Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, August 11, 2009

Permatang Pasir: Peluang Orang Melayu Menyampaikan

1. Pilihan raya kecil Permatang Pasir telah ditetapkan pada 17 Ogos (penamaan calon)-25 Ogos 2009 (pengundian). Pilihan raya ini sekali lagi merupakan cabaran kepada orang Islam, orang Melayu, Pas dan UMNO.

2. Mengikut satistik terkini, daftar pemilih DUN Permatang Pasir mengandungi 20,290 pengundi terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan satu pengundi pos. Ia melibatkan sebanyak 72.36 peratus pengundi Melayu; Cina (25.85 peratus); India (1.63 peratus) dan lain-lain (0.16 peratus).

3. Oleh kerana BN dijangka meletakkan calon dari UMNO dan Pakatan dijangka meletakkan calon dari Pas, maka kecenderungan pengundi Melayu akan menjadi tumpuan. Apakah akan berlaku perubahan kecenderungan yang ketara seperti di Manek Urai apabila jumlah besar majoriti Pas dalam pilihan raya lalu akan terhakis?

4. Orang Melayu di Permatang Pasir harus melihat pilihan raya kali ini sebagai satu pentas untuk memberi mesej yang jelas kepada pemimpin UMNO dan Pas.

5. Apakah mereka berpuas hati dengan kedudukan mereka, kedudukan agama Islam dan peranan pemimpin Melayu yang diwakili oleh Pas di Pulau Pinang dan Selangor? Jika mereka berpuas hati pastinya Pas akan mempertahankan kerusi tersebut dengan selesa.

6. Jika sebaliknya berlaku, maka UMNO harus mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang atau sekurang-kurangnya memberi tentangan sengit seperti yang berlaku di manik urai.

7. Pilihan raya kecil ini tidak seharusnya dilihat untuk mengenang jasa datuk Seri Anwar di Permatang Pauh mahu pun untuk mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

8. Sebaliknya pengundi harus melihat soal memberi mesej yang jelas kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu-isu membabitkan orang melayu dan agama Islam.

9. Bagi kaum Cina mereka mungkin berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri Lim Guan Eng hari ini. Namun sokongan yang terlalu kurang kepada BN dari peti undi kaum Cina dalam pilihan raya kecil kali ini mungkin memberi gambaran negatif kepada kepimpinan baru MCA dan juga dasar-dasar liberalisasi ekonomi YAB Datuk Seri najib Tun razak.

10. Sering kali sokongan kaum Cina akan menjurus kepada faktor-faktor dasar ekonomi. Justeru apakah mereka gembira dengan perubahan ekonomi negara dan bebarapa polisi yang diumumkan atau masih memilih jalan sebaliknya.

11. Jika sokongan terhadap BN terus merosot setelah banyak pembaharuan diumumkan, MCA sendiri mungkin akan kehilangan pengaruh dalam BN pada masa akan datang.

12. Bagi kaum India, peratusan yang sedikit mungkin tidak memberi impak namun ia akan memberi ukuran jelas pemikiran mereka hari ini berdasarkan undi nanti. Apakah isu Kampung Pala akan menjadi masalah kepada Pakatan?

13. Secara keseluruhan telah banyak perubahan dilakukan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sejak beberapa bulan lalu. Soalnya apakah ini dihargai oleh pengundi dan diterjemahkan dalam peti undi nanti.

14. Dalam budaya Melayu kita selalu dingatkan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

47 comments:

  1. Salam DSKT......
    Sekadar pendapat yang mudah dari bocahkampong,...

    Sayangkan bangsa....?
    jauhkan sifat dengki dan iri hati...
    dendam....takda yang menguntungkan sesapapun...
    fitnah....kalu rasa nak hidup dalam dunia ni sendiri....
    salah menyalah....takan dapat menyelesaikan masaalah...

    APA YANG PENTING....KERJASAMA.....

    Rasa rasanya..semua tahu.....

    DAP...ambil kesempatan jer....peluang dah ada...

    Selagi ada lagi kaum kaum yang tak sedar diri tu lagi yang asyik nak menyalak jer...sampai bila pun dunia ni tak aman....bukankah kita masih lagi diberi kesempatan....sebelum mata ini terpejam.........

    ReplyDelete
  2. betul khir toyo. Inilah masanya pengundi melayu menyampai mesej 7-0 pada umno.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah, sekiranya pemimpin UMNO pandai menjaga sentimen org melayu, UMNO akan kembali menjadi kuat. Parti komponen sepatutnya menunjukkan prestasi dlm meraih semula undi2 penyokong mereka. Kemenangan merupakan satu bonus utk UMNO/BN, kalau pas menang...seperti kata DSN, menang biarlah bergaya.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan kepada trend pilihanraya yg lalu dan juga pada tahun2 terdahulu, parti2 pembangkang cuma menang dengan majority yang kecil kalau ianya tidak dimenagi oleh BN. Pada pilihanraya kecil ini majority rakyat masih mahukan PAS/pakatan rakyat berdasarkan sentiment/isu2 semasa yang membelenggu rakyat seperti kematian mendiang Teoh, keadaan ekonomi, ISA,PPSMI serta kelembapan KERAjaan menangani masalah H1N1. Saya percaya UMNO akan kalah teruk sekiranya UMNO tidak menipu pada pilihan raya kecil permatang pasir yang akan datang nanti...sekian

    ReplyDelete
  5. Adakah Datuk Seri setuju dengan pendirian UTUSAN MALAYSIA yang memainkan isu perkuaman kebelakangan ini?

    Regards,
    Malaysian Come First
    GoMalaysian.Blogspot.Com

    ReplyDelete
  6. Betul tu Dato Seri. Inilah peluang terbaik rakyat untuk memberikan masej yang jelas kepada UMNO yang kami tak perlukan UMNO lagi. Diharap selepas BN/UMNO menjadi pembangkang pada GE13 nanti barulah kita dapat melihat usaha bersungguh2 dari pemimpin UMNO untuk melakukan reformasi dalaman. Selamat menjadi GOLKAR.

    ReplyDelete
  7. Salam DS,
    Saya memang berharap BN dapat menang dalam PRK Permatang Pasir ini,sebab PM memang nampak ada niat untuk membina semula 1MALAYSIA....
    Tetapi saya ragui keupayaan Org No.2 di Malaysia,kerana saya dapati pemikiran dia masih belum ditahap pemimpin yg layak memerintah lagi....Apakah org yg tak sokong dan menjadi musuh kepada Umno adalah pembelot bangsa Melayu???.....Citer ini sudah memang lebih dari lebih,adakah pemimpin ini terlalu mengikut perasaan???.Jangan terburu-buru jika hendak buat serangan peribadi...!
    Cermin diri dulu sebelum menyata org lain....!!!!
    Pihak keluarga yg ingin membantah pemansuhan PPSMI pun kena tahan....dimanakah mereka nak suarakan ketidakpuasan pendapat mereka???Pi jalan protes kena tangkap,pi jumpa minister nak menyuarakan pendapat pun kena tangkap....MACAMANA NAK SUARA!!!MINTA MAAF PUN TAK GUNA!!!

    ReplyDelete
  8. Malas nak ambik tahu pasal PRK. Lantaklah sape yang menang... Ada aku kisah...???? Aku cuma kisah mcm mana nak cari gula dengan harga semasa (no price increase).. Nak cari tepung, minyak, susu dengan mudah.... Lantaklah nak kata aku selfish ke apa ke katak bawah tempurung ke.... janji aku dan family aku tak merana masa bulan puasa n raya nanti... Kesian kat kawan-kawan yang balik raya naik bas coz harga tiket baru melambung naik. Surcaj last year belum revoke lagi dah ada new fare structure.... Takpe inilah konsep Rakyat Di Dahulukan.......

    p/s - The above statement are free from any political influence...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...sy tertarik dgn salah satu ayat dari blog tuan...
    8. Sebaliknya pengundi harus melihat soal memberi mesej yang jelas kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu-isu membabitkan orang melayu dan agama Islam

    selama tuan memerintah di selangor apa yang tuan buat?...selama pemerintahan BN di seluruh semenanjung malaysia, apa tuan dah buat...?

    bukan saya tidak bersyukur...tetapi kemajuan yang disampaikan adakah menyeluruh kepada seluruh rakyat...atau kroni2x tuan sahaja...

    Tuan...pemerintahan adalah amanah...semuanya akan disoal Allah...di padang mahsyar...

    saya nk berkongsi dgn tuan...saya amat yakin dr. seperti tuan percaya hujan dari langit, cahaya matahari dari langit...tapi saya tak pasti sama ada tuan yakin yg agama islam itu dari langit....parti yang tuan juangkan...parti yang sebenarnya melambatkan kemajuan Malaysia dari konteks ISLAM...ISLAM ITU MENYELURUH...

    SY x pasti sama ada tuan baca atau tidak komen sy...dan sy juga x psti tuan faham atau tidak maksud sy...sy hormat tuan...mcm sy hormat ayah sy....sebab itu sy ingin menegur tuan..mcm sy tegur kesilapan ayah sy...wallahua`lam

    ReplyDelete
  10. UMNO akan reform dibawah pimpinan baru. PR banyak masalah. Aku benci tol Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Ronny Liu, anak beranak Karpal Singh dan byk lagi. Kepada pengundi-pengundi ingatlah pada bulan Ramadhan, jgn terlalu taksub.

    ReplyDelete
  11. Kita dah bagi peluang kat umno lama dah. Tapi masih tak sedar2. Bila kita tendang BN keluar dari selangor, dia pulak menyalak ttg perpaduan melayu. saya dah serik undi umno/bn. Bila saya undi umno, diaorang pakat2 kumpul harta bina istana. Jadi nasihat saya kat Dr Khir, stop day-dreaming. saya akan bagi peluang pada PR sampai PRU13. kalau ok, saya akan undi PR lagi. Setakat ini, PR semua ok.

    ReplyDelete
  12. Umno adalah parti kapitalisme yang tidak akan mengutungkan rakyat banyak..samaada perkara ini dapat dilihat atau tidak..terserah kepada pengundi...

    ReplyDelete
  13. Sekiranya UMNO kalah, mahukah UMNO mengaku bahawa orang Melayu telah bosan dengan permainan orang UMNO. Pemimpin pemimpin nya hanya sedar apabila telah di tendang keluar semasa pilihan raya? Tetapi bila mereka berkuasa mereka tidak sedarkan diri, hanya sebok mengumpul harta.

    ReplyDelete
  14. betul3 din..

    kalah pun mesti bergaya macam manek urai..

    mana laa nak cari duit UMNO ni nak pergi prk

    mahu pening kepala...asyik prk aje..

    duit dah banyak labur..hasilnya belum tercapai lagi..

    ReplyDelete
  15. Tuan YB,
    Saya memohon agar YB dapat menegur akhbar2 milik Melayu/Islam supaya tidak memperkecilkan syariat Islam dengan menyiarkan keputusan2 NOMBOR EKOR(JUDI)dan HOROSKOP dalam akhbar2 tersebut kerana saya tidak mahu bersubahat dengan perkara2 mungkar/haram.

    Lihat contoh akhbar Utusan hari ini, MS 1 ada highlight tentang ISU HINA ISLAM, tapi MS 31 ada Kepusan Kuda, magnum, TOTO dsb.

    Mungkin juga difikirkan untuk edaran dikawasan majoriti Melayu/Islam, ruangan untuk NOMBOR EKOR tersebut di"gelapkan" agar tidak menyinggung perasaan pembaca MUslim.

    Pernah ada rakan2 beragama lain komen, "Utusan kalu bab ARAK, BABI memang juara tapi bila tang JUDI yang merosak/mufliskan Bangsa senyap je malah menggalakkan nya pula.!!"

    Jangan pula nanti akhbar2 ini akan dituduh yang khianati bangsa dan mencemarkan kesucian agama kerana PENYIARAN KEPUTUSAN2 NOMBOR EKOR (JUDI) dan horoskop itu.

    Mohon YB bangkitkan isu ini dalam ceramah2/parlimen agar tindakkan sewajarnya boleh diambil pihak atasan.

    Sekian, terima kasih.

    -Wakil Mangsa2 keluarga muflis akibat nombor ekor/judi-.

    ReplyDelete
  16. betul tu dato.....harap harap org melayu ada kesedaran dgn apa yg telah terjadi d selangor dan pp serta d kedah...dap sewenang wenang nk buat apa saja yg dia mahu,d kedah di kuar sesuka hati dari pakatan jika tuntutan dia tk d restui...d selangor walau pun dia buat salah tetapi bg dia dia lah hero dan pkr kena akur dgn dia termasuk lah pas yg tk boleh buat apa...yg berkuasa adalah dap....so org melayu khususnya berubahlah kpd bn begitu juga amnya pada bangsa lain yg cintakan keamanan,kedamaian dan sifat berkerjasama antara kaum kaum d malaysia......MAI PAKAT UNDI BN.....

    ReplyDelete
  17. Salam.

    DSKT, saya rasa selagi kita rasa puas hati dengan apa yang kita rasa, selagi itu kita tak akan berubah. Xkan la orang Melayu yang ada kat Malaysia ni belum sedar dengan apa yang dah dilakukan oleh DAP.

    Orang PAS pun xkan xperasan yang awak tu asyik di kuda-kudakan DAP. mereka terang-terangan menyatakan yang buruk2 tentang islam, hina agama suci kita, buat dewan di tanah wakaf kita. Xkan itu pun xnampak.

    Dulu hang kata, Kalau PAS berkuasa di Selangor, " Kita akan tutup semua kedai penjualan arak sebelum Ayam berkokok esok pagi". Ha, apa dah jd??? setahun setengah dah ayam berkokok.

    Inilah masanya wahai pengundi yang mempunyai kuasa, ditangan anda sebatang pensil untuk merubah nasib anak bangsa kita. Kita xmau melihat keturunan kita mengemis di tanah bertuah ini.

    WAHAI SAHABAT SEKALIAN, renungilah lagu WARISAN ini...

    Anak kecil main api,
    terbakar hatinya yang sepi,
    Air mata darah bercampur keringat,
    Bumi dipijak milik orang.

    Nenek moyang kaya raya,
    tergadai seluruh harta benda,
    akibat sengketa sesama lah kita,
    cinta lenyap diarus zaman.

    Indahnya bumi kita ini,
    Warisan berkurun lamanya,
    hasil mengalir ke tangan yang lain,
    peribumi merintih sendiri,

    Masa depan sungguh kelam,
    Kan lenyap peristiwa semalam,
    Tertutuplah hati terkunci mati,
    Maruah pribadi daha hilang.

    Kini kita cuma tinggal kuasa,
    Yang akan menentukan bangsa,
    Bersatulah hati bersama berbakti,
    pulih kembali harga diri.

    Kita sudah tiada masa,
    majulah dengan maha perkasa,
    Janganlah terlalai teruskan usaha,
    MELAYUkan gagah di nusantara...

    HAYATILAH...

    ReplyDelete
  18. AKUM= Kepada semua rasanya BN beat end itulah yang akan berlaku dipermatang pasir. 72% pengundi melayu akan berpecah 3 golongan 1 kepada umno/bn iaitu yang bersifat nasionalis 2 kepada PAS yang kuat berpegang kepada AGAMA 3 melayu sederhana ini akan melihat kepada keadaan tapi golongan ini akan kuat kearah PR. manakala pengundi cina akan mengundi 99% kepada calun2 PR tanpa mengira siapa calun nya jadi atas kertas pada dasar nya PAS mempunyai kelebihan. jika faktor tadi tidak dapat mengisafi para pemipin umno sudah pasti BN akan tumbang dalam PRU13. FIKIRKANLAH WAHAI DSKT kerana kita sekampung sudah tentu kasih sayang antara kita mesti ada kan. sekian untuk hari ini WSLM

    ReplyDelete
  19. Salam DS,
    Saya cadangkan Ds keluar tajuk PKFZ,sebab apa yg 1Malaysia laungkan adalah Rakyat didahulukan....Yg sekarang hangat citer adalah PKFZ,bolehlah kita bincang secara terbuka tentang topic ini...Ini melibatkan wang berbillion ringgit duit rakyat...jadi inilah yg didahulukan!!!
    Saya memang cabar DS supaya keluar tajuk ini kerana apa yg sudah dilaungkan DS,BERANI BERSUARA DEMI KEADILAN.....KITA KENA TENGOK SECARA MENYELURUH MAU PUN ISU PARTI PEMBANAGKANG ATAUPUN PARTI DARI KERAJAAN...!!!
    Inilah masanya pemimpin dengar suara rakyat secara terbuka di blog DS....!!!
    BERANI KEARAH KEADILAN..!!!

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan Jamal.... Pelik akhbar orang Melayu (of course org Islam) tapi penuh iklan judi.... Kalau arak kata tak sensitif la... menyinggung la etc... tapi bab makan iklan hasil judi....???? sendawa tak ingat dunia... Hampeh...

    Pi mai tang tu gak..

    ReplyDelete
  21. Salam Sejahter DS,

    Jika keputusan PRK yang lalu di ambil kira, bukan untuk menyedapkan hati tetapi pada pendapat saya, BN masih relevan di hati rakyat Msia.

    Kemenangan yang dicapai oleh PR selain dari KT, semuanya memang kubu mereka. Jadi apa nak hairan kalau kalah, dah dapat mengurangkan majority pun cukup bagus. Ini menunjukkan pengundi atas pagar dah mula beralih arah sepertimana di MU sejak kepimpinan DS Najib.

    Lagi pun PPasir memang kubu kuat PAS sejak 1999 lagi. Di dalam parlimen ANU WAR pula. Semestinya beliau inginkan kemenangan. Dan jika BN dapat mengurangkan majoriti di PPasir kelak ianya merupakan isyarat positif dari pengundi melayu disana.

    Kalah dengan majoriti kecil dah kira bagus. Jika menang kira bonus Hari Raya la.

    ReplyDelete
  22. Dr Khir

    1. Saya tidak faham bagaimana mereka katakan BN tidak membuat apa2 ketika memerintah. Bolehkah mereka perincikan tentang dakwaan mereka itu? 50 tahun memerintah telah banyak perubahan berlaku,apa lagi yang kerajaan tidak buat? Kalau di Selangor pula apa yang mereka telah buat? Tahukah kita yang duit kerajaan Selangor hampir habis sehinggakan terpaksa mengemis kepada Pusat Zakat Selangor yang mempunyai rizab lebih RM 100 juta!!

    2. Atas asas apa mereka mengatakan yang BN telah mengkayakan kroni2 BN? Apakah projek2 mega yang telah dijalankan untuk kepentingan bersama menjadi satu kesalahan?

    3. Sekiranya benar kroni-kroni kerajaan (sebagai contoh MMC (Mokhtar Al-Bukhary), Gamuda, DRB, Peremba dsbnya)mendapat tender kerajaan dan siapakah yang mendapat manfaat. Tahukah berapa ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat2 besar ini dan sebagai contoh berapa ramai pekerja tol yang mendapat rezeki halal dari projek penswastaan ini.

    4. Adakah logik kita memberikan tender kepada kumpulan/syarikat yang tidak mampu?Benarkah tender2 kerajaan ini hanya dimonopoli oleh kerabat BN sahaja? Tiada langsungkah syarikat milik ahli pembangkang yang mendapat tender kerajaan.

    5. Sesetengah kita asyik memikirkan apa yang patut kerajaan bagi kepada kita (walaupun dah dapat). Mungkin rakyat mahukan kerajaan bagi duit kepada rakyat setiap bulan RM 1000 sebagai duit poket agaknya.

    6. Berkenaan PRK Permatang Pasir rakyat perlu membuat pilihan bijak. Kalau mereka merasakan mahu mengekalkan wakil dari PAS dipersilakan. Namun, UMNO adalah pilihan yang terbaik.

    7. Ringkasnya, UMNO adalah satu wadah yang terbaik untuk membela Agama dan Bangsa. Untuk mengharapkan PAS sudah tidak boleh, kerana perjuangan mereka sudah menyimpang dan langsung tidak mempunyai kredibiliti. Kalau diibaratkan seperti pokok yang besar tapi tidak mempunyai daun, buah malahan mempunyai akar yang menggaggu dan merosakkan jalan. Atau mungkin juga harus ditebang??

    ReplyDelete
  23. Cabar BN bertanding PRK Permatang Pasir atas kapasiti sebagai parti politik. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit dan jentera kerajaan untuk berkempen. Ini bukan hak BN ini adalah hak rakyat.

    ReplyDelete
  24. saya ANAK JATI SUNGAI PANJANG nak komen.



    Alah DSKT.... cakap berdegar2. datuk perjuangkan dulu harga padi kami...patutla orang sungai panjang miskin2. disebabkan orang mcm datuk ni la. cakap auta.

    agaknya comment ni pun tak publish.. dah agak dah datuk

    ReplyDelete
  25. Sejarah akan tetap menjadi ukuran...setelah berpuluh tahun UMNO/BN memerintah apa orang melayu P.Pinang dapat...Saya ingat kita kena tunggu 50 tahun lagi baru orang melayu sokong UMNO semula setelah pemimpin yang ada hari ini sudah ditukar semuanya..

    ReplyDelete
  26. Salam Dato' Seri.

    Tak payah buat PRK lah..
    Buat perabih duit jer.
    Peduli apa kita sapa yang menang.
    PAS menang ke UMNO menang ke.. apa bezanya.
    Kalau UMNO menang, harga barang boleh turun ke?
    Kalau PAS menang, ada suara ke kat DUN?
    Kita orang rakyat biasa ni asalkan ada makanan atas meja... dah cukuplah tu...
    Tak payahlah ada mahligai sampai berpuluh juta..
    Bukan boleh bawak masuk kubur pun.....
    Pemimpin UMNO ni, bila dah takde kuasa barula menyalak melolong-lolong kononnya hanya UMNO je yang mampu untuk mempertahankan Melayu... piiiiirah...
    Kalau takde BN, Malaysia ni takleh maju ke? Agaknyelah kut...TAPI.....
    Saya selalu pegi Taiwan, Japan, Scotland dan dua tiga kali pegi London.... Singapore... banyak kali.
    Yang jadi kemusykilan ialah, kat sana takde pun saya nampak lambang BN...
    Jadi, saya pun buat kesimpulan bahawa kalau takde BN pun dia orang boleh jadi tersangaaat maju... mengapa tidak kita?
    Maknanya, kalau takde BN pun takper koot...
    Mintak mahapla Dato'Seri... tension tengok pemimpin BN membolot dan melanyak duit rakyat macam bapak dia yang punya.....

    P.S: Maaf kalau tersinggung.
    Wasalam.

    ReplyDelete
  27. salam.....

    "kawasan/penduduk majoriti islam...jualan arak
    dibenar,jualan kepada orang islam dilarang,jualan
    kepada kaum lain dibenar.....isu selesai?

    Isu selesai jika...kawasan/penduduk majoriti
    bukan islam...jualan arak dibenar,jualan kepada
    orang islam dilarang,jualan kepada kaum lain
    dibenar.

    Yang di haramkan dalam islam,tetap mudah didapati dimanapun kita berada....

    Didalam perjuangan, islam hanya slogan semata-mata....dalam kemajmukkan,islam menampakkan
    kelemahan atau kelembutan?

    Sewajipnya....hanya kekuatan diserlahkan!

    Dalam berpolitik semua boleh berlaku...

    ReplyDelete
  28. Wahai orang-orang melayu/islam dari PAS dan PKR. Janganlah diperbodohkan oleh orang kafir. Ingatlah Allah telah membezakan orang Islam dan Kafir pada banyak ayat-ayatNya di dalam Al-Quran. Kenapa kita mesti menyatakan yang semua manusia sama. Ingatlah waktu zaman sahabat selepas Rasullulah, orang-orang kafir tak ada tempat. Mereka yang menghina Islam telah di hapuskan. Rakyat Islam bersatu. Kerajaan Islam berkembang. Cendikiawan Islam telah lahir kerana kerajaan Islam yang kuat kerana takutnya orang-orang kafir kepada Islam. Tetapi kemudiannya orang Islam berpecah. Mereka yang bergaduh bergabung dangan orang Kafir untuk menghancur lawan mereka. Kafir Kristian ambil kesempatan. Kerajaan Islam di hancurkan. Sama juga yang berlaku dia Palestine. Hamas dan Fatah bergaduh. Barat(Kafir) dan Israel me-mangkinkan perpecahan ini. Yang mati dan mundur adalah orang Islam. Yang berjaya adalah orang Yahudi dan barat (Kafir). Di Iraq juga sama saja. Perbezaan maazab Sunni dan Syiah di perbesarkan oleh barat (Kafir). Muslim yang sama-sama percaya kepada Allah dibeza-bezakan oleh barat (kafir). Mereka yang selama ini hidup aman bergaduh sesama Islam. Kenapa orang Islam kat Malaysia tak nampak semua ni. Nik Ajis yng berlagak alim pun sanggup benarkan kafir menghina Islam. Apake bodohnya orang Islam PAS ni. Quran telah membezakan orang Kafir dan Islam. Dia ni nak membezakan sesama orang Islam. Orang kafir yg dah duduk di negara Islam ni tak faham-faham orang Islam. Atau memang sengaja buat tak paham. Kat Kelantan ada tak orang cina masuk Islam walaupun dah bertahun Pas perintah. Tak ada pun. Mereka ni kan kafir. Selagi kafir mereka patut di mertabatkan lebih rendah dari orang Islam. Ini memang ada disebut didalam Quran dimana ianya adalah kalam Allah. Kalau dia masuk Islam, baru lah mereka dinaikkan mertabatnya. Tapi Nik Ajis anggap sebaliknya. Memamg patut sesetengah rakyat panggil dia NaJis.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum dr

    PRK demi PRK di lalaui BN masih ketinggalan,Kenapa? kerana terutama pemimpin UMNO masih tebal dengan tektik suka sabotaj,jika orang mereka tak tercalon.("Biar putih tulang jangan putih mata")itu menjadi moto mereka.

    Tidakkah kita perlu menjadikan UMNO wadah perjuangan demi untuk memertabatkan Ugama,Bangsa dan Negara. Supaya kita orang Melayu tidak dipandang serong oleh bangsa bangsa lain,dan supaya UMNO dihurmati oleh semua bangsa.

    UMNO perlu relevan setiap masa dan setiap keadaan.
    HIDUP ISLAM
    HIDUP MELAYU
    HIDUP UMNO
    Kini dan selamanya

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum dr

    Tidakkah tangan yg memberi itu lebih baik dari tangan yg menerima?.

    Tanyakan apakah sumbangan anda kepada Negara?.

    ReplyDelete
  31. datuk

    Saya baca semua komen, 99% cakap tak guna otak.
    Kalau nak sokong Pakatan pun sokonglah...beritahu dan banding apa yang Pakatan buat terbaik untuk rakyat bukannya melihat buruk UMNO dengan 'baik' DAP.

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. satu soalan

    boleh tak saya cakap muyidin yassin cuba merasuah penduudk manik urai...kalau undi umno..dapat jambatan..

    dato seri boleh komen x?
    apa pendapat dato seri tentang kenyataan TPM?
    kenapa SPRM x menyiasat?
    kenapa SPRM x menyiasat khairy dan Ali rustam..
    yang dah terang lagi bersuluh rasuah..

    politik wang dan rasuah ada beza ke?

    ReplyDelete
  33. Ya, memang betul giliran orang melayu untuk menyampaikan.

    Giliran orang melayu untuk menyampaikan bahawa mereka sudah muak dengan rasuah dan sistem korup BN UMNO yang memang sudah terbukti dalam skandal PKFZ. Wang rakyat dan pembayar cukar berbilion telah dibazirkan oleh parti BN dan UMNO.

    Giliran orang melayu untuk menyampaikan bahawa kerajaan patut cepat memansuhkan akta drakonian ISA.

    Giliran orang melayu untuk menyampaikan bahawa mereka mahu tahu bagaiman Teoh Beng Hock mati

    Giliran orang melayu untuk menyampaikan bahawa mereka mahu sistem perundangan dan kehakiman negara dipulihkan.

    Giliran orang melayu untuk menyampaikan bahawa mereka mahu tahu disebalik kisah siapa yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap pembunuhan Althantuya. Melayu mahu ikan besar ditangkap dan bukannya anak ikan saja

    Giliran melayu mahu mahu menyampaikan bahawa mereka sudah muak dan nak muntah dengan berita berat sebelah yang keterlaluan membodek kerajaan dan memberikan informasi yang menyeleweng dari kebenaran

    Giliran melayu untuk menyampaikan bahawa mereka mahu tahu bagaiman proses pembelian eurocopter dan kapal selam scorpene dijalankan.

    Giliran melayu menyampaikan bahawa UMNO dan BN, dan sistem korupnya bakal menerima padah. Fikir sajalah. Ada berapa banyak pilihanraya kecil sudah dijalankan. Berapa banyak yang BN menang? Bukankah ini suatu petanda bahawa BN dan UMNO memang patut berada dalam keresahan kerana keyakinan rakyat dan orang melayu nampaknya kian terhakis terhadap parti yang sudah memerintah Msia lebih 50 tahun.

    ReplyDelete
  34. Permatang pasir adalah satu permatang yang bagus buat BN untuk menonjolkan diri sebagai jaguh yang tempang. BN memang gah pada nama dan pemimpin nya juga gah dengan gaya kita akan melihat pesta memperagakan kekayaan dan kemewahan kereta merz bintang toyota harier perbagai-bagai lagi akan adalah. itulah tandanya BN telah berjaya menaik taraf kehidupan RAKYAT tapi rupanya yang miskin pun ramai lagi khususnya pahang dan terangganu.80% pengundi kat selangor puas hati dengan kerajaan PR yang telus tak macam dulu nak minta kerja pun kena rokmen itulah BN walaupun saya atas pagar tapi tahu menilai yang baik.

    ReplyDelete
  35. aslkum.w.w.
    DS & semua.
    menjelang ramadhan sudah hampir.
    biasanya sepanjang BN memerintah, anak2 yatim, ibu2 tunggal, org2 tua, fakir miskin & lln,
    mereka akan dapat sedikit sumbangan sebelum menjelang syawal.walau tak banyak, cukup utk menggembirakan mereka menyambut syawal.

    thn ini adalah thn ke2 rakyat selangor bersama mereka yg mengaku adil.
    ADAKAH NASIB ANAK2 YATIM DI KG2, IBU2 TUNGGGAL & LAIN2 TERBELA TAHUN INI?
    ADAKAH NASIB MALANG MENGHANTUI MEREKA SEPERTI TAHUN LALU,

    SAYA SYORKAN,
    DS CUBA GERAKKAN SEPERTI SEBELUM INI.
    SEKURANG2NYA KITA MENDAPAT TEMPAT DIHATI MEREKA.
    MASA TERHAD, BERTINDAK SEGERA,
    bukankah sebelum ini dulu ramai individu2 bersama2 YB menyumbang secara iklas mereka.
    mungkin mereka sedia berkerja sama lagi utk kali ini.

    smga segala keiklasan membawa keberkatan.
    insyallah.

    ReplyDelete
  36. Salam ds,

    Permatang Pasir memang di kenali sebagi kubu kuat parti pembangkang.saya setuju pandangan sekiranya umno tewas,namun saya yakin jurang majoriti akan dapat di kurangkan.ini kerana rakyat dapat melihat perubahan positif 1 malaysia yang di laungkan oleh dato seri najib semenjak beliau mengambil alih tampuk pimpinan negara.parti pembangkang seolah kehilangan idea untuk menimbulkan publisiti.ini di tambah pula dengan pelbagai isu yang timbul antara pas,pkr & dap selepas pru 12.saya cadang kalau pas nak kuasa membela orang islam,jangan lah bergabung di bawah pakatan rakyat,pilihlah umno kerana dato seri najib dah bagi green light tu...jangan jual mahal...

    ReplyDelete
  37. Mengikut firasat..rasanya BN akan kalah..sebb pengundi di Permatang Pasir bukan pengundi atas pagar atau pengundi yang memilih siapa yang terbaik..mereka adalah pengundi tegar PR..
    Fakta yang menarik, satu-satunya calon PAS dlm kerajaan negeri Pulau Pinang..sekurang-kurangnya perlu ada suara PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang bersuara berkaitan agama islam..
    DUN PKR yang masih tidak mampu untuk bersuara di Pulau Pinang..

    ReplyDelete
  38. Salam semua.
    Saya anak jati Sekinchan.
    Seronok saya baca komen2 dari pelawat blog DSKT ni. Dan utk pengetahuan semua, juga selalu melawat blog2 lain tak kira ianya proBN mahupun yg proPR. Saya juga membaca Harakah dan Beita Harian. Dari sini dan dgn apa yg berlaku kat Malaysia skrg, sy akan mengundi BN.

    ReplyDelete
  39. alangkah nikmatnya kalau pilihanraya 2 tahun sekali.

    ReplyDelete
  40. Dato', belum apa-apa dengar cerita calon BN pernah ada problem dengan Bar Council. Berita dalam akhbar yang tertera tajuk Peguam lawan Peniaga sepatutnya diubah BEKAS PEGUAM lawan Peniaga....

    Dah takde calon lain ke yang BN boleh ketengahkan...???? Ini merupakan 'bullet' or 'punching bag' bagi pihak lawan....

    Err.... tak nak bawa topik pembangunan ke kat Permatang Pasir ni... declare anak angkat ke, ADUN angkat ke, Mak or Bapak Angkat ke..????

    ReplyDelete
  41. I answer KJ Mouthpiece, Malaysian Insider's questions who is a traitor...

    read it here
    http://marahku.blogspot.com/2009/08/questions-i-want-to-answer-just-who-is.html

    ReplyDelete
  42. “Tangkap seladang, pulas tanduknya”
    ===================================

    PEPATAH Inggeris, Take The Bull By The Horns atau “tangkap seladang, pulas tanduknya” adalah luahan amanat Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pertemuan dengan pemimpin- pemimpin pelajar Australia dan New Zealand di Perth, baru-baru ini.

    Sememangnya kita sudah mempunyai jawapan kepada semua isu negara dan segala permasalahan rakyat.

    Oleh itu, kita sepatutnya berani berdepan dan menangani pihak-pihak yang memutar- belitkan fakta dan mengelirukan pemikiran rakyat.

    Tidak kita nafikan, rakyat yang tidak mempunyai “mata hati yang tajam” adalah mangsa mudah untuk dikelirukan oleh pakatan pembangkang dengan ‘kisah-kisah rekaan’ demi mengalih perhatian masyarakat daripada ‘kisah sebenar’ mengenai kegagalan dan kelemahan kepimpinan mereka.

    Selain daripada kelompok ini, golongan sasaran kedua adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk diperhambakan dan dijadikan ‘tunggangan’ untuk memporak-perandakan keharmonian negara dengan hanya upah tidak seberapa.

    Jentera kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya terus-terusan bergerak dalam saf yang lebih tersusun untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa semua hujah yang dilemparkan oleh gabungan parti pembangkang adalah dakyah, karut dan fitnah semata-mata.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

    ReplyDelete
  43. Rencah kehidupan...apa jua yg dibuat akn ada saja yg disanggah...mcm di negara jiran..siapa saja yg berkuasa akn ditidakkan sumbangannya.Lumrah manusia yg tak pernah rasa cukop melainkan keuntungan itu berpihak padanya.

    ReplyDelete
  44. Pada pendapat saya Dato Seri, UMNO pada atas namanye atau pada dasar partinya tidak bersalah. Yang membuatkan UMNO ini menjadi buruk dan di tolak adalah kerana kebanyakkan ahli²nya.

    Parti UMNO dan Barisan Nasional tidak salah langsung pun. Tapi pengemudinya yang banyak telah tersilap langkah.

    Pada hal Pakatan Rakyat takde modal banyak sangat pun. Semua modal mereka ialah rasuah jer. Tu pun yang terbabit dengan rasuah sudah tidak berkuasa.

    Pada pendapat saya UMNO ini harus dibersihkan. Tolak yang kotor tu semua masuk PKR. Amik yang baru dan bersih. Ini termasuklah yang cerdik pandai dan tak beberapa pandai dalam politik juga. Masukkan darah baru..yang penting rajin berkerja, beragama,berhati pejuang,ikhlas keseluruhan dan suci hati.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum dr

    Saudara rogon..
    Tak perlulah kita tolak mereka masuk PKR,kita kena tarbiahkan mereka, supaya mereka menjadi manusia beriman dan takwa kepada Allah.

    ReplyDelete
  46. Salam DS Khir,

    1. Perbalahan politik di Selangor nampaknya tiada penghujung, masing2 nak tunjuk siapa sebenarnya hero rakyat. Berbalas tembak menggunakan pelbagai senjata, ada yg ampuh dan ada yg tidak, malah ada yg tembak curi...Banyak sangat tembak-menembak berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini.....

    2. Setiap tindak-tanduk pemimpin2 politik sentiasa diperhati/dipantau oleh rakyat dari masa ke semasa. Siapa sebenarnya boss? Rakyat kah atau pemimpin politik kah? Boss yg sebenar adalah rakyat kerana rakyatlah yg memilih pemimpin dan diamanahkan untuk mentadbir negeri, menyelesaikan permasalahan rakyat dsbnya.

    3. Kalau gitu pemimpin politik adalah kuli (pekerja) kpd rakyat? Jawapannya YA!! KPI pemimpin sentiasa di 'update' oleh rakyat. Bila pula KPI akan dipamirkan oleh rakyat?? Emm..sebenarnya KPI pemimpin telah beberapa kali dipamirkan 8X pilihanraya kecil..Tak lama lagi KPI yg ke-9 Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang akan persembahkan kepada pemimpin2 politik..

    4. Perbuatan mengarak kepala lembu yg masih berdarah dan dipijak2 adalah perbuatan yg salah disisi Islam atas apa alasanpun samada tersurat atau tersirat ;utk menghina Agama Hindu ataupun untuk menunjukkan kerajaan Selangor sekarang ini bodoh macam lembu dsbnya..Daging lembu yg dimakan oleh umat Islam seluruh dunia yg dijadikan daging korban, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dsbnya telah dihina demikian rupa oleh orang-orang yg mengaku dirinya Islam.

    4. Peristiwa tersebut telah diburukkan lagi dengan kehadiran beberapa pemimpin politik yg memberi alasan samada "tak tahu menahu", "kebetulan" dll alasan ditambah pula polis gagal mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan. Komen beberapa pemimpin politik termasuk menteri telah mengeruhkan keadaan seolah2 kelakuan penduduk2 tersebut betul..Sebab itu saya selalu katakan kepada kawan2 bukan Islam kalau nak tengok Islam yg sebenar JANGAN tengok apa yg org Melayu buat tapi kena isi Al-Quran...itulah ISLAM yg sebenar!!!

    5. Pertembungan antara parti-parti politik sekarang ini telah banyak membebankan rakyat terutamanya dalam suasana kelembapan ekonomi, kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kejatuhan harga getah, pengangguran, H1N1 dll

    6. Kalau nak cakap pasal perlaksanaan ISLAM lagi kelam kabut...ada politik wang, ada rasuah politik, ada komisen, ada arak lesen, ada arak tak berlesen, ada beer, ada judi berlesen, ada judi tak berlesen...malah dalam harian Metro pun dah ada iklan judi langsung tak hormat pada org2 Islam, org2 berpuasa, bulan ramadhan yg mulia.

    7. walau apa pun PRU-13 nanti akan menjadi penentu corak politik Malaysia; dan ketika itu KPI sebenar akan diterjemahkan. Rakyat sebenarnya adalah hakim yg terbaik untuk menilai pemimpin masing2, jadi pemimpin2 tak boleh mendabik dada dialah yg terbaik, hero kpd rakyat...

    Wallahhu a'lam

    ReplyDelete
  47. Kepada ShasaBaker,

    Klu pasal kampong berembang tu memang saya tau sangat, sebab kakak saya tinggal kat situ. Surau tu kena roboh sebab penduduk yang tak pindah dok berlindung dlm surau. Spt yang DS ckp memang semua yang pindah dapat pampasan, walaupun bkn semua yang duduk kat situ org miskin. Sebenarnya mereka duduk kat situ sbb tak nak bayar sewa rumah. Yang ada rumah lain pun ada tp disewakan lah. Nak duduk rumah free bila suroh pindah mintak macam2. Lagi nak cite masa time ni lah Azmin Ali dan kuncu2 nyer dating provoke org kampong supaya jgn pindah. Org2 PR nie datang bawak bekalan makanan dan mcm lagi bagi kat orang kampong. ShasaBaker you tak payah citer klu tentang kg berembang, saya pun tak setuju walaupun terlibat ni kakak saya. Cuba you cek orang kampong buah pala dapat aper dari kerajaan negeri.

    ReplyDelete