

    ReplyDelete
  9. DAP dan PKR jangan bertindak melulu tunggu hasil siasatan dan dapatkan maklumat yang sahih baru keluarkan kenyataan.jangan jadi pisang berbuah dua kali sebagai contoh Kes exco(PKR) perak. kesudahannya orang harapan menjadi pembelot.

    tidak semestinya parti kita sentiasa benar belaka. yang silap kita akui dan perbaiki diri.

    ReplyDelete
  10. Pakatan Rakyat khususnya DAP cakap tidak serupa bikin. Mereka melaung-laungkan prinsip demokrasi, ketulusan, kebebesan bersuara dan menghormati hak asasi manusia. Tetapi tindakan mereka ini sejak kebelakangan ini menunjukan mereka sebenarnya mengamalkan pendekatan pemerintahan diktator. Lihat sahaja tindakan mereka di Pulau Pinang dan di DUN Perak. Undang-undang dan peraturan di explotasi mengikut tafsiran dan kepentingan politik mereka.Siapa sahaja yang membangkang mereka, terus digantung atau dipecat. Tindakan ke atas Dato Seri dan beberapa ADUN BN adalah sama dengan tindakan bekas Speaker Perak menggantong MB Perak sekarang, Dato Seri Zambri dan EXCO-EXCOnya.Bila tindakan undang-undang di ambil ke atas mereka, lantas mereka sensasikan untuk terus menanam kebencian rakyat terhadap Kerajaan khususnya agensi penguatkuasa yang terlibat. DAP ibaratkan 'lions that have tasted the blood'.
    Shamsuri, Subang Jaya.

    ReplyDelete
  11. Telah menjadi kebiasaan yang memerintah dan yang berkuasa sudah pasti menggunakan kuasanya keatas orang yang diperintahnya dan golongan minoriti. Sama juga lah dulu masa DS menerajui kerajaan dulu. Pembangkang langsung tidak boleh bersuara.

    Setuju sangat dengan komen NeomaX diatas. ' ada ubi ada batas, lain hari orang boleh balas'

    ReplyDelete
  12. salam dato seri,
    saya amat berbangga dengan keberanian dan kebijaksanaan ds dalam menerima dan bertindakbalas dalam isu yang tidak habis habis dibangkitkan oleh parti lawan. saya rasa kini lebih ramai yang buka mata kerana banyak kelemahan dari pemerintahan PR yang semakin lama semakin membimbangkan hati masyarakat. oleh kerana PR selalu sesuka hati membuat tindakan yang diluar normal. biarkan mereka membuka pekung didada sendiri.. biar orang yang tidak buta lihat sendiri dengan mata hati mereka..

    sejujurnya apa yang saya perhatikan, PR tidak habis habis memperjudikan politik benci kepada masyarakat. apa yang UMNO tak buat tentang Islam? kita ada pemimpin yang gah dan boleh dibanggakan lahir dari UMNO yang telah menubuhkan OIC dan menjadi suara untuk Islam di mata dunia.. besar perjuangan beliau ini.. tiadakah yang sedar?

    Usahlah dipolitikkan agama, mahu perjuangan agama atau mahukan kuasa menggunakan agama? sedangkan Nabi Muhammad SAW bukan memperjuang Islam untuk mendapatkan kuasa memerintah akan tetapi baginda memperjuangkan satu landasan hidayah kepada umat manusia menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT... simpan dan jaga Islam baik baik didalam dada masing masing sebagai panduan menuju ke akhirat.. rasanya setiap umat Islam membaca doa "Berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka".. akan tetapi ramai juga yang mahu merosakkan kebaikan didunia dan tidak memelihara kebaikan mereka untuk akhirat..

    renung renungkan lah wahai saudaraku..

    ReplyDelete
  13. Betul juga kata Zakwan tu,

    Tapi yang dok melalak 100 orang kat depan Pejabat SPRM tu buat apa, provokasi, bila polis tahan cakap zalim lah apalah.

    Apa diorang ni takde kerja ke? Hari orang bekerja pacu ekonomi, depa dok melalak pelingkup dan bagi kelam kabut. Kemudian datang lah "dewa maksum" mereka Anwar dan Khalid, siap mintak penjelasan SPRM lag. Waa, hebat betul tuan-tuan nih. Pernah ke PM minta penjelasan SPRM tentang suatu perkara. Satu lagi, yang Ronnie Liu wat kecoh kat Pejabat SPRM marah-marah tu apahal? Buat sidang akhbar, kata SPRM menzalimi orang yang disoal siasat. Standard lah, macam Teresa kena tahan ISA dulu, kata dizalimi lah, makan telur sahaja lah, bila keluar kenyataan sebenar, mula lah 'libang libu'.

    At least, Khalid bg RM (milik wang rakyat lagi kah?) untuk urusan pengebumian dan peringatan besar-besaran di Dewan Besar. Nak cerita, sebenarnya lagi banyak, cuba puak-puak taksub ni buka mata sikit?

    ReplyDelete
  14. DAP dan PKR jangan lah sampai terlebih-lebih lama-lama rasa menyampah juga tengok.Kalau nak betulkan keadaan jangan lah sampai mempamerkan sikap panas baran dan melulu.

    ini lah akibatnya jika kerajaan UBN suka war-warkan berita suatu pihak sahaja.asyik siarkan hal yang tak elok aje.yang elok tak nak siarkan.lebih-lebih lagi boleh mendatangkan kepentingan politik UBN.Harap semua parti politik bersikap matang dan telus.

    ReplyDelete
  15. serampang 4 mata...realiti atau fantasi,
    kebetulan atau terancang...

    1-Tragis kematian,kehilangan dan kesengsaraan pd diri dan keluarga.
    2-Membawa kepada tekanan,kebencian dan
    penghinaan kepada orang lain.
    3-Disisi perlihatkan sifat prihatin,ihsan dan pembela.
    4-Berkepentingan perlihatkan sifat biadap, angkuh dari kata-kata dan tingkahlaku....menangguk air yg keruh dan manipulasi situasi...

    ReplyDelete
  16. DSKT,
    DS bolehlah mengatakan SELCAT ini berat sebelah, speaker berat sebelah semuanya yang tidak berpihak kepada DS dan konco-konco UMNO berat sebelah. Bagaimana pula dengan apa yang terjadi kepada YB Gobind Sing Deo, digantung tanpa diberi peluang untuk membuat penjelasan, siasatan SPRM yang bersifat terpilih, krisis di Perak yang menunjukkan sikap ketidakadilan yang ketara, bagaimana seorang ADUN di heret keluar seperti anjing. Nasib baik DS tidak diheret keluar seperti itu. Kalau tidak bukan satu Selangor DS menjelajah, satu dunia rasanya DS akan buat. Kita lihat sahaja sikap SPRM yang berdiam diri sahaja berkenaan skandal PKFZ, tetapi jikalau skandal PKFZ ini melibatkan Pakatan Rakyat nescaya hari-hari di TV3 kita akan dapat mendengar berita tentang PKFZ ini. Kerakusan SPRM telah membawa padah. Jikalau Teo ini adalah orang UMNO saya tidak tahulah apa akan terjadi. DS selalu bercakap tentang keadilan, saya syorkan kepada DS gunakan kedudukan yang ada cuba yakinkan kepada kerajaan supaya tubuhkan Siasatan Diraja menyiasat bagaimana saksi dalam tahanan SPRM boleh mati. Gantung tugas Pesuruhjaya dan pegawai-pegawai yang terlibat sehingga siasatan selesai. Kita tidak mahu polis yang buat siasatan. Kita mahu badan bebas dan telus yang buat siasatan. Saya tidak katakan polis ini tidak telus cuma kurang bebas dari pengaruh luar.

    Kadilan adalah hak semua orang di dunia ini, bukan hanya untuk sesuatu kaum, puak ataupun sesebuah parti politik sahaja. Jadi kalau ketidak adilan terjadi kepada diri ataupun orang lain kita berhak untuk mendapatkan kembali keadilan tersebut.

    Tetapi saya lihat DS hanya pentingkan diri sendiri dan puak-puak DS.

    ReplyDelete
  17. ini adalah kesan daripada corak pendidikan UBN. yang melahirkan ramai cerdik pandai yang tidak bermoral sama ada dalam kerajaan ataupun pembangkang..

    oleh itu wajib sangat kita merombak sistem pendidikan kita bukan sekadar moral tetapi menjurus kearah keimanan dan ketakwaan

    ReplyDelete
  18. Mungkin Dato' Seri boleh mengupas sedikit tentang penglibatan seorang Exco Selangor yang dikatakan terlibat dengan dunia kongsi gelap.

    ReplyDelete
  19. Assalam wbt.

    Macam-macam boleh berlaku sekarang......dulu kawan sekarang lawan....dulu lawan sekarang lawan.....dulu kata 'baik' sekarang kata 'jahat' ......dulu kata 'jahat' sekarang kata 'baik'.....wallahu'alam.

    ReplyDelete
  20. strategi POWER sebagai langkah berjaga-jaga kot UMNO & PAS berkompromi...jadi bila 4-5 UMNO kena gantung apa je kompromi pasti tak menjadi...

    ReplyDelete
  21. Salam Datuk.

    Semua pemimpin PR memang takde kerja selain menjerit, melolong, melalak ikut suka hati mak bapak diaorang je. Mengabiskan duit rakyat utk bayar elaun diaorang.

    Penyokong diorang pun dah buta mata, buta hati, buta fakta dll....Apa yg pemimpin drg ckp semua betul.

    DAP & PKR ni banyak cakap dari buat kerja. Paling banyak cakap tak serupa bikin.

    Lepas PRU sampai la ni, apa sumbangan PR? Oh ya...merancakkan ekonomi setempat dgn meng'order' banner,sepanduk,mencetak t-shirt & kemeja dan lain-lain keperluan untuk buat demo yg drg ckp 'secara aman'. Aman kepala hangguk korang!! Jalan jadi sesak jika demo dilakukan di atas jln raya apatah lagi jika ada perarakan( menghabiskan petrol -duit rakyat ), membuang masa yang byk di jln raya/tempat demo ( masa tu utk family lbh baik - kan org politik kurang masa bersama dgn keluarga )...

    ReplyDelete
  22. Salam, saya setuju dengan DS.
    Kalu kita dipihak yang benar buat apa takut dengan bayang-bayang sendiri.Biarkan SPRM lakukan tugas mereka dan biar polis buat siasatan.
    Takziah saya ucapkan pd keluarga mendiang. dan konco-konco mendiang siap sedialah untuk disoal siasat.
    Kecian jugak tgk ADUN yg melalak kt pej SPRM hr tu, knapa la ye takut rahsia dah dipecahkan la tu.
    Kepada DS kita gunakan sahaja media yang ada untuk mengingatkan MB dan Speaker bhw, bukan DEWAN sahaja tempat kita boleh berbicara. Lawan je diorang tu DS.
    Hidup DS, Hidup Melayu. Sapa lagi yang nk memperjuangkan Melayu kalu bukan Orang Melayu

    ReplyDelete
  23. Dato Seri,
    kami sentiasa mendoakan agar lebih ramai orang Melayu akan buka mata dan sedar diri dengan apa yg dah berlaku hr ini.
    Teruskan perjuangan.....
    Moga ALLAH beri petunjuk kepada mereka yang tidak sedar diri.

    ReplyDelete
  24. Ini adalah pengajaran kpd DSKT dan juga ahli2 yb yg lain bahawa kedudukan kita tidak ada yg kekal . DRKT juga mungkin tidak pernah menduga akan menjadi ketua pembangkang . melihat kpd strategi PKR mereka telah berjaya merosakkan imej DRKT dipandangan mata Rakyat . politik itu persepsi dan suara Rakyat ,sdra DRKT harus pulihkan imej yg telah tercedera ini secepat mungkin kalau tidak sdra DRKT tiada masa depan lagi dlm politik negara
    Sdra DRKT misti menyediakan pelapis pelapis untuk menggantikan Sdra sekira nya Sdra menjadi liabiliti politik .

    ReplyDelete
  25. salam.....

    Sungguh mudah sekali nyawa dipolitikkan
    begitu drastik dan sistematik.Tidak lagi
    menantikan siasatan yg sedang diusahakan.

    Dengan mengadakan sidang media berbaur provok,
    perhimpunan,hamunan,tuduhan kpd kerajaan,
    melanggar larangan dan janji kosong(sedia pakar patologi)....

    mencari publisiti dan keuntungan politik
    atas kesedihan dan kesengsaraan orang lain.

    akhirnya nanti kerajaan dipandang serong...

    ****nasib kambing putih telah dihitamkan****

    ReplyDelete
  26. Inilah iktibar jika DAP memerintah. Ayuh rakyat, bersatu dibawah BN.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  27. Berkehendakan sebuah kerajaan popular,prihatin
    dan bertanggungjawap....

    Adakah ini rakyat inginkan..

    1-hapuskan undang-undang british,ISA
    2-fasiliti murah atau percuma dan menyeluruh.
    3-barang keperluan murah dan subsidi.
    4-biasiswa keseluruhan bukan pinjaman.
    5-undang-undang islam dilaksanakan.
    6-hak kesamarataan.
    7-sistem kuota dihapuskan.
    8-sistem pendidikan mengikut kaum dimansuhkan
    atau diperkasakan.
    9-segala bentuk bantuan material dan kewangan
    diperkasakan dan diutamakan.
    10-kebebasan bersuara dan berkumpul tiada
    sekatan.
    11-kerajaan perpaduan,tiada pembangkang.
    12-kilang,perusahaan,perniagaan dan hiburan
    tidak berlandaskan syariah dihapuskan.
    13-cukai,fee dan penalti dimansuhkan.
    14-bersosial dan berpersatuan digalakan.
    15-agensi penguatkuasa telus,bersih dan cekap
    16-pendapatan rakyat dijamin dan pelbagai skim
    diujudkan dan hasil memuaskan.
    17-pembaziran diminimakan dan keuntungan
    dimaksimakan.
    18-pemimpin hidup serba-serbi sederhana,
    berhidmat penuh dedikasi dan siap siaga.
    19-rasuah,salah guna kuasa dan seleweng sifar.
    20-pencemaran,kekotoran dan kejijikkan alam
    sekitar terhapus
    21-keindahan dan kebersihan terpelihara.
    22-negara serba-serbi diiktiraf dunia.
    23-hasil negara kembali kpd rakyat.

    Adakah ini realiti atau fantasi semata?

    ReplyDelete
  28. salam....

    Jika parti MCA telah hilang wow factor kepada
    kaum tionghua dan juga parti MIC terhadap
    kaumnya serta tidak diketahui wow factor parti-parti gabungan BN yg lain..terkuburkah BN
    dimasa depan?

    Bermulakah putaran 360 darjah PR pula memerintah?

    Sedang BN tercari-cari wow factor yg terbaik...
    PR telah punya walau sekadar wow factor retorika semata.. PR
    kini menjadi tempat pemimpin senja meneruskan perjuangan...

    Bersediakah majoriti rakyat..PR menjadi tempat bernaung dan bertaringkah UMNO parti melayu tunggal berperanan sebagai pembangkang...relevankah perjuangan mengikut
    acuan sendiri yg sekian lama bersifat bertahan?

    Persoalan tentunya ada jawapan...
    ketidakpastian membawa kerugian...
    hilang semangat juang,baik lari dari dihumban ke jurang...
    bertindak sekarang membawa kebaikan...
    bertawakkal berserah pada tuhan...

    bingkisan dinihari...

    ReplyDelete
  29. salam...

    Dalam PM menerapkan 1Malaysia-Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan..
    kerajaan tetap mengamalkan retorik atau
    terjemahan yg tidak memihak kepada rakyat
    majoriti tetapi akur kpd pihak minoriti.

    Akhirnya kerajaan dan pemimpin BN terus dibenci...kerana asasi dan kewajarannya tidak
    lagi difahami lebih penting.Perincian,kajian dan penerangan tidak lagi sbg senjata ampuh tetapi
    senjata memakan diri.

    Sebagai segelintir rakyat yg masih rasional tidak mampu
    lagi menangkis dan menepis dakyah dan dakwaan
    yg dihamburkan.

    Sudah nyata gerakan dan trategi mereka
    amat sistematik dan tersusun.....

    Sepatutnya kerajaan mengambil pendekatan
    lebih peka...dalam sebilangan rakyat dalam
    kecelaruan minda dan kebencian kerana dipesong
    oleh anasir yg cuba melemah dan meruntuhkan
    sebuah kerajaan dan kumpulan lain mengaku
    ada rancangan yg lebih baik untuk rakyat,
    kerajaan melaksanakan lebih berani sehingga
    orang tidak terfikirpun dan tidak dapat diperlekehkan oleh penganalisis dan musuh.

    ReplyDelete
  30. Itulaa perangai penyangak DAP dato , mereka merasakan diri mereka bagus . Tengok bagaimana teresa kiok mengatakan mengapa hanya adun cina sahaja yg disiasat , inilah teresa wajah hipokrit , yg memperjuangkan utk semua bangsa kononnya . Selama org Melayu kena siasat takde kecoh pun.

    Tapi lagak DAP semakin samseng , harap MACC teruskan siasatan terhdapa ahli DAP . Mereka ingat mereka boleh lepas macam tu sahaja dengan membuat 'wayang cina' .

    Lagipun apa nak takut kena siasat kalau tak buat salah .

    ReplyDelete
  31. Itulaa perangai penyangak DAP dato , mereka merasakan diri mereka bagus . Tengok bagaimana teresa kiok mengatakan mengapa hanya adun cina sahaja yg disiasat , inilah teresa wajah hipokrit , yg memperjuangkan utk semua bangsa kononnya . Selama org Melayu kena siasat takde kecoh pun.

    Tapi lagak DAP semakin samseng , harap MACC teruskan siasatan terhadap ahli DAP . Mereka ingat mereka boleh lepas macam tu sahaja dengan membuat 'wayang cina' .

    Lagipun apa nak takut kena siasat kalau tak buat salah .

    ReplyDelete
  32. kepada Zakwan

    Jangan lupas masuk Ronnie punya blog , itupun kalau fahamlaa , maklumlaa dia pi tulis bahasa cina , ntah apa nak rahsiakan taktau laa. Tapi kalau cakap bangsa Malaysia bukan main , ingatkan nak laa tulis dalam bahasa Malaysia atau english , tapi ada laa tu .

    Tapi amat maklum penyangak macam ronnie dan DAP lain bukan main menuduh SPRM yg membunuh . Dorang tenah sibuk 'main wayang' pasal masing-masing tengah panas kena siasat yg SPRM

    ReplyDelete
  33. ape lagi dskt kumpul bdk2 wat perhimpunan haram laa...

    ReplyDelete
  34. Saya setuju kenyataan Dato ,SPRM sbnarnya bertindak profesional .. tetapi DAP ni sbnarnya cari publisiti la cerita semasa disoal siasat ,bagitahu di Malaysiakini bahawa pegawai SPRM cakap Cina bodoh la.. apa erti semua ini ?? mereka ini mahu cetus isu perkauman ka ??

    Dato sendiri pernah merasai pengalaman disoal siasat SPRM tetapi tak kecoh pun mcm DAP ni . cakap YB Cina sahaja disoal siasat la ..

    ReplyDelete
  35. tu lah bila pr semua salah bila bn semua betul.. persoalan saya ialah ke mana hilang duit peruntukkan rm500ribu setiap dun di selangor sebelum pru 12 tahun 2008.dalam 3 bulan habis digunakan.. tu duit umno bn atau duit rakyat...kenapa claim 2400ringgit beli bendera tapi kehilangan duit rakyat 26 juta dalam tiga bulan...

    ReplyDelete
  36. DAP ni cakap pasal bangsa Malaysia dan hak sama rata bukan main , bila kena siasat terus meroyan pasal kenapa cina sahaja kena siasat !!!

    Tu laa perangai golongan racist DAP , selama ni org Melayu kena siasat dia tak nampak . Saya tgk kat Malaysiakini tu saje buat cerita pasal kata 'cina bodoh'. Nampaknya mereka ni sengaja nak mainkan isu perkauman .

    Yang irony nya isu perkauman ini dimainkan oleh mereka yg kononnya melaungkan satu bangsa Malaysia . lihatlaa hipokrit mereka

    ReplyDelete
  37. Dato Seri,

    Ini kali ketiga saya bagi komen dalam blog Dato Seri, saya mengikuti perkembangan Dato Seri sejak lantikan sbg Menteri Besar dulu, terlalu byk perkara yang telah Dato Seri lalui, Negeri Selangor jugak telah melalui byk fasa, baik buruk dan perubahan kuasa. Kalau ikut umur dan masa kat UM dulu saya senior Dato seri dua tahun, kita berlainan fakulti, saya dulu aktif PERMAS UM, YB Sulaiman Razak PERMAS UKM...

    Sekarang ini saya percaya ahli PERMAS yang ada di Selangor dan Msia sudah berpecah belah , ada yang aktif UMNO, PKR dan PAS, sedangkan masa zaman student kami semua akur dan patuh kepada UMNO dan BN.

    Saya menetap di Bandar Baru Bangi, tahun lepas Dato Seri ada rasmikan satu dewan di Fasa 4, skrg dewan tu dah tak aktif sgt, temboknya pun runtuh dah, DUN Bangi skrg ni di bawah Dr Shafie (PAS)....senang cerita UMNO/BN kat Bangi pun sunyi jer, saya harap Dato Seri dapat bercakap dengan Dato Fathil dan Dato Dr amran, kita aktifkan semula program UMNO dan BN di Bandar Baru Bangi dan sekitar DUNnya, jangan tunggu lagi 3 tahun baru nak gerakkan program, takut terlambat.

    Saya ahli Umno PJ Selatan sejak tahun 1986( di situ tempat lahir saya)dan bila dah menetap di BBB, saya tidak pernah aktif di PJ selatan, mmg ada hajat nak aktif di BBB,saya harap UMNO bangkit dari kekalahan. Kita kena tawan hati orang Melayu dan bangsa lain dan perlu kaji di mana kesilapan terdahulu.

    Kalau Dato Seri masih sudi kumpulkan semua bekas Ahli PERMAS tahun 1970an hingga sekarang, saya percaya mereka ini semua masih bersemangat nak bantu BN dan UMNO dan khasnya UMNO Selangor. Ramai bekas pemimpin PERMAS yang rapat dengan Dato Seri antaranya Dato Azman Nordin (Lebar Daun), abg Fuad (SUK), Abg Rosli (MBSA) , Abg Bakhtiar dan ramai lagi. Mgkn mereka ini sibuk dengan kerjaya masing2 skrg, tetapi saya percaya kalau dikumpul atas nama PERMAS mereka akan hadir.

    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  38. Kecewa dengan sikap pembangkang yang suka menuduh membuta tuli, menyarankan supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian namun pada masa yang sama telah menyalahkan SPRM punca kematian sebelum siatan dijalankan..adalah tidak adil..pembangkang telah memutuskan punca kematian sebelum siasatan diadakan..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum dr

    Manusia Melayu lah manusia yang paling banyak beralah,(bertimbang rasa dan bertolak ansur)di bumi Malaysia ini.
    Tetapi kebaikan orang Melayu bukan untuk dipersendakan dan bukan mereka takut.

    Belajarlah dari kesilapan yg lalu.Semuga bumi Malaysia ini terbangun dengan megah dan dihurmati dunia dengan keunikkan masyarakat nya yang berbilang kaum dan hidup rukun dan damai.

    Pemimpin akan datang dan pergi,tapi Negara kita akan tetap utuh dan berpadu selagi rakyatnya saling hormat menghormati antara satu sama lain, dan janganlah oleh kerana idealogi sempit pemimpin, kita sangup menghancurkan ape yang telah lama kita bina selama ini.
    Biarlah kita mewariskan sebuah negara yang aman damai untuk anak cucu cicit kita nanti

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum DS

    Saya cuma sahabat2 cuba renungkan...bagaimana pada malam soladiriti (hari khamis malam jumaat) ada orang melayu yang datang di perkarangan plaza masalam berbaju melayu dan menyalakan/membawa lilin tanda berkabung atas kematian teo. Apa hukumnya??? Pesal Tuan Guru tak buat doa tahlil terus...? Sama-samalah kita renungkan apa nak jadi dengan MELAYU politik punya pasal semua HALAL.

    ReplyDelete
  41. salam DSKT
    im not here to pick a fight with u again
    it aint all the time i disagree with u
    i have a story
    its a myth
    it has nothing to do with anyone
    this one person is working as a driver
    his boss is getting support from the mafia
    the mafia dictate everything at the place including vote labor union and things
    there is a term in mafia which is called omerta
    everytime the boss correspond with the mafia the driver will be around
    he drove his boss which puts him as a man who recieve first hand information regarding everything
    one day an officer from rome came by to investigate the boss
    the first person they snatch is the driver
    on the first day of interrogation the driver was found killed
    the bos funded by the mafia helps the deceased family
    until today the family know nuts about the death because of omerta
    omerta is the law of silence
    whereby if u were hit on the road and being approach by police u will never reveal the name of the person who hit u
    why u dnt reveal?
    because of omerta
    if u reveal...u will eventually be dead and ur family suffer
    u bring the persons name with u to grave ur family live happily
    this is roughly what happen in sicily
    and the act of omerta has taken place in many society...mafia type of society
    the issue here...who killed the driver?
    nobody knows...but based on my 5 years exile in sicily i would say the boss know who killed his driver but he practised omerta
    law of silence
    as for him the driver had to be killed to protect his interest and rapport with the mafia
    he had to choose its either him or the driver
    or perhaps the driver himself consumed somekind of poison which is very favourable in sicily
    why he consumed the poison?
    yes he aint a member of the mafia
    but he practised omerta
    chill out lads
    kita ada agama bangsa dan tanah air

    ReplyDelete
  42. Dr Khir

    Ni la Melayu PR,ikut aje apa DAP buat..DAP melalak, Melayu PR melalak..DAP provokasi, Melayu PR ikut provok. DAP buat semuanya ada kepentingan,nak tutup kes 6 ADUN kena siasat SPRM..Kalau fikir balik la, apa hal SPRM nak bunuh brader tu? Dia bukan saspek pun, cuma saksi je, tapi mungkin juga (pandangan aku) si Teo ni akan tahu musibah yang dia akan dapat bila keluar dari SPRM, pendek kata..dah ada geng-geng yang nak bantai dia kalau pecah rahsia. Ronnie Liu tu kan semua orang dah tau ada kes dengan kongsi gelap Selangor?

    Saya pun dapat maklumat jugak yang aduan pasal rasuah EXCO dan ADUN Selangor ni orang mereka jugak yang buat, yelah..pemimpin cakap tak serupa bikin.

    Theresa Kok, Ronnie Liu, Gobinh atau sesiapa je lah..ini bukan isu perkauman, jangan nak lebih-lebih, kes wanita kena ketuk ketampi dalam lokap polis dulu apa cerita? Bila tau wanita tu orang Melayu terus tutup kes ye?? Mana perjuangan keadilan dan hak asasi yang korang perjuangkan?

    Sebenarnya Azmin dah nampak bencana yang akan mereka terima, sebab itu Azmin beriya-iya minta MB tukar EXCO, sebelum menjadi lebih parah..tapi nampaknya tak sempat,pekung dah pecah..atau mungkin Azmin nak kembali jawatan MB yang Anwar janjikan dulu??

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Isu Teoh tu senang cerita.. selepas dia di siasat, cuba tgk senarai nama dlm handphone dia.. ada tak orang call dia atau dia call orang.. mungkin dia telah di ugut sekiranya dia mendedahkan banyak perkara. Kalau dia balik pasti ada musibah akan menimpa dia. siapa tau sebab gengster2 banyak berkeliaran memerhatikan. Dari dia mendapat kecelakaan lebih baik dia terjun bunuh diri. Takde sape nak bunuh dia. Kakitangan SPRM pun ada anak, ada bini, ada keluarga yang perlu di tanggung. Takkan diorang nak lakukan khianat. Yang pasti mendiang takut nak berhadapan dengan puak2 mereka kerana akan ada akibat dia terima. Oleh itu, kematian dia di jadikan isu oleh PR untuk meraih simpati. Masyarakat yang rasional pasti sedar tindak tanduk mereka. Takkan baru siasat dah takut. Saya pasti mendiang di ugut oleh puak2 mereka sendiri.

    ReplyDelete
  45. Saya ingin membangkitkan kes wanita melayu yang di katakan warga cina yang di bogelkan dan di suruh ketuk ketampi. Harap ada pihak boleh menyaman pihak-pihak yang mendedahkan perkara tersebut (Teresa Kok dan kuncu-kuncunya) juga kerana selepas perkara berlaku tidak ada sape yang tampil. Gadis tersebut juga boleh menyaman Teresa Kok kerana pendedahan tersebut dia mendapat malu kerana di ketahui seluruh rakyat Malaysia. Malah Dato' Seri Azmi Khalid terpaksa terbang ke negeri China memohon maaf sedangkan cerita sebenar ada lah palsu dan mainan pembangkang.

    ReplyDelete
  46. Salam DS Dr.

    Semoga terus berjuang. Agar peristimwa disepanjang perjalanan menuju ke PR13, akan dijadikan iktibar diandaikan ds dr kembali ke istana kuasa.

    semoga allah menyematkan dihati pemimpin melayu sifat keikhlasan membantu bangsa sendiri. Berpada padalah dengan nikmat dunia.

    Semoga Allah selamatkan DS Dr dan Keluarga dan digolongkan didalam golongan yang bsrsyukur dan berfikir.

    ReplyDelete
  47. salam.....

    "Ganjaran rm10 ribu sehingga tertangkap pembunuh"
    kata pemimpin DAP,

    cuba naikkan tawaran ke rm1 juta..mungkin seseorang
    akan beritahu sapa 'mastermind' nya...

    ReplyDelete
  48. salam...

    Suatu gerakan subversif halus dan terancang yg
    telah lama digerakkan bagi kita tidak sedari
    jika minda kita disempitkan dan tidak mau berfikir
    sedalam-dalamnya...

    Hanya apa yg kita nampak dengan mata kasar
    adalah kekalutan politik semata...

    persoalannya...zaman moden ini adakah masih berlaku lagi atau di Malaysia?

    ReplyDelete
  49. DSKT, Kalau Beng Hock tidak selesa serta tertekan dgn soalsiasat SPRM sudah tentu bila selesai sahaja proses tersebut dia akan cabut awal2. Ini tidak, siap minta izin utk berehat di dlm kawasan SPRM. Beliau mungkin tahu akibatnya bila bekerjasama dgn SPRM. Banyak kemuskilan berlaku. Khalid Gagap pula menawarkan ganjaran RM ribu2 dari kantung negeri ( duit rakyat ) utk apa... rasuah .... atau gantirugi .......

    ReplyDelete
  50. saudara Rosli,

    Boleh hubungi saya melalui emel di drkhir@yahoo.com.

    ReplyDelete
  51. saudara Razali,

    1. Sehingga kini setahu saya tiada laporan SPRm dibuat oleh kerajaan negeri yang memegang dokumen pentadbiran termasuklah perbelanjaan setiap DUN sebelum pilihan raya lalu. kenapa dan mengapa?

    2. Kenyataan saudara bahawa semua DUN Bn membelanjakan RM 500 ribu dalam tempoh 3 bulan tu berlandaskan apa? Fakta, emosi atau tanggapan?

    Kalau fakta saya berani katakan saudara berbohong kerana di DUN saya sendiri perbelanjaan ketika itu tidak pun sampai separuh dari jumlah yang diperuntukkan.

    saya percaya jika ada pun ADUN yang membelanja hampir jumlah itu ia dibuat mengikut prosedur dan peraturan kerajaan. saya fikir itu juga perbezaan antara ADUN BN dan PR. Mereka tahu dan patuh kepada peraturan kewangan kerajaan. Bukannya merasakan apabila menjadi ADUN atau EXCO sudah berada diatas undang-undang sehingga aturan kewangan kerajaan tunggang langgang.

    ReplyDelete
  52. Salam Dato Seri,
    Semoga sihat dan teruskan perjuangan. Kematangan politik dan corak pemikiran Dato Seri semakin terserlah dalam mengulas isu semasa dalam negara.Mudah mudahan Dato Seri akan bangkit semula selepas ini. Wasalam.

    ReplyDelete
  53. Apakah status siasatan terhadap ADUN BN boros RM 26.6 juta wang rakyat Selangor?
    post info
    By Anwar Ibrahim
    Categories: Analisis, Hebahan, Isu Semasa, Media, Politik, Sidenotes and Umno
    159 Comments

    Sumber: Arkib berita Malaysiakini



    Tahun lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.

    Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

    Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

    Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.

    Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

    Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

    Dalam persidangan pertama dewan itu Mei 2008, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta di atas) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

    Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

    Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

    Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

    Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

    Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

    Saya cabar sdr saman kerajaan negeri kenyataan palsu ini...

    ReplyDelete
  54. utk PR

    gila ko. taknaknya dia usul tubuh suruhanjaya siasatan kat kerajaan. silap2 kang jadi doc gigi fulltime balik. ko taula umno@ampu

    ReplyDelete
  55. salam.. DSKT..
    saya sekadar mengatakan agak kecewa apa yang berlaku keatas BN selangor... saya memang ahli umno PJ selatan hingga kehari ini. Pada saya apa yang berlaku sekarang adalah rahmat kerana jika tidak ... tak mungkin DSKT boleh membalas email2 seperti ini seperti kawan saya saudara rosli (umno petaling jaya. Dalam pilihanraya lalu saya sendiri tak mahu mengundi BN memandangkan BN terlalu berkuasa sehingga banyak perkara2 yang tak patutpun dilaksanakan seperti yang paling kecil menghadiahkan 'penyapu'dan sebagainya.Walaubagaimanapun saya masih mengharapkan bahawa Umno mengambil semula Negeri ini memamdangkan masa depan melayu.
    Harap DSKT lebih memberikan penekanan kepada golongan yang DSKt tak nampak dibelakang tabir.
    Sekian

    ReplyDelete
  56. saudara razali,

    Jika dibaca petikan tersebut ternyata kerajaan negeri sendiri pun dalam proses menyiasat. bagaimana kerajaan negeri boleh membuat kesimpulan sedangkan masih dalam siasatan?

    bagi saya jika ada salah sila ambil tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  57. pesanan untuk pakatan rakyat dan razali..

    jangan amalkan sifat membalas dendam.Majukan negeri dengan bersungguh-sungguh.bukan masa menunding jari dan menyalahkan orang lain.

    adakah razali yakin pakatan rakyat tidak menyeleweng dan rasuah.ini adalah cabaran yang paling besar ke atas orang yang mempunyai kuasa, lebih-lebih lagi dengan tekanan yang dilakukan oleh UMNO.kesabaran dan kematangan perlu untuk menguatkan diri agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

    isu yang utama adalah kembali kepada ajaran islam.bukan isu mencari siapa yang salah dan siapa yang benar.pemimpin pakatan rakyat yang islam seharusnya muasabah diri apa tujuan pakatan rakyat menguasai selangor.adakah dendam semata-mata atau inginkan perubahan dari segi sahsiah,moral dan gaya hidup yang lebih islamik.

    Pakatan rakyat sekarang menguasai kerajaan negeri.adakah masih tidak bersyukur..UMNO sudah pun menerima balasan dengan kekalahan mereka. janganlah kita seboleh-bolehnya mengaibkan saudara seislam kita.Pakatan rakyat mempunyai kuasa dan berpeluang untuk membetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  58. YB,
    Saya cadangkan YB dan rakan-rakan yang digantung menulis surat aduan kepada Inter-Parliamentary Union (IPU)yang beribupejabat di Geneva untuk mengadu tentang tindakan yang dikenakan kepada YB dan rakan-rakan. Sebelum ini kes Teresa Kok dan terbaru Gobind Singh telah dibawa oleh DAP ke IPU dengan tujuan untuk memalukan Malaysia. IPU pula melayan tindakan DAP dengan mengadakan resolusi yang mengutuk Malaysia. Saya syorklan YB dan rakan-rakan mengambil tindakan yang sama dengan segera menulis surat kepada IPU. Baru kena batang hidung mereka. Rakan-rakan kita di Perak juga boleh ambil tindakan yang sama tentang persidangan di bawah pokok.

    ReplyDelete
  59. sdr faizal terima kasih teguran anda.Tapi kalau boleh teguran itu dituju pada umno dan bn.Apa bn dan umno pada rakyat selangor sekarang? demokrasi halang sana sini.Guna fitnah walaupun rakyat dah toplak bn dan umno.Adakah sdr faizal sedar?rampas perak guna culik dan rasuah,rampas selangor ada mangsa terbunuh.Terbaru halang kakitangan kerajaan pusat hadir program kerajaan negeri.Dan ADUN Pakatan Rakyat dihalang menghadiri program di sekolah,JKM dan banyak lagi.Ini dinamakan demokrasi ker?Ini bukan nama balas dendam ker? Cukuplah 15 thn dera kerajaan kelantan sampai tuan guru nik aziz kata jahanam gan umno dan nak tahu juga umno dan bn akan berkubur dijahanamkan dalam malaysia ini.Kpd sdr khir toyo cermin muka dulu sebelum mengatakan fakta saya ini bohong.PR dah buat laporan kehilangan duit 27 juta dalam masa 2 bln sebelum pru 12.tapi sprm tak siasat.yg siasat kes 2400 beli bendera.ini yb mp s alam kata dalam sinar.Dan hingga sekarang sdr tak berani nak saman dan buat report polis tentang fitnah dan pembohongan kerajaan negeri pakatan rakyat selangor.Saya cabar sdr saman kerajaaan negeri dalam tempoh seminggu kalau tidak sdr seorg pembohong dan pembelit.

    ReplyDelete
  60. razali..

    UMNO memang busuk hati.tidak perlulah saya sebutkan contoh kerana memalukan bangsa saya sendiri.
    saya cuma tidak mahu pakatan rakyat menjadi seperti mereka.kena ada 1 pihak yang baik jika tidak takkan ada kesudahan.
    pakatan rakyat sepatutnya tidak menghiraukan kekacauan UMNO keranan pakatan rakyat mendapat mandat rakyat.

    memang diakui UMNO suka menggunakan media untuk memburukkan lawan.sehinggakan isu surau dimanipulasi oleh UMNO.saya begitu sedih.isu itu sepatutnya ditulis dengan adil dengan pandangan kedua-dua pihak tetapi hanya satu pihak sahaja ditulis dan saya tahu siapa dalangnya.tetapi seperti yang saya katakan tidak perlulah kita simpan dendam kerana lama-kelamaan orang yang salah akan semakin dipinggirkan.yang sabar dan benar akan dirahmati.adakah kita tidak yakin kepada janji-janji allah.Bagi UMNO peluang dan kita bersama-sama membantu agar mereka menjadi parti yang bersih dan amanah.

    ReplyDelete
  61. Saudara Razali, saya tidak perlu saman kerajaan negeri kerana ia tidak menyebut saya menghabiskan peruntukan RM 500 ribu.

    Mungkin saudara juga patut membaca blog http://t4tbh.blogspot.com untuk melihat bagaimana parti yang saudara sanjung membelanjakan peruntukan mereka pula.

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum
    Kpd DSKT, Rosli dll, marilah kita bersatu di bawah panji perjuangan Islam. Marilah sama-sama tegakkan Islam, Islam membawa keadilan untuk semua tanpa mengira seseorang itu mukmin atau musyrik..jika ragu lihat lah sejarah betapa agungnya Tamadun yang dibina bertunjangkan Islam. Bangsa Arab yang digelar Belelang Padang Pasir tanpa nilai kerana mundur tamadunnya namun tiba-tiba dapat bangkit membina tamadun yang hebat apabila menerima Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Dalam tempoh 40 tahun umat Islam Arab berjaya membina Tamadun Moden, wujud Negara Islam Madinah - negara pertama yang dibina beasaskan perlembagaan lengkap. Jika dibandingkan dengan orang Barat atau Eropah, mereka hanya berjaya keluar dari kemunduran setelah lebih seratus tahun dalam kejahilan, orang Eropah hidup dalam keadaan mundur dalam Zaman Dark Ages, selepas lebih 100 tahun berlaku Revolusi Perancis dan Revolusi Industri, barulah mereka mencapai kemajuan, di Russia juga setelah lebih 100 tahun dalam kejahilan berlaku Revolusi Bolshevick barulah mereka dapat keluar daripada kejumudan. Namun Islam lebih pantas membina tamadun dan peradaban dunia, bermula Negara Islam Madinah, Empayar Kesultanan Umawiyyah, Kesultanan Abbasiyyah, Kesultanan Andalusia, Kesultanan Fatimiyyah, Kesultanan Melaka, Riau-Lingga, Johor-Riau, Sulu dan yang terakhir Empayar Turki Uthmaniyyah hebat membina tamadun dari pelabagai sudut kemajuan seperti senibina, prinsip ilmu,kenajuan bahasa, falsafah, kejuruteraan, kajibintang, pelayaran, perdagangan dll semuanya hasil daripada mengangkat panji perjuangan Islam, walaubagaimanapun seperti yang kita ketahui ia akhirnya runtuh, tetapi runtuh bukan kerana kegagalan prinsip Islam tetapi runtuh kerana ummahnya yang mula meninggalkan Islam sebenar, hidup bermewah-mewah, berpuak-puak dengan semangat perklauman sempit dan lupa diri.
    Jadi sebagai mengambil iktibar, demi kemajuan di dunia dan juga kemajuan di akhirat marilah kita sama-sama mengangkat panji Islam sebagai dasar perjuangan dan matlamat perjuangan..hayya 'alal falah...

    ReplyDelete