Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, July 10, 2009

PPSMI Wajar Dimansuhkan Mulai Tahun Depan

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana mengambil keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu mulai 2012. Saya pernah menyarankan perkara ini pada Disember 2008 di bawah tajuk Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu.

2. Saya mengucapkan terima kasih bukan kerana saya gembira dan tidak bersetuju dengan langkah pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu. Saya percaya langkah yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir merupakan visi masa depan untuk rakyat.

3. Saya juga memahami kekecewaan YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebagai pemimpin Dr. Mahathir telah diketahui mempunyai sikap yang tegas dan "keras" dalam melaksanakan sesuatu agenda yang boleh menjadikan rakyat Malaysia satu bangsa yang hebat.

4. Namun tidak semua yang mempunyai matlamat unggul dapat dilaksanakan. Impian dan harapan kadang-kala tidak dapat direalisasikan kerana realiti sendiri tidak membenarkannya.

5. Bagi saya kita boleh menonjolkan fakta-fakta kejayaan pelajar dalam PPSMI tetapi apakah kita mahu melupakan ramai yang tercicir dalam sistem ini?

6. Saya berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana akhirnya kita tidak "menghalang" keupayaan anak-anak kita untuk menguasai ilmu asas dalam matematik dan sains.

7. Sokongan saya kepada pemansuhan PPSMI berasaskan prinsip tidak mahu anak-anak kita, terutama di luar bandar, bukan sahaja gagal menguasai bahasa Inggeris tetapi juga gagal menguasai matematik dan sains. Ini telah banyak direkodkan dalam kajian banyak badan-badan bukan kerajaan seperti Gapena, Teras dan ahli-ahli akademik yang tidak mempunyai agenda politik kepartian.

8. Bagi mereka yang marah kepada kerajaan mereka perlu faham bahawa sistem ini memberi banyak masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar bandar. Kita kekurangan guru yang mahir untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

9. Saya tidak pasti mengapa PPSMI perlu dimansuhkan pada 2012. Kerajaan boleh sahaja memansuhkan pada tahun hadapan kerana di kebanyakan sekolah, ia masih diajar dalam keadaan dwi bahasa. Malah soalan-soalan juga diadakan dalam dwi bahasa.

10. Paling baik ialah kerajaan mulakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu pada tahun hadapan bermula dengan Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

11. Bagi pelajar dalam sistem sedia ada, guru dan pelajar harus berbincang dan menentukan sama ingin meneruskan dalam sistem PPSMI sehingga 2012 atau terus bertukar kepada bahasa Melayu.

12. Saya juga ingin mengulangi beberapa cadangan saya pada tahun lalu untuk pertimbangan Kementerian Pelajaran :

a. Memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.

b. Elaun tambahan yang sebelum ini diberikan kepada guru PPSMI boleh dikekalkan dengan syarat mereka memperuntukkan beberapa jam tertentu dalam seminggu mengajar kelas tambahan sebelah petang kepada para pelajar.


13. Dengan cara ini pelajar akan mendapat keuntungan maksima dari segi penguasaan Matematik dan Sains dan juga penguasaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini.

14. Selain itu, jika penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu, maka sukatan pelajaran bahasa Inggeris sendiri perlu dirombak dan dicari kaedah yang lebih baik termasuk memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan inggeris di peringkat lebih awal.

15. Malahan kualiti guru-guru bahasa Inggeris juga perlu diperkasakan. Jika perlu, kerajaan boleh mengambil tenaga asing yang pakar dalam isu "Teaching English as a Second Language" di setiap negeri atau daerah bagi melatih guru-guru bahasa Inggeris secara berkala.

49 comments:

  1. hehe..datuk jangan bengang dgn komen tun psl rumah datuk tu ok..

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. saya fikir PPSMI ini elok diteruskan kerana Sains dan Matematik adalah lebih mudah diajar dalam Bahasa Inggeris. Entah mengapa kerajaan mansuhkan.....

    ReplyDelete
  3. "tenaga asing yang pakar".
    Tak payah cari jauh2, atau bayar gaji terlalu tinggi.
    Just ask the Malaysian Indians who have been teaching for so long....

    ReplyDelete
  4. Pandangan saya, sistem pembelajaran BI itu sendiri lemah, bagaimana seorang yang memang lemah dalam BI menjalani sistem pembelajaran BI..sudah tentu dia akan lemah..
    Jadi pujuk panggal yer bukan sebb PPSMI, tetapi sistem pembelajaran BI itu sendiri telah lemah..jadi kenapa perlu membebankan pelajar dengan sistem PPSMI.
    Pelajar yang lemah dlm belajar BI disuruh untuk belajar Math & Sains dlm BI? Sudah tentu dia akan gagal ketiga2 mata pelajaran ini..sebb mereka memang lemah BI dan mungkin termasuk BM..
    Kalau diteruskan jua PPSMI ini, makna yer pelajar mengambil masa belajar BI 60% untuk 3 masa tetapi cuma 40% utk Math & Sains..setiap satu masa..nak faham Math lagi..pastu nak kena tahu penulisan/pemahaman BI plak..
    Cadangan Tun memang bernas, namun rata2 kesemua(malayu & bumi sabah/sarawak) pelajar perintis sistem PPSMI akan gagal..
    Jadi harap Tun dapat menyelamiyer..undian yang Tun bina hanya dapat diundi oleh golongan bandar, namun golongan luar bandar yang tidak dapat mengundi perlu juga diambil kira..jadi keputusan undi mungkin hanya berpihak pada Tun..dan ini akan mengelirukan rakyat dan memberi peluang parti pembangkang..

    ReplyDelete
  5. DS,
    Saya setuju dgn PPSMI tapi juga bersetuju pemansuhannya pada 2012 iaitu tidak tergesa2 tak seperti perlaksanaannya dulu.Kalo DS jenguk blog Tun,beliau mmg hentam habis2an & siap buat poll lagi.Mmg beliau 'keras kepala' tapi mungkin visi beliau yg jauh kehadapan!Tapi kerajaan juga ambil jalan tengah dgn penambahan masa pembelajaran BI,menguatkan penguasaan BM.Bukankah itu satu jalan persediaan awal untuk pergi lebih jauh dlm bidang pelajaran akan datang?Siapa tau MUNGKIN satu hari nanti PPSMI akan disambung semula setelah semuanya BERSEDIA!

    ReplyDelete
  6. Saya TIDAK SETUJU dan alasan saya ada didalam blog http://penpusaka.blogspot.com

    Harap sudi berikan komen agar saya boleh faham rasional keputusan kerajaan ini.

    ReplyDelete
  7. Pelajar di Malaysia tidak digalakkan belajar menyesuaikan diri dengan perkara baru kah? Perkenalkan benda baru seperti PPSMI, kemudian pelajar tidak berjaya sesuaikan diri, kerajaan pun tarik balik benda baru itu..

    PPSMI bagus, sangat bagus sebenarnya.. kenapa perlu mansuhkan hanya kerana pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengannya? kenapa tidak kerajaan membantu mereka menyesuaikan diri berbanding memansuhkan terus PPSMI?

    bayangkan berapa kerugian yang ditanggung oleh kerajaan dan pelajar-pelajar.. kerugian wang tidak mengapa.. wang boleh dicari.. bagaimana dengan kerugian kehilangan pelajar-pelajar yang berdaya saing, mampu menyesuaikan diri dengan benda baru? mana mahu cari pelajar yang sebegitu?

    ReplyDelete
  8. khir,

    hang pi selesaikan pasal rumah hang dulu la...yang ni pakatan rakyat boleh selesai laa...jgn bimbang sangatlah ..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, tahniah kerana konsisten memperjuang bahasa Melayu.

    Beberapa soalan diutarakan:

    1. Saya tidak nampak kewajaran memperkasa tatabahasa dan kesusasteraan Bahasa Inggeris. Realitinya, kelemahan utama ialah dalam aspek komunikasi dan penggunaan. Sesi temuramah permohonan kerja dalam bidang swasta, pembentangan, kriteria penaikan pangkat, komunikasi ketika bekerja dan sebagainya. Orang kita juga lemah mempertahankan pendapat dan membetulkan persepsi apabila diutarakan dalam bahasa Inggeris.

    2. Pihak pensyarah di universiti perlulah lebih aktif melakukan penterjemahan terutamanya buku-buku yang berkualiti dari luar negara terutamanya dibidang sains dan teknologi. Inilah yang galak dilakukan oleh sarjana Barat ketika zaman keemasan Islam dahulu. Tiada masalah dalam pemasaran kerana pelajar-pelajar lebih memahami sesuatu aspek selain prospek yang lebih besar dan menarik minat untuk membaca. Golongan pensyarah ini adalah yang paling MEWAH dalam sektor awam, maka sepatutnya menyumbang banyak kepada perkembangan sains dan teknologi. Mungkin penterjemahan dijadikan kredit penting untuk kenaikan ke Prof Madya dan Prof.

    3. Pelajar perlulah diberikan penerangan penting dan diberikan peluang untuk bersuara dalam seminar-seminar isu-semasa oleh pihak yang sepatutnya. Seperti isu-isu berkaitan undang-undang, kejuruteraan, dan kesihatan. Krisis Perak, keruntuhan Bukit Antarabangsa, H1N1 adalah contohnya. Sekali lagi peranan pihak universiti adalah amat penting. Jangan lupa mereka juga layak mengundi.

    4. Jangan dibiar pihak yang berdiri atas kapasiti politik meracuni fikiran siswa-dan siswi. Terbaru, UNISEL misalnya telah mengadakan ceramah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nik Nazmi yang ternyata hadir atas kapasiti politik membakar darah anak muda. Sila rujuk http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/.

    5. Sedikit terkeluar, sistem satu sekolah perlu dilakukan kerana masalah perkauman sememangnya berakar umbi di sini. Setidak-tidaknya sistem sekolah Wawasan diluaskan lagi. Mungkin DS boleh menonton filem UNDERGROUND mengenai masalah perkauman ini berjudul `GADOH'(boleh dimuat turun dari www.syok.org atau emel saya sahaja). Ia memaparkan keadaan sebenar sistem sekolah kita.

    Semoga DS tetap sihat dan sejahtera. Berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala usaha ikhlas kita ini.Wallahualam

    ReplyDelete
  10. DS,
    Terkejut dgn komen Tun.Rumah dia pun RM1 juta!Apa komen DS?Saya mmg respek&kagum dgn idea & kepimpinan Tun....tapi kekadang naik meluat plak.Semuanya tak betul.Terlalu buruk sangatke kepimpinan sekarang?

    ReplyDelete
  11. saudara Nasir,

    Pada pemerhatian saya kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris berkait rapat dengan kegagalan menguasai grammar atau tatabahasa.

    Apabila mereka tidak menguasai tatabahasa Inggeris, mereka berhadapan dengan kesukaran untuk berkomunikasi dengan baik kerana perlu berfikir dan mencari ayat yang betul sebelum mengucapkannya.

    Ini berikutan struktur bahasa nggeris sendiri yang mempunyai kata kerja yang berlainan mengikut situasi.

    ReplyDelete
  12. PEMIKIR,
    Isu kampong buah pala hang dah selesai ka? nak kena BN tolong ka? hishh..malula..CM pegang portfolio tanah pun takleh nak selesaikan..suruh LIM tukar portfolio ugama plakla..huhu
    Pelikla..cuba hang pk..LIM lani xleh nak setlekan.. LIM suruh BN setlekan(sebb BN punya pasai)..Memang dulu semua keputusan kerajaan negeri BN yang buat, tapi bila LIM xleh nak selesaikan, LIM suruh BN selesai..walaupun bukan BN yang perintah lani? napa pakatan tak suruh jar BN perintah negeri pulau tu..kan senang..LIM leh makan gaji buta..*LIM tau nak buat kerja senang jar..
    P/S utk LIM -> kalau xleh bagi pampasan, bagi jar la depa tanah ker atau umah kat tempat lain..suruh penduduk bayar sikit apa2 yang patut..

    ReplyDelete
  13. Inilah Melayu yang akal pendek. Dulu bukan Sain dan Matematik sahaja belajar dalam bahasa Inggeris malah semua subjek. Bahasa Melayu tetap diungguli.

    Orang-orang seperti Samad Said sebenarnya risau kerana karyanya tidak dapat dijual maka disalahkan PPSMI. Itulah hakikatnya.

    Sastera sebenarnya seni dan bukan semua orang menyukainya. Di alam cyber, minat dunia terhadap kesasteraan telah menurun. Tidak terkecuali negara Barat, Amerika, Asia dan lain-lain. Generasi hari ini adalah generasi aggresif. Maka dengan adanya teknologi cyber maka jarak kesasteraan dan teknologi telah berjauhan.

    Malah kebanyakkan Universiti telah tidak mengadakan subjek yang tidak ada Economic Value. Dibarat subjek seperti Roman and Greek Studies tidak dimansuhkan.

    PPSMI patut diteruskan dan jangan salahkan kerajaan. Saya kira Khir Toyo ini akal pun pendek. Kata orang ramai pelajar perubatan dan apabila mereka tidak dapat meneruskan pengajian atau hampir fail maka mereka ambil subjek yang mudah seperti pergigian. Betul tak, Dato?

    ReplyDelete
  14. salam DSKT,

    Saya ada 2 org anak perempuan yg skrg ni belajar di Sek Rendah Kebangsaan. Semlm sy tanya mereka mcm mana dgn keputusan kerajaan yang akan menghapuskan PPSMI pada tahun akan dtg. Jawapannya mereka tida setuju kerana sistem yang ada skrg senang & boleh difahami & klu ianya ditukar akan menyusahkan lagi utk mengubah sistem yang ada.

    Utk makluman, saya berada diluar bandar & anak saya bukan dari kategori yang bijak. Anak2 saya duduk dipertengahan kelas yang telah digradekan oleh pihak sekolah.

    Banyak sekali sy mendgr alasan bahawa PPSMI byk menyusahkan pelajar diluar bandar krana kekurangan guru mahir yg terlatih tetapi mengapa menghukum mereka yang bijak pandai?

    ReplyDelete
  15. salam....

    kalau salah tolong betulkan...

    bila pelaksanaan PPSMI diujudkan dan selepas
    ianya dimansuhkan...masih juga ada pro dan kontranya.....sebagai ibubapa kami mengambil
    jalan tengah sebagai pendekatan memperbaiki
    kelemahan anak-anak kami...menghantar anak kami
    mengikuti kelas bahasa inggeris yg dijalankan
    oleh guru anak kami selepas waktu maghrib..

    Satu lagi yg mungkin terlepas pandang oleh
    sebahagian orang kita,kenapa murid melayu
    sekolah rendah lemah dalam serba serbi matapelajaran ialah pagi sekolah kebangsaan,
    t/hari sekolah agama pastu petang pergi mengaji dan malam tiusyen pula....

    Carilah kaedah bagaimana kurangkan beban
    bagi murid ini menimba ilmu...kurang beban
    pada masa sama semua ilmu yg diajar dapat
    diterima.....(menguasai ilmu mungkin samar).

    ReplyDelete
  16. Saya tidak bersetuju dengan PPSMI.
    Fikirkan tentang pelajar luar bandar yang lemah dalam penguasaan BI. Tidakkah ini akan membebankan pelajar tersebut. Perkasakan dahulu BI. Kita sekarang mahu melihat semua pelajar tidak kira di bandar ataupun luar bandar berjaya. Jadi eloklah damansuhkan dahulu PPSMI ini.

    ReplyDelete
  17. Datuk Seri dan para pembaca,

    Berikut adalah beberapa perkataan yang datang dari keluarga 'Oxygen':-

    • Oxygenation

    • Oxidation

    • Oxide

    • Oxidants

    • Deoxydation

    • Oxidise

    • Oxidification

    • Dioxide

    • Monoxide

    • Peroxide

    saya harap para sasterawan dan penterjemah boleh menterjemah perkataan-perkataan ini supaya lebih mudah difahami dalam Bahasa Melayu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Dato'

    Kerajaan sepatutnya meneruskan PPSMI bukannya memansuhkannya sama sekali. Malang sekali anak bangsa kita selepas ini terutama sekali orang Melayu.

    Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pandangan Dato'. Cuba Dato' renung kembali polisi - polisi yang telah dilaksanakan ketika diera Tun Dr. M, banyak juga polisi beliau telah dikritk ketika itu tetapi semuanya berjaya dipatahkan dengan pelaksanaan yang kemas dan rapi, akhirnya rakyat Malaysia yang beruntung hasil dari pandangan jauh beliau.

    Tidak perlulah saya nyata satu persatu polisi beliau itu kerana saya percaya Dato' sendiri tahu. Kadang - kadang itu nampak pelik juga polisi beliau dan ramai yang marah kerana mempunyai pandangan yang pendek.

    ReplyDelete
  19. bagus lah dah di mansuhkan..
    ppsmi sebenarnya bagus tapi dibuat secara tergesa-gesa dan akan mengakibatkan jurang pendidikan semakin ketara.banyak masalah yang timbul,lebih-lebih lagi masalah para-para guru.
    Hasrut Tun tu murni tapi mungkin Tun terlepas pandang mengenai pelaksanaannya di peringkat sekolah,lebih-lebih lagi kawasan luar bandar.
    Apa-apapun Perubahan yang baik tetap kita sokong.Tetapi yang paling baik bahasa jawi la, Sayang bahasa Jawi dimansuhkan.Kalau ada bahasa jawi pasti bahasa inggeris dapat dikuasai dengan mudah sebab tidak berlawanan dari segi nahu inggeris dan bahasa malaysia sekarang.

    ReplyDelete
  20. Saya Sokong kita tidak perlukan PPSMI ...

    kita sudah lupa dengan APA yang dimaksudkan bahasa pengantar

    kita juga bukan tidak perlukan bahasa inggeris

    Yang penting sistem pengajaran dan pembelajaran perlu dirombak ....

    Kenapa pelajar tidak boleh berkomunikasi( BAHAS INGGERIS ) dengan baik setelah melalui tahun 1 hingga tahun 6 ...

    Selama 6 tahun, adakah masa ini tidak cukup untuk seseorang pelajar boleh menguasai speaking & writing .

    ada yang kata PPSMI untuk menyediakan pelajar kita diperingkat global ..bagi saya semua ini USELESS DAN PANDANGAN YANG SEDIMIKIAN MEMPUNYAI FIKIRAN YANG CETEK ...

    Jika seseorang pelajar itu boleh bertutur dan menulis bahas inggeris dengan baik dari tahun satu hingga tahun 6 ...ini sudah cukup untuk persaingan ....JANGAN MASIH TAK FAHAM ....

    BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN
    BAHASA INGGERIS DIPERKUKUHKAN

    ReplyDelete
  21. I think the question of language should be as much distant from any national feelings as possible. Dutch people are traders from long ago, and are therefore happy to speak any language, but especially English, because it is good for business. Ten years ago one minister in Holland proposed scrapping Dutch language in schools altogether and making all the public education in English language medium as well as adopting English as the national language. Funny proposal and this off course went too far. One needs to know ones roots and one can justifiably be proud of these as the language is part and parcel of culture.

    Without language I doubt there would be much culture, as we found with the Maoris in the 1940's New Zealand, when they were forced at pain of punishment to speak only English. The social chaos and upset this caused is now seen as one major reason why Maoris got into a lot of trouble subsequently as a culture.

    There are two good reasons to promote and stimulate the learning and practice of English. One is for business purposes and economic health of Malaysia in future. The second to force the learning of at least one other language so that our children learn how to learn a foreign language, skills which are easily used again when a language of their choice of for the future necessity needs to be learnt.

    On the economic health, I can assure you I have worked with foreign investors who have done research on Malaysia before entering the market, who have seen the ability of people here to speak at least a standard of English as a major advantage as compared to for example Thailand. This is not just for the purpose for foreign executives to come to Malaysia and be able to interact with the local colleagues. This is also because, with a local and regional HQ in Malaysia, they are then able to build cross national teams in the region which can communicate with each other wherever they may be located in the region, eg an Oil and Gas development in Indonesia. One draw back of Thai professionals, for example, is that they can never be deployed in such a situation as they are not able to communicate, regardless of their excellent technical training and education.

    On the ability to learn languages, English is a useful tool to learn how to do that for any future requirements with other languages. Language skills do really break down barriers and allow for an easier path to build the international and global relationships which are more and more desired and required. The way to learn a language effectively is actually a skill which can be acquired as I can attest to, as you may recall from our conversation.

    Although Malaysia's education system has retained a focus on at least making English compulsory, the output as measured against standards of proficiency has in my opinion dropped precariously over the past 37 years since English was phased out off the system. There are few in the later generations with whom I can have a good English discussion, except those more highly educated.

    The risk this poses is an increasing isolation from international literature, thinking and progress, as available on the Internet, international training courses the better ones of which are mostly in English.

    So whether English should be the medium used for Mathematics and Science or whatever other solution is found, I do believe we need to look seriously at the standards of English which have served Malaysia well in the past, and which I hope, for the benefit and progress in future, will see an upward trend in future. This could equally be done via better training of existing English teachers, by sending them to English speaking countries, as the old generations of teachers in Malaysia used to when they studied at training schools in Wolverhampton in the UK or any other creative way.

    I am glad that we are both back in the fray, with wit and repartee. It seems the table has turned leading up to our birthdays.

    Best regards and success from Firdaus.

    ReplyDelete
  22. kenapa masih ramai yang sibuk pasal 'terminology' bahasa inggeris dalam sains? 'terminology' tu boleh dikekalkan sebutannya, cuma dieja dalam bahasa melayu..

    tak bole ke?

    mula-mula memang la pelik sikit, tapi kalau dah lama nanti jadi biasa.

    saya sokong PPSMI dimansuhkan.

    ReplyDelete
  23. Boleh ke jelaskan semenjak bila pula Dato menyokong pemansuhan PPSMI. adakah kerana ia telah di putuskan oleh TPM atau sememangnya benar-benar ingin mendaulatkan bahasa melayu itu sendiri ?

    ReplyDelete
  24. Setuju ke Dato kalau saya katakan BAHASA ITU MENUNJUKAN BANGSA ?

    ReplyDelete
  25. sdra bey

    Mungkin Dato dah tahu. tetapi ramai juga yang tak tahu dan perlu sdra jelaskan.

    Pada setengah, PPSMI ini adalah kegagalan TDM. Sekarang boleh cakapla patut buat camni, buat camtu. Tapi masa dia jadi PM dulu pasal tak buat pun?

    Bagaimana dengan idea PERWAJA? Itu adalah pilot projek perindustrian , flagship TDM bersama-sama projek kereta nasional tu.

    max

    ReplyDelete
  26. Dr Khir

    Saya tak setuju sebenarnya PPSMI ini dihapuskan. Dan pandangan Dr Khir untuk menghentikan terus PPSMI pada tahun depan agak tidak logik. Ini kerana kita perlu mengubah semula semua subjek yang pasti mengambil masa atau sekurang-kurangnya generasi PPSMI awal dapat menghabiskan silibus mereka dahulu. Saya telah bertanya kepada adik saya,seorang guru matematik dan sains. Memang benar, kadang kala guru-guru terpaksa menggunakan bahasa Melayu ketika mengajar PPSMI kerana tidak semua pelajar2 faham bahasa inggeris terutama pelajar luar bandar mahupun pelajar sekolah jenis kebangsaan.

    Namun, setelah program ini dijalankan hampir 7 tahun, menurut adik saya, telah nampak beberapa perubahan ketara terhadap pemahaman dan peningkatan keputusan berbanding masa mula2 diperkenalkan. Kita juga harus faham, PPSMI hanya melibatkan Sains dan Matematik sahaja dan tidak melibatkan matapelajaran lain. Jadi dimana rasionalnya dengan dakwaaan Bahasa Melayu terpinggir? PPSMI sudah berada di separuh jalan dan cahaya kejayaan sudah kelihatan. Kenapa perlu berpatah balik?

    ReplyDelete
  27. Yang mangkok nyer CIKGU2...so cari dan train ler cikgu2 tu jadi bagus...

    OOI ORANG MELAYU!!!!! SEDAR LER MANGKOK SEMUA... KITA JER YG TERHEGEH2 BM, BM, BM...KORANG NI NAK JADI BANGSA APA HA???? DAH LAH BODOH, SOMBONG LAK TU, BERLAGAK PLAK!!!

    Saper yg anak2 g sekolah cina ada pernah nengok diorang diajar camner tak? Kenapa agaknya biler diorang kuar sekolah dan abis U, diorang senang jer dapat keje???

    Faktanya ialah mereka RAJIN!!! TAK BANYAK KOMPLEN!!! INGAT DIORANG SUKA AMEK PEREKSA DALAM BM KER???? TAPI DIORANG BANYAK JUGA LULUS CEMERLANG DALAM BM...KENAPA???? PASAL DIORANG RAJIN...BAHLOL...

    MASALAH MELAYU SEKARANG ADALAH KERANA PEMALAS, PEMALAS, PEMALAS!!!!! PAHAM KA????

    CIKGU SEKARANG BERAPA BANYAK YG ADA KUALITI???? KEBANYAKANNYA PUN PEMALAS!!!!

    BUDAK2 BANDAR & LUAR BANDAR PUN MEMANG BANYAK PEMALAS KERANA MAK BAPA PUN MALAS NAK AMEK TAU!!!

    So biler cikgu malas, murid pun malas ler terutama pula bila mak bapa pun malas.

    Nak lihat kualiti punya cikgu????? Pergi tengok contoh Bukit Bintang Girls School (Sekarang dah dipindahkan)

    Bandingkan:
    1)Pelajar kiter yg BI terhegeh-hegeh atau lembab giler g kuliah kat universiti luar negara harus dengar dan copy apa lecturer ajar. Kemudian plak harus balik dan TRANSLATE apa yg diajar dan baru boleh start mengulang kaji(ITUPUN KALO YG DITRANSLATE TU BETUL).

    2)Pelajar kiter yg BI nya dah banyak improve boleh tumpukan sepenuhnya pada pengajaran lecturer dan copy juga. Bila balik tak perlu nak susah payah pening kepala nak translate. Terus jer buat ulang kaji

    Kalau lecturer ni ajar wat BOM, ada kemungkinan pelajar yg terhegeh-hegeh BI ni MAMPOS bersama rakan2 yg tak bersalah kerana tersilap TRANSLATE

    JANGAN BAGI ALASAN YG MENUNJUKKAN MELAYU ITU BODOH DAN PEMALAS!!! KATER NAK JADI NEGARA MAJU.

    TAKYAH LER NAK WAT CONTOH JEPUN PLAK LEPAS NIH...DIORANG TAK PEMALAS CAM MELAYU DAN DIORANG TAK SUKA CARI ALASAN BODOH CAM MELAYU.

    KALAU NAK NAMPAK MACAM ORANG KAYA, PAKAI LER SUT PENUH NGAN KASUT ITAM KILAT, KALAU NAK NAMPAK MISKIN PAKAI JER BAJU YG BERLUBANG-LUBANG DAN TAK YAH PAKAI SELIPAR PUN!!!

    BUANG TABIAT...TAKPER LAH, OK LAH

    ReplyDelete
  28. Hang Jebat,

    contoh2 perkataan dalam sains dan teknologi dalam bahasa inggeris tidak semua membawa maksud ia adalah suatu bahan/unsur.ada juga yang membawa maksud sesuatu proses dalam sains.

    namun, kadangkala nama proses itu tidak mampu diterjemahkan dengan baik dalam bahasa melayu secara ringkas.untuk mengekalkan maksud sebenar perkataan itu adalah lebih baik pelajar memahami makna perkataan itu melalui bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  29. SALAM DS,
    Pagi2 hari ni saya baca suratkhabar mengenai berita DS kena halau dari dewan DUN semalam.Saya terasa sedih jugak mengenai berita ini....namun DS kena baca petikan berikut;
    1)Ini adalah cerita sebaliknya yg semasa pemerintahan mana2 satu kerajaan yg tuan speakernya memihak kepada pihak masing2...sama jugak di dewan rakyat parlimen,yg selalu kena halau adalah pihak pembangkang...INI ADALAH KENYATAAN DLM POLITIK,SEGALA PENJELASAN TETAP ADALAH PENJELASAN DAN TIDAK MEMBAWA APA2 MAKSUD.
    2)Sebenarnya di pihak posisi pembangkang DS kena fikir dgn apa cara sekali pun utk mempertahankan kepercayaan rakyat kepada DS di dewan DUN demi kebaikan rakyat yg memilih DS...SEPERTI DULU LAGI DS MENGINGATKAN SAUDARA TENG SUPAYA TIDAK MELAWAN TUAN SPEAKER DAN MEMINTA MAAF DEMI KEBAIKAN RAKYATNYA YG MEMILIH.....Tak sangka perkara sebegini telah terbalik kepada DS pada masa sekarang...DAN YG PENTING ADAKAH DS DAPAT BERBUAT DEMIKIAN...KECEWANYA DS PUN TAK DAPAT BUAT APA YG DS NYATAKAN SEBELUM INI...kerana perasaan marah memang tak dapat dikawal...!!!
    3)Sebenarnya DS kena bersyukur dimana pihak pembangkang BN di negeri masing2 masih mendapat peruntukkan dari pihak kerajaan pusat untuk terus berjuang dinegeri masing2,berbanding pihak lawan sebelum ini yg mereka menggunakan poket money masing2....

    4)DS KENA INGAT KOMEN BERIKUT ADALAH SANGAT BERMAKNA....BILA KITA BERADA DI KEADAAN YG SELESA,KITA TAK SEDAR ATAUPUN MERASAKAN ADA CABARAN YG BAKAL MENANTI DAN KITA HENDAK KEADAAN SEBERIKUT TERUS BERSAMA SEHINGGA TAK TAU BILA....BILA KITA BETUL2 MENGHADAPI CABARAN(YG SEPERTI SEKARANG) KITA AKAN MEMIKIR SEGALA JALAN UNTUK MENDAPAT ATAU MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SEHINGGA BERJAYA...SEKIRANYA DS BERJAYA DLM PERJUANGAN SEKARANG MAKA DI MASA AKAN DTG AKAN CERAH.....SELALU DS KENA INGAT TIADA CABARAN,MAKA TIADALAH BERUBAHAN DAN KEMAJUAN...SEBENARNYA CABARAN SEKARANGLAH AKAN MEMANTAPKAN LAGI PEMIKIRAN DS DAN PEMEPROSESAN SEDEMIKIAN LAH AKAN TERUS MAJU DLM DIRI DS.....INGAT2LAH!!!
    Kalau DS KENA LEBIH CERDIK LAGI DIDLM STRATEGI PERANG SEBEGINI,PEI DAPATKAN BUKU 'TEKNIK PERANG TSU YI' DI MPH...INI AKAN MEMANTAPKAN LAGI STRATEGI DS DIDLM KARIER POLITIK!

    ReplyDelete
  30. DSKT,

    Perdebatan ini tidak akan tamat kerana pada pandangan saya terdapat jurang pemahaman yang sangat lebar mengenai objektif PPSMI ini di kalangan rakyat jelata.

    Objektif PPSMI seperti yang diterangkan oleh TDM dalam blog beliau adalah supaya anak2 malaysia mampu menguasai S&M kerana banyak bahan rujukan di dalam bidang S&M menggunakan bahasa inggeris.

    Tetapi ramai orang salah faham bahawa PPSMI adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris anak2 kita. Ini adalah satu kesilapan besar dalam poses berhujah mengenai PPSMI ini.

    Dalam hal ini juga, GMP telah menyatakan bahawa sebab utama penolakan mereka terhadap PPSMI adalah disebebkan sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa melayu perlu dijadikan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan (dalam hal ini juga mereka wajar dikritik kerana tidak menyokong kempen satu sekolah). GMP bersetuju bahawa bahasa inggeris, ilmu sains dan matematik adalah penting untuk kelangsungan negara bangsa ini.

    Saya bersetuju agar dimansuhkan PPMSMI ini dengan seberapa segera kerana ia akan mengkecamukkan bahasa inggeris dan bahasa melayu itu sendiri dalam pertuturan rakyat jelata.

    Sebagai contoh:
    Saya, yang merupakan anak jawa, pernah berasa keliru mengenai bahasa jawa, malaysia dan inggeris ketika di sekolah rendah. Saya pernah membuat karangan seperti berikut "saya melawat nyaie dan yhaie di kampung dan di dalam perjalanan tersebut saya lihat ada satu eksiden". Nyaie dan nyahie merujuk kepada "nenek" dan "datuk" di dalam bahasa melayu manakala eksiden diceduk daripada bahasa inggeris "accident" - kemalangan.

    Dengan adanya PPSMI akan lebih berkecamuk pemikiran anak2 kita. Justeru wajar bahasa melayu dijadikan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan sekolah kita manakala bahasa inggeris boleh digunakan di dalam sistem universiti. Untuk memantapkan lagi bahasa melayu ini wajar sistem satu sekolah diperkenalkan (jika perlu pinda perlembagaan pinda lah).

    Akhir sekali saya ingin menyorot kembali sejarah mengenai kegemilangan ilmuan islam yang mana ketika itu semua bahan rujukan ilmu menggunakan bahasa arab. Orang barat telah mencedok ilmu ini dan mengalih bahasa bahan rujukan tersebut ke dalam bahasa2 mereka supaya lebih ramai orang barat mendapat ilmu tersebut. Sekarang ini bangsa mereka dan bahasa mereka jauh di hadapan. Nama2 ilmuan islam juga telah dialih bahasa seperti ibn sina - avicenna, Jabar al-hayam - Gaber atau al-gebra dsb. Sejarah telah menunjukkan manusia lebih faham sesuatu ilmu itu bila ia diajar dalam bahasa mereka.

    Nelso Mandela pernah menyebut "Jika kita menyatakan sesuatu dalam bahasa yang mereka faham ia akan menyerap ke dalam minda mereka jika kita menyatakannya dalam bahasa mereka ia akan meresap ke dalam hati mereka"

    P/S Apakah perkataan dalam bahasa inggeris untuk "ngences"? dalam bahasa melayu pun tak ada. "Ngences" adalah adjective atau noun?

    ReplyDelete
  31. Datuk Seri

    Saya sokong...

    Walaupun saya bukan orang bijak pandai, tapi saya percaya tindakan Datuk Seri dan pihak Kerjaan itu telah difikirkan mendalam dan akan menghasilkan kejayaan untuk rakyat juga.

    Nota: Tak de PPSMI pun dapat gak aku buat Double Degree kat USA, pastu buat Master kat UK he he he

    ReplyDelete
  32. Saya tidak menyokong pemansuhan PPSMI. Untul kebaikan orang Melayu and merealisasikan 1Malaysia,PPSMI perlu diteruskan dan dimantapkan. Realitinya, sains, matematik, teknologi dan IT sekarang dan akan datang dipelopori oleh orang barat dan maklumat ini senang diperolehi melalui internet. Terlalu sedikit maklumat ini ditulis di dalam BM. Anak-anak kita di kampung dan di bandar boleh mengakses maklumat ini secara terus untul projek sekolah mereka atau untuk penambahan ilmu.
    Orang luar bandar kena faham bahawa PPSMI adalah untuk kebaikan masa panjang dan menerima realiti dan berubah kearah ini. Mereka perlu berusaha dan menggalakkan anak-anak bertutur dan membaca dalam BI. Kalau kita hendak berjaya dan melihat anak-anak kita berjaya dimasa kan datang, kita perlu berkorban. Tidak ada yang mudah dalam dunia ini. Kita perlu bersusah-susah dahulu sebelum menikmati nikmatnya.
    Ramai orang mengatakan orang melayu adalah bangsa yang pemalas dan suka kepada benda yang mudah dan senang diperolehi. Ini mungkin ada kebenarannya apabila kerajaan memensuhkan PPSMI. Adalah amat terkebelakang apabila kerajaan mengambil keputusan ini selepas enam tahun perlaksanaannya. Kita kebelakang sebanyak enam tahun! Kita sepatutnya tidak menoleh kebelakang apabila keputusan atau dasar sudah dibuat. Sebaliknya kita perlu mengkaji sebab-sebab kelemahan sistem ini dan memperbaikinya.
    Saya percaya, ramai pak menteri yang menghantar anak belajar dalam BI dan ada juga yang hantar anak belajar di luar negara semenjak kecil. Ini berlawanan sekali dengan dasar pemansuhan PPSMI!
    Pemimpin perlu adil dan mendengar keluhan rakyat. Pimimpin yg kejam akan menjerumus kepada kelupusan dimasa kan datang. Ini janji Allah.

    ReplyDelete
  33. PPSMI tak perlu dihapuskan segera ianya boleh di tambah baik.memang benar bagi pelajar-pelajar luar bandar mengalami kesukaran untuk mempelajari sains dan matematik dlm BI.kenapa pelajar luar bandar agak sukar untuk mempelajari subjek math dan sains dalam BI harus dikaji.

    jika kita lihat trend masyarakat dibandar terutama bagi kaum cina dan india adakah meraka berkomunikasi dlm bahasa ibunda meraka?
    dlm pemerhatian saya jarang sekali mereka akan bertutur dlm dialek mandrin atau tamil bahkan komunikasi dgn si anak kecil yg berumur 2 hingga lima tahun pun ibu bapa kaum india dan kaum cina dilakukan dlm BI.ini juga bnyk di praktik kan oleh masyakat melayu dibandar.

    saya menyokong penuh apabila kementerian pendidikan akan menambah guru BI disekolah.persoalannya adakah benar guru BI yg akan diambil nnt betul2 untuk mengajar anak bangsa?Oleh itu perkasakanlah sistem bagi melantik guru BI itu terlebih dahulu,bukan dengan menambah Jam pengajaran BI dan mengubah suai lab komputer kepada lab Bahasa,jika kita sediakan world class facilities pun jika gurunya third class tak jalan jugak.

    saya mencadangkan jgnlah dimansuhkan terus PPSMI.ubahsuai dasar itu cadangan saya
    memperkenalkan PPSMI bagi pelajar tingkatan 1 -5 dan mansuhkan bagi sekolah rendah.

    rasionalnya bagi pelajar sekolah rendah kalau dikaji betul2 meraka ni masih belum berfikir dgn waras dgn mengangap hadir kesekolah utk berjumpa kawan2 dan bergembira atau bermain2.

    bagi pelajar sekolah menengah adalah platform yg sesuai kerana pada masa inilah tranfomasi dari alam kanak kanak ke alam remaja berlaku.

    pikir pikir kan lah..jgn pikir utk diri sendiri jer pikir lah untuk agama dan bangsa,jika bangsa maju sudah pasti negara akan maju

    ikhlas dari org yg semasa sekolah dan di universiti belajar dalam bahasa melayu setelah bekerja aku amat menyesal kenapa aku tak belajar dlm BI

    ReplyDelete
  34. salam,
    tak baik hentam para guru. Bukan senang jadi pendidik. Bukan satu aspek saja cikgu kena buat tapi pelbagai kerja. Jika kerja pejabat mungkin balik rumah tinggal semua di pejabat tapi guru masih lagi membuat kerja2 untuk p&p keesokkan harinya.
    Lagipun kerana guru lah kita mengenal abjad...nombor...dalam agama pun guru adalah orang yg perlu di hormati.
    Dalam banyak2 isu saya amat tak setuju dengan datuk khir tapi utk pertama kalinya saya sependapat .
    wassalam
    www.flickr.com/people/mazzree

    ReplyDelete
  35. salam.....

    Apa sahaja usaha kerajaan nak majukan orang
    melayu/islam,ada sahaja halangan dan rintangan.

    Bukan sahaja bantahan dari kalangan orang melayu sendiri malahan dari orang yg telah berjaya dalam hidup kerana dasar-dasar yg telah kerajaan laksanakan.

    Penambahbaikan yg dilakukan diperlekehkan dan
    dipandang serong.

    Bagi bangsa lain,apa sahaja dayausaha kerajaan
    lakukan tidak menjadi kudispun malahan menjadi
    pemangkin untuk lebih maju.

    Akhirnya semangat melayu jadi layu...jiwa islam
    makin kelam.....

    Dari sekarang kerajaan harus mendengar pandangan
    yang terbaik dari pelbagai sumber sebelum melaksanakan polisi dan rancangan bagi
    kesejahteraan dan keharmonian rakyat keseluruhan.

    KERAJAAN PRIHATIN,RAKYAT BERSATU,NEGARA MAJU
    1MALAYSIA.

    ReplyDelete
  36. Dr,

    I agree that if we HAVE TO change back to BM, we have to change NOW! (next year).

    But what I DON'T AGREE is why change it back?

    And I am utterly shocked to hear it from a "Dr" like you whom is suppose to understand the difficulty of our children next time when they are extending their studies in Maths & Science related majors, ie, medicine, scientist, architects, biologist, etc... Don't you think all these majors need you to be very proficient in ENGLISH not the language, but the jargon to understand the terms and meaning of the subject?

    With due respect, I am starting to understand why local Universities are dropping out from being prestigious to a 3rd or 4th tiered level, even like UM!

    WONG

    ReplyDelete
  37. perkara yang telah dimulakan dan telah mula serasi dengan anak-anak kita, tetapi mahu diberhentikan pula. Janganlah jadikan anak-anak kita mangsa keadaan ini, saya fikir ianya patut dikekalkan sahaja dengan seberapa banyak usaha pemantapan dilakukan kepada subject Bahasa Inggeris itu sendiri. Jika murid2 fasih berbahasa Inggeris dengan grammar yang betul, mereka akan dapat menggunakannya di dalam matematik dan sains dengan baik kerana sebenarnya dua subject itu memang lebih mudah dipelajari di dalam BI.

    Sebaik2nya kerajaan kita memutuskan sesuatu dengan pasti sebelum melaksakannya, kerana sebelum PPSMI dilaksanakan dahulu telah banyak pihak yang membantah, tetapi tetap diteruskan, sekarang ini setelah ianya berjalan lancar dan ketika banyak pihak sudah mula serasi, ianya mahu diberhentikan pula.

    ReplyDelete
  38. Sebagai ayah kepada 2 orang anak di sekolah rendah and next year dah jadi 3 orang amat menyokong pemansuhan PPSMI.

    Tetapi kali ini saya akan luahkan as a regular tax payor citizen. Recent report by Jabatan Audit Negara kata kira-kira RM1.2 billion perlataan PPSMI under utilised or rosak di sekolah. Termasuk di sekolah anak saya yang mana 2 kali saya sudah highlight dalam mensyuarat PIBG tapi tiada tindakan diambil.

    And now, government has launched an allocation of RM5 billion untuk memartabatkan BM dan memperkasakan BI or vise versa... hmmmmm whatever....

    Again, duit tax payor akan menjadi galang gantinya.... Maka akan menangislah kontraktor dan pembekal PPSMI dan bersorak sakanlah pontential contractor and supplier for the next 'RM5 billion...'

    ReplyDelete
  39. Kepada jiwakita, bila kita membantah tidak semestinya bermakna kita sentiasa membantah kerajaan, tetapi apa yang saya nampak apabila seseorang menteri bertukar, maka menteri itu mulalah membina sesuatu perubahan, padahal ketika menteri lama melaksanakannya dulu semua di dalam kabinet turut bersetuju, angguk semua tanda bagus segalanya. Ini umpaya hanya untuk meraih populariti, saya merasakannya amat bercelaru kerana dunia pendidikan ni bukan dunia hiburan yang perlu populariti. Jika ia suatu penambahbaikkan, sewajarnya sistem yang ada ini diperbaiki sahaja, bukan menukar2 begitu sesedap rasa dan kemudian esok akan berbalik lagi kepada yang dulu bila menteri bertukar lagi. Dulu semasa Anwar Ibrahim popular sebagai menteri pelajaran, semua orang bercakap baku termasuk orang2 di setsyen telivision, kemudian apabila beliau down, semua orang berbalik kepada bahasa entah apa2, sedangkan sebutan baku itu adalah sebutan yang betul di dalam Bahasa Melayu. Inilah senario politik di Malaysia yang membabitkan pendidikan kepada anak-anak bangsa, bukanlah sesuatu yang boleh main-main sahaja, sekejap tukar, nanti jika tak suka , tukar lagi. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita. Siapa lagi yang harus menegur kerajaan kalau bukan pembangkang?

    ReplyDelete
  40. siti zz

    saya setuju dengan pandangan anda tentang "bila kita membantah tidak semestinya kita membantah kerajaan....cuma ingin saya katakan saudari juga harus sedar yang dulu sindrom angguk2 ini memang berlaku oleh sebab itu dulu kebanyakan yes man....tetapi oleh kerana tuntutan dan suara rakyat yang prihatin bersuara seperti saudari hari inilah yang menyebabkan kepinpinan kerajaan hari ini melakukan perubahan ...

    bukankah ini menunjukkan yang kerajaan hari ini bersedia mendengar suara rakyat walaupun dahulu lain sekarang lain...janganlah saudari menjadikan pihal kerajaan hari ini seperti kancil..gajah sama gajah bertempur kancil mati tersepit tengaqh2....

    siapa yang agrasif berdemontrasi dan menuntuk supaya PPSMI dimansuhkan dan dikembalikan kepada bahasa melayu.....saya tidaklah sehingga berdemonstreasi tetapi ia tidak semestinya saya bersetuju dengan PPSMI....saya juga telah menyatakan pendirian yang sama sebagaimana pandangan ds khir diatas...

    persoalannya dimana saudari ketika isu ini bertahun dipolitikkan oleh pihak tertentu?

    MENGAPA KETIKA SAUDARI NAMPAK SELALU MEMANDANG SINIS KEPADA APA2 DAKWAAN TERHADAP PEMIMPIN BN...KETIKA ITU SAUDARI TIDAK MENYATAKAN SOKONGAN SAUDARI KEPADA PPSMI?...BILA DAH TAK MENYEBELAHI PANDANGAN DAN PENDAPAT SAUDARI ...BARU SAUDARI KATA KERAJAAN BERUBAH2...

    UBAH SALAH TAK UBAH SALAH.....HABIS MANA SATU NAK IKUT....KERAJAAN SEBELUM BUAT KEP[UTUSAN DAH BERIBU KALI DIAORANG FIKIR...PADA SAYA TIDAK ADA SATU PUN MANUSIA DAN PANDANGAN YANG BETUL ...SEMUA BAIK DAN SEMUA ADA PANDANGAN DAN OPENDAPAT MASING2....ITU SAYA TIDAK PERTIKAIKAN TERMASUK PANDANGAN SAUDARI ZZ

    APA YANG INGIN SAYA NASIHATKAN BILA KITA BERSETU ATAU TIDAK BERSETUJU...JANGANLAH SEKALI2 BERANGGAPAN YANG KERAJAAN HARI INI TIDAK PRIHATIN LANGSUNG....TIDAK ADIL MEMBERI TWEKANAN SEKALI LAGI KEPADA TS MUHYIDDIN YASIN DALANM ISU INI.

    P/S:UNDIAN DALAM BLOG TUN TU ORANG KAT BANDAR JE YANG BANYAK...ORANG KAT KAMPUNG MACAMANA SIAPA NAK PERJUANGKAN MEREKA.....WALAUPUN SAYA KAT BANDAR DAN MENGIKUTI SEGALA PERKEMBANGAN DAN MAKLUMAT TERKINI BUKAN BERMAKNA GOLONGAN SEPERTI SAYA SANGGUP MEMBIARKAN ANAK KAMPUNG TERKAPAI2 MAKIN KETINGGALAN....KALAU DAH MATEMATIK PUN BAHASA INGGERIS...MAMPUS BUDAK KAMPUNG YANG ALA2 KADAR BELAJAR TAK TAU MENGIRA LANGSUNG....ESOK BESAR APA JADI KALAU MENGIRA PUN GAGAL...ALAMAT BERNIAGA SELALU RUGI MEMANJANG.....FIKIR SIKIT JANGAN LUPA ANAK KAMPUNG.

    ReplyDelete
  41. saya lebih suka sekiranya PPSMI dimansuh kan kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan persekutuan (org UMNO suka pakai alasan ini, hehe...)secara terang-terangan...apa yg menghairan kan saya serta semua rakya malaysia adalah:
    a) PPSMI dikatakan amat berjaya ketika kementerian pelajaran mengumumkan keputusan PMR,SPM & STPM 2008, dan ianya wajar diterusan kan pencapaian tinggi pelajar byk disumbang oleh PPSMI.Semua kenyataan ini disokong oleh semua menteri kabinet termasuklah PM serta TPM.

    b) Tetapi ketika mengumumkan pemansuhan PPSMI, TPM tiba2 plak berkata PPSMI telah gagal serta ramai pelajar yg tercicir dlm kedua2 subjek tersebut...

    saya ingin bertanya kenapa dlm x sampai 5 bulan kenyataan TPM tiba2 boleh berubah...adakah segala angka2 yg kKERAjaan bagi sebelum ni semuanya pembohongan belaka? nampaknya sekali lagi seluruh rakyat malaysia telah diperbodahkan...

    ReplyDelete
  42. Hanya org seperti DS sahaja yg tidak memandang ke hadapan dalam memertabatkan bangsa melayu.

    Dan pemimpin seperti DS sepatutnya mengalakan semua guru supaya meningkatkan ilmu diri sendiri utk mwembantu anak bangsa tetapi nampaknya guru-guru melayu sendiri yg mengalah dan rebah dulu daripada murid-murid. Inikah contoh yg baik??

    Mungkin inilah sebenarmnya punca kemerosotan bangsa melayu sendiri dimana guru-guru tidak mempunyai iktizam yg tinggi utk meningkatkan ilmu sendiri.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum dr

    Isunya bahasa inggeris itu sendiri,tidak kira untuk kegunaan harian atau untuk menimba ilmu yg lain.Jadi kenalah bermula dari memahami untuk berbahasa.
    Kerajaan membuat polisi yg betul kali ini,kita ajar dari pra sekolah lagi(Belajar semua aspek tentang bi)kalau dah faham semua boleh(Malaysia boleh)
    Pada pendapat saya yg tak cerdik ni,
    1.Bahasa
    2.Ilmu
    Kita faham bahasa dia dlu kemudian kita cari ilmunya tak gitu? wallahuaalam.

    ReplyDelete
  44. Salam semua!
    Pendapat saya sudah disiarkan didalam sinar harian.Mungkin ada rakan pembaca tidak dapat membacanya.Disini saya nyatakan pendapat saya'
    Masalah bahasa samada bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan lain-lain lagi ujud dikalangan murid-murid dimana-mana jua.Bahasa Melayu ada juga murid yang gagal tambahan pula bahasa Inggeris.Yang penting kita kena tahu bahawa BASASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN BAGI NEGARA KITA MAKA KITA SEPATUTNYA MENDAULATKAN PENGGUNAANNYA SAMADA DISEKOLAH/UNIBERSITI/DAN DIMANA JUA.

    ReplyDelete
  45. Salam.Maafkan saya jika lambat memberi komen.Dr,saya adalah pelajar kolej bawah tajaan yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.Insya Allah dalam bidang perubatan.

    Sepanjang perjalanan saya mendapatkan pelbagai biasiswa samada yang swasta mahupun kerajaan,semua interview dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

    Tidaklah saya membangga diri,namun mengikut permahatian saya,sepandai mana pun budak itu,tetapi jika tidak tahu bertutur Inggeris,tidak akan ada mana badan yang mahu menaja.Dari kefasihan,baru datang keyakinan untuk tampil maju berbanding yang lain.

    Doakan saya berjaya di UK dan pulang menabur bakti.=)Terima kasih.

    ReplyDelete
  46. sorong bantal, tdo...
    tarik bantal, bangun...
    masa nak mulakan ppsmi pun byk kos gak...yg sokong ppsmi, ada kisah?
    skang yg membantah ppsmi dan nak balik asal, kisah lak?
    ish2...mcm2..
    bila diistilah pandai, suppose pandai serba-serbi..matematik, sains dan BI..kalau sains, matematik pandai and BI tidak pandai...konklusinya, tak da la pandai mana..hehehe
    mcm2 ragam dunia..
    mantapkan subjek BI dulu...
    sains matematik ajar in BM...
    BI da mantap, buku rujukan sains matematik in english pun bukan masalah...

    semua orang berhak memberi pandangan...

    ReplyDelete
  47. Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di Youtube.
    Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).
    Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.

    ReplyDelete
  48. pada pendapat saya..masalah untuk menguasai BI dlm subjek sc & m3 bukan sahaja dialami di kampung..malahan di bandar juga..sekiranya ppsmi dimansuh..keadaan tetap sama..kerana bukan semua pelajar faham dalam BM walaupun BM merupakan bahasa kebangsaan..misalnya pelajar cina..bukan semua pelajar cina didedahkan mempelajari subjek sc&m3 dlm BM..rata2nya dlm bahasa cina..bagaimana masalah yang dialami oleh negara kita boleh diselesaikan? tambahan pula,sekiranya ppsmi dimansuh pelajar2 bakal menghadapi masalah ketika menjejakkan kaki ke U sekiranya mereka mengambil course yang berkaitan dgn medikal..kerana lecturer biasanya menggunakan BI..semua ne hanya lar pandangan saya..sekiranya tersilap atau terkasar bahasa..saya memohon maaf..saya berharap ppsmi dpt diteruskan dalam kalangan pelajar rendah lagi kerana biar melentur buluh dari rebungnya..

    ReplyDelete