Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, August 20, 2009

Catatan: Orang Lemas Mencari Tempat Berpaut

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas komen, pandangan dan juga doa sebahagian saudara/i agar saya saya selamat mengerjakan umrah.

Saya tidak akan membincangkan apa-apa isu dalam tulisan ini kecuali untuk menafikan tuduhan dan dakwaan kandungan surat layang yang didakwa dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Surat tersebut yang menjadi isu dalam inkues dan juga telah diterbitkan semula oleh semua laman web khabarnya menyatakan saya terbabit berkomplot dengan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini. Saya ingin menyatakan semua tuduhan dalam surat tersebut yang membabitkan saya merupakan satu fitnah dan tohmahan semata-mata.

Kebanyakan siasatan Badan Pencegah Rasuah dan SPRM ke atas saya, termasuk isu banglo di Seksyen 7 dibuat oleh para pegawai daripada Ibu Pejabat di Putrajaya. Justeru sangat mengelirukan bagaimana Timbalan Pengarah SPRM Selangor dituduh melindungi saya.

Berikut beberapa pandangan saya mengenai surat tersebut:

1. Adalah tidak benar wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor hari ini membabitkan saya. Malahan dakwaan komplot antara saya dengan SPRM ini sungguh melucukan kerana yang membuat laporan-laporan pencegahan rasuah ke atas pemimpin Pakatan ialah ahli parti mereka sendiri dan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang banyak membantu Pakatan semasa sebelum pilihan raya lalu.

2. Saya tidak nampak bagaimana siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan akan menjatuhkan kerajaan Selangor. Ini kerana proses siasatan, perbicaraan dan menjatuhkan hukuman termasuk proses rayuan boleh memakan masa sehingga 3-4 tahun. Dalam tempoh tersebut sudah tiada lagi pilihan raya kecil. Malah mungkin pilihan raya umum telah dilaksanakan. Justeru jika saya mahu menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini, cara ini bukan sahaja tidak bijak malah hanya membuang masa dan tenaga. Jika benar ada rancangan menjatuhkan kerajaan Selangor dengan cara ini saya anggap ia kerja bodoh dan tidak cerdik.

3. Tiada gunanya saya merencanakan kejatuhan kerajaan Pakata selangor hari ini kerana mereka sendiri tidak lebih the "sinking ship". Bagi saya lebih baik kerajaan ini terus memerintah sehingga pilihan raya akan datang agar rakyat dapat menilai baik buruknya BN dahulu dengan Pakatan hari ini.

4. Surat layang seperti ini bukanlah aneh dalam cara hidup Pakatan. Jika kita masih ingat pada 1998 dan 1999 banyak surat-surat menggunakan kepala surat (letterhead) Jabatan Perdana Menteri disebarkan di dalam web mahazalim untuk memburukkan kerajaan ketika itu. 10 tahun selepasnya, modus operandi masih sama rupanya.

5. Bagi saya ini merupakan taktik-taktik orang yang kelemasan dan sedang dihanyutkan arus deras mencari tempat berpaut menyelamatkan diri. Kerana saya dilihat terkehadapan dalam memantau dan menegur perjalanan kerajaan negeri maka saya dijadikan sasaran mereka.

6. Saya berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa mengenai surat layang ini. Insyaallah saya juga akan membuat laporan Polis dalam sedikit masa lagi sama ada selepas saya pulang dari Umrah atau meminta pegawai saya membuatnya dalam minggu ini.

Salam dari Mekah.

69 comments:

  1. DSKT, inilah rupa dan perangai PKR dan PAS. selalu baling batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum DS.
    saya rasa ini adalah salah satu tipu helah mereka untuk memburukkan orang2 UMNO.orang2 DAP ni bukannya kita tak tahu tentang putar belit mereka.ditambah lagi dengan peguam yang memang terkenal dengan kaki auta.saya berharap DS banyak2 bersabar dan jika boleh jangan biar mereka terlepas dengan isu ini.heret saja mereka ke mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Dato Seri Dr kerana menegakkan kebenaran!
    Kami semua di akar umbi tahu ini adalah taktik pembangkang yg kebelakangan ini jelas tiada modal melainkan mencipta cerita2 palsu yg hangat.

    Mereka jelas ingin menggunakan cerita2 tipu seperti ini untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masalah2 pentadbiran di negeri2 bawah perintah PR.

    Semoga Dato Seri akan teruskan perjuangan tanpa membenarkan berita2 tipu spt ini menjejaskan semangat perjuangan kita!

    ReplyDelete
  4. Jgn lupa stop sekejap jengok pangsapuri-pangsapuri yg dibeli di Mekah tu ya Dato.

    ReplyDelete
  5. salam yb..

    yang benar akan mengatasi yang salah..

    selamat menyambut ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan dari Allah swt.

    ReplyDelete
  6. Tepuk dada tanya selera, ya dr khir toyo. Who are you trying to fool. Cleared by SPRM? Ya lah tu. Why do you have to stay in a 24million ringgit house if you are serious about wanting to help the poor. Tidak malu kah berkata begini. Mati kita meninggalkan dunia. Moga mendapat pengajaran dari kerja-kerja umrah. Niat kerna allah, kita semua sama (ihram), pemusatan cinta pada allah (tawaf), pengorbanan yang tidak jemu-jemu kerana kecintaan kepada allah (saei), perjanjian untuk memulakan yang terbaik dari mula lahir sebagai bayi (tahalul), perjanjian dengan allah untuk menjadi ahli syurga (mencium hajaratul aswad), perjanjian untuk kembali ke pangkal jalan secepat mungkin (tawaf wida). Jangan berbohong pada allah, kerana setiap yang anda lakukan di tanah haram, ditulis diatas kalam amal sebanyak 100,000 kali. Kamu bisa menipu manusia, tapi kamu tidak boleh menipu allah.

    ReplyDelete
  7. Saudara Greenbug, tiada sebab untuk saya melihat mana-mana pangsapuri pun kerana ia bukan milik saya. Janganlah suka menabur fitnah seolah-olah saudara kebal dari penghakiman Allah.

    ReplyDelete
  8. Saudara Putera Merang,

    Terima kasih kerana mengingatkan saya. Saya berharap saudara juga mengingatkan diri saudara kerana nampaknya cara saudara menulis seolah-olah Allah hanya menghakimi saya dan tidak saudara.

    Memang tiada siapa bisa menipu Allah. Tapi apakah saudara berlandaskan ketakwaan kepada Allah apbila membuat dakwaan saya duduk di rumah bernilai RM 24 juta?

    Apakah persepsi-persepsi negatif atau bersangka jahat saudara tersebut cerminan muslim yang baik?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum DS.

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak,

    Semoga dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan perpaduan umat Nabi Muhammad S.A.W di Malaysia.

    Selamat kembali ke tanahair untuk meneruskan perjuangan dan khidmat.

    terima kasih...

    ReplyDelete
  10. SEPERTI YANG SAYA KATAKAN DAHULU BAHAWA MASIH RAMAI YANG SAYANGKAN UMNO KERANA SEBANGSA DAN TIDAK MEMBOCORKAN RAHSIA UMNO..UMNO SEPATUTNYA BERUBAH JIKA TIDAK LAMA-LAMA BANGSA SENDIRI AKAN MEMBENCI UMNO.

    HARAPAN SAYA JALAN YANG TERBAIK DAPAT DILAKUKAN BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA.

    ReplyDelete
  11. 3. Tiada gunanya saya merencanakan kejatuhan kerajaan Pakata selangor hari ini kerana mereka sendiri tidak lebih the shinking ship. Bagi saya lebih baik kerajaan ini terus memerintah sehingga pilihan raya akan datang agar rakyat dapat menilai baik buruknya BN dahulu dengan Pakatan hari ini.
    .........................................................................................................

    MAAF DSKT POINT KE-3 NI MENUNJUKKAN NIAT SEBENAR DSKT.

    FIKIR-FIKIRKANLAH

    ReplyDelete
  12. Nak tanya sikit Dato Seri. Pergi umrah tu bawa sekali ke orang gaji Dato Seri?

    ReplyDelete
  13. Salam DS,
    Pengakuan perlu dijelaskan oleh DS,dan dengan segeranya saya memuji DS kerana secepat kilat DS dapat merasakan kandungan surat tersebut sedangkan mahkamah masih belum mengumumkan kandungan tersebut...!!!Jangan tergesa2 sehingga surat sebenar diumumkan jika berkaitan dgn DS,barulah jelas keadaan sebenar...!!!
    YANG PASTI....!!!
    1)Kematian TEOH perlu ditanggungjawap oleh pihak berkuasa SPRM kerana beliau mati ditempat mereka dan dalam tahanan mereka.
    2)Pelik....setelah menyoal siasat Teoh,tiada satu laporan catatan di record....MEMANG PELIK!!!YANG PASTI ADA PIHAK BOHONG...!!!
    3)Dalam tanggapan rakyat....SPRM memeang BERAT SEBELAH dalam menyiasat kes2 org politik dan INI ADALAH KENYATAAN....!!!Saya memang bersetuju sesiapa org politik yg mengamalkan rasuah perlu kita tangkap dan menghukum mereka tak kira dari parti mana pun...INI DUIT RAKYAT!!!Yang pasti kenapa saya kata berat sebelah,KES PKFZ PERLU DIDAHULUKAN KERANA AMOUNTNYA SUNGGUH TINGGI...INI ADALAH PRIORITY....Bukannya tak tau kira mathematic....apa yg saya nampak sekarang,saya jelaskan di blog ni tentang cara SPRM menguruskan sesuatu kes!!!
    Walaupun rasuah adalah rm10,rm1000, ataupun rm2400....akhirnya ini adalah tetap RASUAH..(Bagi nasihat kepada pihak PR)

    ReplyDelete
  14. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Fitnah menjadi habuan untuk otak kita kepada generasi masa kini.

    depa suka buat fitnah...

    Kata Pujangga
    Kalau kita melahirkan manusia tanpa agama dan budaya, kita akan melahirkan anak-anak iblis yang pintar.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dr

    Allahuakbar..jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.Syaitan akan terus menerus merasuk pemikiran mereka sahingga hari kiamat.Mereka akan terus dan tidak akan sekali kali merasa puas.

    Walaupun dr. menjualkan harta dunia ini dan duduk di masjid sahaja,mereka juga akan mengatakan "Tengoklah dunia bahawa dr. itu telah dimurkai Allah dan telah menerima balasannya".

    Berbuat baik lah kamu sesama manusia kerana Allah redha jika kamu berbuat baik hanya untuk mencari keredhoannya.

    ReplyDelete
  16. Saya doakan dan saya serahkan semuanya pada Allah.
    Semoga Allah tunjukkan semuanya dan penipu akan ditunjukkan balasannya.
    Saya yakin..

    ReplyDelete
  17. Fitnah ...cakap tak serupa bikin...bikin tak serupa cakap itu lah PR. Hidup atas persepsi dan suka bersangka buruk memanjang.

    http://gagasanwarisan.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. cakaplah apa saja pun....
    ALLAH swt yang lebih mengetahui, dia
    mengetahui lebih dari diri kita sendiri.
    siapa yang berdusta (siapa je-BN or PR), terutama
    kepada rakyat (yang telah mengamanahkannya)
    lidahnya akan digunting dari gunting api neraka di akhirat kelak. Ya ALLAH, sungguh pedih azabmu..
    Utk DS, pemimpin2 BN ubahlah cara - jadilah pemimpin yang bertakwa. perbaikilah corak hidup - jangahlah terlampau mewah. Tuan tak akan rugi apa2. Saya percaya rakyat akan sayang pemimpin yang begitu, kalau manusia tak sayang, InsyaALLAH ALLAH swt akan sayang..Amin

    ReplyDelete
  19. Saya sokong Ricky,

    Yang amount besar seperti "Wang RM10 Juta", perlu diinvestigate, jet yang diakui oleh Menteri kita telah menaiki "Tanpa Bayaran", Komisen Scorpene RM500 juta, Lapuran Audit dari PWC (Price water house) pasal fraudulent act dalam PKFZ yang Rm beratus ratus juta, itu perlu diambil kira.

    Datuk Seri tidak pikir gitu,

    ReplyDelete
  20. Kepada sdra Ricky kena paham betul2 apa yang DSKT tulis,

    " Surat tersebut yang menjadi isu dalam inkues dan juga telah diterbitkan semula oleh semua laman web khabarnya menyatakan saya terbabit berkomplot dengan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini. Saya ingin menyatakan semua tuduhan dalam surat tersebut yang membabitkan saya merupakan satu fitnah dan tohmahan semata-mata."

    Bukan ke diorang yg dah kuarkan di laman2 web menyakan DSKT terlibat, dan telah dinyatakan oleh DSKT yang itu adalah fitnah. Cuba fahamkan ayat baru la nak belasah orang. Cuba berfikiran positif.

    Renung-renungkan...

    ReplyDelete
  21. Kepada Sdra. Shamsul,
    Saya rasa xperlu la nk tau DSKT bawak tukang gaji ke tidak. Kalau DSKT bawak pun kenapa? Jeles ke?
    X paham betul saya, cuba la hilangkan perasaan hasat dengki sdra tu. ni nak masuk bulan Ramadhan, marilah kita sama2 belajar merubah diri kita kepada yang lebih baik.

    ReplyDelete
  22. Kepada sdra PutraMerang & Greenbug,

    Marilah kita sama2 muhasabah diri untuk kebaikan diri kita. Bulan baik, blan Ramadhan ini diharap dapat diberikan kesihatan untuk beribadat dan berjuang memertabatkan Melayu. Jangan lah kita hanya mengikut telunjuk bangsa asing kerana takut tanah tumpah kita tergadai.

    Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya.

    ReplyDelete
  23. Selamat mengerjakan umrah DS.. semoga segala amal diberi ganjaran oleh ALLAH SWT. sudi-sudikan menghayati secebis pesan dari insan daif ini :

    Pamit Buat Rakan

    Berangkatlah ikhwan
    Menuju Tuhan
    Baik-baik mengatur langkah
    Kala bertetamu pada ALLAH
    Rajin-rajin mengutip rahmat
    Ingat selawat pohon syafaat

    Selamat jalan sahabat
    Cermat-cermat seputar kaabah
    Khabarnya rumit menjaga aurah
    Pohon pada ALLAH agar dipermudah
    Minta pada ALLAH agar afiah
    Semusim ibadah

    Pergilah dahulu, rakan
    Hirup sepuasnya debu al-Mukarramah
    Cecapi nikmat
    Lazatnya ibadah
    Kelak bila pulang
    Khabarkan padaku kisah Baitullah!

    ReplyDelete
  24. Bila dato' seri nak saman YB yg ckp rumah dato' seri 24 milion tu?
    xsabar nak tggu ni

    ReplyDelete
  25. Salam DS.
    Sy setuju DS keluarkan penafian ni.
    Yg pasti artikal ini bukannya menabur fitnah mahupun mencarut memaki hamun.
    Biarlah mereka kata ianya sbg penegak benang yg basah atau apa jua pun.
    Mereka seperti saudara Ricky akan tetap terus menghukum penentang2 idealogi mereka tanpa perlu mengenalpasti sumbernya benar atau fitnah.

    Mereka ini yg sebenarnya yg PELIK.

    Slmt menjalankan ibadah Umrah & slmt berpuasa.
    Semoga amalan kita diberkati Allah SWT, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  26. Asmakahmad, jangan perjuangkan Melayu, perjuangkan Islam di Malaysia ni baru perjuangkan Melayu. Jika Islam di perjuangkan, Melayu akan selamat.

    Tentang saudara kata tak perlu tanya sama ada Khir Toyo bawa orang gaji atau tak, itu tak perlu tanya, saya setuju. apa salahnya dia bawa orang gaji sebab dia kaya raya. Ramai pemimpin UMNO kaya raya.Kalau belum masuk politik mereka taka kaya, tetapi lepas masuk politik mereka jadi kaya sebab mereka pandai berniaga.

    ReplyDelete
  27. Salam syabas untuk DSKT semoga dapat melaksanakan ibadat di tanah suci dengan kebarkatanNYA.

    Kini Tiba masa untuk kita pantas menepis tomahan lawan, jangan biarkan fitnah diulang-ulang akhir diterima sebagai kebenaran.

    ReplyDelete
  28. Saya tidak percaya kepada kata-kata Doktor.

    ReplyDelete
  29. "Your comment will be visible after approval."

    Haha.

    ReplyDelete
  30. Asmakahmad,

    Saya bukannya nak jeles. Cuma nak tau. Kalau DS bawa sekali pembantu rumah beliau, bagus lah. Jangan setakat bawa pembantu rumah ke Disneyland aje. Memang bertuah sungguh pembantu-pembantu rumah orang-orang UMNO ni...

    ReplyDelete
  31. Apalah semua ini...cina yang mati, riuh rendah. kalau melayu/islam yang mati, senyap je.

    Menulis dan menuduh tanpa bukti, memang senang. Jika ada bukti, serahkan pada DSAI, beliau tentu tahu cara untuk mengunakannya. Jika serah pada polis, nanti dikatakan bias pulak.

    Percaya pada setakat pandang dengar susah lah. Biar mahkamah yang menentukan siapa yang bertanggung jawab. Jika tidak, masalah ini tidak akan selesai.

    ReplyDelete
  32. Saudara Yes,

    kalau berminat untuk joint diorang, masuk lah politik. Baru lah boleh share sikit dengan harta diorang tu. Setakat nak complaint je...tak luak lah duit diaorang tu...masuk PAS ke, UMNO ke, DAP ke sama jer.

    ReplyDelete
  33. orang gaji yang dia bawak 2 bini ko ker?

    ReplyDelete
  34. Datok seri, mcm mana dgn project jalan merentasi bendang termahal di sekincan? yg sepatut nya cuma RM 50 juta, tapi jadi RM92.5 juta??? siapa ambik RM 42.5 juta? mesti buncit perut mkn duit byk tu...saya punya bahagia xde ke datok seri? tak kan mkn sorang je, byk tu...

    ReplyDelete
  35. Bro.... selamat kembali ke tanah melayu dari menunaikan umrah....

    semoga Allah memberi keberkatan dan sentiasa bercakap benar.... kalu cakap tipu nanti masuk neraka
    (macam kata anak saya)

    Kalau bro dah buat laporan polis let polis siasat sapa punya angkara.... err kenapa perlu tudah PR la... PKR.... DAP la kan tak baik menuduh tanpa bukti lebih lebih lagi bulan posa can ni......

    bro duduk rumah besar tak pe tapi semasa bro duduk di kerusi menteri besar bro tak ingat masih ada orang selangor yang duduk kat settinggan,,, tiada rumah ... merempat pun ada ...

    Oleh kerana bro dan kawan kawan yang lain tiada atau "kurang membantu" maka pilihan rakyat akan bertukar undi.....Kalau dah sinking ship tu biar kan jelah let them sink .... but PRU13 rakyat buat pilihan balik .... tapi dari kajian saya PR become more strong and rakyat semakin menyampah kepada BN UMNO

    look at high profile kes hannya dipandang sepi oleh SPRM, polis....Tapi kalau kes berkaitan PR belari lari SPRM mai.... funnny ah...

    bro tengok permasalah sekarang kenapa bro sibuk sibuk menafikan dalam blog bro... kita lihat contoh najib macan macan akhbar siarkan pasal kesnya .... tak depun dia buat statemenet... buat bodo je adalah,....

    ReplyDelete
  36. Kepada orang PR,

    Kenapa bengap sangat orang PR. Kata Islam tapi lebih percaya pada khabar-khabar angin. Si lawyer tolol tu pulak tak ada etika. Surat layang yg tak ada nama di serahkan kat makamah. Aku pun boleh tulis macam-macam lepas tu claim orang dalam yg tulis. Aku juga boleh tulis surah layang kata Teoh tu bunuh diri sebab dalam komputer dia ada gambar dia bermesra dengan Anwar. Beri kat lawyer bahlul tu.

    ReplyDelete
  37. SALAM DR.

    KALAU TAK BERSALAH...
    JGN MENGALABAH..

    BUAT AMAL IBADAT UMRAH TU
    KHUSYUK SIKIT...NAK MENGADAP TUHAN
    PUN MASIH DUK INGAT DUNIAWI...

    BALIK MALAYSIA...NAK MELENTING KE
    NAK SAMAN KE...BUATLAH...

    BILA DI TANAH SUCI TU BERIBADATLAH
    DENGAN SEPENUHNYA...

    RAMAI LAGI ORG MISKIN YG TERINGIN
    BERIBADAT DI TANAH SUCI TAPI XBERKESEMPATAN...

    KAMU PULA DAH ADA KESEMPATAN KE SANA...
    KEPALA ASYIK DUK INGAT POLITIK...DUNIAWI...

    SABAR...HABISKAN DAHULU AMAL IBADAT DISANA,
    SAMPAI MALAYSIA...BARU LA SAMBUNG SEMULA POLITIK

    SEKIAN

    ReplyDelete
  38. salam DK.

    selamat menyambut Ramadhan. moga kita semua semakin berjaya dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  39. UMNO TAKKAN BERUBAH..

    TERMASUK DIRI DSKT..

    ISLAM SEKADAR IBADAH DAN AGAMA BUKANNYA CARA HIDUP.ITU ADALAH KONSEP YANG SESAT DAN SALAH.

    ORANG YANG SESAT AKAN MENGATAKAN TIDAK BERSALAH SELAGI MAHKAMAH TIDAK SABITKAN HUKUMAN DAN KESALAHAN WALAUPUN DARI SEGI AKAL YANG WARAS MENGATAKAN DIA ITU BERSALAH.


    HADIS UNTUK DSKT FAHAMI DAN MENGKAJI

    Sabda Rasulullah SAW:

    Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

    dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

    dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
    -Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

    ReplyDelete
  40. SEBELUM BERPUASA PERBETULKAN AKIDAH IAITU ISLAM ADALAH CARA HIDUP DAN AJARAN.

    BUKAN HANYA IBADAH DAN AGAMA.

    ISLAM UNTUK SEMUA TANPA MENGIRA BANGSA DAN KAUM.MELAYU TAK SEMESTINYA ISLAM.ISLAM TAK SEMESTINYA MELAYU.

    ISLAM HANYA PINJAMAN DAN BOLEH TERBATAL BILA-BILA MASA.(dgn perbuatan,petuturan,niat)ISLAM ITU TIDAK KEKAL KECUALI ORANG YANG MENJAGA APA ITU ISLAM.

    SEPOTONG HADIS UNTUK EMPUNYA BLOG DAN PEMBACA SEMUA AGAR RENUNG-RENUNGKAN HADIS TERSEBUT.

    Sabda Rasulullah SAW:

    Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

    dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

    dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
    -Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

    SEMOGA ANDA MASIH KEKAL SEBAGAI ORANG ISLAM

    ReplyDelete
  41. Jika segala ibadah DSKT cuba nak dipolitikan oleh PR, sy syorkan DSKT ambil sahaja borang ahli seumur hidup PAS, nescaya selepas ini segala fitnah akan bertukar menjadi baik atau didiamkan terus. Lagi satu tak payah penat2, joint sahaja pas dah dua belah kaki masuk syurga PAS. Sy percaya selepas ini rumah RM24 juta yg dikatakan milik DSKT akan diturunkan taraf dan hanya berharga sekitar RM 200K sahaja.

    Buat si Faizal, menulis bukan main hebat... tok gundu yg semakin nyanyuk ( mungkin nikmat yg Allah pernah beri ditarik balik ) tak mau nasihat ka, bagi sikit petikan hadis atau mana2 surah yg menghalalkan kata2 dia. Esok juga sy confirm ambik borang utk joint part hamPAS

    TAKE BEER

    ReplyDelete
  42. harga rumah 3.5 juta kalau buat pinjaman bank makna nye kene bayar semua dalam 5 juta lah...

    begitu tegar MB duduk umah harga 5juta sedang kan DUN yb masih ramai lagi melarat...

    beberapa tahun lepas ketika adik ipar saya pasang astro sekitar hulu selangor amat memeranjat kan beliau ade kampung yg guna generator untuk letrik katanye' aik selangor ke camni?''

    ReplyDelete
  43. saudara greenbug, putera merang, faizal dan lain2 poster yg terang2 merupakan penyokong pembangkang, hentikanlah dr mengarut tak tentu psl. sy sebenarnya muak dengan mereka2 ni yg menulis komen panjang2 tapi isinya mengarut, lari dr tajuk dan membabi-buta. tulis pakai kepala lutut ka? kpd dr khir, tindakan dr yg cepat2 menerangkan sesuatu isu yg dr dituduh terlibat sama adalah amat tepat sekali. sekurang2nya damage control telah dilakukan agar mereka yang kurang berpikir ni tidak termakan dengan tuduhan2 membabi-buta ni. selamat mengerjakan umrah kpd dr dan selamat berpuasa kpd semua.

    ReplyDelete
  44. Moga Dato' Seri tenang beribadat di Mekah. Tak payah la nak ber blogging untuk sementara waktu dan layan pengomen sekian. Tak kira la pengomen tu kaki ampu atau kaki kelentong...

    Concentrate saja amalan kat sana dan bila balik Malaysia continue balik....

    ReplyDelete
  45. Ustaz Faizal.. terima kasih kerana ingat mengingati sesama insan.. lain macam betul islam ustaz faizal bawak.. meletakkan dan menghukum keimanan dan akidah orang lain....

    Kadang-kadang kita juga untuk disuruh menilai diri kita sebelum kita menyuluh diri orang lain..

    Hadis tu menguatkan lagi apa yang dilakukan oleh UMNO betul... 52 tahun membangun negara bersama MCA, MIC dan lain-lain..

    ReplyDelete
  46. Kepada Penyokong UMNO/BN,
    - Kalau dah masuk UMNO ada penyelewengan rasuah ker sila buat laporan takpun dedahkan kepada PR demi menjadikan Malaysia negara lebih baik!!

    Kepada Pembenci UMNO/BN,
    Masuk UMNO, jadi ahli UMNO kalau ada penyelewengan rasuah ker sila buat laporan takpun dedahkan kepada PR demi menjadikan Malaysia negara lebih baik!!Jangan pulak kalau ada gelap mata pulak..jangan cakap jer lebih.

    Kepada Penyokong PKR.
    Tolong dengar cakap PAS.

    Kepada Penyokong PAS.
    Ajar PKR dahulu, tunjukkan pada rakyat apa PAS boleh buat untuk negeri Selangor.Anggap PKR(Selangor) mcm UMNO(Malaysia)..

    Kepada MIC/MCA/DAP/PPP dan lain2..
    Tolong jaga hati dan hormati orang2 Melayu dan agama Islam..

    ReplyDelete
  47. aku tk paham la apa massaalah korang ni....dia kaya ko pertikai....anwar ibrahim tu kaya ko tak tanya pula mana dtg nya duit dia...tu baru anwar yg lain kita tak tahu...tu la silapnya org umno nie tak nak cari dan buat fitnah berapa byk org org dlm pr yg kaya dan dedahkan....tengok kes terbaru...mb selangor kena bayar rm66.67 juta tu apa kes mana datang tk bersyukur....tk de sapa pun nk pertikai...lepastu kita yg bodoh nie pun menyalak la kat org umno mcm tu la mcm nie la...tk pernah nak tengok pemimpin yg minta ko melalak sana sini pun sama jer curi duit rakyat..aku kn dah ckp org politik ni sama jer tk kira dari mana partipum...bila ada masa ko fikir kn sapa yg lebih baik...sapa yg banyak buat fitnah...sapa yg suka bogelkan sapa...ingat semua tu menjurus kita ke lembah durjana....selamat berpuasa....

    ReplyDelete
  48. bulan puasa ni ada baiknya kita mngukuhkan ukhwah...

    ReplyDelete
  49. Salam semua.
    Saudara Hashim.U ni funny la bro.
    Bro tak sedar ke knp kes2 org PR jadi sgt popular?

    Biasanya org BN klu kena siasat, meraka akan berikan kerja sama & bertenang. Pemimpin2 atasan akan menyerahkan segalanya pd SPRM. Jika didapati bersalah mereka akan dihukum.

    Tp bila org PR yg kena siasat, seluruh tabloit PR akan beri liputan. Kata SPRM pilih kasih. Kata SPRM pengganas. Kata SPRM itu & ini.
    Walhal.. siasatan baru bermula.

    Kenapa harus menggelabah klu diri tak bersalah?
    Kenapa harus meronta, bersandiwara minta simpati?
    Kenapa perlu ada campurtangan pemimpin atasan?
    Kenapa begitu pasti pihak2 atasan PR buat penafian seolah2 mereka maksum tidak bersalah?

    Shamsul & Checkmate, klu benar kita Islam sejati, kenapa harus ada nada2 sinis jika saudara kita pergi beribadah.
    Terlupakah kita bahawa hanya Allah SWT berhak menganugerahkan dosa dan pahala.

    Seperkara lagi, klu kita gigih memperjuangkan kebebasan bersuara kenapa harus kita persoalkan penafian DSKT kat BLOG BELIAU SENDIRI ni?
    PM, TPM dan Utusan Malaysia mahupun Cek Det tak kata apa pun pasal isu ni.

    Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

    Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin Beliau memberikan penjelsan seperti berikut:

    “Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dgn tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.Maka yang demikian ini adalah haram”.

    Terima kasih saudara Faizal atas teguran dan peringatan anda. Semoga KITA masih kekal sbg seorang Islam.

    ReplyDelete
  50. perkauman tu apa faizal? janganlah tafsir hadis sesuka hati macam nik aziz juga.
    ------------------
    Seorang lelaki bertanya Rasulullah S.A.W. Apakah assobiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya (Puak) ? Rasulullah bersabda, Tidak. Tetapi assobiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim.

    -------------------
    Daripada Wathilah bin Al Asqa' beliau mendengar bapanya bertanya Rasulullah S.A.W., Apakah assobiyah? Sabda baginda S.A.W. Bahwa kamu menolong kaum kamu atas dasar zalim".
    ------------------

    1. Nah dasar apa yang zalim faizal? jangan tenggelam antara kesamarataan dengan keadilan kerana dia dua perkara yang berbeza.

    "Al Assobiyah" maknanya seseorang yang bersangatan pegang kepada pendapat sendiri atau jamaahnya (puaknya) dengan cara membabi buta (Fanatik) dan bersungguh-sungguh memperjuangkannya walaupun prinsip puaknya itu tidak realistik.

    Ini ditujukan kepada sifat kepuakan arab jahiliyah yang sanggup berperang, berbunuhan dan berpecah belah hanya kerana puak mereka tanpa meliaht kebenaran mahu pun keadilan semua orang.

    ReplyDelete
  51. ala checkmate... kalau pemimpin UMNO macam mana buat pun tak betul. orang buat ibadah Umrah ini ada masa untuk beribadat dan ada masa untuk beristirehat.

    Biarlah Doc nak buat penjelasan. tak payah main sentimen orang itu miskin, orang ini tak mampu buat umrah. Umrah ni ibadah sunat... sapa mampu pergilah, sapa tak mampu tak payah pergi.

    Untuk pengetahuan Checkmate totok PKR ni, jawab fitnah dan pembohongan pun ibadat juga.

    Kalau tak, seronoklah setan macam kau membuat fitnah sesuka hati. bila tak jawab kata ha betulla sebab tu diam. Bila jawab kata menggelabah pula.

    Monday, August 24, 2009 1:29:37 PM MYT

    ReplyDelete
  52. "tak sungguh orang tak kata"

    buat amlg dan DSKT fahami apa yang amlg tulis..

    adakah itu berlaku dalam umno.

    sehinggakan umno dikatakan parti keramat..
    sehinggakan undang-undang dilanggar demi kemenangan di perak.
    sehinggakan duit adalah senjata utama bagi umno untuk melayu yang lemah pendirian

    tepuk dada tanya iman.umno lebih tahu permasalahan umno cuma tidak mahu menerima sesuatu perkara yang benar kerana takut kehilangan kuasa dan harta.

    jangan kerana kuasa islam tergadai..islam yang memberi keuntungan diambil,yang memberi tekanan keatas umno ditolak..

    dasar kebangsaan adalah dasar yang sesat.

    contoh paling mudah mana mungkin kaum cina bila masuk islam boleh jadi melayu...fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  53. DSKT saya nak DS cakap dengan ikhlas. benarkah apa yang saya dengar TP SPRM Selangor sama belajar dengan DS di IPTA dan juga merupakan kawan baik DS semenjak di IPTA lagi? Saya harap DS dapat menjawab dengar jujur sempena bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum

    Saya yakin kerajaan Pakatan Rakus akan tumbang pada PRU13, permerhatian saya mendapati bahawa mereka-mereka yang kononnya mahukan pemerintahan yang telus, amanah, cekap telah lalu memangkah Pakatan Rakus mengakui terpedaya dengan manifesto dan ceramah PR.

    Inilaha hakikatnya, saya berharap kerajaan BN mengambil kesempatan ini bagi meraih sokongan rakyat Selangor. PR hanya hebat berpolitik dengan ceramah-ceramah yang menabur janji tapi tidak kepada perlaksanaan. Apa yang di lakukan hanyalah untuk tujuan politik bukan untuk kebajikan warga selangor. Alhamdulillah sultan selangor telah memberi red light pada khalid dari mempergunakan wang baitulmal yang kononnya untuk kos pentadbiran negeri.

    Insyallah PR tumbang di selangor pada PRU13 ..

    ReplyDelete
  55. Inilah akibat bibit bibit kebencian dan fitnah yang diajar oleh pemimpin mereka kepada pengikut mereka. Malaysia sebelum 1998, tak macam ni. Selepas tahun 1998, macam-macam berlaku. Kalau kita lihat taktik taktik yahudi dan CIA, memang benar apa yg dilakukan oleh mereka hari ini adalah sama seperti yg dibuat oleh mereka untuk menjatuhkan dan menghuru-harakan sesebuah negara yg mereka tidak sokong.

    Inilah yg dikatakan pengkhianat negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  56. Aku setuju dengan stentorian. Org PK la ni kaya raya. Nizar dah dok rumah besar. Mesti cina pro-DAP yg berkepentingan sponsor no. Dulu dapat duit biasiswa belajar universiti tak bersukor pun. Anwar lagi la kaya. Hasil support dari CIA. Khalid pinjam juta-juta. Share turun linkup dia. Tu yang kena masuk politik. Kalau Anwar jadi PM, boleh lah dia suruh bank padamkan loan tu.

    ReplyDelete
  57. semoga bawa perubahan selepas mengerjakan umnrah

    ReplyDelete
  58. saudara Azli,

    Saya tidak pasti sama ada TP SPRM satu universiti atau bukan. Yang Pasti saya tidak mengenali beliau semasa di universiti. Malah selepas menjadi MB pun saya tidak begitu mengetahui mengenai beliau.

    ReplyDelete
  59. org lemas mencari tempat berpaut?? hihi siapa yang lemas ni sebenarnya dato?

    ReplyDelete
  60. salam Ramadhan utk semua.....
    hentikan segala fitnah & tuduhan sempena bulan mulia ini & gantikan dgn DOA utk mereka2 ini agar jadi insan yg lebih baik dari sebelumnya... doa org2 yg teraniaya tambah pula berpuasa makbul...

    ReplyDelete
  61. dr,khir...


    dr.khir sokong siapa?

    muhyiddin dgn sloganya "pengkhianat melayu"
    yg bersifat rasist.

    atau

    najib dgn sloganya "1 malaysia"
    yang bersifat liberal

    ReplyDelete
  62. Checkmate, amat dangkal pemahaman beliau. Bila pulak Mahyuddin mengeluarkan selogan. Kata2 beliau adalah dlm konteks ucapan kpd persidangan parti. DSN memang mengeluarkan slogan 1Malaysia.

    Utk makluman anda, kalau Mahyuddin tidak sebut sekalipun Anuwar Pengkhianat, sy percaya ramai lagi orang melayu yang mengakui bahawa anuwar benar2 seorang pengkhianat kepada bangsanya. Tak percaya, kita tunggu PRU13. Yang dok melalak hari ini adalah org politik, tapi yang dok bangi undi majoriti adalah orang yg tahu rasional sesuatu isu dan masalah negara.

    ReplyDelete
  63. Kepada die-hard dan hard core PAS di Selangor
    yg singgah diblog ini...
    Mari sama-sama...
    Take..beeeeer.
    Kerja tarak...mulut saja libeh.

    ReplyDelete
  64. AKUM DSKT> Saya membaca komen dato tentang isu kuil yang berpanjangan kerana perbuatan umno. Dato ada sebut seksyen 18 shah alam tapi mana ada tapak kosong lagi. Dato sebut siap dengan kemudahan nya sekali tapi saya rasa dato ini pemimpin yang jenis tak turun padang cakap main sedap mulut ajer. Isu kuil ini sebenar nya boleh diselesaikan sekiranya umno tidak masuk campur dengan mengarak kepala lembu. Yang terlibat membuat bantahan ialah orang luar dari seksyen 23 dan orang ini saya kenali takan dato tak tahu. fikirkan lah dato saya sekampong dengan dato sudah tentu tidak mahu anak kampong yang berjaya akan menjadi bahan ketawa aje. wslm selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  65. Umat Islam wajib tegakkan islam.

    Tak kiralah, UMNO ke, PKR ke, Gerakan Ke, PAS ke, kalau namanya orang islam/muslim, maka wajib tegakkan islam.

    Mari kita muhasabah diri kita. ada tak ciri MUNAFIQ dalam diri kita.

    Mungkin ada yang kata PAS dan PKR ada ciri munafiq. Tapi lebih jelas ciri munafiq dalam UMNO.

    Tinggalkan la perjuangan asabiyyah kemelayuan, sama macam asabiyyah arab jahiliyah

    ReplyDelete
  66. Saudara WMU, adalah tidak benar kerajaan persekutuan memberhentikan peruntukan pembangunan RM 500 juta setahun kepada negeri Selangor. Apa yang berlaku ialah perubahan pentadbiran sahaja. Jika dulu MB terbabit dalam jawatakuasa pembanguna sekarang ia dipengerusikan oleh Menteri Pusat. Peruntukan tersebut tetap ada dan sampai kepada rakyat.

    Saudara Shahabaker,


    1. Memang benar penduduk Kampung Berembang dipindahkan ke Puchong yang jauhnya berkilo-kilo meter seperti kata saudara. Ini kerana kerajaan negeri tidak lagi mempunyai rumah kosong yang sesuai untuk menampung pemindahan ini pada masa itu. Perlulah kita insaf bahawa majoriti rakyat Selangor dan Kuala Lumpur bukan sahaja membayar sewa rumah yang tinggi malah tinggal jauh dari tempat kerja.

    Apa yang saudara gagal fahami atau bersyukur ialah pemindahan ini hanyalah sementara iaitu selama dua tahun sahaja bagi membolehkan pembinaan pangsapuri di kawasan yang sama untuk penempatan semula kampung berembang.

    Sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negeri... antara langkah aggresif yang saya buat ialah menempatkan semula setinggan tersebut berdekatan kawasan asal mereka.

    Ini menyebabkan ramai juga pihak yang marah dan menyaman kerajaan negeri kerana tidak mahu mempunyai penempatan penduduk pangsapuri kos rendah di kawasan mereka seperti di bandar sunway.

    Namun di mana pun penduduk perlu berpindah dahulu jika tidak bagaimana hendak dibina pangsapuri baru atas tanah tersebut?

    Memang akan ada orang melayu yang tidak berpuas hati dengan pemindahan setinggan kerana manusia tidak semuanya sama hati dan perasaan. Namun jika dari 1000 lebih keluarga hanya sekitar 50 orang sahaja yang tidak bersetuju... kita semua fikirkanlah sendiri.

    Apakah hanya kerana ingin menyusun semula penempatan orang Melayu yang daif dan tinggal di atas tanah milik orang lain dianggap tidak membantu orang Melayu?

    Jika saudara selidiki asal usul kampung berembang saudara akan dapati bahawa mereka tinggal di atas tanah milik orang Melayu juga. Adilkan kita tinggal di atas tanah milik orang lain tanpa membayar satu sen pun sewa.

    Apakah zalim kerajaan BN kerana cuba memberi keadaan menang-menang antara pemilik tanah dan penduduk setinggan?

    memang benar rumah pangsa bukan satu rumah mewah. Namun jika dibandingkan dengan keadaan rumah setinggan ia jauh lebih baik dan selesa serta mempunyai nilai kesihatan dan keselamatan.

    Apakah orang melayu lebih rela tinggal di atas tanah milik orang secara haram berbanding mempunyai rumah sendiri biar pun bertingkat-tingkat?

    Apakah hukum di sisi agama kita duduk secara percuma atas tanah milik orang sehingga tuan tanah pun tidak dapat berbuat apa-apa?

    Tinggikah maruah orang Melayu dengan cara ini?

    saudara boleh menuduh saya apa sahaja, namun hakikatnya saya percaya saya tidak lari dari amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin untuk menjaga kepentingan semua orang di Selangor ini.

    ReplyDelete
  67. khir,
    apakah ini kamu anggap sbg satu kemajuan dgn memindah kan kaum melayu dirumah2 flet? sedangkan yg kaya tokey2 cina..yg pasti kamu atau kroni ada syer kan? yg buat rumah flet hanya beberapa unit..selebihnya rumah banglo dan teres yg x mampu dibeli oleh bangsa kamu...MELAYU. Seluruh selangor kamu buat setinggan sifar..kononya dgn x ada setinggan...selangor dianggap MAJU. Ini x selesaikan masalah melayu di selangor. Masalah lain timbul...gejala sosial akibat rumah yang kecil . pemaju pulak buat rumah x ada kualiti. inilah yg berlaku diseluruh selangor semasa era pemerintahan kamu. banyak projek terbengkalai selepas perpindahan setinggan..hingga kini x selesai krn pemaju lari atau bangkrap. apa jadi bukit botak di selayang? dan banyak lagi projek lain yang terbengkalai hingga kini. yg senang-lenang tokey yg dapat tanah tu dan kroni kamu.

    ReplyDelete