Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, October 6, 2009

Menyuburkan Demokrasi Di dalam UMNO

1. Pada 30 September - 2 Oktober yang lalu, seluruh kepimpinan UMNO Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri telah berkumpul di Janda Baik, Pahang. Para penggerak UMNO ini berkampung selama 3 hari 2 malam bagi membincangkan isu-isu rakyat dan parti bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

2. Banyak isu-isu yang dibincangkan tetapi tidak dapat diceritakan di sini kerana ia membabitkan strategi parti pada masa akan datang. Boleh dikatakan setiap sesi begitu panas dan banyak pandangan yang kritis dilontarkan oleh pemimpin UMNO di peringkat bahagian. Saya fikir ini akan dijadikan panduan oleh kepimpinan Tertinggi UMNO dalam merangka dasar serta polisi yang selari dengan perjuangan UMNO dan BN untuk agama, bangsa dan Tanah air.

3. Namun dalam himpunan kali ini juga, kepimpinan UMNO bahagian dapat merasai kesungguhan Presiden parti untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih demokratik berasaskan penyertaan yang lebih besar ahli dalam membuat keputusan.

4. Datuk Seri Najib meminta kami yang hadir kursus membantu meluluskan usul mengubah proses pemilihan kepimpinan parti yang akan dibentangkan nanti.

5. Pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian dan Pusat akan dijalankan serentak di seluruh negara pada satu hari yang akan dikenali sebagai hari UMNO.

6. Ini bermakna pengundian untuk jawatan Jawatankuasa Bahagian sehingga ke Presiden UMNO akan dilakukan di peringkat bahagian. Semua perwakilan cawangan ke Bahagian akan berhak mengundi calon-calon pilihan mereka bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Berdasarkan itu kira-kira 60, 000 orang ahli UMNO akan menjadi pemilih untuk jawatan UMNO di peringkat Pusat berbanding sekarang ini hanya sekitar 2, 600 orang.

7. Bagi jawatan Presiden UMNO misalnya, setiap bahagian mempunyai satu undi. Setiap calon akan bertanding di Bahagian. Kemenangan di Bahagian akan memberi satu undi kepada calon tersebut. Keseluruhan 191 undi bahagian menentukan kemenangan sesuatu jawatan Presiden.

8. Secara asasnya proses ini seperti proses pencalonan oleh Bahagian. Namun proses pengundian berbeza. Sekiranya pencalonan bahagian dilakukan secara angkat tangan atau kosensus, pengundian untuk pemilihan ini dilakukan secara undi sulit dan akan diaudit oleh auditor bertauliah.

9. Keterbukaan Presiden parti memang mengejutkan apabila beliau juga mahu agar tiada lagi sebarang proses pencalonan daripada bahagian untuk sesiapa yang mahu bertanding apa-apa jawatan di peringkat pusat. Tiada lagi sebarang kuota pencalonan diperlukan. Cadangan untuk adakan syarat khidmat sepenggal di peringkat Majlis Tertinggi UMNO sebelum bertanding jawatan Presiden juga tidak dipersetujui Presiden.

10. Sebaliknya sesiapa sahaja yang mahu bertanding apa-apa jawatan pun hanya terus mendaftar dengan ibu pejabat UMNO untuk proses percetakan kertas undi.

10. Selalunya Presiden sesebuah badan politik mahu pun NGO kerap membuat pelbagai peraturan bagi menjaga kedudukannya. Namun ini berbeza dengan Datuk Seri Najib yang sanggup membuang segala peraturan yang merumitkan orang mencabar beliau. Bagi beliau ahli UMNO sudah cukup matang untuk membuat keputusan yang wajar dalam memilih kepimpinan parti.

11. Sayap-sayap UMNO juga akan mengikuti proses yang sama.

12. Ketika proses meluaskan proses pendemokrasian dalam pemilihan UMNO ini menunjukkan kesediaan UMNO menjadi parti masyarakat sekali lagi, ia juga tidak dapat lari daripada dimanipulasi dan dipergunakan oleh orang tertentu untuk mempengaruhi ahli UMNO.

13. Tidak mustahil ada penulis, pengarang, pemilik portal berita dan akhbar mengambil kesempatan membentuk pemikiran perwakilan UMNO bagi memastikan kemenangan calon tertentu dan menjatuhkan calon tertentu.

14. Justeru menjelang pemilihan akan datang ahli UMNO harus menjadi mereka yang sentiasa membaca pelbagai sumber dan mencari pelbagai meklumat agar keputusan-keputusan yang bakal dibuat adalah atas pertimbangan yang terbaik setelah menyelidik dan mengkaji setiap calon yang bertanding.

15. Sungguhpun pelbagai lontaran negatif dibuat oleh pelbagai pihak mengenai proses pendemokrasian oleh UMNO ini, saya percaya bahawa sudah tiba masanya UMNO melebarkan jaringan pembuat keputusan berbanding memberi hak ekslusif kepada perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan UMNO sahaja yang tidak sampai 10% pun daripada jumlah ahli UMNO.

Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan mendapat sagunya.

25 comments:

  1. tahniah presiden..UMNO..tahniah..dato Najib.

    1.Sudah sampai masa nya untuk UMNO membuka semua ini.Ini kerana UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu telah berjaya membawa orang melayu mejadi Celik.

    2.Bila orang melayu sudah menjadi celik, berbagai-bagai benda dia nampak...dulu di bawah tempurung dan UMNO tolong keluarkan dari tempurung..tapi bila dah nampak dunia luar nak salahkan UMNO.

    3.InyaAllah amat di harapkan dengan sistem yang baru ini, harap semua, terutama Ahli UMNO bukan sahaja celik tapi dapat menilai dengan ke warasan akal.

    ReplyDelete
  2. ds....

    tuhan maha berkuasa.....dan mengetahui segala kejadian dan ketentuannya.....

    saya rasa gembira dan positif dengan keputusan ini......INI BARULAH BERUBAH!!!!...ADA LA SEMANGAT BALIK!!

    SEMOGA UMNO BERJAYA .

    ReplyDelete
  3. Datuk Seri,

    saya lebih gembira jika semua ahli UMNO terlibat dalam pemilihan pemimpin2 UMNO..kalau 3juta, 3jutalah yang mengundi.

    jumlah 300-400 perwakilan ke bahagian masih membuka ruang berlakunya gejala2 tidak sihat sepanjang tempoh pemilihan..

    buka sahaja pemilihan untuk semua ahli UMNO, dengan itu semua orang akan puas hati.soal mekanisme?hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. betul tak datuk seri?

    ReplyDelete
  4. salam.....

    Untuk menerapkan demokrasi negara..
    transformasi bermula dalam parti pemerintah...
    UMNO harus keterhadapan sebelum parti komponen
    mengikut dari belakang...kalau parti pembangkang
    tidak malu atau berani boleh mengikut sekali...

    Kerana biarlah UMNO menjadi ikutan,bukan UMNO
    menjadi pengikut...

    Paling utama pejuang UMNO bukan lagi kelompok
    elitis..tapi pejuang tulin dari suara akar umbi...

    Yang kedua...proses transformasi negara..juga
    dari suara akar umbi...

    contoh..selama ini suara akar umbi tidak diambil
    kira bila kerajaan meluluskan lesen hiburan/judi
    yg orangramai tahu keburukan bila pusat hiburan
    dibuka disatu-satu tempat..

    saya percaya...slogan RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..ada sesuatu
    yg tersirat disitu...

    ReplyDelete
  5. Salam Sejahtera DS,

    Alhamdulilah, mungkin ini hikmah yang ALLAH turun kan buat Parti Keramat orang melayu agar lena dari mimpi akibat PRU 12 yang lalu.

    Saya doakan transfomarsi yang dilakukan oleh YAB Presiden akan mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai Wadah Perjuangan kita. Dan saya pasti akar umbi amat menyokong cadangan ini untuk sama-sama memilih barisan kepemimpinan yang boleh menerajui UMNO ke tahap yang lebih tinggi lagi di sisi masyarakat.

    KERANA RAKYAT, UNTUK RAKYAT, DEMI RAKYAT.

    AMIN, AMIN YA ROB BAL ALAMIN

    P/s: Bersatu kita bersatu......

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas kesungguhan UMNO untuk berubah. Bila kita sedia untuk berubah insya-allah rakyat pasti akan menghormati.

    ReplyDelete
  7. DSKT,

    Jika demikian, ianya merupakan satu perubahan yang bagus dalam merubah segala sistem yang perlu penambahbaikan dalam UMNO. Ianya akan lebih berjaya jika semua ahli dipelbagai peringkat dapat berubah selari dengan sistem yang diperbetulkan dan ianya lebih demokrasi.

    ReplyDelete
  8. UMNO tak salah.....Jangan salah taksir rakyat.
    yang salah besar....pemimpin pemimpin yang tak erti malu dan rasuah terang terang mata rakyat!!!

    ReplyDelete
  9. AKUM DATO SRI APAKHABAR SEMOGA SEHAT.Memang baik dan bagus sekali yang penting disini buktikan dahulu dengan sistem yang ada ini adakah dapat menyingkirkan amalan politik WANG itu yang penting bukan cara macam mana yang UMNO mesti buat. Saya sebagai orang melayu jati dan anak selangor dari kampung sama dengan YB sudah tentu amat setuju dengan tulisan YB kemukan MAKA BUKTIKANLAH yang UMNO itu sudah memenuhi kehendak RAKYAT seperti saya ini dengan itu juga undi akan dapat kepada UMNO/BN tetapi jika gagal menangani isu politik WANG maka berkuburlah UMNO dengan wang nya sekali. SELAMAT MENCUBA KEPADA PENDOKONG UMNO DENGAN SISTEM DAN CARA BARU INI. SEKIAN WSLM

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dr

    Alhamdulillah, nampaknya UMNO dan pemimpin UMNO memang mempunyai iltizam untuk berubah dan sekarang adalah masa yang terbaik untuk menunjuk kepada rakyat dan pengundi bahawasanya perubahan sedang berlaku.

    Pengundi tegar percaya dan akan tetap menyokong,jadi kepercayaan mereka perlu dihargai dan tidak dinodai,dan untuk pengundi lain perubahan yg jitu perlu ditonjolkan dan kerja keras adalah jawapannya.

    Semuga dr memberi sumbangan dan terus memberi tanpa perlu merasa jemu, dan kerana nawaitunya adalah kerana Allah.
    HIDUP ISLAM
    HIDUP MELAYU
    HIDUP UMNO KINI DAN SELAMANYA
    ALLAHHUAKBAR......mesti mau semangat beb

    ReplyDelete
  11. salam tuan

    esok saya ada temujanji dengan YB BN di Paya Jaras...nak tanya dia juga...kenapa Kg.org asli sg,buloh...dah 50thn dibwh pemerintahan BN....masih xde bekalan elektrik atau air...

    nak tgk apa BN nak kelentong dlm meeting esok..
    paper sinar dah masuk hari ahad lalu...

    perubahan mcm mana yg UMNO nak bawak....

    ReplyDelete
  12. ya bagus checkmate, sila beritakan keputusannya esok. saya pun nak dengar apa spin mereka yg memang pakar spin ini haha

    ReplyDelete
  13. a'kum,
    60,000 akan mengundi dlm pemilihan pimpinan umno jika dibandingkan 2000++ sekarang. Hemmm.... tidak akan merubah standard perasuahan. tak percaya ... tengok lah... duit mengalir juga... ttpi selain duit... tanah, saham felcra... dan beberapa btk rasuah baru akan wujud. bila boleh bayar kepalanya, anak buah mudah ditakluki... taja beberapa cawangan... hehehe... ................tak percaya??? look n see...

    ReplyDelete
  14. Checkmate,
    Nak tanya Kg.Org asli dengan kawasan bandar berapa jauh?kampg tu atas bukit ker?brapa ramai penduduk kat situ?Esok meeting jangan lupa tanya sekali brapa kos nak masukkan air dan elektrik ke kawasan tu?Kami nak tahu..ada sampai 1 juta tak?

    ReplyDelete
  15. saudara Checkmate,

    Tidak pula saudara nyatakan selama 50 tahun memerintah sudah berapa banyak kampung pedalaman dan kawasan orang asli yang dibangunkan kerajaan dengan prasarana asas. Memanglah ada yang masih tertinggal namun insyallah proses pemodenan dan pemberian prasarana asas ini akan terus berjalan selagi kerajaan BN memerintah.

    ReplyDelete
  16. Saudara Rizt, dalam apa sistem pun akan ada mereka yang akan memanipulasikan dan mempolitikkan.

    ReplyDelete
  17. Kita mengamalkan sistem politik maka politiking akan tetap berlaku politik ini ialah perniagaan siapa yang bijak menawan hati pelanggan maka dialah yang dapat menjual produk nya. Kefahaman itu yang penting dan kepentingan sesuatu pihak juga perlu ada dalam politik supaya keadilan itu dapat dilaksanakan yang manoriti kena hormati majoriti supaya pelaksanaan sesuatu rancangan itu mengambil kira keperluan semua pihak tanpa mengira siapa mereka. UMNO/BN telah melaksanakan pembangunan dengan baik tetapi kurang memuaskan segelintir pihak2 tertentu inilah yang menjadi kudis dalam masyarakat sehingga menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO/BN. Nilai kejujuran pula dikalangan kakitangan kerajaan sentiasa diragui ini menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap UMNO/BN. Saya mencadangkan kepada pihak2 yang masih lagi ingin melihat UMNO/BN berjaya dalam PRU 13 nanti memikirkan bagaimana menawan kembali hati rakyat khususnya dikawasan bandar yang menjadi penentu kepada sesuatu parti untuk membentuk kerajaan ini kerana 70% kerusi DUN SELANGOR berada dikawasan bandar. Dekatilah dikawasan yang majoriti melayu dibawah 60% kerana kawasan ini adalah amat tinggi risiko nya untuk UMNO/BN kalah jadi fikirkanlah kearah perubahan supaya perubahan itu membawa kebaikan bukan membawa rebah diatas tinta EMAS yang mahal. SEKIAN DATO SRI KITA ORANG SEKAMPONG SUNGAI BURUNG BLOK Y1.

    ReplyDelete
  18. Salam alaik Dato'
    xkira lah ape pn perubahan di buat UMNO..pe yg penting..ada perubahan dalam UMNO..UMNO mmg perlu sgt2 berubah..sy doakan UMNO akn berubah kearah kebaikan...1 soalan sy nk tnya..susah sgt ke kita nk tiru ape2 yg baik yg di buat oleh pembangkang (PAS) ?..Semoga UMNO berubah.
    Amin...

    ReplyDelete
  19. perubahan ini memang dinantikan...terpulang kepada keikhlasan yang sebenar-benarnya....

    namun satu lagi yang harus difikirkan...bagaimana mendapatkan sokongan muda-mudi

    ReplyDelete
  20. Salam Datuk Seri...
    Menyuburkan demokrasi dalam UMNO...caranya pinda sistem pemilihan dengan membuat pemilihan di peringkat bahagian. Mungkin inilah intisari hujah yang hendak dibangga-banggakan oleh Datuk Seri. DS Najib kononnya ihklas sebab mahu buat perubahan tersebut. Saya fikir jangan puji DS Najib dulu sebab itu masih belum apa-apa lagi. Kesannya masih belum dilihat atau diketahui. Inilah masalah orang UMNO juga, baru je cadangkan (belum laksanakan) sudah dikatakan berjaya, dan hora horelah membodek pemimpin tersebut...mereka dikatakan hebat, bijak dan entah apa lagi. Menyuburkan demokrasi dalam UMNO adalah perkara yang sukar kerana tidak ramai yang berfikiran terbuka. Ramai yang masih mudah merah padam, hatta sanggup bertumbuk apabila berlaku bertentangan pendapat. Kemudian keluarlah hujah sembrono, tanpa sebarang rasa bersalah kerana berbohong.

    Datuk Seri...UMNO perlu perubahan dari pelbagai segi, terutama kualiti para pemimpin dan ahli parti itu sendiri. Ahli parti sebagai pemilih perlu berprinsip dalam perjuangan. Setakat ini, saya lihat dalam mesyuarat Bahgian semuanya sudah disediakan skrip. Seorang mencadang, seorang menyokong dan seorang menutup. Habis mesyuarat. Inilah rupa mesyuarat UMNO yang dibangga-banggakan. Kalau orang cuba tukar skrip, depa dok buat huru-hara supaya mesyuarat bahagian digantung. Habis cam na? Keadaan yang sama pasti akan berlaku lagi...

    Untuk memperkasakan parti, perkara ini perlu juga diambil serius. Walau bagaimanapun perubahan pemilihan adalah sesuatu yang positif tetapi masih belum mencukupi.

    ReplyDelete
  21. nampak gayanya nak rampas selangor semakin sukar khir..

    nak suruh lompat kompom kena bayar..mana nak cari duit.mesti melibatkan wang ringgit yang banyak..takkan nak pakai duit rakyat lagi.nanti tuhan turunkan bala..takkan tak percaya dengan balasan tuhan kot..takkan nak huru-harakan selangor pulak..tengok perak cukup laa..ikhlas saya bgtahu semakin lama keadaan perak berterusan macam tu.. semakin buruk lah BN dimata rakyat...

    strategi politik umno kebanyakkannya dah lapuk dan ketinggalan zaman.mungkin tuhan gelapkan minda kamu semua kot..apa-apa pun kamu semua saudara saya..seislam atau sebangsa atau sesama manusia...

    UMNO pun dah banyak jasa cuma terlalu angkuh dan selalu mengagungkan diri dengan mengatakan kemewahan dan kesenangan datang dari BN padahal semua nikmat itu datang dari Allah..tak gitu khir..

    dan terlalu mengecilkan lawan sehinggakan mengeluarkan kenyataan bahawa hanya BN layak memerintah..utk pengetahuan khir ucapan sebegitu memburukkan lagi imej BN.Rakyat sekarang dah semakin bijak hasil usaha UMNO yang ditentukan oleh Allah..baru betul ayat macam tu..

    jangan leer menidakkan kuasa tuhan..tuhan murka mana nak dapat keberkatan..tiada keberkatan mana nak dapat keistimewaan.

    sebab selalu buat onar laa UMNO lemah tetapi masih tak nampak sebab sudah selesa dengan kemewahan.wang yang banyak menyebabkan kita gelap mata dan tidak sedar kesilapan sendiri dan sering mencari alasan supaya tak nampak buruk dan dikatakan punca kejatuhan.

    tanya ahli UMNO atau sekutu memang takkan dapat hasil..maklumlah ahli UMNO nie masing-masing ada kepentingan peribadi..mana berani bgtahu yang buruk-buruk.bgtahu perkara buruk kompom kena marah atau dipulaukan paling berat tak dapat habuan.tak gitu khir...

    tak takut ke..memporak-perandakan sekutu iaitu MCA dan MIC..saya lihat BN semakin lemah kerana berusaha menyelamatkan kesalahan UMNO(salahguna kuasa,rasuah,dan sebagainya) sehinggakan kesalahan UMNO memakan diri(sokongan rakyat)sehingga hanya nampak kelemahan sekutu(MCA & MIC) tetapi enggan mengaku atau memperbaiki kelemahan UMNO sendiri..

    harus diingat khir..jika UMNO jatuh kompom kamu semua senasib thaksin..jadi apa jalan yang terbaik yang harus dilakukan..nak guna taktik kotor saya rasa UMNO dah terlambat.dah terlewat sepenggal..jika dari tahun 2004 kamu merancang jika diizinkan tuhan berjaya tetapi azabnya mahu ingat laa...taktik kotor yang digunakan oleh UMNO terlalu mundur dan senang dihidu oleh lawan...

    ReplyDelete
  22. Salam sejahtera DS,

    Kebiasaan saya menulis dalam betuk pantun puisi untuk menyampaikan mesej buat pembaca disamping membuktikan bahawa gaya bahasa dulu-dulu kita tetap relevan hingga bial-bila.

    Janda Baik bukanlah luar biasa pada saya.Bukan sekali berada di sana untuk maksud program demi kesejahteraan warga kita sekarang dan masa depan.

    Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dalam konteks PENAMBAHBAIKAN UMNO perlu pendekatan luar biasa.

    Hanya yang luar biasa hasilkan pencapaian luar biasa dan mengkagumkan. Insyallah.

    Kebiasdaan bermula dalam mesyuarat cawangan, bahagian dan seterusnya urustadbir mesyuarat demikian rupa buatkan seseorang ahli UMNO biasa tidak berjawatan baik dalam PUTERI, PEMUDA, WANITA D.L.L punya ruang sedikit menyampaikan pandangan perkara atau isu apa saja yang perbincangan.

    Keputusan PRU 12 telah menterjemahkan segalanya bahawa kemenangan lawan bukan atas kebaikan yang boleh diberikan dan kelentongan yang menyakinkan mereka tapi turut disumbangkan oleh beberapa kelemahan diri pentadbiran sebahagian UMNO baik di cawangan, bahagian dan perhubungan negeri berkenaan.

    Budaya ada pemimpin datang AKULAH KEHADAPAN buatkan rakyat @ pengundi setempat cepat kecil hati atau menyampah atau berpaling tadah atau merajuk.

    Paling kurang enggan keluar mengundi.Hakikat hampir seratus peratus pengundi @ penyokong lawan BN akan keluar mengundi telah ternyata dalam PRU dan mana-mana PRK.

    Melalui ruang BLOG milik DS ini saya ingin menyaran hal luar biasa untuk dilakukan oleh UMNO selari dengan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DUTAMAKAN.

    Ahli biasa UMNO ramai berlatar belakang pelbagai mencakupi semua bidang kehidupan.

    Sebut sahaja - petani, penternak, nelayan, pekedai, kakitangan kerajaan (pengurusan dan sokongan), warga pendidik,doktor, jurutera, akauntan, peguam, ustaz,koperat hasil kemerdekaan negara melalui DEB sejak dulu d.l.l.

    Suara mereka hanya layak di kedai kopi sahaja atau didiamkan sahaja. Paling-paling ada yang beranikan diri buka BLOG sendiri untuk sampaikan mesej atau idea berkaitan.

    Jika tidak keberatan apa salahnya DS sendiri ambil inisiatif membuka ruang untuk berjumpa dengan mereka , katakan di Janda Baik untuk tempoh sama.

    Jika setuju:-
    1. tetapkan satu angka munasabah.
    2. Jemputan yang tak berjawatan dalam UMNO hadir
    3. Tetapkan syarat minima lama keahlian UMNO
    4. Buatkan borang khas dan hebohkan melalu media atau BLOG DS sendiri
    5. Segala perbelanjaan tanggungan UMNO
    6. Majlis dijalankan secara tertutup
    7. Taburan penyertaaan biarlah samarata bagi negeri-negeri.
    8. Topik atau isu hanya dimaklumkan semasa pendaftaran.
    9. Majlis penutup elok Presiden parti dan seluruh MT hadir mendengar pembentangan dapatan suara akar umbi UMNO.
    10. Tidak perlu liputan akhbar jika dapatan dan saranan yang terhasil boleh mengganggu perancangan memartabatkan UMNO @ BN nanti.

    Jika tidak tahun ini, buatlah tahun depan. Tetapi tidaklah selepas PRU13 nanti.

    Terima kasih dari saya,

    serling
    [11.10.09]
    ahad
    ....
    p/s:
    Sempena PRK N.31 Bagan Pianag di Negeri Sembilan .

    ReplyDelete
  23. BELAJARLAH DARI MCA

    1. MCA telah membuat satu keputusan yang bijak semalam. Walaupun keputusan itu memang di duga, ternyata itulah keputusan terbaik bagi mengembalikan reputasi mereka yang sudah tercalar sejak PRU12 tahun lalu. Sebagai sebuah parti terbesar bagi kaum Cina dan salah satu komponen paling berpengaruh dalam BN, tindakan yang diambil perwakilan semalam adalah wajar dan amat baik. Sekalung tahniah untuk MCA!

    2. Semalam MCA menolak kedua-dua pemimpin mereka yang asyik bertelagah ini. Mereka menolak Ong Tee Kiat dan Dr. Chua Soi Lek yang tidak pernah senyap sejak pemilihan MCA yang lalu yang menobatkan Tee Kiat sebagai Presiden dan Soi Lek sebagai Timbalannya.

    3. Oleh kerana bukan dari kem yang sama, mereka tidak pernah sunyi dari bertelagah sesame sendiri dan kemuncaknya, Dr. Chua di pecat dari parti. Bertambah parahlah krisis kedua-dua pemimpin ini sehinggalah semalam, para perwakilan mengambil tindakan yang amat terpuji.

    4. Lagipun apa gunanya berketuakan seorang yang penuh dengan kontroversi dan bermasalah. Lebih baik berketuakan seorang yang lain yang lebih baik dari kedua-dua mereka itu. Ong Tee Keat dengan masalah PKFZnya manakala Dr. Chua Soi Lek dengan masalah videonya. Kedua-duanya menghadapi masalah moral, jadi adalah lebih baik mereka ditolak.

    5. Inilah yang perlu dipelajari oleh parti komponen yang lain jika handak membuat penghijrahan ke arah yang lebih baik. Mana-mana pemimpin yang ada masalah dan kontroversi, harus ditolak sahaja seperti yang MCA lakukan.

    6. Baik dalam UMNO atau pun MIC, kedua-duanya mempunyai individu yang bermasalah yang mencemarkan reputasi parti. Individu-individu ini patutnya telah lama di ‘masukkan dalam peti sejuk’ dan digantikan dengan pemimpin yang lain yang bersih dari sebarang kontroversi.

    7. Tanpa perlu menyebut nama-nama tertentu, semua orang sudah maklum siapa yang dilanda kontroversi dan siapa yang mempunyai masalah. Ada pemimpin yang entah bagaimana boleh terpilih memegang jawatan tertinggi sedangkan semasa pencalonan ia hanyalah nyawa-nyawa ikan manakala calon yang pencalonan tertinggi pula tewas. Tentulah ada sesuatu di sebaliknya.

    8. Ada individu yang nyata diselubungi kontroversi membawa wang berjuta ke luar negara dan dibicarakan di mahkamah di sana, masih lagi boleh dipilih dan dilantik menganggotai kerajaan pada satu ketika.

    9. Ini adalah sekadar beberapa contoh yang boleh dilihat dengan jelas. UMNO dan MIC patut melihat contoh yang dilakukan oleh MCA semalam jika masih mahu dianggap masih relevan dengan senario politik sekarang.

    ReplyDelete
  24. salam.....

    Merakyatkan UMNO pasti memerlukan kesungguhan dan keikhlasan dari pemimpin dari peringkat cawangan,
    bahagian dan keatas...kesombongan,keegoan dan
    bersifat munafik harus tiada pada diri.

    Bukan sahaja pemimpin menjadi ikon malah parti
    UMNO juga menjadi ikon yg terbaik...bila orang
    sebut sahaja UMNO....akan kata parti pembangunan,parti jiwa rakyat, parti hebat!

    realiti atau 'fun'tasi? rakyat nantikan saat itu...

    ReplyDelete