Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, September 18, 2009

Ramadhan Berlalu, Syawal Menjelma

Assalamualaikum dan Salam sejahatera sahabat sekalian,

1. Saya menerima satu surat ugutan bunuh kerana dikatakan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor hari ini. Surat bertulis tangan tersebut antara lain mengugut untuk menembak saya sama ada di Sungai Panjang, Sungai Haji Doraini, Sungai Besar mahu pun di Shah Alam.

2. Atas nasihat rakan-rakan saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tengahari semalam.

3. Ancaman dan ugutan bukanlah sesuatu yang luar biasa kepada ahli politik terutamanya yang dilihat cuba mengganggu gugat aktiviti-aktiviti "underworld". Ugutan-ugutan seperti ini juga saya terima ketika turun bersama pihak berkuasa membanteras pusat pelacuran dan perjudian di Selangor antara 2001-2003 dahulu.

4. Bukanlah ingin membuat spekulasi, namun ugutan ini menjadi-jadi pula sejak saya menyatakan terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri Selangor.

5. Sungguhpun bimbang namun saya fikir perjuangan harus diteruskan. Ajal maut di tangan Allah s.w.t. Yang boleh dibuat hanyalah mengambil langkah berjaga-jaga dan berdoa untuk keselamatan diri.

6. Sempena hari raya ini juga saya berharap kita semua dapat memandu secara berhati-hati agar tiada kemalangan atau tragedi berlaku ke atas keluarga kita semua.

7. Saya berasa khuatir apabila ada syarikat kosensi tol yang menawarkan diskaun pada waktu tertentu 12 - 7 pagi sahaja. Ini akan menyebabkan ramai orang memandu lewat malam bagi mendapatkan diskaun. Kekhuatiran saya ialah apabila sebahagian besar nanti bukanlah pemandu yang biasa memandu lewat malam dan boleh "tahan mata" di waktu sedemikian.

8. Ini tidak mustahil akan menyebabkan berlaku lebih banyak kemalangan dalam tempoh diskaun ini. Saya berharap kita semua dapat merancang perjalanan dengan baik. Jika tidak mampu memandu lewat malam jangan ambil risiko hanya untuk diskaun sekitar 20%.

9. Pihak kosensi juga harus lebih rasional dan waras. Jika mahu memberi diskaun beri sahaja kepada semua pengguna tanpa perlu mengambil kira masa perjalanan. Ini akan membolehkan pengguna memilih masa yang sesuai dengan keupayaan mereka untuk melakukan perjalanan.

10. Sempena hari raya ini saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pembaca dan orang ramai jika ada salah dan silap, terkasar bahasa atau tersalah kata. Sesungguhnya saya juga insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak.

11. Saya juga ingin menjemput saudara/saudari ke rumah terbuka hari raya saya di Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor pada 27 September 2009 ini. Rumah terbuka ini akan diadakan mulai jam 9 pagi sehingga 4 petang.

12. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih sepada saudara/i yang sering melayari blog ini terutamanya kepada 467 sahabat yang mendaftar sebagai followers blog ini.

12. Ramadhan berlalu bermakna telah berakhirlah satu bulan yang penuh keberkatan dan peluang menambah ganjaran untuk amal ibadat kita. Pemergian Ramadhan diikuti oleh kedatangan Syawal yang merupakan bulan perayaan umat Islam dan juga bulan bermaaf-maafan sesama kita.

Selamat pulang ke pangkuan keluarga. Berhati-hati di jalan raya. Semoga ikatan persaudaraan sesama keluarga dan muslim dapat dieratkan lagi di hari raya ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

31 comments:

  1. Selamt Hari Raya buat Dr Sekeluarga. InsyaAllah ada kelapangan pada 27hb kita akan bertemu di rumah terbuka Dr.

    ReplyDelete
  2. hari raya ni jangan main mercun, bahaya untuk kesihatan!! banyak lagi panduan kesihatan tentang hari raya kat sini - Hari Raya @ Info-Kesihatan-Anda

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut hari lebaran kepada Dat' Seri dan semua pembaca blog ini...


















    Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete
  4. Dato Sri,

    Saya yang ke 469. Tak de terima kasih ke untuk saya. haha..

    Niway Dato Sri. Selamat menyambut Syawal dah berhari raya bersama keluarga. Mohon Maaf Zahir Batin atas segala kesilapan yang ada.

    Semuga hari-hari mendatang akan lebih bahagia buat Dato Sri.

    Sekali lagi, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. :-)

    ReplyDelete
  5. salam kepada ds dan blogger semua,

    berkaitan dengan ancaman bunuh ini,saya doakan ds dilindungi dari anasir2 yang buruk dan semoga allah melindungi ds dan keluarga....

    dalam perkara ini walaupun ada perbezaan pendapat,parti politik dokongan atau agama/bangsa....sebagai rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian berbilang kaum,patutlah kita menjadi mata dan telinga dalam membendung perkara2 negetif seperti ugutan bunuh ini demi kesejahteraan dan keamanan negara.

    saya juga memohon ampun maaf kepada ds dan keluarga jika selama kita mengenali disini ada perkara yang tidak menyenangkan hati dan perasaan.....adakala saya juga melakukan kesilapan.

    kepada semua sahabat blogger yang selalu mengikuti dan berbeza pendapat dengan saya...juga besar kiranya saya pun ingin memohon ampun dan maaf...sesungguhnya saudara semua adalah saudara saya juga dan insyaallah kita akan mendapat titik temu dalam kita sentiasa berbicara disini.

    ds khir dan sahabat blogger semua....saya senang walau ada kalanya tidak sama dengan anda tetapi bila dipandang dari luar kotak pemikiran kita sebenarnya kita semua mencari sesuatu titik temu untuk mengukuhkan ikatan ummah antara satu sama lain.....

    perubahan zaman dari alam bermain bolasepak padang kepada zaman mengenali futsal dan terkini dengan zaman bermain dialam siber adalah sesuatu yang harus kita terima perubahan ini...tidak guna kita cuba untuk memaksa perubahan zaman yang berlaku walaupun adalaknya kita rindukan suasana ketika zaman kita kecil2 dahulu bermain..

    selamat berhari raya dan maaf zahir batin..salam

    ReplyDelete
  6. salam & selamat hari raya DS & semua.

    DS.
    Kadang2 ugutan itu seperti permainan bagi mereka.
    (saya yg kerja kilang ni pun selalu juga terima ugutan dari kakitangan bawahan & ahli keluarga mereka.)

    akan tetapi.

    jgn sesekali ambil mudah.
    sifat maanusia yg tak pernah puas, tamak & dengki sanggup lakukan apa saja menurut kata hati(kata iblis) asal puas.

    cerita ttg perkara 7,8&9
    setiap tahun @ setiap kali saya bergerak memang pada waktu malam.
    sbb-2 yg utama, saya mementingkan masa.
    alhamdulillah,
    lebih 20thn tak pernah menempuh kesesakan sepanjang perjalanan Perak ke KL, KL ke Pahang,
    Pahang ke Johor, & sebaliknya.

    tahun ini saya tak dapat merancang @ berjanji pada saudara mara di kejauhan utk menziarahi mereka.

    ReplyDelete
  7. Salam syawal khas untuk pemimpin yang dihormati,DSKT dan keluarga dan barisan kepimpinan Bahagian Sg Besar dan semua pembaca blog ini semoga syawal ini akan terus membawa sinar kebahagian untuk semua.

    Bocahkampong mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca sekiranya ada tersilap kata terkasar bahasa sepanjang melayari blog ini.

    Kepada DS Bocahkampong berharap agar DS terus tabah menghadapi hari hari yang mendatang dan surat ugutan tidak akan melemahkan DS untuk terus berjuang dalam memperjuangkan nasib bangsa.

    Insyaallah,walaupun Bocahkampong masih baru lagi dalam arena politik,akan terus menyokong perjuangan DS selagi termampu.

    Bocahkampong juga mewakili Pemuda DUN Sekinchan ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
  8. salam DS,

    walau apa pun rintangannya perjuangan harus diteruskan untuk bangsa agama dan negara.
    SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN dari saya dan seisi keluarga.

    ReplyDelete
  9. Sealamat hari raya aidilfitri Dato Seri, Maaf Zahir dan Batin!

    Saya ada buat artikel mengenai kes ugutan terhadap Dato Seri di Blog saya,kalau ada masa terluang silalah kunjungi blog saya!

    ReplyDelete
  10. salam....

    DAH LAMA JUGA SAYA FOLLOW BLOG DATO'...
    KOMEN,PENDAPAT DAH SAYA BERI..TAPI SEKALI SAHAJA DATO. SEBUT JIWAKITA DALAM BLOG DATO..TAKPELAH...
    MUNGKIN TIADA VALUE...MUNGKIN NEUTRAL SANGAT..
    KECUALILAH JIKA SAYA 'TEKAN' DATO'...MUNGKIN DATO
    KOMEN SELALU...KOT...

    APAPUN...SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT
    HARI LEBARAN DENGAN PENUH KESYUKURAN KPD DATO...

    ReplyDelete
  11. Rakyat kena ingat masa komunis mengganas di Malaysia, orang yang menentang akan di hapuskannya. Mereka ini majoritinya dari satu kaum. Ini memang fakta. Sekarang ianya ujud kembali. Berwaspadalah.

    DS, Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Minta maaf tak dapat datang ke rumah terbuka DS nanti.

    ReplyDelete
  12. Selamat Menyambut Hari Lebaran bersama keluarga.

    Semoga DSKT akan bersabar serta terpelihara dari niat2 jahat sesiapa pun dan menempuh cabaran ini sepertimana DSKT pernah lalui sebelumnya. Sesungguhnya Dialah yg lebih berkuasa.

    ReplyDelete
  13. Salam DK,

    Selamat Menyambut Aidil Fitri 1430h.

    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  14. Selama Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Dato Seri sekeluarga,

    Dato Seri ancaman bunuh bukanlah boleh dianggap ringan dan ini sat jenayah juga kerana mengancam untuk membunuh dan saya mendoakan Dato' Seri sekeluarga dilindingi Allah S.W.T

    Berkenaan dengan isu tol percuma dari 12.00mlm-7.00 pg, saya fikir ini tidak menjadi satu masalah kerana rata2 orang pantai timur suka pulang dan memandu ke kampung halaman pada lewat malam. Kadar kemalangan mungkin akan meningkat tetapi jika ada kesedaran seperti tidak memandu terlalu laju dan lebih berhati-hati dan mengikut undang2 jalan raya, pastinya semuanya akan lebih selamat.

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya.
    Sama-sama-lah doakan keselamatan semua rakyat Malaysia, terutamanya siapa2 yang kena ditemubual/siasat oleh MACC, polis, dsb.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimah!

    ReplyDelete
  17. Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua Ummah,
    Maaf Zahir dan Batin.

    Kata Datok Hang Tuah, berpantang maut sabelum ajal, Walau bagaimana pun Dato Seri kena berhati2.

    Dalam pada itu kita tak perlu takut sangat, maut ada dimana2, kalau sudah ditakdirkan duduk dalam bilik Kebal sekalipun maut tetap mencari kita.

    Justeru itu perjuangan perlu diteruskan tanpa ada titik noktah, Utamakan Ugama, Bangsa dan Tanah Air, yang mustahak Kita Umat Melayu perlu bersatu.

    Melayu kan tetap pertahan sejarah
    Demi keutuhan ugama dan bangsa
    Biar hancur badan mengalir darah
    Sampai bila kita tetap merdeka

    PERKASA MELAYU DIBUMI MELAYU

    ReplyDelete
  18. AKUM DATO SRI SEMOGA ALLAH MELINDUNGI DSKT DAN KELUARGA ITULAH DOAKU KEPADA ALLAH YANG SATU DIPAGI RAYA YANG SYAHDU.ANCAMAN YANG DSKT TERIMA ANGGAPLAH ITU SEBAGAI SALAH SATU DUGAAN YANG ALLAH LONTARKAN KEPADA DSKT MANUSIA HIDUP PENUH RANJAU DAN ONAK NYA SUNGGUH BERDURI YANG PENTING NAWAITU DSKT MESTI IKHLAS JUGA BERSIH YANG SEMUA NYA KERANA ALLAH JUA.HARI INI DSKT KENA ANCAM MUNGKIN ESOK DAN SETERUSNYA DSKT DALAM KETENANGAN DAN BAHAGIA SIAPA YANG TAHU ITU SEMUA KETENTUAN ALLAH YANG MAHA ESA.DSKT SAYA MASIH DIPARIT 2 BLOK Y1 SG BURONG SESEKALI KELUAR JUGA KEPEKAN TANJUNG KARANG TETAP SAYA SELALU MENGELUH KERANA JALAN JEM NAK SAMPAI PEKAN DARI PARIT 2 DALAM MASA 1 JAM BARU SAMPAI ITULAH HAKIKAT NYA PEKAN KITA DSKT. AKHIR KATA SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI KEPADA DSKT DAN KELUARGA JUGA RAKAN2 SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF. WSLM

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Ancaman bunuh dengan pemberitahuan tentang mati adalah 2 perkara berbeza. Harap-harap ds tahu membezakan antara kedua nya.

    Selamat menyambut aidilfitri. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  20. Saudara Jiwakita, maaf jika saya jarang mengulas pandangan saudara. Saya akan cuba sebaik mungkin mengulas pandangan saudar/i dari semasa ke semasa.

    Terima kasih kepada semua saudara/i yang terus memberi pandangan dan pandapat. Mungkin saya tidak mengulasnya tapi saya tetap membacanya.

    ReplyDelete
  21. Syarikat TOL patut bagi percuma ketika musim raya, sebab lalu highway pun Jem. Rasa macam bodoh pula bayar untuk traffic jem.

    Diriwayatkan dari Jabr bin Abdillah ra dari Nabi saw sesungguhnya beliau bersabda kepada Ka'ab bin Ajrah, "Semoga Alah menjauhkan kamu dari pemimpin yang bodoh."

    Ka'ab bertanya, "Siapakah pemimpin yang tolol/bodoh itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Yaitu para pemimpin sesudahku yang tidak mau memberi petunjuk seperti petunjukku, tidak pula mau menerapkan syariat (peraturan, undang-undang) seperti ajaranku. Barangsiapa membenarkan perilaku pemimpin tersebut dengan segala kebohongannya dan membantu segala perilaku zhalimnya, maka mereka bukan termasuk ummatku dan aku terbebas dari mereka. Mereka tidak akan pernah mencicipi telagaku (di surga). Sebaliknya, barangsiapa tidak membenarkan segala kebohongan yang diperbuat pemimpin tersebut dan tidak pula membantu perilaku zhalimnya, maka mereka termasuk ummatku dan akupun meridhainya. Mereka akan minum air telagaku (di surga)".

    ReplyDelete
  22. salam dan selamat berpuasa 6 hari di bulan Syawal.. Apabila saya membaca tentang ugutan bunuh yang datok terima. Macam tak percaya saya. Betul ke? Sebab biasanya pejuang-pejuang yang menegakkan kebenaran saja yang biasa dengan perkara seumpama ini. Tidak pernah saya terbaca tentang pemimpin UMNO yang menerima ugutan seumpama ini apabila berkuasa. Tapi kes datok ni macam ada yang tidak kena saja. Pemimpin Islam dah lali dengan perkara seumpama ini. Dipenjara (ISA dalam konteks Malaysia), malahan dibunuh terus pun ada. Perkara biasa bagi pejuang yang betiangkan tauhid. Tetapi luar biasa bagi pejuang yang berlandaskan kebangsaan, sekular dan komunis. BIASAnya yang membunuh dan memenjarakan biasanya pihak memerintah. Jika benar apa yang berlaku kepada datok, jadikan lah ianya sebagai pengajaran yang berguna dalam politik datok. Bagi pejuang Islam itulah cita-cita.. mati kerana menegakkan kebenaran

    ReplyDelete
  23. salam...menurut pendapat saya memandu waktu malam lebih selamat memandangkan cuaca panas lalu menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan sekiranya memengikut kenderaan yg tidak bertangung jawap menjadikan jalanraya tempat bersiar.
    cadangan saya.
    1.had laju minima perlu diadakan bagi mengelakan
    ganguan dijalan raya.
    2.Jalanraya perlu dipantau dan diperbaiki segera dari masa kesemasa serta membuat kajian teknikal ditempat kerap berlaku kemalangan.
    3. perkara yg sering dilupakan dan mungkin tidak dipercayai oleh golongan munafikin ialah cara pembelian kenderaan berasaskan riba merupakan penyumbang kepada sikap kecuai dan penting diri dijalan raya...
    wassalam

    ReplyDelete
  24. Salam DS,
    Saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin kepada keluarga DS dan kawan2 di blog DS walaupun terlambat mengucap....!!!Biar lambat asalkan selamat!!!Semoga ALLAH akan memberkati org2 yg berimam!!!
    Saya akan merantau ke Australia selama 4 tahun dan saya harap blog ini akan dapat diteruskan untuk rakyat bersuara....
    Sekian

    ReplyDelete
  25. itu belum PKR berkuasa lagi.. dah pandai ugut bunuh. rakyat perlu bijaksana menapis dakyah pembangkang.
    ________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  26. 4. how can the opposition governs?
    lack of grammar huh?
    now i know why you became an ex-mb.

    ReplyDelete
  27. tahniah DSKT kerana masih sabar dah tabah mengharungi dugaan dan cabaran bagi meneruskan perjuangan....dengan harapan dan dorongan DSKT kepada anak2 sungai besar suatu hari nanti saya percaya akan ada salah seorang dari kita akan menjadi pemimpin N0.1 negara... pemimpin n0.1 negeri sudah ada iaitu DSKT sendiri..... saya percaya ini tidak mustahil anak jawa sg besar akan jadi org no.1 negara

    ReplyDelete
  28. Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin.... Ucapan dan bermaafan sempena Hari Raya ini perlu melangkau semua tanpa sempadan politik dan bangsa....

    Cuma nak komen pasal ugutan bunuh tu... Since dah jadi kes polis maka let PDRM to investigate... Boleh kot and bawa yang mengugut tu ke muka pengadilan. Tak boleh siasat lantik CSI.... Kalau komen kat blog rasa mcm tak manis pulak and boleh mengganggu siasatan...

    ReplyDelete
  29. Dato Seri Yang Berbahagia.

    Perjuangan menegakkan kebenaran bukan mudah. Jika kita buat yang betul orang tetap tidak suka, lebih pula kalau kita buat yang salah. Tapi saya sokong Dato Seri dalam banyak perkara sejak menjadi Menteri Besar penggal yang lalu. Walaupun kini bertukar portfolio, namun perjuangan tetap diteruskan. Saya masih ingat Anugerah Penyapu yang Dato Seri perkenalkan sehingga menimbulkan polemik. Tetapi yang jadi isu ialah penyapu, bukan pencapaian tidak memberangsangkan. Begitulah kehidupan ini.

    Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  30. saudara Ricky, selamat merantau mencari ilmu. Ingatlah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, namun negeri sendiri juga yang terbaik.

    Saudara ans, saya bersetuju ia sepatutnya ditulis kerajaan Pakatan sahaja tiada perkataan pembangkang.

    Cikgu Ibrahim, terima kasih atas pandangan. Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  31. Salam DS,
    Saya setuju dgn pendapat DS,MALAYSIA IS THE BEST COUNTRY!!!

    ReplyDelete