Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, December 28, 2009

Kaji Semula Cukai Kad Kredit

1. Pengumuman Kerajaan tidak akan mengkaji semula cukai kad kredit menunjukkan maklumat yang disampaikan kepada kabinet tidak mencerminkan realiti rakyat.

2. Dalam Bajet 2010, Kerajaan mengumumkan cukai ke atas setiap kad kredit. Satu kad kredit utama dikenakan bayaran RM 50. Manakala bagi kad kredit tambahan ialah RM 25 untuk satu kad.

3. Saya percaya majoriti pemegang kad kredit mempunyai 2-3 kad kredit. Ini bermakna mereka perlu membayar antara RM 100 - 150 setahun. Kadar ini mungkin kecil bagi sesetengah orang yang bergaji berpuluh ribu. Tapi bagi golongan berpendapatan sederhana ia merupakan jumlah yang agak signifikan.

4. Ramai yang menggunakan kad kredit sebagai satu pilihan sewaktu kecemasan ketika menghadapi masalah aliran tunai. Bukan semua orang "makan gaji" dengan kerajaan yang setiap bulan gaji masuk dengan tepat tanpa sebarang masalah. Bagi peniaga kecil, kad kredit juga menjadi "galang ganti" jika lambat mendapat bayaran dari pihak lain.

5. Ramai juga yang memegang kad kredit kerana enggan membawa wang tunai dengan banyak. Ini merupakan satu langkah baik bagi mengelak kehilangan banyak wang jika diragut atau dirompak.

6. Mereka yang memiliki lebih dari satu kad kredit pula bukan sekadar suka-suka. Sebaliknya mempunyai dua hingga tiga kad kredit adalah jaminan bagi memastikan transaksi berjaya. Bayangkan jika kita membeli beberapa barang yang harga beratus ringgit, tiba-tiba kad kredit dari bank tertentu tidak dapat digunakan. Kita pula hanya ada satu kad tersebut sahaja.

7. Kebanyakan pemegang kad kredit tidak dapat melihat apa sebab yang rasional untuk mereka membayar cukai kad kredit. Bagi mereka kerajaan tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi membolehkan ia mengutip cukai ke atas kad kredit.

8. Malahan tindakan mengenakan cukai RM 50 ke atas setiap kad kredit sangat bertentangan dengan usaha menjadikan masyarakat kita sebagai cashless society pada masa akan datang.

9. Justeru sempena tahun baru ini saya berharap kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk mengutip cukai kad kredit.

10. Kerajaan boleh mempertimbangkan ramai permintaan rakyat yang memiliki kad kredit agar:

a. Seboleh-bolehnya hapuskan terus cukai kad kredit ini atau;

b. Setiap pemilik kad kredit hanya dikenakan RM 50 walau berapa kad yang mereka miliki ataupun;

c. Meletakkan had minima pemilikan kad sebanyak tiga misalnya. Kad selebihnya barulah dikenakan RM 50 per kad.
11. Walau apa pun alasan Kementerian Kewangan hakikatnya lebih sejuta pemilik kad juga merupakan pengundi dalam pilihan raya. Bukan mereka tidak mahu membayar cukai tapi biarlah cukai yang dikenakan berpatutan dan rasional. Sehingga hari ini saya belum berjumpa sesiapa pemilik kad yang bersetuju dengan keputusan kerajaan.

12. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan isu-isu kecil seperti ini segala kebaikan kerajaan akhirnya tidak memberi apa-apa kesan lagi seperti mencurah air ke daun keladi.

13. Saya menulis bukan untuk menunjuk pandai cuma tidak mahu segala agenda kebajikan kerajaan tidak mendapat perhatian lagi kerana cukai yang tidak masuk akal ini. Bak kata orang tua-tua, panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.

29 comments:

  1. 1.sokong dengan pendapat DSKT.kerajaan perlu meneliti semula mengenai perlaksanaan cukai kad kredit.


    2. dan apa pula apa pendirian DSKT mengenai pengunguman kerajaan untuk melaksanakan cukai perkhidmatan GST,harap DSKT DAPAT menyuarakan suara rakyat untuk disampaikan kepada kerajan.

    3.adakah dengan malaksanakan cukai GST kerajaan boleh memberi jaminan untuk meletakkan ekonomi malaysia setaraf negara maju,MAJU untuk apa,,binggung mengenai kemajuan,seharusnya kemajuan bukan dicapai melalui HUKUM RIMBA , maafkan saya jika tidak pandai ekonomi,mencontohi negara yang sudah maju untuk dijadikan contoh.

    4.apa guna jika soal kebajikan yang utama,terlepas pandang atau diabaikan,jika kerajaan di UK
    menyediakan NHS untuk rakyat dan pelajar antrabangsa turut diberikan rawatan percuma untuk semua bil hospital mengapa tidak kerajaan mencontohi perlaksannaan NHS di diMalaysia.

    sekian selamat berjuang.

    ReplyDelete
  2. ds khir dan sahabat blogger semua

    ha...yang ni betul2 dapat rasa sebab saya pakai kredit kad..ni baru adil...ha..ha

    bab kredit kad ni saya ucapkan terima kasih kepada ds khir sebab sanggup perjuangan perkara2 yang dekat dengan rakyat kebanyakan..

    saya ada 6 kad kredit...dan saya mengaku selaku orang yang berkerja sendiri tanpa gaji bulan...dalam keadaan sesak..kredit kad amat berguna untuk orang macam kami membuat pusingan wang perbelanjaan....

    oleh kerana cukai rm50 yang akan bermula jan 2010 ini..bermakna saya kena bayar lagi cukai rm300, selain dari yuran tahunan oleh pihak bank....

    adakalanya kebanyakan pihak bank pun boleh mengecualikan yuran tahunan ini jika kita menjadi pengguna yang mempunyai transaksi yang teratur kepada pihak bank...

    TENGOK...BANK PUN BOLEH BERTOLAK ANSUR..TAKAN KERAJAAN TAK BOLEH....KALAU NAK PUN...SAYA CADANGKAN 50 HIIINNNGGIT TU DISERAP OLEH PIHAK PENGELUAR KAD....MUNGKIN MEREKA BOLEH PERTIMBANGKAN....TAK PERLU LAH...KERAJAAN NAK TAMBAH LIABILITI DENGAN RAKYAT KEBANYAKKAN LAGI

    mungkin pihak atasan dalam kerajaan beranggapan ramai yang muflis oleh kerana tidak membayar kad kredit dan cuba mengawalnya tetapi pada saya...jangan kerana beberapa peratusan kecil sahaja habis semua pengguna terpalit..langsung tak peka tentang liabiliti kemarahan rakyat yang pakai kad kredit....

    saya setuju dengan ds khir,mengapa kerana cukai 50 hinnnngit ni pun nak buat rakyat sakit hati...

    berapa banyak kad kredit tak lah menunjukan seseorang itu mampu...tetapi zaman sekarang ia lebih tertumpu kepada kemudahan.....

    BATALKANLAH CUKAI MENGARUT NI...

    ReplyDelete
  3. salam....

    Cukai pemilikan kad kredit yg cuba dilaksanakan
    oleh kerajaan ini tidak masuk akal dan tidak praktikal...cubaan yg tidak bertanggungjawap,
    menindas dan kejam!...umpama tengkuk rakyat
    yg diharapkan setiap PRU diletak atas tunggul
    menunggu untuk dipenggal oleh algojo bertopengkan wajah 1Malaysia "Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan".

    Apakah dendam yg cuba dilunaskan..apa yg kerajaan nak buktikan? Terfikirkah oleh
    penguasa think tank percukaian berapa juta
    pemilik kad yg menjadi mangsa rejim perbankan
    yg rakus mengambil untung 18% dan kini kerajaan
    cuba menjadi lebih buas dan rakus mengambil untung atas angin!...

    Rasional bagi isu ini (dikenakan cukai) ialah
    untuk mendidik rakyat tidak boros dan cuai
    memiliki kad kredit bila berbelanja..mulakan
    kepada pengguna baru! atau lebih awal lagi
    dari itu...perketatkan prosedur memohon!

    Pengguna sedia ada dikecualikan..itu lebih
    bertimbangrasa!

    ReplyDelete
  4. Buat pertama kali saya bersetuju dengan Dato' 200%. Saya pernah komen sebelum ni dalam post Dato'. Tujuan kerajaan katanya untuk menggalakkan prudent spending dan mengurangkan hutang lapok. Government tax juga dikenakan terhadap Charge Card seperti Amex. Memang dungu orang yang bagi cadangan ni.... Minta maaf la.... Dia memang tak tahu atau tak boleh beza antara Credit Card dan Charge Card. Kalau nak elakkan kan hutang, saya memang tak tahu bagaimana penggunaan Charge Card boleh menjurus kepada hutang.

    Saya pengguna setia Charge Card hampir 10 tahun memang saya akui penggunaannya lebih berdisiplin dalam mengawal kewangan. Semua bill berkaitan dan bill parents telah di autodebit dalam Charge Card, fuel, shopping etc. Setiap bulan cuma perlu issue 1 cek sahaja pada card provider. And again saya tak nampak on what area akan ada hutang for Charge Card when bila penggunaan RM100 have to pay RM100, RM1,000 have to pay RM1,000 and even RM5,000 have to pay RM5,000.... no minimum payment or less RM1.00 from the statement amount, otherwise card will be terminated... Again... why taxation on us.... lol..

    ReplyDelete
  5. Kalau lah datok seri dah sedar diri sebelum PRU12 yang lalu, konform datuk seri menang bergaya. walau apa pun, memang benar apa yang datuk seri ulas berkaitan kad kredit tersebut.

    ReplyDelete
  6. setuju DS,
    - soalnya apakah pandangan begini akan didengar oleh pihak kerajaan terutama 'tink tank' menteri yang mengusulkan cadangan ini?
    - perkara ini telah dikupas dengan panjang lebar didalam Dewan Rakyat baru-baru ini namun kerajaan seolah-olah telah bertuhankan keputusan ini.
    - bahaya jika benar bahawa kabinet telah diberikan gambaran salah apabila pandangan rakyat tidak diletakkan sebagai rujukan utama sebelum sesuatu keputusan dibuat dan ini membuktikan bahawa apa yang disebut sebagai masa kerajaan tahu semua perkara telah berakhir hanya retorik semata-mata
    - adakah ini rumusan kpi dan nkra kerajaan baru-baru ini?
    terima kasih DS

    ReplyDelete
  7. Salah satu usaha yg menyebabkan rakyat semakin jelak dgn dasar2 kerajaan. Ini semua akan menjadi warna semasa PRU13. Kenapalah bijak pandai di MoF tidak memahami denyut nadi rakyat bila merencana sesuatu dasar

    ReplyDelete
  8. Tindakan kerajaan mengenakan cukai keatas kad kredit itu umpama marahkan pijat kelambu dibakar. Maknanya kalau nak menyelesaikan suatu masalah tu gunakanlah pendekatan yang betul dan tepat, janganlah orang yang tak bersalah turut menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  9. Memang amat terperanjat dengan pengumuman kerajaan itu. Sekali lagi nampaknya pihak kerajaan mengeluarkan keputusan yang saya fikir tidak mengambilkira situasi golongan kebanyakkan yang sudah memang telah terbeban dengan cas kad kredit. Realiti sebenar di bawah masih tidak sampai ke atas rupanya. Apabila melibatkan RM tentunya ramai yang akan lebih merana.

    ReplyDelete
  10. biar labu, terjun dengan labu-labunya..

    sudah acap kali kerajaan membuat satu dasar/keputusan yang menyusahkan/membebankan rakyat tanpa mendapatkan pandangan orang ramai (terutamanya rakyat biasa) terlebih dahulu. Sebagai contohnya pelaksanaan Pemeriksaan wajib kereta berusia 15 tahun keatas yang akhirnya dimansuhkan sebelum ianya bermula akibat bantahan demi bantahan oleh orang ramai.

    kerajaan perlu memikirkan cara dan kaedah terbaik bagi melaksanakan apa-apa dasar yang membebankan rakyat biasa. Barulah sesuai dengan dasar "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

    ReplyDelete
  11. Salam buat sume,
    Mengapa cukai dikenakan untuk kad kerdit ? Ahh jawapannya mudah je...nak tambah income le apa lagi. Inilah belanjawan yang berhemah... tolong separuh...dan amik lagi separuh....barulah berimbang..tak gitu DSKT ? Walau apapun saya harap dapatlah DSKT panjangkan ketidaksetujuan kami di sini yang menggunakan kad kerdit kepada yang empunya diri di Putrajaya tu. Cukup2lah kutip cukai dari rakyat....Dah la tu subsidi pun nak ditarik balik...Yes Malaysiaku sejahtera...Semoga DSKT sejahtera selalu dan terus memperjuangkan isu2 rakyat bawahan nih.

    ReplyDelete
  12. Guideline dah issued yang mana existing card holder will pay the Government tax after one year while new card holder will be imposed upon issuance of card. So pada existing card holder still have one year to terminate or continue using your card.

    Ada menteri mana tah kata, biar lah bank absorb that charge sebab bank dah banyak buat untung. Lepas ni mungkin ada bank yang terlingkup sebab antara business utama bank ialah kad kredit.

    ReplyDelete
  13. Salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan.....pandangan saya...dasar lain saya setuju...tapi Dasar nak naik kenakan charge kpd Kad Kredit ni...100% tak setuju....sebab ketika ini rakyat dalam keadaan susah, terdesak, ekonomi tak tentu arah...pendapatan berkurangan...kami rakyat dibandar KL dan bandar besar yg lain...dalam keadaan susah sekarang...makan nasi pun hanya sekali sehari...ini kan pulak nak kena charge Kad Kredit kepada kami pulak...mungkin lepas ni..kami minum teh "o" dan 1 kueh sahaja pada tengahari..pagi tak minum..malam makan roti sahaja...Jadi, saya fikir banyak lagi cara yang lain utk kerajaan dapatkan income hasil drpd cukai2 tapi bukanya mengenakan Charge Kad Kredit kpd rakyat..Jadi mohon Kerajaan kaji semula cadangan Charge Kad Kredit itu.....Jadi saya setuju dgn pandangan Dato' Seri Khir diatas...!!!.TK.

    ReplyDelete
  14. In lah kebaikan jika sekali sekala Dato Seri jadi pembangkang. Baru ianya dapat membuka mata Dato Seri, bagaimana susahnya kehidupan rakyat jelata. Saya harap di pilihanraya yang akan datang, Dato Seri akan terus berjaya mempertahankan kedudukan sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi yang akan datang.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dr

    Perkara tegur menegur itu perlu dijadikan sebagai suatu alat yang berguna kepada seorang wakil rakyat,tak kira sama ada sebagai pembangkang atau sebagai wakil rakyat yang mewakili kerajaan.
    Kenapa ketika menjadi pembangkang sahaja baru kita mempunyai keberanian untuk menegur?

    Dr. nampaknya tidak tergolong dalam situasi itu, kerana dr. sebelum menjadi ketua pembangkang dr.telah jalankan tugas dengan baik sebagai MB.Banyak idea dan kerja keras yang dr.telah sumbangkan untuk memajukan Negeri Selangor.

    Teruskan usaha dr.untuk menyumbang buah fikiran dalam menambah baik sistem kerajaan.

    ReplyDelete
  16. moralnya senang sj .. kerajaan potong lain tempat mesti mau cover kat lain tempat.

    kad kredit bukan semua orang pakai ... jadi siapa x mau bayar cukai kad kredit , jangan la pakai kad kredit... pakai prepaid kad (visa elektron) ... kalau alasan x nak bawa cash ke hulu kehilir la..

    serupa x mau byr cukai jualan kat KFC, McD, Pizza.. then jangan la makan kat situ ...

    cukai macam ni yang senang government nak kutip berbanding cukai pendapatan(ramai yang tipu)

    tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  17. DS Najib,
    Mansuhkan saja Cukai Kad Kredit ini!
    Kata Kerajaan nak menolong rakyat? Ini menyusahkan lagi ada.
    Ramai orang tidak terjebak dgn Along sebab adanya kad kredit. Nampaknya Kerajaan macam bersubahat dgn Along yg tak boleh cari makan sekarang ini!
    DS Najib mansuhkan Cukai ini sebelum anda dimansuhkan.

    ReplyDelete
  18. salam...

    betul tu cadangan Dato Seri
    semoga ianya akan memberi rakyat lebih manfaat dan bukan bebanan

    ReplyDelete
  19. salam..

    bagus laaa kad kredit di kenakan cukai..kerajaan untung rakyat pun untung.

    dah tahu tak ada duit buat apa pakai kad kredit..

    punya laa banyak golongan muda yang dah muflis hasil pemakaian kad kredit nie..

    bukankah benda tu mebantutkan ekonomi kita..

    kadang-kadang tak faham jugak rakyat malaysia nie..

    baru dapat projek kroni sikit..la..la tu nak mengebat..pakai mercedes la..kad kredit la..

    dato' seri khir marah sebab dia pun berlambak kad kredit..tak gitu dato' seri..kalau tak betul pohon maaf yaa..

    isu rokok naik tak ada pulak orang nak bising sebab rakyat tahu..sebagai langkah dan usaha mencegah perokok..sama laa juga keadaan macam kad kredit nie..

    sokong najib bab kad kredit nie aje..tapi bab lain-lain tu..memang hampeh..tambah2 lagi penyelewengan melibatkan ATM..kalau pertahanan yang utama pun dah rakus macam gorila..hancur negara..silap-silap haribulan maklumat rahsia negara pun diorang berani jual...

    ReplyDelete
  20. saya pun setuju ngn kenyataan DSKT.. kerajaan mcm dah x de duit semua nak di kenakan cukai....
    ni ke slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan????menyusahkan rakyat...

    HAPUSKAN KAN CUKAI MENGARUT NI...

    mungkin cukai ni nak di gunakan untuk F1 nak bayar gaji pelumba juta2 ringgit...pembaziran..menyusahkan rakyat adelah...

    ReplyDelete
  21. Dato Sri.Saya hari ini telah membaca satu stetment dari Dato dihalaman sinar dan saya berpuas hati hal berkaitan,Siapa Bakal MB jika BN merampas semula Selangor.So terima kasih diatas jawapn yang Dato beri.Seingat saya soalan itu datang dari saya.
    Ok berkaitan cas kad kredit.
    Saya tidak fikir peniaga kecil mampu memiliki dan minat akan pengunaan kad kredit.Kerana semua maklum seronok berhutang dan sukar membayar.Begitu juga pekerja yang berpendapatan sederhana.Adakah perangkaan atau satu takrif kedudukan pendapatan.contoh dari angka tertentu,menunjukkan status pendapatan sederhana atau apa-apa tarif pendapatan.Raja Nong cik sendiri minggu lalu telah mengtakrifkan pendapatan rm 3000 adalah penduduk miskin bandar.Berapa ramai penduduk yang berpendapatan sedemikian di Kuala Lumpur.
    Orang yang telah miliki kad kredit saya takrifkan pada ketegori berkemampuan.Dan tidak dinafikan pemegang kad ,apabila berlaku kesesakkan dikala mahu membayar sebarang urus niaga terutama dikala terlupa membawa cash atau mengelak membawa wang tunai yang banyak.kerana beberapa sebab yang logik.
    Kad kredit telah memberi jutaan ringgit keuntungan kepada intitiusi kewangan.Satu kaedah penjanaan ekonomi yang penting kepada Negara.Kerana kerajaan juga mempunyai faedah menerusi kutipan cukai.Pengunaan kad sebenarnya amat tidak layak kepada mereka yang berpendapatan rm 5000 kebawah.Apa lagi peniaga kecil.Cara pembelanjaan menggunakan kad kredit adalah satu cara yang smart.Jika mengunakan kad kredit kita akan membelanjakan secara terkumpul dan mempunyai resit yang di perakukan oleh pihak Jabatan Hasil.Dan segala resit ini dikumpul sebagai perbelanjaan kehidupan dan boleh kita kepilkan untuk pengehtahuan jabatan hasil supaya percukaian kita dapat dikurangkan.Pada saya pengguna kad kredit adalah orang termampu dan cas atau yuran kepada pemegang kad adalah berpatutan seperti yang dikenakan buat masa ini.Kami bukan pengguna kad kredit berterima kasih kepada pengguna kad kredit diatas sumbangan anda kepada Negara.Saya harap Dato Sri dapat menerima pendapat saya dengan hati terbuka.Dan isu yang diwawarkan Dato Sri adalah satu kes yang remeh untuk di bincangkan

    ReplyDelete
  22. heran itu kah yang najib kata umno juara rakyat dan ahli umno dan bn hendaklah rasa denyutan nadi rakyat.....
    adakah PM kita ni cakap tak serupa bikin...
    senang² nak makan duit rakyat berselindung disebalik subsidi yang diberi kepada rakyat dan sedut duit rakyat melebihi subsidi yang diberi...mungkinkah PM kita merasa getar nadi rakyat...
    harap DSKT perjelaskan isu ini sendiri kepada PM....

    ReplyDelete
  23. DSKT,

    Selamat Tahun 2010 dan selamat berjuang,

    Bukan Senang nak tunaikan kerana perlu ruang dan masa, sumber, jentera dan kakitangan. Check saja di Dewan Negeri. Tanya.... Tanya dan terus Tanya.
    Jadikan tahun 2010 tahun mufakat dan bukan tahun pertentangan seperti mana saranan Sdra Nobisha. Tegur yang tak betul dan terima yang betul.

    TK

    ReplyDelete
  24. Saya pun tidak setuju keatas cukai kad kredit. Pada saya kerajaan seolah-olah ingin menghukum pada mereka yang gagal melunaskan hutang kad kredit tetapi pada waktu yang sama telah menolak perkembangan ekonomi yang lebih moden & teratur. Pada pandangan saya adalah lebih baik kerajaan memberi penilaian nilai kredit yang boleh diberikan kepada pemegang kad kredit yang boros atau bermasalah daripada mengekang perkembangan produk alternatif ini.

    ReplyDelete
  25. Saya ada 3 kad kredit yag tak aktif. Tu pun sebab bank bagi, bukan saya mintak. Dan kad tu pun saya dah lupuskan. 1 sen pun saya tak pakai. Tiba2 tiba kena tax RM150. Patut ker? Timbang rasa la kerajaan????

    ReplyDelete
  26. Saya ada 3 CC dan tak ada satu pun hutang tertunggak.. Tak semua orang yang pakai kad kredit kaya dan tak pandai menguruskan belanjawan semasa. Dari tak ada hutang dah tak kena mengena nak bayar RM150 untuk TAX kad plastik.. Kepada pilihan raya akan datang UMNO/BN bukan lagi undian saya.. ini lah cara saya nak tunjukkan rasa marah dan ketidakpuas hati saya.. Ini bukan menyenangkan atau mendahulukan rakyat. Tapi meyusahkan rakyat macam saya :(

    ReplyDelete
  27. Saya setuju dgn artikel ini. Saya google isu ini pun sbb tak puas hati dgn cukai perkhidmatan 'ambil duit drp poket rakyat' ni. Kerajaan mmg jerut diri sendiri lah nmpknye. Cukai RM50 mmg melampau bagi saya yg simpan 1 kredit kad hanya utk kes2 kecemasan spt utk bil hospital & hal penting keluarga yg lain2. Debit kad pun saya ada tapi kredit kad pun perlu juga jadi, jgn aniaya rakyat sampai mcm ni sekali. Saya haram kan duit RM50 tu sampai bila2. Terima lah akibatnya nanti kerajaan yg makan duit haram.

    ReplyDelete