Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, October 19, 2009

Bajet 2010 : Negara Kebajikan, Negara Sejahtera dan GST

1. Bajet 2010 yang akan dibentangkan beberapa minggu lagi merupakan bajet pertama di bawah YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas beberapa polisi yang dilancarkan segera sebaik memegang jawatan, pembentangan Bajet 2010 merupakan satu kayu ukur atau penanda aras terpenting untuk melihat sejauh mana kesungguhan kepimpinan baru "mengota apa yang dikata, menunai apa yang dijanji."

2. Sejak beberapa bulan lalu banyak tuntutan, permintaan dan cadangan yang dibuat untuk pembentangan bajet ini. Ada yang realistik, ada yang bombastik dan ada pula yang terlalu bersifat futuristik kepada realiti semasa.

3. Pembentangan Bajet kali ini sukar dan getir dari segi kepentingan ekonomi negara dan juga kedudukan politik Barisan Nasional selaku parti pemerintah negara.

4. Dari segi ekonomi, sungguhpun wujud tanda-tanda pemulihan namun banyak pihak terutama pelabutr asing (dan juga tempatan) masih bersikap tunggu dan lihat terutamanya apakah polisi dan hala tuju ekonomi negara yang akan dibentangkan di dalam Bajet 2010.

5. Dari segi politik, Barisan Nasional menghadapi dilema kerana Pakatan parti-parti lawan menawarkan segala-galanya untuk mendapat sokongan. Ini termasuk janji-janji kebajikan yang nampak manis dalam jangka masa singkat tetapi akan memberi kesan dalam jangka masa panjang kepada ekonomi negara.

6. Di bawah slogan negara kebajikan, mereka menjanjikan pemberian subsidi yang luar biasa kepada harga petrol, penghapusan harga tol, air percuma, pendidikan percuma sehingga universiti dan gaji minima yang tinggi. Malahan cara mereka berhujah seolah-olah tiada seorang pun akan miskin sekiranya mereka memerintah.

7. Oleh kerana tawaran-tawaran ini bersifat luar biasa, ditambah pula dengan bebanan kos sara hidup rakyat yang sangat tinggi di bandar maka banyak kawasan-kawasan bandar jatuh ke tangan parti lawan dalam pilihan raya yang lalu.

8. Sebagai pemerintah, BN tidak boleh menawarkan sesuatu yang luar biasa dan tidak realistik kerana ia akan memberi kesan buruk pada masa akan datang bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada negara.

9. Justeru Bajet 2010 tidak seharus menjadi alat untuk menunjukkan siapa yang lebih berkebajikan atau berlumba-lumba memberi subsidi sehingga negara mengalami defisit dan menjurus kepada krisis perbendaharaan pada masa akan datang.

10. Bagi membezakan negara kebajikan dan negara sejahtera ini mungkin pesanan lama boleh dijadikan panduan. Sejak dahulu kita dingatkan bahawa jika sayang anak dan keluarga berilah kail bukannya ikan kepada mereka.

11. Jika diberi ikan habis dimakan, maka diminta lagi sehingga kita pun boleh kehabisan ikan. Sebaliknya jika diberi kail atau pancing, mereka akan mendapat lebih banyak ikan malah membantu orang lain pula. Justeru jika kita berterusan mengharapkan negara kebajikan maka terjadilah kisah memberi ikan bukannya pancing atau kail. Akhirnya negara tidak lagi mempunyai daya tahan kerana kekurangan sumber.

Bajet 2010 Ke Arah Negara Sejahtera

12. Dalam membentuk Bajet 2010 untuk negara sejahtera, saya berharap kerajaan memberi tumpuan seimbang antara Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Sosial.

13. Ukuran kejayaan pembangunan negara tidak seharusnya tertumpu kepada statistik ekonomi semata-mata seperti pendapatan perkapita rakyat dan angka-angka pelaburan.

14. Kerajaan harus ada Indeks Sosial Negara yang melihat kualiti hidup rakyat terutamanya di bandar besar. Indikator sosial ini pula janganlah disempitkan seperti mana sebuah parti politik yang hanya gemar membicarakan isu akhlak dan moral.

15. Sebaliknya indikator sosial negara harus mengambil kira kualiti hidup dalam bentuk kesihatan, keselamatan, pendidikan, kemiskinan tegar dan orang kurang upaya.

16. Misalnya apakah tahap kualiti hidup kita jika kita terpaksa membayar kawalan keselamatan tambahan setiap bulan untuk menjadikan kawasan perumahan sebagai "gated community". Di samping itu pula kita memasang lagi penggera keselamatan ruma dan sebagainya. Di kawasan-kawasan tertentu yang dianggap maju seperti di USJ, Damansara dan Subang Jaya, anak-anak tidak lagi bebas bermain di luar kerana banyak sekali jenayah.

17. Demikian juga apakah kualiti indikator sosial apabila ramai pelajar universiti terpaksa membayar pinjaman pendidikan berjumlah puluhan ribu sebaik tamat pengajian. Pertanyaan-pertanyaan indikator sosial juga akan menjurus kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, peluang pekerjaan untuk orang kurang upaya dan ibu tunggal serta program pembasmian kemiskinan secera menyeluruh. Bagaimana pula dengan hala tuju pembangunan belia? Apakah pula usaha kerajaan meningkatkan kualiti kehidupan golongan warga emas?

18. Justeru pada pendapat saya Bajet 2010 harus ke arah menjadikan negara ini sebuah negara yang sejahtera. Kerajaan harus bertanggungjawab secara serius, bukan sekadar ada atau sambil lewa, terhadap perkara-perkara asas yang penting seperti kesihatan, keselamatan, pendidikan, tenaga kerja dan peluang ekonomi untuk menjadikan sebuah negara sejahtera.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

19. Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah cadangan melaksanakan Good and Service Tax (GST).

20. Saya difahamkan GST dicadangkan sebagai satu langkah menambah hasil negara yang akan berkurangan akibat liberalisasi dan kemunculan kawasan-kawasan perdagangan bebas termasuk ASEAN Free Trade Area (AFTA)yang sedaya upaya mengurang atau menghapuskan cukai impot.

22. Masalah dengan GST ialah ia meletakkan beban kepada pengguna akhir. Pengeluar, pemborong dan peruncit akan mengenakan caj GST yang dikenakan kepada mereka. Akhirnya pengguna akhir yang menanggung kos ini sepenuhnya.

23. GST akan lebih memberi kesan kepada pengguna luar bandar di mana lebih banyak transaksi barang berlaku sebelum sampai kepada pengguna akhir.

24. GST sungguhpun bertujuan untuk hasil negara bagi menguruskan kerja pentadbiran dan pembangunan namun saya tidak dapat menolak dari melihat dari sudut yang "jahat".

25. Jika tidak dilaksanakan dengan baik, GST tidak lebih daripada satu alat untuk memindahkan cukai daripada kapitalis kepada pengguna. Ia hanya menguntungkan pengeluar, pemborong, peruncit, firma perakaunan dan kerajaan. Ia langsung tidak menguntungkan rakyat sebagai majoriti pemegang saham negara.

26. Kepada rakyat, GST hanya akan meningkatkan lagi kos sara hidup sekaligus akan menjejaskan kualiti hidup rakyat terutama dari rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

27. Namun GST boleh dilaksanakan dalam keadaan menguntungkan rakyat dan menjadikan negara sejahtera sekiranya kerajaan bersedia:

a. mengurangkan kadar potongan cukai pendapatan;
b. meningkatkan jumlah gaji minima yang dikenakan potongan cukai daripada RM 2, 500 ke atas kepada RM 5, 000 ke atas
c. Mengecualikan GST ke atas barangan keperluan asas seperti beras, gas, petrol dan beberapa lagi barangan yang dianggap perlu. Untuk menampung kekurangan ini kerajaan boleh mengenakan GST dalam dua lapisan, di mana GST bagi barang mewah dikenakan lebih tinggi dari barangan biasa.

28. Jika benar kerajaan berhasrat mewujudkan negara sejahtera kepada rakyat maka sebarang perubahan yang dibuat harus mementingkan keadaan rakyat masa kini terlebih dahulu berbanding kepentingan lain.

18 comments:

  1. Salam Dr Mohamad Khir,

    Syabas Dr kerana telah mengenengahkan perkara-perkara diatas. Cuma saya suka menambah dua aspek lagi yg saya fikir tidak kurang pentingnya yang berkait perkara 15 - Ke Arah Negara Sejahtera yang AMAT dekat dengan rakyat.

    Pertama: kerajaan perlu melihat aspek kebanjiran dan guna tenaga warga asing di Malaysia (ramai sangat dah pekerja asing sekarang ni)

    Kedua: kerajaan perlu memperbaiki segera sistem pengurusan BPT seluruh negara kerana banyak juga isu-isu setempat yg yang mungkin KECIL tetapi besar juga natijahnya jika ia terus berterusan. Sebagai contoh: Isu kebersihan dan sampah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya suka hujah no.6, mmg itu yg saya fikir selama ni

    ReplyDelete
  3. CADANGAN DAN MELAKSANA adalah dua perkara yang amat berbeza. Bila diberi peluang memegang kuasa, kita mengabaikan perlaksanaan dan melihat hina dan keji kepada pencadang.

    ISU kilang haram depan rumah aku 10 TAHUN diperjuangkan sehingga sekarang masih tertegak megah..itu peristiwa diera Khir Toyo semasa menjadi menteri besar.

    Bagaimana rakyat hendak percaya..

    ReplyDelete
  4. Salam DS,
    Syabas DS membentangkan isu budget 2010 ini dan dengan keadaan sekarang yg agak runcing dlm ekonomi dunia ini,saya rasa budget kali ini adalah yg paling sukar untuk kerajaan Najib untuk memenuhi kehendak semua rakyat malaysia.Di dlm keadaan Dificit negara yg agak tinggi,amat sukarkan lagi keadaan budget pada kali ini....
    Cuma apa yg saya harapkan dari kerajaan pada budget kali ini priority mseti ditekankan pada ISU ALAM SEKITAR,KESELAMATAN DI NEGARA KITA,DAN ISU BANJIR DAN KEMUDAHAN AWAM DI KL.....!!!
    Saya harap juga kadar company tax dapat dikurangkan kerana tax ini adalah yg paling tinggi diantara negara2 asian mahupun di asia supaya lebih ramai lagi invstor dapat dimasukkan dgn kadar tax yg munasabah.

    Sekian!
    1MALAYSIA
    RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!

    ReplyDelete
  5. Memanglah dato' Seri, kerja pembangkang di malaysia ni mudah saja. Mereka bukannya memerintah di pusat, jadi mereka akan janjikan yang macam-macam. Sebenarnya, dalam agama kita tidak ada istilah 'membangkang', yang ada adalah istilah 'nasihat' sebab agama Islam itu adalah agama yang menitik beratkan soal nasihat menasihati. Ad-Dinun Nasihah. "Wata'awanu alal birri wat taqwa wala ta'awani alal ithmi wal 'udwan". Yang suka membangkang dan menentang ni hanyalah Iblis sahaja. Kita semua disuruh menasihat menasihati dan juga tolong menolong atas perkara kebenaran dan jangan kita tolong menolong dan bantu membantu kepada perkara keji dan mungkar.

    Jadi, dalam bab bajet 2010 ni, kalau benar-benar pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai pakatan Rakyat, maka mereka seharusnya mencadangkan sesuatu perkara yang realistik dan mudah tercapai oleh kerajaan dalam pembentangan bajet 2010.

    Mereka kena ingat bahawa dalam PRU-12 dahulu, hampir 51% undi popular menyokong Pakatan Rakyat. jadi, mereka sepatutnya mengemukakan idea dan juga strategi yang inovatif dan konstruktif kepada kerajaan BN dalam bajet 2010 ni kerana ianya bakal dinikmati oleh sebahagian besar pengundi-pengundi yang menyokong pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  6. Salam DS,
    Kerajaan perlu kaji sedalam-dalamnya dan serius untuk mengurangkan perbelanjaan yg tak sepatutnya.Deficit adalah perlu dikawal dengan eficient dan ramai yg menyatakan Malaysia telah keluar dari Krisis ekonomi global dan sedang kearah ketumbuhan positif.Saya mengangap krisis ini belum berakhir kerana banyak perkara belum diselesai ataupun stable.
    Sebenarnya Malaysia mengalami kesan krisis ini dengan kadar pelabur yg tak sebegitu banyak pun mengucup ke kadar -5~-6%,apatah lagi bila kita betul2 mendapat pelabur asing yg begitu banyak lagi.pertumbuhan di negara kebanyakan disumbang oleh syarikat tempatan.

    Sekian

    ReplyDelete
  7. akm ds..

    Ds ada menyebut tentang memberi pancing...kalau memberi kupon beras pulak macam mana, apa pendapat DS.

    Saya rasa pancing tak elok di beri, kerana memancing ni macam mintak sedekah, nak tunggu ikan sekor membuang masa.

    Saya rasa elok di berikan pukat, sebab pukat ni boleh dapat banyak ikan..

    ReplyDelete
  8. Salam DS...
    Saya nak respond tentang konsep negara berkebajikan (PR), atau negara sejahtera (BN) - perkara 5-11 yang dilontarkan oleh DS.
    Sebagai rakyat, saya MEMANG berharap pihak BN, sebagai parti yang memerintah akan berlumba-lumba dengan PR untuk mengetengah dan melaksanakan program2 'kebajikan' kepada rakyat. Bagi saya memang tugas pemerintah @ pemimpin untuk menyenangkan atau memudahkan urusan rakyat. Jika tidak mampu...sila undur atau diundurkan, berikan kepada pihak yang mampu melaksanakannya. Benarkah kerajaan tidak mampu melaksanakan program kebajikan sebagaimana yang ditawarkan oleh PR? Saya fikir kerajaan mampu jika dapat melaksanakan tadbir urus yang cekap dan berkesan. Negara kita kaya dengan pelbagai sumber dan khazanah. Bagi saya, bukan persepsi lagi, malah telah terbukti memang banyak ketirisan dan pembaziran yang berlaku sehinggakan satu skrew driverpun berharga RM 40.00 - kalau tak silap, sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu. Bahkan amalan mark up harga merupakan fenomena biasa dalam mana-mana projek kerajaan. Mengapa perkara ini tidak dipandang serius oleh pihak pemerintah? Alasan yang diberi oleh kontraktor kononnya bayaran yang dibuat oleh kerajaan lewat. Hakikatnya kontraktor perlu membayar komisen (baca:rasuah) kepada rakan kongsi lelap mereka (daripada bawah hingga ke atas, dari kerani kecil sehinggalah pemimpin yang terlibat dalam projek tersebut). Perkara ini saya fikir disedari oleh Tun Abdullah. Sebab itu beliau mengarahkan pembayaran dibuat dalam masa 14 hari. Namun dari segi pelaksanaan masih gagal...

    Pemimpin UMNO yang terdahulu, seperti Tun Razak telah menjadikan 'membela kebajikan rakyat' suatu keutamaan dalam era kepimpinan beliau. Pelbagai program yang benar-benar memberi impak kepada kebajikan rakyat...Kewujudan PETRONAS, FELDA, FELCRA, Buku Hijau dan sebagainya adalah untuk menjaga kepentingan rakyat. Hasilnya beliau dikagumi dan disegani oleh kawan dan lawan, sehinggakan berjaya membawa masuk PAS ke dalam BN. Bukan seperti rata-rata pemimpin UMNO hari ini yang sanggup membiarkan orang melayu berpecah, asalkan kedudukan dan kepentingan mereka tidak tergugat. Bahkan terdapat seorang pemimpin UMNO pernah mengatakan 'ini (Malaysia) bukan negara welfare (kebajikan). Ini pemimpin jenis apa? Pemimpin makan gaji buta ko? Ini yang akhirnya menyebabkan UMNO semakin jauh dari realiti kehendak rakyat...

    ReplyDelete
  9. SALAM....

    DALAM BAJET 2010 ITU NANTI....PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN MEGA KEPADA PERKARA-PERKARA YG TIDAK
    PERLU WAJIP DI HAPUS, DITANGGUHKAN ATAU DIKURANGKAN...CONTOH SEBAHAGIAN PERUNTUKKAN DALAM PERTAHANAN,PERUNTUKKAN UNTUK PEMBANGUNAN YG TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA GOLONGAN SASAR.

    KALAU SELAMA INI BAJET UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT HANYA 20% DARI KESELURUHAN BAJET...APA
    KATA BAJET 2010 NANTI SEKURANG-KURANGNYA DINAIKKAN KEPADA 40-60% DARI KESELURUHAN BAJET!

    1MLAYSIA...RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!

    ReplyDelete
  10. Salam DS,
    Saya amat bersetuju dengan saudara Dr.Shamsudin dengan cadangan agar kedua-dua pihak duduk berbincang tentang bajet negara.....TETAPI Dr .PERLU INGAT YG TAHAP KUALITI WAKIL RAKYAT DINEGARA KITA MASIH RENDAH DI KEDUA-DUA PIHAK(BN & PR).....Cadangan Dr boleh dilaksanakan di negara eropah,atau di jepun...tetapi masih belum dapat laksanakan dinegara kita!!!Untuk meningkatkan tahap kualiti MP kita,satu bentuk kursus ataupun positif thinking course untuk semua MP dinegara kita!!!

    ReplyDelete
  11. salam tuan...

    saya tertarik akan point no.6...sebenarnya tidak perlulah dinyatakan bersama ianya seolaha2 menunjukkan kelemahan di pihak UMNO yg tidak mampu memberi manifesto sebegitu...

    walaupun dinafikan oleh tuan... kenyataanya tetap sahih dimana, air telah diberikan percuma diselangor...tol percuma di terenganu pada thn 1998 ketika pas memerintah...ini dua drp 4 perkara yg dinyatakan tuan...

    vanezuela sebuah negara yg mundur drp malaysia mampu memberi perubatan pecuma kpd rakyatnya... mungkin tuan perlu bercuti ke venezuela drp bercuti di disneyland...

    kpd dr.shamsuddin
    kamus dewan bahasa menyatakan " pembangkang" bermaksud oposisi berhaluan kiri dimana ianya terbentuk dalam sesuatu institusi.

    1)bagaimana agaknya "pihak pembangkang" hendak di tukar kepada "pihak penasihat"???

    2)adakah "membangkang" perkara kebaikkan juga dikira perbuatan iblis?? umno membangkang hukum hudud.. adakah umno juga spt iblis? PAS membangkang calon "rasuah" dibagan pinang... adakah itu juga digelak spt iblis??

    3)baiklah...kita terima pendapat dr.samsudin.. ...mcm nilah... bagaimana agaknya jika dlm dewan parlimen "pihak pembangkang" digelar sebg "pihak penasihat"..?

    4)"pihak penasihat" tidak boleh membangkang tapi harus menasihat pihak kerajaan...

    5)bolehkah pihak kerajaan sedia ada menerima "pihak pembangkang" sbg pihak penasihat kpd kerajaan..??

    6)cth mudah Tun Mahathir sbg penasihat UMNO.. layanan begitu istimewa diberikan kpd Tun.M untuk mengulas tentang UMNO diserata media massa..

    adakah "pihak penasihat" ini juga akan menerima layanan sebegitu...??anda sendiri boleh lihat media massa yg berat sebelah...


    dr shamsudin juga menyatakan bahawa 51% kemenangan PR dalam pru12 adalah undi popular...

    1)kamu ni doktor falsafah apa??peratusan dimana kamu ambil?...popular bagaimana yg kamu nilaikan??

    2)antara nizar vs tajol rosli??siapa popular??
    antara azizan vs mahathir??siapa popular?? antara limguan eng vs khoo soo khoon?? siapa popular?? antara khir toyo vs khalid siapa popular??

    tiada siapa kenal nizar..lim guan eng..azizan..khalid...sblum PRU12...INI FAKTA...

    3)mengemukan idea utk BN...
    a)idea royalti minyak 20%utk sabah sarawak ada terima?
    b)idea royalti minyak utk kelantan...ada terima?
    c)idea "shadow cabinet" yg dipraktikkan di UK,Denmark,Australia yg ternyata mampu membela rakyat di sana...di pandang hina kerajaan BN...


    tepuk dada tanya selera..

    ReplyDelete
  12. Dato Seri dan Para Commentators,

    Pd pendapat saya tidak salah jika Kerajaan BN yg memerintah sekarang mempraktikkan kedua-dua konsep iaitu Sejahtera & Kebajikan. Lagipun pd pendapat saya jika dikaji dan diagihkan betul² tidak mustahil kebanyakkan soal tentang kebajikkan dapat diuruskan. Walaupun bukan keseluruhan kebajikan 100% tetapi sekurang-kurangnya 50% boleh dicapai. Manakala dari segi kesejahteraan yang dicadangkan oleh Dato Seri dan Kerajaan BN juga boleh dilaksanakan dalam masa yang sama.

    Jadi kesimpulannya disini ialah TIDAK salah langsung jika BN mengambil idea PR walaupun akan dicop sebagai mengambil idea tetapi hakikatnya dapat memberi advantage pada BN atau credit dari segi melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yg memerintah.

    Saya menekankan soal kebajikan tidak bermakna saya menyokong PR. Lagipun apa lah sangat kita memberi kebajikan yang berpatutan. Maksud berpatutan ini ialah biarlah kena dengan tempatnya. Kalau Malaysia boleh beri pendidikan dari Sekolah Rendah hingga Tamat SPM pun sudah kira cukup. Kalau ada bujet atau duit lebih mungkin kerajaan boleh menyediakan sebuah institusi pengajian tinggi yang mampu ditanggung oleh golongan miskin..maksudnya yuran murah. Tidak salah pun. Selain daripada itu, mungkin soal perubatan juga kerajaan boleh beri kebajikan untuk sesetangah penyakit yg biasa dihadapi oleh rakyat Malaysia seperti Kencing Manis atau Jantung. Penyakit kanser mungkin agak mahal..tetapi kalau kerajaan boleh menyediakan perubatan yg cukup serta pakar yang baik dan banyak- tidak salah juga jika harga kos yg ditanggung oleh rakyat dapat dikurangkan (subsidy).

    Satu lagi para Imam, sami², serta padri² ini juga tidak salah kalau kerajaan boleh beri ALAUN seperti pegawai gred A. Bukan gaji tetapi ALAUN. Mungkin dengan cara ini BN akan lebih digemari suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  13. Salam DS,
    Minta maaf yg mana topik diatas adalah bajet 2010 akan TETAPI SAYA KURANG PUAS HATI DGN KES LINGAM YG SEMEMANGNYA TELAH DIANGGARKAN OLEH SAYA TELAH BERLAKU......BOLEH LEPAS DENGAN SDEMIKIAN DAN DIMANAKAH ARUS SIKAP BERUBAH DAN BERANI SUARA DILAUNGKAN OLEH PIHAK KERAJAAN BARU???Terkilan rasanya....SEMEMANGNYA RAKYAT MALAYSIA SEMANGKIN KURANG CONFIDENT DGN SISTEM PENGHAKIMAN NEGARA KITA!!!

    Sekian!

    ReplyDelete
  14. Kalau GST dilaksanakan, ramai rakyat akan merana. Golongan atasan yang hanya merasa kebaikannya, tetapi bagi golongan sederhana dan orang kampung bagaimana? Banyak perkara kerajaan perlu tumpukan, sebagai contoh pelepasan penggajian perlu dinaikkan dari 8000 ke 15000. Percent kena cukai juga harus dikurangkan. Waktu sekarang ini, gaji RM5000 seperti orang bergaji RM800 utk 10 tahun lepas.

    ReplyDelete
  15. AKUM SALAM JUMAAT HARI BELANJAWAN SEMUA NYA BAIK2 TUNGGU DAN LIHAT APA YANG KITA DAPAT?. Hari ini ialah belanjawan akan dibentangkan maka pada sebelah malam nya berita utama diTV3 TV7 TV9.Dan yang pasti RTM1 RTM2 tidak ketinggalan akan menyiarkan ulasan dan anlisis bajet 2010 apakah menfaat yang akan diperolehi oleh golongan bawahan dan menengah iaitu kelas majoriti dinegara kita diaman kelas ini ada 67% peratus penduduk negara ini. Golongan bawahan dan menengah ini ialah golongan yang terseksa dengan peningkatan kos sara hidup yuang semangkin meningkat dari masa kesemasa apakah golongan ini akan mendapat perhatian dalam bajet 2010? kita tunggu dan lihat.Golongan pekerja swastalah sekarang ini yang amat menderita adakalanya keperitan mereka tidak mendapat perhatian dari mana2 pihak cuma cakap sahaja diTV lepas itu senyap isu pencen pekerja swasta pun belum dapat diselesaikan sehingga kini apakah ada ramuan baru dalam bajet 2010 untuk golongan ini kita pun kena tunggu dan lihat. Petani dikampung pun sama juga menghadapi keperitan unutuk hidup tidak terkecuali orang sungai panjang dan tanjong karang KOS sara hidup dikampong pun sama semakin meningkat macam tiada kawalan oleh pihak berkuasa kenapa bila ditanya kepada menteri atau orang yang bertanggungjawab tidak cukup kakitangan apakah alasan semacam ini boleh diterima lagi oleh raktyat?.Saya tidak mengulas panjang kita tunggu sahaja pembentangan bajet 2010 nanti siapa yang dapat habuan pasti akan senyum yang tidak akan macam biasa lah terus berfikir berputar mencari idea macam mana nak tambah dana nya dalam poket demi hidup. Sekian wslm jumpa lagi dato sri kito sekampong blok y1 sg burong tg karang

    ReplyDelete
  16. salam ds.
    ya, bajet kali ini ada kelainan.
    Cuma tetang PTPTN tu, Saya berharap lain kali kadar bunga pinjaman di mansuhkan.

    ReplyDelete
  17. Dr Khir,

    Bagi saya isu sebenar disebalik "unnecesary spending by credit card users" adalah kegagalan kerajaan untuk mengawal selia bisnes kredit kad ini.

    Kalau zaman 80an/90an dulu, bukan senang utk pegang kredit kad. Kena buktikan "level of income dulu". Kalau dapatpun, mereka akan pantau "spending/payment pattern" at least utk setahun sebelum menaikkan kredit limit.

    Sekarang ni, asalkan berumur 18 tahun saja, boleh pakai kredit kad sampai 10 keping, tak kira samada ada income atau tidak.

    Bagi pemegang charge kad pula, mereka membayar "full amount" setiap bulan, bukannya "minimum amount". Ini bukan "unnecesary spending" tapi mereka ini juga akandi kenakan RM50 (prinsipal) dan RM25 (supplementary).

    Nuar brahim pun buat benda ni dulu, sekarang ni Najib pula.

    Jadi saya ragu-ragu niat sebenar Najib/kerajaan dalam isu ini. Nak curb unnecessary spending ka atau nak MENTEKEDARAH rakyat?

    Kalau macam ni, susahlah bagi saya utk meneruskan sokongan pada Najib dan kerajaan.

    ReplyDelete
  18. Salam Dr Khir,

    Tentang GST, saya harap Dr boleh 'nasihat'kan rakan2 dalam UMNO suaya tidak melaksanakan GST dalam masa terdekat. Inilah resipi nak kalah pilihanraya. Pada zaman Pak Lah, antara faktor undi memihak kepada Pak Lah kerana kenaikan harga minyak, itu faktor utama. Lihat zaman Tun, ok jek...Tun bijak mengimbangkan semua.

    Zaman DS Najib ni, nak kembali macam zaman Pak Lah balik, GST, subsidi gula nak ditarik macam2. Kalau nak kalah PRU13, teruskan. Pengundi yang setia dengan BN pun akan memihak kepada PR, bukan suka sangat PR pun, tapi geram sebab periuk nasi masing2 digangu.

    Saya harap Dr Khir sebagai seorang penasihat intelek boleh menasihat rakan2 dalam BN supaya tidak meneruskan GST dan penarikan subsidi gula, minyak etc.

    Salam perjuangan!

    ReplyDelete