Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, December 21, 2009

Jadikan Ucapan Tuanku Pedoman Kerajaan Negeri

1. Seperti yang diketahui umum baru-baru ini DYMM Tuanku Sultan Selangor telah bertitah meminta kerajaan negeri bekerja keras memajukan negeri.

2. Tuanku antara lain bertitah, "Disini Beta ingin menyatakan kebimbangan Beta terhadap keadaan semasa yang mana Beta dapati agenda politik telah mengatasi agenda pembangunan negeri. Perkara-perkara yang kecil dihebah dan diperbesarkan sehingga kadangkala melampaui batasan dan menyebabkan rakyat Negeri Selangor menjadi keliru. Janganlah banyak bercakap sahaja tetapi hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat Negeri Selangor ini. Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soal-soal politik."

3. Seingat saya inilah kali pertama Tuanku membangkitkan isu terlampau banyak "politiking" dalam kerajaan negeri sehingga terabai pembangunan.

4. Kemungkinan sekali titah Tuanku ini setelah melihat Kerajaan Negeri hari ini terlalu banyak bercakap isu politik sehinggakan hal-hal pentadbiran dan pembangunan terabai.

5. Jika sesiapa masih ingat, pada tahun lalu Tan Sri Khalid menyelar Barisan Nasional sebagai mengamalkan rasuah kerana hanya mampu mengutip RM 20 juta hasil pasir negeri. Beliau berjanji di depan DYMM Tuanku untuk mengutip RM 200 juta dari hasil pasir negeri tahun ini.

6. Sebaliknya negeri hanya mampu mengutip sekitar RM 4 juta tahun ini walaupun kegiatan perlombongan meningkat berkali ganda berbanding dahulu. Tersebar luas juga ketika ini kononnya ada ahli keluarga pemimpin tertinggi Selangor terlibat dalam kegiatan ini.

7. Saya juga difahamkan dalam ucapan Hari Keputeraan Tuanku baru-baru ini YAB Menteri Besar membaca ucapan Bajet bukannya sembah taat setia seperti kelaziman. Ucapan Menteri Besar juga khabarnya lebih kepada retorik janji berbanding melaporkan prestasi kerajaan negeri. Jangan terlalu banyak berjanji takut nanti dikata orang Menteri Besar membohongi Sultan. Tahun lalu berjanji, tahun ini berjanji lagi. Yang tahun lalu belum tertunai, tahun ini mencipta janji baru.

8. Mungkin juga sebab terlalu banyak ucapan berunsurkan retorik politik oleh Menteri Besar menyebabkan Tuanku terpaksa mengingatkan beliau peranan sebenar seorang Menteri Besar.

9. Saya juga berharap tidaklah pula Tan Sri Khalid menjadikan teguran Tuanku sebagai medan untuk bermusuh dengan Istana. Terimalah teguran tersebut berlapang dada dan perbaikilah pentadbiran dan pembangunan negeri seperti mana yang dijanjikan.

10. Dalam ucapannya juga DYMM Tuanku mengingatkan kerajaan negeri, "...telah tiba pula masanya untuk Kerajaan sekarang melaksanakan segala perancangan dan janji-janji yang telah dibuat semasa berkempen dan seterusnya mengatasi semua masalah yang dihadapi oleh rakyat demi untuk kemajuan dan kemakmuran Negeri Selangor."

11. Akhir sekali saya ulangi semula pengharapan baginda dalam titahnya, "Janganlah titah ucapan Beta ini menjadi seperti peribahasa "mencurahkan air di daun keladi" iaitu tidak mendatangkan kesan apa-apa jua pun."

33 comments:

  1. Setuju Dato. Banyakkan usaha dan kerja untuk memakmurkan negeri dan rakyat. Jangan kritik saja pandai.

    ReplyDelete
  2. Saya fikir, kita semua sudah sedia maklum yang janji-janji dalam manifesto mereka semasa PRU-12 itu semuanya hanyalah untuk memancing undi rakyat.

    Sehingga kini, kerajaan negeri Selangor sentiasa membazirkan wang membuat pelbagai poster untuk mempromosikan diri mereka. Lihat sahaja di taman-taman perumahan, poster mereka akan dilekatkan sambil mempromosikan pakej rangsangan ekonomi mereka dan sebagainya.

    Saya harap Dato' Seri dapat mengemukakan perkara yang saya akan sebutkan ini.
    1. Terdapat satu poster yang sangat besar di jalan MRR2 berdekatan dengan persimpangan ke Wangsamaju dan ke Pantai Timur yang menunjukkan pakej rangsangan ekonomi kerajaan negeri selangor yang mengandungi imej Anwar, Khalid dan Adun tempatan.
    2. Poster-poster yang dipaparkan di setiap taman perumahan yang versi kecil seperti disebutkan diatas.

    Sesungguhnya poster-poster ini sangatlah menyakitkan mata untuk dipandang. Saya fikir para penyokong BN yang lain juga sakit mata untuk memandang poster-poster ini. PRU sudah lama habis dan kini kita harus membangunkan negeri bukannya asyik mahu menyebarkan ideologi politik sahaja!

    ReplyDelete
  3. Askm

    Dato seri sudahlah,layakkah datos eri bercakap tentang bangsa melayus edangkan datos eri menghianati bangsa melayu. dari seorang yang berbasikal tua yang di penuhi bendera menyokong umno dan barisan kepada seorang yang kaya. di mana datang duit mtu. halal ke haram allah melihat apa yang kita lakukan. sdr dato seri toyo.

    ReplyDelete
  4. salam....

    dalam kecelaruan dengan hutang jutaan ringgit
    bagaimana nak kantung negeri bertambah melainkan
    merampok hasil negeri untuk kesenangan diri dan
    kroni kemudian hari sekadar cukup kemungkinan sepenggal ini berkuasa!..pencak silat anak melayu walau
    sumbang digagahi jua! selagi boleh...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam sdr JamilKucing,

    1. Jika saya mengkhianati orang melayu tunjukkan bukti bukan sekadar bermain retorik.

    2. Memang benar Allah melihat setiap perlakuan kita. Cuma saya tertanya-tanya adakah saudara benar-benar percaya Allah melihat kerana cara tulisan saudara tidak membawa gambaran yang serupa.

    3. saya berani katakan harta benda yang saya perolehi sekarang adalah halal, hasil titik peluh saya bekerja baik semasa menjadi peniaga dan Doktor atau semasa menjadi MB mahu pun sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. Saudara Jiwakita,

    Kalau pencak silat anak melayu itu tulen mungkin boleh diterima lagi. Tapi kita khuatir ada tangan di belakang anak Melayu ini. wallahualam.

    ReplyDelete
  7. DAP tetap tidak ambil indah. Mereka sedang menghapuskan Sistem Beraja. Mula-mula dengar. Apa boleh orang buat terhadapnya?

    ReplyDelete
  8. Salam hijrah 1431,
    Saya ucapkan tahniah dengan prestasi YB Dr sebagai Ketua Pembangkang.Memang YB Dr wajar diberi anugerah dan semoga berkekalan layak sebagai pembangkang di Negeri Selangor ini.

    ReplyDelete
  9. DS,

    Dalam masa 24jam... DS baru terima empat komen. Apakah ini menandakan ramai pengikut2 DS sudah tidak lagi berminat untuk mengikuti buah fikiran DS. Ini serious jika DS berhajat untuk merampas balik kerajaan negri dalam pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  10. ds khir, dalam blog kadir jasin ada undian samada pengunjung puashati dengan pencapaian kerajaan semenjak kpi diperkenalkan. sudah ada 1123 org yg mengundi dan 82% mengatakan tidak puas hati. apa pendapat ds tentang kpi pentadbiran najib sejauh ini. apakah ds jugak puashati seperti bos ds. setujukah ds jika ditafsirkan bahawa 82% yg tidak puas hati itu jugak berkemungkinan besar tidak akan mengundi bn pru13 nanti

    ReplyDelete
  11. DS, teguran dari rakyat kpd kerajaan PR pun sudah. Begitu juga DYMM tuanku juga telah bertitah. Tinggal lagi, yg kena tegur terus gagap serta sentiasa berpolitik maka inilah wahananya. Jika dulu rakyat menukar kerajaan kononnya mencari lebih baik, nah baru 2 tahun telah terbuka segala pekung dan nanah berbau busuk milik PR. Mereka hanya pandai mengata orang tapi pentadbiran sendiri tunggang langgang. Ibarat tong kosong kuat berbunyi tak berisi. DSKT, ayuh kita beri teladan serta tunjjuk ajar agar rakyat tahu siapa yg jauh lebih baik.

    ReplyDelete
  12. ryahaya.....

    tugas ds adalah bersuara memberi maklumat sebagai panduan ....bukan lah pula nak tentukan ramai komen atau tidak disini....

    apa guna ramai komen tapi masa undi tak menyokong kita pun....

    kepada ds...kami akan sentiasa menyokong dan sentiasa melayari blog ds ini sebagai mengimbangi segala caca marba yang sebelum2 ini...

    sebenarnya jika ds tidak rajin menulis ...mereka akan lebih gembira kerana senanglah mereka menanam perasaan sakit hati dan benci berterusan sampai pru13 nanti.....

    ReplyDelete
  13. salam.....

    Adakah seseorang berjawatan dalam parti tertentu
    dan kerajaan sedang dia ada access kepada sesuatu
    urusan dengan individu atau peniaga tertentu akan
    dapat sesuatu kemudahan atau keuntungan?

    contohnya..1)penganjuran oleh taukeh funfair yg
    perlu kelulusan pbt.
    2)sewa bangunan oleh kerajaan
    negeri.
    3)tanah lapang dijadikan parkir
    persendirian dipusat bandar.

    Bagi pendapat orang kecil, ini juga lubuk yg lumayan...atau bagi orang besar..apakah jawapan,
    mustahil berlaku...mungkin juga..ahh persepsi sahaja!

    ReplyDelete
  14. salam....

    Dunia blogger..perbagai cerita yg diutarakan,
    khalayak ramai hanya suka kepada cerita
    sensasi...blog DR tentu berbeza!
    pengunjung mungkin ramai dari memberi komen..

    ReplyDelete
  15. JIWA MELAYU SUDAH KACAU JIWA MELAYU SUDAH HILANG ARAH JIWA MELAYU SUDAH TIDAK TENTERAM JIWA MELAYU SUDAH BERBELAH BAGI JIWA MELAYU SUDAH KOSONG JIWA MELAYU SUDAH BERPENYAKIT=Aku bukan hendak menghina bangsaku MELAYU tapi ingin menyedarkan diri bangsaku MELAYU agar tidak terus lena diulit mimpi indah bersama angan2 tapi tiada hasil yang akan dituai.Mari kita fikirkan nya kalau dulu semasa aku tinggal dikampung ANAK nak bersekolah kemana pergi nya emak dan ayah cari wang belanja tidak ada tempat melainkan TAUKE cina yang membeli kelapa dan TAUKE ini akan memberi WANG pinjaman sebagai ganti nya kelapa ini mesti dijual kepada TAUKE tersebut sehingga hutang nya selesai maka disini kesimpulan nya harga kelapa tersebut ditentukan oleh TAUKE tersebut tuan punya kebun kelapa tiada HAK menentukan HARGA nya.Begitulah kita bangsa melayu apakah akan menjual kuasa POLITIK yang ada kepada kita ini sebagaumana kita menjual kelapa kepada peniaga ini fikirkanlah bila sesuatu perkara bermula dengan meminjam akhirnya ya akan menjadi bebanan dan sesuatu yang menjadi hak kita akan hilang tanpa noktah nya. Bila kuasa politik hilang segalanya akan berubah dari menjadi hak kepada berkongsi dan dari kongsi kepada tekanan akhir nya kepada kehilangan maka gigit jarilah kita. Dato saya hanyalah orang bodoh yang tidak belajar setinggi dato tapi kalau melihat keadaan pada masa ini amat takut sekali kerana orang melayu pada masa ini hanya tinggal satu pintu sahaja dari dua pintu tingkap pintu pun dah lama tak boleh dibuka lagi tapi kesedaran orang melayu masih belum nampak lagi.Apakah kita fikirkan kenapa instiusi RAJA2 dihina oleh2 mereka kerana apa sebab nya sebahagian orang melayu tidak menghormati nya. SEDARLAH ORANG2 MELAYU KEMBALI KEPADA TERAS ASAL KITA DEMI MASA DEPAN BANGSA MELAYU SUPAYA TERUS HIDUP DIBUMI YANG SUBUR DAN INDAH INI YANG MENJADI HAK MILIK KITA NAMUN KERANA KEBAIKAN HATI BANGSA MELAYU KITA SANGGUP BERKONGSI HIDUP SECARA BERSAMA TERMASUKLAH KONGSI KUASA KITA BERHARAP MEREKA2 INI TIDAK KHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU KERANA KITA SESUNGGUH NYA IKHLAS. SEKIAN DATO TULISAN DARI INSAN YANG KERDIL INI SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KITA DARI AZAB NYA KERANA KELALAIAN KITA KEMBALI KEPADA AGAMA DAN KEMBALI KEPADA MATLAMAT ASAL PERJUANGAN BANGSA MELAYU. WSLM

    ReplyDelete
  16. SAYA SOKONG BLOG DATO SRI YA MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA KITA KAT MANA LAGI KITA NAK MENCURAH RASA KALAU TIDAK DISINI AKU ORANG KAMPONG DATO SRI SAYA TAHU SIAPA DATO SRI INI SUDAH PASTI DIA ORANG BAIK

    ReplyDelete
  17. Dato' off topic...

    Sebuat pasal pengkhianat negara.. tak nak komen ke pasal missing jet engine worth RM50m..???

    Tubuh suruhanjaya di Raja..?? Then what for the next..?? Macam kes Linggam, akhirnya tiada kes untuk disabitkan.

    Berikut rentetan beberapa insiden yang menyesakkan dada as a tax payor:-

    - Overpaid to vendor @ RM28b
    - PKFZ - ber billion-billion
    - KTMB Double track Rawang - Ipoh
    - Missing jet engine @ RM50m
    - The list will go on....

    and TBH died for a few thousand of fraud (kalau betul la..) not worth it..

    Apa nak jadi dengan Malaysia kita ni.. Pembaziran berlaku di mana-mana dan tak setimpal dengan keuntungan negara... hamlau betul...

    - abikhsan -

    ReplyDelete
  18. Salam Datuk Seri...
    Saya fikir itu yang specialnya kerajaan PR ni. Bukan setakat mereka tidak control JAIS, malah titah ucapan Sultanpun bebas. Bukan macam kerajaan BN...sampaikan hak ehwal lembu kambingpun ADUn depa nak control, termasuklah teks khutbah jumaat. Lastly ramai yang terangguk-angguk (tido).

    ReplyDelete
  19. AKUM DS,
    Saya berpendapat yg Tuanku bertitah mengenai Politiking terlalu meluas sememangnya benar.INI ADALAH BERLAKU SELEPAS TSUNAMI POLITIK PRU12 DINEGARA KITA,BAYANGKAN DIMANA PRU1~PRU11 YG MANA BN MENANG BESAR MANA ADALAH PERKARA INI BERLAKU.Mungkin beberapa point dibawa telah meyemarakkan politiking yg semangkin hebat dinegara ini.
    1)Terdapat ketidakpuasan hati selepas pihak yg kalah tak dapat menerima kekalahan di PRU12??..Rakyat fikir sendiri....
    2)Keterbukaan infomasi terhadap salahlaku oleh pihak pemerintah dahulu.....ini adalah politiking busukkan imej pihak parti politik yg terdahulu....
    3)TERDAPAT SABOTAJ DIDALAM PEJABAT SUK DIMANA ISU2 TERTENTU DISALUR KEPADA PIHAK TERTENTU...Akan tetapi saya sokong jikalau infomasi tersebut merosakkan kepentingan rakyat,ia harus diberitahu...
    4)TERBANGKIT ISU2 KETUANAN MELAYU YG DIMAINKAN OLEH PARTI POLITIK(MAU DI PIHAK KERAJAAN ATAUPUN DI PIHAK PEMBANGKIN...DUA2 NI SAMA AJE).....

    KESIMPULANNYA YG PALING PENTING ADALAH ORG2 LUAR NEGARA TENGAH GELAKKAN KEMATANGAN PEMIKIRAN ORG2 POLITIK DINEGARA KITA......

    Sekian

    ReplyDelete
  20. salam..

    nampak gaya nya..harapan BN semakin sukar..

    semakin ramai golongan profesional lari meninggalkan BN...

    yang paling ketara adalah golongan muda..

    Jom dato' seri kita selamatkan UMNO daripada dikuasai oleh perompak dan perasuah tegar..

    jom kita buat sembahyang hajat beramai-ramai agar golongan perasuah dan perompak dalam UMNO dimusnahkan oleh tuhan demi perjuangan bangsa melayu yang tercinta.

    hidup melayu..musnah perasuah..

    ReplyDelete
  21. salam....

    UMNO/BN juara rakyat?

    cadangan saya...

    wujudkan SKUAD PRIHATIN di setiap kampong
    dipelopori oleh UBN...macamana DATO?

    fasiliti: 1-kenderaan
    fungsi: 2-pejabat
    3-petugas
    4-aktiviti

    ReplyDelete
  22. Sdr Musangman dan sahabat bloggers lain,
    Sdr menulis sesuatu perkara yang sdr tak mengetahuinya,diantara sebab mengapa terlalu banyak politiking dalam masyarakat ialah kita suka bercakap perkara yang yang yang tidak mengetahuinya.
    Ketika saya menjadi menteri besar ucapan DYMM Tuanku dibuat sendiri oleh pihak istana,dan ucapan menjungjung kaseh menteri besar disiapkan awal dan dihantar keistana terlebih dahulu.Dgn itu DYMM Tuanku boleh memberi pandangan terhadap ucapan menteri besar dan pandangan itu bebas dari pengaruh politik,saya lakukan ini kerana saya amat menghargai pandangan dan nasihat DYMM tuanku, sdr Musangman, DYMM Tuanku adalah raja berjiwa rakyat,dan mengikuti perkembangan pentadbiran negeri secara dekat,DYMM Tuanku sering mendapatkan pandangan ahli ahli profesioanal yang ternama dalam negara.

    Mengenai teks ucapan kutbah jumaat pula ia disediakan oleh sebuah panel yang dilantik oleh MAIS dan mendapat perkenan DYMM Tuanku,biasanya terdapat lima atau lebih ahli panel yang terlibat.Kerajaan negeri tidak terlibat langsung dan ianya terus diperaktikkan hingga hari ini.
    Pandangan saya eloklah kita bercakap perkara yang kita tahu kerana itulah sifat insan berilmu.

    ReplyDelete
  23. AKUM DATO SRI KHIR=Memang benar apa yang dato sri jelaskan kepada kita disini jangan diragui lagi kalau kita berdebat hanya perkara ini tidak akan ada titik noktahnya maka kita asyik bertelingkah hal yang sama dan orang melayu semakin ketinggalan jauh nun disana sedangkan kaum2 lain sudah berlari meninggalkan kita teramat jauh sekali.Kita mesti sedar kita ketinggalan dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan serta kebolehan mengurus masa dalam politik pun dah mula ketinggalan apa lagi yang ada pada kita jika dalam politik pun kita hilang taring makna nya kita akan habis segalanya maka kita seperti HARIMAU DALAM ZOO sahaja apakah kita mahu anak2 dan cucu-cucu kita jadi seperti yang saya sebutkan itu.Orang melayu jangan berperangsangka titah ucapan DYMM SULTAN kita anggap ya nya baik demi kehidupan RAKYAT agar dalam keadaan baik dan kita sebagai rakyat hendaklah menjujung kasih kepada DYMM SULTAN.Dalam konteks negeri DYMM SULTAN adalah ketua negeri dan MENTERI BESAR adalah ketua kerajaan jadi fungsi nya nyata berbeza dan badan AGAMA adalah dibawah bidang kuasa DYMM SULTAN dan penasihat nya adalah EXCO AGAMA dan MENTERI BESAR juga adalah salah seorang penasihat baginda bagi hal ehwal agama juga perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negeri. Pada masa ini kerajaan negeri seharus nya mengambil pendekatan menaik taraf kehidupan rakyat agar lebih berjaya dalam menangani kegawatan hidup sama ada dibandar atau diluar bandar dengan menyediakan lebih banyak pasarana kemudahan2 untuk dinikmati rakyat isu pemberian AIR juga tidak menyeluruh ada yang menikmati dan ada yang tidak seperti penghuni rumah flat bila diajukan perkara ini wakil rakyat hanya memberitahu tukar meter individu untuk menukar meter tersebut kerja siapa penghuni atau pihak2 berkenaan wakil-wakil rakyat PR sila selesaikan nya jangan asyik bercakap hal ini tapi tiada jalan penyelesaian nya. Sekian sahaja sebahagian rintihan hati yang bernama insan melayu. wslm

    ReplyDelete
  24. DS KHIR..

    MB bukan Melayu: K'tan sedia pinda perlembagaan
    ni nik ajis nak popularkan diri ke...atau apa

    kah..kah..kah...korang pusing tang mana pun pertahankan statement dia...aku berani kerat kukun la...kelantan tak berani buat punya..sembang boleh la...

    kalau ada yang berani menyangkal...aku cabar buat la...tukar perlembagaan suruh dan desak nik ajis sebelum dia bersara...besar jasanya kepada kelantan dan satu sejarah baru negara...sembang buat rakyat keliru je buat apa?...ramai pulak nanti yang mengikut..apa tok guru kata...aku pun boleh kata...

    tapi kalau berani tukar la...nak gak tengok rakyat kelantan punya pilihan...

    kepada mana2 yang masih marahkan BN ni,sudah2lah...terutamanaya negeri selangor

    ds khir...sya sebagai rakyat jati selangor walaupun adakala marah dengan yang sudah2 tetapi tidak mahu lagi negeri ini ditadbir oleh pakatan reput ni....sekarang kembalilah bersatu....umno adalah tempat sebenar membela anak bangsa melayu,islam..percayalah...beri peluang kembali kepada kepimpinan UMNO/BN..salam

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dr

    Sebagai anak Melayu yg cintakan bangsa dan negaranya,saya ingin mulakan dengan pantun 4 kerat ini.
    Pisang emas sekarang telah di eksport
    Nilainya tinggi mengharumkan Negara
    Bangsa Melayu sekarang dah tak amek port
    Titah baginda adakah mereka ambil kira?

    Perahu mudik kehulu
    Menongkah arus perlukan kepakaran
    Kalau hidup kepalang berguru
    Menjadi pengikut tak tahu tujuan

    Anak lembu nak jadi seladang
    Rupanya takut sitikus cencorot
    Bangsa Melayu bangsa terbilang
    Mengapa mesti jadi pak turut

    Anu arr memang petualang bangsa
    Tua dan muda dijadikan mangsa
    Baru merasa hidup Merdeka
    Kenapa dibiarkan dijajah semua?

    ReplyDelete
  26. AKUM kawan2ku disini=Jangan asyik berpantun sahaja tapi berusha memberi kesedaran kepada pemimpin melayu yang mana sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat sila undur diri walaupun ahli parti suka kepada mereka.Banyak contoh para pemimpin yang ridak disukai oleh rakyat tapi masih mahu pegang tongkat lagi untuk bertahan kenapa mereka tidak sedar diri lagi. Yang mesti dipertahankan adalah rakyat bukan parti kerana parti hanyalah satu alat sahaja yang hendak dipilih ialah orang yang bertanding apakah dia ada nilai2 yang baik dari segi moral nya kalau calon parti itu tidak baik akan ditolak oleh rakyat contoh calun permatang pasir apabila isu moral nya didedahkan akhir nya ya ditolak oleh rakyat. Ingatlah orang melayu kena berjuang untuk menjaga moral nya saya yakin isu dato bung mokhtar yang berkahwin dengan artis pasti akan ditimbulkan dihadapan rakyat bila tiba PRK/PRU 13 Kalau tak percaya tunggu lah. SEKIAN TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  27. Dato', saya dan ramai lagi rasanya boleh sokong balik UMNO dgn satu syarat je. Dato' cerita mana dpt duit beli penthouse kat Melbourne tu? Jgn la nak tipu ckp kerja jadi dr. gigi. Org lain pun dr. gigi jugak, lagi otai2, tapi tak de kaya mcm Dato' pun..

    ReplyDelete
  28. bang...tengok isu bang..permatang pasir dengan kinabatangan lain....

    kinabatangan kahwin sah dan sampai sekarang dia tak nafikan pun...cuma berdiam diri...tak lama lagi dia bagitau la tu....apa pun kita dah tahu dia kahwin....

    yang permatang pasir ni...masalahnya penakut..tak berani terima kenyataan..dah kahwin tapi tak mahu mengaku...memangla tak sesuai....

    apa pun stedy kinabatangan..saya sentiasa menyokong anda kerani sentiasa berani bersuara dan menyatakan pendirian DEMI KEPENTINGAN RAKYAT...cuma bab kepentingan diri sendiri je goyang sikit..maklumlah bini no 2...orang pas pun sama je...bab ni tak payah kelentong la..

    ReplyDelete
  29. sdr aizat,

    saya tiada rumah atau penthouse di melbourne. jangan terlalu suka mendengar umpat orang.

    ReplyDelete
  30. lepas ni ada lak isu beli jet peribadi kat dubai ke..kii..kii.kii persepsi....siap ko pakatan rakyat lepas ni....

    ReplyDelete
  31. Salam,
    dato seri..
    saya merupakan penyokong umno.
    sebelum ini ada juga saya cuba untuk cuba menerima dan memahami perjuangan pakatan rakyat,tapi saya rasa perjuangn umno sangat ikhlas khususnya dalam membantu nasib orang melayu.
    Baru- baru ini saya ada terbaca akhbar harakah dan suara keadilan.Ternyata isi kandungan didalam akhbar tersebut hampir kesemuanya tidak ubah seperti akhbar tabliod murahan, berunsur fitnah dan memburuk2kan umno dan dibuat tanpa asas bukti yang kukuh.Isu2 ini sengaja ditulis bagi menambahkan lagi kesensasian dan meningkatkan sentimen kebencian khususnya dikalangan pertengahan dan bawahan terhadap umno khususnya yang mudah tertarik dan menerima berita2 seperti ini tanpa sebarang kaji selidik.Sungguh menghairankan bahawa akhbar tesebut snggup memburuk2kn bangsa sendri dan menerima baik parti bangsa lain seperti DAP yang sememangnya sejak dahulu agak racist terhadap orang melayu.Saya amat risau sekiranya negara dikuasai pembangkang,maka hilanglah sedikit demi sedikit hak keistimewaan orang melayu yang dipelihara selama ini dek kerana konsep kesamarataan hak yang dilaung2kan pakatan rakyat.
    Dr khir, jika mereka mampu membuat akhabar mereka sendri, mngapa tidak umno ataupun barisan nasional mencetak sndri akhbar2 seperti ini mnjawab tomahan2 parti pembangkang secara direct , mengkritik keras kesilapan pakatan rakyat dan bagi mngingatkan orang ramai khususnya bangsa kita sendri supaya bersatu dan tidak termakan fitnah pembangkang.

    ReplyDelete
  32. Ds...terimalah hakikat yang Ds ni jadi ketua pembangkang...sekarang kerja utama Ds adalah membangkang, bangkang dan terus bangkang. rakyat dah tahu perangai DS...Saya yang tinggal diGombak ni dah mual sangat dengan UMNO.....enjin kapal terbang pun boleh hilang...apa ni DS...kalau iklas kenapa tak komen isu ini.....pemimpin macam Ds orang tak boleh pakai dah..cakap lepas kalah praya ni lembut gigi pada lidah....ingat Ds....rumah kata pergi...kubur kata mari....Kaya raya makan duit rakyat...lari daripada disiasat...apa ni DS...kalau Ds benar biarlah dia orang siasat...baru diri DS bersih sekiranya tidak bersalah....ni tidak, dah lah datang...kata pulak yg macam2....pemimpin pengecut macam DS ni boleh rosak kaan malaysia. Kepada semua pengikut Ds yg begitu setia seperti wmu350, itulah taraf pemimpin mu dan begitulah kamu juga......

    ReplyDelete
  33. khairudin

    ko apa hal?.....siapa pengecut....cakap kosong je apa guna...bgatau kat sini kat mana yang ds penakut tak datang untuk disiasat....

    KO TAK TENGOK KE ATAU TAK IKUTI PERKEMBANGAN..SPRM?...DIA DAH PERGI LA...MANA SIASATAN YANG DIA PENGECUT......

    KALAU SIASATAN SELCRAT YANG DIUJUDKAN OLEH PR TU.....BODOH JE KALAU DIA PEGI...IBARAT SORONG LEHER NAK KENA SEMBELEH LA...KALAU AKU PUN MATI HIDUP SEMULA PUN AKU TAK KAN PERGI....BERSEKONGKOL DENGAN DAP....NI LEBIH BAIK KAWAN DENGAN CINA MCA...DARI KAWAN DENGAN CINA DAP NI....

    LAGI SATU....KO INGAT AKU BODOH KE NAK SOKONG DS BUTA2.....AKU SOKONG PARTI MELAYU YANG AKU LIHAT..SUKA ATAU TIDAK AKU TERPAKSA PERTAHANKAN...NAK HARAP PAS...MINTAK MAAF LA...WALAUPUN AKU HORMAT DENGAN PAS TAPI AKU LAGI SEDIH JIKA SETAKAT HORMAT SAMPAI AKU TENGOK JE MARUAH ANAK MELAYU TERMASUK ANAK2 KO AKAN DATANG MERANA KERANA PERBUATAN KITA HARI INI....

    MANUSIA NI SAMA JE BAIK DALAM UMNO ATAU PAS....TAPI JANGAN MARAHKAN JET HILANG...100% UMNO SALAH....HUMBAN LA YANG BUAT TAIK ...TAPI APA HAL UMNO KO NAK SERET BAB SETIA DENGAN DS ..JANGAN INGAT KITA NI YES MEN PUNYA KAKI...DS TERBABAS JE KALI NI,MEMANG DIA KITA AKAN TEGUR PUNYA...

    KEPADA DS KHIR ANGGAPLAH JIKA KAMI TEGUR ADALAH KERANA KAMI SAYANG BAKI PEMIMPIN YANG BAGUS YANG ADA HARI INI DAPAT DISELAMATKAN DARI KEBOBROKAN PIHAK YANG SATU LAGI...LEBIH BAIK KAMI TEGUR DARI PEMBANGKANG TEGUR...MALU SAYA DAN MEMANG TAK BOLEH TERIMA ....

    KEPADA KHAIRUDIN...KALAU DS PINDAH PARTI PUN AKU TAKAN SOKONG DIA,BIAR DIA TERJUN DENGAN LABU2NYA......ANWAR IBRAHIM TU PUN AKU SIMPATI GILA KAT DIA

    AKU RASA...AKU LAGI FANATIK KAT DIA DARI KORANG KOT...TAPI AKU JANGAN KO INGAT TAKSUB PADA SESEORANG SAMPAI MARUAH ANAK BANGSA PUN AKU SANGGUP GADAI.....SO JANGAN SAMAKAN AKU DENGAN ORANG LAIN ....KALAU DS KHIR SALAH PUN AKU TIBAI GAK....KO SALAH PUN AKU TIBAI GAK PEDULI APA AKU....

    P/S: KALAU NAMPAK AGAK MARAH..MEMANG MARAH PUN MASA TULIS NI...TAPI SEKURANG2NYA IA MENGINGATKAN SEMUA MACAMTULAH DULU KITA AJAR BN PADA PRU12.....UNDI PASAL MARAH...PADAN MUKA MELAYU....CINA DAN INDIA TAK SOKONG BN DULU TAU TAK....UMNO TAK KALAH...TAPI PASAL PAKATAN HARAM BIJAK DIPELOPORI ANWAR....HABIS LA TERLONDEH ORANG MELAYU...SATU PERSATU MARUAH DIJAJA DIDADA LAMAN WEB...HUU..HU..HU..MELAYU TENGOK JE.

    MELAYU SEMUA NI SMA JE.....JANGAN KENCING AKU LA SETAKAT GUNA PARTI POLITIK NI IA ALAT JE UNTUK KITA MENGGUNAKANNYA ....NIAT KENA IKHLAS DAN JUJUR DEMI ANAK BANGSA BANG!!!..BARU SELAMAT..DIRI SENDIRI MANA ADA SEMPURNA JADI J TENGOK KES LA KALAU NAK KATA ORANG PUN...

    APA PUN MAAFLAH KALAU AMBIL HATI...MUNGKIN ESOK LUSA JADI BESAN SUSAH PULAK...BUAT MALU JE BERLEBIH2AN...KALAU BUKAN PASAL MELAYU....MALAS AKU NAK LAYAN KO NI...DAH LAH..

    ReplyDelete