Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, August 26, 2009

Rakyat Didahulukan (III): Menyelesaikan Dilema SRJK, SAR Dan Sekolah Luar Bandar

1. Keadaan ekonomi negara yang kurang baik pada hari ini menyebabkan banyak institusi yang bergantung kepada derma dan sumbangan kewangan korporat menghadapi masalah kewangan yang serius.

2. Antara yang teruk berhadapan dengan situasi ini ialah sekolah-sekolah bukan kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat (SAR). Prasarana kebanyakan SRJKT dan SAR amat daif dan sesetengahnya tidak sesuai menjadi tempat pembelajaran awal anak-anak kita.

3. Sungguhpun sekolah-sekolah ini mendapat bantuan dan geran kerajaan namun banyak infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah ini disediakan sendiri oleh Lembaga Pengelola. Lembaga Pengelola terpaksa mencari dana dan sumbangan korporat dan orang ramai bagi memberi keselesaan yang lebih baik.

4. Antara keempat-empat jenis sekolah ini, SRJK Cina merupakan sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK Tamil, SRA dan SMA. Keadaan ini disebabkan status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum Cina membolehkan mereka menyumbang lebih banyak kepada komuniti.

5. Namun dalam keadaan ekonomi hari ini SJKC juga berhadapan dengan masalah kewangan. Sumbangan dan dana swasta makin menyusut. Jika SJKC bermasalah maka sekolah-sekolah lain tentulah menghadapi masalah yang lebih serius.

6. Keadaan sekolah-sekolah ini yang dianggap kurang sempurna sebelum ini mungkin akan menjadi status daif dalam masa beberapa tahun akan datang.

7. Justeru adalah penting untuk Menteri Pelajaran yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri merangka satu inisiatif dana kerajaan untuk memperbaiki semua infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah ini tanpa perlu mengambil alih kuasa Lembaga Pengelola sekolah.

8. Memang benar dari semasa kerajaan turut menyediakan peruntukan yang besar dalam membangunkan prasarana sekolah jenis ini. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sejumlah RM100 juta untuk SAR dan RM50 juta pertama bagi SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam pakej rangsangan yang lalu.

9. Pada bulan lalu juga sebanyak RM 4 juta disalurkan untuk pembinaan dewan dan kantin baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee di Puchong. Jika sebuah sekolah sahaja menerima bantuan sebanyak tentulah tidak banyak sekolah yang akan mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ini.

10. Justeru kerajaan perlu memperuntukan satu jumlah kewangan yang besar untuk Dana Pembangunan Prasarana Sekolah Vernakular dalam pembentangan Bajet 2010.

11. Sungguhpun kewujudan sekolah-sekolah ini dilihat tidak selari dengan kehendak satu aliran sekolah untuk rakyat, namun kita harus menerima hakikat bahawa sekolah-sekolah ini juga membantu kerajaan mengurangkan tekanan menyediakan ruang belajar di sekolah kebangsaan yang kian sempit dan sendat dalam setiap kelas.

12. Saya percaya jika semua sekolah ini ditutup, sekolah kebangsaan sendiri akan menghadapi masalah untuk menyediakan ruang kepada pelajar dari aliran ini terutamanya di bandar besar.

13. Justeru walau apa pun persepsi penggubal dasar pendidikan negara, harus diakui tanpa kewujudan sekolah-sekolah ini, kerajaan sendiri akan menghadapi masalah menyediakan ruang dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan.

14. Selain itu, saya berharap satu Dana khusus juga diadakan bagi meningkatkan prasarana sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak yang pada hemat saya sangat daif di kawasan-kawasan pedalamannya.

15. Masih ada sekolah-sekolah kayu yang seumpama bangsal sahaja. Jika kos terlalu tinggi untuk pembinaan bangunan batu mungkin bangunan kayu yang lebih elok atau kontena yang diubah suai menjadi kelas lebih baik untuk keselesaan anak-anak ini.

16. Dana seperti ini tidak memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada negara, namun ia merupakan keperluan orang ramai yang perlu didahulukan oleh kerajaan. Biarlah anak-anak kita di sekolah mana pun dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Sesungguhnya anak-anak yang berilmu akan membangunkan negara ini di masa akan datang.

17. Pendidikan sekolah merupakan pelaburan modal insan yang penting bagi sesebuah negara. Kerana di sinilah kelompok rakyat asas akan didik dan diasuh. Jika kita gagal di sini maka ramailah generasi akan datang akan tercicir kurang ilmu dan menyebabkan sebahagian besar generasi akan datang akan menjadi masalah sosial kepada negara.

Bertanam-tanam dahulu barulah menuai di hari muka.

33 comments:

  1. salam.....

    Dalam menyediakan prasarana pendidikan,
    masih timbul isu kedaifan sekolah-sekolah
    yg Dato' sebut tu...kekadang kita tertanya-tanya,
    sekolah tersebut dianaktirikankah? Walhal
    setiap tahun ada sahaja peruntukan dibuat dan
    bercambah sekolah baru dibina di kaw.bandar dan
    pembangunan perumahan baru.

    Kekadang jika dibandingkan mengikut aliran sekolah...sekolah agama,sekolah tamil lebih
    ketinggalan prasarananya...kenapa hal ini berlaku?

    JIka kemajuan/kemudahan sekolah ini beransur-ansur semakin elok..sekolah lain
    telah 20 tahun lebih maju...jurang semakin
    jauh ketinggalan.Bila pulak nak setara?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Dato' Seri
    saya berpendapat sekolah vernakular tidak patut diberi bantuan oleh kerajaan..sepatutnya didirikan banyak sekolah kebangsaan untuk kebaikan dimasa depan terutamanya dalam isu hubungan kaum..kalaulah Dato' Seri berpendapat isu ruang yg tidak mencukupi,itu bagi saya bukan masalah besar..Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Dato,

    Sekolah yng menggunakan bahasa penghantaran utama selain dari Bahasa Melayu tidak patut di sokong orang kerajaan. Bahasa-bahasa ini elok di jadikan satu subjek di peringkat sekolah menengah. Ujudnya Sekolah Cina dan Tamil akan melemahkan process integrasi rakyat. Di Amerika Syarikat, anak-anak pendatang dari selatan Amerika, Vietnam, Cina, India, dll amat fasih bertutur bahasa English sedangkan ibu-bapa mereka tak boleh bertutur dengan sempurna. Di Indonesia, kaum Cina petah bertutur dengan bahasa Indonesia. Ianya akan mencorak satu bangsa. Cuba bayangkan kalau rakyat Amerika berjalan ke negara lain. Kita akan kenal mereke dengan longat mereka tak kiralah mereke tu kulit putih ke, hitam ke, kuning ke, coklat ke. Sama juga dengan orang Indonesia, sawo matang dan kuning cakap bahasa yang sama. Tapi kalau kita jumpa orang cina Malaysia di London, dia ni orang Singapore ke atau Hong Kist. Cakap Melayu pun tak pandai tapi nak minta renew passport kat Konsulat.

    ReplyDelete
  4. Salam DS,
    Saya bersetuju dgn DS bahawa pendidikan harus diutamakan tak kira mereka dari kaum apapun....Kaum kita iaitu org Melayu tak bersyukur dimana kerajaan sememangnya membantu dgn banyak sekali kepada kita...seperti petikan DS diatas kita boleh tengok kaum cina khususnya selalu dan terus menyumbang derma mereka kepada SJCK cina...Mungkin kerana isu begini sebahagian kaum cina tak berapa sokong kerajaan kerana mereka mencari sumbernya sendiri dan berdikari...Tetapi seperti SJKT Tamil,siapa nak tolong dan juga SAR siapa nak tolong....Untuk pengetahuan saya,golongan cina yg kaya ini jugak tetap menderma wang kepada SJKT dan SAR...ini memang berlaku ditempat saya di Perak....
    Dimanakah Org2 kaya di Umno???Sumbangan mereka diperlukan dan selalunya derma tak seberapa pun nakkan publisiti golongan media untuk melaporkan apa yg mereka lakukan!!!Saya tak nampak sangat sumbangan derma dari ahli2 politik khasnya dari parti kerajaan yg kroninya mendapat mega projek untuk menyumbang lebih banyak kepada dilema sekolah2 tersebut???Tegur saya jika saya salah!!!

    ReplyDelete
  5. SALAM TUAN KHIR..

    PERUNTUKAN PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH
    KERAJAAN?XNAMPAK PUN?

    PERUNTUKAN KERAJAAN XSAMPAI KE PIHAK
    BAWAH...DAH MASUK POKET SIAPA?

    RATA-RATA CIKGU DISEKOLAH TERPAKSA
    MEMINTA BANTUAN INSTITUSI LAIN UTK MEMBANGUNKAN
    INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM...


    BERAPA BYK SEK AGAMA TUAN DAH PASTIKAN
    DPT BANTUAN?

    DI KG.SUNGAI BUAYA..
    TUAN TAHU TAK TERDAPATNYA MAAHAD TAHFIZ DISANA?
    KENAPA BANTUAN XSAMPAI DISANA?

    DI.KUALA KUBU BARU
    TUAN TAHU TAK SEK AGAMA TINGGI KUALA KUBU
    TERPAKSA SEMBAHYANG BWH ATAP SURAU YG BCOCOR
    BERIKUTAN PERUNTUKAN XSAMPAI KEPD SEKOLAH TERSEBUT?

    DI. KG ORG ASLI SG.BULOH
    TUAN TAU X DISANA.. SURAUNYA TIADA BEKALAN ELEKTRIK? SEDANGKAN 5 KM BERDEKATAN DGN HOSPITAL BESAR SG.BULOH...JALAN JUGA TIDAK BERTURAP...

    DI KG.ORG ASLI BUKIT LAGONG..
    TUAN TAHU X...KENAPA BEKALAN ELEKTRIK XSAMPAI KESANA?PADA HAL KAWASANYA BERDEKATAN DGN PEKAN SELAYANG...

    DI KG.ORG ASLI HULU TAMU...
    TUAN TAU X DISANA SURAUNYA MASIH MENUMPANG BANGGUNAN RUMAH KEDAI ORG BUKAN ISLAM...?

    DI. SG.BESAR...
    ADA SATU PERKAMPUNGAN TAHFIZ...
    BETUL2 DITEPI JALAN UTAMA.. K.SEL KE SABAK BERNAM
    SAYA PASTI TUAN KENAL MAAHAD TAHFIZ DI SITU...

    MENGAPA BANTUAN TAK SAMPAI...?
    SEKOLAH2 INI TELAH TUBUH SEJAK ZAMAN PEMERINTAHAN
    TUAN MENJADI MB SELANGOR...

    TUAN SBG BEKAS MENTERI BESAR...
    ADAKAH TUAN SUDAH SAMPAI DITEMPAT2 YG
    SAYA NYATAKAN SPT DIATAS UTK MEMBERI BANTUAN?

    SAYA PASTI TUAN TELAH BYK MEMBANTU
    DALAM PEMBANGGUNAN PENDIDIKAN...
    DAN SAYA TIDAK SALAHKAN TUAN DALAM HAL INI...

    TAPI TUAN SEDAR TAK ORG2 BAWAHAN TUAN
    YG KORUP...PUNCA DUIT KERAJAAN NEGERI YG TUAN
    SEDIAKAN KETIKA MENJADI MENTERI BESAR DULU XSAMPAI KEPADA RAKYAT...

    INI MENUNJUKKAN ORG2 UMNO KWSN TUAN TIDAK BETUL2 MEMBELA NASIB ORG MELAYU ISLAM...

    TUAN BOLEH BERTANYAKAN KPD YB2 UMNO DIKAWSAN SAYA NYATAKAN DI ATAS...ADAKAH MEREKA JUGA SUDAH SAMPAI KE KWSN TERSEBUT?

    ReplyDelete
  6. kesian pendidikan berasaskan islam..dipinggirkan

    sehinggakan murid-murid terpaksa mencari dana dengan cara menjual barang-barang..

    puak-puak DSKT memang takkan bela mereka kerana UMNO begitu bencikan sekolah-sekolah pondok.

    "tak sungguh orang tak kata"

    jika tidak orang tak kata umno tolak islam

    ReplyDelete
  7. maaf ds saya nak melencong sikit bab ni....tak boleh tahan ds....pru13 ni kalau macamnilah saya rasa ds akan jadi pembangkang dalam negara bukannya dalam selangor je....ds akn menang sama macam nik ajis(nik aziz)tapi tukar posisi jadi pembangkang.....dimasa akan datang kuasa diterajui oleh 1malaysia(PKR-MELAYU,CINA,INDIA)...ini akan berlaku dan ia bergantung kepada semangat orang melayu yang ada..jika jati diri dan penyatuan melayu masih tidak boleh disatukan..baik orang umno atau pas...jangan mimpi orang melayu akan mewarisi kuasa yang ada.....pru13 jika umno berkuasa pun mungkin akan ada idea kerajaan campuran antara parti BN dan PR....pas pun cakap lah islam hari2...agaknya kalau umno lingkup tak de kuasa pas pun sama tinggal baju dengan seluar sahaja....dua2 lingkup...mana kita punya titik temu?

    ReplyDelete
  8. isu calon yang lepas di permatang pasir...
    jika nak dicari calon maksum 100% pun setuju memang tak denya semua ada perangai baik dan perangai buruk........

    ujian kepada calon adalah apabila diuji mereka harus menunjukkan abiliti dan kredebiliti bila menghadapi tentangan dan serangan peribadi...

    jika jawapan pun tidak menyakinkan masyarakat dan rakyat bagaimana mereka mahu mengangkat calon sebagai pemimpin mereka.....kena serang pun dah melencong tak berani nak jawap....

    contohnya dari sudut etika....jika kita baca dari pelbagai pihak baik pembangkang atau pemerintah.....isu calon menggunakan duit koperasi untuk memberi pinjam kepada kawan dan akhirnya memakan diri sendiri...bukankah itu menunjukakan ketidak cekapan mentadbir urus wang...wang rakyat telah dianggap semacam wang sendiri...sudahlah kesalahan ini dilakukan oleh calon..dan persoalan adakah beliau telah berjaya untuk meyakinkan pengundinya yang ia akan lebih berani membezakan wang yang boleh digunapakai atau membezakannya.

    isteri pun jadi isu dahlah kawin 2 tak mengaku pulak tu...sampai bapa mertua buat statement pun tak berani nak mengaku...apa masalahnya jika calon mengaku...tak de salahnya tetapi sikap menidakkan apa yang telah dilakukan telah menganggap pengundi yang berfikiran jauh seolah2 bodoh dan boleh digula2kan dengan menidakkan benda yang benar......

    KESIMPULANNYA PERKARA YANG SUDAH TIDAK PERLU DIPENING2KAN KEPALA SANGAT TETAPI YANG MERISAUKAN ADALAH KETIDAK CEKAPAN DAN KETIDAK BERJAYA MEYAKINKAN RAKYAT UNTUK MEMILIH CALAON TERSEBUT KERANA SELALU MENIDAKKAN APA YANG BERLAKU....

    SAYA CADANGAKN SETIAP CALON DARI UMNO JIKA ADA SERANGAN PERIBADI SELEPAS INI DAN PARA GOLONGAN PEMIKIR HARUS MEMIKIRKAN JALAN PENDEKATAN UNTUK MEYAKINKAN CALON SUPAYA MENGINSAFI KEKURANGAN DIRI YANG LEPAS2 DAN BARULAH MELETAKKAN AZAM BARU UNTUK MEMPERBAIKI DIRI DAN MEMBELA NASIB ANAK BANGSA DENGAN LEBIH BAIK DIMASA AKAN DATANG..INILAH PEMIMPIN HARAPAN UNTUK MASA HADAPAN..PEMIMPIN YANG MENGINSAFI DIRI DENGAN KEKURANG DIRI DAN MAMPU UNTUK MEMBERI HARAPAN MASA HADAPAN.......

    ReplyDelete
  9. apa yang menjadi persoalan saya kepada ds mengapakah kepimpinan atasan FIKIRANNYA TIDAK MEMENUHI CITARASA KAMI ATAU...IA HANYA CITARASA SAYA SEORANG..ADAKAH SAYA MINORITI ATAU MAJORITI DALAM HAL INI?...dan mengapa yang menerajui tidak menggunakan kaedah agar calon berubah dengan berani mengambil pendekatan menginsafi kelemahan diri selama ini dan berazam akan berazam memperbaiki diri...(ketika apabila seteru politik memainkan sikit dengan isu peribadi calon dan meletakkan calon dalam keadaan dilema antara keluarga dan masyarakatnya....)jangan menidakkan kerana rakyat pun faham....hal2 manusia maksum ni....antara kartika dan calon lebih baik kartika yang mengaku dan sanggup dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan dirinya dan sebagai pembuka minda kepada yang minum arak selama ni agar berubah......saya tidaklah menyokong dia minum arak tetapi yang saya kagum dan hormati adalah sikapnya yang bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan sikap kartika ini berbeza dengan sikap/attitude yang menidakkan sesuatu yang benar..

    mungkinkan kerana calon takut bini pertama sanggup menidakkan kahwin lagi tapi tak sedar ia mengguris hati insan lain dan menyebabkan pengundi agak tawar hati dengana sikap begini ....dan ia sebenarnya menyerlahkan lagi kepakaran dan strategi seteru politik umno yang telah berjaya untuk meujudkan satu lagi persepsi buruk pada umno yang menyebabkan calon sukar untuk berhujah ibarat ditelan mati mak diluak mati bapak....yang akhirnya satu lagi sogokan minda yang mungkin lebih sedap didengar dan dikatakan sebagai dah takdir..atau satu lagi kunfayakun...

    ReplyDelete
  10. apa2 pun umno perlu berbah dari kesilapan yang lalu dan memperbaikinya insya'allah kita akan mndapat kemnagan yang besar,dan Dato Sri kena banyak bersabar dengan semua ujian,"Salam ramadhan"

    ReplyDelete
  11. Faizal, Sekolah agama rakyat ni banyak sangat dan tak terurus. Sebahagiannya hanya digunakan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan orang tertentu dan menjadi alat parti politik tertentu sahaja.

    Kalau kerajaan mula beri bantuan yang banyak kepada sekolah macam ni... nanti tumbuh bagai cendwan sekolah ni semua nak bantuan. Tu masalah besar. Ini berlainan dengan sekolah cina dan tamil yang dikawal penubuhannya oleh kerajaan.

    Tapi janganlah buat tuduhan sekolah agama rakyat ni tak dapat bantuan kerajaan langung. Jangan jadi munafik saudara. Dalam artikel Dr. Khir ini pun beliau sebut bantuan yang diberikan.

    Malah sejak dahulu ada bantuan untuk SAR ni.

    ReplyDelete
  12. DS,

    Saya sangat tertarik dengan isu yang dibawa ini, terutamanya keprihatin DS terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR).

    Tidak seperti semasa DS memerintah dahulu, SAR bukan sahaja tidak diberi perhatian, malah Surau dan Masjid seolah-olah dicengkam oleh suatu tangan ghaib yang bila-bila masa sahaja boleh mencekik.

    Betul kata bijak pandai pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

    Semoga DS akan terus menyumbangkan idea, dan diharap Pakatan Rakyat akan mengambil teguran @ idea DS untuk mereka menambah baik perkhidmatan mereka.

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Datok Seri

    Saya setuju sangatlah dengan cadangan dealamo, supaya kita semua buka sekolah satu bahasa je. Di Myanmar, Vietnam, Thailand, Philipine, Indonesia, Laos dan Kemboja (Ini semua tempat saya sudah pergi kerja sana la boss).

    Mana ada SRJK(C) atau SRJK(T), semua adalah sama. Depa dah lama dah praktise 1 Myanmar, 1 Vietnam, 1 Indonesia dan semua lah.

    Di Hongkong dan Jepun malah di Shang-Hai dan Beijing pun saya tak pernah jumpa SRJK(C) atau SRJK(T)... betul tak bohong, ini bulan puasa tau, cakap atas Masjid ni.

    Tapi apa pun saya tetap sokong pemimpin yang baik yang sentiasa 'membela' rakyat, bukan pemimpin 'yang baek' sibuk mencari salah pemimpin dahulu dan dahulu dan dahulu dan dahulu serta zaman tok nenek moyang dia dulu.

    Datok Seri, YB Kota Damansara tu cakap je lebih, tapi jalan banyak berlubang sana sini. Tiang lampu banyak yang tumbang, rumput panjang, Kereta banyak yang di pandu laju, budak sekolah ramai yang ponteng, ramai penduduk balik kerja lambat, anak anak terbiar, air banyak di bazirkan buat siram kereta dan siram bunga (mentang mentang kerajaan bagi free). Masjid tiap malam penuh perking tak de. Kedai mamak buka restoran di siang hari. Peniaga Pasar ramadhan bergaduh dengan Penguat kuasa MBPJ. Sampah bersepah tengah jalan dan tepi jalan. Pencuri makin berleluasa, hari raya nanti tengoklah, mesti banyak rumah kena pecah. Longkang pecah, paip pecah, kaca pecah last last sekali ada yang kepala pecah he he he he he.

    Makin ramai Melayu yang suka berdemonstrasi ikut parti - perti kerajaan Negeri Selangor, buang masa rakyat dan kerajaan Selangor sendiri, lebih baik balik rumah baca buku atau baca Quran atau belajar buat bisness unit trust atau insurance atau MLM nanti cepat jadi kaya "ulu kita susah ye bang, sekarang kita dah senang, kereta besar, rumah besar"

    satu keluarga jadi kaya Raya. Lepas tu boleh masuk TV jadi contoh kepada rakyat jelata, bukan asyik cari salah orang lain)

    Kesimpulannya, YB sekarang susah betul nak jumpa, kena tungu PRU14 baru boleh jumpa kot? itu pun kalau dia menang la...

    Nota: Siapa yang ada sakit gout, boleh lah hubungi saya di alidyangon@gmail.com
    "Buat bisness lebih baik dari buat cerita"

    Mana tau kot kot esok esok aku pulak masuk TV
    "Dulu saya susah Dato Seri, merempat di negara orang cari rezeki, sekarang saya dah senang, kereta besar, rumah besar, keluarga pun... besar he he he he"

    ReplyDelete
  14. WMU...KESIAN DEKAT KAU..MERAYU-RAYU..
    PENYOKONG UMNO TAK KAN FAHAM KENAPA PEMIMPIN UMNO TAKKAN BERUBAH SEPERTI YANG MEREKA HARAPKAN..

    AKU NAK TANYA PENYOKONG UMNO..

    1)JIKA PENYOKONG UMNO SANGGUP MENOLAK DUIT/RASUAH SEMASA MENGUNDI MAKA INSYAALAH PEMIMPIN UMNO AKAN BERUBAH.

    2)JIKA PENYOKONG UMNO MEMILIH CALON-CALON PEMIMPIN YANG BERSIH TANPA MENGIRA HABUAN YANG DIBERI OLEH CALON MAKA UMNO AKAN BERSIH DARI PEMIMPIN KORUP DAN PEROMPAK.

    3)JIKA PENYOKONG UMNO MELAPORKAN GEJALA RASUAH PEMIMPIN MEREKA MAKA INSYAALLAH BERSIH LAH UMNO DARI PENYANGAK.

    NAK TULIS BANYAK SANGAT..SENDIRI FIKIR LAH..

    JANGAN SALAHKAN PEMIMPIN SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA RAKYAT YANG MENJULANG PEMIMPIN..

    ReplyDelete
  15. MCA berpecah, PPP pun sama, MIC lagi tak payah cerita, UMNO kat Terengganu pun kacau bilau. Logik la PR jadi lagi kuat. Memang PR tak bagus tapi BN lagi hampas buat masa ni. Dunia ni bulat dan tak semestinya kita akan dibawah selamanya, satu hari akan naik diatas macam PAS. Tak lama lagi Umno akan kuat balik tapi dia kena jadi pembangkang dulu di Malaysia ni baru dia sedar diri.

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum Datok Seri, masih di Mekah ataupun dah balik ke Malaysia? Saya ingin tekankan perkara berikut...Sumbangan kerajaan dan sumbangan UMNO adalah 2 perkara yg berbeza, mcm langit dan bumi. Sebangai contoh nya apabila kerajaan memberi sumbangan kepada sekolah2, itu tidak boleh dianggap sebagai sumbangan UMNO kerana sumber nya adalah dari dana kerajaan dan diperoleh dari cukai yg dikutip dari rakyat.Dan kita kena ingat UMNO dan kerajaan adalh 2 entiti yg berbeza, UNMO sebuat parti politik. Masalah nya terjadi apabila satu parti itu telah lama berkuasa sehingga menganggap kuasa itu sbg hak mereka dan bukan nya amanah dari rakyat. sebab itu lah bila kita tolak UMNO org kata kita xkenang budi kerajaan, ini adalah salah. sama jugak dgn pemimpin UMNO dan pemimpin kerajaan du benda yg berbeza dan tidak boleh dicampur aduk...menyalah gunakan jentera kerajaan untuk kerja2 perti ada lah salah dan tidak beritegriti! yg bagi biasiswa adalah kerajaan dan bukannya UMNO! samalah lah jugak dgn bantuan utk sekolah2 serta kampung2...harap semua org OMNO dan BN faham konsep ini...

    ReplyDelete
  17. Kenapa hitam serta kusut pemikiran faizal. Sekolah agama yg tubuh bak cendawan di selangor kebanyakkannya ditubuh secara peribadi. Maksud sy, ada segelintir lebai kulop pas yg ingin berniaga serta satu jalan mudah utk menterbiah orang ramai adalah melalui sistem pendidikan. Bila kerajaan ingin membantu maka perlulah ada sistem yg lebih teratur sekolah2 ini. Malangnya lebai kulop mempolitikkan isu ini mengatakan kerajaan cuba menghapuskan sekolah agama. Jgnlah kerana terlalu hendak berpolitik maka yg datang dari puak lebai kulop semua elok belaka. Yg salah pihak lain. Tahap apa punya fkiran lebai kulop bernama faizal, inilah taraf pemikiran mereka.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam ramadhan DS. Khir.

    saya rasa kementerian pelajaran perlu mengkaji semula & merombak sek. keb.

    sbb diantara sek.2 jenis kebangsaan,
    & sek.2 rendah agama serta sek.2 kebangsaan.

    bagi kaum2 tertentu kebanyakan mereka bersekolah di sekolah2 jenis kebangsaan mereka.

    akan tetapi.
    bagi masyarakat melayu terdapat 2 sesi persokolahan. iaitu sek. kebangsaan & sek rendah agama rakyat.

    ramai mereka salah faham atau memang tak nak faham tentang peruntukan sek2 jenis keb ini.
    sehingga ada pihak mempolitikan isu ini.

    seandainya pihak kementerian mengkaji semula system pembelajaran di sek keb & SAR. mungkin sedikit sebanyak anak2 kita ada masa terluang utk mengulang kaji pelajaran

    ReplyDelete
  20. salam ..

    azrul..cakap tak guna akal..ilmu dikatakan buat berniaga..kalau macam tu..sekolah pondok dah jadi macam lim kok wing ataupun segi kolej(rakan baik DSKT)..

    bila sekolah pondok je,kepentingan politik..sebab tu laa ramai melayu tak reti alif ba ta..tak reti alif ba ta maka tak faham lerr al-quran..bila tak faham al-quran maka tak minat lerr dengan islam..bila tak faham islam mula laaa merapu tak tentu pasal macam kejadian di sek23 tuu

    ReplyDelete
  21. Kepada Faizal,

    Inilah contohnya penyokong PR yang bengap. Satu perkataan yang dia tahu ialah RASUAH. Dalam kepada hotak dia semua orang Umno ni RASUAH. Kebencian dalam hati dia dah terlalu busuk macam kandang babi yang tak dibasuh setahun. Ingatlah kroni Anwar Ibrahim ramai yang kaya masa dia jadi TPM dulu. Sanak sedara Khalid pun banyak kaya buat bisnes dengan PNB dulu. Adun PAS kat Kelantan pun banyak pakai Mercedes dan dapat kawin dengan pompuan Kemboja cantik. Tapi bila cerai tak nak bayar nafkah.

    ReplyDelete
  22. Salam DS,
    Saya berasakan PR tidak lemah malah semakin kuat kerana cara mereka memang secara telus....Mereka menyiarkan konflik antara parti,rasuah dan lain-lain....ini yg para pemuda sekarang nak lihat dgn secara terbuka,kerana para pemuda2 sekarang inginka terbuka informasi apa yg berlaku pada pemimpin kita dan car mereka menyelesaikannya...
    Ramai yg tidak faham jika sesuatu masalah itu disiarkan,malah adalah masanya para pemimpin untuk menyelesaikannya dan ini akan mematangkan lagi antara parti mereka sendiri...DAN BUKANNYA MASALAH DAN PEPECAHAN BERLAKU SEPERTI UMUM ORG YG TAK BERFIKIRAN MATANG AKAN MEMIKIR PERKARA BEGITU....TAPI ORG2 MUDA ATAU PENGUNDI MUDA TAK FIKIR BEGITU!!!INGAT!!!
    Umno dan sekutunya suka mengamalkan politik yg dikatakan informasi tertutup...SEGALA MASALAH BESAR MEREKA SUKA DITUTUP SUPAYA TIADA TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP MEREKA...DAN CARA INI ADALAH TIDAK BOLEH PAKAI LAGI...PEMUDA2 SEKARANG LEBIH SUKA INFORMASI TERBUKA DAN MENILAI CARA PEMIMPIN MENYELESAIKANNYA.....!!Renunglah dan fikir kembali strategi DS dgn sekutu2 masing2 untuk mengembalikan zaman gemilang BN....TETAPI PASTI TIADA KORUPSI BERLAKU!!!!

    ReplyDelete
  23. nak kata apa tukar menteri tukar dasar.bila mahathir kata bi dalam math dan sains semua setuju.buat serta merta tak tanya pandangan rakyat.bila nak mansuh banyak alasan dia. mula 2012 pas tu kata 2017. buka tak cukup nak buat.INILAH PERANGAI UMNO DAN BN BIAR MATI ANAK MELAYU ASAL PERUT AKU KENYANG.kpd sdr hayats sound fakta yg anda tulis tu tak betul. kakitangan sar dinaikkan elaun dan pangkat.Gaji penyelia dinaikkan 1500 dan cikgu 1000. peruntukkan utk SAR kerajaan negeri selangor diutamakan... sdr khir betulker selepas balik dari umrah ada kawan sdr tanya macam mana bole rampas selangor ker? sdr kata susah rakyat selangor suka kat pr.kawan tu kata macam mana gan anwar sdr kata nak jumpa kena jumpa ramai2. aura dia tak bole lawan.. sebab aku pernah join demo tolong dia. bila sdr nak jumpa anwar ibrahim dan isi borang keadilan...

    ReplyDelete
  24. wahai saudara saudari tuan puan. nak tengok sikap umno tengoklah u-tube carian "MEMALI". tak payahla nak cakap pasal perpaduan, membela rakyat atau apa-apa pun. inilah wajah sebenar umno..

    ReplyDelete
  25. Salam DS Khir..Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Merdeka..

    Persoalan yang timbul,mcm mana ye yang rakyat di dahulukan kalau kenaikan harga minyak di buat selepas Malaysia meraikan kemerdekaan yg ke 52..Dan hampir menjelang musim perayaan..Kenaikan harga minyak yg di buat pasti beri kesan kepada kenaikan harga barang-barang keperluan..Lagi-lagi menjelang hari raya..

    Jadi adakah itu maksudnya rakyat di dahulukan..Kenapa tidak di tangguhkan dulu kenaikan harga minyak tu ye..

    ReplyDelete
  26. Salam Dato' seri,

    Saya menyangkal sangat bila dikatakan SAR tidak diberi bantuan oleh pihak kerajaan sebab hakikatnya memang ada bantuan yang disalurkan. Cuma orang-orang yang tidak tahu sahaja yang berkata demikian.

    Semua SAR samada yang berada di bawah pentadbiran negeri atau pun swasta, ada diberi SPBT iaitu buku-buku teks. Walaupun dalam bentuk buku teks, bantuan trsebut amat bermakna untuk pelajar mengharungi sistem pendidikan kita.

    Selain dari itu, SAR yang tyerpilih diberi taraf SABK yang merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. bagi sekolah-sekolah SABK ini bukan setakat buku teks sahaja yang diberi tetapi sebahagian guru-guru adalah yang berijazah dan terlatih dan pentadbirannya adalah seperti sekolah-sekolah memengah kabangsaan yang lain.

    Asramanya juga adalah mendapat bantuan kerajaan yang mana pelajar yang menghuni asrama hanya perlu membayar dengan kadar RM1.00 sehari dan bakinya hampir RM7.00 lagi dibantu oleh Kementerian Pelajaran.

    Bantuan yang macam mana lagi yang dikehendaki? Kalau hendakkan kemudahan yang seratus peratus, pindah ke SMK sahajalah.

    ReplyDelete
  27. Salam semua.

    Gemar sungguh saudara kita menggunakan bidalan "TAK SUNGGUH TAK ORANG KATA".

    Mungkin beliau lupa pada pepatah "LIDAH TAK BERTULANG".

    Kerana itulah ada segelintir kita yg begitu mudah percaya dan taksud pada cerita yg didengarnya.

    Pada mereka ingin saya betanya, jika semua cerita adalah benar, knp berita2 di media 'arus perdana' dikatakan dusta?
    Atau sebenarnya hanya HARAKAH sahaja yg membawa cerita benar.

    Suka saya berpesan pada diri saya dan rakan2 sekalian: Firman Allah SWT: Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. [Al-Hujuraat: 6]

    Renungi juga Hadis ini:
    Rasullullah bersabda: Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
    (Hadith riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Kathir)

    Istighfar..!
    "Umno tolak Islam" merupakan tuduhan yg amat berat.

    ReplyDelete
  28. minyak maaf la DSKT melencong sedikt...kenapa kerajaan menaikan harga minyak disaat syawal akan menjelma ni..kata rakyat didahulukan tapi tindakan ini seolah2 membelakang rakyat...pasal sekolah SAR tu...sy setuju ngan AJAB...

    ReplyDelete
  29. Kepada nickname checkmate, awak perlu jadi warga pendidik dan barulah awak tahu terlalu banyak yg kerajaan berikan dlm membangunkan pendidikan di Malaysia.
    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  30. A'kum,

    Dr. Khir kata ".... SRJK Cina merupakan sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK Tamil, SRA dan SMA. Keadaan ini disebabkan status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum Cina membolehkan mereka menyumbang lebih banyak kepada komuniti...."

    Memang betul. Tetapi sebenarnya, orang-orang Melayu pun boleh dapat sekolah2 yg lebih baik kalau pembesar2 dang orang2 kaya Melayu menyumbang dana untuk pendidikan melayu/islam sepertimana org2 dan kmuniti cina buat utk sekolah2 kaum mereka.

    Bukannya tak ada orang2 melayu yg mewah dan kaya, tapi tak ramai dari mereka ini yang sedar peri pentingnya ilmu dan pendidikan. Dan bila duit cukup, organisasi pun insyaallah lebih sistematik...takdelah kita tengok sekolah2 agama persendirian /SAR dalam keadaan daif mcm skrg.

    Misalnya, kalau ada ahli2 parti politik melayu yang guna duit diaorang untuk derma kat sekolah2 kebangsaan/SAR daripada melobi/membeli undi, lebih perkasa sekolah2 kita...saya berani kata kita boleh lawan sekolah2 bangsa lain.

    ReplyDelete
  31. Asalamualaikom Dato Seri.Terlebih saya ingin memohon maaf,Bagi saya apa pun yang di terjemahkan ibarat hampir kita sedang sakaratul maut. ketika itu barulah kita tertanya kenapa pada masa kita kuat,sihat dan ada segalanya kita tidak buat dan pastikan semua perkara di laksanakan sepertimana yang kita perkatakan hari ini setelah kita tidak berdaya.memang benar yang menang bukan menang semua dan yang kalah tidak kalah semua namun hakikat kita sekarang sedang diduga dengan berbagai cabaran yang kita sendiri buat,mohon maaf tidak terlintas ke perasaan dato seri terhadap perkara ini semua.sebagi akar umbi saya akur dengan ketewasan kita di selangor namun lebih pedih lagi kesemua ini adalah kesilapan kita yang patut kita insaf walaupun kita dikatakan lebih hebat ,lebih berilmu daripada pemimipin veteran namun mereka lebih berjaya membentuk dan mempertahan kita daripada pemimipin yang ada sekarang.wasalam-aqball Hj Ishak (Kuala Langat)

    ReplyDelete
  32. Saya rasa pelaburan yg digunakan untuk 1Malaysia F1 team patut digunakan untuk pembangunan sistem pendidikan negara, semua orang tahu F1 antara sukan termahal, jd jgn labur pada yg belum pasti pencapaiannya, jgn hanya nak mengejar gah negara tapi rakyat masih jauh ketinggalan dalam pendidikan ilmu. Disini kita hanya nampak pencapaian diutamakan tapi rakyat diHulukan.

    ReplyDelete