Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Apabila Suara Rakyat Didahulukan


1. Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang berjaya memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar. Tan Sri Isa memperolehi 8,013 undi menewaskan calon Pas Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi.

2. Apa yang menarik perhatian saya ialah kemampuan Tan Sri Isa meraih sokongan begitu banyak sehingga mencatat undi majoriti sebanyak 5, 435 undi. Saya difahamkan ini merupakan majoriti undi terbanyak pernah dicatatkan oleh mana-mana parti dalam pilihan raya DUN Bagan Pinang.

3. Lebih menarik ialah calon Pas kalah di semua 18 saluran mengundi. Ini juga jarang-jarang berlaku dalam mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini.

4. Pada hemat saya, keputusan pilihan raya DUN Bagan Pinang ini terhasil kerana Barisan Nasional dan UMNO mendengar dan mendahulukan suara dan kehendak rakyat berbanding pemimpin, penganalisis politik dan pembangkang.

5. Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran UMNO, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon. Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.

6. Namun Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Tun Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi Dun Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan.

7. Justeru apabila hasil kaji selidik, laporan risikan politik dan juga pandangan seluruh parti komponen BN di Teluk Kemang menunjukkan Tan Sri Isa dianggap mememnuhi aspirasi pengundi Bagan Pinang; maka BN membuat keputusan mencalonkannya.

8. Ini harus menjadi tanda aras baru dalam menentukan calon-calon pilihan raya BN akan datang. Ia haruslah mengambil kira secara serius pandangan penduduk setempat dan juga parti komponen di peringkat bahagian. Jangan lagi ada calon-calon ditunjukkan dari atas sewenang-wenangnya sehingga menimbul masalah di peringkat bawah terutamanya di kawasan luar bandar.

9. Ini kerana khidmat masyarakat dan kebolehan bergaul bersama rakyat merupakan kriteria utama pengundi di luar bandar.

10. Ia berlainan sekali di kawasan-kawasan bandar utama negara yang lebih kepada pertentangan polisi ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan polisi-polisi negara menjadi tanda aras pengundi.

11. Selain faktor calon, saya juga percaya keputusan ini dibuat kerana pengundi juga sudah bosan dengan ketidakstabilan politik yang berlarutan hampir setahun setengah. Sebahagian pengundi mungkin melihat jika BN kalah dalam pilihan raya kecil kali ini ia akan menyebabkan ketidakstabilan politik di Negeri Sembilan berdasarkan perbezaan kerusi yang kecil antara BN dengan Pakatan.

12. Kemenangan BN di peti undi yang majoriti kaum India dan Cina juga menunjukkan ada perubahan sokongan terhadap BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengundi kaum India dan Cina dilihat yakin polisi-polisi pentadbiran Datuk Seri Najib dan ingin menunjukkan sokongan mereka.

13. Kemenangan besar ini juga turut disumbangkan oleh kesungguhan jentera pilihan raya BN sama ada di peringkat negeri mahu pun Pusat yang bekerja keras bagi memberi satu kemenangan yang cukup bermakna kepada parti.

14. Segala hiruk-pikuk dan kontroversi pemilihan calon dilupakan apabila keputusan telah di buat. Tiada unsur sabotaj dan cakap belakang di buat oleh mana-mana pemimpin UMNO dan ini menunjukkan satu proses kematangan baru dalam parti pasca pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

15. Saya percaya Pakatan dan media yang pro mereka akan terus memainkan isu bahawa kemenangan Isa menunjukkan UMNO merestui rasuah dan salah guna kuasa. Mereka masih tidak amhu menerima hakikat bahawa kesalahan Isa ialah isu Etika Berkempen dalam UMNO. Malahan Isa telah melepaskan semua jawatannya dan kemudian digantung dari memegang jawatan selama tiga tahun. Beliau telah menjalani hukuman tersebut.

16. Pengamal media ini hanya membesarkan isu rasuah ini apabila kena ke batang hidung UMNO tetapi "buat-buat tak tahu" apabila membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pun mana-mana pemimpin Pakatan. Ini kerana mereka bukan memperjuangan isu rasuah mahu pun ketelusan tetapi memperjuangkan ideologi dan agenda Pakatan.

17. Akhirnya, saya fikir kemenangan ini amat manis kepada Tan Sri Isa yang menghadapi pelbagai dugaan sepanjang lima tahun lalu.

18. Kemenangan ini juga tentulah sangat bermakna kepada Datuk Seri Najib yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kritikan kerana memilih Tan Sri Isa sebagai calon. Terbukti pendekatan beliau untuk mendahulukan suara rakyat membawa hasil yang yang terbaik kepada parti.

42 comments:

  1. Salam Datuk Seri...
    Tahniah kepada UMNO kerana berjaya mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang. Apa maknanya kemenangan TS Isa dalam PRK Bagan Pinang semalam? Beliau berjaya mengalahkan calon Pas tewas dengan majoriti 5,435 undi. 11,157 pengundi atau 81.65 peratus daripada 13,664 pengundi keluar mengundi dan 223 undi rosak.

    Bagi, pemimpin BN, kemenangan itu juga boleh dilihat sebagai;
    1. Amat signifikan kepada BN, terutama ketika sedang berusaha memulihkan kepercayaan rakyat selepas kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum 2008.

    2. Kemenangan besar itu membuktikan kepercayaan pengundi Melayu, Cina dan India di DUN Bagan Pinang sudah kembali kepada BN.
    3. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah menerima konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin?
    4. Kemenangan ini disebabkan kemampuan BN menguruskan negara dengan berjaya.

    Bagi saya...walau apa juga sebab kemenangan BN, dan punca kegagalan Pakatan Rakyat (PAS) di PRK tersebut dibicarakan namun saya fikir yang kalah sebenar-benarnya adalah RAKYAT MALAYSIA. Dalam dunia yang serba canggih ini, majoriti rakyat masih berlembut dan masih boleh mengangkat pemimpin yang terbukti terlibat dalam rasuah, atau politik wang sebagai wakil mereka. Pemimpin yang terang-terang melakukan 'dosa-doa besar' seperti rasuah/politik wang memang tidak sepatutnya diberi peluang kedua. Carilah dalam sejarah islam peluang kedua diberi kepada pemimpin jenis ini. Bagaimana nak menjadi negara maju sekiranya rakyat tidak mementingkan kredibiliti dan integriti pemimpin? Nyatalah rakyat terbanyak (terutamanya di PRK tersebut) telah membuktikan bahawa mereka sudah semakin hilang kredibiliti dan integritinya. Kalau beginilah budaya masyarakat kita...bukan setakat Wawasan 2020, Wawasan 3030pun tak akan dapat dicapai....wallaualam!

    ReplyDelete
  2. salam dato[. Walauapapun sebagai bekas tentera yang baru dua bulan bersara, yang masih belum menjadi ahli manax parti politik, saya sendiri telah mengalami dan menyedari bahawa undi pos banyak yang tak betul. Hanya tentera yang berani saja akan melaksanakan tanggungjawabnya. Semasa dlm perkhidmatan, tak pernah undi pos sya dipangkah oleh pihak lain. Ini adlah saya telah memberi ingatan kalau ada org pangkah kertas undi saya. saya akan saman. Saya pernah undi pada jam 3 pagi. Saya juga pernah melihat anggotax memangkah kertasx undi bagi anggota dan keluarga mereka yang tak mengundi. Walauapapun saya mengakui bahawa rakyat telah membuat pilihan mereka. Wassalam

    ReplyDelete
  3. Dato,
    Ya saya setuju . Seperti juga KP Umno, Khairy Jamaluddin, perlu di beri peluang untuk menjadi menteri kabinet kerana kesalahan yang dilakukan olehnya hanyalah kesalahan teknikal, bukan jenayah. Itu yang rakyat dan penyokong mau. Kalau tak takkan Khairy tak terpilih sebagai KP Umno.

    ReplyDelete
  4. Dato' Seri,
    Tahniah untuk kemenangan UmnoBN. Peluang Dato' kini terbuka luas kerana sudah terbukti yang utama pada rakyat ialah setakat mana mereka boleh memenuhi temolok mereka. Atas dasar itu lah agaknya pemimpin UmnoBN perlu kaya secepat mungkin, kerana ini adalah resepi kepada kesinambungan survival politik mereka dan parti politik mereka. Dato Seri sudah ada resepi itu. Good luck. Rakyat sudah menjadi kelabu mata dengan manipulasi politik ini. Teruskan manipulasi ini hingga satu hari generasi akan memaki kita semua. Syabas dan tahniah.

    ReplyDelete
  5. kepada amego,jika benar undi POS menjadi masalah kepada Pakatan Haram dan ia dijalankan secara tidak betul,kenapa pada p/raya ke 12 pada 2008 BN menang hanya dengan majoriti 2333? kenapa tidak semua 4600 undi solid menjadi majoriti kepada BN pada waktu itu??

    Itu menunjukkan bahawa ada undi Pos menyokong PAS kan??Jangan nak temberang la, kalau berani buktikan pada semua, jgn main ckp2 komen dalam blog sahaja. Jika anda ada bukti sila ke mahkamah dan cabar keputusan p/raya itu.

    ReplyDelete
  6. kepada radio buruk,

    bagaimana pula dengan Elizabeth Wong yang diberi peluang kedua memimpin pentadbiran Selangor walaupun sudah terbukti mempunyai hubungan intim dengan seorang muslim bukan suaminya dan gambar bogel?? Jangan nak cerita agama kalau tak tau. Nah sekarang BN dah membuktikan kehendak rakyat didahulukan, dan rakyat memang menghendaki Tan Sri Isa Samad, sekarang kamu mengatakan rakyat pula yang kalah?? Bagaimana dengan rakyat di negeri Selangor yang mengangkat pemimpin2 yang tidak berpengalaman memimpin Selangor sehinggakan zakat pun nak digunakan dalam pentadbiran negeri Selangor?? Adakah ini salah rakyat?? Ini namanya demokrasi, memang ada cacat celanya kerana ia adalah sistem ciptaan manusia. Sistem ini yang memenangkan Tan Sri Isa samad, dan sistem ini juga memenangkan Nizar, Anwar Ibrahim dan ramai lagi, namun yang kalah tetap kalah, yang menang tetap menang. Rakyat hanya menjalankan hak mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, itu sahaja

    ReplyDelete
  7. salam,

    jangan terlalu seronok dan lalai dengan kemenangan di bagan pinang ni...

    If TS Isa does not walk the talk, BN will lose more in the next by-election (if any) or even the PRU 13.

    So, those who are now in power, better start the ball rolling.

    We the rakyat is watching you!

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Kemenangan Isa memang bergaya kerana menang dengan senang.

    Tapi adakah kemenangan senang ini akan bermakna juga BN menang senang di PRU 13 nanti?.

    Pilihan sebahagian kecil rakyat di sebahagian kawasan kecil tidak membawa maksud adalah pilihan rakyat jelata. Perlu diingat walaupun Isa baru sekali disabitkan dgn kesalahan rasuah, bukan bermakna sebelum itu ia tidak pernah melakukan kesalahan yang serupa? Walaupun ia telah dihukum, adakah satu jaminan yang ianya tidak ada berlaku lagi?

    Ingat Dato Seri, rakyat inginkan pemimpin yang berkaliber, bersih dan amanah...dan rakyat sentiasa inginkan pemimpin yang bersih dan amanah.

    Jika kita 'endorse' pemimpin yang korup, ini bermakna juga bersetuju melantik PM yang korup juga. Melantik PM yg korup hanya mendatangkan kemudaratan dan kerosakan.

    Saya juga turut gembira atas kemenangan BN, tapi BN mestilah serious dlm menangani masalah rasuah lebih2 lagi apabila melibatkan ahli UMNO sendiri. Rasuah mesti dikuburkan walau apa jua cara.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Datuk Sri dan semuanya.

    Umno telah menang. Pas telah kalah. Syabas kepada yang menang dan jangan lupa untuk mengutamakan rakyat 1 Malaysia amnya dan BP khususnya.

    Sekarang dengan tanda-tanda sokongan yang diberi oleh rakyat, sepatutnya BN berani membubarkan kerajaan negeri Perak. Lagi pun hari tu, kalah takat berapa kerusi aje.

    BN sepatutnya mencabar bukan dicabar.

    ReplyDelete
  10. AKUM DATO SRI JUMPA LAGI KITA DILAMAN DATO SRI YANG MEMANG MENARIK KERANA YA MASIH LAGI ADIL KEPADA SEMUA ITULAH HUJAH NYA ORANG JAWA INI TIDAK KEDEKUT SETEKAT MAKAN SEPINGGAN NASI DIPERSILAKAN TIDAK MENJADI APA2 YANG PENTING IKHLAS NYA ITU. DSKT Yang menang TAN SRI ISA SAMAD dan UMNO/BN itu yang kalah menang cemerlang bukan kerana UMNO/BN tapi faktor calun sebab beliau ada sentuhan yang ajaib tapi yang pasti bukan lampu aladin tapi ini memang benar2 manakjubkan walaupun dibaidas oleh mantan PM TDMM namun beliau cool sahaja bak kata orang sobar jang jangan melawan eko mudo dio udah tuo tu sobab nyo dio nyanyok.Saya ada mendekati pengundi dibagan pinang yang berumur mungkin dalam lingkungan 50an dia kata saya ini simpati kepada PAS tapi saya sayangkan TAN SRI ISA SAMAD namun saya juga benci dengan UMNO/BN sebab nya para pemimpin nya yang angkuh sombong. Saya berpendapat UMNO/BN bijak mengurus ISU dan PAS/PR gagal mengurus EMOSI itulahn yang membezakan antara kekuatan dan kelemahan antara ISU dan EMOSI adalah dua kelompok yang berbeza perkara ini telah difahami oleh UMNO/BN sedangkan PAS/PR langsung tidak menangani EMOSI pengundi sementara itu UMNO/BN telah mengupas beberapa ISU yang dilaungkan oleh PAS/PR. DSKT harap UMNO/BN sentiasa menangani ISU dengan bijak dan memahami EMOSI pengundi agar tidak UMNO/BN itu sendiri tidak ditinggalkan pengundi kerana UMNO/BN diselangor dalam keadaan bahaya sekarang ini jika diadakan PRU dengan mengejut UMNO/BN boleh kalah teruk kerana suasana dibagan pinang tidak sama diselangor. sekian dskt jumpa lagi wslm aku wong kampong parit loro blok Y1 TANJUNG KARANG

    ReplyDelete
  11. Dato Seri, Saya nampak kekalahan PR dalam PRK Bagan Pinang adalah 'temporary set back'.Kalau kita kaji senario di Bagan Pinang memang pun memihak pada BN daripada awal.

    Ini mungkin kerana, pengundi-penundi di Bagan Pinang memang tahu daripada awal bahawa 'undi askar' akan memihak pada BN.Maka pengundi mungkin membuat keputusan bahawa BN akan menang.senario inilah yang di mainkan oleh BN hingga mengelirukan pengundi.

    Beralih sokongan adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi.Hari ini BN menang dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam masa tiga tahun akan datang.Tunggulah sehingga PRU 13 jika hendak tahu bahawa PR telah hilang sokongna atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  12. Kemenangan T.Isa di bagan pinang dan penerimaan parti ke atas kehendak rakyat di bagan pinang menjadi satu hikmah kepada dato' Seri Khir selaku bekas MB Selangor. kalau T.Isa boleh kembali semula ke arena politik dengan jayanya, maka ini satu petanda bahawa Dato' seripun boleh naik semula dalam kancah politik Negeri selangor di masa akan datang. Insya Allah bekas-bekas MB yang berpengaruh seperti T.Sri Isa samad dan termasuk Dato' Seri sendiri di Sungai Besar adalah amat-amat diperlukan. Pemimpin tertinggi UMNO dan negara mesti celik mata dan ambil pengajaran dengan kemenangan ini. jangan memandang rendah pada bekas-bekas MB yang pernah berjaya dan mengharumkan nama negeri selangor sebelum ini. Good Luck

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum DSKT.,

    Tahniah atas kemenangan TSIAS kerana menang dengan majoriti yang sangat besar.,tatkala BN kalah disemua PRK lalu.,kemenangan yang boleh dijangkakan kerana keperibadian TSIAS.,
    Pada hemat saya.,kemenangan ini ada kerana beliau merupakan seorang yang merendah diri dan tidak sombong., dikenali dengan sifat yang ramah dan tidak mengikut protokol ketika pergi ke mana-mana majlis tidak rasmi.,sentiasa memenuhi undangan apabila di jemput kemajlis-majlis perkahwinan.,hendak di ikutkan mungkin ada benarnya kemenangan ini adalah kerana gagasan 1Malaysia.,tapi yang penting adalah calon itu sendiri.,
    tahniah kepada TSIAS.,

    ReplyDelete
  14. Menang tetap menang itu adalah takdir ALLAH yang maha esa walaupun cari la pelabgai alasan namun ya tetap kalah satu bab yang tidak boleh diubah.Takdirnya PAS/PR menang dibulan RAMADAHAN dan UMNO/BN menang dibulan syawal kira beginilah nabi MUHAMAD SAW menang perang BADAR dalam bulan RAMADHAN dan kalah perang UHUD dibulan SYAWAL itulah kesimpulan saya kepada DSKT untuk kita memikirkan nya agar UMNO/BN tidak alpa dengan kemenangan ini.Ada cabaran yang lebih besar lagi sedang menanti dihadapan tanganilah dengan bijaksana semoga kemenangan tidak melalaikan UMNO/BN itu sendiri. SEKIAN DATO SRI WSLM

    ReplyDelete
  15. kepada dr. shamsuddin moner el-askarey,

    jgn sama kan ds khir dengan ts isa....ds khir tidak kalah sebagai adun...malahan pru12 yang sudah undi beliau adalah salah satu undi terbanyak dimenangi olehnya dikawasan sendiri...dan ds khir juga tidak pernah dijatuhi hukuman bersalah berkaitan politik wang atau melanggar etika parti.....sperti ts isa.....

    kekalahan ds khir adalah kerana masalah kepimpinan dikawasan2 bandar dalam selangor....yang akhirnya jadilah ibarat

    sekor lembu bawa lumpur habis semua terpalit..harap dapat cari kaedah mendekati kumpulan muda dibandar...pemikiran yang duduk bandar lain dari yang kat kampung..

    apapun...tahniah kepada ts isa..walaupun saya sebahagian dari ramai2 yang kurang senang dengan peluang kedua kepada rasuah politik wang.....imej kepimpinan akan datang rosak kalau tak kena caranya..apapun nilah politik...

    ReplyDelete
  16. Ala datuk baru satu kali menang x kan semestinya rakyat dah mula menerima.. faktor calon dan kawasan jugak...
    Saya tgk undi pos kalau buang barulah macho namanya.. majoriti 2k++ barulah telus...
    Ini main undi pos... lepas tu canang rakyat dah mula menerima ... hehe.. saya x kisah PR kalah tapi biarlah telus... ada berani kasi semua undi pos dimansuhkan...? Sure x berani pula..saya berani potong jari. Cubalah kasi tentera semua cuti dan memangkah , apa salahnya.. kan ramai lagi tentera satu malaysia nie , gantilah mereka yg pegi mengundi , FRU pun boleh datang backup dari serata Malaysia , x kan tentera x boleh kot.. apa kata dengan memansuhkan undi pos barulah rakyat akan respek BN..
    Dengar kata nak buat undi online ? Betul ke ?
    Nampaknya makin 'telus' la mcm tu hehe.. datuk agak2 diterima x semula pru akan datang oleh rakyat selangor ? tepuk dada tanya selera .. jangan marah yer datuk..

    ReplyDelete
  17. salam.....

    Hanya pengundi bagan pinang sahaja yg
    tahu dan mahu akan calon yg hendak
    di angkat sebagai YB..TS ISA lah paling
    tepat pilihan mereka...siapa yg nak pertikaikan
    kuasa undi mereka di Bagan PInang.

    Harus dipercayai 'peluang kedua' yg diwar-warkan
    tidak ada pada pemikiran pengundi bagan Pinang.

    TS ISA ada aura tersendiri yg terpupuk dari dulu lagi...Inilah pemimpin yg dapat menambat hati rakyat di peringkat kawasan dan negeri...

    Adakah UMNO/BN mampu melahirkan pemimpin seperti
    TS ISA?....atau klon TS ISA?

    Bersedialah untuk berubah....

    ReplyDelete
  18. To Sang Saka Bangsa...
    TQ kerana ambil perhatian terhadap komen saya. Bagi saya inilah penyakit kome yang menunjukkan kome ada simptom keUMNOan yang kuat. Penyokong UMNO gila babi le gamaknya. Baguslah kalau semua orang UMNO berfikiran macam demo. Tak lama le hayat UMNO. Sepatutnya kita kena fikiaq biar UMNO jadi parti yang bersih, berintegriti dan berkredibiliti, bukan nak tiru pemimpin PR yang ada skandal. Kenapa gunakan Elizabeth Wong untuk menghalalkan tindakan dan membolehkan seseorang yang memang tak patut dibela bertanding? Ini semua hujah bela diri yang negatif tau? Pendapat seperti inilah yang banyak merosakkan UMNO. Percayalah...kalau kita hendak bangsa dan agama kita maju, pilihlah pemimpin yang amanah, bukannya perasuah!

    Rakyat Selangor tidak bersalah kerana memilih wakil rakyat yang belum berpengalaman, yang penting masih bersih dan kelihatan bersih (pada waktu itu). Satu kelebihan PR Selangor, sekurang-kurangnya mereka mahu bertanya apabila hendak menggunakan zakat untuk tujuan pembangunan, berbanding dengan pemimpin BN/UMNO yang serba tahu dalam serba serbi. Bukan nak menyokong PR, tapi inilah yang membezakan antara keduanya. Kalau tidak, masa
    kan BN S'gor kalah. Rakyat S'gor bodoh kaa????

    ReplyDelete
  19. Bagan pinang dah berjaya, AYUH mari SELANGOR kita tawan!!

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Kalau betul kemenangan BN disebabkan suara rakyat, memang betul banganglah pengundi2 di Bagan Pinang kerana memberi mandat kepada parti perasuah mewakili mereka. Saya tak rasa orang2 Bagan sebegitu bodoh sehingga tak dapat membezakan antara kaca dgn permata. Kemenangan haram BN lebih disebabkan oleh pengundi2 yd telah disuap dan pengundi hantu.

    Buatlah sesuka hati kau BN sampai satu takad nanti apabila Allah swt betul2 murka terimalah akibatnya.

    ReplyDelete
  21. Tahniah kepada BN. Kepada penyokong PR yang masih bengap pemikiran mereka, cucilah mata kamu semua. Kekalahan kamu bukan disebabkan undi pos. Bukan disebabkan rakyat dirasuahkan. Sebenarnya rakyat lebih bijak menilai kenyataan dari penipuan. Nak kata rasuah, Anwar lagi banyak rasuahnya. Tok-tok janggut yang lagak alim, tapi masih sokong pengikut kaum Luth. Mereka ni boleh tipu rakyat di Utara tapi jangan harap orang Selatan.

    ReplyDelete
  22. Rakyat dah bijak. Undi PAS undi DAP. PAS menang, PAS menjadi boneka kepada DAP. PAS menang, PAS akan membangun bersama DAP. PAS menang, kaki bontot akan jadi PM. PAS menang, banyak bini di dahulukan, duit rasuah balak di gandakan
    PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor

    ReplyDelete
  23. Salam semua.
    Alhamdulillah dan tahniah buat TS Isa, UMNO dan BN. Semoga Allah merestui kemenangan ini.

    Maaf, offtopic sikit kali ni.

    Jika forumer2 sekalian perasan, saya adalah salah seorang BEKAS penyokong PKR.

    Ada byk sebab knp sy kembali menyokong UMNO... diantara adalah kerana PKR dan PAS mempraktikkan cara berkata dan gaya bahasa yg SANGAT kasar.

    Lihat shj komen2 dari pihak mereka di atas.
    Knp perlu marah dlm berforum?
    Knp perlu menghina jika ada pendapat2 kita disangkal?

    Ingatlah... bahasa itu melambangkan jiwa.
    Kotor jiwa kita maka kotorlah bahasa yg keluar dari mulut kita.

    ReplyDelete
  24. Untuk "Radio buruk 007 fm"

    Anuar Berahim pun apa kurangnya, malahan lebih dari isa samad.. masing-masing mendapat peluang ke dua. Jika mereka berdua benar insaf atau tidak, layak atau tidak layak, kita tak berhak menentukanya. Kalau anda rasa isa samad tidak layak diberi peluang kedua, begitu juga lah dengan anwar.Kerana apa.....kerana ditakuti anwar akan kemabli ke tabiat lamanya, iaitu rasuah dan meliwat setelah mendapat kuasa. Lihat lah siapa diri kita.

    ReplyDelete
  25. kalau macam ni sampai bila pun rasuah tak dapat dibersihkan. malangnya negaraku malaysia

    ReplyDelete
  26. Abdul Raheem,
    Kalau BN minta bubarkan DUN Perak, habislah krebility BN and Sultan Perak. Sultan Perak yang membuat keputusan tidak mahu bubarkan DUN bukan BN. Adakah kalau BN minta bubar DUN Perak, Sultan akan perkenan? Jadi kita sebagai orang Melayu perlu menghormati keputusan Sultan dan Mahkamah..

    Radio buruk 007,
    Bertanyakan tentang wang zakat? Aha..uar..uar kat dlm dewan..bagus sangatlah tu..Tan Sri Khalid..MB Selangor??..aku rasa sebelum tanya kat dewan tanya dulu Ustaz dia kat luar dewan dulu..jangan menampakkan dia tu tak tahu agama..
    Ko kena paham kenapa..rakyat Melayu mahu ajar BN masa tu..kalau PAS, DAP dan PKR istihar bergabung sebelum pilihanraya PR-12..mesti PR kalah PR-12.. PR bergabung cuma selepas pengumuman PR-12. Maknanya RAKYAT SELANGOR DITIPU..ko ingat Melayu suka sangat ke DAP nie??sebb tu Perak kembali ke BN..sebb? DUN DAP dlm PR lebih banyak...
    Memang aku setuju kita perlu memilih pemimpin yang amanah….tapi elok kalau kita pilih yang tak ada hutang berbilion dengan bank..

    Bab undi POS..setiap wakil dari parti masing2 diberi peluang meninjau semasa proses mengundi..ada MARFEL pulok tu..pastu setiap peti undi ditanda tangan oleh Ketua Tempat Mengundi..peti dibawa escort oleh Polis..setiap undi ada no siri..bila kalah bising2..suruh cabar kat mahkamah..tak mahu..suruh lapor..tak mahu..kata nak report polis nak bawak mahkamah…senyap jer…menyalahkan pihak orang lain..SELALU..APA NIE?? nak buat apa lagi tak tahula agak2 biarlah PAS, DAP dan PKR jadi SPR lah senang…

    ReplyDelete
  27. MELAYU BERTEKAK DALAM BLOG TAPI KERJA MASIH TAK TELUS ITULAH HAKIKAT NYA SAYA PERGI KEPEJABAT JKR KUALA LUMPUR KANTIN NYA PENUH SENTIASA BILA PULA WAKTU MEREKA BEKERJA

    ReplyDelete
  28. saya sempat berkampung di bagan Pinang selama 10 hari untuk membuat analisis pilihanraya di sana. Saya dah utarakan 3 faktor kemenangan besar BN dan 3 faktor kekalahan PAS di Bagan pinang. untuk mengetahui analisis yang saya lakukan dengan rakan-rakan Facebook di sana, bolehlah layari laman blog saya http://shamsuddinmoner.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. salam DK,

    Yang pasti rakyat lah yang paling berkuasa, bukan BN atau PR. Sesiapa yang boleh memaksimakan keperluan dan kehendak rakyat akan dipilih menjadi orang suruhan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

    Tahniah pada rakyat yang telah mengundi.

    ReplyDelete
  30. Sang Sangka Bangsa,
    Memang benar ini sistem manusia banyak cacat celanya. Itu pasal kita kena guna sistem yang diperintah tuhan melalui Al Quran...hukum hudud.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum DSKT,

    Kepada TheBendahara:

    Kita kena jaga air muka. Asyik mereka (BA - Barisan Anwar) aje cabar kita. Bila kita (BN - Barisan Najib)nak cabar mereka. Tak percaya bacalah Harakah ke mana-mana surat khabar dia.

    Mana ade kita BN cabar BA! Apa, ingat BN dayus ke?

    ReplyDelete
  32. Kepada MAD,
    Sebagai sebuah negara Islam, lebih malang lagi kalau negara ini di pimpin oleh peminat kaum Luth. Minta jauhilah dari malapetaka.
    Kepada Bwh,
    Rasuah oleh Anwar dan Khalid kau tutup mata. Kongsi gelap Ronnie kau suapkan. Gambar bogel wakil rakyat kau tak apa. Nik Ajis kata halal sebab bukan Islam tak apa bogel. Tu sebabnya Kelantan tak maju-maju sebab balasan Allah?

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah..kemenangan BN akhirnya terjelma jua. Tahniah pada TS Isa. Apa yang penting muhasabah kembali punca membawa kepada kemenangan. Ahli UMNO terutamanya perlu sedar dan setia pada parti. Jangan kerana pilihan sendiri tidak tercalon maka undi tidak diberi. sebaiknya pemilihan calon ditapis dan nama yang dikeluarkan hanya satu nama yang terbaik. Berpegang teguh pada parti jika mahu kemenangan berterusan. Dekati hati pengundi atas pagar. Fahami hati ahli parti. Tangkis semua tohmahan pembangkang

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum dr

    Tahniah untuk Tan Sri Isa Samad kerana berjaya membuktikan bahawa pilihan untuk memilih beliau menjadi calon di Bagan Pinang adalah tepat.

    Memang di Bagan Pinang UMNO/BN menang bergaya,itu bukan lah petanda aras yg tepat untuk UMNO/BN.tapi ianya cukup untuk menaikan semangat orang UMNO/BN untuk menjadi lebih berdedikasi dan komited dalam ape jua kerja yg perlu dilakukan.

    Tan Sri Isa Samad dan veteran UMNO patut diberikan tugas untuk mendidik angkatan muda bagaimana untuk menjadi pemimpin yg di senangi dan begitu mesra bila didampingi.Atau sekurang kurangnya mereka perlulah membukukan segala pengalaman mereka untuk menjadi ikutan atau rujukan kepada generasi akan datang.

    ReplyDelete
  35. Salam DS,
    Tahniah di atas kemenangan di Bagan Pinang.
    Teruskan usaha bagi menghadapi PRU 13.

    wassalam

    ReplyDelete
  36. Sapa kata UMNO tak bagus..mmg perjuangan UMNO utk memartabatkan bangsa melayu,tetapi pemimpin UMNO sendiri yg menyebabkan melayu benci UMNO..sbbnya mereka mengaut kekayaan negara utk mengisi tengkolol mereka, rasuah sana sini..lihat sendiri pada diri datuk seri,brp cepat datuk membolot kekayaan semasa menjadi MB,saya rasa anugerah2 kebesaran ni patut dimansuhkan..buat org tinggi diri,apa kata yg berhormat digantikan dgn yg berkhidmat..saya yakin dlm pru akan dtg PR akan mendapat kejayaan

    ReplyDelete
  37. Dr Khir

    Kalau dah menang tu sekali tu jangan lupa yang kita pernah kalah 6 kali (tolak Bagan Pasir). Jangan lalai dengan kejayaan kerana kadang-kadang kejayaan akan musnah dengan sikap terlalu yakin.

    Oklah,memang Tan Sri Isa patut menang, dan peluang kedua itu telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh BN dan Tan Sri Isa. Sekarang yang penting kena kerja kuat dan istiqamah untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terbanyak. PR tak kuat, tetapi BN yang lemah.

    Minggu lepas saya baca Harakah dan Nik Aziz menempelak kemenangan Tan Sri Isa kerana di katakan individu tidak bermoral dan mempunyai salah laku. Nak tergelak saya membaca kenyataan beliau dalam Harakah,agak-agaknya Nik Aziz dah rabun atau buta kot..Anwar Ibrahim and The Gang lagi teruk perangai,tak perlulah saya nak huraikan, Nik Aziz boleh minta Husam atau anak beliau sendiri senaraikan buruk laku bakal PM meroyan itu..huuh..

    ReplyDelete
  38. Kpd Zainal, Ronnie Liu dalam setahun lebih sudah jadi Jutawan, begitu juga dgn Rodziah. DSKT pun terpaksa ambil masa 2 penggal utk beli rumah sendiri. Beliau sanggup dedahkan harga rumah sebenar yg dinilai oleh jurunilai bertauliah, loan bank yg dibuat oleh beliau. Rodziah dan Ronnie mana ada tunjuk itu semua. Rumah Rodziah pun makin besar tunggu siap saja.

    ReplyDelete
  39. Takbur dan bongkak cara penyokong PR berfikir, PRU 13 belum tentu lagi akan menyebelahi PR. Jika hajat tak kesampaian maka akan banyak lagi tuduhan liar dilemparkan bagi menutup kegagalan sendiri.

    Hajat Hati nak peluk bulan
    Bulan pecah roket yang langgar
    Bila kalah hati meroyan
    kepala biul lutut mengeletar

    ReplyDelete
  40. Ada orang kata, jangan terlalu ghairah sangat dengan kemenangan yang lebih besar ini. Apa komen Dr. ?

    ReplyDelete
  41. Salam DS,
    Lama agaknya meninggalkan blog ini.....Saya ingin komen tentang pendatang tanpa izin di negeri sabah yg hari ni diterbit oleh Thestar yg menyatakan dalam 6 org sabah,1 org adalah pendatang asing tanpa permit.....!!!Diharap kerajaan serius akan kes ini....
    Saya ingin tekankan mengenai kes Bakun Dam yg lama terbiar.....saya tak terkejut jikalau ada pihak yg membangkitkan kes ini dan mendapati jumlah penyelewangan wang rakyat lebih besar dari PKFZ.....hati2lah untuk kerajaan mecamana yg menyapu sampah-sarap ni yg terbiar lama!!!

    Sekian....
    Saya harap DS akan terbit komen saya diatas kerana ini adalah suara rakyat...!!!

    ReplyDelete
  42. harap yang dah rasuah tak payah tanding lagi

    ReplyDelete