Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, July 15, 2009

Negeri Tiada Wang, Zakat Mahu Disalahgunakan?

Assalamualaikum dalam salam sejahtera,

1. Mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan saudara/i kerana sibuk berada di Dewan. Insyallah selepas ini mungkin banyak masa lapang apabila digantung dari sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

2. Saya tersenyum sahaja mendengar Tan Sri Khalid cuba memberi kuliah mengenai cara berniaga beliau di Dewan tadi. Saya tersenyum kerana Menteri Besar yang sama mencadangkan agar bukan Islam membayar zakat perdagangan kepada Baitulmal. Kerajaan negeri juga bercadang untuk menggunakan wang zakat untuk pembangunan. Apakah maknanya? Maknanya negeri sudah hampir kehabisan wang walaupun semasa mengambil alih pemerintahan negeri ada lebih dari RM 1 bilion.

3. Untuk makluman, Baitulmal di Malaysia atau di Selangor sendiri beerti pusat kutipan dan pengumpulan zakat.

4. Saya tidak pasti sama ada cadangan tersebut dibuat setelah mendapat pandangan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Dato Hasan Ali dan Mufti negeri Selangor.

5. Sebagai muslim yang hanya terdidik dalam pendidikan agama di kampung, apa yang saya faham Zakat ialah satu ibadah yang ditentukan oleh agama berserta dengan rukunnya serta asnaf yang layak menerima zakat.

6. Jika saya salah, saya mohon ditunjukkan. Sepanjang pemahaman cetek saya, sumber pendapatan dan harta yang hendak dizakatkan haruslah milik orang Islam yang merdeka dan mendapatkannya dari sumber yang halal, suci dan bersih dari sudut agama, cukup haul dan nisabnya.

7. Apakah akan terjadi kepada ibadah zakat kita jika kerajaan negeri memutuskan yang bukan Islam juga boleh memberi zakat kepada Baitulmal?

8. Lebih teruk sudah ada cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan pembayaran gaji dan pembangunan fizikal seperti jambatan dan jalan raya. Apakah jambatan, jalan raya dan kakitangan kerajaan termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat?

9. Kita tahulah Selangor sekarang ditadbir oleh "tokoh korporat" terkemuka negara. Tapi janganlah bijak sangat sampai wang zakat pun dianggap sama taraf dengan cukai pendapatan, cukai perniagaan dan lain-lain.

10. Masalah kerajaan Selangor hari ini ialah mereka banyak membuat andaian berasaskan fantasi. Ini menyebabkan akhirnya unjuran yang dibuat tidak seimbangan dengan pendapatan yang dapat.

11. Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.

12. Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasarang tersebut jauh tersasr. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.

13. Bukan pasir sahaja bermasalah. Beberapa bulan lalu, Kerajaan negeri juga membuat perancangan yang luar biasa termasuk mengumumkan RM 10 bilion untuk projek pembersihan sungai dan usaha menarik pelaburan bernilai RM 50 bilion.

14. Perancangan ekonomi bersandarkan andaian inilah yang menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri hari ini.

15. Pelaburan tidak datang menggolek. Setiap negeri berusaha menarik pelaburan asing. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri terlampau menumpukan pelaburan dari Cina dan Taiwan sehingga meninggalkan pelaburan asing lain seperti dari Eropah. Akibatnya pelaburan langsung asing Selangor merosot berbanding beberapa negeri lain yang sebelum ini di belakang Selangor.

16. Mungkin juga kerana telah menghentam kerajaan yang lalu kononnya menghabiskan wang ke luar negara, maka mereka hari ini tidak berani ke luar negara mencari pelaburan takut gagal dan dipersoalkan perbelanjaan nanti.

17. Atau mungkin juga kerana terlalu selesa duduk bersama syarikat anak emas kerajaan dahulunya hari ini tidak tahu "berdikari".

18. Bagi saya usaha menggunakan wang zakat ini adalah usaha untuk mendapat jalan mudah.

19. Tidak ada salah mencari jalan mudah memajukan negeri jika ia sesuai dan baik untuk rakyat. Namun janganlah sampai ibadat pun hendak disalahgunakan. Zakat ialah ibadat bukan pengumpulan wang sesuka hati. Perbelanjaan harus terhadap asnaf atau golongan yang ditentukan.

37 comments:

  1. khalid dah jadi seperti suara DAP. hassan ali pening kepala,kena jaga hati DAP,islam jadi secondari. Hukum hakam mainan politik hingga hilang jati diri. lee kuan uew jadi happy.

    ReplyDelete
  2. setuju pendapat DS tentang zakat. Zakat dari orang Islam untuk orang Islam. Benar, pernah Nabi SAW memberi wang baitulmal kepada seorang yahudi, tetapi itu exceptional case. Yahudi itu mintak sedekah hingga memalukan kerajaan Islam ketika itu, lalu Nabi SAW arah agar yahudi itu diberi zakat. itupun, yahudi itu termasuk golongan yang berjanji patuh pada kerajaan Islam dan membayar cukai dan alasannya meminta sedekah adalah kerana beliau perlu kumpul wang untuk bayar cukai itu.
    di Selangor ini nak bagi zakat pada bukan-Islam yang macam mana? nak bagi pada Karpal yang terang2 menentang Islam tu?
    benarlah tu, nak beri zakat perlu pada asnafnya.. habiskan duit tu pun takpa, asalkan untuk kepentingan orang yang berhak. bukan untuk melicinkan perjalanan mercedes2 dan Bmw tan sri-tansri sekelian.
    kepada tan sri MB khalid, mohon maaf atas perbezaan pendapat ini.

    ReplyDelete
  3. ha....apa cerita sekarang...mana puak2 pakatan rakyat....

    dulu boleh la hentam cukup2 sebab ds tak de blog...naj sekarang berita terkini bukan dalam tv saja....dalam blog ni pun dah jadi up to date..

    ap cerito...jangan sonyap je....

    korang yang selama ni menokong pr ni..sudah2 lah tu kembalilah kepangkal jalan..jangan marahkan nyamuk kelambu pun turut kena bakar....

    .sapa yang marah dulu ..udah2lah tu jangan merajuk kuat sangat...kami pun insan biasa...adakala salah dan ada kala betul...tapi korang patut ingat kita ni melayu nak bersatu bukan berpecah.

    apa pun dengan pendedahan ds diatas amat mendukacitakan saya..target 150~200juta masa tu puak2 pr ni dah kelam-kelibut dah terkena kejutan budaya..rupa2nya cuma 22juta je dapattttt...hampehh

    sampai wang zakat pun nak pusing gak...

    jawab la dan carilah hujah yang logik sikit bila nak patahkan pandangan dan pendedahan ds ni...jangan main taram je..dulu boleh la pemimpin umno tak guna blog (lambat)maklumat ramai tak tahu dan tak faham...tambah putar belit sikit oleh puak pr ni lepas tu cerita kat kedai kopi.

    p/s:tgahari semalam sahabat saya totok pas hantar sms (punya lah banyak)siap dia dah jadi pemberita kat saya...smsnya berbunyi pas menang bosa lobih 2000 undi...alih2 malam sonyap jo dah tak do anta sms(saya sibuk mlm tadi tak sompat nak tau)....bila saya tengok berita jam 1am ruponya monang 65 undi jo...ki...ki...ki...ki..ki...apa pun tahniah kepada pas...1 undi pun kiro monang gak ye tak....patut la sonyap

    kalau umno menang,adala kat mana2 dalam negara ni kata spr tak betul,pengundi hantu dan umno main duit.....piiirahhh kencing betul la korang ni.(yang syoknya orang lain main ikut je..)

    orang umno bila kalah boleh terima kekalahan dengan sikap yang rasional...cuba tengok kalau diorang kalah..kelam kelibut..sampai ada yang baring atas jalan tahan sultan...ki,,ki,,ki kelakar gak tengok kekawan sekarang ni...berpolitik sampai lupa diri..MENURUN ikut kata2 orang dulu2

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk Seri.

    Kalau Datuk ada masa lapang pada waktu malam, bersiar-siarlah dgn menaiki kereta ataupun motorsikal di Shah Alam. Tak perlu ronda sampai KL. Apa yang Datuk akan nampak ialah banyak lampu jalan yang tidak menyala/berfungsi. Lampu jalan seolah-olah di catu utk penjimatan tenaga. Hari ni nyala,esok lusa mungkin tak nyala dan tempat lain pula dinyalakan. Jika benar, penjimatan itu mempertaruhkan nyawa pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal.

    ReplyDelete
  5. Info dari Pusat Zakat Selangor..

    http://www.e-zakat.com.my/k%20zakat/jenis%20zakat-perniagaan.asp

    Firman Allah s.w.t, dari surah Al-Baqarah, ayat 267:

    “ "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." ”

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    “ "Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

    ReplyDelete
  6. Assalam wbt.

    Semoga Dr. dapat menjadi ketua pembangkang yang dihormati, disegani dan dikagumi oleh lawan dan kawan......tunjukkan kebenarannya jika anda rasa anda di pihak yang benar.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Semasa kerajaan BN memerintah tiada satu pun sekolah ugama di kemaskini. Ibubapa terpaksa membayar yuran bulan RM25. Bayangkan kalau empat orang anak bersekolah ugama yuran bulannya sangat tinggi berbanding sekolah kebangsaan. DSKT cakap tak serupa bikin. Alhamdulliah dengan ada nya kerajaan PR banyak perubahaan.

    ReplyDelete
  8. seorang ketua eksekutif yang membeangkrap kan Guthrie sehingga guthrie pun dah tak ada ingin menjadi CEO sebuah negeri. dia ingat dia pandai sangat. sebuah conglomorate yang begitu mashyur dn maju sehingga menjadi bankrup mahu teraju negeri. pergi mamapos lah khalid chivas tu. dia sebenarnya kaki botl, setiap malam kena chivas semas di guthrie.

    ReplyDelete
  9. Salam DSKT, tau plk keluar DUN bila ada perkara yg kita x puas ati... Dulu bila ADUN PR keluar dewan, bukan main lagi kwn-kwn DSKT komen habis-habisan

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Dato' Seri kerana menimbulkan isu ini.

    SYARAT WAJIB MEMBAYAR ZAKAT
    Syarat-syarat umum wajib membayar zakat adalah
    • Islam,
    • merdeka,
    • milik sempurna (harta yang dimiliki adalah milik sepenuhnya orang yang
    membayar zakat itu),
    • cukup nisab (nilai minima bagi mentukan wajib atau tidak harta itu perlu
    dizakatkan),
    • cukup haul ( genap tempoh iaitu setahun harta yang disimpan),
    • niat berniaga bagi zakat perniagaan.

    saya rasa sudah cukup jelas membenarkan apa yang Dato' Seri katakan itu.Setiap pendapatan yang hendak disalurkan mesti lah dari sumber yang halal bagi menjamin mutu orang islam itu sendiri.Menurut Ulama' harta yang diperolehi melalui sumber yang tidak halal dianggap tidak mempunyai kesempurnaan milik maka ia tidak layak untuk dizakatkan. Kenyataan ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim maksudnya:

    "Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram (ghulul)."kesimpulannya saya setuju dengan pandangan Dato' Seri.

    Sebagai ketua pembangkang selayaknya Dato' seri menimbulkan isu ini.Alangkah baik kiranya kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri tanpa mengira fahaman politik kerana selangor adalah negeri yang terletak di Malaysia.tiada beza dengan negeri-negeri yang lain.Boleh kah Dato Seri terangkan kenapa perlunya JKKP diwujudkan.Adakah ini boleh mengakibatkan pembayar cukai di negeri-negeri pakatan rakyat dinafikan hak mereka sebagai rakyat.ataupun rakyat bagi negeri yg diperintah pakatan rakyat di anak tirikan.Jangan lah kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar.kita semua satu negara,berhak menerima hasil negara secara adil.Ataupun demi menjaga kepentingan peribadi satu alternatif lain digunakan bagi menyalurkan dana ataupun bantuan ke negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat.harap Dato' seri boleh memberi maklum balas dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  11. Dalam Islam, orang Islam diwajibkan zakat, manakala orang kafir diwajibkan membayar jizyah. Pengiraan zakat telah tetap caranya, manakala jumlah jizyah bergantung pada pendapat Khalifah selaku ketua negara. Walaupun jumlah kedua tidak sama, namun ini adalah adil menurut Islam. Islam mengukur keadilan berdasarkan hukum wahyu, bukan hukum akal. Justeru, apa sahaja hukum yang ditetapkan oleh Allah, maka itu adalah adil bagi manusia. Sebagai Muslim, kita mesti ingat bahawa Allah adalah Pencipta Manusia, Pembuat Hukum, Maha Mengatur dan Maha Adil. Oleh itu, apa sahaja yang diputuskan oleh Allah yang berupa hukum-hukum syarak bagi manusia, maka kesemuanya adalah adil. Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah zalim.

    ReplyDelete
  12. Jika direnung dengan teliti, pandangan ini juga merupakan manifestasi dari fahaman liberalisme yang sedang menular di kalangan umat Islam. Ia cuba meliberalkan semua perkara termasuklah hukum-hukum Allah yang qath’ie sifatnya. Idea yang dicanangkan oleh Barat ini telah mendapat tempat di kalangan orang-orang Islam yang jahil dan jauh dari Islam. Oleh kerana kejahilan di kalangan umat Islam itu sendiri, maka fahaman dan pemikiran asing yang merosakkan Islam boleh bercambah dengan suburnya. Hukum akal didewakan oleh golongan ini, manakala hukum wahyu ditinggalkan. Malang sungguh bagi umat Islam kerana di kalangan mereka, terdapat golongan seperti ini yang menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  13. Dr Khir

    Semasa saya membaca akhbar berkenaan hasrat Tan Sri Khalid untuk gunakan wang zakat Selangor tu memang hati saya dah terdetik, sama seperti apa yang Dr Khir nyatakan di atas. Dalam erti kata lain, duit kerajaan negeri dah hampir habis, bayar banyak benda, bagi kepada rakyat perkara yang bukan-bukan yang sebenarnya rakyat mampu untuk membayarnya.

    Tan Sri Khalid dah tiada akses lain nak cari duit, dan apa yang dia nampak duit zakat Selangor mempunyai rizab yang banyak dan boleh membantunya menyelesaikan masalah kewangan negeri.Kutipan zakat Selangor dengarnya mencecah RM 100 juta, siapa yang tak terjuir air liur kan? Tapi takpelah, Tan Sri Khalid boleh mintak sikit pada duit YB Ng sebab dengarnya dia akan dapat RM 12 juta!!

    Satu lagi, Rakyat Selangor seperti Marangkrapu dah jadi rakyat yang manja dan pemalas,RM 25 pun nak mintak kerajaan bayarkan ke?Memalukan betul la..

    ReplyDelete
  14. Sdr Faizal dan sahabat sahabat bloggers yang lain,

    Kerajaan persekutuan menubuhkan JKKKP adalah bertujuan untuk mentadbir kampong yang gagal di tadbir oleh JKKK,Ini juga akan menyediakan satu keadaan persaingan yang sihat antara JKKKP dan JKKK dan yang mendapat manafaat adalah orang kampong yang akan mendapat perkhimatan terbaik.

    Sebenarnya kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan yang sama dgn tahun sebelumnya,cuma pada masa sekarang apa yang berlaku ialah semua peruntukkan tersebut diberi melalui pejabat pembangunan negeri yang ditadbir oleh pegawai persekutuan.

    ReplyDelete
  15. Dato Seri...

    Dulu masa Datuk jadi MB

    Kerajaan Selangor banyak duit kan???

    Kenapa Sekarang tak de duit ek?

    Mana perginya duit duit semua tu???

    Pembangunan tak nampak sangat

    Tapi duit habis...

    ReplyDelete
  16. He..he..nak jadi pemimpin bukannya mudah..kalau nak ikutkan semasa baru naik `takhta'..wah bukan main hebat dgn resumenya.Nak jadi pemimpin dan pentadbir memerlukan seseorang yang berjiwa besar. Kenapa pemimpin terdahulu berjaya di dalam kepimpinan mereka? Kebanyakannya terdiri dari cikgu2 sekolah, pegawai daerah dan bukannya tokoh korporat terkemuka yang resumenya berjela-jela.Yang tak sedapnya, duit baitulmal yang dia nampak.Adakah cadangan ini telah dibincangkan di mesyuarat EXCO? Mana boleh main keluar statement. Gagal..bagi saya gagal yang teramat sangat.Kalau diperbesarkan isu ini mereka akan berkata; 'itu baru cadangan'. Itu jawapan standard..

    ReplyDelete
  17. saudara halim ayatmu baik gua sokong
    "Satu lagi, Rakyat Selangor seperti Marangkrapu dah jadi rakyat yang manja dan pemalas,RM 25 pun nak mintak kerajaan bayarkan ke?Memalukan betul la.."

    ReplyDelete
  18. PR mana tau buat kerja cari duit untuk kerajaan negeri pun tak tau cari duit untuk poket sendiri itu depa paling tau.pastu kata org lain rasuah haprak betul perosak rakyat ni
    www.antihero2009.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. saya berharap sangat penduduk kampong diberi keadilan tanpa mengira fahaman parti,kita adalah bersaudara.yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan

    ReplyDelete
  20. Sehingga menurut pemahaman saya, jika kondisi masyarakatnya sama antara muslim dan non muslim maka zakat harta mutlak diberikan kepada umat muslim saja. Sedangkan untuk umat non muslim dapat diberikan berupa shodaqoh atau infaq. Karena pengeluaran zakat seseorang hanya diwajibkan bagi seseorang yang telah memenuhi syarat

    ReplyDelete
  21. Nampak sangat le Datuk Seri dan org UMNO nie tak reti sangat ngan hukum agama.

    mmg ler zakat hanya utk org Islam, tp bukan Islam ada Jizyah, mcm zakat beza nya zakat bg org islam satu kewajipan. mungkin itu yg TSK bagi tau tapi kurang dfahami oleh org Islam yg jarang2 bayar zakat.

    satu lagi, aper plak tak boleh nak guna wang zakat untuk pembangunan? habis zaman nabi dan sahabat, tak der lah pembangunan? pasal tak der cukai? yang ada hanya duit zakat. jd salah lah khalifah terdahulu guna baitulmal untuk buat pembangunan?

    ini satu cadangan yang bagus. untuk membiasakan bukan islam dengan istilah2 islam. nama pun dah negara islam.. bukan begitu datuk seri?

    pertanyaan... knp kerajaan persekutuan perlu menubuhkan JKKP yang jelas seperti kata Datuk Seri menimbulkan persaingan? adakah kerajaan persekutuan tak nak bekerjasama dengan kerajaan negeri PR? jd betol lah kerajaan PR nie di anak tirikan? hakikatnya? kerajaan persekutuan ni, kerajaan Malaysia atau pun kerajaan BN??? setahu saya dalam perlembagaan ada dua jer,, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, fikir2 kanlah.

    ReplyDelete
  22. salam...

    Sebagai rakyat negri Selangor kita harus
    menuntut akan ketokohan MB Khalid sbg CEO
    di Guthrie dulu untuk 'memperdagangkan'
    negeri Selangor ini lebih baik atau hebat
    lagi supaya kantong negeri lebih kembong
    dan berisi,kalau tidak segala "percuma"
    yg diberi tak dapat dipertahankan lagi.

    Sedangkan rakyat mula 'manja' untuk menikmati
    wang dan harta negeri yg telah ditinggalkan
    oleh kerajaan terdahulu.

    Bagaimana semasa BN negeri perintah pendapatan
    dari hasil pasir begitu tinggi walaupun isu pasir dipandang serong begitu buruk sekali..Kini PR perintah isu pasir tiada lagi,tapi hasil tak seberapa..mana silap nya?

    ReplyDelete
  23. Salam Dato,
    Saya rasa ramai bloggers yg nak tau komen Dato pasal Tun Mahathir punya rumah satu juta tu, Tun pun cakap Dato tak realistik bila cakap rumah Dato 3 juta. Sila komen sikit Dato.

    ReplyDelete
  24. pelantikan JKKKP hanyalah satu pembaziran keatas wang rakyat..kenapa perlu ade JKKKP sedang sudah ade JKKK..perlantikan JKKKP ini hanaya merupakan satu penghinaan terhadap kerajaan negeri..ape dato' ingat JKKKP tu buat keje ke..menghabiskan duit rakyat sahaja..macam mana dato boleh berkata JKKK gagal mentadbir..atas penilaian ape..JKKKP dilantik sebaik sahaja umno kalah dalam pilihanraya..macam mana dato boleh berkata JKKK gagal mentadbir???????yang sebenarnya JKKKP ni hanya mengganggu pentadbiran yg diuruskan oleh JKKK..dalam kata lain pengacau seperti lalat atau langau..cuba dato' khir bayangkan..jika dalam satu rumah tu ade 2 org ketua..ape akan jadi dgn rumah tu...kacau bilau jadi nya tahu tak..tak fikir ke..yang sebenarnya umno tak dapat menerima kenyataan yang umno sudah kalah dan kehilangan beberapa buah negeri...rakyat dah muak dengan cara pentadbiran kerajaan BN....

    ReplyDelete
  25. salam,

    Ada benar yang Wak DSKT bahaskan,mengenai zakat.Kaki botol Khalid tu & geng dah habiskan duit negeri utk populis politik spt air percuma,duit masuk universiti.Dia ingat boleh pusing duit pasir, balak dan sebagainya,tup-tup tukang kira dia bodo.
    Saya simpati dgn tergantungnya Wak DSKT dari DUN, tak pe jgn putus asa.Walaupun kita sekampung, saya tak minat cara Wak DSKT mentadbir dulu. sekarang Wak DSKT, kena tumpu pd ketua pemikir badan perhubungan UMNO selangor.Jangan silap lagi wak.
    buat MARANGKRAPU, Akal dan visi kau tumpul.Kau tak sedar ke!!! kena rasuah lebih kurang RM100.agama,Tanah tumpah darah, maruah agama tergadai. Bongok la kau, kau buta mata & hati,berapa banyak bn buat dan kemaskini bangunan SAR & masjid. Gaji guru2 SAR pun 60% kerajaan BN yang bagi tau.PR sekarang hanya sambung je.
    sekian...

    ReplyDelete
  26. Ini lah masalahnya bila isu-isu agama di politikan semata-mata untuk mendapati 'popularity support'. Apa kata Tok Guru Nik Aziz atas cadangan MB Selangor ini menggunakan wang zakat untuk pembangunan negeri Selangor? Jelas sudah bangsa Melayu dan orang-orang Islam berada dalam kerugian bila pertikaian politik di kalangan bangsa Melayu tidak mencapai titik pertemuan. Zakat yang di wajibkan ke atas orang-orang Islam dicadangkan untuk dimenafaatkan oleh keseluruhan rakyat Selangor tanpa mengira agama. Pembangunan orang-orang Islam terus tercicir kebelakang.Saya amat berharap semua Mufti khususnya Mufti Selangor dan tokoh-tokoh agama di negara ini dapat memberi pandangan dan nasihat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai hukum-hakam penggunaan wang zakat. Saya juga mendesak Dato Seri sebagai pemimpin UMNO supaya tokoh-tokoh agama dalam UMNO bersuara dalam isu ini. Jangan Dato Seri seorang yang bersuara.
    Shamsuri, Subang Jaya

    ReplyDelete
  27. Assalamulaikum Datuk Seri

    Saya ingat beliau tersilap takkan masalah hukum beliau tak tahu.Saya rasa keadaan kewangan kritikal sangat sehingga jalan keluarnya agak tergopoh kot.

    Walau macamana pun pendedahan Datuk Sri akan memberi amaran kpd kerajaan negeri tidak menggunakan duit zakat.

    Kalau mereka gunakan duit zakat -kalau PAS kata boleh tak tahu la -dunia nak kiamat kot..

    ReplyDelete
  28. Siapa kata Khalid ini tokoh koporat?

    Kerja dengan PNB memang senang,modal kerajaan bagi,projek kerajaan bagi.Kerja dengan Golden Hope yang dah memang besar dan berjaya sebelum Khalid lagi.

    Tokoh koporat Melayu,carilah yang berjaya tanpa berkeja dengan anak syarikat kerajaan,Azman Hashim,Syed Mohktar dll.

    ReplyDelete
  29. skuyat, elok kau belajar agama dulu sebelum bagi komen kat sini. Perbezaan antara zakat dan cukai pun kau tak tahu. Itulah akibat membuta tuli taksub dengan orang. Orang bangang pulak tu.

    ReplyDelete
  30. salam..
    http://www.selangorkini.com.my/my/berita/4741
    tolonh komen sikit...

    ReplyDelete
  31. Dato'
    saya agak musykil dengan kenyataan yang Tan Sri Khalid mengatakan tidak menerima peruntukkan dari kerajaan pusat sebanyak RM300juta - 500juta setahun... betulkah begitu? jika tidak berapa sebenarnya peruntukkan yang diterima oleh kerajaan negeri ini?

    lagi satu, saya agak musykil juga kerana kenyataan beliau menunjukkan bahawa PR mahu kerajaan pusat menyalurkan terus kepada unit perancang ekonomi selangor dan bukan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS).

    oleh kerana peruntukkan yang diberikan kepada setiap negeri dari kerajaan pusat, sudah semestinya kerajaan pusat perlu mengawal aliran wang keluar bagi mengelak penyelewengan pihak tertentu dan merugikan banyak pihak.

    Hari ini dah keluar lagi satu berita pasal Teoh Beng Hock pulak mati. Kes salah guna peruntukkan kerajaan negeri. ni apa ni? tunggu lah polis siasat..

    MELAYU, kenapa masih macam tak tahu menilai? perlu kita nilai ikut akal ke ikut nafsu? kenapalah bangsa aku begini...

    p/s - tergelak baca komen marangkrapu pasal RM25... KALAU MACAM NI LAH SIKAP, ME-LAYU LAH MELAYU KITA.... HMMM

    ReplyDelete
  32. skuyat,
    Memang betul bagi bukan islam ada jizyah..tapi masalah yer Tan Sri Khalid cakap/kenyataan zakat bukan jizyah..sebb itu isu ini timbul...

    Lagi satu sebelum komen cari info dulu baru komen, janganlah cakap org tak reti ugama tapi ko pun sama jer..ckp main hentam jer..

    Info dari wikipedia..
    Jizyah adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam (Daulah Islamiyah).Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :


    "Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)

    ReplyDelete
  33. Dato Sri tak usah lah nak bercakap tentang apa² lagi. Bagi jer la DAP memerintah sekurangnya kita boleh jadi macam singapore berdaya maju- byk barang² fesyen terkini boleh masuk ke negara. Pastu tak perlu risau lagi JAIS ke JAWI ke apa ke kerana kita manusia mempunyai kebebesan.

    Banyak konsert boleh diadakan dan ini akan memajukan lagi industri hiburan kita yang telah lama kebelakangan. Pastu dah lama saya tidak melihat anak melayu masuk Miss World atau Miss Universe..

    Lagi satu kita harus menjadi pro Barat seperti Singapora atau thailand. Dimana kita akan mendapat pelaburan asing yang positif yang akan menaikkan taraf ekonomi.

    Cuba dato seri tgk shopping complex kita? Mcm haprak..semua baju design lama tak up to date langsung.


    Saya sudah cukup lah dengan pemerintahan mcm katak bawah tempurung ni. Bagi saya lebih elok kita jadikan Malaysia seperti Singapora..berdaya maju dan mempunyai hak kebebsan mutlak.

    ReplyDelete
  34. PR mana tau cari duit?? Diorg cuma tau cakap ngan cari salah orang lain jer.

    ReplyDelete
  35. Zaman Datuk memegang jawatan sebagai menteri besar kerajaan Selangor banyak duit sehingga Datuk boleh membina istana . Saya pun ,merasa muskyil datuk pakai toyol ke? Semoga datuk mendapat pembalasan jika mendapat wang secara salah.

    ReplyDelete
  36. ape masalah si sunrize tu?anda ni rakyat malaysia ke rakyat singapore?
    kalau rakyat singapore mohon undur diri..
    anda xtau sapa DSKT..

    KASSIM PATALON
    bagi cth sket mana DSKT nak dapat wang dgn cara yg salah?
    guna toyol??percaya lah lagi mende3 khurafat ni...
    Zaman pemerintahan DSKT dulu slangor senang lenang je....
    alih ke MB khalid mcm2 mende kurang...smpaikan biasiswa pelajar skolah, BKP kat slangor ni pun berkurang..kalau saya seorang yg suka su'u zzhan atau bersangka buruk macan KASSIM PANTALON ni saya akan kata,"amek duit rakyat nak bayar hutang dia ng bank lah tu..pastu sibuk nak bina kuil,mana dapat duit?hutang manyak sibuk nak bina kuil."
    tapi kita tak tahun kebenarannya,jgn sedap mulut nak tuduh org..siap pakai toyol lagi..
    aduhh...majulah sikit pemikiran tu....

    ReplyDelete
  37. salam...realiti masyarakat islam kini, kerana politik nak berbalah, sesama islam pula tu... tiada jumpa satu titik persamaan...orang bukan islam di malaysia tengok hepi dan seterusnya menepuk tangan melihat umat islam malaysia berbalah...fikr2kan ;)

    ReplyDelete