Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, September 28, 2009

Mencari Wakil Rakyat atau Wakil Parti?

1. Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.

2. YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

4. Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.

5. Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.

6. YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.

7. Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984.
8. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.

8. Tujuan saya membentangkan beberapa fakta ini bukanlah untuk menceritakan keaiban sesiapa, mahu pun menyatakan tidak salah kita membuat salah asalkan rakyat terus menerima kita. Bukan pula saya mengatakan mereka yang telah didapati bersalah juga boleh secara bebas dan sewenang-wenangnya dipilih menjadi calon Barisan Nasional.

9. Cuma fakta-fakta ini menimbulkan persoalan dan polemik apakah ahli politik yang pernah berbuat salah dan telah menjalani hukuman tidak wajar diberi peluang kedua jika rakyat di kawasannya masih mahukan khidmat beliau?

10. Dalam konteks inilah kita perlu menilai isu pemilihan calon DUN Bagan Pinang minggu hadapan.

11. Apakah jika Tan Sri Isa dipilih maka ia akan memburukkan imej parti di peringkat nasional? Kepada sebahagian mereka yang memilih untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional, mereka akan menggunakan alasan ini untuk terus memburukkan parti. Kumpulan ini akan memburukkan sesiapa sahaja yang menggunakan lambang Barisan Nasional.

12. Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.

13. Ini seharusnya memberi perspektif yang berlainan daripada kes-kes di atas tadi. Saya tidak mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana Lembaga bertujuan menjaga etika pemilihan parti bukannya membuat keputusan atas kesalahan jenayah. Justeru sistem dan kaedah perbicaraan Lembaga Disiplin UMNO lebih longgar dan berbeza dengan Mahkamah dari segi beban pembuktian dan kekuatan bukti.

14. Dari segi moral pun kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa jauh lebih kecil dari contoh-contoh ahli politik yang saya nyatakan di atas. Justeru adakah wajar Tan Sri Isa terus dihukum walapun selepas beliau telah menjalani hukuman?

15. Apakah sudah hilang konsep peluang kedua dan memaafkan perkara lalu dalam kehidupan kita? Apakah sekali salah maka selama-lamanya menanggung kesalahan tersebut sehingga tiada peluang menebusnya?

16. Apa yang penting ialah majoriti pengundi di Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa, Jika kajian dan soal selidik parti menunjukkan ini kehendak rakyat di sana maka Barisan Nasional harus membuat keputusan yang sewajarnya.

17. Bukankah Datuk Seri Najib sendiri telah menyatakan bahawa zaman kerajaan atau parti tahu segalanya sudah berakhir dan rakyat perlu didahulukan? Justeru jika keputusan UMNO Bahagian dan kehendak pengundi Bagan Pinang tidak diterjemahkan dalam pemilihan calon nanti apa ertinya segala slogan dan janji?

18. Pemimpin Barisan Nasional perlu sedar bahawa masalah terbesar parti dan kerajaan hari ini bukan masalah imej tetapi masalah polisi dan perjalanan kerajaan. Parti pemerintah akan sentiasa ada masalah imej kerana kita akan sentiasa diserang dan berada dalam keadaan situasi mempertahankan diri.

19. Tiada manusia dan parti yang tidak membuat kesilapan. Namun yang menjatuhkan kebanyakan parti pemerintah ialah apabila rakyat bosan dengan polisi dan perjalanan kerajaan yang tidak membantu kehidupan mereka.

20. Imej parti dan kerajaan lebih buruk pada 1998 berbanding 2008 namun mengapa kita kalah teruk pada 2008 berbanding 1999? Ia berlaku apabila rakyat diletakkan dalam keadaan tiada rugi sedikit pun jika mereka mengambil risiko menukar kerajaan. Apabila rakyat dibebani oleh isu perut, tembolok dan kelangsungan (survival) kehidupan maka ketika itu berlakulah seperti apa yang berlaku pada 2008.

21. Maka Barisan Nasional harus bertanya mahu memperbaiki imej atau mahu memenuhi kehendak rakyat?

61 comments:

  1. Itulah Dato Seri, sepatutnya Tan Sri Isa meminta pengundi2 tidak mencalon beliau, sebaliknya menyokong calon yang dipilih oleh UMNO.

    Dato Seri ceritakan semua diatas adalah cerita lama. Masa itu UMNO kuat dan kes2 rasuah dalam UMNO/BN masih ditahap rendah dan rakyat tidak ambil kisah.

    Sekarang ni UMNO/BN lemah disebabkan kelemahan kepimpinan sebelum Najib ditambahkan dengan berlakunya rasuah dan penyelewangan peruntukan kerajaan yang seolah2 tidak terkawal. Sekarang ni UMNO dicop sebagai parti yang sangat mengamalkan rasuah dan wang pula diseleweng.

    Jika Najib ambil Isa sebagai calon (sebagaimana kekalnya Ali Rustam ditakhta negeri), amat menyakinkan saya mahupun pengundi2 yang Najib tak kisah pun jika ada orang bawahannya menyeleweng. Tindakan tak perlu diambil jika mereka melakukan kesalahan. Mereka masih boleh bertanding dan memegang jawatan tinggi?

    Najib seharusnya mengambil inisiatif dan berbincang dgn Isa supaya berkompromi bagi UMNO memperbaiki imej dan disamping meminta Isa berkempen memenangkan calon BN.

    Kenapa mestinya Isa, macam dah takda calon lain yg boleh diterima rakyat?. Calon Bagan Pinang sebelum ini pun boleh menang atas tiket BN, bukannya popular sangat pun. Saya pun tak kenal dan tak pernah dengar nama arwah sebelum ini.

    UMNO/BN mesti bersih, telus dan yakin utk kembalikan sokongan. Najib mesti jadi 'attacker' lebih drp 'defender' utk menangkis serangan pembangkang.

    ReplyDelete
  2. salam tuan...

    selamat hari raya...
    berikutan tajuk tuan hari ini..
    betullah apa yg tuan nyatakan diatas..
    bukti juga cukup utk menunjukkan tuan
    betul2 berminat dgn Tan Sri Isa...

    masalahnya apa yg berlaku dalam UMNO
    ni..mereka tidak sepakat...
    1)kawasan bagan pinang mahukan isa sbg calon..
    namun begitu pucuk pimpinan mau lebih drp 1 nama...mereka mau lebih drp 3Nama sahaja...pimpinan umno xcakap pun tolak Isa...jadi bila bahagian tidak menghormati pucuk pimpinan....inilah jadinya..."TAK HORMAT DGN PEMIMPIN UMNO SENDIRI"...

    2)perlu sedar makna "DURI DALAM DAGING".. org UMNO sendiri yg buat penentangan secara terbuka kpd Isa Samad...suruh Tun M senyap...dialah duri dalam daging...soal pembangkang bersuara.. tidak perlu ambil peduli...nama pun mereka PEMBANGKANG....

    3)tuan khir...saya rasa tuan pun sama dgn wakil drp bagan pinang...tak paham maksud pimpinan UMNO..."PUCUK PIMPINAN MAU LEBIH DRP 1 NAMA...TIDAK BERMAKSUD TOLAK ISA..." itu 2 perkara berbeza...

    4)dan tuan perlu ingat...perwakilan UMNO dibagan pinang bukan mewakili sebahagian besar penduduk di Bagan Pinang..ini 2 benda berbeza yg perlu diambil berat....

    ReplyDelete
  3. datuk seri, tu cerita lama. tu dulu. dulu tun ghaffar baba gi turun kempen ckp mcm ni pun dh menang;

    tuan2 kalau nak idup pangkah BN, kalau nak mati, pangkah...!!!!??

    sekrang cuba najib buat mcm tu. mau tak kena baling telur, kena hentam dalam internet, di kedai2 kopi dan sbgnya. zaman sudah berubah. semakin kritikal. terutama dalam keadaan umno yg semakin ditolak rakyat. umno bukan kuat mcm dulu datuk.

    ReplyDelete
  4. Dr Mohamad Khir Toyo said.
    12. Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.

    ................................................

    JIKA BEGINI LAH MENTALITI PEMIMPIN UMNO MAKA SELAYAKNYA UMNO DIJATUHKAN.

    ADAKAH POLITIK WANG DAN RASUAH ITU BERBEZA.APAKAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA RASUAH DAN POLITIK WANG.ADAKAH POLITIK WANG ITU BUKAN JENAYAH.

    JIKA SAUDARA KHIR MENGATAKAN POLITIK WANG ITU BUKAN KESALAHAN JENAYAH MAKA TIDAK HAIRAN LAH JIKA RAKYAT MENGATAKAN UMNO ADALAH PARTI RASUAH.JIKA BEGITU LAH PENILAIAN DARI ANDA MAKA TIDAK HAIRAN LAH JIKA PARTI LAWAN MENGATAKAN UMNO MENGGUNAKAN WANG UNTUK MEMANCING UNDI PILIHANRAYA.

    SAYA BERHARAP SAUDARA KHIR PERLU MENGUBAH PANDANGAN SAUDARA SUPAYA BERSESUAIAN DENGAN TULISAN SAUDARA IAITU SAUDARA DIDIDIK DENGAN ISLAM SEJAK KECIL IAITU POLITIK WANG ADALAH RASUAH. RASUAH ADALAH JENAYAH.

    MANA MUNGKIN JIKA KESALAHAN RASUAH YANG MELIBATKAN UMNO DIKATAKAN POLITIK WANG DAN TIDAK DIKATAKAN SEBAGAI JENAYAH RASUAH.JIKA BEGITU KEADAANNYA MENGAPA BPR DINAIKKAN TARAF MENJADI SPRM.TIDAKKAH ITU MEMBAZIR WANG RAKYAT,JIKA MASIH ADA TAFSIRAN YANG MENGARUT BERKAITAN POLITIK WANG(RASUAH).

    ADAKAH BOLEH SAYA SIMPULKAN BAHAWA POLITIK WANG ITU HALAL UNTUK UMNO.

    ReplyDelete
  5. Apa yang Datuk katakan memang benar bahawa ruang untuk memaafkan kena ada bagi setiap orang dan Datuk seolah-olah mahu semua orang memaafkan Tan Sri Isa. Kesalahannya bukanlah kesalahan yang dihukum mahkamah tetapi hanya oleh Lembaga Disiplin UMNO. Tegasnyan Datuk menyokong Isa dicalonkan di Bagan Pinang.

    Tetapi harus diingat apa mesej yang disampaikan Perdana Menteri iaitu kita jangan hanya populer di dalam parti sahaja tetapi hendaklah populer dalam kalangan rakyat jelata sebab kuasa di tangan rakyat bukan di tangan parti.

    Tan Sri Isa hanya disokong 100% oleh ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang tetapi bukan UMNO sahaja yang menjadi pengundi di situ. Apa pula pandangan pengundi yang tidak ahli UMNO? Mereka sokong?

    Kes-kes yang Datuk Seri sebutkan sebagai contoh tidak boleh disamakan dengan yang ini kerana faktor masa tidak sama.

    Kes rasuah politik dan bukan politik sangat sensitif sekarang sama juga dengan pemakaian tudung oleh wanita Islam. Dahulu tidak jadi hal kalau wanita tidak bertudung tetapi sekarang? Sebab itu saya percaya jika Datin Seri Rosmah Mansor mengenakan tudung, orang tak akan bercakap apa lagi tentang beliau seperti sekarang.

    Dahulu orang boleh melupakan kes rasuah politik ini tetapi sekarang tidak. Jadi saranan Tun Mahathir perlu diambil kira lagipun bukannya UMNO tandus pemimpin sehinggakan tiada orang lain lagi yqang boleh dicalonkan.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya pembangkang cukup takut dengan BN jika tan Sri isa dicalonkan di bagan Pinang. Mereka saja buat provokasi supaya UMNO tak berani calonkan isa Samad. Buat apa kita nak ikut tari yang dimainkan oleh pembangkang. T.Isa dahpun terpilih sebagai ketua UMNO T.kemang selepas selesai penggantungannya. begitu juga beliau telah diterima pencalonannya untuk bertanding naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO Mac lepas. UMNO jangan double standar. Kalau dah benarkan Isa Samad tanding Naib Presiden UMNO tempohari, maka mengapa pula nak sekat pulak pencalonannya sebagai calon DUN bagan Pinang..?

    ReplyDelete
  7. Parti politik yang bertanggungjawab mestilah meletakkan calon yang bersih dan amanah untuk diundi oleh rakyat.

    bersih dan amanah mestilah bermula dari parti itu sendiri.

    Dato Harun mempunyai karisma tersendiri di hati orang Melayu walaupun dituduh pecah amanah (bank rakyat) dalam kes Muhammad Ali vs Joe Bugner 1975 - ini kerana popularity beliau mengatasi Tun Razak dan Tun Hussein.

    Jasanya dalam peristiwa 13 Mei tidak terlawan oleh kesnya yang belum terbukti pada waktu itu.

    Hari ini pengundi bukan lagi macam dulu...mana ada track record yang BESAR untuk dibanggakan untuk dijadikan momentum sepanjang zaman macam kes Dato Harun?

    So make sure letak calon bersih, bukan calon yang kotor dan kemudian dianggap bersih...

    ReplyDelete
  8. kepada ds khir,

    "21. Maka Barisan Nasional harus bertanya mahu memperbaiki imej atau mahu memenuhi kehendak rakyat?"

    pada saya kedua2 perlu...imej bn perlu lebih baik dan kehendak rakyat perlu diambil pertimbangan....dengan TS ISA TIDAK BOLEH MENJADI CALON.

    Biar saya berkongsi rasa tentang pemilihan calon.

    ds khir....golongan muda hari ini tidak kesah sangat dan boleh menerima kembali jika kes2 hanya melibatkan peribadi seperti liwat-ds anwar/mempertahankan skandal budak bawah umur kena rogol-lim guan eng...dalam kes mereka2 ini ia lebih dilihat hal2 peribali mereka antara beberapa kerat sahaja..ia tidak menjadi masalah..yang penting adalah ketelusan memegang jawatan.

    apa kena mengena kes liwat dengan jawatan yang dipegang...jawatan adalah amanah rakyat tetapi liwat adalah antara si peliwat/yang kena liwat dan ALLAH...mereka akan menerima pembalasan...tetapi dalam mengurus pentadbiran tiada kesalah kepada mereka2 yang ds khir sebutkan diatas..

    dalam kes TS ISA pula beliau bukan hanya terlibat dalam kes peribadi beliau tetapi beliau telah didapati bersalah dalam mengurus tadbir semasa memegang jawatan yang telah diberi mandat oleh rakyat...ini berbeza sekali ..oleh sebab itulah pada saya rakyat kebanyakan yang tidak menjadi ahli/jentera parti menilai calon...

    mereka akan menerima pemimpin yang telah didapati berkhalwat sekalipun kerana ia tidak melibatkan hak rakyat...yang rakyat akan lihat adalah jawatan...adakah dengan jawatan berlaku penyelewengan.

    PELIWAT/PENGKHALWAT/ TIDAK PERLU MENJADI ADUN/AHLI PARLIMEN/MB...IA BOLEH DILAKUKAN OLEH SIAPA2 YANG BERNAFSU......

    TETAPI PERASUAH!!!!....KERISAUAN RAKYAT ADALAH HANYA YANG MEMEGANGA JAWATAN2 SAHAJA YANG CENDERONG MEMBERI RASUAH...RASUAH MELIBATKAN WANG YANG BANYAK BUKANKAH IA AKAN MELIBATKAN WANG RAKYAT DAN RASUAH BOLEH MELIBATKAN BANYAK PIHAK DAN MEMCEMAR IMEJ PARTI...

    OLEH SEBAB ITU SIAPA2 YANG TELAH DISABITKAN KESALAHAN DAN TELAH TERBUKTI DIHUKUM KERANA MERASUAH KETIKA PEMILIHAN TIDAK BOLEH DITERIMA KEMBALI SEBAGAI CALON....UMNO/BN AKAN MENDAPAT LIABILITI LEBIH TERUK DAN BURUK PADA RAKYAT BIASA...PADA JENTERA PARTI MUNGKIN PANDANGAN MEREKA BERBEZA..SUDAH SEMESTINYA MEREKA AKAN BERPENDAPAT SEBALIKNYA.PERSOALANNYA ADAKAH SUARA MEREKA SEALIRAN DENGAN SUARA MAJORITI MASYARAKAT DIKAWASANNYA...

    INGAT DS...KITA UMNO/BN BERTANDING UNTUK MENANG BUKAN BERTANDING NAK KALAH...DALAM KES TS ISA JIKA PUCUK PIMPINAN MEMILIH BELIAU SAYA YAKIN MAJORITI RAKYAT AKAN TAWAR HATI DAN IA AKAN MENGUKUHKAN LAGI KATA2 SINIS UMNO/BN TAK BOLEH BERUBAH DAN TAK FAHAM APA YANG RAKYAT LIHAT..

    HAYATILAH DENYUTAN NADI RAKYAT....CUKUPLAH SEPERTI APA YANG DS KHIR PERNAH KATA...GOLONGAN SEKARANG SUKAR DIFAHAMI...PEMIMPIN FIKIR LAIN RAKYAT NAK LAIN

    INGATLAH JIKA TS ISA DIJADIKAN CALON IA MELETAKKAN KEMENANGAN KEMBALI KEPADA KAKI2 PERASUAH DALAM SESEBUAH PARTI DAN PRU13 AKAN MENAMBAHKAN HUJAH2 UMNO/BN TAK BOLEH DIBAIKI LAGI SEMUANYA AKAN HANCUR.....

    SEPATUTNYA PEMIMPIN UTAMA HARUS BERANI BERUBAH DENGAN TIDAK MENCALONKAN BEKAS PERASUAH...LEBIH BAIK TS ISA DUDUK DIAM2 DAN BANTU DARI BELAKANG DARI DIA JADI CALON
    .... BERI MUKA BARU..DIDIK DAN CARI YANG BERTANGGUNGJAWAB..PEMIMPIN SEBEGINI AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DAN AKAN LEBIH MMEMBERI IMEJ YANG BAIK DAN SELARI DENGAN KEHENDAK RAKYAT MAJORITI.

    DENGAN TIDAK MENCALONKAN TS ISA SEKURANG2NYA IA AKAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA SIAPA2 YANG ADA DAN BAKAL MENJADI PEMIMPIN DALAM PARTI AGAR JANGAN BERMAIN DENGAN RASUAH...FIKIRLAH RISIKO YANG AKAN DITANGGUNG SEBAGAI CONTOH JADIKAN TS ISA ROLE MODEL PADA SAPA2 YANG MASIH BERANI AMBIL RISIKO BERI RASUAH....

    MENANGIS AIR MATA DARAH SEKALIPUN KITA KEHILANGAN PEMIMPIN YANG BERWIBAWA TETAPI SIGNIFIKASI HARUS DIBERIKAN KEPADA PEMIMPIN AKAN DATANG BERKAITAN RASUAH DAN JANGANLAH UMNO/BN JADI JENAKA OLEH RAKYAT CAKAP TAK SERUPA BIKIN.......

    ReplyDelete
  9. LAGI SATU PANDANGAN SAYA DIATAS BUKANLAH PULA BERMAKNA SAYA MENYOKONG CALON PELIWAT/KHALWAT UNTUK UMNO/BN...CUMA ADALAH LEBIH BERI PELUANG PADA CALON BARU...KAN BAGUS..

    ZAMAN TUN MENJADI PM BELIAU BIJAK DAN PEKA DENGAN KEHENDAK RAKYAT SEBAB TULAH TAK MACAM SEKARANG HURUHARA.....MUNGKIN HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.

    ReplyDelete
  10. SALAM AIDILFITRI......

    BK amat bersetuju dengan pandangan DS mengenai pemilihan calon yang mewakili rakyat dan seharusnya mewakili parti dan slogan satu Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menunjukkan dalam PRK Bagan Pinang TS Isa Samad masih lagi menjadi pilihan rakyat disitu.

    Dalam kita mencari yang terbaik tak salah memberi pandangan diantara yang positif dan negetif dan tak semestinya semua pandangan boleh diterima tetapi boleh dijadikan perbandingan untuk menjadi yang terbaik.

    Umpama sebuah rumahtangga,kita sebagai jiran mungkin boleh memberi komen tetapi apa yang berlaku dalam rumah itu hanya tuan rumah yang lebih mengetahuinya.

    ReplyDelete
  11. Faizal... baca betoi-betoila apa yang dr khir kata. Kesalahan politik wang dalam UMNO tidak diadili mengikut undang-undang jenayah sebenar. Dengan kata lain kalau bicara kat mehkamah senang-senang sahaja Tan Sri Isa lepas kerana pembuktiannya yang lebih ketat.

    Nak bercakap soal Islam lagilah awal tan Sri Isa tak bersalah sebab syarat menjatuhkan hukuman lebih ketat dan rigid.

    Kalau Tan Sri Isa masuk Pas tau PKR confirm jadi bersih 100% macam Zaid Ibrahim yang digantung sebab politik wang sekarang jadi pemimpin PKR.

    ReplyDelete
  12. Belum kiamat... sila turun ke bagan pinang dan tanya pengundi yang bukan ahli UMNO dan Pas siapa mereka mahu jadikan calon. daripada 10 pasti 7 akan kata Isa Samad.

    thats the fact

    ReplyDelete
  13. Bila YB Azman mati sahaja, saya dah terfikir nak mencalonkan Mat Isa. Dia seorang yang popular di Bagan Pinang. PAS berjaya mengurangkan majoriti dalam pilihanraya sebelum ini pun, kerana Azman bukan calon favourite Bagan Pinang. Hinggakan sanak saudara mat Isa pun dok mengundi PAS ketika itu.

    Kalau UMNO nak menang, letakkan Isa. Biaq pi la orang nak kata apa pun. Semua orang boleh bersalah dan bertaubat.

    ReplyDelete
  14. WMU305... heheh jangan buat loawak kat sinilah kononya kesalahan liwat tu kecil berbanding politik wang.

    mana undang-undang dan ugama ko belajar?

    Anwar juga bersalah atas tuduhan salah guna kuasa. Tu apa tu bukan hal pentadbiran?

    Tan Sri Isa salah isu etika pemilihan sahaja. isu politik wang. Mana ada kempen politik tak pakai wang? Di US kempen Presiden sahaja cecah bilion ringgit.

    Tan Sri isa bukan didapati bersalah curi duit orang atau harta kerajaan.
    Dalam UMNO kalau buat majlis makan-makan pun dianggap politik wang, ahli UMNO datang jumpa kita bagi duit tambang balik pun politik wang.

    Tapi dalam relatik politik sebenar itu adalah keperluan.

    Nak cakap soal politik wang apasal PKR ambik zaid ibrahim yang bersalah kerana politik wang dalam UMNO jadi pemimpin mereka?

    Saidina umar dulu pernah hendak bunuh nabi sebelum masuk Islam. Akhirnya jadi khalifah.

    ReplyDelete
  15. AKUM KEPADA DSKT SALAM IDUL FITRI KITA MASIH DALAM MOOD RAYA BILA DSKT NAK RUMAH TERBUKA DISIMPANG LIMA?.Pada pendapat saya siapa sahaja calun BN yang diletakan mempunyai beban yang berat kerana beberapa isu-isu semasa akan dimanipulasi oleh pihak lawan sedangkan UMNO/BN masih dalam keadaan selesa kerana mempunyai kekuatan undi POS tetapi apakah itu menjamin kejayaan kepada UMNO/BN belum pasti.Isu yang akan timbul ialah (1) PERIBADI CALUN (2) KEBOLEHAN CALUN (3)TAHAP PENCAPAIAN CALUN. Isu2 ini akan ditimbulakan kerana dalam PRK ini apa sahaja kesempatan pasti akan digunakan untuk mempengaruhi pengundi para pemimpin yang datang sama ada dari UMNO/BN atau PAS/PR sebagai pakar motivasi sudah tentu akan mempengaruhi tahap pemikiran pengundi supaya menyokong calun masing2 dengan hujah2 yang meyakinkan adakah UMNO/BN sudah bersedia ketahap ini?.Para pengundi sekarang memang sudah bijak dan mempunyai tahap pemikiran serta pengetahuan yang tinggi sama ada dalam isu tempatan atau isu2 nasional pengundi juga mempunyai kebolehan dalam bidang IT dengan itu amat mudah mendapat maklumat yang terkini dengan ini adakah UMNO/BN sudah bersedia kearah ini?. PRK dibagan pinang apa sahaja yang diucap oleh para pemimpin UMNO/BN yang tidak selari dengan keadaan semasa pasti akan dihujah oleh pihak lawan UMNO/BN mesti mengenengahkan isu2 yang memikat para pengundi bukan isu menghentam pihak lawan kerana cari ini sudah tidak boleh lagi diterima para pengundi seperti dipermatang pasir pihak media massa arus perdana memainkan isu syurga dan neraka akhirnya isu ini memakan UMNO/BN itu sendiri. Para pemimpin atau tukang kempen mesti bijak mencari isu2 semasa untuk diketengahkan supaya UMNO/BN dilihat sudah berubah kearah yang lebih baik dengan mempunyai barisan kepimpinan yang memenuhi kehendak rakyat.Isu KP UMNO kaki rasuah juga pasti mewarnai kempen dipihak lawan jika ini dijawab oleh UMNO/BN dengan penafian tanpa mengemukan fakta juga akan mempengaruhi pengundi supaya tidak mengundi UMNO/BN. Beban UMNO/BN sangatlah berat kalau para tukang kempen menggunakan isu Dr HASSAN ALI dengan SELCAT atau isu pengkhianatan ANWAR terhadap orang melayu pasti isu ini juga akan memakan diri UMNO/BN.Jadi kesimpulan nya berhati-hati menangani isu2 yang tradisional dan semasa dilapangan kerana kedua-duanya akan mempengaruhi pengundi. Kebanyakan pengundi bukan sahaja dibagan pinang tidak mengenali para pemimpin UMNO/BN kenapa ini terjadi kerana pemimpin pusat dan bahagian gagal memainkan peranan masing2 untuk mengenengahkan siapa ahli MT UMNO/BN siapa pemimpin nya ini langsung tidak diketahui oleh pengundi tanyalah dilapangan sipakah naib KP UMNO yang juga timbalan menteri belia dan sukan pengundi tidak tahu sedangkan UMNO/BN ada jabatan penerangan kenapa gagal memberi info dilapangan supaya pengundi tahu akan siapa para pemimpin UMNO/BN sebelum mereka turun berkempen dilapangan. AMBIL BERATLAH CARA KEMPEN YANG TERBAIK SEBAGAIMANA KEMPEN PR RAKYAT MELIHAT APA YANG UMNO/BN LAKUKAN BERHATI-HATILAH DALAM BERKEMPEN SUPAYA TIDAK MENYINGGUNG PERASAAN ATAU PERIBADI MAHUPUN PERKAUMAN. SEKIAN TERIMA KASIH DATO SRI SALAM SYWAL. WSLM

    ReplyDelete
  16. betul tu Dato'...wakil rakyat yang dipilih adalah lebih penting dari wakil parti..wakil rakyat yang dipilih akan tetap disanjungi oleh rakyat..tetapi wakil parti yang dipilih oleh parti akan ditolak pada bila2 masa sahaja oleh rakyat..

    tapi masalahnya apa yang berlaku dalam UMNO..ramai yang menjadi 'YES MAN'..bila menjadi 'NO MAN'..kena cantas serta merta..

    saya rakyat Gua Musang..kalu calon UMNO ditukar selain daripada YM Ku Li..Sedangkan beliau masih ada..sudah tentu hati saya akan menajdi serba salah nak sokong UMNO lagi ke tidak..

    ReplyDelete
  17. Statement ni saya dapat masa kempen di Permatang Pasir recently. Ahli politik bukan kena bersih sahaja tapi mesti nampak bersih. Tak sure siapa yang quote statement tu...

    Bak kata TDM... Isa menang atau kalau still akan beri kesan buruk pada BN/UMNO dalam keseriusan memerangi politik wang a.k.a rasuah...

    ReplyDelete
  18. Salam DS,
    Sebelum saya berangkat,sempat saya memberi pandangan saya tentang hal ni....
    Saya setuju dgn pendapat saudara WMU350,mungkin ada benarnya pendapat beliau dan adakah Umno ketandusan pemimpin muda???Sekarang adalah pengedaran kuasa ke org muda yg berkalibar,bukannya mengharapkan org yg telah ataupun pernah memegang jawatan tinggi dulu lagi!!!Bagi peluang org muda...!!!Isu calon ni mengambarkan beberapa senario dalam Umno....
    1)Jika T.Isa jadi calon,sudah tentu pembangkang akan memegang point rasuah sebagai senjata kempen mereka.
    2)Jika T.Isa tidak dicalonkan ataupun anak dia tak dicalonkan,maka mungkin undi org umah sendiri(Ahli Umno sendiri) akan pi ke parti pembanagkang.
    3)Jika T.Isa bertanding dan menang,ADAKAH INI AKAN MENJADI SENARIO SEPERTI TERENGANU AKAN PEREBUTAN KUASA SIAPA LAYAK MENJADI MB???Ini mungkin akan berlaku....!!!
    4)Jika T.Isa bertanding dan kalah dalam pilihanraya kecil ini,MAKA INI ADALAH SATU PETANDA KEPADA PRU 13 TENTANG SENARIO KEADAAN POLITIK DINEGARA KITA,PERUBAHAN BESAR AKAN BERLAKU....!!!Dan T.Isa akan dijadikan sebagai org yg paling bersalah dalam UmNO dan beliau demikianlah akan terus lenyap dari kanca politik negara...!!!

    Kalo sesorng pemimpin sedar akan peredaran dan perubahan politik yg semangkin rancak dan kuat melanda politik negara,maka beliau sebagai sorang pemimpin perlu tau dan menyokong apa2 cadangan atau pencalonan dipilih oleh pucuk pimpinannya,walaupun sendiri tak dicalonkan!!!INILAH MASANYA ADAKAH PEMIMPIN ITU SETIA ATAU SAYANG KEPADA PARTI,WALAUPUN TIDAK DICALONKAN!!!

    ReplyDelete
  19. saudara ajab

    "WMU305... heheh jangan buat loawak kat sinilah kononya kesalahan liwat tu kecil berbanding politik wang.

    mana undang-undang dan ugama ko belajar?"


    FAKTA DAN YANG SEMUA ORANG MAHU ADALAH UMNO TIDAK BOLEH BERI RASUAH KETIKA PEMILIHAN....DAH CAKAP BANYAK KALI PUN MASIH BERI WANG KETIKA PEMILIHAN.....JADI TS ISA TAK BOLEH DIAMBIL...YA MENANG DIBAGAN PINANG TAPI LIHATLAH PRU YANG LEBIH BESAR AKAN DATANG...NESCAYA UMNO/BN AKAN TETAP DI COP CAKAP TAK SERUPA BIKIN BAB RASUAH....

    SAYA SEBENARNYA FOBIA JIKA PEMIMPIN DIDAPATI BERSALAH DAN DAH DIHUKUM SEMASA PEMILIHAN JAWATAN MEREKA.....NAK ANGKAT TS ISA KE ATAU NAK BERI PENGAJARAN PADA PEMIMPIN AKAN DATANG.

    KORBANKAN TS ISA AGAR IA MENJADI PERINGATAN KEPADA PEMIMPIN UMNO/BN YANG LAIN AKAN DATANG...KITA NAK MENANG DALAM PRU13 BUKAN SETAKAT NAK MENANG KAT BAGAN PINANG.NANTI MENANG PUN JADI MODAL PR AKAN DATANG UMNO PENUH DENGAN PEMIMPIN PERASUAH.....

    JANGANLAH PR MENGUKUHKAN LAGI HUJAHNYA DENGAN KATA2 SINIS SELAMA INI DENGAN :-

    "SUDAH TERANG BERSULUH PULA"

    APAPUN ...LETAKLAH CALON APA SEKALIPUN SEBAGAI RAKYAT SAYA HANYA AKAN MELIHAT DAN MENERIMA KEPUTUSAN PEMIMPIN.MEREKA LEBIH TAHU APA YANG MEREKA MAHU....ORANG YANG SELALU BERFIKIR DENGAN PELBAGAI SUDUT AKAN MENILAI SELEPAS ITU.

    ReplyDelete
  20. KEMELUT POLITIK MALAYSIA AKAN TAMAT BILA PRU 13 SELESAI INI MUKHADIMAH POLITIK MALAYSIA DAN PADA MASA ITU PERDANA MENTERI BARU AKAN MENGAMBIL ALIH JAWATAN ITU DARI DATO SRI NAZIB SIAPA DIA YANG PASTI BUKAN (ANWAR).TEORI ANWAR AKAN MENGGANTIKAN TEORI RAHMAN" MUNGKIN INI YANG AKAN TERJADI azmin ali AKAN MENJADI PM SELEPAS NAZIB DARI PKR BELIAU AKAN MENJADI PM UNTUK 2 PENGGAL SELEPAS BELIAU IALAH nurul izzah ADALAH WANITA PERTAMA YANG AKAN MENJADI PM MALAYSIA. SELEPAS ITU SIAPA PULA AKAN DITENTUKAN BERDASARKAN HURUF ABZAD YANG BERMULA DENGAN HURUF (W) DAN BEGITULAH SETERUSNYA.TETAPI INI TELAHAN SAYA SAHAJA BUKAN SEMESTINYA TEPAT TETAPI KITA TIDAK BOLEH LARI DARI KEMUNGKINAN INI KERANA SEMUANYA BOLEH BERLAKU TANPA KITA SEDARI SEPERTI TEORI >RAHMAN<. DIBAGAN PINANG PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN MORAL AKAN MENJADI ISU DILAPANGAN AMAT MENARIK PARA PENGANALISA POLITIK BUKAN SAHAJA DIMALAYSIA MUNGKIN AKAN MELANGKAUI PERSEMPADANAN DUNIA DALAM ERA GLOBALISASI MAKLUMAT TETAPI PENENTU NYA ADALAH PENGUNDI NAMUN PENGARUH LUARAN JUGA AKAN MENJADIKAN YA NYA TAMBAH MENARIK.SAYA YAKIN PARA PENGANALISA TIDAK BERANI MERAMLAKAN SIAPA YANG AKAN MENANG CUMA PENGULAS AKAN BERANI MENGULAS SELEPAS PRK INI ADA KEPUTUSAN MAKA DIA KALAH YANG INI MENANG KENAPA DAN MENGAPA SEMUANYA PASTI DAPAT DIULAS KERANA TAHAP PEMBACAAN DILAPANGAN AMAT KERITIKAL PENGANALISA SENDIRI TIDAK AKAN FAHAM. SEKIAN CORETAN SAYA KITA JUMPA LAGI SALAM SYAWAL UNTUK DATO SRI DAN FAMILY

    ReplyDelete
  21. patut laa umno makin tenat..

    segala-galanya perlu wang..

    kesian dekat isa kena gantung 3 tahun semata-mata belanja makan dan bagi duit tambang..(mengikut pemahaman ahli-ahli umno)

    p/s untuk ahli umno dan pemimpin umno..
    jangan rosakkan diri sendiri dengan tafsiran bodoh berkaitan politik wang.jangan menghalalkan apa yang telah allah haram kan.

    ReplyDelete
  22. akm dato...
    elok juga tan seri isa bertanding, dia akan memberi sedikit tekanan kepada mat hasan

    ReplyDelete
  23. nonsense....

    pertama sekali saya ingin nyatakan saya sebagai generasi muda yang mengundi ingin pemimpin yang bersih menjadi pemimpin saya.

    tidak kisah samada recycled atau baru yang penting amanah dan bertanggungjawab.

    jika pemimpin pembangkang tidak amanah atau terlibat dengan politik wang maka haruskah kita memilih pemimpin kita yang sama seperti mereka? adakah kita benar-benar ketandusan pemimpin yang bersih dan amanah? saya berharap Dato' Seri boleh komen...

    ajab and zacharias i hope u'll understand what i mean... wmu350.. liwat will never be a small matter to us.

    khairi

    ReplyDelete
  24. Salam Mohd, WMU, Faisal dan rakan-rakan,

    Calon UMNO telah pun diumumkan dan seperti dijangkakan Tan Sri Isa Samad diangkat sebagai calon.

    Saya bukan berkata calon yang terbabit politik wang tidak salah. Saya cuma berkata Tan Sri Isa telah dihukum dan telah menjalani hukumannya. Apakah beliau tidak berhak mendapat peluang kedua?

    Saya bukan berniat mempertahankan Tan Sri Isa. Cuma saya ingin menyatakan bahawa senario hukuman dalam isu politik wang bukan seperti mana senario kesalahan rasuah dalam konteks undang-undang negara.

    Keduanya, saya telah menjelaskan di atas bahawa UMNO dalam keadaan serba salah kerana risikan jentera parti mendapati majoriti pengundi di Telok Kemang mahukan Tan Sri Isa tanpa mempedulikan isu politik wang.

    Risikan ini bukan sekadar di kalangan ahli UMNO semata. Malah menurut laporan yang diterima mereka dapat menerima Isa kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan membabitkan dana wang rakyat atau public fund seperti kesalahan rasuah.

    Sebab itu saya mengutarakan apakah yang penting dalam pilihan raya kehendak parti atau kehendak rakyat. Jika kehendak parti mungkin parti akan memberi calon lain.

    Tapi apakah parti lebih penting daripada rakyat sehinggakan akhirnya meletakkan calon yang dilihat bersih tetapi kalah dalam pilihan raya kecil ini?

    Bagi saya soalan yang dikemukakan sukar dijawab.

    Namun kemenangan BN di Negeri Sembilan penting kerana kedudukan kerusi yang tipis. Jika kalah kemungkinan besar akan wujud keadaan politik yang tidak stabil seperti di perak dahulu.

    Selebihnya setiap kita ada kelemahan dan kekurang serta kelebihan dan kebaikan yang perlu dipertimbangkan.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  25. Mohd... boleh bagitau dak apa kesalahan sebenar Tan Sri Isa ni selain dariapad mengulang-ulang Politik Wang.

    Face the reality mana ada politik tak guna wang? Kalau tak Pas tak lah buat kantung kutip derma. Anwar tidaklah menyembah US kutip dana. Untuk apa kalau bukan untuk politik? Bukankah itu politik wang?

    ReplyDelete
  26. kepada ds khir,

    saya rasional walaupun saya kurang senang sebelum pemimpin utama menentukan calon petang tadi...apa2 pun calon telah diputuskan...yang penting saya akur dan menghormati keputusan

    saya boleh ketepikan perbezaan pandangan antara kita demi memberi sokongan padu kepada ts isa(calon umno/bn)....itu sahaja yang boleh dilakukan....

    itulah pendirian saya selama ini...saya akan katakan apa yang saya nak kata....tetapi akhirnya saya masih boleh menerima demi untuk anak bangsa/agama/negara...walaupun pahit bak hempedu....terlalu banyak yang tersirat dari tersurat yang kita tak tahu....

    ReplyDelete
  27. SALAM BLOGGERS.....

    Calon sudah diumumkan,tahniah kepada TS Isa yng masih lagi di beri peluang untuk berkhidmat untuk rakyat BP.

    Dalam isu pemilihan calon di BP,BKampong percaya setiap pandangan dari semua pihak di ambil kira untuk mewakili BN di prk BP,dan mungkin pemilihan TS Isa adalah yang terbaik untuk ketika ini tapi kita tak boleh menilai atau beranggapan kita sudah ketandusan pemimpin muda.

    Memang,kalau diikutkan pada keperluan sekarang BN memerlukan pemimpin yang bersih dan bebas dari sebarang kesalahan tapi harus di ingat apakah kita sebagai pengundi/rakyat hanya boleh menjatuhkan hukuman tanpa perlu menilai akan kelebihan seseorang calon itu sebagai pemimpin.

    TS Isa pernah melakukan kesalahan dan dihukum,bukankah ini akan menjadikan TS Isa sebagai calon yang diberikan peluang untuk menjadi pemimpin yang terbaik dengan menjadikan pengalamannya sebagai satu pengajaran yang berguna untuknya.

    Dalam hidup,janganlah kita asyik mengenang/meratap masa silam sebaiknya bangun dengan azam yang kuat untuk menjadi yang terbaik.

    BUMI MANA TAK DITIMPA HUJAN.... YANG PENTING SANGGUP MENGAKU SALAH DAN CUBA MEMPERBAIKI KESALAHAN.

    ReplyDelete
  28. Majoriti pengundi kita dari dulu hingga sekarang memilih parti melebihi calon/individu.Jika tidak masakan kita mendengar ungkapan: tunggul kayu pun boleh menang atas tiket Perikatan / BN.Maka saya rasa imej partilah yang perlu diutamakan berbanding individu dalam pemilihan calon BN dalam PRK/BP, apatah lagi peluang yang kedua kepada Tan Sri Isa setelah menghabiskan 22 tahun. Bila masanya pulak peluang hendak diberi kepada calon muda yang berpotensi dan berimej baik seperti Dato Seri sendiri ketika dipilih oleh Tun menjadi ADUN/MB dulu. UMNO Teluk Kemang bukannya ketandusan pemimpin yang bagus cuma tidak diberi peluang. Imej UMNO telah tercemar teruk dan pastinya pencalonan Tan Sri Isa tidak akan memperbaiki imej UMNO langsung sekalipun dia menang di BP. UMNO akan dipersenda dan dicemuh pula memberi rasuah untuk menang.
    Tolak calon kitar semula. BN tidak mampu lagi mempetaruhkan calon insaf yang pernah disabitkan rasuah. Rasuah dan salah guna kuasa adalah kalimat sakti dan bom besar pembangkang menjatuhkan BN . Siapakah MP-MP pembangkang terutama dari PKR yang menang atas populariti parti itu sekarang?? kebanyakan adalah bidan terjun sahaja dan mengula-gulakan tentang ketelusan,anti-rasuah, salah guna kuasa dan semua yang mulus walaupun hakikatnya indah khabar dari rupa. Namun imej parti mereka dilihat pengundi sudah jauh lebih baik berbanding UMNO/BN yang tercemar dan masih lagi dibelenggu taktik lapuk.

    ReplyDelete
  29. BN/UMNO telah membuat keputusan memilih Isa sebagai calon.

    Walaupun saya tidak bersetuju saya tetap berdoa agar UMNO/BN memenangi pilihanraya kecil tersebut.

    Dengan perlantikan Isa, menyaksikan kepimpinan Najib tidak risaukan calon yang bermasalah dan rasuah. Cara ini sama saja dengan kepimpinan Paklah, iaitu kepimpinan yang terburuk sejak merdeka.

    Saya berdoa agar UMNO/BN memenangi PRU 13 nanti, tapi saya jangka UMNO/BN tidak akan menang bergaya spt yang Najib sendiri harapkan.

    Ini kerana kepimpinan beliau tidak langsung menunjukkan kesungguhan dalam menghapuskan rasuah. Hukuman rasuah mesti keras dan tegas supaya tidak ada pihak yang mengambil ringan terhadap hukumannya.

    ReplyDelete
  30. Salam DS,

    bak kata org tua2 api, kecil2 jadi kawan bila besar jd lawan. Memang la Isa cumah melakukan kesalahan politik wang dalam pemilihan UMNO je, tp tidak mustahil ianya akan melarat dan menjadi besar selepas ini. Selepas mempunyai kuasa tak mustahil melakukan rasuah pula. Mana dia nak cari duit bnyk2 utk nak pancing undi. jalan pintas asuah la. Klu nak harapkan gaji & elaun sendiri mau makan pun tak cukup. Jadi klu UMNO serius utk membanteras rasuah, Isa adalah org pertama utk dijadikan contoh kepada org lain.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum dr

    Tan Sri Isa Samad terpilih untuk menjadi calon UMNO/BN di Bagan Pinang.UMNO/BN perlu menang besar di Bagan Pinang demi untuk menaikkan semangat dan imej yg tercalar.
    Oleh itu Tan Sri Isa sanggup berjuang habis habisan dan jika terkorban dia tak akan menyesal, demi untuk menaikkan semula semangat UMNO/BN, syabas diucapkan kepada beliau.Beliau memang dikenali dan disenangi segenap lapisan masyarakat dikawasan tersebut.
    Tetapi jika beliau berjiwa besar,dan benar benar sayangkan UMNO beliau tak akan menerima pencalonan tersebut,sebaliknya beliau akan terlibat terus untuk memenangkan calon yg dipilih, disebabkan beliau adelah taiko di kawasan tersebut tentu pengruhnya akan dapat memenangkan calon tersebut.
    Sayang seribu kali sayang, diri masih perlu didahulukan,alasanya rakyat memerlukan kepimpinan beliau.
    Setelah beberapa penggal menjawat jawatan sebagai menteri besar dan menjadi menteri pusat kini adalah masa untuk melihat tunas baru diberikan peluang.

    ReplyDelete
  32. Memang betul kata DS. Kalau pemimpim yang homeseksual di agungkan oleh PR, maka kesalahan lalu tak kisah bagi pemilih. Yang pentingnya mereka ni bijak memimpin.

    ReplyDelete
  33. Salam Dr Khir,
    Selamat Hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir & batin..

    1. Saya rasa kes rasuah politik rakyat tak kisah, lihat saja Dato Ali Rostam masih mengetuai Melaka, YB Khairy masih Ketua Pemuda, dll walaupun mereka terlibat dgn rasuah politik...

    2. Tun Mahathir telah mengesahkan beliau tidak akan turun berkempen di Bagan Pinang, tetapi beliau yakin BN akan menang besar.

    3. Saya sependapat dengan Tun mahathir, BN amat bernasib baik kerana majoriti 5,000 undi pos dalam tangan telah memihak kepada BN kerana maklumat dari rakan2 tentera yg telah pencen, mereka tidak dibenarkan untuk mengundi calon selain dari BN!

    4. BN cuma perlu kerja kuat lagi untuk menambah majoriti hingga 10,000 yg akan menjadi rekod peribadi TS Isa Samad..

    5. DS Mohamad Hasan perlu turun berkempen berhabis2an untuk membuktikan bahawa kabar angin yg mengatakan kedudukan beliau tergugat dengan kembalinya TS Isa adalah tidak benar.

    6. BN/Umno diharap tidak menggunakan jentera2 kerajaan untuk berkempen seperti yg telah dilakukan sebelum ini.Ingat! jangan salahguna apa yg telah diamanahkan oleh rakyat!

    7. TV3 diharap tidak membuat serangan yg melulu dengan fakta yg salah terhadap pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti yg sering dilakukan sejak dahulu lagi, jika tidak TV3 harus bertanggungjawab terhadap keputusan Pilihanraya Bagan Pinang.

    8. Good luck kepada TS Isa mungkin dapat buat 'come back' yang bergaya kalau gagal sekalipun beliau harus berpuas hati kerana telah menerajui Negeri Sembilan lebih 20 tahun..

    9. Jika gagal, masa untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah telah tiba kerana usia telah mencapai Maghrib, semua telah beliau kecapi dalam hidup beliau yg tidak dapat dikecapi oleh sebahagian besar Rakyat Negeri Sembilan....

    10. Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah sangat besar, bila menemui Ilahi pemimpin akan disoal, dihisab dan perlu diingat azab Allah adalah amat dasyat jika seseorang pemimpin itu leka, salahguna kuasa, tidak jujur, cronism, dll

    ReplyDelete
  34. AKUM DATO SRI. Apa2 pun keputusan telah dibuat oleh pucuk pimpinan dan taniah kepada TIS kerana dipilih mewakili parti walaupun diri dibelenggu dengan peristiwa RASUAH PARTI namun kehendak ALLAH tiada siapa yang mengetahui begitu juga jika beliau menang atau kalah semuanya takdir yang menentukan nya. Bagi UMNO/BN dengan pecalunan ini merupakan suatu percubaan untuk menilai tahap penerimaan rakyat terhadap calon yang dikemukan kepada rakyat bagan pinang diterima atau ditolak.Jika ditolak oleh para pengundi maka pada PRU 13 UMNO/BN akan meletakan calon yang benar2 bersih mungkin dengan itu calon yang didapati ada unsur2 RASUAH akan diketepikan yang ada kes kena buat persediaan untuk mengundurkan diri mungkin bilangan nya ramai ini jika tidak diatasi mungkin akan menimbulkan pepecahan yang dahsyat sama2lah kita tunggu diPRU 13. SEKIAN SAHAJA PENDAPAT SAYA.

    ReplyDelete
  35. Besar kemungkinan TS Isa menang mudah.Tidak mustahil juga calon PAS Zulkifli Mohamad akan memenangi hati warga Bagan Pinang jikalau mengikuti cara pemikiran pengundi sekarang.Seharusnya DS Najib berani mempertaruh muka2 baru yg berkaliber.Masa inilah peluang terbaik untuk menguji warga Bagan Pinang.Menang @ kalah sedikit pun tidak mengugat kuasa BN di N. Sembilan.Letak jer pemimpin muda dari suku sakat TS Isa untuk menarik sokongan penyokong TS isa.Yang pastinya lambaian hijau sudah mula menarik sokongan warga Bagan Pinang.Sama2 kita saksikan kemenangan berpihak kpd siapa?

    ReplyDelete
  36. tak heran Dato'...rakyat Malaysia belum matang untuk memilih wakil rakyat..

    Contohnya mcm Nizar nie...bila nak memburukkan UMNO, kata UMNO tak laksanakan HUDUD tapi bila dia duk kena kekang..cakap PAS tak PERNAH nak buat HUDUD...

    http://www.youtube.com/watch?v=rt7HAMhS8M0&feature=related

    ReplyDelete
  37. Contoh-contoh yang Datuk Seri berikan adalah TIDAK RELEVAN. Tolong jangan samakan kes-kes Lim Guan Eng, Ku Li dan Anwar Ibrahim dengan kes ISA SAMAD. Ini kerana rakyat tahu apa sebenarnya berlaku di sebalik hukuman penjara ke atas Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Rakyat bukan BODOH lagi Datuk Seri. Tak perlu saya ulas tentang kes mereka kerana 1Malaysia sudah tahu.

    Untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN, pemimpin-pemimpin UMNO/BN perlu mengubah segala imej negatif yang bersarang di pemikiran rakyat (bukan ahli UMNO) melalui tindakan yang menyakinkan. Masalah rasuah, salahguna kuasa, pembolotan projek, kronisme, budaya bermewah-mewah dan hidonisme adalah imej klise dimata rakyat, walaupun ahli UMNO buta akan hakikat ini. Kami melihat pemimpin UMNO/BNmasih tidak mahu berubah walaupun isyarat jelas telah dihantar pada PRU yang lalu.

    Pemilihan TS ISA membuktikan bahawa UMNO/BN memang tidak akan mahu berubah.....

    ReplyDelete
  38. tak payah lah beretorik...tgk sahaja YB PRK dan Pas yang ada sekarang..berapa kali depa duk melihat rakyat kawasan mereka? Yang terpalit dengan penyelewengan, skandal gambar bogel, skandal lembu, skandal rasuah, skandal perempuan, skandal cerai berai...dan banyak lagi tapi orang pilih PR ...kenapa? sbbnya orang yang kononnya sokong BN pun sama duk busukkan calon BN dan BN keseluruhannya...

    renunglah nasib diri tu, dah berubah ke bila berada bawah PR selama setahun ini? dah berapa janji PR yang tertunai?

    Yang pastinya Parti yang dikatakan kuat rasuah bekerja serupa macai memenuhi keperluan rakyat, yang dikatakan suci dan tak bersalah seronok menghabiskan duit gaji dan elaun melancong dan berseronok

    ReplyDelete
  39. salam dr khir,

    just my opion.... bagi saya UMNO merupakan satu entiti yg besar...memegang tampuk kerajaan Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu.... maka pemimpin UMNO yang bertanding jawatan dalam parti dengan sendiri menjadi pemimpin kerajaan... tidakkah amalan politik wang dalam parti memberi impak yang negatif kepada kerajaan secara tidak langsung?...dan dengan sendirinya pemimpin tersebut adalah pengamal politik wang atau perasuah untuk mendapatkan pangkat.... saya harap dr khir dapat menerangkan persoalan ini...terima kasih...-razif aziz

    ReplyDelete
  40. Politik Wang yang dimaksudkan adalah rasuah. Mangkuk ayun ajab...

    ok Politik Wang = Bagi duit dekat pengundi undi dia....

    Paham Ajab....

    ReplyDelete
  41. 1. BN terpaksa memberikan ruang kepada Tan Sri Isa kerana banyak faktor yang difikirkan lebih penting. Benar Tan Sri Isa melakukan kesalahan dan telah pun dihukum. Namun pengaruh dan jasanya terhadap N9 amat ampuh dan hebat. Cuma kadang-kadang dalam politik segala kemungkinan berlaku.

    2. Ini juga salah satu cara memberikan semangat dan motivasi kepada BN untuk menunjukkan kepada rakyat dan penyokong BN bahawa BN masih relevan walaupun telah kecundang 7 kali dalam PRK. Dan Tan Sri Isa adalah satu eksperimen dan indikator terbaik untuk tujuan ini.

    3. Pada saya bukan BN tiada calon lain yang sesuai untuk menggalas cabaran ini, namun keadaan di N9 agak goyah sekiranya Bagan Pinang jatuh ke tangan pihak pembangkang. Dan sekali lagi khidmat Tan Sri Isa diperlukan untuk mengekang kemaraan pembangkang.

    4. Saya berpendapat Tan Sri Isa telah mendapat hukuman dan balasan atas perbuatannya (jika benar) dan memang wajar beliau diberikan peluang. Tun Dr M dan Ku Li mempunyai pandangan mereka sendiri, namun kehendak rakyat setempat juga perlu diambil kira.

    5. Saya secara peribadi tidak menyokong pencalonan Tan Sri Isa, namun mungkin atas beberapa faktor yang mendesak dan setelah kajian dijalankan, maka wajar Tan Sri Isa mengambil tanggungjawab ini.

    6. Pembangkang pun juga mempunyai pemimpin yang korup juga dan banyak yang tidak beretika. Namun disebabkan mereka memegang title Pakatan Rakyat maka mungkin ia tiada salahnya. Mungkinkah individu yang melakukan seks luar tabii itu tidak melakukan politik wang semasa dalam BN?

    ReplyDelete
  42. 1. Baru tadi saya ada terlihat penubuhan DAP Cawangan Kampung Lembah Kiara yang ADUN nya adalah Teresa Kok. Saya tidaklah kisah sangat berkenaan penubuhan cawangan DAP tersebut, namun apa yang sangat mendukacitakan saya adalah penyertaan 50 orang Melayu menyertai DAP berkenaan.

    2. Katua cawangan berkenaan adalah seorang Melayu yang berkopiah putih. Sungguh mendukacitakan, saya tidak kisah sangat mereka mahu menyertai PAS beramai-ramai, namun menyertai DAP adalah suatu kesilapan besar bagi umat Melayu khususnya.

    3. Saya amat berharap mereka sedar dengan apa yang mereka telah lakukan. DAP punyai agenda tersembunyi yang jahat, tolong jangan jadi seorang yang benar-benar bodoh dan diperbodohkan.

    ReplyDelete
  43. MEMANG KITA BOLEH CAKAP APA-APA TENTANG KEADAAN JALAN DI MANA-MANA KAMPUNG,
    SEBALIKNYA KITA BOLEH MENGETAHUI KEADAAN SEBENAR JALAN-JALAN DI KAMPUNG ITU SEKIRANYA KITA MENGGUNAKN JALAN KAMPUNG SELALU,
    JALAN BERLUBANG 1 INCI PUN KITA TAHU

    ReplyDelete
  44. Katakan
    Tidak! kepada UMNO
    Tidak! kepada PAS
    Tidak! kepada PKR

    Melayu hari ini mesti kembali bersatu
    sebagaimana telah bersatunya orang-orang Melayu dahulu di atas landasan perjuangan PEKEMBAR ketika menentang Malayan Union.

    Ingat !!!
    Bersatu kita teguh
    Berpecah belah
    Melayu pasti hancur!

    Sila layari laman web :
    www.warispekembar.blogspot.com

    ReplyDelete
  45. politik wang halal manakala rasuah haram

    politik wang masalah etika manakala rasuah tu masalah jenayah

    politik wang belanja makan dan bagi duit tambang manakala rasuah memberi/menerima wang atau apa-apa ganjaran bagi tujuan tertentu..

    politik wang diambil tindakan oleh parti manakala rasuah dihukum oleh mahkamah

    orang yang terlibat dengan politik wang boleh dibersihkan cukup sekadar digantung dari bertanding dan dilucut jawatan manakala perasuah tidak boleh diampunkan mesti dihukum oleh mahkamah.

    seronok juga jadi ahli umno nie boleh ambil/beri rasuah sebab tak kena hukum oleh mahkamah. selain dari umno jangan harap laa dapat keistimewaan tersebut, mesti kena patuh undang-undang sprm
    sebenarnya rakyat kurang faham dr khir..guna lah media terangkan perbezaan antara politik wang dan rasuah..sebab banyak mulut dah cakap umno parti rasuah..tetapi saya rasa umno bukan parti rasuah tetapi cuma mengamalkan poltik wang semasa berkempen.

    saya rasa rakyat kurang memahami jiwa pemimpin umno.bukan niat mereka nak terlibat dengan politik wang tetapi keadaan memaksa..saya cadangkan kita mansuhkan SPRM.supaya tiada kes rasuah akan timbul dimata rakyat berkaitan UMNO.
    paling baik suruh mufti-mufti keluarkan fatwa bahawa politik wang itu halal dan boleh dibersihkan sebersih bayi.lagipun che det pun dah terangkan hukum tak semestinya hukum allah.mana tahu mungkin rasuah hukumnya haram manakala politik wang boleh jadi halal atau makruh


    boleh dr khir komen sikit..sebab dah banyak contoh sesuatu empayar runtuh kerana rasuah..empayar tu sebelum runtuh tetap mengatakan mereka bukan perasuah dengan menggunakan alasan-alasan lain.untuk menghalalkan kesilapan mereka.kesian umno sebab budak-budak kecil pun dah tahu dan menuduh umno parti rasuah..kena betulkan minda-minda mereka nie supaya mengatakan umno parti politik wang bukan parti perasuah.

    jika salah harap diampunkan..bukan nak bermusuh tetapi mengharapkan pemimpin yang ada wasilah.seterusnya dapat melahirkan umat islam yang maju dan bertamadun.

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah , berjalan lancar proses penamaan calon pagi tadi. tapi yg paling kelakarnya...hahaha. Dato Aziz kena tumbuk????masuk tv tunjuk tengkuk dia.rasanya kesan tumbuk yg nampak ke atau memang warna kulit beliau? maklumlah kulit gelap sket..kenapa x lawan aje Dato?bukan ke kalau pemimpin UMNO kalau berjalan mesti diiringi "BODYGUARD", x kan kena jugak kot?

    ReplyDelete
  47. Salam.Tan Sri isa adalah seorang fighter dan seorang yang setia kepada parti.Diselam dalam air hampir lemas tetapi masih setia dengan UMNO.Sikap yang amat diperlukan olih parti.UMNO kini ketandusan fighter.Yang ada pun seciput jer lagi.UMNO perlukan pemimpin yang dapat menangkis dan menyerang balik ciri yang ada pada Tan Sri Isa.Banyak yang ada kini bila diserang masing2 macam burung unta sorok kepala bila fighter bersuara baru masing2 nak tinggikan kepala.Dulu ramai fighter dalam UMNO tetapi fighter yang hanya setia dengan bekas banduan kes rasuah,mereka tidak setia dengan parti mungkin sebab bekas banduan tu mewah dan banyak beri sedekah kononnya bukan rasuah hahahhaha hu hu hu.Sebab itu bila berkempen mereka focus dan hentam isu rasuah kerana mereka punyai pengalaman rasuah dulu kini dan selamanya muahahahahhaaaa peace Pakatan Rasuah

    ReplyDelete
  48. Salam semua.
    Radio buruk 007fm, jgn lupa rakyat juga bukan BODOH utk memuja dan meMAKSUMkan Anwar Ibrahim yg jelas telah menyalahgukankan kuasa.

    Di UMNO, buat majlis makan2 utk meraih undi pun dah diambil tindakan atas alasan politik wang. Nampak disini, UMNO sedang BERUSAHA utk berubah.

    Sila lihat:
    http://www.youtube.com/watch?v=hUpawmPp-nM

    Janji2 PAS berikut adalah dirujuk:
    1) Turun cukai pintu.
    2) Bari RM75 setiap bulan utk setiap anak di nesery.
    3) Beri RM50 setiap bulan utk setiap anak di tadika.
    4) Beri RM1000 utk penerima tawaran IPTA & IPTS.

    Janji2 yg berlandaskan RM ni terang dan nyata adalah politik wang yg diHALALkan oleh PAS.

    Menabur janji palsu jugak diHALALkan oleh PAS.

    * namun begitu, terima kasih kpd k'jaan PR S'ngor kerana telah beri kami RM11 setiap bulan melalui bil air. Diharap x perlulah diragut duit zakat utk menampung defisit kantung S'ngor.

    ReplyDelete
  49. ds najid kata;-

    Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.

    "Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.

    "Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di DUN Bagan Pinang

    PADA SAYA PULA MENGAPA SAYA TIDAK BERAPA SETUJU SEBELUM INI ADALAH KERANA....SAYA MEMANDANG PADA SUDUT KESAN PADA PARTI.....IA SEOLAH2 MEMBERI LAMPU HIJAU KEPADA PEMIMPIN GENARASI AKAN DATANG DALAM UMNO/BN....SEOLAH2 UMNO TETAP MEMBERI PELUANG KEDUA KEPADA SIAPA2 YANG BERANI UNTUK MELAKUKAN RASUAH POLITIK.

    DENGAN HUJAH INILAH PADA SAYA IA AKAN MENAMPAKKAN LAGI ATAU MUNGKIN SUKAR UNTUK UMNO MELIHAT GOLONGAN MUDA HARI INI UNTUK BERSAMA UMNO SECARA TOTAL....

    SAYA TAK SALAHKAN TS ISA TAPI APAKAH HUJAH YANG DS KHIR BOLEH BERI UNTUK MEMBENDUNG PEMIKIRAN PEMIMPIN GENERASI AKAN DATANG YANG MEMIMPIN PARTI?....

    ORANG SEKARANG BOLEH BERMUKA2 DS.. GOLONGAN MUDA SEPERTI SAYA MENGENALI DAN MENILAI PERJUANG TIDAKLAH MELALUI LUARKAN TETAPI SAYA MENILAI MELALUI TANDA2 YANG DIBERI OLEH KEPIMPINAN ATASAN CONTOHNYA

    SIAPA2 YANG MELAKUKAN RASUAH KETIKA PEMILIHAN ..TETAP AKAN DIBERI PELUANG KALI KEDUA...



    ESOK MEREKA INI AKAN MENJADIKAN CONTOHNYA TS ISA...APAKAH INI TIDAK AKAN MEMBERI KESAN KEPADA PARTI?...PAKAH INI MAINAN POLITIK YANG INGIN DIWARISI OLEH PARTI?....ATAU APAKAH INI PETANDANYA YANG PERJUANG GENERASI AKAN DATANG YANG CINTAKAN PARTI ADALAH SIA2 SAHAJA...APAKAH DENGAN SEGEROMBOLAN GOLONGAN MUDA TERUS MENERUS MENINGGALKAN PARTI DEMI UNTUK MEMBERI PERINGATAN PADA BAKAL2 PARA PERASUAH KETIKA PEMILIHAN?...

    PADA SAYA UMNO TIDAK SANGGUP UNTUK MENGAMBIL RISIKO DENGAN TIDAK MENCALONKAN TS ISA....DAN KEPIMPINAN UTAMANYA JUGA TELAH MEMBERI "SIGNAL"
    KEPADA KEPIMPINAN AKAN DATANG DALAM PARTI
    TENTANG APAKAH YANG BOLEH DAN PERLU DILAKUKAN UNTUK MASA2 AKAN DATANG..DAN JANGAN PEDULI DENGAN CAKAP2 PENGKRITIK LUAR.....

    DS PERNAH TERFIKIR TAK..YANG SAPA2 MENGEJAR JAWATAN ATAU INGIN MEMJADI PEMIMPIN DIPERINGKAT ATASAN AKAN TETAP BERANI UNTUK MERASUAH KETIKA PEMILIHAN(SAYA TIDAK PEDULI DENGAN PERASUAH TETAPI SAYA FOBIA/RESAH DAN GELISAH JIKA PARTI SAYA ROSAK IMEJ KERANA PARA PERASUAH)...INI MEREKA AKAN LAKUKAN KERANA PADA ORANG YANG BERGELUMANG HIDUP DALAM POLITIK DAH BIASA DENGAN KATA2 "UNTUNG SABUT TIMBUL UNTUNG BATU TENGGELAM"...MEREKA TIDAK PEDULI DENGAN IMEJ PARTI YANG PENTING MENANG...MEREKA2 INI AKAN MELAKUKAN DAN MEROSAKKAN LAGI IMEJ PARTI DIMASA AKAN DATANG.....GOLONGAN SEPERTI SAYA SUDAH PASTI LEBIH TAWAR HATI DENGAN PARTI SEPERTI INI.....

    TIDAK ADA YANG MUSTAHIL DIDALAM DUNIA INI....ESOK LUSA MUNGKIN GOLONGAN YANG TINGGAL BERBEKALKAN KESETIAAN DAN KEIKHLASAN PUN DALAM PERJUANG BERSAMA UMNO AKAN TERPAKSA BERPALING KEPADA PAS/PKR..INILAH SALAH SATU SEBAB MUSABAB MENGAPA RAMAI GOLONGAN MUDA SEBELUM INI MENJAUHKAN DIRI DALAM PARTI..PEMIMPIN TAK NAMPAK ATAU BUAT2 TAK NAMPAK....

    KATA2 WALAUPUN PAHIT NAK DIKATA ATAU NAK DIDENGAR DS...IA AKAN TERSERLAH JUA JIKA SIPENDENGAR DAN YANG BERSUARA MEMPUNYAI NIAT YANG BETUL..

    WALLAHUALAM HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA KETENTUANNYA....SAYA AKUR AKHIRNYA SETELAH SAYA LUAHKAN...KALAU TIDAK DILUAHKAN BOLEH JADI GILA.....DAN BOLEH BERPALING MASUK PARTI PAS/PKR

    ReplyDelete
  50. kepada ricky...

    rasanya tidak terlewat juga saya ucapkan selamat berhijrah kenegara orang...mudah2han bila balik malaysia jangan pula sombang dan bangga diri sampai kawan kat kampung pun segan nak duduk sembang...

    ko buat apa kat sana..belajar ke kerja...berapa umur ko sekarang?

    maaf zahir batin jika ada terasa hati atau terguris kata ketika kita berblog disini...

    ReplyDelete
  51. iRc Kdh... antara NIK Aziz dan Isa, siapa lebih tua?
    PM kita dah tukar 3 kali... MB K'tan bila lagi.
    Hrp tok guru tak terpesona dgn jawatan dunia.
    Hehehehe.

    Teringat peribahasa melayu lama, paku dulang paku serpih...

    ReplyDelete
  52. Seorang Naib Ketua UMNO Bahagian di Perak dan dua ahli UMNO di Melaka dan Pahang akan didakwa di mahkamah Khamis ini oleh Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia kerana sogok wang masa pemilihan bahagian baru-baru ini.Naib Ketua UMNO Bahagian itu didakwa sogok RM300 manakala dua ahli UMNO sogok RM200 untuk undi calon Ketua bahagian. Menurut satu kenyataan SPRM hari ini ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.- 20/1/2009
    ................................................ADAKAH INI MASALAH TEKNIKAL JUGA.KENAPA PERLU MEREKA DIDAKWA DIMAHKAMAH KENAPA TIDAK DI AMBIL TINDAKAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN PARTI SAHAJA.MEREKA BUKAN PERASUAH MEREKA CUMA MENGAMALKAN POLITIK WANG.POLITIK WANG HALAL RASUAH HARAM

    ReplyDelete
  53. Faizal,

    Kalau dalam politik tak boleh buat jamuan makan, tak boleh bantu penyokong kalau ada masalah maka semua ahli politik kat dunia ni bersalah.

    Hanya UMNO sahaja parti gila yang tak boleh buat program berkempen, tak boleh belanja makan, tak boleh belanaj main golf dan sebagainya.

    Politik ini kerja menarik sokongan. Habih nak tarik sokongan tu dalam apa? Cerita ko hebat sahaja? Pas dengan PKR bagi air free kalau menang pilihan raya... tu rasuah ker tak? Lagi teruk guna duit awam untuk penuhi janji pilihan raya.

    Janji-janji kebajikan dalam pilihan raya tu rasuah ker tak?

    Bagi aku kalau ambil duit luluskan projek kerajaan, luluskan projek syarikat, bagi tender kat orang sebab orang bayar duit kat kita, lulus bangunan tak ikut spesifikasi sebab dapat bayaran maka tu rasuahlah.

    Tapi kalau dalam politik tak boleh bantu orang, tolong orang, beri sumbangan sebab dianggap rasuah tu namanya gila dan bodoh.

    Realistiklah.

    Memang ada dalam UMNO yang kena tangkap BPR sebab bayar suruh undi dia. Yang tan Sri Isa ni bagi sumbangan Program UMNO bukannya bagi duit untuk undi. Sebab tu kesalahan dia dari segi etika sahaja bukannya kesalahan rasuah. dari segi Etika UMNO salah dari segi undang-undang rasuah tak salah. apa itu pun tak pahamka?

    ReplyDelete
  54. Hehehe... sekali lagi saudara Faizal buat lawak kat sini.

    Dulu kata SPRM ni kuncu UMNO hingga HANYA org PR sahaja yg dihadapkan ke mahkamah.
    Org2 PR yg dituduh rasuah ni mereka BELA tanpa tunggu perbicaraan. Kononnya mereka2 ni mangsa fitnah UMNO.

    Tapi sekarang, bila terbukti yg SPRM ni natural kenapa melatah?

    Siapa kata UMNO halalkan politik wang?
    Rasanya semua org dah tau yg TS Isa telah diambil tindakan dan telah menjalani hukuman.

    Adoyai, kenapa la masih memfitnah UMNO menghalalkan politik wang?
    Susah sgt ke nak fhm kes TS Isa ni.

    Jika PKR sanggup MEMBERI PELUANG kepada seorang peliwat kenapa UMNO tak boleh beri peluang pada Isa?

    Jika PKR boleh BERTOLERANSI menggunakan perkataan ALLAH pd gereja, kuil dan tokong, kenapa UMNO tak boleh bertoleransi pada Isa?

    Jika DAP boleh BUANG tulisan jawi pada signboard jalan, kenapa UMNO tak boleh 'buang yg keruh, ambil yg jernih' terhadap Isa?

    Jika PAS boleh menangis merintih SIMPATI pada Ely Wong yg bersekedudukan tu, kenapa UMNO tak boleh simpati pada Isa?

    ReplyDelete
  55. ds khir,

    bagitau ketua pemuda malaysia...bagitau datuk azeez tak payah la buat isu dia kena tumbuk lagi....pada saya ia lebih menambahkan golongan seperti saya tidak mampu terdaya memberi sokongan mempertahankan ...tetapi lebih membuatkan kami meluat....samada betul atau tidak dia kena tumbuk....badan besar macamtu pun alahai sampai masuk hospital..lawak betul la...

    inikah strategi kepimpinan pemuda umno diterajui khairy.....kalau nak jadi isu pun biarlah sampai berdarah ke..barulah nampak parti pembangkang bertindak ganas....

    dari pandangan saya umno tidak memdapat keuntungan dengan membesarkan hal datuk azeez kena tumbuk....silap hari bulan ramai akan ketawa badan dia besar tapi kena tumbuk sampai masuk hospital..(kena tumbuk tak de kesan pulak tu)...suruhla khairy cari stategi lain

    ReplyDelete
  56. Salam Ds,
    Kepada saudara WMU350,saya telah selamat tiba di sydney pada 04/10/09 kerana dihantar oleh syarikat saya selama 4 tahun.....Bisnez saya di malaysia sekarang dijaga oleh rakan sekerja saya!
    Umur saya dah cecah 38 tahun dah....dan dah berkeluarga dan dlm beberapa bulan ni nak uruskan anak bini saya ke sydney supaya dapat tinggal bersama!!!
    Saya terbaca Thestar online hari ni yg DS Najib laungkan 'Towards a 1World',ini ada baiknya untuk melaungkan slogan sebegini,tetapi sebelum itu saya harap PM kita selesaikan masalah dalaman di malaysia ini(1Malaysia) sebelum pi capai dunia pulak.....!!!Cadangan adalah bagus,akan tetapi sedangkan 1Malaysia ni dilaungkan tanpa apa2 pencapaian dah nak pi ke dunia pulak.....'Belum tau nak berjalan,dah nak belajar berlari pulak'.......!!!
    Saya dapat rasa yg PRK bagan pinang ni BN akan menang memandangkan TS Isa samad begitu popular dikalangan org2 disana!!!Tapi risau jugak selepas dia menang kerana mungkin berlaku 2 puak didalam BN negeri sembilan....satu puak adalah TS ISA SAMAD,dan satu lagi MB sekarang....!!!Hati2!!!

    Sekian

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  57. Setiap kali pilihan raya..tak kiralah PAS, UMNO, DAP atau PKR..kalau calon masing2 datang kat cawangan mesti bagi duit sumbangan..katanya upah pasang bendera, poster dan untuk belanja minum..
    Saya dah merasa duk kat setiap parti..sama saja, namun tahun lepas jadi Ketua Tempat Mengundi nak tangkap pengundi hantu kononnya..tapi malang tak jumpa..ada pun satu kes satu digit dlm no kad pengenalan berbeza dengan senarai nama daftar pemilih..tak jumpa hantu tu pung..

    ReplyDelete
  58. Kepada Ajab...
    Pokcik malas nak sokong sapo-sapo dalam hal politik wang ni. Tapi kalau kes rasuah DS Anwar Ibrahim (campur tangan dalam siasatan polis berkaitan kes dia sendiri) dikuatkuasa kepada semua ahli politik UMNO...memang sah semua penjara penuh dengan pemimpin UMNO. Kalau tak caya, tanyalah mana-mana jabatan kerajaan...mana jabatan yang ADUN atau MP atau ketua bahagian yang tak masuk campur. Nak luluskan dua tiga ekor kambing untuk orang miskinpun kena minta sokongan (baca:kelulusan) ADUN atau Pemimpin UMNO. Tu sebab jabatan kerajaan nampak lembab. Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya bukan tak tahu nak cari orang miskin tapi depa malas. Bukan malas nak kerja tapi malas sebab akhirnya kena beri pada orang yang dapek perkenan ADUN tu juo.

    Bab TS Isa..pokcik fikir dia memang mangsa geng-geng UMNO yang lain, tapi tak bermakna dia bersih. Kalau kaorang pergi perhimpunan agung umno pado maso tu, lu orang mesti tahu...duit bertukar tangan bukan saja dalam hotel, malah dalam tandas juga. Itu bukan rasuah? Bukan ke pemberian duit tu untuk memastikan orang pilih dia. APokcik bebenonya heran sebab kenapa dia saja yang kena, walhal ramai lagi yang buat. Satu lagi yang pokcik heran, kenapo sabitkan dia pasal anjurkan jamuan, atau bagi sumbangan pada program UMNO, sepatutnya dio atau ejen dio kena sobab huluq duit masa perhimpunan untuk dapat undi. Baru orang ramai tahu politik wang tu apo?

    Buat jamuan rasonya tak apo tapi untuk pengetahuan...ado juo jamuan yang mano selepas makan, dapek duit lai. Sebolum tu kena angkat sumpah untuk sokong dan kempenkan pemimpin yang anjurkan jamuan tu tau? Tu jamuan apo tu? Jamuan peras ugut ko?

    Pemimpin PAS dan PKR ado ko yang buek kojo gilo tu? Kalau ado mai le pas nama dio. Sure lopas ni kito pakat-pakat kempen kasi jatuhkan dio. Tapi tu lah masalah orang UMNO...suka menyamakan apo yang buruk pado mereko dengan orang lain. Alasan "kalau mereka (PR) dapat memerintah atau mereka berkuasa, merekapun akan buat macam yang kito buek." ataupun "mano-mano pemimpin atau parti yang memerintahpun samo." Bagi pokcik rambut samo hitam tapi hati lain-lain. Dan dunia ini, kalau hanya dipenuh dengan orang hati kudu je, dah lama kiamat. Sebab masih ado orang alim, orang yang masih jaga sholat 5 waktu lo maka dunio ni belum kiamat.

    Tapi dalam UMNO bukan semuo kaki rasuah. Ado juo yang masih berprinsip dan bersih (sekurang-kurangnya dilihat bersih). Kojo orang UMNO sepatutnya mengangkat orang-orang ni untuk ke depan, bukannya masih mengangkat kaki songlap untuk memimpin mereka. Nyatalah pemimpin yang baik hanya untuk orang baik, sedangkan untuk orang-orang yang zalim, hanya pemimpin yang zalim juo....

    ReplyDelete
  59. To Aliffnajmi...
    Saya bukan memuja DS Anwar. Namun saya fikir bahawa tindakan TS Isa kononnya kalau pemimpin pembangkang yang pernah kena penjara kerana kesalahan jenayah boleh bertanding dan menang, mengapa beliau tidak boleh, merupakan riak yang nyata. Dia bukan sahaja tidak insaf malah berlagak macam lebih baik daripada orang lain. Tidakkah ini perbuatan yang menjelekkan. Respond perasan beliau ini membuatkan ramai orang muntah-muntah di sebuah kedai makan (yang di ketika itu saya sedang makan di sebuah warung). Tidakkah ini menyusahkan saya?

    Pada saya kalau DS Anwar ada kesilapan dan kesalahan semasa dalam UMNO, sila buktikan. Saya percaya beliau bukannya maksum. Cuma masalahnya UMNO setakat ini tak dapat membuktikan apa-apa. So, macam mana orang nak percaya. Inilah masalah UMNO, bila berdebat dan berbicara main hentam keromo, bukti takde. Tu sebab golongan kampung je yang sokong. Saya bukan anti UMNO, tapi ini kenyataan. UMNO perlu ubah pendekatan dan pemikiran.

    Tentang janji PAS yang dikatakan rasuah oleh saudara, itu rasuah ke? Kanak-kanak masih pakai pamperspun ketawa baca kenyataan tu. Eh maaf, pemimpin UMNO yang ulungpun ada yang kata macam tu, kan? Emm inilah satu lagi penyakit UMNO yang menyebabkan ia semakin mendapat sokongan masyarakat kampung dan felda je...suka memberi alasan yang nyata membodoh-bodohkan minda orang lain. Kalau nak dapat balik sokongan orang ramai, ubah mind set ini. Pesanan iklas daripada radioburuk - dalam dunia ni takde sesiapapun suka dimanipulasi, didiskriminasi, dieksploitasi dan diperbodoh-bodohkan oleh orang lain, kecuali....

    ReplyDelete
  60. Radio Buruk,
    Kan Anwar disabitkan kesalahan menyalah gunakan kuasa, bukti dah ada kan??..walaupun dia terlepas daripada kes liwat..pastu dengan kes joget nya kat Ijok..Pasal janji2 kempen nie takyah cakapla..dua2 pun sama..tapi yang tak bestnya..mereka berjanji jugak..tapi pastu cakap berjanji masa kempen rasuah..pelik kan? janji buat jambatan rasuah..janji dapat air free plak tu apa?renung-renungkan lah..

    ReplyDelete
  61. Salam.
    Yes. Saya setuju kanak2 yg masih pakai pempers akan ketawa bila baca kenyataan saya tu sebab mereka belum paham apa itu SINIS... apa itu SINDIRAN.
    Betul kata thebendahara, jika UMNO menjanjikan jambatan, riuh akhbar2 dan blog2 pihak sana mengatakan ianya rasuah.
    Tp bila pas janji itu-ini boleh pulak.

    Satu lagi soalan...
    Agak2 UMNO bleh tak tunaikan janji buat jambatan tu?
    Agak2 PR boleh tak tunaikan janji turunkan cukai pintu tu?

    Rasanya tak perlulah saya tanya pada janji2 yg lain tu.

    Menabur janji kosong nyata memperbodohkan minda orang ramai.

    Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah.
    Rakyat Bagan Pinang telah memilih dgn bijak.
    Moga Allah memberkati TS Isa agar dpt menjalankan tanggungjawab ini dgn sebaiknya.

    ReplyDelete