Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, November 23, 2009

Syarikat Insurans: Habis Madu Sepah Dibuang

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua sahabat terutama yang hadir yang memberi sokongan kepada blog saya ini. Sama ada pendapat positif mahu pun negatif saya terima sebagai satu proses percambahan fikiran yang pada masa akan datang diharap dapat memberi manfaat kepada kita semua. Mohon maaf kerana tidak sempat melayan semua komen memandangkan saya sekarang berada di Mekah menunaikan ibadah Haji. Insyallah apabila pulang nanti kita akan berkomunikasi dengan lebih kerap.

2. Cuma semasa di sini, ketika selang masa beribadah, sempat juga berbual dengan rakan-rakan dari tanah air. Antara topik menarik yang dibincangkan ialah isu insurans kereta lama yang khabarnya telah meningkat berkali ganda secara senyap.

3. Jika beberapa bulan lalu kita mendengar rungutan orang ramai mengenai beberapa syarikat insurans enggan memperbaharui insurans kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas, kini premium insurans kereta lama pula ditingkatkan secara mendadak.

4. Pemilik kereta lama yang berusia 15 -20 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan mengambil insurans pihak ketiga (third party) seperti lazimnya untuk kereta yang telah melangsaikan hutang dengan bank.

5. Oleh kerana mereka bertukar dari insuran pihak ketiga kepada insuran pihak pertama (first party), mereka tidak akan mendapat sebarang diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount) seperti kelaziman bila kita memperbaharui insurans. Ini bermakna mereka perlu membayar premium yang lebih tinggi.

6. Selain itu, saya difahamkan minimum harga yang perlu dinsuranskan ialah RM 10 ribu, biar pun kereta tersebut mungkin berharga RM 5 ribu sahaja di pasaran. Secara keseluruhan, kos untuk memperbaharui insurans kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas telah meningkat sehingga 200%. Malahan lebih serius ada syarikat insurans yang enggan terus melindungi kereta yang berusia 20 tahun ke atas, meskipun selama ini pemilik kereta tersebut menggunakan insuran yang sama.

7. Sekali lagi keadaan seperti ini membebankan pesawah, pak tani, nelayan, penoreh getah dan kebanyakan pesara kerajaan yang tinggal di kampung. Selain itu, golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di bandar akan turut mendapat tempias kepada musibah ini.

8. Ini bukan salah kerajaan sama sekali. Ini adalah sikap syarikat insurans yang tidak bertanggungjawab. Syarikat insurans sepatutnya melindungi kereta lama ini dengan skim sedia ada memandangkan mereka telah mengaut keuntungan selama 10-15 tahun atas kereta tersebut.

9. Malangnya ini tidak berlaku. Sebaliknya syarikat-syarikat insurans ini bersifat seperti "habis madu sepah dibuang."

10. Mungkin tiba masanya pemilik kenderaan mula memboikot mana-mana syarikat insurans yang enggan terus melindungi kereta yang lama ini. Mengapa harus diberi keuntungan kepada syarikat insurans ini sedangkan lagi sepuluh tahun akan datang mereka akan menolak kereta kita seperti sampah? Jika ini dapat dilakukan ia pasti memberi pengajaran yang sewajarnya kepada mereka.

11. Di pihak kerajaan pula, saya berharap kerajaan dapat mencari jalan mengurangkan beban insurans ini. Saya fikir Bank Negara selaku pengawal selia dan pemberi lesen syarikat insurans tentulah boleh membuat peraturan jika perlu bagi melindungi pemilik kereta lama ini. Apa guna ada kuasa jika tidak digunakan untuk kebaikan rakyat? Bank Negara perlu melindungi kepentingan pemilik kereta lama ini terutamanya mereka yang telah bertahun-tahun dengan syarikat insurans yang sama.

12. Kerajaan juga boleh mewujudkan satu skim insurans khas kepada kereta lama yang berusia 20 tahun ke atas di bawah seliaan bank negara atau bank yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Mungkin kos sedikit tinggi namun ini haruslah dilihat tanggungjawab sosial kerajaan untuk rakyat.

13. Selain itu, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan memberi beberapa insentif kepada syarikat insurans yang terus melindungi kereta berusia 15 tahun ke atas ini seperti dari dasar percukaian atau menyedia dana khusus sekiranya tuntutan kemalangan kereta terbabit di luar labialiti yang dikenakan oleh syrikat insurans.

14. Seterusnya, saya juga berharap kerajaan meneruskan skim penukaran kereta lama dengan kereta keluaran Proton dengan insentif RM 5, 000. Ini akan menggalakkan rakyat menukar kereta sekaligus mengurangkan kereta lama di jalan raya terutama di bandar-bandar. Cuma bagi mengurangkan beban kerajaan, usia kereta wajar ditingkatkan dari 10 tahun ke 15 tahun ke atas.

15. Banyak lagi isu-isu dalam industri permotoran tidak ditangai dengan tuntas oleh Dasar Automotif Negara (DAN), ini termasuk isu pengharaman import alat ganti terpakai yang selama ini banyak membantu mengurangkan kos baik pulih kenderaan.

18. Memandangkan kerajaan masih gagal melaksanakan pengangkutan awam yang cekap, maka kereta masih merupakan satu kemestian dan keperluan kepada setiap keluarga termasuk di kalangan mereka berpendapatan sederhana dan rendah. Justeru sebarang dasar yang membabitkan industri permotoran harus mendahulukan rakayat berbanding konglomerat industri permotoran.

17. Mungkin kerajaan perlu menilai semula DAN dan melihat dari persepektif rakyat bawahan sama, bukan sekadar mengambil pandangan "pemain" industri yang ingin menjaga perniagaan mereka sahaja.

18. "Rakyat Didahulukan" harus menjadi panduan kepada pembuat polisi sebelum mengumumkan sesuatu polisi baru bukannya sekadar slogan untuk dilontarkan oleh bahagian perhubungan awam semata.

36 comments:

  1. Salam Sejahtera Dr.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat dr. Keadaan sekarang semakin tenang semenjak pengambilalihan Dato Sri Najib.

    Janganlah dikocakkan apabila rakyat baru sahaja hendak sejuk hati. Semua orang tahu, punca besar kekalahan UMNO dan BN adalah disebabkan rakyat amat tidak berpuashati dengan keadaan ekonomi sendiri. Mereka menyalahkan kerajaan.

    Janganlah lagi ada menteri yang memandai2 kata minyak nak naik harga lagi lah itulah ini lah. Biarlah betul2 rakyat sejuk hati. Kalau tak percaya umumlah naik tol dan minyak bila dekat nak pilihanraya esok,, kita tengok apa jadi.

    ReplyDelete
  2. DS;
    orang kampung akan mengambil jalan mudah iaitu tidak mengambil insuran dan cukai jalan. Yang rugi ialah kerajaan juga.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato, apa khabar? Terima kasih kerana megenengahkan isu ini, saya pun memeiliki kenderaan yang lama dan saya rasa tidak berpuashati dengan syarikat-syarikat insurans di Malaysia ini.

    Bank Negara ni pun satu hal juga, dia lebihkan syarikat insurans lebih dari rakyat sendiri..

    Selamat menunaikan ibadah Dato!

    ReplyDelete
  4. A'kum Dato Seri,

    Pada pandangan saya, masalah yang sebenar di alami oleh syarikat Insuran ialah kerana jumlah kemalangan yang tinggi yang mana ada kalanya kerugian itu tidak dapat di tampung oleh mereka.

    Di sini saya rasa apa yang patut pihak kerajaan lakukan ialah dengan berbincang dengan pihak Insuran untuk memberi bukan sahaja insentif melalui No Claim Discount (NCD) tetapi juga mengenakan penalti kepada mereka yang kerap terlibat dalam kemalangan. Sebagai contoh, jika seseorang itu NCD nya pada tahun tersebut adalah 0%, dan beliau terlibat dalam kemalangan (akibat kecuaian mereka sendiri) maka apabila mereka mahu memperbaharui insuran pada tahun hadapan, jumlah premium insuran yang perlu beliau bayar mestilah di naikkan kepada satu kadar yang lebih tinggi (premium pokok + 25%) dan jika golongan ini pada tahun yang akan datang terus cuai dan terlibat dalam kemalangan maka kadar itu akan terus di naik kan (iaitu 25% + 25%) dan seterusnya. Dan kadar pengurangan 25% juga perlu diberikan kepada mereka jika mereka ini tidak lagi terlibat dalam kemalangan pada tahun akan datang.

    ReplyDelete
  5. YB Dato Seri,insuran tidak mengira 3rd party tukar ke 1st party or sebaliknya,NCD/NCB tetap boleh dipindah dan diguna pakai sehingga mencecah 55% selagi pemilik tidak menukar hakmilik di geran a.k.a menjual kereta tersebut. tidak semua insuran company menolak pembaharuan sekiranya kereta beumur lebih 15 tahun.cuma segelintir sahaja yang remeh dan temeh tapi kebanyakkannya local insurers.sememangnya sudah tiba masa dan sepatutnya kerajaan menubuhkan satu agensi penanggung insuran untuk kereta berusia lebih 10-15 tahun atau mengeluarkan lesen baru untuk syarikat yang berminat dan mampu menanggung pemindahan risiko kereta tua ini.

    ReplyDelete
  6. Saya fikir dari kita memberi insentif untuk syarikat insurans melindungi kenderaan berusia 15 tahun ke atas lebih baik kita menyimpan duit itu sebagai dana untuk mempertingkatkan lagi kemudahan pengangkutan awam di Malaysia ini.

    Berkenaan dengan syarikat insurans, saya fikir pihak kerajaan seharusnya lebih tegas didalam hal ini demi melindungi kepentingan rakyat dari dasar perniagaan kotor yang diguna pakai oleh sesetengah syarikat insurans sesuai dengan slogan rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
  7. hahaha..!!! ada ke rakyat didahulukan.???
    didahulukan untuk mampos adalah..!!

    ReplyDelete
  8. Salam DSKT,
    Selamat beribadah dan semoga mendapat haji yg mabrur. Isu insuran ni pun satu hal lagi. Mmg kerajaan tidak bersalah secara 100%, tetapi kerajaan boleh bertindak untuk berbuat sesuatu. Saya rasa klu tidak ada apa2 yg dibuat ini merupakan 1 lagi benda yang akan dimanipulasi dan akan menjadi salah satu sebab untuk merebahkan kerajaan BN. Please la cukup la dasar2 yg telah menyenakkan rakyat...RAKYAT didahulukan ???? Apa maknanya ini semua. Barang semakin mahal, ini dengar cite subsidi minyak hendak disturktur semula (jgn jadi mcm zaman PAKLAH sudahlah!)....apa lagi....hai entahlah...momet endasei ! Benarkah denyutan nadi rakyat yg dibawah ini benar2 dirasakan oleh pemimpin atasan tu. Ini KPI sapa plak..? Semoga bila DSKT balik nanti...jadilah pemimpin yang benar2 membantu rakyat dan buken sekadar bersimpati sahaja....Doakanlah sekali semoga rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya tidak menderita ditanah air sendiri. Amin.

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Saya setuju dgn pandangan En Shamsul mengenai penalti pada pemandu2 yg cuai. Boleh juga dikatakan ia sebagai salah satu cara mendisplinkan pemandu. Cuma JIKA ianya dilaksanakan nti, perlulah diambilkira siapa yg salah dlm setiap kemalangan tersebut.

    Kpd en pemandu teksi, apa isi2 atau fakta2 yg ingin saudara bincangkan?
    Atau sekadar nak menengking, caci dan carut jer ker?

    ReplyDelete
  10. Salam DSKT,
    Saya amat tertarik dengan pendedahan dskt mengenai isu peningkatan insurans kenderaan yang meningkat secara mendadak pada masa ini.saya juga bersetuju 100% dengan pandangan ds kepada syarikat insurans & kerajaan mengenai skim khas untuk kenderaan yang telah berusia 15-20 tahun sesuai dengan moto kerajaan "rakyat didahulukan,pencapaian di utamakan".Untuk pengetahuan ds,bukan setakat insurans kereta sahaja,malah insurans motosikal juga turut naik sehingga 200% walaupun cukai jalan hanya RM2.

    ReplyDelete
  11. Salam pemandu teksi,
    Kita dalam laman ni nak memajukan atau perbetulkan kesilapan yang dapat di kongsi bersama samada baik atau sebaliknya.Kita perlu rasional dan positif dengan isu yang di bangkitkan.Apa yang penting adalah kita sama2 sebagai rakyat biasa bersatu hati membantu memajukan Malaysia dan untuk generasi akan datang.Jalan kurang cerdik ialah menuding jari dan menghentam membabi buta.

    ReplyDelete
  12. Pada saya lah dato seri seharusnya kerajaan terpaksa mengawal kehendak syarikat pengendali insuran..dimana kerajaan tidak sepatutnya membiarkan mereka membuat sesuatu polisi hanya untuk kepentingan mereka...tanpa memikirkan pengguna yang selama ini setia memperbaharui insuran dengan mereka selama 10 tahun mereka makan hasil dari orang yg sama membeli insuran mereka dan setelah 10 tahun mereka seakan² ingain jauhkan diri dari kereta yang berusia 10 tahun.sememangnya betul kata DSKT setelah habis madu sepah dibuang.Dan kerajaan memang berkuasa untuk membendung masaalah ini dengan mengenakan sesuatu kepada pihak insuran jika tidak menerima urusan untuk memperbaharui insuran bagi kereta 10 tahun keatas.Walaupun syarikat insuran yang membuat kaedah ini tapi teta rakyat akan salahkan KERAJAAN dalam hal ini.Dan ini seharusnya difikirkan oleh kerajaan demi setiap undi yang akan dibuang bagi setiap PILIHANRAYA UMUM.Dan salam tahniah diatas isu yang dimainkan oleh DSKT dalam untuk membina sebuah negara yang bermaruah..dan semoga DSKT selamat menunaikan haji...Amin..

    ReplyDelete
  13. AKUM DSKT= Perkataan ini amat sebati sekarang ini 1MALAYSIA> Rakyat didahulukan< PECAPAIAN DIUTAMAKAN= Itulah konsep yang diperkenalkan oleh PM barisan nasional yang amat perihatin masaalah RAKYAT apakah benar konsep yang beliau guna itu membantu RAKYAT sama ada dibandar atau desa mahupun dikuala atau di ulu cubalah kita fikirnya.Insuran naikan bayaran perlindungan kereta yang 15 tahun keatas kenapa siapa yang akan jadi mangsa ialah orang yang sudah pencen atau juga orang2 kampung adakah ini yang dikatakan rakyat DIUTAMAKAN sama-samalah kita fikirnya dengan mengunakan AKAL dan FIKIRAN itulah yang dikatakan ada otak pakai jangan gadai. Kalau cerita bab kemalangan ini mari kita perhatikan kereta baru atau kereta lama pasti kebanyakan kereta baru kenapa pula pemilik kereta lama yang nak dijadikan mangsa.Mungkin pemilik kereta lama tidak punya pilihan kerana kalau nak tukar kereta baru dah tak boleh loan lagi maka terpaksa guna kereta lama dengan kos insurance yang tinggi. Memang bijak orang berniaga atas penderitaan orang lain dan itulah wajah para pemimpin yang bijaksana dan rakyatlah yang akan menerima beban nya tapi nak buat macam mana RAKYAT itu sendiri pun tak nak berubah pilih juga pemimpin yang haprak ini. Selagi umno masih berkuasa beginilah rencah kehidupan kita semua apa yang RAKYAT rasai peduli apa yang penting tembolok sendiri mesti di isi. Saya berharap kita berfikir dengan baik2 dan terima sesuatu dengan baik kalau itu adalah kehendak mereka nak buatn macam mana. SEKIAN TERIMA KASIH WSLM

    ReplyDelete
  14. Salam Datuk,

    Pertama sekali saya ingin tahu apakah fungsi insurans yang sebenar-benarnya. Adakah hanya untuk mendapatkan cukai jalan semata-mata?

    Saya ceritakan di bawah ini pengalaman saya berkaitan dengan fungsi insurans ini.

    Arwah bapa saya meninggal dunia akibat dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan di hadapan rumah. Ia menjadi kes polis dan di bawa ke mahkamah.

    Nak dijadikan cerita, kematian bapa saya sia-sia begitu sahaja apabila didapati syarikat insurans motosikal yang terbabit telah muflis dan ditutup. Tiada pihak yang boleh memberi pampasan kepada kematian bapa saya itu.

    Oleh kerana itu, saya kira kereta-kereta lama yang berusia melebihi 15 atau 20 tahun patut diberi kelonggaran tentang insurans dan patut diperkenalkan kaedah yang lain untuk mendapat cukai jalan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  15. Salam Dato Seri,

    Saya doakan DS dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan semoga mendapat hj yg mabror.

    Topik yg DS utarakan ini memang menarik dan berharap kerajaan dapat mengambil kira semua kategori rakyat samada yang suka kereta lama dan baru. Saya juga berharap kerajaan dapat mengurangkan cukai ke atas motor besar CC 250 ke atas supaya lebih ramai pengguna dapat beli motor besar ini untuk ke tempat kerja.

    Saya berharap bila DS pulang ke Msia, nanti cuba2lah cari masa kumpulkan semua bekas pemimpin PERMAS sejak dari tahun 1970an sehingga sekarang. Salah sorang YB yang aktif PERMAS dulu YB Sulaiman Razak.
    Kami bersedia membantu UMNO Selangor untuk memperkukuhkan kedudukan sebelum lebih ramai yang berpindah dan mencari parti lain. TK

    ReplyDelete
  16. Salam Dato'Seri

    Pihak Kerajaan dan Bank Negara Malaysia harus mencari jalan yang terbaik untuk melindungi rakyat yang terbeban diatas kerenah syarikat-syarikat insurans yang hanya ingin mengambil kesempatan memanipulasi isu ni (kereta lama)untuk mengaut keuntungan yang besar.

    Tolonglah dan simpatilah terhadap kami yang tidak mampu membeli kereta baru dan tidak sanggup menanggung hutang semata-mata untuk memiliki kereta baru.

    ReplyDelete
  17. Salam Bro. DG - Director General of Insurance Is Also the Bank Negara's Governor which is directly under Ministry of Finance which is DS Najib Tun Razak. Why can't they pressure the insurance companies?

    ReplyDelete
  18. Salam DS.Tidakkah boleh kerajaan yg memerintah utk menjaga kepentingan rakyat? semua syarikat insurance mesti berdaftar. kenapa kerjaan tidak memberikan tekanaan kepada syarikat syarikat insurance jika benar kerajaan ingin meringankan bebanan rakyat?

    ReplyDelete
  19. Ramai yang menulis tanpa mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai bagaimana syarikat insuran mengoperasikan tabung insuran masing2 dalam membiayai tuntutan pelanggan hasil dari kerugian yang dialami oleh pelanggan.

    1) Syarikat insuran di Malaysia lazimnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu syarikat insurans am dan syarikat insurans nyawa.

    2) Syarikat insurans menwarkan perlindungan keatas harta benda dan tubuh badan pelanggan bagi jangka masa pendek lazimnya bagi tempoh setahun dan diperbaharui setiap tahun.

    3) Manakala syarikat insurans nyawa lebih kepada melindungi aspek kehidupan seperti kemalangan, kesihatan, kematian ke atas pelanggan bagi tempoh jangka panjang dengan tempoh dari 10 ke 40 tahun.

    4) Syarikat insueans am menawarkan perlindungan ke atas harta benda melalui pelbagai kelas seperti harta, kenderaan, kemalangan am, perjalanan dan sebagainya.

    5) Secara relatifnya, harga premium yang ditetapkan oleh syarikat insurans am adalah amat kompetatif memandangkan nisbah tuntutan yang masih dalam paras keuntungan dalam mengoperasikan tabung insurans tersebut.

    6) Yang menjadi duri dalam daging kepada tabung insurans syarikat masing2 ialah daripada sektor insurans kenderaan yang mana jumlah tuntutan yang direkodkan adalah terlalu tinggi dan lazimnya melebihi hasil pendapatan premium yang diterima dari pelanggan.

    7) Perlu diketahui bahawa paras premium insurans kenderaan adalah ditetapkan oleh kerajaan dan harga yang dikenakan TIDAK PERNAH BERUBAH semenjak tahun 1974.

    8) Bayangkan dalam tempoh 35 tahun kesemua harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia telah meningkat beratus-ratus peratus tetapi harga insurans kenderaan masih kekal di takuk lama walaupun nisbah kemalangan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia.

    9) Adalah dikhuatiri sekiranya nisbah kemalangan di negara ini terus meningkat, syarikat insurans akhirnya tidak lagi mempunyai pendapatan tabungan yang mencukupi untuk membiayainya dan bayangkan nasib yang bakal menimpa kepada pelanggan apabila syarikat insurans menjadi bangkrap kerana tidak mampu membayar tuntutan.

    10)Jurang antara nilai perlindungan berbanding premium yang diterima adalah tidak berpadanan, perlindungan 'third party insurance' adalah terlalu meluas dan tidak mempunyai hadnya sedangakan premium yang diterima untuk setiap kereta bagi perlindungan third party adalah dalam linkungan RM200 ke RM300 sahaja.

    11) Sebenarnya syarikat insurans sudah membuat permohonan untuk menaikkan kadar insurans kenderaan semenjak 10 tahun dahulu, tetapi tidak pernah diberi pertimbangan oleh Kerajaan BN kerana kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.

    12) Pemahaman yang mendalam ke atas sesuatu isu adalah amat penting sebelum kita membuat sebarang komen yang tidak berasas dan menunjukkan kedangkalan kita dalam menyelidiki sesuatu perkara.

    14) Pandangan En Syamsil dan Maxomuuak adalah menarik dan mungkon boleh dipanjangakan ole YB DSDKT kepada Kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  20. AKUM=Dikota suci mekah DSKT melakukan ibadah menyucikan diri dari kekotoran noda dan dosa semoga bila pulang nya nanti akan berubah menjadi manusia yang sentiasa bermuasabah kepada ALLAH sentiasa berserah kami menanti dengan kesabaran kerana saya sayangkan YB dato sri. Tapi saya yakin dasar kerajaan tidak akan berubah walaupun penat tangan menaip disini tapi hasil nya tetap sama sebab musabab nya ialah kepentingan perniagaan mesti dijaga hal rakyat mudah sahaja akan sentisa mengikut apa yanmg dikata tak boleh buat apa2 masa PRU lah kita kena ubah takan itu pun tak tahu. ok kepada pembloger salam idul adha WSLM dari orang parit dua sungai burung tanjung karang

    ReplyDelete
  21. Salam Aidul Adha Ds. Dato Seri, tindakkan sykt insuran menaikkan premium Insuran kenderaan motor bg yg melebihi 15 tahun ibarat sabotaj usaha kerajaan pimpinan najib. Sykt insuran hanya mementingkan keuntungan mereka.

    Saya berharap agar pihak yg berkenaan pantaulah dan ambil tindakkan segera. Jnganlah slogan merasai denyut nadi rakyat hanya tinggal slogan. Maka yang kaya akan terus kaya serta sentiasa akan menerima tajaan pihak yg dibantu.

    Sediah sekali.

    ReplyDelete
  22. Datuk cuba cek tengok blog-blog ni, teruk diaorang hentam umno selangor, dalam blog darulehsantoday.blogspot.com ada satu artikel dia bertajuk UMNO SELANGOR KENCING DATUK NAJIB.

    ReplyDelete
  23. Semuanya hanya fikirkan keuntungan. Tanggungjawab sosial diabaikan.

    ReplyDelete
  24. DS, pada hemat sy Bank Negara perlu membuat satu garis panduan yang jelas tentang isu ini. Kdg2, rakyat akan mudah menyalahkan kerajaan yakni Kerajaan BN disebabkan kegagalan bank negara mengawal selia sykt insuran. Jika perkara ini berlaku atas restu kabinet maka para menteri sebenarnya telah gagal menghayatai denyut nadi rakyat sepertimana slogan DSNI. Sedia, memikirkan pak menteri yg gagal melaksana dasar yg cuban diterapkan oleh PM.

    ReplyDelete
  25. Sykt Insuran terlalu memikirkan keuntungan mereka sahaja. Mereka mempergunakan peruntukkan undang2 yg mewajibkan kenderaan bermotor dilindungi insuran sebelum cukai jalan dikeluarkan. Dasar tamak sykt insuran wajar diboikot

    ReplyDelete
  26. Saudara Belumkiamat dan detmahadet, sebab itu saya berpendapat mungkin kerajan boleh mewujudkan satu skim insurans khas untuk kereta lama ini.

    ReplyDelete
  27. Balik-balik statement kesian kat orang kampung, pesara, petani and so on.... Betul saya simpati kat mereka.... tapi orang kat bandar ni semua kaya raya ke belaka and terima saja ke apa yang dicadangkan... Saya yang berumur lewat 30-an tinggal di bandar rasa tak sanggup nak menambah hutang pada 7 - 9 tahun semata-mata nak pakai kereta baru... Kereta proton sedia ada Alhamdulillah tak pernah meragam dan banyak berbakti walau dah berusia 15 tahun...

    ReplyDelete
  28. Salam DSKT,
    Orang kampung mana la faham sangat benda2 yg diterangkan oleh che detmahadet tu...Apa yang kami nak...bukanlah insuran tu murah sangat tp fikir2 le mereka yang tak berapa nak ada duit...Contohnya tahun lepas saya hidupkan insuran3rd party untuk moto saya cuma RM51 je...Tp tahun nie dah naik RM92...untuk dapatkan road tax...Tak kiralah apa sbbnya...apa yg pasti ia makin menyempitkan lagi nadi rakyat cam saya ni...Wassalam.

    ReplyDelete
  29. Lagi satu classical example, August 2008, saya renew Insurans kereta Proton Saga saya 1st Party dgn max NCB for RM10,000 cuma perlu bayar RM300 sahaja. Recently masa August 2009, saya nak renew, syarikat tu dah tak nak accept. Masa tu kat kaunter di Pejabat Pos. Puas bertekak dan kerani pos offer syarikat lain tapi tak boleh ambil 1st party only for 3rd party at RM500... Terkedu saya seketika... Nasib baik duit ada extra.... adakah ini dikatakan rakyat didahulukan and rakyat tidak terjejas dengan peraturan baru..??? Fikir-fikirkanlah....!!!

    -abikhsan-

    ReplyDelete
  30. ASSALAMU ALAIKUM DATO SERI,

    SATU PERINGATAN UNTUK DATO SERI KERANA INI MASA DAN PELUANGNYA.

    SEKARANG DATO SERI BERADA DI MEKAH TEMPAT YANG MUSTAJAB DOA. JADI, BERDOA SEBANYAK MUNGKIN AGAR ALLAH SWT TUNJUK KEPADA DATO SERI DENGAN JELAS,,, YANG MANA SATU PARTI YANG BENAR-BENAR TEPAT DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT.... PARTI UMNO ATAU PARTI PAS.

    ReplyDelete
  31. sekarang kerajaan ada idea terbaru utk menyempitkan hidup rakyat iaitu rancangan utk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (gst).

    nampaknya kerajaan tak habis2 mendapat idea utk menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  32. salam,
    berapa ramai penduduk Malaysia yang memahami apa itu insuran?insuran pula ada bermacam jenis.secara ringkasnya insuran adalah satu nama bagi satu alat yang digunakan untuk memindahkan risiko buruk kepada pihak yang lain iaitu penanggung insuran.insuran perubatan memindahkan bil kemasukkan hospital swasta yang tinggi kepada penanggung.kalau takde duit nak ambil insuran perubatan maka kenalah mendapatkan khidmat hospital kerajaan.makanya wajarlah idea Dr khir supaya kerajaan mewujudkan badan penanggung insuran milik kerajaan untuk kereta berumur ni.
    berbalik kepada insuran kereta berumur,kereta berumur jika diselenggara dengan baik keadaannya memang tip top.jika mekanikalnya tip top maka risiko accident kereta itu juga rendah.namun,kereta berumur seperti juga manusia berumur kebanyakkannya sudah tidak tip top.jika insuran nyawa,makin berumur,makin tinggi premium.namun tidak begitu dengan insuran 3rd party yang premiumnya amat murah dibandingkan dengan risiko.apa apa pun diharapkan orang ramai boleh lebih memahami tujuan insuran/takaful.bangsa lain menggunakan insuran sebagai persediaan sekiranya berlaku musibah,maka beban hutang,beban kewangan telah dipindahkan.sekiranya ditimpa penyakit,tabung kewangan segera sudah tersedia.sekiranya berlaku kematian,pendapatan masa depan serta harta/tunai segera telah tersedia.namun kita masih terlekat dengan stigma tidak boleh gadai nyawa serta kos masa kini dari kos sebenar yang tinggi bila sesuatu musibah berlaku...padahal tiada sesipa pun mahu mengadai nyawa..wassalam

    ReplyDelete
  33. saya setuju sangat supaya dihapuskan saja monopoli perniagaan gula.Ini hanya menguntungkan sesetengh pihak saja. pada akhirnya kerajaan juga yang mendapat tekakan

    ReplyDelete
  34. pening...last year usia kereta 15 tahun renew insuran baru RM313.00...tahun ni renew insuran harga meningkat hingga RM580.00...dah seminggu menjaja geran kereta kat syarikat insuran untuk cari mana company insuran boleh beri harga yang lebih murah...

    ReplyDelete