Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, September 15, 2009

Berani Kerana Benar

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara/i sekalian,

1. Semalam saya telah disoal siasat hampir enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)di ibu pejabat mereka di Putrajaya berhubung dengan pembelian dan pengubahsuan rumah saya di Seksyen 7, Shah Alam yang dikatakan di luar kemampuan saya.

2. Saya juga disoal siasat mengenai bayaran tiket penerbangan anak dan orang gaji saya ke luar negara yang dikatakan dibayar oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

3. Selama disoal siasat selama enam jam tersebut saya memberi dokumen dan bukti yang kepada pegawai penyiasat sebagai menyokong keterangan saya. Ini termasuklah resit pembayaran tiket penerbangan yang saya bayar sendiri bukannya PNSB. Dalam isu rumah saya memberi butiran mengenai perjanjian jual beli, laporan penilai hartanah, surat kelulusan pinjaman bank selama 23 tahun dan butiran pendapatan saya yang membolehkan saya membayar pinjaman tersebut sekarang.

4. Saya agak terkejut dengan tindakan Gerakan Anti Korupsi (Gerak) menggesa siasatan ke atas saya diselesaikan segera. Apa yang mereka perjuangkan? Keadilan atau motif politik pihak tertentu? Biarkan SPRM menjalankan siasatan mereka. Telah banyak pemimpin Barisan Nasional termasuk Menteri, Menteri Besar, EXCO, malah Timbalan Perdana Menteri didakwa oleh mereka, namun sehingga kini belum seorang pun pemimpin Pakatan dihadapkan ke Mahkamah biarpun dikatakan ada kes kukuh.

5. Ini bukan kali pertama saya dipanggil ke Putrajaya untuk disiasat atas aduan dan tuduhan kepada saya. Semasa menjadi Menteri Besar dahulu pun saya perlu menjawab soalan-soalan SPRM selama 8-9 jam. Walaupun soalan berulang kali diutarakan saya berpendapat SPRM menjalankan tugas mereka dengan profesional bagi mencari kebenaran kepada setiap tuduhan.

6. Saya juga berharap selepas ini SPRM turut juga memanggil Menteri Besar Selangor dan para EXCO Selangor sekarang menjawab tuduhan-tuduhan ke atas mereka. Janganlah pula kita takut dengan siasatan SPRM sehingga membuat pelbagai peraturan yang di luar bidang kuasa kita hanya untuk menyusahkan siasatan SPRM.

7. Rentetan daripada soal siasat ini terdapat akhbar yang mendakwa saya melarikan diri daripada wartawan. Saya adalah orang yang terbuka kepada wartawan. Seingat saya tidak pernah saya menengking atau memarahi wartawan walaupun banyak kali laporan segelintir mereka kadang-kadang tampak cuba memburukkan saya tanpa asas.

8. Bagi saya wartawan juga manusia seperti kita semua yang tidak lepas daripada kesilapan dan juga perasaan prejudis tertentu. Saya sendiri tidak boleh menggembirakan semua orang, apatah lagi wartawan yang sentiasa mengejar tuntutan dateline.

9. Namun laporan bahawa saya cuba mengelakkan diri dari wartawan ketika keluar dari pejabat SPRM adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah saya ingin menyembunyikan fakta bahawa saya disoal siasat oleh SPRM.

10. Tiada siapa pun yang menghubungi saya untuk mengadakan sidang akhbar di sana bagaimana boleh dikatakan saya melarikan diri? Memang benar saya tidak melalui pintu utama kerana saya tidak mahu terlalu ramai yang memerhati, namun tiada sebab saya mahu mengelakkan wartawan kerana isu ini telah diketahui sejak beberapa hari lalu.

11. Bagi saya soal siasat SPRM bukanlah satu bahan untuk dipolitikkan seperti mana yang dilakukan oleh parti lawan seperti bertongkat, berkerusi roda dan sebagainya bagi menarik simpati. Tidak perlu untuk saya melakukan satu senario pembelaan melalui media mahu pun mewujudkan situasi "trial by media" bagi membersihkan diri saya.

12. Saya juga ingin menafikan laporan akhbar The Star Jumaat lalu bahawa saya akan disiasat berkenaan dengan penyelewengan akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis). Bagaimana saya boleh dituduh menyeleweng akaun Balkis sedangkan saya bukan ahli mahu pun pemegang amanah badan tersebut?

13. Malahan soal siasat semalam juga jelas membuktikan bahawa ia tiada kena mengena dengan akaun Balkis. Saya telah menghantar surat guaman menuntut permohonan maaf dari The Star dan memaklumkan tindakan undang-undang saman malu sebanyak RM 10 juta akan dibuat.

14. Hari ini The Star mengulangi kenyataan yang sama. Jika Jumaat lalu mungkin salah faham kerana soal siasat belum berlangsung. Namun hari ini ia masih membuat tuduhan yang sama.

15. Apa motif akhbar ini? Saya tidak peduli jika The Star cuba mensensasikan dan memburukkan saya. Namun janganlah sampai memutar belitkan fakta sehinggakan apabila dibetulkan pun masih mahu menegak benang basah.

39 comments:

  1. Salam DS,
    Saya tidak terkejut yg DS dipanggil untuk siasatan kes rasuah DS.Perkara ini sememangnya telah dijangka dan DS pun sendiri telah memberi kerjasama kepada SPRM...
    Saya dapat merasakan perasaan DS yg ketika ini cuba mencari siapa yg mengesa siasatan ini dijalankan dan GERAKAN hanya mengesa agar siasatan dijalankan supaya kita dapat mengetahui DS sememangnya BERSIH...!!!KALAU TAK SALAH,APA SALAHNYA DISIASAT OLEH SPRM..(Ini pun telah dilaungkan oleh DS sendiri semasa penyiasatan SPRM keatas pihak pembangkanag).....
    Masa akan menentukan segalanya dan BENAR adalah di pihak yg bersih dan amanah....Tiada apa sebab apa yg GERAKAN cuba memperjuangkan melainkan pemimpin kita jauhi dari rasuah...!!!
    Sekian

    1MALAYSIA
    RAKYAT DIDAHULUKAN
    PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

    ReplyDelete
  2. SALAM DSKT,
    SAYA MEMANG MELUAT SANGAT DENGAN PIHAK YANG SUKA MENUDUH,MEMBUAT FITNAH NI...DIA TAK FIKIR LANGSUNG KAT MANGSA YANG DI FITNAH...YANG DIA TAHU,KEUNTUNGAN POLITIK....INSAFLAH WAHAI YANG BERKOPIAH,BERKERIS,BERKOT...TAK KIRALAH DIPIHAK MANA ANDA,JANGANLAH SUKA MENABUR FITNAH...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dato' Seri. sayapun dah mula muak dan give-up dengan perangai para pemimpin pembangkang di Malaysia. Mereka hanya akan terima kalau sesuatu tindakan ataupun siasatan SPRM tu terjadi kepada pemimin UMNO sahaja. Kalau SPRM nak siasat pemimpin PKR (pembangkang) maka mereka akan tuduh yang SPRM digunakan oleh UMNO untuk jatuhkan mereka. dalam kes YB. Dato' Seri ni, saya nak tanya juga pembangkang ni, bukankah Negeri Selangor ni diperintah oleh Pakatan Rakyat.? Jadi, sayapun boleh buat tuduhan dan andaian bahawa kes siasatan YB. Dato' Seri oleh SPRM ni adalah angkara jahat dan perancangan busuk MenteriBesar selangor Pakatan Rakyat. Mungkin sah dan mungkin benar juga bahawa SPRM ini dah jadi alat kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk jatuhkan dato' Seri. Saya pun nak buat tuduhan di sini bahawa Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah memperalatkan SPRM.

    Satu lagi, depa pemimpin pembangkang ni bila kena bicara di mahkamah maka mereka hanya akan terima keputusan hakim jika ianya memihak kepada mereka.Jika hakim menjatuhkan hukuman yang menyebelahi kebenaran di pihak UMNO/BN maka mereka akan tuduh bahawa hakim ni dah digunakan serta diperalatkan oleh UMNO. jadi, undang-undang di negara ini hanya boleh dikuatkuasakan kepada pemimpin UMNO/BN sahaja. Jika terkena pada batang hidung mereka maka undang-undang ini dikatakan zalim.

    Saya rasa inilah kaedah dan juga jawapan yang akan mereka gunakan nanti ketika menjawab soalan mungkar nakir di dalam kubur.kalau mereka tak boleh jawab, maka mereka akan menyalahkan UMNO dan menuduh bahawa mungkar nakir bersubahat dengan UMNO untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka di dalam kubur. Wallahu a'klam.

    ReplyDelete
  4. Salam Dato' Seri...
    Semoga DS tabah menghadapi segala mehna dan tribulasi...Insyaallah, dgn ketabahan dan kesabaran DS akan terserlah kebenaran akhirnya...

    wallahualam..
    www.rantauanakdesa.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. the star makin melampau..tuduhan mereka terhadapdato' tak masuk akal..

    ReplyDelete
  6. Salam boss

    Kesian Dato' Seri kena kutuk + fitnah + orang dengki + orang tak suka + orang gila kuasa

    Tak tau nak komen la

    cuma nak tau SPRM tu garang tak semasa interview tu?

    Reporter The Star tu pun macam bagus je

    macam pandai sangat ariff sangat konon

    Suruh masuk bertanding jadi Menteri baru tau

    Langit tu tingi ke rendah

    Cakap tulis semua orang boleh

    Budak kecik baru grad pun sibuk cerita pasal politik orang tu tak betul yang ni tak betul

    tapi

    bila suruh buat kerja berlaku jujur periksa nombor satu

    anak anak berjaya ke university dan menjadi

    Pengarah dan masuk TV

    belum tentu

    Sibuk orang lain buat rumah besar

    Rumah sendiri nak ganti lantai bocor sampai ke bawah meresap sampai keluar celah lampu kat dapur tingkat bawah tak berganti...

    Sibuk pasal mana orang lain dapat duit sebulan 20ribu nak bayar duit loan bank, kereta sendiri tiap tiap bulan orang Bank call tanya bila nak bayar srbab asyik lewat... eksos bocor bising macam motorbot jat Bagan haram tak repair...dia punya claim tugasan luar pun hari hari tanya bila nak dapat...

    Orang lain ambik gambar sekali dua guna compaq digital camera harga tak sampai 2 ribu ringgit terus menang hadiah peraduan photoghrapy International

    dia siap ambik cuti pergi "Home Stay" kat Parit Satu, Sungai Sireh ambik gambar sana sini upah budak orang kampung anak dara senyum sumbing meluat letih balik bilik resort sibuk guna Adobe photoshop nak kasi clear gambar pastu cakap MB kerajaan dulu tak bagi kemajuan kat kampung Home Stay yang dia duduk...

    Menyibuk hal orang, alasannya mencari berita

    Hari hari duduk depan bangunan SPRM macam TONTO pantang nampak orang terkenal kat Malaysia macam artis artis hiburan atau artis artis politik macam... tak perlulah saya sebutkan di sini, menyebuk tanya itu dan ini bila orang tu tak nak jawab no komen tunggu keputusan mahkamah atau SPRM hati bengang sebab tak boleh naktulis berita nanti balik offics cerita pendek macam awal dia editor marah segala boss marah pastu gaji kena potong padan muka...

    nak berhenti kerja The Star kelulusan setakat Ijazah je sekarang ni memang susah nak dapat kerja baru kecuali jadi balaci artis politik.. takut pulak nanti tak boleh bayar loan bank yang tiap awal bulan mengaum bila nak buat payment...

    Memburukkan orang lain, alasannya fakta

    Orang punya suka la nak ikut pintu belakang ke

    Nak ikut pintu depan ke

    Nak ikut tingkap jadi 'Superman' ke...macam si Ah Boon... malang dia lupa bawa spender ajaib yang selalu di pakai oleh Superman...
    khabarnya dia bukan nak lari dari SPRM tapi dari wartawan yang menyibuk hal orang tak tentu pasal

    Nak keluar tahun depan ke

    Sibuk je kan...

    Wartawan dengan lawyer sama je Dato seri...

    Banyak cakap tapi fikir sikit...

    suruh kira 12,345 X 756 kuasa 3 dalam masa satu minit pun tak tau jawab...

    Blogger yang mengaku jadi penganalisa politik dan pemerhati artis artis politik pun sama juga aku tengok...

    Itulah reporter The Star yang saya kenali...

    Degil, sombong, keras kepala, belagak pandai walaupun tak de Master Degree macam aku...

    (kena declare ni Datok Seri, sebab aku susah susah belajar tak de orang yang canangkan, hari tu ada blogger yang kutuk cakap aku ni Anak Melayu yang tak Maju, mungkin kurang maju sebab cuma dibyar USD12ribu sebulan di luar negara) so masuk bakul angkat sendiri laa...maaf ye Boss he he he) lepas tu curi idea orang lain buat cerita...

    he he he he he

    Agak agaknya kurang tak pahala puasa saya ni...

    merapu + mengata orang + menghina orang

    Selamat berbuka dan bertarawikh

    Kalau ada Open house nanti jangan lupa jemput saya ye Boss... saya sanggup turun dari Yangon semata mata nak FREE he he he he

    Lagi Satu, kalau dapat duit saman The Star RM10JUta tu, buat kenduri lagi... biar dengki lagi The Star tu...

    ReplyDelete
  7. "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh juga ke tanah"

    "Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan
    melihat balasannya"(SURAH AZ-ZALZALAH ayat 8)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  8. wslm.w.w.
    DS & semua.
    alhamdulillah,
    smga dengan berkat ketabahan & kebenaran DS akan membuahkan kejayaan.

    ReplyDelete
  9. salam.....

    TAK PERNAH BERLAKULAH PEMIMPIN UMNO/BN
    BILA DISERBU ATAU DIPANGGIL SPRM BUAT
    LAWYER BURUK ATAU BUAT BURUK PERANGAI...
    LAINLAH MACAM PEMIMPIN PEMBANGKANG....
    PEGUAM JER KELILING PINGGANG,PEGAWAI SPRM
    PERGI MENYEMBAH KAT PEJ.SUK JER BOLEH,
    BUAT OFFICE HOUR JER..LEBIH TERUK
    KONON BENGKAK ATAU LECET KAKI LALU
    BERKERUSI RODA ATAU BERTONGKAT...

    LEBIH BURUK LAGI SALAHKAN ORANG LAIN
    ATAU SPRM KONON TAK TELUS....JADINYA
    WALAU ADA KES KEATAS PEMIMPIN PEMBANGKANG
    SIASATAN DAN PENDAKWAAN TERSEKAT ATAU DISEKAT...

    ReplyDelete
  10. salam ds...

    apa lagi yang boleh diucap..hanya kalimah SABARLAH dalam menempuhi ujian dari ALLAH S.W.T

    ia adalah ujian kepada ds...tuhan uji kerana ds adalah salah seorang pemimpin harapan bangsa dan agama kita yang ada....ramai bloggers dan rakyat sentiasa bersama ds dalam memberi semangat dan sokongan..

    semua bloggers...sebenarnya memberi sokongan...saya yakin ...insyaallah...teruskan perjuangan ds..salam

    ReplyDelete
  11. siasatan ke atas saudara hanya dilakukan selepas imej MACC sudah tercalar kerana jelas menjadi alat kepada Umno. Jadi untuk menunjukkan mereka adil, mereka menyisat saudara pula. kalau tiada kematian Teoh, tiada penyiasatan ke atas saudara. Siasatan ini pun bertujuan untuk membersihkan nama saudara. Ini berbeza dengan siasatan ke atas para pemimpin Pakatan yang bertujuan mencari kesalahan mereka.

    ReplyDelete
  12. Siasatan ke atas ahli politik Umno ialah bertujuan untuk membersihkan nama mereka. Siasatan ke atas ahli politik Pakatan ialah bertujuan mencari kesalahan dan mendakwa mereka. Ia tidak sama. Takkan Datuk tak biasa dengar "selective prosecution". Kalau Google perkataan tersebut, akan keluar ratusan website dari Malaysia.

    ReplyDelete
  13. amat menghairankan, ditengah keributan dan keluhan sekelian manusia tentang banyaknya amalan rasuah, tiba2 tiada siapa yg bersalah...memang anda dan kawan2 sentiasa bersiiih sangat.

    ReplyDelete
  14. Alidyangon ckp ada master n degree tapi cara tulisan macam budak x lulus pmr cakap berdegar-degar tapi habuk pun tarak isi.Semakin tinggi kita semakin kita tunduk ikut resmi padi kata orang Melayu..jangan rupa je Melayu tapi perangai mcm...tak perlu membangga diri..itu bukan sifat orang yang berjaya..

    ReplyDelete
  15. Salam Dato' Seri...
    Seperti mana yang Dato' Seri Perjelaskan semasa perjumpaan dengan Dato' Seri di meja bulat hingga ke jam 12 hari sabtu malam kelmarin memberi peluang buat kami dan rakan-rakan yang lain mendapat penjelasan sebenar dari mulut dato seri tentang tugas dato seri semasa menjawat jawatan sebagak seorang Menteri Besar Selangor pada penggal yang lalu,dasar-dasar dato seri, serta perjuangan dato Seri yang sebenar.

    Saya dan rakan-rakan yang lain amat berpuas hati dan amat memahami penjelasan dan sentiasa berada di sisi dato' seri walaupun ketika dato' seri bukan menjadi YAB Menteri Besar Negeri Selangor.

    Sudah terang lagi bersuluh, puak pembangkang dari Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, sememangnye tidak akan pernah berpuas hati dan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan nama baik dato seri sampai bila2. Tidak mustahil ada juga rakan dalam parti sendiri yang bersikap seperti musang berbulu ayam yang akan sentiasa mecari aib dato seri untuk kepentingan peribadi mereka.

    Dato' Seri,
    Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran. Yang hak akan tetap menjadi hak dan insya-Allah kemenangan akan sentiasa menjadi hak milik dato seri mengatasi yang batil.Saya dan rakan-rakan yang lain akan membantu dato' seri menawan kembali Negeri Selangor yang dicintai ini dari Tangan Pakatan Rakyat di PRU yang akan datang, insya-Allah

    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat dato' seri, dan insya-Allah saya dan rakan-rakan yang lain akan berkunjung ke rumah dato seri lepas raya nanti.

    ReplyDelete
  16. DSAI ialah ibu segala rasuah semasa menjadi Menteri Kewangan hingga Azmin Ali dapat membeli rumah banglo di Titiwangsa berpuluh juta sedangkan gajinya adalah tak sampai 10 ribu. Nak punggut harta sanggup biar Shamsidar melakukan maksiat bersama dengan DSAI di Bangsar. Tak percaya tanyalah Nalla!!!

    ReplyDelete
  17. Salam DSKT,
    Memang betul cakap Dato' Seri tu, buat apa kita nak takut, kalau kita berada dipihak yang benar.
    Apa lagi SPRM, soal la MB Selangor n EXCO2nya. apa macam, berani tak?

    kepada The Star tu DSKT, saman je la. Boleh duitnya tu kita bagi kat orang susah yang ada dalam bahagian kita ni. Semoga DSKT dimurahkan rezeki.

    Kepada semua rakan2 blogers, SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  18. Hidup Umno!!!
    1 Malaysia!!!
    1 Umno!!!
    1 Khir!!!!

    ReplyDelete
  19. salam semua..ada gak baca kat internet anggaran rumah tu harganya 20 juta betul ke?
    Dato ada cakap bayaran balik 23tahun kalau dikira2:
    20juta/23 tahun/12 bulan = 72k sebulan..
    banyaknye..

    ReplyDelete
  20. si ricky kalau menulis bukan main lagi ko ek? ko pegawai kerajaan ke? setakat dapat cerita dari kedai mamak sahaja tidak perlulah nak mengada ngada la tunjuk bagus. zaman sekarang buakan zaman banyak cakap tetapi adalah zaman buat, buktikan, tunjukan kejayaaan.tulis besar besar macam la Datuo' Seri tu rabun sangat. kalau berani update anda punya profile. Pengecut berani tulis berani tonjolkan diri anda. BACUL!

    ReplyDelete
  21. Dr Khir


    1. Yang penting DRKT dah beri kerjasama,kalau tak salah takde apa yang perlu dikhuatirkan. Yang hak (Dr Khir) pasti akan tertegak, dan yang bathil (PR Selangor) pasti tumbang jua akhirnya.

    2. The Star memang akhbar tak boleh pakai, sama la dengan Sin Chew-ing gum, China Pres-sure, Suara Ketidak Keadilan dan Haram-kah? Memang ini lah masanya mereka tibai DRKT cukup-cukup, dah peluang depan mata, apa yang penting menanam sikap prejudis terhadap pemimpin UMNO/BN di kalangan rakyat umumnya.

    3. Satu lagi, apa komen DRKT tentang usaha DAP menarik dan membuka penyertaan orang Melayu dalam DAP? Wah ini nampak macam ada udang di sebalik batu je. Besar hajat mereka tu? PAS pulak sokong cadangan tersebut, saya tak pasti la PAS ini sedar atau tidak permainan DAP ni..Tahniah lah PAS..

    4. 2 Minggu lepas (kalau tak silap)saya ada baca akhbar Suara Ketidak Adilan, mereka mencanangkan adanya usaha lompat parti oleh Adun UMNO dan akan membentuk sebuah kerajaan Negeri yang baru dan ditunjangi oleh PAS. Oh ya, kalau mereka buat semuanya boleh dan halal, maklumlah PR kan maksum dan dilindungi oleh Allah.

    5. Apa2 pun Selamat Hari Raya AidilFitri kepada Dr Khir dan kawan-kawan bloggers. Jumpa lagi lepas raya. Dr Khir jangan lupa jemput rumah terbuka raya nanti ye. Wassalam

    ReplyDelete
  22. Y.B Dato' Seri, dah tiba masa nya jgn di lepaskan penyangak2 yg membuat fitnah dan mengadu-domba ni. kalau da terbukti kenyataan mereka salah, maka failkan sahaja saman terhadap mereka ini. kalau tidak sudah tentu mereka ini akan lebih berdendang dengan lagu2 fitnah terhadap pemimpin kita..

    ReplyDelete
  23. Salam, DS Khir

    Saya akui ds memang berani berhadapan dengan sprm walaupun sprm telah digambarkan menggunanakan kekerasan ketika soal-siasat..

    Kes ds telah menjadi perhatian umum ketika ini & ds adalah ahli politik yg paling popular...

    Tuduhan-tuduhan terhadap ds samada benar atau tidak hanya Allah yg mengetahui.Jika ds di pihak yg benar maka Allah SWT akan menimpa azab kpd org2 yg membuat tuduhan palsu...

    Ketika menjadi pemimimpin kalau kita benar-benar berjiwa rakyat kita tidak seharusnya menunjuk/menzahirkan kekayaan kita kepada rakyat..

    Kalau ds seorang businessman & jutawan besar ianya tidak menjadi isu langsung, ds boleh bina rumah sebesar manapun tak kira berapa harganya malah boleh dibina semuanya dari emas...

    Bila menjadi pemimpin rakyat akan mencongak pendapatan seseorang pemimpin setakat mana kekayaan itu boleh diperolehi...

    Apa yg berlaku sekarang pemimpin2 kita berebut2 untuk membina kekayaan yg sangat luar biasa. Lihat saja kekayaan yg dimiliki oleh menteri-menteri besar, ketua2 menteri, menteri2 kabinet, ahli2 parlimen, adun2 malah sehingga peringkat ketua bahagian & cawangan...

    Rakyat akan bertanya "betul ke pemimpin2 ni nak bela rakyat?" atau lain dimulut lain di hati..

    Walau apapun saya berdoa semoga DS berjaya menempuh dugaan dentan tabah & berani...berani kerana benar...

    ReplyDelete
  24. salam DS,
    tahniah kerana DS berjaya menghadapi SPRM. itu dah membuktikan yang DS tak takut dan berani kerana benar. selalunya, bila orang cemburu dan sakit hati dengan kita/pencapaian yang pernah kita buat, mereka akan buat spekulasi yang bukan2 untuk memburuk2kan kita. tindakan2 mereka ni semua tindakan sang pengecut. tak profesional langsung. biarkan mereka rasa dulu bagaimana 'duduk diatas'. kalau kaki2 dah reput nanti, jatuh juga! =)

    ReplyDelete
  25. SALAM dATO SERI
    Saya memang tertarikdgn kenyataan The Star seperti di bawah ni:

    12. Saya juga ingin menafikan laporan akhbar The Star Jumaat lalu bahawa saya akan disiasat berkenaan dengan penyelewengan akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis). Bagaimana saya boleh dituduh menyeleweng akaun Balkis sedangkan saya bukan ahli mahu pun pemegang amanah badan tersebut?

    13. Malahan soal siasat semalam juga jelas membuktikan bahawa ia tiada kena mengena dengan akaun Balkis. Saya telah menghantar surat guaman menuntut permohonan maaf dari The Star dan memaklumkan tindakan undang-undang saman malu sebanyak RM 10 juta akan dibuat.

    memanglah fhe star ni dah ketandusan idea la,yang mana asyik nak menjatuhkan org.cuba la pikir wahai The star,adakah ini berkaitan dgn Dato serri semasa pemerintahannya dahulu.memang jelaslah pihak kamu (tht star) dahketandusan idea.the star pun kalau nak pilih wartawan pilih la yang cerdik pandai sikit tentang isu yang mahu dikeutarakan.Jgn pilih budak yang bodoh dlm erti kata kasar walaupun mahu buat liputan.
    apapun kami walupun berada di pantai timur memang percaya dgn kewibawaan Dato seri untuk menjadikan selangor maju.Pihak PKR hanya menerima apa yang dimajukan selama ini dan asyik menabur fitnah dan tomahan kpd kepimpinan sebelum nie jer.
    pepatah kelate ader menyebut,
    "tok sohor sikit rabut" pemerintahan PKR sekarang.apapun tahniah dan insyaallah selangor akan maju kemali selepas jatuhnyo puok2 PKR dan pemerintahannya yang entah apa2.
    syabas dato seri.
    Tahniah...
    selamat menyamnut Hari Raya Aidilfitri,
    maaf zahir dan batin.
    "Kita mesti Berani"

    ReplyDelete
  26. Dato'Seri, cuba lihat apa yang tertulis dalam akhbar Makkal Ossai. Saya terlihat gambar Dato' Seri, dalam akhbar tersebut. Saya minta seorang petugas Pejabat BN Perak telah menyatakan harga banglo tersebut bernilai RM45j.

    ReplyDelete
  27. salam semua penyokong Datok Seri...
    Apablia saya teliti apa yg dato' seri tulis, seolah-olah kes dato, seri ni dah selesai.. Namun selagi SPRM belum keluar kenyataan dato' seri bersih, buat rumah dengan duit bersih (mengikut pandangan agama), melancong dengan keluarga guna duit bersih selagi itu saya tak percaya org politik seperti dato' bersih.. dato, boleh saja tulis macam-macam di blog untuk raih simpati. hakikatnya Allah yang maha mengetahui.. ingat kita masih ada satu lagi siasatan yang maha telus dan maha terperinci di depan kadhi Rabul Jalil.. ingat ni dato'. Dato' boleh saja tulis macam-macam untuk melihatkan bahawa dato' seorang yang bersih..

    ReplyDelete
  28. salam..
    saya doakan DS MK Toyo tabah dan berani menegakkan keadilan serta berjuang demi agama :bangsa :negara "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"...wasalam

    ReplyDelete
  29. Salam...
    Dr Shamsudin...saya setuju pendapat Dr...memang nampaknya gitulah kijo puak-puak PR(Pecahbelahkan Rakyat)kadang-kadang buat sesuatu tindakan tak guna akal...jangan fanatik sangat kita menyokong...yang benar tetap benar..yang salah tetap salah...ni tidak,kalu yang salah ,kena kat kita,kita keluarkan ayat-ayat yang mengatakan ianya betul...maklumlah,demo MAKSUM?...Demo WARAK? asyik nak salahkan orang lain je....

    ReplyDelete
  30. SPRM buat siasatan atau ajak Dato Seri bersembang. Kompius saya!

    ReplyDelete
  31. Dato Seri

    Nak tumpang ye

    Saudara Li_azmin

    itu cara saya, kalau Dato seri tak suka dia tak publish... tak salah kan.

    Berani kerana benar, kalau nak boleh saja menulis sebagai 'anynomous' macam kebanyakkan orang lain...

    Itulah saya

    Lagipun aku bukan ada kursus penulisan nak tulis macam wartawan, tulisan cantik tapi bukan fakta...

    Jangan marah aaaa

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

    MAAF ZAHIR BATIN

    BERHATI HATI DI JALAN RAYA

    Maaf Dato Seri dan semua... Ampun kerana saya ni giola gila sikit...

    li Azmin...mana profile anda?
    nak saya fax kan saya punya paper ke?

    ReplyDelete
  32. Dato,

    Org Parti Ketidakadilan memang berperangai seperti penyangak matawang Soros. Nilai ringgit teguh dia katanya lemah. Harga rumah tak seberapa orang PR katanya nilai tinggi. Tujuan mereka ni sama, nak cari keuntungan je. Apa jadi lepas tu lantak la. Asalnya mereka dapat untung. Anwarlah pengikut setia Soros. Belajar dari penyangak-penyangak barat. Nampak macam sahih je tuduhan dia orang ni. Kaki putar belit dia belajar dari kaum ular. Kalau nampak ular elok pijak kaum ular ni dulu.

    ReplyDelete
  33. Salam DSK, bagi saya semua pihak berhak membuat andaian dan kesimpulan masing-masing. Saya faham DSK tidak pernah membuat prasangka buruk kepada sesiapa sekali pun kawan atau lawan. Sikap rasional DSK saya sanjung tinggi dan harap rakan-rakan dan penyokong DSK bersama DSK dari segi peribadi dan luahan perasaan.

    Saya walaupun pernah mengenali DSK (tapi sekarang pemerhati dari jauh) terasa terkilan dengan keadaan yang terjadi diakhir-akhir ini yang mana rakyat dan pihak awam tidak menghargai pengorbanan dan jasa yang telah pemimpin korbankan. Mereka seolah-olah hilang 'respact' pada pemimpin yang tidak lagi mentadbir dan mencari kesalahan adalah agenda utama mereka.

    Sayang DSK, saya pernah membayangkan DSK suatu hari nanti menjadi pemimpin tertinggi negara kerana saya pernah mengenali DSK dan pernah mendalami hati budi dan keiklasan DSK sebagai pemimpin.

    DSK will be back! Insya Allah.

    ReplyDelete
  34. Saudara Kulaan,

    memang benar Allah merupakan penentu keadilan sebenar. Biar apa pun keputusan sisatan SPRM saya tetap beranggapan saya bersih daripada rasuah. Saya tahu hukum agama kerana saya juga didik dengan pengetahuan agama sejak kecil.

    Memang benar walaupun kita bebas di dunia belum tentu kita bebas di sisi Allah.

    Cuma apabila saudara menulis tentang kekuasaan Allah saya berharap saudara juga memahami kehendak Islam supaya bersangka baik kepada saudara segama sehinggalah terbukti kejahatannya. Sebaliknya cara saudara menulis jelas tidak sama dengan kehendak Islam yang cuba saudara perjuangkan. saudara bersangka buruk terlebih dahulu.

    Ingatlah firman Allah

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].

    ReplyDelete
  35. Saya tidak akan mengundi lagi PR pada GE 13 nanti.

    ReplyDelete
  36. MALAM INI MALAM KE 29 MARI KITA SOLAT TAHJUD SOLAT HAJAT AGAR MALAYSIA SELAMAT DARI MALAPETAKA DAN BALA SEMOGA NEGARA DAN RAKYAT DALAM KESEJAHTERAAN. AWAS UMNO/BN JANGAN ANGKUH DISELNGOR 70 % KERUSI DUN BERADA DALAM KAWASAN BANDAR DAN JUGA LEMBAH KELANG. PADA PENGAMATAN SAYA SANGAT SETUJU DENGAN PENDAPAT TUN DAIM UMNO HILANG KERANA AHLI NYA TIADA SEMANGAT JUANG DENGAN SEBAB ITU YA DITOLAK OLEH GOLONGAN MUDA. MEMANG SUDAH MENJADI TABIAT PEMIMPIN UMNO SUKA MENUNJUKAN KEKAYAAN DAN KEHEBATAN NYA. PADA PRK BUKIT GANTANG ORANG No 2 PARTI PUN ADA MENIMBULKAN DOSA KERING APAKAH KITA WAJAR MENYATAKAN ADA DOSA KERING ATAU DOSA BASAH KERANA KALAU DOSA TETAP DOSA HANYA TAUBAT DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENGHAPUSKAN SESUATU DOSA.SAYA BERHARAP SEMUA PIHAK INSAF AKAN KEKALUTAN ORANG MELAYU SEKARANG KEBIMBANGAN SAYA DIKAWASAN MAJORITI BAWAH 60% MELAYU TAK AKAN MENANG KECUALI MELAYU ITU MENGGUNAKAN LAMBANG PR CUBALAH FIKIRKAN 36 BULAN DARI SEKARANG PRU 13 AKAN BERLANGSUNG YANG PASTI KALAU DSKT BERTANDING DISUNGAI PANJANG DSKT AKAN KALAH KALAU TAK PERCAYA TUNGGU SAHAJA PRU 13 NANTI APAKAH NASIB DATO? OK SETEKAT INI SAHAJA SALAM RAMADHAN

    ReplyDelete
  37. The Star memang gemar mensensasikan isu-isu ini...lebih-lebih lagi melibatkan orang-orang UMNO....(walhal perkara ini masih dalam siasatan)

    Masih teringat desakan Wanita MCA untuk mensahkan taraf anak Teoh Beng Hock yang dikandung oleh tunangnya walaupun mendiang dan tunangnya belum berkahwin secara sah.

    Walaupun saya bersimpati dengan tunang mendiang, tetapi diharap semua pihak membuat pertimbangan waras dan wajar mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

    (Note: Harap The Star tidak menyokong pemimpin MCA yang tidak bermoral)

    ReplyDelete
  38. saya tertarik dengan perenggan 33.

    Saya selalu pergi siam atas urus perniagaan dan kadangkala memancing di koh adang, koh samui, koh lipie.

    Beras di sana memang murah dan sedap.Kalau kerajaan tak kuat kuasakan undang2 menghalang membawa masuk beras saya fikir beras yang kita nikmati lagi murah dan sedap.

    Begitu sayur-sayuran dan buah-buahan, lagi murah disana.Ayam yang di ternak di siam juga murah.

    Memang kerajaan nak pak tani kita, nak jaga pengilang, kerajaan memberi subsidi kepada mereka tetapi mereka bukan nya golongan yang ramai. mereka sedikit. rakyat yang ramai ini yg nak mengundi.

    Saya juga bersetuju dengan Datuk seri Anwar, dengan pandangan beliau. Subsidi di berikan kepada IPP.
    Kerugian IPP di tanggung oleh TNB. Sebab TNB terpaksa membeli tenaga daripada IPP walaupon tenaga tersebut tidk di gunakan.TNB terpaksa beli dengan harga yang mahal dan jual dengan harga yang murah.

    Tetapi rakyat harus membayar takrif elektrik yang tinggi

    ReplyDelete