Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, November 3, 2009

Kereta Lama, Peraturan Baru

1. Keputusan kerajaan mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dengan alasan untuk mengelakkan kemalangan menimbulkan suasana yang kurang senang dari kalangan masyarakat.

2. Dalam Bajet 2010 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan mulai 1 Januari tahun depan, semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.

3. Ada dua alasan yang dapat saya garap dari kenyataan beberapa pemimpin negara:

A. Ia sebahagian langkah baru yang diperkenalkan di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan

B. Ia untuk memastikan kenderaan di atas jalan raya berada dalam keadaan yang selamat dan sesuai.

4. Alasan pertama tersebut jelas sekali tidak memikirkan kepentingan rakyat banyak tetapi hanya mengutamakan penjual kereta. Ini akan memberi kesan imej yang tidak baik kepada kerajaan. Seolah-olah kerajaan ingin memaksa rakyat menukar kereta baru setiap lima belas tahun.

5. Mungkin di beberapa negara maju ia boleh dilaksanakan. Namun dalam konteks di Malaysia ada yang berhutang sehingga 9 tahun untuk membeli sebuah kereta. Apakah mereka perlu dibebankan dengan satu lagi hutang kereta enam tahun selepasnya?

6. Demikian juga isu untuk menjaga tahap keselamatan kereta dengan mewajibkan pemeriksaan Puspakom.

7. Ramai rakyat tertanya apakah pemeriksaan Puspakom dapat menjamin tahap keselamatan kereta atau sekadar satu lagi cara agensi tersebut membuat wang.

8. Apakah tidak mustahil nanti kita tetap akan melihat kereta yang sudah daif masih di atas jalan dan diluluskan oleh Puspakom, seperti mana lori dan bas yang berasap tebal masih lepas bebas di jalan raya biar pun perlu menjalani pemeriksaan setiap enam bulan?

9. Selebihnya kerajaan juga perlu memikirkan bahawa majoriti pemilik kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas ini tinggal di luar bandar. Mereka bukan sahaja berpendapatan rendah malah tinggal jauh dari Puspakom.

10. Untuk ke bandar-bandar utama untuk mengadakan pemeriksaan di Puspakom dan mengeluarkan bayaran antara RM 40 - 60 tentulah merupakan satu bebanan.

11. Ramai juga yang tertanya-tanya inikah cara kerajaan BN mahu membalas sokongan kuat pengundi luar bandar dalam pilihan raya lalu?

12. Saya tidak fikir pembuat polisi mengambil kira isu penduduk luar bandar ini. Mungkin kerana ternampak beberapa kereta buruk di dalam bandaraya Kuala Lumpur maka ada pegawai tertentu membuat saranan ini.

13. Justeru kajian semula perlu dilakukan ke atas keputusan ini. Jika mahu dilaksanakan juga saya cadangkan agar kerajaan menanggung kos pemeriksaan kereta ini atau mengenakan bayaran minima antara RM 5 - 10.

14. Pemeriksaannya pula hendaklah setiap 5 tahun bukannya setiap tahun. Ini akan mengurangkan bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Untuk melaksanakan sesuatu dasar bagi manfaat semua biarlah ibarat menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung jangan selerak.

61 comments:

  1. Jika benar atas dasar keselamatan, mengapa selepas 15 tahun? Jepun hanya bagi 3 tahun bagi kereta baru mereka. Adakah kereta-kereta ini akan menjadi 5 kali ganda bagus kualitinya sebaik sahaja berada di Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Dan jika benar atas dasar keselamatan, kereta nasional sepatutnya mempunyai taraf keselamatan 5 bintang, mempunyai ABS, beg udara dan chassis tahan remuk. Dengan taraf keselamatan kenderaan nasional yang lebih tinggi, kadar kematian akibat kemalangan dapat dikurangkan. Tanggungjawab keselamatan kenderaan bukanlah di tangan pengguna 100%.

    ReplyDelete
  3. Dr sepatutnya berfikiran begini sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk,
    Sudahkah pihak kerajaan telah membuat kajian menyeluruh dan terperinci keatas punca kemalangan jalanraya di Malaysia ini?.Adakah kita menpunyai angka dan data2 yang menunjukkan kereta berumur 15 tahun itu tidak selamat dan punca utama penyebab kemalangan?.Pengalaman saya sabagai pemilik sebuah kereta Volvo berusia 16 tahun (buatan 1993) dan sebuah kereta Proton Iswara berusia 9 tahun,saya dapati kereta volvo yang berusia 16 tahun lebih selamat, jarang rosak dan meragam di jalanraya terutama untuk perjalanan jarak jauh.
    Untuk pengetahuan Pembuat Dasar/kerajaan, kereta2 import seperti Mercedes,Volvo, Audi dan seumpamanya masih selamat digunakan walaupun berumur lebih 15 tahun,malah ianya lebih baik, selesa dan selamat memandunya berbanding dengan kereta kereta buatan tempatan.
    Pemeriksaan setiap tahun tidak perlu dipukul ratakan untuk semua jenis dan jenama kenderaan yang berusia 15 tahun kalau kerajaan benar2 mengutamakan dan mendahulukan rakyat.
    Kita tahu bahawa kereta2 mewah seperti Audi,Volvo,mercedes dll yang berumur lebih 10 tahun harganya (2nd hand) mampu dibeli olih rakyat kebanyakan?.Pada masa ini dengan wang RM30K kita sudah bolih membeli kereta 2nd hand berjanama Volvo, Audi atau Mercedes yang masih elok dan baik dipasaran.
    Tidak hairanlah kalau ramai peniaga pasar malam yang bolih menggunakan Volvo dan pesara mampu memandu Mercedes. Janganlah menganggapkan semua pemilik kereta mewah itu orang2 yang berada dan kaya raya dengan mengenakan cukai jalan yang tinggi dan Insuran yang membebankan dan akan menarik subsidi petrol pula?.

    ReplyDelete
  5. SALAM DATO SERI.....

    Bocahkampong ingin menambah sikit...

    Kebanyakan kereta yang di modified adalah kereta baru yang kurang dari 15 tahun dan kalau dasar ini ingin dilaksanakan sepatutnya semua kereta tidak dikecualikan.

    Kebanyakan kereta diluar bandar digunakan untuk pengangkutan ke pekan atau bandar terdekat dan bocahkampong percaya jika dasar ini dilaksanakan akan bertambahlah kereta yang tak bercukai apatah lagi kereta jenis ini insurannya pun mahal....

    ReplyDelete
  6. huh....

    kereta 15 thn dianggarkan berjumlah 2.7 juta...

    1 kereta dah rm50. bayangkan duit rakyat yg kena keluar...setiap thn yg kerajaan dapat..

    nak berdaya saing dgn kereta tempatan katnya...huh...power window dah 24 thn mcm tu jugak..tak leh bukak...

    tahap keselamatan???...cuba tengok..kereta yg selalu eksiden...kereta baru ker kereta lama?

    insurans utk kereta lama dah la mahal...beban lagi..

    kena tipu lagi melayu...

    KEMUDIAN ADA PULAK HARGA ROKOK MINIMA RM6.20/KOTAK...

    BAYANGKAN ADA 3 JUTA PEROKOK

    JIKA 1 ORANG TELAN 1 KOTAK SEHARI...MAKA 1 HARI BERAPA JUTA RINGGIT MEREKA TELAN DUIT RAKYAT...kah kah kah kah

    DAPAT DUIT ROKOK...BUAT JAMBATAN GANTUNG...BUAT STADIUM.....kah kah kah kah...PADAN LA SEMUA LINGKUP

    SEBAB DUIT DIPEROLEHI CARA MENIPU RAKYAT...kah kah kah kah..kah kah


    ....bila la melayu nak sedar....

    ReplyDelete
  7. Sebelum tsunami politik March 2008, beranikah tok2 wakil BN bersuara sebegini? Ini pun kira suara terpencil memandangkan Dato' dah tiada jawatan dlm MT mahupun kerajaan. Alangkah baiknya kalau ahli2 Parlimen BN berani bersuara mengkrtitis dasar2 yang tidak betul dalam parlimen walau dasar yang dicadangkan oleh parti sendiri.
    Saya cadangkan dato' lebih istiqamah memberi tumpuan kepada memberi idea2 sebegini, daripada mengeluarkan isu2 politik yang menghentam pihak Pakatan Rakyat.
    Justeru, dato akan lebih dihormati.

    ReplyDelete
  8. terima kasih diatas keprihatin Datuk Seri dalam masaalah rakyat yang akan timbul bila mana sistem ini diguna pakai awal tahun nanti.Seharusnya kerajaan mengkaji cara yang lain selain dari membebankan rakyat.Dan jika sistem ini berkuatkuasa adakah masaalah kemalangan dijalanraya dapat dikurangkan atau sesuatu dasar itu hanya dilakukan hanya untuk menampakan perubahan yang bermakna mereka yang membuat dasar itu bekerja sahaja dimata rakyat.Dan kalau begitu amatlah sedih diatas ketidak perihatinan Yang Berhormat PM kita.
    Bagaimana rakyat yang berpendapatan dibawah RM1200 sebulan untuk mendapatkan kereta baru pada setiap 15 tahun..sedangkan kereta lama pun 9 tahun baru habis hutangnya..
    Harap Datuk Seri dapat mengemukakan masaalah ini sendiri kepada PM,semoga beliau sendiri dapat merasakan apakah yang dikatakan dengan "RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

    DAN KALU BEGINI LAH REALITINYA PRU 13 NANTI BN PASTI TERKUBUR DENGAN SLOGAN INDAH KHABAR DARI RUPANYA SENDIRI.

    ReplyDelete
  9. tajuk ni ngan ``indah khabar dari rupa jer saya setuju ngan datuk``

    harap datuk ulas isu laporan ketua audit negara pulak...

    tiap2 tahun mcm tu jugak...penyelewengan...lepas tu...jawatankuasa khas ditubuhkan...beli laptop sampai rm42K...mcm2 lagi...

    laporan jawatan kuasa khas pasal kes sukom 1998 mana?

    laporan jawatan kuasa khas pasal stadium runtuh mana?

    laporan jawatan kuasa khas pasal syiling parlimen runtuh mana?

    laporan jawatan kuasa khas pasal kolam renang bocor mana?

    laporan jambatan gantung mana? kalau kat eropah..alamat kena dakwa kes bunuh dah kontraktor...

    tiap2 tahun ada jawatankuasa khas....( setiap kes ada jer jawatan kuasa khas...habis tu buat apa polis? buat apa ada SPRM ?)

    result tarakkk.....

    ........yg nyata..tiap2 tahun aku kena bayar income tax....duit aku yg bayar tu..kena telan dek melayu jugak....

    ....kena tipi lagi melayu....bila la nak sedar...

    ReplyDelete
  10. Betul apa yang dato' Seri utarakan ini. saya pun ada pandangan juga tentang hal ini. pada hemat saya, lepas ini mesti ada kedai-kedai tayar kenderaan yang memberikan perkhidmatan sewaan tayar untuk satu hari kepada pemilik-pemilik kenderaan lama ini. Dah tentu pemeriksaan tayar akan dilakukan oleh PUSPAKOM. bagi yang tak mampu nak tukar tayar baru kerana bunga tayar dah hampir botak, maka mereka akan menyewa tayar buat seemntara waktu dari kedai-kedai tayar ini. Lepas diperiksa, maka mereka akan buka semula tayar tersebut dan pasang semula tayar lama. nampaknya akan ada peniaga tayar yang akan mengambil kesempatan pada orang-orang yang tidak mampu.

    Satu lagi, bagi kereta yang dah uzur dan dinding kereta dah bocor sana bocor sini, maka mereka terpaksa hantar kedai ketuk body dulu, kemudian kena cat baru pula. Kurang-kurang kena belanja hampir RM 2 Ribu untuk spray cat baru. Nak tukar tayar pulak, kurang-kurang RM 150 x 4 = Rm 600. Maknanya seorang pemilik kereta itu kena belanja hampir RM 3000 semata-mata nak hidupkan road tax antara RM 20 - RM 150.

    ReplyDelete
  11. Saya bersetuju dengan pandangan datuk.. syabas.!
    Inilah yang saya mahu... berani mengkritik atas kebaikan.. bukannya 'correct!'x3 selalu..

    ReplyDelete
  12. Salam, bagi saya pengumuman yang di buat oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah amat tidak berketepatan dengan slogan yang di laungkan satu malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan..beliau semakin hari di lihat semakin asyik memegang kuasa sebagai PM.walaupun saya penyokong kuat umno namun jika kerajaan yang di pimpin oleh orang sebegini tidak berubah..nescaya suatu hari nanti kita akan lihat kerajaan BN yang kuat akan rebah di malaysia ni....tolonglah DR Khir lakukanlah sesuatu..saya juga menggunakan kereta lama...berusia hampir 30 tahun..namun itu sahaja kereta yang saya mampu pakai itupun hasil peninggalan arwah ayah saya.jika nak buat sistem pertukaran kereta mana mampu untuk saya sara nak bayar bulan2 dan mana mungkin pihak bank ingin menerima permohonan saya yang hanya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pegawai kerajaan.saya masih lagi ingat masih terngiang2 suara PM untuk turun dan merasai nadi rakyat nampaknya PM tidak melakukan seperti apa yang di perkatakan...

    ReplyDelete
  13. Salam.... Dato' seri Tahniah atas keprihatinan Dato' Seri

    ReplyDelete
  14. Saya memang ternanti posting mcm ni. Banyak keluhan dipaparkan di akhbar melalui surat pembaca dan komen sms. Ramai kata kereta lebih 15 tahun di luar bandar. Untuk pengetahuan Dato' saya yang bekerja di PJ Selangor juga mempunyai sebuah kereta Proton Saga 1.5i tahun 1991. Saya beli pada tahun 1996 selepas habis belajar dengan loan 5 tahun. Alhamdulillah, saya masih lagi mempunyai kereta berkenaan hingga kini yang digunakan oleh isteri untuk short distance seperti hantar anak ke sekolah, ke pasar dan sebulan sekali balik kampung. Setakat ini kereta tersebut banyak berjasa kepada saya sekeluarga. Kereta itulah yang digunakan setiap hari oleh isteri saya, balik kampung, makan angin hatta ke puncak Genting sekali. Tidak pernah kereta meragam atau major breakdown kerana saya mempunyai jadual penyelengaraan yang rutin setiap 3 bulan. Saya pula lebih selesa ke tempat kerja dengan menggunakan komuter dan Rapid KL walaupun service mcm %^$%&^%&%^&*... Dengan hanya saya bekerja dan gaji walaupun dalam RM5k... (besar ke nilai RM5k duduk kat bandar besar..???) adalah tidak munasabah sekiranya saya dipaksa untuk membeli kereta baru.. Adakah saya perlu berhutang lagi selama 9 - 15 thn utk kereta... Dah lah housing loan up to 20 - 30 years... Memang mengarut.. Ramai dok kata risau kat owner kereta di luar bandar... tapi adakah mereka sedar yang orang dibandar juga boleh ikat perut kalu dipaksa berhutang lagi... Inilah dikatakan biar papa asal bergaya... Dah lah bulan 9 baru ini saya bertegang leher di Pejabat Pos kerana tiada insurans yang sanggup jual polisi pada saya sedangkan dalam akhbar kata kena ke Pejabat Pos kalu insurans tolak... Harga naik double. Selalunya kereta saya insured 1st party after less NCB dalam RM300 tapi this time utk 3 party kos dia RM500.... tak ke bangang tu...

    Larat ke Puspakom nak periksa semua kenderaan. Sekarang ni pun 4 - 5 jam satu lori atau bas utk dapat result... Last-last hulur duit baru lepas (as reported widely last couple of years... Rasuah @ PUSPAKOM)

    Gomen harus kaji benda ni kerana ia amat bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan....!!!

    p/s - buat Hanamici Sakuragi... ada laporan lagi yang tak selesai.. (kes video Linggam...) opss dah tutup katanya...

    ReplyDelete
  15. Dasar yg cuba dijalankan saya rasa mungkin idea segelintir peniaga yg mungkin mendapat untung jika cadangan mereka diterima. Di pihak kerajaan pula harap2 janganlah main terima sahaja proposal peniaga2 yg hanya tahu mencari untung sahaja. Dah letih memikirkan perbelanjaan yang sentiasa meningkat. Kepada pembesar hayatilah maksud sebenar slogan PM, rasailah denyut nadi rakyat sebenar. Tinggalkan retorik utk meraih sokongan

    ReplyDelete
  16. salam......

    BAJET...PERBELANJAAN MENGIMBANGI PENDAPATAN,
    MENGELAKKAN DEFISIT SEMAKIN MELEBAR...TIADA
    ALTERNATIF LAINKAH KERAJAAN UNTUK MENINGKATAN
    HASIL TANPA MEMBEBANI KELANGSUNGAN HIDUP RAKYAT?

    ADAKAH MENEPATI OBJEKTIFNYA SECARA SERAMPANG DUA MATA UNTUK MENDAPAT HASIL DARI KENAIKAN CUKAI ROKOK SUPAYA RAKYAT TIDAK MEROKOK,CUKAI
    ARAK SUPAYA RAKYAT TIDAK MINUM DAN TERBARU
    KENDERAAN LEBIH 15 TAHUN DIKENAKAN PEMERIKSAAN
    PUSPAKOM SUPAYA RAKYAT LEBIH SELAMAT?

    DIRASAKAN BAJET INI UNTUK KEBAIKAN SEBILANGAN KECIL SAHAJA DARI KESELURUHAN JIWA RAKYAT!

    TELAH LARI DARI SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

    TUKAR SAHAJA KEPADA..'RAKYAT DAIF DIDAHULUKAN,
    PENDAPATAN KERAJAAN DIUTAMAKAN' LAGI TERUS TERANG!

    ReplyDelete
  17. Sy amat beterima kasih pada Dato'..sy harap sgt2 pemimpin kita dgr luahan ini..hampir menitis air mata mengenangkan hidup d kota raya..dengan gaji RM1071 sbulan..dr selayang ke putrajaya berulang..amat beharap..pmimpin2 politik baca blog Dato' besama2 komen..

    ReplyDelete
  18. Salam Dato' Sri;

    Saya amat bersetuju dengan apa yang Dato' utarakan dan ia juga menjadi entri saya dalam Laman saya.

    Nampaknya kali ini DS Najib sudah tersasar daripada slogan yang diciptakan beliau sendiri kerana lebih menghayati saranan untuk mempergiatkan industri kereta dan yang berkaitan dengananya seperti insurans, bengkl-bengkel servis, bengkel tayar dan seumpamanya.

    Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanya tinggal slogan kerana pelaksanaan dasar ini tidak langsung mencerminkan perkara tersebut. Apa yang nyata DS Najib sekarang semakin ghairah menggunakan 'kuasa' beliau seperti mempertahankan perlantikan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai menteri, hanya kerana menghargai peranan Gerakan semata-mata, bukan kehendak rakyat yang katanyan hendak didahulukan.

    Pelaksanaan mewajibkan kereta 15 tahun ke atas dihantar ke Puspakom jelas menidakkan kewujudan raakyat luar bandar yang ramai menggunakan kenderaan jenis tersenut. ini tentunya membebankan mereka kerana rata-rata berpendapatan rendah.

    Kajian secara rasmi hendaklah dilakukan sebelum merumuskan bahawa kenderaan jenis tersebut yang menyebabkan keselamatan pengguna jalanraya terancam sebab kebanyakan kemalangan yang berlaku bukan kerana kenderaan 'buruk' tetapi berkaitan dengan sikap pemandu dan kereta 'baru'.

    ReplyDelete
  19. SaLAM Dato Seri....
    inilah suara keramat yang perlu ada pada setiap pemimpin. Rakyat didahulukan...suara inilah yang ditagih oleh setiap denyut nadi rakyat...pemimpin yang tahu dan mengambil tahu keluh kesah rakyat di setiap lapisan ...jika sikap ini dapat Dato kekalkan..saya percaya Dato Dapat kembali membersihkan imej Dato yang sekian lama telah tercalar...

    ReplyDelete
  20. Salam Dato Seri

    kalau ini jadinye, maka orang kampung seperti saya ini akan menanggung hutang kereta sepanjang hayat. ye lah. hutang 9 tahun. kalau nak beli kereta baru, nak jual atau trade in kereta dah turun harga. dah lebih 10 thn.

    harap kerajaan kaji semua. kasihani lah kami..

    ReplyDelete
  21. Salam kepada semua,
    Harap rakyat didahulukan perlu sentiasa ada dalam kotak pemikiran kita. terlau ramai rakyat yang akan terbeban dengan saranan ini. Nak pergi Puspakom, kat Puspakom, nak idupkan roadtax n insurans lagi... banyak giler pakai duit tu. Harap ia dikaji semula.
    Dalam saat2 kita nak memikat hati rakyat jangan la lagi kita nak bebankan dengan perkara ini.
    Cuba difikirkan, yang banyak terlibat dengan kemalangan jalanraya kebanyakannya kereta yang mahal dan laju. Kereta yang lebih 15tahun dah tentu la kurang pickup. Statistik kemalangan adalah kenderaan yang dipandu laju. pendapatan kami diluar bandar ini tidak la sehebat mana yang duitnya asyik nak difikirkan ke kereta.
    Tolong la DSKT bisik2kan kat PM yang nak datang ke kampung kita ni. Ramai orang yang akan tersiksa dengan keputusan ni.
    Ramai jugak yang komen kat kedai kopi, kadang2 susah gak nak jawab. Camana???

    ReplyDelete
  22. rasanya inilah kali pertama rakyat membenci pembentangan bajet. walaupun saban tahun cukai rokok dinaikkan, tapi rakyat tak begitu marah.

    namun apabila isu kereta, subsidi beras dan minyak akan dihapuskan, akhirnya rakyat bangun menentang.

    sepatutnya kerajaan berfikiran matang untuk menyelesaikan perkara sebegini. memansuhkan subsidi atau menguatkuasakan pemeriksaan puspakom bukanlah satu tindakan bijak.

    kerajaan harus memikirkan jalan yang lebih baik. jangan ditambahkan derita rakyat kecil.

    ReplyDelete
  23. Baru-baru ni aku balik kampung. Hairan, kenapa bapak aku merungut tentang kereta Volkswagennya 1970-an. Katanya, baru je dia 'repair' keretanya dekat hampir RM6000,tiba-tiba kerajaan umum polisi mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan.. kesian, terpaksa habiskan duit lagi untuk menguruskan pemeriksaan tersebut di Puspakom..sudah tentu terpaksa upah 'runner' bagi menyenangkan urusan tersebut..Memang kesian, mulai tahun 2010, setiap tahun habiskan duit untuk runner semata-samata ingin keretanya terus berada di atas jalanraya "hasil keringat cukai kenderaannya hampir 40 tahun ituu"..nasib badan.

    ReplyDelete
  24. untuk kisah lanjut tentang kereta tua ni sila ke:

    http://pemanduteksi.blogspot.com/2009/10/1malaysia 1-lagi-projek-lannchiauuu.html

    ReplyDelete
  25. Tahniah! Dato' Seri. Saya amat bersetuju dengan pandangan ini dan harap dapat dipanjangkan kepada pembuat polisi yang barangkali mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri. Terutama para pemimpin yang dipilih rakyat.

    Pemimpin pilihan rakyat adalah Pemimpin yang membela Rakyat. Tersenyum kambing saya membaca penyataan Dato Seri "Satu lagi cara agensi tersebut membuat duit". ermm...

    ReplyDelete
  26. Selama ini imej DSKT tercemar kerana segelintir pihak ingin rakyat melihatnya sebegitu. Pada Saya, Banyak tindakan yg DSKT buat lebih kepada menyelesaikan masalah jangka panjang. Malangnya DSKT dilihat menjadi ancaman kpd sesetengah pemimpin yg ingin melonjak naik. Mereka khuatir kedudukan mereka akan terus malap.

    Maka mereka ini sanggup bekerjasama dgn pihak lawan demi menyekat DSKT mendaki lebih tinggi. Pekara ini berlaku baik diperingkat negeri hinggalah keperingkat nasional. Jika dahulu pihak media hanya mendedahkan kelemahan dan kegagalan kerajaan negeri pimpinan DSKT. Nah, sekarang kenapa mereka pula berdiam diri ... nampak benar ada agenda tersembunyi bg membunuh karier DSKT dlm politik

    ReplyDelete
  27. UMNO mana Perduli, Kalau sekadar keluhan mantan MB, piirah!!!!, UMNO Elite mana mau dengar. UMNO banyak melahirkan jutawan dan seterusnya jadi YB,manalah mereka tahu apa ertinya Hidup Susah. Bila pilihan raya datang Umno akan memutar belitkan kenyataan mengapi apikan isu perkauman yang sempit untuk mengekalkan kedudukan dan pmerintahan. Pelaksanaan dasar ini membuktikan slogan 1Malaysia cuma sekadar retorik omong kosong UMNO.

    ReplyDelete
  28. huh,,,,,ada tengok surat khabar hari ni...????

    bekas isteri ketua bahagian UMNO...minta harta sepencarian bekas suami..rm5j ..pas tu tuntut mutaah rm60K...kaya la..bayangkan...tu baru ketua bahagian..

    kalau dah jadi YB agak2 banyak mana la harta...

    .....kalau mcm ni dato`, minta dato najib tukar slogan...kroni didahulukan, wang diutamakan...

    ............bila la melayu nak sedar...asyik kena tipu jer....

    p/s....baru lepas baca pasal UMNO akan rampas selangor selewat2nya januari 2010.....gud lak..

    ReplyDelete
  29. sesungguhnya kita harus sedar siapa kita. kerana lain amat tahu kita siapa. nanti dikata orang tak sedar diri,

    ReplyDelete
  30. To Malaysiaheaven, tidak dinafikan pembetangan Bajet thn ni yang paling hampas dan buat rakyat marah... Tapi dlm paper semua siarkan rakyat ucap terima kasih lah, puas hati lah.. seronok lah, PM bijak lah and so on... Pastu intereview pemimpin politik, VVIP, economist etc yang mana semua jawapan dia yang kaki ampu and jawapan cari makan....

    PM kata juga Bajet ni based on cadangan dari rakyat via website 1Malaysia dia.. Betul ke..?? Kalau betul kutu mana yang proposed untuk bayar government tax for credit and charge card dan juga GST nak dilaksanakan.... Nampak sangat PM kita berbohong...

    ReplyDelete
  31. Terima kasih atas perhatian Dato Seri,.. sememang dasar ini baik untuk industri automotif, keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya umumnya. Dasar ini juga memberikan imej yang baik kepada rakyat dari segi sosio ekonomi dan taraf hidup rakyat. Saya bersetuju dasar ini boleh diteruskan dengan beberapa syarat :
    1) Cukai import kenderaan hendaklah dihapuskan
    2) AP tidak lagi diperlukan, rakyat boleh membeli apa-apa kereta dan dari mana sahaja tanpa sekatan
    3) Faedah bank hendaklah diturunkan dibawah 2%

    Sekiranya kerajaan boleh mengubah peraturan dan dasar sedia ada berkenaan umur kereta melebihi 15 tahun (dasar ini menguntungkan industri kereta) kerajaan juga perlu melaksanakan 3 perkara yang saya gariskan diatas. Barulah adil kepada rakyat seluruhnya.

    Saya percaya ramai rakyat akam memiliki dan berkemampuan untuk memiliki kereta baru atau sekurangnya kereta berumur sekitar 5 tahun yang begitu murah dipasaran global.

    ReplyDelete
  32. Saya mengambil peluang mengucap syabas kepada pihak kerajaan yang memerintah terutama MITI yang bertanggungjawab menghasilkan DAN.

    Pada hemat saya kecekapan MITI membuat iNOVASI pertama selepas pengumuman hari INOVASI menggantikan hari kualiti bagi setiap agensi kerajaan persekutuan, perlu disanjung oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

    Dengan inovasi puak MITI yang dianggotai oleh majoriti orang melayu, memberi kita gambaran jelas etika kerja ala separuh masak setakat melepas batuk ditangga dengan membelakangi kepentingan rakyat secara total.

    Bagi mereka kereta ibarat sehelai baju pagoda yang boleh di campak dan diganti baru dengan begitu mudah oleh rakyat dari pelbagai lapisan.


    Akhir kata tak perlu menteri dok bercakap di TV dengan berkata DAN masih boleh dkaji dan di pertimbang untuk diubah kerana tindakan sedemikian akan mencacatkan INOVASI MITI yang canggih ini.

    Teruskan DAN ini terutamanya berkaitan kereta lama dan alat ganti terpakai.

    Untuk apa buat kajian selepas diumumkan, kerana dasar yang di rangka itu sudah jelas bertujuan mengikis rakyat secara habis -habisan.
    Salam Inovasi. moga berjaya

    ReplyDelete
  33. Askum Dato'...

    ramai rakyat yg berpendapatan rendah membeli kereta 2nd hand..jadi apa cerita kerajaan 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan ingin menambahkan lagi beban rakyat..siapa yang membuat cadangan sememangnya tidak berhati perut sama sekali..

    cadangan itu adalah betul tetapi tidak kena pada masanya...

    adakah kerana nilaian RM 40 - RM 60 itu kerajaan sanggup untuk kehilangan undi rakyat di masa PRU nanti??

    begitu juga dengan cadangan untuk mengenakan Charge tambahan kepada pemegang kad kredit..RM50 untuk kad utama...adakah orang yang memberi cadangan itu berfikir dahulu sebelum memberi cadangan...???

    boleh Dato' Seri komen pasal ini?

    ReplyDelete
  34. DATO SERI, saya setuju sangat apa yang dato seri tulis.. membebankan.. tolonglah rayu batalkan terus, kalau boleh saya nak suruh semua rakyat malaysia komen kat sini. biar kerajaan faham apa kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  35. Salam Datuk...persoalannya sekarang adakah
    kerajaan benar-benar mendengar, melihat dan
    merasai kesempitan hidup rakyat.Benarkah segala
    pakej ransangan itu dan ini sampai ke bawah dan ke akar umbi ?
    Kalau gaji RM5K blh dikategorikan miskin, bagaimana
    mereka yang bergaji RM1.5K dan kebawah...Papa kedana ?
    ..Tp hidup nak kena teruskan jugak! Harga barang
    meningkat bukan sekadar di bandar sahaja...kat kampung
    dah melambung naik...Tapi sapa nak pantau ? Skrg ni
    timbul pulak DAN dan entah mcm2 dasar lagi...yang
    kononnya untuk bantu rakyat...Buktikanlah yang RAKYAT
    benar2 DIDAHULUKAN.....Kepada pemimpin atasan jangan
    lupa, segala yang dilakukan akan ditanya oleh ALLAH
    pada hari akhirat nanti...
    Semoga Datuk akan terus mengkritik kepada benda yang tak
    betul....

    ReplyDelete
  36. RAKYAT DIBEBANKAN PEMIMPIN SENANG-LENANG!!
    _KERAJAAN DAH KAJI KE KERETA MANA BANYAK KEMALANGAN..KERETA BARU KE KERETA LAMA?
    _KALO DAH..KUARKAN STATISTIK PADA RAKYAT
    _AKU SEBAGAI PENGGUNA JALAN RAYA YANG BEKERJA SEJAUH 120KILOMETER SEHARI PUNYAI PANDANGAN DAN PEMERHATIAN :
    1. KERETA BARU PUNCA KEMALANGAN SBB NAK MEMOTONG XLEPAS.
    2. KERETA BARU PUNCA KEMALANGAN MAUT SBB LAJU
    3. KERETA BARU PUNCA KEMALANGAN MAUT SBB KUALITI BAHAN RENDAH.
    perbandingan -
    1. KERETA LAMA X KEMALANGAN SBB SEDAR KERETA LAMA X LAJU.
    2. KERETA LAMA BKN PUNCA KEMALANGN MAUT SBB KUALITI BHN TINGGI.
    3. KERETA LAMA X KEMALANGAN SBB XMEMOTONG KERETA LAIN ATS FAKTOR KEMAMPUAN KELAJUAN.

    DAN AKU BOLEH JAMIN ORG2 POLITIK2 YANG ADA BLOG NIE XKAN BACA KTE PUNYE KOMEN SBB BKN DIER URUSKAN BLOG DIER..TAPI UPAH PEKERJA!!
    -AKU X PUAS HATI SBB SLALU KENA HIMPIT DGN KETA2 BARU YANG BELAGAK KAT JLN RAYA..ASKUM

    ReplyDelete
  37. Salam buat semua...
    Rakyat semakin tersepit...nak harap PR buat perubahan...BN masih control federal.
    Nak harap BN plak sekarang nie...tak kurang jugak masalahnya...Jadi macamane...PRU13 nanti nak pangkah sape BEBAS ?????

    ReplyDelete
  38. tahniah DS Najib..

    semakin hampir kepada kemusnahan..

    teruskan usaha sebegini..pasti rakyat sedar dengan sendirinya..

    hidup ibarat roda dan tiada yang kekal selama-lamanya..

    sejak akhir-akhir nie PM kita dilihat terlalu syok sendiri..mungkin diampu secara berlebih-lebihan sehinggakan mengguris perasaan begitu ramai rakyat..

    ReplyDelete
  39. Salam DS,

    Tahniah! Komen DS dalam posting terakhir seolah terdengar ke telinga kerajaan pusat. Dasar automotif (NAP) dibatalkan!

    Tahniah DS!

    ReplyDelete
  40. Salam Saudara,

    Kalau sudara masih lagi MB,Saya percaya sudara akan menyokong 100% cadangan ini.Jika tak setuju pun saudara akan berdiam diri...

    ReplyDelete
  41. HORAY....

    KERAJAAN DAH MEMBATALKAN PEMERIKSAAN KERETA 15 TAHUN KEATAS.

    P/S Kereta aku dah 22tahun dah.

    ReplyDelete
  42. rakyat didahulukan (peras ugut) pencapaian diutamakan (duit, pangkat & kuasa masuk temolok pemimpin)

    ReplyDelete
  43. Salam DS,
    Inilah masanya yg Pemimpin atasan untuk bertindak dan memahami suara rakyat....Seperti apa yg saya komen dahulu bila timbul perkara sebegini,bagaimanakah kerajaan hendak mendengar suara rakyat dan bagaimana salurnya boleh disampaikan ke pihak atasan????Cara macamana,jikalau tiada blog2 sebegini,yg dulunya macamana???hanya dengar pendapat dari org2 kanan pemimpin sahaja(yg mereka ni MEMANG SUKA BODEK,SUDAH TENTU KOMEN MEREKA DGN MENYATAKAN BAIK DASAR YG DILAKUKAN)....akan tetapi sebilangan kecil ini telah mewakili sebilangan besar yg cukup tidak puas hati mereka!!!

    Renunglah dan set up satu channel dimana semua rakyat dapat memberi komen mereka!!!Dan inilah dikatakan kerajaan BERUBAH!!!

    Sekian!

    ReplyDelete
  44. - Alhamdulillah...ternyata kerajaan mendengar keluhan rakyat...terima kasih Datuk keluar isu ni..ahli umno bukan pak turut sajakan..

    - Pasal charge kredit kad tu memang patut pun...tak mampu bayar rm 50 konon.. beban..hutang beli benda tak PERLU BULEH pula..tak mampu jangan pakai la..ISLAM pun tak galak berhutang...tak caya tanya TOK GURU..

    ReplyDelete
  45. Terima kasih keprihatinan
    15 tahun kena pemeriksaan
    28.10.09 tarikh diumumkan
    06.11.09 umum pembatalan

    Rakyat dan capaian seiringan
    Syabas BN kerana kepekaan
    Hadiah ceria pada berkenaan
    Isu pembangkang kekurangan

    Selaku pengundi peringatkan
    Lebih berhati masa hadapan
    Sarang tebuan usah jolokkan
    Jika ingin kekal pemerintahan

    ReplyDelete
  46. rasa2nya... lakonan yg paling berkesan
    keluarkan macam2 arahan lepas tu tarik balik
    atas dasar rakyat didahulukan.....
    dunia nak kimat dah... ramainya dajjal akhir2 ini

    ReplyDelete
  47. Buat Shah..... saya memang guna kredit kad dan charge kad (amex) full swing untuk isi minyak, shopping and so on... Saya akan bayar full amount before statement issued to me.. Saya memang tak suka bawa duit tunai banyak dalam wallet. In this case, apa kena mengena dengan hutang, atau kemampuan atau syariat ISLAM. And why another taxation imposed untuk prudent spending.

    Kerajaan atau anda patut tahu apa maksud charge card (kad debit), U guna RM100, kena bayar RM100 and U guna RM1,000 kena bayar RM1,000 and even U guna RM5,000 kena bayar RM5,000 dan tiada istilah minimum payment or interest charge or cumulative interest.. Ini tak dikira prudent spending ke...??? Ia berbeza dengan kad kredit, guna RM1,000 pun masih boleh bayar RM50.

    ReplyDelete
  48. lizay_73, sy setuju pendapat tuan, dajjal yang dah keluar pun memang ada.. baru keluar dari IJN. Sapa dia

    ReplyDelete
  49. Salam semua...
    Macam biasa la mula2 umum dulu pastu kalau rakyat bantah, tarik balik...kata kerajaan perihatin. Macam tol gak....kalau nak naik RM1, umum la nak naik RM2 ...rakyat sure bantah punya...At last umum hanya naik RM1 je...pastu kata kerajaan perihatin ! Kalau betul perihatin, takyah lah susah2 nak pikir nak naikkan berapa...cukuplah apa yang ada..itu pun rakyat dah sengsara...Buktikan "RAKYAT DIDAHULUKAN" !!!!!!

    ReplyDelete
  50. Kenapa la korang nie tak setuju dengan arahan kerajaan supaya kereta 15 tahun ke atas tak sepatutnya berada di jalan raya...
    Kan ke tak berapa selamat tu...
    Beli je la kereta baru... jangan beli selain Proton ... ingat tu....
    Banyak faedahnya kalau beli kereta Proton.
    Kita dapat membantu pembekal komponen tempatan yang majoritinya kroni-kronos BN.
    Barang tak berkualiti pun takpa... asalkan boleh pakai sudahla....
    Bila banyak eksiden, ramai la orang beli kereta lain ... kan merancakkan ekonomi namanya tu....
    Alah... yang eksiden tu adalah orang lain... bukannya sedara kroni-kronos BN nie... lantak dia orang la...
    Kalo ramai yang mati pun takpa, kita buleh import manusia dari Bangla,Nepal,Monggolia dan tah mana-mana pun takpa....
    Yang penting, Kroni BN punya tembolok mesti kena massyuuuk punya...

    ReplyDelete
  51. Dulu zaman Pak Lah terkenal dgn jolokan Flip Flop Government. Now zaman Najib pun sama. Masa buat pengumuman tak guna otak, naikkan toll, peraturan sana sini, pastu buat pengumuman atas semangat 1Malaysia rakyat didahulu, kerajaan dengar masalah rakyat so tanggung atau tak jadi impelement... lol.. ingat rakyat a.k.a tak payor bodoh gaknya... Sebut pasal 1Malaysia, nampak kaum Melayu terlalu bertolak ansur dan banyak event 1Malaysia orang Melayu je ramai.... kau lain... masih malu-malu nak join...

    ReplyDelete
  52. 2.7 juta kereta lebih 15 tahun. 2.7 juta jugaklah pemiliknya. 2.7 juta ni mungkin tidak jadi penyokong malah akan jadi pembangkang. Lebih teruk lagi kalau ahli kelaurga mereka pun akan ikut jejak langkah mereka. Cuba jumlahkan....

    ReplyDelete
  53. market rege 4k je tapi la ni min insurred kena 10k plk, beban la org2 susah mcm kami ni..
    depa nk tlg bank sgt la ni..sy ada 3 kete umur 9 thn, nk jual x blh dh..

    ReplyDelete
  54. assalamualaikom DS
    saya sgt bersetuju dengan cadangan DS. bagi pemilik kenderaan tak bayar insuran pun tak apa. sebab pemilk macam saya tak pernah buat tuntutan insuran setelah memandu kenderaan lebih 30 tahun ( bukan nak mandabik dada).Insuran pulak jika tuntutan kurang drpd RM500 tak layan, lepas tu ambil masa berbulan-bulan untuk satu tuntutan.TQ

    ReplyDelete
  55. DSKT, Bukan pasal kereta lama yang berusia 15 tahun....apakah kita sebagai rakyat biasa mampu nak beli kereta baru. Soalannya rakyat Malaysia sendiri. Yang nak bekerja mengira sangat,yang nak melabur tak lepas untung. Sekarang ini pekerja tempatan dah tak nak jadi produktif..cuti sakit di salah guna, cuti umum terlalu banyak, bukannya salah pendatang asing, cuba masuk ke KFC ataupun Mcdonalds... atau pun bank yang ada kat M'sia. Perangai rakyat tempatan...tak kisahlah BN ke PR ke nak duduk atas takhta. Semua nak adu pasal gaji tak cukup...Delivery is most important. Vietnam is catching up, Indonesia too....Kita sebagai rakyat perlu berganding bahu....Buying a car is not an issue...Kenapa Singapore besar KL boleh dan kita tak sebesar Selatan India tak boleh....

    ReplyDelete
  56. Alangkah bagus kira isu 'kecil' rakyat ini 'diperbesarkan' semasa ada kuasa dikaki dan tangan. Ibarat 'anjing menyalak bukit' selepas tiada berkuasa.

    ReplyDelete
  57. Puspakom established in 1994. Idea was from DRB-Hicom..
    Why puspakom exist!! To ensure enough monies to be collected
    from the general populations.

    Tak habis habis nak perkenakan rakyat!! cukai jalan,cukai eksais,
    tol jalan, minyak petrol,cukai jualan,puspakom di tambah pulak..

    I sendiri pernah buat inspection kat Puspakom!! dijahanamkan
    all my rubber doors diselongkahkan all the rubber protections padahal
    kereta baru keluar dari kilang. lepas tunggu sehari suntuk..then bayar
    pulak..

    So to me Puspakom exist is to menyusahkan rakyat...

    ReplyDelete