Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, December 14, 2009

Orang Melayu, Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu

1. Pada tahun lalu sekitar Oktober atau November 2008, telah banyak dibincangkan mengenai isu perkauman atau racist. Setahun berlalu ia muncul lagi seolah-olah segala perbahasan sebelum ini masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang memainkan isu ini juga adalah kelompok yang sama.

2. Pandangan seperti mana yang diutarakan dalam tulisan saya tahun lalu, Antara Politik Berasaskan Kaum dan Politik Perkauman. Pada hemat saya tidak salah memperjuangkan kaum, bangsa dan agama asalkan tidak menindas orang lain.

3. Apabila muncul lagi isu perkauman ini maka mungkin kita patut bertanya lagi, selama mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional memimpin negara apakah makin kaya atau miskin kaum cina dan India di negara ini? Apakah kedudukan dan nasib kaum India dan Cina sama seperti kaum kulit hitam semasa dasar aparthied di Afrika Selatan dahulu?

4. Orang Melayu juga tentulah boleh terus mengungkit dasar-dasar sebahagian usahawan dan konglomerat bukan Melayu yang menyisihkan kaum Melayu dalam kenaikan pangkat, pengambilan pekerja dan peluang perniagaan dengan usahawan Melayu.

5. Sebelum Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan berapa kerat usahawan Cina, yang mendapat pelbagai kelebihan semasa pemerintahan British, bersedia menjalinkan perkongsian perniagaan dengan orang Melayu? Hampir tiada. Apakah ini bukan unsur perkauman yang tidak sihat?

6. Bagi saya tiada salahnya kerajaan membantu orang Melayu dan bumiputera kerana itu telah diperuntukkan dalam Perlembagaan. Perlembagaan pula bukanlah dicipta dan dibentuk sesuka hati tetapi melalui satu proses yang mengambil kira sejarah dan kepentingan kaum pribumi tanpa menafikan hak kaum imigran (saya menggunakan perkataan imigran kerana perkataan pendatang sudah dianggap perkauman oleh sesetengah orang).

7. Nama dan istilah Orang Melayu, Tanah Melayu, Raja-raja Melayu dan Malay Archipelago bukanlah sekadar nama tanpa makna. Ia merupakan pengiktrafan sejarah dan antropologi ke atas kedudukan orang Melayu sebagai salah satu kaum pribumi di rantau ini.

8. Justeru tersangatlah hairan apabila hari ini bila orang Melayu bercakap masalah orang Melayu, masalah kepentingan Melayu dan sejarah hak milik orang Melayu maka mudah sangat diambil tindakan. Namun sehingga hari ini ketika ada wakil rakyat bukan Melayu seperti YB M Kulasegaran dan YB Nga Kor Ming mempersoalkan kedudukan Melayu dan agama Islam tidak pula dikenakan tindakan.

9.Hina sangatkah bangsa Melayu sehinggakan untuk bercakap soal kepentingan Melayu pun sudah tidak boleh terang-terangan?

10. Malangnya ketika kita bercakap soal perpaduan, terdapat pemimpin politik kaum Cina dan India memperjuangkan kepentingan kaum mereka sehingga mempersoalkan kedudukan orang Melayu, agama Islam dan undang-undang negara. Malahan kedudukan pasukan polis turut dihina kerana ada pemimpin kaum tertentu mahu melindungi penjenayah dari kaumnya. Siapa sebenarnya perkauman?

11. Tuduhan-tuduhan tidak benar dan berunsur memburukkan pemimpin Melayu juga dibuat dengan berselindung di sebalik ejekan perkauman atau rasis. Hari ini institusi-institusi yang dilihat membantu orang Melayu seperti Biro Tata Negara dan Mara "diserang" dengan pelbagai ejekan gelaran, tohmahan dan penghinaan. Anehnya ada pemimpin Melayu sendiri turut membantu menjayakannya.

Titah Tuanku

12. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah memberi peringatan penting kepada kerajaan negeri sempena Hari Keputeraannya. Hakikat bahawa Tuanku terpaksa mengingatkan Kerajaan Negeri agar lebih banyak bekerja daripada berpolitik jelas sekali menzahirkan hasrat rakyat.

13. Sejak menang sehingga sekarang kerajaan negeri lebih gemar menimbulkan pelbagai polemik politik sehingga lupa mentadbir. Mereka lupa bahawa mereka sekarang adalah kerajaan bukan lagi pembangkang. Biarlah kami pembangkang yang membuat kerja-kerja mereka dahulu. Tugas mereka ia mentadbir dan membangunkan negeri.

14. Dakwaan kononnya kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan Selangor juga tidak tepat. Peruntukan yang diterima sama ada semasa BN atau kerajaan sekarang sama sahaja perkiraannya.

15. Kerajaan negeri sekarang perlu mencari jalan menjana pendapatan bukan sekadar berseminar dan berpolemik untuk halwa telinga semata. Sekurang-kurangnya Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih kerajaan negeri dengan rizab tunai sebanyak RM 1.4 bilion, jumlah yang sangat besar jika mahu dibandingkan ketika saya mengambil alih pentadbiran pada tahun 2000 dahulu.

16. Justeru eloklah kerajaan negeri menghormati titah Tuanku dan mula bekerja membangunkan negeri.

31 comments:

  1. akm dr. Khir..selamat pulang dari menunaikan ibadah haji moga Allah swt memberi keberkatan.

    Masalah orang melayu, keadaan di mana kaum melayu berada di dalam keadaan cemas tidak habis-habis di bicarakan, dari kedai kopi hingga lah ke Putrajaya, dari Perlis hingga ke Sabah. Semua nya masalah orang Melayu..keciciran dari arus pembangunan, kemiskinan, penagih dadah, buang anak, mat rempit dan pelbagai lagi pekara negatif.

    Hari ini berdepan dengan tuntutan dari kaum yang diangkut inggeris pulak.Seolah-olah tiada penyelesaian, seolah-olah orang melayu sedang di timpa bala di negeri sendiri.

    Tuntutan kaum di angkut inggeris semakin hari semakin menjadi-jadi adalah kerana pemimpin melayu yang di pilih oleh orang melayu lemah.

    Pemimpin Melayu baik daripada mana-mana parti pon hanya mementingkan undi kaum pendatang ini sahaja, melayan segala karenah dan tuntutan mereka.

    Malah tuntutan mereka selalu berjaya, malah sejak di perkenalkan slogan 1Malaysia ini lagi lah berjaya, mereka guna Alasan 1Malaysia, kunun untuk sama rata, sama rasa. DEB, BTN, Mara, dan pelbagai lagi hingga ke tempat orang melayu islam sujud pon mereka nak pertikaikan.

    Apa pemimpin Melayu buat bila berhadapan dengan tuntutan ini..mereka akan kata "Jangan Biadap" "Jangan Kurang ajar" "tak sedar dek untung" lepas tu balik tidur.

    Apakah ini cara memperjuangkan nasib orang melayu, mempertahankan hak org melayu, membela bangsa melayu.Apakah ini yang di harapkan oleh orang melayu kepada pemimpin mereka?

    Mereka yang menuntut tetap memperolehi apa yang di tuntut. sedikit demi sedikit...malah lebih malang ada pulak menteri melayu yang membela mereka konon nya konsep 1Malaysia.

    Apakah kita sebagai orang melayu hanya tahu nak marahkan pemimpin mereka kerana menuntut lebih-lebih? Mereka memperjuangkan hak-hak kaum mereka kerana mereka di pilih oleh kaum mereka untuk menjadi pemimpin,mereka berfungsi sebagai pemimpin..tetapi pemimpin melayu yang orang melayu pilih tengah buat apa?

    ReplyDelete
  2. Tiada siapa nafi hak orang Melayu, Tetap 60% mengaut 100% adakah ini adil, ugama syaitan pun tak mahu buat macam itu. ini akibatkan orang melayu rakus dan lupa diri kerana dapat lebih daripada yang patut. Org bukan Melayu yg miskin tak ada diskaun tetapi Melayu kaya raya dapat diskaun. Kalau org Melayu ambil 80% tiada masaalah bagi org bukan Melayu. Dr Khir ialah generasi pertama ditanah melayu tetapi dgn nama islam Dr jadi hero Melayu. Anda ingat satu, dunia ini bulat, yang kuat, satu hari mesti kalah. Kalau buat dosa mesti dapat habuan kerana anda jadi pemimpin untuk semua, bukan utk org melayu sahaja. Anda berpelajaran jangan fikiran sempit lihat keliling jangan tipu org Melayu dgn firan sempit. fikir jika anda lahir di Indonesia. bagaimana?

    ReplyDelete
  3. Tanah Melayu doesn't exist because :-

    1) Go by civilization, Kota Gelanggi touted as earliest civilization in Malay Archipelago but news were banned as they were Buddhist because Kota Gelanggi reflecting Srivijaya and its Buddhist splendour.

    2)Go by history , Malaysia history began from Malacca 1400 with the first emperor Parameswara. It is clear from records that Parameswara ,an Indian Hindu who fled Palembang in Sumatra to eventually found Melaka circa 1400 AD.

    To be precise, Ketuanan Melayu should be corrected as Ketuanan Srivijaya

    ReplyDelete
  4. Alangkah baiknya kalau baginda Sultan juga bertitah mengenai kerosakan sistem keadilan -- institusi polis, peguam negara, kehakiman dan suruhanjaya anti-rasuah.

    ReplyDelete
  5. ds...

    pertama:umno dan pas wajib perlu mencari titik temu..dan jangan putus asa-JIKA INGIN PERTAHANKAN HAK YANG ADA SELAMA INI,janganlah kami yang dibawah ini yang beria2 dan bersemangat cakap itu dan ini tapi yang diatas duduk bertenang menanti takdir....air tenang tapi bujang senang ada tak sedar ke?

    kedua:ds najib perlu kekuatan untuk menjadikan bn satu parti-INILAH KESAMARATAAN YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN,SAYA BERSEDIA TIADA MASALAH

    ketiga:dua-dua diatas tidak mampu dilakukan-BERSEDIALAH PRU13 KESELURUHAN PEMERINTAHAN NEGARA BERTUKAR TANGAN..INI BENAR2 SAMA RATA,ds tiada masalah boleh menang di kawasan sendiri...tapi negara minta maaf jika diambil kira keadaan sekarang...silap bulan tengku razalieg pun lompat parti....tiada yang mustahil dalam dunia ni jika kebijaksanaan kepimpinan tidak titafsirkan dengan keberanian dan keyakinan untuk bertindak

    keempat:jika ketiga menjadi kenyataan,apakah nasihat dan panduan sebagai pemimpin politik berpengalaman seperti ds kepada kami anak muda melayu untuk terus berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lain ditanahiar ini

    ds sebagai pemimpin perlu memberi sedikit panduan dan persediaan jika ini berlaku terutamanya majoriti melayu yang kurang memahami apa yang berlaku dan bakal berlaku.

    ReplyDelete
  6. Salam DS,
    Bangsa kita bukanlah begitu hina seteruk itu seperti yg dinyatakan oleh DS.Kita boleh bersuara seperti mana yg kita suka YANG PASTI ADALAH;
    KITA MESTI MENGETAHUI DAN MENERIMA KELEMAHAN KITA DARI KRITIKAN DAN PANDANGAN ORG LAIN,DAN INI MERUPAKAN SENJATA KITA UTK MEMAJUKAN DIRI KITA KE HADAPAN.
    lainlah kalo kita tidak mahu langsung mendengar dan menerima kritikan org lain mengenai kita.Ada niat memajukan diri mengikut kelemahan diri kita,barulah kita dapat mengalahkan org lain kelak!!!!!Memperjuangkan sesuatu utk kaum kita sememangnya tanggungjawab kita semua dan kita sememangnya menyiokong penuh,akan tetapi menafikan sesuatu seperti kursus BTN yg sememangnya satu kursus mensetus bau perkauman tu kenalah terima!!!!
    1Malaysia sehingga kini terdapat beberapa isu sememangnya bercanggah dgn prinsip ketuanan Melayu,satu kira PM kita kena memperjelaskan secara mendalam kepada kaum2 lain tentang hal ini!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  7. Thevan... macam mana kat orang melayu kaut 100% sedangkan peratusan penguasaan ekonomi orang melayu di malaysia hanya 20%. Lu cakap tak ada fakta. itulah masalahnya.

    ReplyDelete
  8. MC, baca sejarah biar betul. tak ada sapa banned penemuan sejarah buddha, hindu dan sebagainya di tanah melayu ni. Yang hang tak paham ialah apa agama pun mereka tetap melayu.

    agama orang melayu berkembang dari animisme kepada hindu dan buddha kemudiannya kepada Islam. Ityu faktanya.

    kalau kerajaan Kedah Tua itu Hindu bukannya bermakna dia India. Demikiannya juga kerajaan gangga negara.

    sama juga kerajaan melayu Islam bukannya diperintah oleh orang Arab.

    ReplyDelete
  9. saya merayu kepada semua golongan muda anak bangsa saya...ayuh..marilah kita mengenepikan persengketaan pemimpin kita selama ini....jika golongan muda hari ini tidak minat berpolitik ia tidak bermakna kita tidak ambil peduli tentang nasib anak bangsa kita kemudian hari...

    ini juga bukan bermakna kita mengenepikan sahabat2 kita berbangsa lain...tetapi kita berhak mempertahankan apa hak yang kita ada dan itu adalah hak warisan kita yang kita pula wajib pertahankan...

    saya pun tidak suka banyak berpolitik lebih2 lagi melihat lawak jenaka oleh ramai kepimpinan dalam politik mengadu domba kita ..tetapi mahu tidak mahu kita perlu memilih satu wadah jika kita ingin mempertahankan warisan yang ada...

    itulah saya kata umno/pas kena bersatu tapi jika ini tidakberlaku apakah majoriti umat melayu sanggup mengenepikan parut yang dah berbuku dalam hati dek kebobrokan yang sudah2 oleh pemimpin alpa...sanggupkah majoriti mengenepikan perkara yang sudah2 dan kembali bersama umno...untuk mempertahankan apa yang ada.....atau kita redo dengan ketentuannya...bak kata masyarakat kita selamani berserah je,kita percaya tuhan bersama kita.....hu..huu..berserah je....begitu lemah kaum ku jika ini benar2 menjadi trade mark umat melayu!!!!

    apa pun pru13 saya dah bersedia SAMA RATA...PERDANA MENTERI= ANAK AKU,TIM PERDANA MENTERI = AH CHONG,MENTERI KEWANGAN = AH CHAI,MENTERI PELAJARAN= SAMY,MENTERI HALEHWAL AGAMA=BAGI LA MELAYU,YANG LAIN2 SUKA HATI LAH...aku ...aku...ko...ko..kita kan hidup dalam dunia serba moden...melayu sekarang ni pun dah jauh kehadapan hidup dalam dunia tanpa sempadan....ya tak...

    pandapat saya diatas bukanlah bersifat mempertikaikan kaum/bangsa lain dari menjadi seperti apa yang saya tulis tetapi ia adalah keadilan dan kesamarataan yang di RESTUI oleh kami melayu juga....jadi kita terima saja lah jika itu yang dah di inginkan.....kalau setakat ds khir,dan beberapa kerat sahaja yang menyalak bukit.....manakan ia runtuh..yang aku tak faham adalah mengapa pemimpin melayu berbeza parti tidak mahu bersatu....malah berseteru lagi ada...siap membakar pun ramai gak....bakar samapai hangus tinggal tulang je lagi...isi sikit pun dah tak de...

    p/s: tak tahu lah bila kita nak bersatu hati walaupun kita berbeza paras rupa dan pendapat..

    ReplyDelete
  10. sebenarnya hanya polemik dan hipokrasi DAP - http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/melayu-miskin-terus-miskin-di-bawah-deb.html

    ReplyDelete
  11. "Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran,"KATA NIK AJIS...

    HUU..HUU..HUU.. AKU INGAT AKU SORANG JE NAMPAK MASALAH KEBOBROKAN ORANG MELAYU RUPANYA SETERU POLITIK AKU PUN CAKAP BENDA YANG SAMA...MELAYU...MELAYU...

    ADA MELAYU YANG NAMPAK DAN BERJIHAD NAK BANTU BANGSA SENDIRI...TAPI DEK KERANA TERLALU RAMAINYA YANG BOBROK SEHINGGA MELAYU BERHATI BAIK NAK BANTU ANAK BANGSA JADI MANGSA UMPAT KEJI SAMPAI PENING KEPALA..

    DULU TUN MAHATHIR KATA KEGAGALAN PALING BESAR BELIAU SEPANJANG PEMERINTAHAN 22 TAHUNNYA ADALAH......

    GAGAL NAK UBAH MINDA MELAYU

    KESIMPULANNYA MELAYU MEMANG HEBAT..SAPA DAPAT MEMPENGARUHI PEMIKIRAN MAJORITI MELAYU...ORANG TU MEMANG HEBAT...

    ADAKAH LAGI MELAYU YANG MAMPU UNTUK MEMPENGARUHI ANAK MELAYU SEKARANG?...

    TEPUK DADA TANYA SELERA....SEKARANG DIA DIAM...TUNGGU BILA SAMAPAI MASANYA PASTI AKAN DIAMUKNYA SATU MALAYA DAN HABIS BERTEMPIARAN LINTANG PUKANG JIKA KEPIMPINAN YANG ADA SEKARANG TIDAK BIJAK MENGGUNAKAN APA YANG ADA SEBELUM NASI JADI BUBUR....SALAM

    ReplyDelete
  12. Kepada MC,
    Janganlah menyimbah api kemarahan orang Melayu..UMNO telah dipilih oleh kaum melayu untuk memerintah Malaysia selama 50 tahun melalui peti undi..mereka mewakili kaum Melayu..
    Tidak perlu pergi jauh mengorek sejarah negara ini, sampai ke zaman parameswara..kita pergi masa pembentukkan Malaysia semasa pemimpin negara menuntut kemerdekaan sudah cukup..setiap isi perlembangan telah dipersetujui..kedudukan Raja2 Melayu(ketuanan Melayu yang didokong), kedudukan dan keutamaan agama Islam dan org Melayu, jus soli..ini semua dipersetujui oleh pemimpin kaum masing yang ditentukan oleh peti undi..Inilah sejarah yang perlu dihormati, tak perlu pergi jauh2..

    ReplyDelete
  13. DS, selama 50 tahun sy tak pasti apa yang kamu pendatang telah hilang atau rugi. Apakah mereka rugi kerana keturunan mereka dibawa berhijrah dan menetap di Tanah melayu atau mereka rugi kerana mereka masih tak cukup2 kaya. Org melayu akan terus kekal mengeluh dan menyalahkan pihak lain terutama sekali kerajaan, kononnya kerajaan BN gagal membela nasib rakyat

    ReplyDelete
  14. Mengapa Melayu Terus Di Hina Nista DiKeji di Bumi Sendiri...
    Salam Dr. Khir. Jika pemikiran dan idea ini berkembang menerjah zaman sejak lebih 50 tahun merdeka tentu sekarang Melayu berbangga kerana mempunyai pemimpin punyai citra besar membela agama, bangsa dan negara. Malangnya, idea kita masih sama, kusam dan samar dalam kemelut pertelingkahan dan pertikaian tanpa sudah. Pemimpin Melayu bersuara bila kepentingan sendiri mulai hilang dan goyah , kekayaan mulai berkurang tapi alhamdulillah tetap tersemat rasa bangga kerana kita mempunyai pemimpin besar Melayu yang memiliki segala-galanya besar. Gaji besar, kereta besar, rumah besar dan kadang-kadang bernafsu besar. Kita bercakap tentang kepentingan Melayu bila pemimpin mula terasa terancam dengan semangat dan jiwa rakyat yang sepakat inginkan perpaduan berteraskan 1Malaysia. Malangnya, dalam bijak canang Perdana Menteri tercinta membina slogan keramat 1Malaysia rupanya masih ada pemimpin yang keterlaluan semangat Melayunya kononnya membela Melayu tetapi membiarkan Melayu merempat dan terhina. Usah pergi jauh untuk menyusun hujah dan bicara, negeri dengan majoriti berbangsa Melayu seperti Kelantan diabai dan dibiar seadanya. Lebih penat, hak rakyat jika mahu disebut royalti dirampas seadanya dan menjadilah Melayu ini umpama pengemis (meminjam kata KuLi) menagih harap dari pemimpin Melayu yang mencanangkan tentang semangat dan perjuangan membela Melayu. Itu baru satu ketidakadilan pemimpin Melayu terhadap bangsa Melayu, kalau mahu ditulis dalam ruangan ini rasanya tidak tertanggung. Sebut sahaja dari perniagaan besar-besaran sehinggalah kepada perniagaan kecil-kecilan...semuanya disapu oleh mereka yang bernama pemimpin Melayu kemudian hasil untungnya diguna pula untuk menghentam dan memusnahkan bangsa Melayu. Dan akhirnya Melayu kekal merempat sedang pemimpin terus sibuk bersalak...Melayu oh Melayu.Bersatulah...

    ReplyDelete
  15. thevan :

    katalah u ada sebuah syarikat yang dikongsi dengan 2 orang rakan. u invest 60%, rakan u 2 orang masing2 invest 20%.

    akhir tahun bila dapat untung, u bahagikan keuntungan sama rata which u = 30%, rakan 1 = 30% dan rakan 2 = 30%. Another 10% masuk dalam syarikat.

    Adilkah untuk u?

    MC :

    what u said is true. tapi u lupa that it is the people who first berada di tanah melayu or malaysia sekarang. no matter what agama, tapi orang yang first ada is Melayu. N bagaimana Melayu datang, u kaji sendiri. jgn buat kajian separuh jalan.

    drkhir, watever it is, i'm still against u even i sokong BN. sebab u sombong sangat (payah gila nak angkat muka senyum)n berlagak dulu la Selangor jatuh kat BN. i'm not in anyone side in UMNO, tapi i hanya rakyat biasa yang tak suka dengan cara u dulu.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum DSKT dan sdr2.

    Saya jumpa ramai orang melayu yang berambut perang macam orang putih. Bercakap pun pelat orang putih. Makan macam orang putih. Kulit pun dah macam orang putih.

    Sapa tu (yang karang sejarah melayu) kena istilahkan semula definisi orang melayu.

    ReplyDelete
  17. Thevan, anda melihat dari segi untung rugi kekayaan. Anda lupa pengorbanan kaum melayu yg sanggup berkongsi segalanya dgn anda. Hari ini kita lihat kaum india jauh meninggalkan kaum melayu dari segi kekayaan. Jika dibangkitkan akan dikatakan bahawa kaum india rajin serta berusaha. Habis, jika usaha anda atau kaum anda itu disekat maka dimanakah kedudukan kaum anda sekarang. Anda memang bertuah lahir di Malaysia, sy berharap anda dapat berhijrah dan melawat negara tumpah darah nenek moyang anda dan renungkanlah betapa org melayu sanggup berkongsi kuasa, kekayaan, serta segala-galanya dgn bukan melayu. Tidakkah itu menjadi kayu ukur yg baik jika anda bukan seorg yg boleh diumpamakan beri betis hendakkan peha, kacang lupakan kulit. Jika sy ditakdirkan sbg pemimpin sy akan pastikan kaum2 yg selalu tidak bersyukur serta mengungkit ini dihantar ke tempat khas atau dibuang sahaja ke mana-mana negara yg ingin mereka pergi. Buat memeningkan kepala sahaja mereka ini

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum dr

    MELAYU...membawa maksud Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Bahasa
    Melayu, Agama Islam (lebih kurang. 99.9%Kumpulan etnik berkaitan
    Melayu Malaysia, Melayu Singapura, Melayu luar negara
    Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.[10]
    Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
    Penakrifan undang-undang
    Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:
    Seorang yang beragama Islam
    Bertutur bahasa Melayu
    Mengamalkan adat istiadat Melayu
    Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
    Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
    Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
    Melayu kacukan
    Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.

    ReplyDelete
  19. inilah barisan kita yang ikhlas berjuang,
    siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi

    yahooo....malaysia menang!!!!!

    gila bro...sejak zaman aini taib/ken worden dah lama tak rasa gila bola ni....woha...

    selamat menyambut maal hijrah 1431 ds dan blogger semua...dan kepada peminat dan penyokong malaysia tak kira apa parti dan atas pagar sekali pun TAHNIAH....kita semua cintakan negara kita....semua pelayar blog ds ni...semuanya 1 malaysia...hee..hee

    ReplyDelete
  20. salam....

    politiking berlebihan membawa kebinasaan!

    ReplyDelete
  21. MELAYU ADA RAJA MELAYU ADA UGAMA MELAYU ADA MARUAH MELAYU ADA JIWA MURNI MELAYU ADA SIFAT PEMALU MELAYU ADA SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU ADA KEKUATAN DAN MELAYU ADA Phd ( PLAN HASAD DENGKI) ITU SEMUA SIFAT2 ORANG MELAYU

    ReplyDelete
  22. DsKT, mohon DS kupas isu tanah wakaf kubur org islam di Kebun Bunga Batu Tiga yg telah dirampas oleh kaum cina. Sehingga sekarang hampir 100 kubur baru dibina diatas tanah wakaf kerajaan BN kpd khariah islam Kebun Bunga. Kerajaan Negeri PR sehingga sekarang berdiam diri walaupun tempoh yg mereka minta utk selesikan masalah tersebut hanya 3 bulan. Sekarang tempoh yg diminta sudah meliwati 6 bulan tanpa sebarang tindakkan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  23. AKUM DATO SRI=Saya adalah orang melayu yang dilahirkan dimalaysia sungguh bertuah dan berbangga kerana dijadikan bangsa melayu/jawa sungguh unik sekali kita ya dato sri.Kita kena hormati RAJA/SULTAN yang menjadi lambang perpaduan semua rakyat tak kira siapa mereka yang penting kesetiaan kita kepada raja/sultan tidak bebelah bagi.Orang melayu sewajarnya memandang kedepan tanpa ada rasa rendah diri dalam menentukam hak kita tidak terhakis dik kerana perselisihan politik dan pandangan-pandangan yang negatif terhadap kita sebagai bangsa melayu.Kita orang melayu bukan penumpang dan juga bukan peminta sedekah sebaliknya kita adalah bangsa yang memberi kepada bangsa2 lain tumpang berteduh bersama-sama kita oleh itu sepatutnya bangsa2 lain yang kena mengikut acuan kita bukan nya kita mengikut acuan mereka tetapi malang nya mereka pula menjadi penentu kepada acuan kek yang akan dibahagi-bahagi maka apa yang bangsa melayu dapat hanyalah keluhan sahaja tidak lebih dari itu fikirkanlah bersama dato sri.Melayu tidak akan hilang didunia tetapi melayu akan lenyap kuasa nya kenapa kerana bangsa melayu berbalah pasal politik tetapi bukan pasal ekonomi yang mendap bagi bangsa melayu berbalah politik pun sesama melayu dan akhir nya disini siapa yang rugi siapa yang untung itu pun kita tidak dapat hendak berfikir kenapa kita bengap sangat.Apakah kita selamat dengan memilih UMNO/BN atau selamatkah kita jika kita memilih PAS dan PKR sebagai wadah perjuangan untuk menentukan hala tuju pembenaan bangsa melayu itu agar kukuh dan dihormati paling tidak pun disegani oleh bangsa2 lain dimalaysia.PAS dengan ego nya umno dengan angkuh nya tidak mahu langsung memikirkan masaalah yang sedang dihadapi oleh bangsa melayu yang hampir hilang identiti nya selepas PRU 12 yang lalu apakah kita masih mencari-cari lagi formula sedangkan masa sudah berlalu dengan begitu pantas apakah kita masih diulit mimpi lagi apakah kita masih berangan-angan kuasa yang ada pada kita ini tidak akan terlepas kepada bangsa lain jika kita masih mempunyai sikap yang sama dengan perkataan TAK APA kata2 kita serupa sudah tidak boleh diguna pakai lagi sekarang ini.Apakah 1malaysia menguntungkan bangsa melayu atau sebalik nya mari kita fikirkan nya bangsa melayu perlu mempunyai JATI DIRI yang kukuh untuk menarik golongan muda kepada tali ukhwah persaudaraan demi pembentukan melayu yang berani kuat dan teguh disemua peringkat modul kehidupan dan bijak memilih pemimpin yang akan membawa bangsa melayu kemercu kejayaan.Apakah kita berbangga dengan kejayaan anak melayu menjadi pelancung ANGKASA menjadi PERENANG selat inggeris atau lain2 bidang sedangkan kita gagal dalam membena JATI DIRI orang melayu untuk mempertahankan kedudukan nya dalam arus pembentukan negara.Kedudukan orang melayu akan hilang kerana hanya tidak bijak mengunakan HAK NYA sebagai PENGUNDI sudah pasti ya akan mengorbankan nasib masa depan keseluruhan orang melayu itu sendiri.Bangsa2 lain bijak menggunakan AKAL dan FIKIRAN juga dapat melihat masa yang mendatang serta menganalisa kedudukan mereka.Bak kata blog NORZIMAN SHARIF dalam krisis MCA kesimpulan beliau DAP UNTUNG MCA TAK RUGI hadi suapa yang rugi jawapa nya mudah sahaj MCA berkrisis DAP senyap tapi yang berbalah ialah UMNO/PAS para pemumpun mereka saling hentam menghentam tuduh menuduh antara satu dengan lain apakah ini wajah pemimpin yang kita cari jawapan nya ada pada kita semua sebagai bangsa melayu. AKHIR KATA INSAFLAH WAHAI ORANG2 MELAYU JANGAN DAH TERANTUK BARU NAK TERNGADAH MASA ITU SUDAH LAMBAT.KUAT NYA ULAR KERANA BISA NYA KUAT HARIMAU KERAN KEGARANGAN NYA KUAT BUAYA KERANA SUNGAI NYA ADA AIR.TAPI KUAT NYA BANGSA KERANA BIJAK MENGURUS KETAMADUNAN BANGSANYA JANGAN BERGANTUNG KEPADA NASIB KERANA NASIB ITU TIDAK SELALU NYA BAIK DAN ALLAH memberi kita tapak tangan yang ada jari2 nya untuk kita menjadikan pengajaran.SEKIAN DATO SRI SAYA MENGUNDUR DIRI DILAIN KALI JUMPA LAGI WSLM

    ReplyDelete
  24. waalaikumussalam saudara Mack, orang Melayu akan terus berada dalam kerugian selagi mereka melihat perkara-perkara kecil terlalu penting sehingga melupakan perkara besar.

    Demikian juga sikap kita. Jika pemimpin melakukan kesilapan walau sedikit itu yang kita perbesarkan biarpun sumbangannya jauh lebih besar.

    Sebab itu dalam pepatah melayu banyak menunjukkan betapa kerugian orang Melayu kerana perkara-perkara yang sedikit. seperti marahkan nyamuk dibakar kelambu

    ReplyDelete
  25. saudara Antu, saya fikir siapa pun naik jadi pemimpin tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Kita kenalah berfikir panjang dan melihat baik buruk secara keseluruhannya bukan melihat yang buruk sahaja ketika membuat keputusan.

    ReplyDelete
  26. Saudara Tun Faisal,

    Apa yang saudara tulis tersebut merupakan taktik biasa DAP bagi mengelakkan mereka dilihat bersifat perkauman mempertikaikan orang Melayu.

    ReplyDelete
  27. AKUM DS,
    Kepada saudara Mack,saya amat bersetuju dgn pendapat saudara Mack mengenai pemimpin Melayu sekarang lebih kepada hal berpolitik mereka daripada kepentingan org Melayu dari segi Ekonomi....
    Saya ingin tegaskan pendapat saya disini yg ahli politik di Malaysia majoritinya adalah lebih kepada kepentingan kekayaan diri(Tak kira dari kerajaan maupun pembangkang...sama sahaja).....Situasi sebegini lebih rancak selepas PRU12,perbalahan dan berita hangat terus tercetus didunia politik negara kita berbanding PRU1~PRU11.....Kenapa insiden ini berlaku???Fikirkan sendiri kerana masing2 ada pendapatnya sendiri!!!
    Mungkin DS akan menceritakan semasa pemerintahan BN yg banyak membantu golongan org melayu,SAYA RASA INI MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB SESEORG PEMIMPIN TERHADAP PEMBAYAR CUKAI!!!MALAH BANTUAN SEMEMANGNYA TAK BOLEH MENGAMBIL KIRA APA BANGSA PUN DI MALAYSIA INI!!!
    Saya rasa di malaysia ataupun di negara lain semuanya perlu bersedia mengenai pertukaran kerajaan dalam sistem demokrasi di masa akan datang dan ini sedang berlaku.....DIDUNIA SEKARANG RAKYAT SEMUA BERKATAKAN TENTANG SURVIVAL...SIAPA BOLEH MEMERINTAH ATAU DAPAT BAGI LEBIH...MEREKALAH AKAN DIPILIH!!!

    Sekian!

    ReplyDelete
  28. Biasa lah tu melayu mudah lupa bila terlalu lama berkuasa. Siapa yang tikam melayu kalau bukan melayu sendiri. Siapa yang gadai tanah melayu kalau bukan melayu sendiri. Sejarah telah buktikan tanah wakaf melayu dkt Komtar Penang yang digadai oleh melayu. Siapa yang hina org2 melayu kalau bukan org melayu sendiri. Siapa yang kurangkan kuasa Raja2 & Sultan Melayu kalau bukan orang melayu sendiri. Orang melayu lupa yang dia sendirilah yang musnahkan, hancurkan, lacurkan dan gadaikan maruah dan hak istimewa org melayu. Orang Melayu lupa ape yang dia telah lakukan kpd org melayu sendiri. Hari ini org melayu bercakap dan berjuang tentang Hak-hak org melayu tentang Ketuanan org melayu yg org melayu sdr gadaikan. Org melayu kini berselindung disebalik ketuanan Melayu bila harta ,kekayaan dan kuasa peribadi yang dimiliki terancam, terhakis dan tergugat. Itulah org melayu mudah lupa dan layu bila harta dan kekayaan dihak milik peribadikan dan lupa kpd org2 melayu

    ReplyDelete