Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, August 17, 2009

H1N1: Isytiharkan Darurat

1. Wabak Selsema Babi atau H1N1 di Malaysia nampaknya kian serius. Setakat ini sudah lebih 60 orang meninggal dunia akibatnya.

2. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularannya.

3. Kerajaan perlu sedar bahawa langkah pencegahan sendiri yang disyor dan diamalkan sudah tidak lagi relevan.

4. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Kesihatan bahawa sukar untuk mengisytiharkan Darurat. Mengisytiharkan darurat bukan bermakna terdapat perintah berkurung dan sebagainya. Pengisytiharan darurat akan membolehkan seluruh jentera keselamatan terbabit dalam menangani isu ini.

5.Justeru bagi menangani secara serius penularan H1N1 ini kerajaan perlu mengisytiharkan Darurat atau State of Emergency. Pengisyitharan ini akan membolehkan satu Majlis Tindakan Khas ditubuhkan dan berkuasa penuh dalam membuat tindakan drastik bagi membendung wabak ini.

6. Melalui pengisytiharan Darurat ini kerajaan kemudiannya boleh mempertimbangkan langkah-langkah drastik termasuk menggunakan khidmat tentera bagi membantu kerja pemantauan, kuarantin dan pemindahan pesakit.

7. Beberapa tindakan perlu diberi perhatian kerajaan segera ialah:

a. Semua orang yang masuk ke negara ini hendaklah menjalankan ujian penyaringan
di pintu masuk. Penggunaan thermometer merupakan langkah awal yang paling cepat mengesan suhu badan yang menjadi ciri utama wabak ini. Sekiranya badan melebihi panas biasa ia hendaklah dikuarantin serta merta sehingga disahkan bebas H1N1.

b. Mana-mana individu yang didapati mempunyai tanda-tanda H1N1 hendaklah dikuarantin di suatu tempat selama tujuh hari atau sehingga dipastikan sama ada positif H1N1 atau tidak.

- Ini berbeza dengan keadaan sekarang iaitu banyak yang disuruh pulang kerana doktor berpendapat ia adalah demam biasa. Ada yang disyaki pula diarahkan pulang untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah. Ini tentulah tidak berkesan kerana ia boleh membahayakan keluarga pula.

- Kerajaan perlu menggunakan premis khas sama ada kem, hotel mahu pun apa-apa bangunan yang boleh dijadikan pusat kuarantin dengan mempunyai pasukan petugas kesihatan yang memantaunya.

c. Kerajaan juga boleh menimbangkan mewajibkan penggunaan topeng muka di tempat awam dan mengedarkannya secara percuma kepada semua orang.
8. Alasan tidak cukup kakitangan dan kekangan kewangan bukan sesuatu yang tidak boleh diatasi. Sebab itu saya menyarankan pengisytiharan Darurat. Ini membolehkan kerajaan mengadakan satu peruntukan kewangan khas dan melakukan kerahan tenaga dari unit beruniform lain seperti tentera dan Rela.

9. Jangan berharap kepada kaedah pencegahan biasa terhadap wabak yang meragut nyawa ini. Wabak seperti ini tidak boleh bergantung kepada orang ramai atau awam kerana akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika untuk mengawal denggi pun sukar dilakukan oleh awam apatah lagi wabak yang mudah merebak seperti ini.

10. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.

Nota: Saya mohon maaf jika tidak dapat memberi respon kepada komen saudara/i atau mengemaskini blog ini dengan kerap dalam tempoh seminggu dua yang akan datang kerana mengerjakan umrah. Bagaimanapun saya akan cuba melepaskan komen dan membuat catatan ringkas dari semasa ke semasa.

16 comments:

  1. saya memang bersetuju. even one life is too preciuos to a mother or loved one to be lost if there is a way to combat it. At least close the schools down, parents are holding the hearts in their hands sending their kids to school> Even not the whole school those taking govt exams can attend let the rest stay home. THinking of the future is good but one must have a future first

    ReplyDelete
  2. Khir,

    Pasal ni 100% sokong anda ....kerejaan nampaknya ambil sikap acuh tak avuh saja

    ReplyDelete
  3. salam dato' seri,
    selamat menunaikan ibadah umrah..doakan virus H1N1 ni cepat berakhir.

    ReplyDelete
  4. Salam DS,
    Saya amat bersetuju dgn komen DS mengenai wabak H1N1 ini perlu diberi perhatian sepenuhnya pada masa sekarang juga!!!!Masalahnya sekarang kita tidak boleh menyalahkan pihak Kementerian Kesihatan sahaja KERANA PIHAK ATASAN KERAJAAN PUN MENGAMBIL SIKAP TIDAK APA...MALAH MEREKA LEBIH SUKA KEPADA KERJA-KERJA POLITIK MASING2.....inilah masanya kita boleh tengok sejauh mana keupayaan sesebuah kabinet menangani masalah Rakyat ini...IAITU H1N1...!

    1)DS perlu mengambil langkah priority ke pihak atasan dgn segeranya mengadakan satu langkah drastic yang berkesan untuk mencegah wabak dari terus melarat...Walaupun DS bukan MB selangor,INILAH MASANYA DS BUKTIKAN KEUPAYAAN DS BERANI BERSUARA DEMI RAKYAT DAN MENUNJUKKAN HATI DS YG BENAR2 BERPOLITIK UNTUK RAKYAT(Bukan sekadar komen di blog sahaja)...!
    2)Apakah peranan kementerian masing2 untuk mengabung tenaga untuk wabak ini...setkat ini kita tidak nampak apa2 tindakan drastic untuk wabak ini dari kementerian lain selain Kementerian Kesihatan aje!!!
    3)Saya juga menyeru pihak kerajaan mengambil sikap yg pantas dgn mengedar MASK untuk percuma!
    4)KEUPAYAAN SESEBUAH KERAJAAN DAPAT DINILAI SEKIRANYA SESUATU MASALAH BERLAKU DAPAT DISELESAIKAN DGN EFFICIENT...INILAH YG KITA MAHU!!!

    AKHIR SEKALI JANGAN TUNGGU WABAK INI MELARAT SEHINGGA TAHAP YG BEGITU TERUK SEKALI BARULAH TERHEGEH-HEGEH NAK BUAT INI DAN ITU...ITU SUDAH TERLAMBAT!!!

    ReplyDelete
  5. Salam kepada semua.

    Saya bersetuju dengan cadangan DSKT itu. Kerajaan perlu membuat tindakan yang drastik bagi membendung penyebaran wabak ini. Tangguhkan program2 yang akan melibatkan orang ramai. Ini kerana ramai orang awam yang masih belum sedar bahayanya penyakit ini.

    Kaedah kuarantin dirumah pun saya tidak faham kerana bila anak disuruh kuarantin dirumah tapi ibu bapa masih keluar bekerja. Tidakkah ini boleh terus menular kepada orang lain. Yang dah tau sakit pun masih lagi keluar rumah tanpa menggunakan topeng muka. Yang x sakit beria-ria pulak pakai topeng. Thah, macam2.

    Harap kerajaan dapat mengambil jalan yang terbaik untuk kesejahteraan semua.

    Semoga DSKT sekeluarga dan YB Noriah dapat menjalankan ibadah ini dengan selesa. kami sentiasa mendoakan kesihatan kalian.

    ReplyDelete
  6. Salam

    Saya memang setuju dengan pendapat dan buah fikiran Dr Khir dalam hal ini.

    Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai cara untuk mengelak penularan wabak ini,ia masih dilakukan dengan cara yang acuh tak acuh.

    Kadang kala,sesetengah sekolah pula,saya ambil contoh satu sekolah di Shah Alam,iaitu di SAMTTAJ,sudah terdapat beberapa kes positif h1n1,tetapi apa yang berlaku,seolah-olah penyakit itu tidak wujud.Kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru-guru adalah amat kurang meskipun diberi ceramah dan bebelan tentang H1n1 oleh doktor-doktor.

    Saya harap buah fikiran Dr dapat diimplementasi dengan kadar yang segera agar tidak ada lagi kematian yang rasanya hanya merugikan negara.

    ReplyDelete
  7. salam....

    Sebagaimana slogan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan..

    Langkah pertama kerajaan adalah
    memahami,menyedar dan mengatasi
    H1N1 dengan:

    Mengedar risalah,mengawas,memantau
    dan bertindak lebih proaktif dan
    efectif menyeluruh dari kementerian2
    dan jabatan2 yg berkaitan.

    Dengan disertai..

    Program-program dari NGO2 dan badan2
    sukerela yg pakar dan berpengalaman.

    Langkah kedua:
    Membatalkan sambutan hari kebangsaan;
    ambang malam kemerdekaan dan raptai.
    Digantikan dengan program keagamaan
    mengikut anutan agama masing-masing.

    Pada masa yg sama adakan peruntukkan
    kewangan dan bahan2 pencegahan secara
    percuma.

    langkah ketiga:

    Mewujudkan suatu pasukan yg patut di mulakan
    dari sekarang dengan latihan dan ilmu perubatan,
    pencegahan dan pertahanan pantas terdiri dari
    pasukam keselamatan,tentera dan pasukan perubatan/kesihatan=mercy squad.

    Pasukan ini diletakkan di barisan hadapan,pintu-
    pintu masuk negara,hospital,pusat kuarantin dan
    tempat tumpuan awam.

    ...............

    Tidaklah nanti kematian semakin meningkat,umum
    darurat sudahlah lambat,tiada lagi pasukan
    mantap....kerajaan juga dicap lembab tak boleh
    diharap....

    ReplyDelete
  8. AKUM> Apakhabar DSKT selamat menyambut kedatangan ramadhan al-mubaraq semoga bulan ini bulan yang mulia akan mengajar dskt dan rakan2 dalam umno dapat menghormati orang lain agar pepaduan dapat dikekalkan diselangor dan malaysia. kekalahan umno sudah jelas dan ternag tak dapat nak disorok lagi. jika telus dan efisen siasatlah kes Rm 10 juta buakn nak ditutup ajer. buka pekung tu bagus kerana dengan itu baru rakyat dan dapat dinilai kerajaan itu mengamalkan perinsip RAKYAT DIDAHULUKAN dan PECAPAIAN DIUTAMAKAN dalam misi 1MALAYSIA. jangan dskt marah yang pahit itu ada kebaikan nya dari yang manis2 yang memuji dskt. salam kasih dari wong sungai burong ban kenal.wslm

    ReplyDelete
  9. salam Dato' Seri

    selamat menunaikan umrah...
    selamat pergi dan selamat pulang...
    doakan parti kita akan kuat seperti dulu dan mendapat semula kepercayaan rakyat malaysia...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dr

    Dalam hal ini kenapa masih berdolak dalik lagi, kerajaan masih tidak mahu memikul tanggungjawab yg seharusnya dipikul.Memang itu satu tanggungjawab bersama,kerajaan mesti memulakan dahulu dengan membuat peraturan yg perlu dipatuhi.(Sekiranya pekerja sakit perlukan pengesahan dari doktor,kenapa mesti majikan ragu ragu?)yg ragu ragu adalah kementerian kesihatan.
    Kementerian kena duduk berbincang dengan majikan dan arahan perlu majikan patuhi.
    Jangan biarkan rakyat panik dan dalam ketakutan.

    ReplyDelete
  11. DSKT.. Saya amat setuju dengan apa yg DSKT syorkan. Ini adalah dari segi kesedaran dari seluruh rakyat Malaysia yg tidak berapa menyedari tentang implikasi wabak ini. Yang lebih bermasalah adalah yang tinggal di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung. Penyebaran wabak di sekolah-sekolah lebih membimbangkan terutama sekolah berasrama yang mana penyebaran yang begitu cepat dalam kumpulan yang besar. Apabila pelajar yang dijangkiti diperintah berkurung di rumah maka kebarangkalian wabak ini menular adalah lebih besar. OLEH ITU DARURAT BAGI MENANGANI WABAK INI PERLU!! PSU MARAN

    ReplyDelete
  12. ada hikmahnya H1N1 nie..

    1)kurang laa sikit pemimpin-pemimpin kita nak makan angin ke luar negara,jimat wang rakyat.

    2)kurang laa sikit(itupun kalau takut mati laa) golongan-golongan yang suka berpeleseran di tempat hina seperti disko dan dangdut.

    3)ketat laa sikit kawalan sempadan dan pintu masuk(itupun kalau ada kesedaran)

    setiap musibah adalah untuk kita lebih bertakwa kepada Allah.

    ReplyDelete
  13. Salam Dato Seri,

    Sy 100% bersetuju dengan DS. Moga2 pihak Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan DS ini ke Mesyuarat Kabinet.

    1st time sy benar2 berstuju dengan DS.

    Tahniah DS, Teruskan perjuangan membela Rakyat. jgn plak menindas rakyat.

    Semoga DS selamat kembali ke Tanah Air dr mengerjakan Umrah.

    Ws.

    ReplyDelete
  14. Kita tidak tahu apa sukatan atau takdir atau ketentuan Tuhan kepada kita. Inilah satu hikmah besar dari Tuhan agar kita dapat hidup dengan aman damai dan bebas untuk mengecapi nikmat Tuhan dialam nyata ini. Namun disitu ada terdapat ingatan agar kita sentiasa takut kepada Tuhan kerana nasib kita tiada siapa yang tahu. Baik atau buruknya nasib kita tiada siapa yang tahu. Kita diberi peluang oleh Allah swt untuk memilih yang terbaik, berusaha mencapai yang terbaik, namun hakikatnya kita tidak tahu apa yang Tuhan takdirkan keatas kita. Apa yang penting ialah setiap kita mesti sentiasa dalam iman dan taqwa, biar apa pun situasi yang Tuhan datangkan kepada kita.

    Apa yang paling utama perlu diingat ialah mati datang dengan tiba-tiba, tanpa disangka dan boleh berlaku dimana saja. Berawaslah selalu agar kita mati dalam iman dan taqwa. Ada orang yang Tuhan beri kesenangan, harta kekayaan, perniagaan yang berjaya, pangkat, darjat, kedudukan, popular, sihat tubuh badan, cerdik pintar, bijak dan lain-lain. Ingatlah semua itu adalah anugerah Allah swt. Semua itu adalah termasuk ujian dari Tuhan apakah dengan anugerah itu kita dapat kekal dalam bersyukur atau kufur. Apakah kita dapat berada dalam iman dan taqwa atau sebaliknya kita lalai, leka dan berfoya-foya.

    Seluruh alam ini adalah milik Tuhan, semuanya dalam genggaman dan kekuasaan Tuhan, dalam ketentuan dan sukatan Tuhan. Apa saja yang Tuhan kehendaki ianya berlaku, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kehendak Tuhanlah yang tiap-tiap sesuatu itu terjadi. Sebab itulah kita dituntut agar sentiasa beriman dan bertaqwa dalam menghadapi apa-apa situasi yang Tuhan datangkan.

    Tiada siapa tahu apa nasibnya dihujung nanti, ada orang yang diawal hidupnya dalam iman tapi mati dalam kekufuran. Ada orang yang diawal hidupnya berada dalam kukufuran, tapi dihujung hidupnya berada dalam keimanan. Ada pula orang yang diawal hidupnya dalam kesesatan, tapi hujungnya dalam kebenaran. Ada pula orang yang dari awal berada dalam kesesatan hingga kehujung hidupnya terus berada dalam kesesatan. Ada pula orang yang dari awal hidupnya berada dalam kebenaran hingga kehujung hidupnya tetap dalam kebenaran. Jadi tiada siapa yang tahu nasib masing-masing, semuanya ketentuan Tuhan. Sebab itu kita perlu takut dengan Tuhan dan kena kekal dalam iman dan Taqwa.

    Mari kita lihat realiti kehidupan seharian. Tanpa terfikir berlaku kemalangan jalan raya, berlaku tanah runtuh, berlaku kebakaran, banjir, bangunan runtuh, gempa bumi, tsunami, ditimpa sakit, penyakit merebak atau berjangkit, ekonomi meleset, harga barang naik, makanan kurang, perniagaan rugi, gejala sosial berleluasa, muflis, jatuh miskin, berkrisis, bergaduh, berbunuhan, berperang dan berbagai bencana. Semua situasi ini amat memerlukan kita menghadapinya dengan iman dan taqwa. Mari kita sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa lebih baik kita menjadi golongan yang beriman dan bertaqwa yang Tuhan datangkan ujian, berbanding menjadi golongan kufur yang juga Tuhan datangkan ujian.

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan Al-mubarak DSKT,

    Baru kali ini saya bersetuju dengan lontaran pendapat DS. Saya seorang kakitangan awam dan seorang ibu beranak 2. Saya pernah mendengar rungutan dari teman; seorang ibu beranak 5.

    Seorang kerani am sahaja yang cuti tahunan tidaklah banyak. Dua orang anaknya disuspek H1N1 oleh doktor di sebuah hospital Kerajaan.

    Tatkala anak dikatakan suspek H1N1, mulalah tidak tenteram hati seorang ibu. Diceritakan kepada doktor cutinya tinggal beberapa hari sahaja sehingga ujung tahun ini. Apalah salah kiranya doktor berikan MC padanya kerana jika ambil cuti tahunan rugilah dia kalau2 ada keperluan yang lebih mendesak memandangkan anak 5 tak siapa yang tahu apa akan terjadi di kemudian hari.

    Doktor tak benarkan; tambah doktor lagi banyak ibu-ibu menceritakan masalah yang sama padanya. Apa boleh buat, rintih doktor lagi.

    Rentetan dari itu, majikan yang tidak mengenal erti simpati dan sentiasa hatinya keras tidak melihat kepada situasi yang dihadapi oleh pekerjanya, mengarahkan si ibu mengambil cuti 2 minggu tanpa gaji.

    Apa boleh buat...dahlah gaji seorang kerani kecil..diarahkan kena lah ikut. "Saya yang menurut perintah"

    Pandangan saya, tak bolehkah dasar digubal dalam keadaan darurat ini? Jangan sentiasa melihat GAH di atas kadangkala kena melihat SEMUT kecil di bawah.. "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

    Semoga amal ibadah kita di bulan yang mulia ini diangkat dan diberkati oleh -Nya. Amin dan wassalam.

    ReplyDelete