Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, November 10, 2009

Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?

1. Semalam YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika memohon Bajet Tambahan mengumumkan bahawa Menteri Besar Incorporated (MBI) akan mengambil alih hutang Talam Corporation kepada anak syarikat negeri yang berjumlah RM392 juta.

2. Dakwaan Menteri Besar bahawa kerajaan lalu tidak mengambil sebarang tindakan hanya menunjukkan sama ada beliau menipu atau tidak mengambil tahu apa yang berlaku. Saya lebih percaya beliau cuba mengelirukan (mislead) rakyat.

3. Hakikatnya, pada 2006 atau 2007 lagi, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

4. Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan.

5. Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mengambil alih hutang-hutang Talam daripada anak syarikat kerajaan negeri kerana mahukan CEO-CEO yang dibayar gaji bertanggungjawab terhadap setiap perjanjian yang mereka buat dengan pemaju termasuk Talam.

6. Ketika mengumumkan semalam, Menteri Besar memberi gambaran seolah-olah ia hanya merupakan peralihan pengurusan hutang tanpa apa-apa kos mahu pun niat terselindung.

7. Namun di sebalik kata-kata muluk manis Menteri Besar mengenai pengurusan aset hutang negeri ini, apa yang diumumkan oleh Menteri Besar semalam merupakan satu strategi perakaunan untuk memanipulasi rekod keuntungan organisasi tanpa mencerminkan nilai sebenar.

8. Dalam bahasa kewangan dan perakaunan ia dipanggil round-tripping, yang dianggap sebagai satu usaha "distortion" untuk memberi gambaran positif terhadap akaun. Walaupun tidak menyalahi undang-undang namun ia mempunyai tujuan yang kurang mulia iaitu memberi gambaran keuntungan atau pendapatan yang tidak tulen.

9. Antara strategi round-tripping ialah "a company selling an unused asset to another company while at the same time agreeing to buy back the same or similar assets at about the same price."

10. Apakah tujuan round-tripping ini? Ia bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar. Banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat di Bursa Saham untuk memberi keyakinan kepada pelabur.

11. Apa yang Tan Sri Khalid buat ialah untuk menunjukkan tambahan pendapatan besar dalam akaun kerajaan negeri biarpun secara realiti ia merupakan satu ilusi. Bahayanya ialah Kerajaan Negeri akan mempunyai kecenderungan untuk membelanja lebih dari sumber yang ada.

12. Menurut pemahaman saya dan maklumat yang diperolehi, pengumuman semalam merupakan satu usaha terancang dan bijaksana untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM 392 juta dan juga memberi peluang kepada orang tertentu membuat bisnes konsultansi dan guaman.

13. Kerajaan Negeri mengumpul semua hutang-hutang Talam Corporation kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Selangor (UNISEL). Jumlah hutang tersebut ialah sebanyak RM 392 juta.

14. Aset hutang ini dijual kepada sebuah syarikat milik PKNS, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd (SIC), dengan Harga RM 392 juta.

15. Bagi membiayai pembelian ini, SIC membuat pinjaman dengan jumlah yang sama kepada sebuah bank. Saya difahamkan bank tersebut ialah CIMB Bank. Pinjaman ini dibuat menerusi SIC kerana sebagai syarikat sendirian berhad SIC tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat pinjaman berbanding PKNS, KDEB dan PNSB.

16. Walaupun aset-aset hutang Talam ini merupakan milik anak syarikat kerajaan negeri namun ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri sebagai bayaran hutang mereka kepada kerajaan negeri.

17. Mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri? Ini untuk menunjukkan akaun kerajaan negeri mempunyai pendapatan yang lebih baik berbanding tahun lalu dan juga lebih baik dari anggaran pendapatan dalam Bajet 2008.

18. Ini bermakna akaun kerajaan negeri tahun ini akan mencatat tambahan RM 392 juta biarpun ia sebenarnya merupakan wang pinjaman dari bank bukannya aset atau wang pendapatan yang sebenar.

19. Kerajaan Negeri pula memberi geran sebanyak RM 392 juta ini kepada Perbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated - MBI) Selangor.

20. MBI menggunakan geran ini untuk membeli kembali aset hutang Talam daripada SIC dengan harga yang sama. RM 392 juta. SIC kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang dengan CIMB Bank.

21. Hari ini MBI akan menguruskan kutipan hutang talam sebanyak RM 392juta. Lebih mengelirukan, sungguhpun ia diletak di bawah pentadbiran MBI, Menteri Besar, mengikut laporan Malaysiakini.com, masih mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri seperti KDEB dan PNSB mengutip hutang tersebut dalam masa tiga bulan.

22. Jadi mengapa perlu membuat perubahan pengurusan hutang jika ia seperti keadaan asal?

23. Selain mengelirukan rakyat mengenai pendapatan kerajaan negeri melalui round-tripping ini, saya difahamkan SIC juga menanggung kos guaman dan konsultansi sebanyak RM 700, 000.00. (Tujuh Ratus Ribu Ringgit Sahaja). Siapakah peguam dan konsultan yang menguruskannya? Apakah kriteria pemilihan mereka?

24. Selain itu SIC juga menanggung beban faedah sekitar RM 70 ribu sehari untuk jangka masa antara 3 hari sehingga seminggu dari proses pembelian hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri oleh SIC, sehinggalah kepada SIC membayar semula hutang tersebut kepada bank.

25. Saya jangkakan kerajaan negeri dan SIC membelanjakan sekitar RM 1 juta untuk melaksanakan round-tripping ini. RM 1 juta digunakan untuk mengabui mata rakyat dan media kononnya kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan mantap dan terbaik?

26. Apakah kaedah-kaedah silap mata seperti ini juga yang dipraktiskan oleh Menteri Besar sekarang sehingga dikatakan terhutang Bank Islam sebanyak RM 66.67 juta ketika membeli saham Guthrie?

27. Janji untuk mengutip hutang dari Talam dalam masa tiga bulan ini juga sungguh baik. saya berharap ia dapat dilaksanakan. Cuma bila dilihat bagaimana hasil kutipan pasir yang jauh dari janji dan anggaran; janji pelaburan RM 10 bilion ke atas Sungai Klang yang telah beberapa kali diungkapkan namun masih tiada tanda; dan banyak lagi janji-janji yang belum menampakkan hasilnya, maka saya was-was sama ada ini satu lagi janji manis sewaktu pembentangan bajet dan sidang DUN sahaja.

28. Jika ayam bertelur sebiji, riuh sekampung, Kerajaan selangor hari ini belum "bertelur" riuh senegara. Jangan nanti kokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis.

34 comments:

  1. terima kasih ds kerana menerangkan dgn jelas dan dgn bahasa yang mudah difahami semua.

    cekpa juga khalid memutarbelit nampaknya. ya lah,kalau tak cekap mana mungkin dpt belit bank islam 66 juta.

    yang untung nanti malik imtiaz juga

    ReplyDelete
  2. [quote]Hakikatnya, pada 2007, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.[/quote]

    ...hmmm...jawatan kuasa khas lagi....minggu lepas jer ada 5 jawatankuasa khas najib...tapi mcm biasa la dato`....pencuri nak siasat perompak...tak der result la jawapannyer...

    ........jawatankuasa khas...jawatankuasa khas...jawatankuasa khas...result nyer....zaman sekarang ni....sapa2 yg laporkan kesalahan..kena tangkap...yg direport...boleh bercuti...

    hahaha....bila la melayu nak sedar...asyik kena tipu...

    ReplyDelete
  3. Khalid gagap cuba nak tipu rakyat....untuk rakyat..untuk rakyat....

    sekarang terimalah akibat daripada penipuan demi penipuan....undilah lagi pakatan rosak rakyat ni.

    pegi jahanam dengan pas, pkr dan dapig

    ReplyDelete
  4. salam perjuangan DS.

    tksh keterangan ini.

    sifat org munafik,
    bila berjanji ia mungkiri,
    jauhilah.

    memang sejak awal lagi saya sangsi keikhlasan perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  5. kuman seberang laut nampak,
    gajah depan mata tak nampak.
    sendiri mau ingat laa

    ReplyDelete
  6. salam....

    siapa yg sangka...hujung tahun akaun kerajaan negeri tutup 'cantik'...hutang talam dapat kutip,
    hutang peribadi dah langsai....akan dikata nanti
    tiada siapa yg rugi!.....ini keajaipan silapmata ilmu hisab..

    ReplyDelete
  7. Dato' Seri,

    Saya ingin memberikan komen terhadap dua PBT ini iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang.

    Walaupun terkeluar dari tajuk ini, tapi sedikit sebanyak menyentuh mengenai EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad.

    Lihat sahaja di kawasan MPAJ ini lansung tiada program untuk mengindahkan dan mencantikkan kawasan pentadbirannya dengan pokok-pokok bunga dan sebagainya.

    Bandar Baru Bangi juga yang terletak di bawah pentadbiran MPKj juga sejak dari tahun 1995 waktu saya menuntut di universiti di situ...keadaannya tidak banyak berubah. Adakah bandar baru bangi ini dianaktirikan dari segi program pengindahan lanskap dan sebagainya.

    ReplyDelete
  8. Macam inilah ketua pembangkang Selangor.

    Ingin tujukan lagu Kantoi yang dinyanyikan oleh Zee Avi buat MB Selangor

    ReplyDelete
  9. Salam Dato seri

    Semoga dato seri sihat walafiat dan senantiasa dirahmati oleh ALLAH SWT

    Pembentangan bajet oleh Kerajaan Negeri sememangnya agak kelakar...itu baru isu TALAM Dato Seri belum lagi isu syarikat pasir kerajaan negeri yang konon kononya mendapat untuk berpuluh juta tapi haprak...silap silap pendedahan dokumen oleh orang orang tak puas hati menggalakkan SPRM menyiasat company pasir selangor tu pula....

    Apa yang pasti saya nak ulas mengenai keadaan GLC Selangor jer Dato Seri, yang seronoknya MB baru nie kerjanya nak batal perjanjian lama jer...dan masalahnya GLC selangor akan berdepan dengan keadaan yang malang sekali iaitu SAMAN berpuluh juta. Katanya PKPS dan PNSB lah yang menjadi mangsa.

    Yang jadi mangsa GLC selangor, itu baru 2 belum lagi yang lain seperti PKNS dan KDEB. KDEB tu tiap tiap bulan terpaksa menanggung air free selangor ..paling minima pun 10 juta kena standby duit nak bayar kat syabas tiap tiap bulan. PKNS pun nampaknya dah makin mula nak bertanya - tanya. Mana halatuju nie.

    PKPS lagi kesian, katanya MB akan kecilkan operasinya hingga sekecil kecilnya...takut silap silap tutup jer...ada yang bgtau saya...semua anak syarikatnya akan ditutup, ladang selangor yang gah Selangor Fruit Valley pun tak ada hala tuju...habis dah reti tanam sawit jer...bila bab buah buahan tak tau...GLC pun dah start jadi tempat kumpulan ex guthrie....kalau boleh setiap anak syarikat mesti ada ex guthrie...harap kakitangan dalam tak boleh....

    Dan yang kelakar, MB Khalid nie khabarnya susah nak jumpa...macam dia sorang jer yang betol...saya rasa dato seri perati peratikanlah GLC kat selangor, kesian pada kakitangan GLC kerana masa depan mereka terganggu.

    Nampaknya seri negeri Selangor sebagai negeri yang berkebajikan pun tak ada...dulu ada bantuan makanan dan rumah perihatin...tapi automatik dbatalkan oleh pakatan rakyat. Kununnya banuan hantar pada org tak layak...potong nama orang tak layak dah la..jgn la potong terus semua bantuan tu...kesian kepada orang yang betul betul miskin......

    wassalam

    ReplyDelete
  10. Nice Job DS.

    Bagus sangat le tu setiap kali ada usaha dari PR BN & UMNO bantah....Aku ingat bagi le peluang BN jadi pembangkang selama yang boleh jadi diorng belajar juga macamana mau jadi orang yang baik dan tahu apa itu kepentingan Rakyat.

    ReplyDelete
  11. Syabas Dskt, teurskan usaha penerangan kpd rakyat akar umbi. PR terketar-ketar serta menggil kepala lutut bila Dskt menelanjangkan penipuan mereka

    ReplyDelete
  12. Terima kasih dato seri atas penerangan,

    Saya ada pemohonan dan saya rasa terkeluar dari tajuk.

    Saya memohon Dato Seri membela naib mangsa- mangsa pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai dibawah anak syarikat talam corporation berhad , Lestari permai ( puchong), lestari puchong ( puchong) , saujana puchong ( puchong) , saujana putra (kuala langat) hampir 15ribu mangsa projek terbengkalai dibawag anak syarikat Talam, untuk pengetahua Dato Seri saya adalah salah seorang mangsa projek perumahan terbengkalai di Saujana Putra, jenjarom Kuala Langat ( bersebelahan elite hiway exit 606 Bandar Saujana Putra ) , projek perumahan tersebut usahasama bersama anak syarikat kerjaaan negeri selangor permodalan negeri selangor berhad (PNSB) telah ditandatangani semenjak tahun 2003 sehingga kini tak siap-siap, walaupun kerja-kerja telah dimulakan bulan april 2009 tetapi keja-kerja amat perlahan janji utk menyiapkan rumah asik bertukar tarikh . Mohon Dato Seri ambil perhatian mangsa-mangsa pembeli rumah didaerah selangor dibawah anak sykt Talam Corporation Berhad dan memberi tekanan kepada ( Tan Sri Chan Ah Chye) untuk menyelesaikan masalah pembeli rumah yg teraniyah.

    ReplyDelete
  13. Salam DSKT,
    Bab memberi penerangan ni DSKT memang superb. Tp untuk kesekian kalinya, kenapa BN boleh kalah kalau benar ia telus dan tidak menipu rakyat. Saya amat berharap jika BN mengambil kembali S'ngor, janganlah ada yang sombong dan angkuh lagi. Memang PR ni pun tidak boleh diharap sangat...Tp masa BN pun masih ramai rakyat S'ngor yang susah dalam negeri yang maju.
    Saya doakan DSKT akan kembali semula ke arus perdana dan benar2 membela dan merasakan denyut nadi rakyat.Jangan asyik "YES SIR" seperti dahulu. Takut nanti nadi rakyat terus tak berdenyut....Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Salam Teratak Cahaya,
    Anda sekarang berada di mana...Saya tinggal di BBB dari tahun 1990...Rasanya BBB telah jauh berubah dan semakin indah..Dah ada Taman Tasik Chempaka lagi...Tp sayang digunakan untuk buat maksiat dimalam hari. Boleh check dengan JAIS, dah berapa ramai yang kantoi..Dah siap ada video lagi...So kalau Teratak Cahaya bukan tinggal di BBB, carilah masa untuk melawatnya...Macam2 ada.......Kalau Teratak Cahaya mmg tinggal di BBB...bukalah mata, lapangkanlah minda...

    ReplyDelete
  15. Salam Dato' Seri,

    Ini merupakan pendedahan daripada rakan blogger proUMNO selangor...dan inilah sebenarnya situasi sebenar UMNO di Selangor sekarang ni. harap dato' seri dapat beri perhatian sewajarnya. tak siarkan komen ini pun tak mengapa, asalkan perkara ini dapat dibawa ke atas dan di ambil tindakan sewajarnya. kami betul-betul rindukan kegemilangan UMNO di yang pernah gah di Selangor suatu ketika dahulu...

    UMNO SELANGOR TAK BUAT KERJA... ATAU TAK RETI BUAT KERJA, LUAHAN HATI AHLI UMNO


    Selepas kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang tempoh hari, det menerima banyak juga email yang dihatar oleh pembaca,rakan blogger dan ahli umno dan ada juga yang menghantar email kepada det menerusi facebook det, dalam email tu (pembaca dan ahli umno) mereka meluahkan rasa pelik, kesal, sedih dan macam-macam perasaan lagi yang melibatkan umno selangor, antara soalan wajib yang kerap mereka hantar ke email det ialah,

    1. UMNO TIDO.

    banyak orang cakap yang umno selangor tido, pada det memang betul tu, umno selangor tidor berdengkor, tak bangun-bangun sampai sekarang ni, kalau nak di bandingkan umno selangor dan umno terengganu dulu, kalah sahaja terengganu kepada pas, umno disana mengambil masa setahun untuk tempoh bertenang, bertenang dengan kata lain menyusun jentera dan strategi, tahun kedua mereka dah start belasah pas terengganu dan mereka berjaya merampas semula terengganu dan mempertahankannya pada pru 12. tapi apa yang umno selangor buat? penerangan tak bergerak, pemuda tak bergerak, puteri lagi la nak buat program ape pun depa tak tau(itu kata salah seorang ahli umno kepada det) wanita? det kurang pasti.

    2. KERJA TAK BUAT TAPI BERANGAN.

    Sekarang ni banyak adun umno selangor tak buat kerja tapi berangan lebih... itu salah satu ayat yang kerap terpacul dari mulut ahli-ahli umno bila mereka melihat adun-adun mereka lebih banyak berangan dari turun padang melawat kawasan, ada seorang ajk umno bahagian tu kata kat det " boss aku dah berangan nak jadi MB" haa...haa... buat la kerja dulu jangan nak berangan, nak jadi MB ape kejadahnya kalau tiap-tiap hari dari Isnin sampai Ahad ada kat padang golf. sedih memang sedih bila melihat adun dan pemimpin umno selangor masih berperangai macam pemerintah padahal kamu tu pembangkang.

    3. BOLEH MENANG KE UMNO PRU NI?

    jawapan det pada soalan macam tu.."boleh pasti boleh" itu jawapan det untuk menyedapkan telinga orang yang bertanya tu, padahal dalam hati det, "hemm...tak tau la"

    4. UMNO SELANGOR TAK BOLEH BUAT PROGRAM PASAL TAKDE BAJET (peruntukan)

    Itu ayat yang kerap sangat det dengar, pelik bin ajaib, takan takde bajet? takkan umno pusat tak support umno negeri kut? atau pun bajet tu ada tapi tersangkut kat mana-mana pokok. tapi tak kisah la, keluar la bajet sendiri dulu, kamu kan pembangkang, takkan itu pun Datuk Najib nak kena cakap kut, cuba bagi tau det mana satu ketua bahagian umno kat selangor ni tak masyukkk?

    5. BOLA TANGGUNG BANYAK, KENAPA UMNO SELANGOR TAK SMASH.

    Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan pakatan, dari adun bodoh sampai la ke exco kerajaan negeri, umno sepatutnya berani membongkar kepincangan mereka, yang mana patut buat laporan polis pi buat laporan, yang mana patut buat report SPRM, ke sprm lah reportnya. hantar memorendum, demostrasi aman itu adalah teknik pembangkang, so sekarang umno selangor dah jadi pembangkang teknik ni la yang patut mereka gunakan, takan itu pun blogger macam det dan kawan-kawan blogger lain nak ajar kut. kalau betul-betul umno selangor gunakan kekuatannya det percaya tak sampai dua tahun pakatan dah terlingkup dah. bersambung...

    ReplyDelete
  16. 6. TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI BUSY.

    det cukup setuju dengan seorang otai umno di kampung det, betul juga yee... ye la datuk noh kan ahli parlimen dia juga menteri dan dia timbalan pengerusi perhubungan, pehhh... sampai tiga position dia pegang, pengsan la kawan tu, pada det timbalan pengerusi di negeri yang kalah ni patutnya bagi la kat adun atau ketua bahagian je, pasal ape? ye la dia orang tu kan tak banyak kerja sangat kalau nak di bandingkan dengan datuk noh, baru la dia boleh turun padang, jumpe akar umbi, buat program dan macam-macam lagi pasal dia free tak banyak tanggungjawab, kalau datuk noh susah la sikit, ye la orang busy la katakan. harapan det harap-harap Datuk Najib boleh la melihat perkara ni: det sekadar memberi idea.

    7. KHIR TOYO DAN NOH OMAR GADUH KE?

    Itu soalan cepuemas, det tak mau komen... pi tanya sendiri dua orang pemimpin hebat tu.

    8. UMNO SELANGOR TUMPANG PROGRAM KEMENTERIAN.

    Ada juga det nampak macam tu, tapi logik la, peruntukan tak dapat(tersangkut atas pokok) macam mane nak buat program boss..., ketua-ketua bahagian dan adun umno kat selangor ni semua dulu kerja makan gaji, kalau depa ni dulu bisnes man boleh la depa pakai duit depa dulu.

    9. BLOGGER AKA CYBERTROOPERS UMNO SELANGOR BELA.

    Haaa... ni det cukup marah, kami ni para blogger buat kerja dah ala-ala orang PAS zaman 80an dulu tau, kami tak pernah terima apa-apa imbuhan yang boleh melayakan kami ni dikatakan kami di bela oleh umno selangor, nak kata tak ada langsung tu bohong la, ada la sikit-sikit, lepas duit minyak moto det dua-tiga hari tu ada la, tapi kalau dapat sampai boleh beli laptop, kamera digital atau beli moto memang langsung tak ada.. kerja Lillahitaala.. tapi tak pasti la pulak kalau ada rakan-rakan blogger yang dapat tapi tak mau syer dengan kawan-kawan lain, tak patut, tak patut...

    Berubah la UMNO Selangor sebelum kamu di ubah secara total oleh rakyat dan ahli kamu sendiri...

    Darul Ehsan Today

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Dato atas penerangan ini..
    Jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri BN diselia oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan anak syarikat kerajaan negeri untuk kutip hutang..sekarang pula diselia MBI tapi anak syarikat juga yang diarahkan memunggut hutang..bezanya ada kos dan faedah dikenakan..1 Juta
    Nampaknya Tan Sri Khalid memang pandai membuat pinjaman wang(faedah lain citer)..

    ReplyDelete
  18. Salam DS,
    Saya rasa citer ni bukan apa yg perlu dijelaskan ataupun ditujukan....Point penting adalah mengapa hutang sebanyak RM392 juta boleh berlaku....ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali jikalau pentadbiran MB dulu ke sekarang ke yg cekap!!!!!Saya amat sedih dimana blogger2 yg mengulas diatas tidak memikir secara rasional bahawa wang tersebut adalah duit kita,dan sesiapa yg membentuk jumlah hutang tersebut adalah perlu menjelaskan mengapa berlaku,bukannya menjelaskan cara mengutip hutang....itu sudah terlambat!!!Perlu DS perjelaskan bahawa
    1)Mengapa jumlah hutang tersebut boleh terbentuk???
    2)Dari tahun bila bermula hutang tersebut???
    3)Tindakan kerajaan terdahulu terhadap hutang tersebut ataupun hutang lain2 lagi???
    4)Exco ataupun boss exco tersebut siapa yg bertanggungjawab???
    5)Plan target mengutip hutang vs actual result of debt???kalo tak capai apakah tindakan seterusnya???
    Bagi saya ulasan DS diatas tak mambantu langsung apa yg DS telah bentukkan(HUTANG) terhadap kerajaan sekarang dan saya langsung tidak meminat tentang kedua2 kerajaan ini utk bertengkar lagi...YG PENTING DUIT KITA KENA DIPULANGKAN DAN TIDAK AKAN BERLAKU LAGI SOAL HUTANG INI!!!!!

    ReplyDelete
  19. jadilah pemimpin yang amanah , nampak amanah dan jangan hanya kata kita amanah .. perlu amanah dan tiada lain selain amanah.

    ReplyDelete
  20. Khalid ni memang ahli korporat putar belit. Kalau tidak takkan hutang personal bertimbun. Macamana nak perintah kewangan negeri kalau kewangan sendiri pun tak terurus. Duit putar belit service fee satu juta tu entah-entah dapat ke croni dia untuk bayar hutang dia kat Bank Islam.

    ReplyDelete
  21. Saudara Ricky,

    Hutang tersebut terjadi melalui beberapa kerjasama anak syarikat kerajaan negeri dengan Talam dalam beberapa projek pembangunan. Ia bukan terjadi kerana tiada hutang lapuk atau telah lama hutang tersebut tidak dikutip.

    Ia hanya muncul apabila Talam menghadapi masalah kewangan dan gagal membayar mengikut jadual kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

    Masalah untuk mengutip hutang dari Talam ialah kerana syarikat tersebut mengalami masalah kewangan dengan serius.

    Sejak 3 tahun lalu kita mendengar banyak projek Talam yang terbengkalai dan menyebabkan pembeli merana.

    Jika kerajaan negeri mengambil keputusan menyaman Talam dan membangkrapkan syarikat tersebut, kerajaan negeri mungkin mendapat sebahagian besar hutang tetapi ramai pembeli rumah akan teraniaya dan rumah mereka tidak siap. Malahan saman tersebut belum tentu selesai dalam masa sepuluh tahun pun.

    Menyelesaikan isu ini umpama menarik rambut dari tepung. Ketika kerajaan negeri mahu menuntut wangnya, ia juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat biasa yang telah membuat pinjaman membeli rumah dari Talam.

    Sebab itu kerajaan negeri mengadakan rundingan dan perbincangan bagaimana untuk membolehkan Talam membayar hutangnya kepada kerajaan negeri. Justeru keputusan Jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh SUK ketika itu ialah mengambil alih mana-mana aset talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dll.

    ReplyDelete
  22. Satu lagi saudara Ricky, hutang ini bukan maknanya anak syarikat kerajaan negeri beri wang kepada Talam. Sebaliknya ia dalam bentuk kerjasama di mana join venture pembangunan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri dengan Talam. Di mana apabila projek telah siap dan dijual, Talam perlu membayar bahagian tertentu (mengikut perjanjian) kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit dalam usahasama ini.

    ReplyDelete
  23. The Bendahara, Masalah dengan Tan Sri Khalid ialah beliau ingin menunjukkan beliau lebih pandai dan cekap dari orang lain. Saya berharap beliau berjaya mengutip hutang tersebut dalam masa tiga bulan yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  24. mymassavoice,

    1. Saya tiada masalah dengan Datuk Noh Omar. Hubungan kami baik. Saya sentiasa hadir apabila dijemput ke mesyuarat mahu pun ke program UMNO. Tiada dua nahkoda dalam UMNO Selangor.

    2. Berkenaan program, saya tahu ada bahagian yang kurang berbuat program, tapi ada juga bahagian yang aktif setiap minggu. Memang program memerlukan wang namun saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    ReplyDelete
  25. Saudari Zidaaida,

    Saya akan berusaha membangkitkan perkara ini kepada pemimpin negara. Sungguhpun kebanyakan projek Talam saya difahamkan telah pun dimulakan semula dengan kerjasama IJM namun saya tidak tahu berapa yang masih tidak berjalan langsung.

    Mungkin cara terbaik ialah meminta Syarikat Perumahan Negara masuk campur.

    ReplyDelete
  26. saya setuju dgn saudara ricky. pemikiran positif mencari dan mengenali punca masalah agar tidak berlaku lagi di lain hari. bukan menuding jari kearah pihak yg cuba menyelesaikan masalah. kalau boleh dibantu pihak yg cuba menyelesai masalah walaupun berlainan ideologi politik.

    ReplyDelete
  27. terima kasih dato seri memberi penjelasan

    Dato Seri tidak tahu bukan semua projek Talam , pihak IJM ambil alih , saya terangkan projek mana yg IJM ambil alih dan IJM tak ambil alih.

    IJM hanya berminat mengambil alih projek terbegkalai yg ada value seperti Puncak Jalil, Spring Valle Ukay Perdana., Sri Hijauan Ukay Perdana , Lagon Perdana, lake view putra perdana dinamakan ( Pakej Pertama)

    Bagi projek terbengkalai/bermasalah (Pakej Kedua) tak ada value seperti Lestari Puchong, Lestari Permai, Lestari Perdana, Saujana Puchong & Saujana Putra , pihak IJM tidak ambil alih . Talam yang akan menyiapkan projek tersebut sampai sekarang tak siap2 kerja sangat lembap tarikh penyiapan asik bertukar dari bulan 9 bertukar ke bulan 12 lepas ini tak pasti tarikh bila agaknya projek perumahan ini boleh disiapkan, projek telah siap 70% sampai sekarang tak siap2 ...sampai bila harus kami menunggu...???

    Dari Tahun 2005 sampai sekarang 2009 asik naik turun pejabat KPKT meeting , projek perumahan ( pakej kedua) ini tidak dikategori sebagai projek terbegkalai KPKT mengkategorikan projek ini bermasalah , KPKT telah membuat kajian kerumitan dan implikasi yg dihadapi oleh pembeli-pembeli sekiranya penamatan lesen pemaju dan perlantikan mana-mana pemaju baru termasuk SPNB utk mengambil alih projek ini akan menimbulkan implikasi perundang terhadap pihak2 berkepentingan khusunya pembeli2 rumah, mana2 secured main creditors pemaju akan mengambil peluang utk mengulingkan syarikat tersebut bagi tujuan mengutip pinjaman mereka , risiko kerugian dari segi kewangan dan peluang memiliki rumah yg dihadapi oleh pembeli rumah adalah lebih tinggi sekiranya syarikat digulung dan tempoh penyiapan dan penyerahan rumah akan menjadi lebih panjang dan ini juga akan meningkatkan bebanan tanggungan kos oleh pembeli2 rumah .

    Dengan bantuan Dato Seri memberi tekanan kepada Talam ( Tan Sri Chan Ah Cyee ) untuk keluarkan duit poket sendiri membantu pembeli2 rumah teraniaya atau memohon bantuan kerajaan Persekutuan / Perdana Menteri bajet utk projek bermalalah dibawah projek swasta ( Talam).

    Kalau projek bermasalah ini berjaya disiapkan dalam masa terdekat seramai 15 ribu pembeli-pembeli rumah teraniaya di negeri selangor ini sudah tentu menyokong BN...

    Sekian

    ReplyDelete
  28. Hari ini Nst mendedahkan bahawa Setiausaha Agung PKR juga tidak bersetuju dengan tindakan Khalid Ibrahim:

    SYED NADZRI:
    Adviser: What lies beneath
    2009/11/17

    Syed Nadzri

    SELANGOR Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim is in "deep fry". Otherwise, why would the state need to appoint Datuk Seri Anwar Ibrahim as economic adviser? And why are so many people angry with Khalid -- even key people in his own Parti Keadilan Rakyat such as secretary-general Datuk Salehuddin Hashim?

    Anwar himself had to admit it loudly at the Selangor PKR delegates convention on Sunday that Khalid was no match for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who is bent on seeing Barisan Nasional wrest the rich state back.

    The latest backslide for Khalid concerns the Selangor government's decision to buy over debts owed by Talam Corporation to state agencies to the tune of RM392 million.

    It prompted a stinging rebuke from Salehuddin who was so upset that he used words like "crooks" and "old tricks" in his admonition.

    The debt transfer move led the Selangor State Assembly to approve an additional budget of RM392 million last week to enable the Menteri Besar Incorporated to take over the collection of repayments of Talam from the three subsidiaries of the state, namely Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Permodalan Negeri Selangor Bhd and Yayasan Pendidikan Selangor.

    Salehuddin, it is learnt, was outraged with the manner it was done. In an email circulated to all PKR elected representatives in Selangor a few days ago, he was sharp and stinging.


    "We must get Khalid to answer," he fired. "What was the party's input in the scheme? Why was this matter never officially brought up to Biro Pol (political bureau)?

    "Was this matter ever discussed in detail with PKR state exco? This is an old trick used by the crooks in the corporate sector. Are we using them as consultants?"

    Party insiders say the outburst was yet another by Salehuddin who is said to be fed up with the way things are being run by certain people in the party.

    The next line in the email points further to the fact that he is on the brink: "Have we totally forgotten our promise to the rakyat? Or is it politics as usual for us who promised change and yet perpetuate old tricks?

    "I am embarrassed even for this matter to have seen the light of day. Either we are totally ignorant or we don't care!"

    ReplyDelete
  29. Kita kena sedar siapa penasihat Khalid ni. Orang yang tak tahu pasal kawangan. Gaji RM 1 dia ingatkan Ribu Malaysia 1 kot.

    ReplyDelete
  30. SEDAR LA SIKIT MACAM MANA KAO ORANG DUIT KERAJAAN TU DUIT KITA.DUIT ITU KERAJAAN PUNYA LA.KALAU U ALL KATA DUIT TU DUIT KITA ,CUBA LAH PEGI MINTA UNTUK PAKAI RAYA.ORANG DAH DUIT BANYAK.PASAL ANUAR.APA KAO ORANG SUSAH HATI KAT DI TERIMA GAJI rm 1 DARI KERAJAAN SELANGOR.DUIT YANG ADA PUN DAH TAK HABIS NAK MAKAN.NAK SIMPAN KAT BANK PUN TAK ADA MASA NAK PEGI SIMPAN.ORANG DUIT BANYAK LAH KATAKAN.MACAM SAYA NI YA LA GAJI PUN TAADA.

    ReplyDelete
  31. dato sri. Allah tahu segala-galanya.kelak kita akan dikembalikan kepadanya.

    ReplyDelete
  32. POLITIK HANYA MEMECAH BELAHKAN RAKYAT. ALANGKAH BAGUSNYA JIKA PEMIMPIN ITU DAPAT DIPILIH KERANA KEUPAYAAN DAN KEIKHLASANNYA UNTUK MEMIMPIN DAN MENTADBIR NEGARA TANPA ADA APA2 IDEOLOGI ATAU AGENDA LAIN DISEBALIKNYA.

    ReplyDelete