Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru Masa Untuk Mengingati Janji Pakatan Selangor

1. Selamat menyambut tahun baru masehi 2010. Sempena tahun baru ini saya ingin memaparkan semula janji-janji Pas dan PKR sewaktu pilihan raya umum lalu.

2. Saya tahu akan ada yang marah dan tidak berpuas hati dengan tulisan saya kali ini namun eloklah kita semua terutamanya kerajaan negeri bermuhasabah diri melihat kembali janji-janji mereka.

3. Bagi kita semua pula inilah masa untuk melihat sejauh mana kata dikota, janji ditunai.

4. Dalam senarai janji itu ada yang mudah sekali dilaksanakan tetapi belum dilaksanakan terutamanya penurunan cukai pintu. Ia tidak membabitkan sebarang kos, hanya memerlukan keberanian Menteri Besar melaksanakannya.

5. Dalam keadaan ekonomi agak tidak memberangsangkan apalah salahnya YAB Menteri Besar mengurangkan cukai pintu seperti dijanjikan.

6. Berikut ialah sebahagian janji-janji Pas-PKR di Selangor dalam pilihan raya lalu:

Pentadbiran

a. memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
b. menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
c. menghentikan projek-projek membazir dan rugi
d. memastikan ketelusan pentadbiran negeri
e. menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
f. melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan

Sosial dan kebajikan rakyat

a. membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
b. memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
d. memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
e. memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
f. memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
g. membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
h. mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
i. memberi elaun ibu tunggal yang layak
j. memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
k. membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendi

Kesihatan Rakyat

a. memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
b. memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
c. memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
d. menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi rakyat

a. menyediakan premis perniagaan yang cukup
b. memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
c. memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
d. mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus
e. memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
f. menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan
g. mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan rakyat

a. menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
b. menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
c. mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.

7. Berapa banyakkah yang telah dilaksanakan biarpun sebahagiannya merupakan janji yang mudah ditunaikan?

8. Apakah pilihan raya menjadi medan menabur janji yang luar biasa tanpa niat untuk melaksanakannya? Jika demikian apakah gelaran untuk pemimpin-pemimpin seperti ini : licik atau pembohong?

9. Saya berharap janji-janji ini dilaksanakan agar tidak nanti dianggap pemimpin Islam jenis yang tidak memegang pada janji dan kata.

39 comments:

wmu350 said...

aku dah kata...siapko pakatan rakyat lepas ni...

JANJI .....TINGGAL JANJI..GELARAN PEMIMPIN MACAM NI...ADALAH PEMBOHONG..TAMBAH LAGI MUNAFIK....

KALAU ADA YANG NAK MARAH SIMPAN JE MARAH TU...FOKUS DAN SURUH PR TUNAIKAN JE JANJI MANIS TU..

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA DS KHIR SEMOGA TABAH DAN SABAR MENGURUS MASYARAKAT KITA...NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA..ORANG MELAYU NI PUN KITA GAK YANG KENA DIDIK....TERUSKAN BERJUANG

DAN SELAMAT TAHUN BARU JUGA KEPADA SEMUA SAHABAT BLOGGER

anak jati meru said...

Dato Sri,
Selamat tahun baru 2010 dan kita berharap rakyat selangor akan bersatu untuk menukar mendesak agar kerajaan pakatan rakyat dapat melaksanakan apa yang dijanjikan. Tapi kita warga selangor yang sayangkan umno harus mengembalikan kekuatan untuk mengambil alih selangor semuala.
Tahniah Dato Sri, insyallah sama-sama kita kerja... saya ada kemusykilan... bila saya klik ADUN Meru, ia akan masuk link Dato Sri... so.. macam mana tu, nizam meru(Cawangan Taman Dato bandar)

jiwakita said...

salam....

Selamat tahun baru Dato..harapan sinar baru
tahun 2010 lebih cerah dan ceria..

Jangan diharap jangan dinanti...jgn kata janji
realistik..yg fantastic belum tentu tertunai
itu belum yg boombastik!

azman said...

Assalamualaikum dr

soalan dr. pada perenggan ke 8,jawapannya adalah PEMBOHONG YANG LICIK.

Mereka(PR)hanya tahu menabur janji,tetapi bab menunaikannya tidaklah mereka merasa bersalah kerna tidak dapat menunaikannya.

Kepada mereka mereka yang telah termakan dakyah PR tu elok lah berpatah balik ke pangkal jalan supaya Negeri Selangor Darul Ehsan ini menjadi negeri contoh semula.

AnakPaya said...

Salam Dato' Seri, masih ada masa lagi utk tunaikan janji-janji sehingga habis penggal pemerintahan. Jika kita sebelm ini memberi peluang kepada BN selama hampir 50 tahun. Adakah kita tidak berlaku adil untuk memberi peluang yang sama kepada Pakatan Rakyat.

Muhd Tarmizi said...

sbagai rkyat selangor kite tk akn brhenti menuntut segala hak yg di janjikan dlm minifesto.. jgn pndai berjanji tp tk pndai menunaikn.. cukai tanah lg naik bukan turun. yg mereka selalu tunaikan ceramah menyalahkan kerajaan umno dn barisan nasional.

jamil said...

Yang berjaya dilaksanakan oleh mereka adalah spt berikut :
1. Meluluskan tapak kuil demi undi.
2. Meluluskan pembinaan ladang babi mega di Tj Sepat.
3. Menjadi agen utk menawarkan wang kpd penduduk melayu batu tiga agar tidak mendesak utk merobohkan dewan serta jirat cina yg menceroboh tanah wakaf perkuburan islam batu tiga.
4. memberi kelulusan perniagaan vcd lucah serta cetak rompak dan tiada tindakan diambil.
5. memberi kelulusan perniagaan rumah urut batin bertopengkan urut tradiosional.
6. memberi lebih banyak lesen kpd pub serta pusat hiburan sbg contoh di I City, Seksyen 7 Shah Alam.
7. meroboh dewan org ramai yg kononnya dibina secara haram atas desakan politik.

haizor said...

Beberapa perkara yang ingin saya ketengahkan:
i. Ketelusan
Apakah memang ada ketelusan? Isu kaitan MB dan Lim Kim Hong iCity..MB masa dia jadi CEO Guthrie jual tanah pada Lim dan sekarang terlalu banyak bantuan kepada Lim ni..MB ada share yang tidak diumumkan ke? Peristiharan harta MB, siapa yang semak? Bagaimana hanya sebagai seorang CEO boleh ada duit lebih RM 60 juta dan segala hartanya..apakah projek-projek yang dijalankan oleh EXCO benar-benar telus..berapakah tender terbuka yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri..apakah hasil laporan audit keatas perbelanjaan ADUN yang diumumkan oleh Khalid sebelum ini? Mengapa tidak disiarkan kepada umum..bagaimana pula perbelanjaan oleh EXCO..

ii.Pembangunan Negeri
Apakah bentuk pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan ini?..Pakej rangsangan apa jadi..apa yang Anwar buat..berapa ganjaran kepadanya dan pegawai dibawahnya..apakah betul RM1? apakah ganjaran yang diberi melalui anak-anak syarikat kepada Anwar..pembangunan apakah yang dibawa oleh Khalid..apakah status kewangan negeri..kelihatannya semua pembangunan adalah pembangunan yang dulunya telah dirancang oleh Kerajaan BN..apakah ini sumbangan kerajaan PR..hanya berpolitik sahaja..

asri said...

Salam buat sume,
Selamat tahun baru 2010 buat DSKT dan blogger yg lain. Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah. DSKT, untuk sampai ke PRU13, ada lebih kurang 3 tahun lg. So kita beri peluang PR memerintah dan semestinya menunaikan janji mereka dahulu dlm masa 3 tahun ini. Sementara itu DSKT persiapkanlah satu pasukan bayangan (MB,dan calon2 ADUN) yg benar2 berkaliber dan BERSIH rohani dan jasmani untuk menggantikan kerajaan PR seandainya mereka benar2 gagal. InsyaAllah rakyat akan menilai dlm jangka waktu ini...Pd saya tidak mustahil BN akan ambil semula Selangor. Tp harus diingat janganlah adanya komponen2 BN terutamanya UMNO buat hal sehingga tiba waktunya PRU13 nanti. Teruskan perjuangan membela rakyat walaupun DSKT sekarang ini adalah pembangkang di Selangor. Semoga sejahtera selalu. Wasssalam.

abe MIE 'TERJAH' said...

Datuk..
sekarang diam seketika..kenapa? rindu dengan protes datuk..


pkrpasdap.blogspot.com

Nizamon said...

sesuai dgn nama parti mereka PR @ Pembohong Rakyat

hafiz said...

macam2 ada di selangor sekarang. sampai nak kerja dengan MBPJ pun kena fasih dalam bahasa cina.

faizalfaxel said...

Selama 5 tahun saya berada di bawah naungan DSKT dan pemerintah BN/UMNO, saya rasa LOCAL21 Agenda yg benar2 menjadi kenyataan sehingga nal tinggalkan Shah Alam pun terasa rugi. Program dan aktivitinya sangat membantu dan mesra rakyat. Sek 7 dulunya semak samun telah berubah menjadi kediaman elit dan kelas Pertengahan.

Di Bawah PR, pun begitu. Ceramah dan kempen saban malam. Pembangunan hanya dengar tapi masih belum nampak dengan jelas. Pungutan hasil mahsul negeri pun masih lembab. Air percuma hanyalah untuk penyedap telinga. Yang lain2 tue nampaknya masih menunggu kucing bertanduk. Beberapa ketika nanti tumbuhlah tanduk kucing tue sebab Penasihat Ekonomi akan buat 'suprise'. Tak tahulah apa dia, mungkin cara macam mana nak 'paksa' kerajaan persekutuan bangunkan Selangor. Dengarnya Ijok pun terus merajuk dek MB yang ntah apa-apa tue.

Neway, semoga DSKT dapat kembali menerajui UMNO dan Selangor kembali. Selangor Negeri Maju jadi Selangor negeri Lesu!!!

AMS@MASAI said...

Buatkan satu penggal ni pengajaran untuk Melayu membina jati diri,mengubah sikap dan lebih tegar.Pastikan lepas ni kita lebih kuat dan yang penting baiki kelemahan pentadbiran yang mengutamakan Melayu dan pribumi.Jangan lagi beri muka kepada cina2 dan Melayu yang mudah diumpan ngan duit sampai negeri dan negara terjual.
HIDUP SELANGOR!HIDUP MELAYU!

tabuan said...

salam & selamat tahun baru

Saya masih menunggu mereka jual rumah dato...

Kamal said...

Mare sgt ke. Ala bagi lah ruang kat khalid wat keja. You pun org dah bagi peluang tapi sia-siakan peluang tu. wat keja yg tak masuk akal. Guna duit anak syarikat kerajaan selangor sesuka hati. BALKIS mcm anak emas. Wat program cak-cak keting pun abis beratus ribu. Gi melancung dan makan besar pun guna duit anak syarikat. Mcm ne lah tak payah lah you nak cari salah org. Walau pun mungkin khalid tak leh nak tunaikan semua janji tapi sekurang-kurangnya dia cuba gak fikir nak senangkan rakyat.

yes said...

Sambutan tahun baru ini di mulai oleh BN dengan mengkotakan janjinya yang memperjuangkan hak orang Melayu Islam.

1. Allah boleh di gunakan oleh mereka yang
bukan Islam.
2. Harga gula naik 20 sen.

Bukan Melayu dapat satu sahaja hadiah ia itu harga gula naik, Melayu dapat dua hadiah 2010. Tahniah BN. Khir Toyo dan Zaharah kecik mesti bangga.

dealamo said...

Memang betul kata Nizarmon. PR = Pembohong Rakyat, Penipu Rakyat, Penyagak Rakyat, Pembelit Rakyat, Penyamun Rakyat, Pengganas Raykat, Pemutar Rakyat. DAP pulak seDAP ke dia, DAPat ke dia. PAS lagi pulak. Suka melePAS pada DAP. Inilah janji-janji MB yang suka berhutang. Hutang lapuk tak dibayar, duit rezab diambil. Orang yang tak tahu pasal ekonomi dilantik jadi penasihat. Hancurlah Selangor. Takut nanti jadi macam Kelantan. Asyik pandai meminta. Usaha untuk perkembangkan ekonomi tak ada.

Ali Baba Bujang Lapok said...

satu janji pun tak boleh pakai...
LEPAS INI.. HANCUR PAS DAN PAKATAN RAKYAT!!!!!

kulatlapok said...

EMAK MERTUAKU DAH DAPAT BANTUAN IBU TUNGGAL RM1000 YG DIBERIKAN OLEH YB PKR DI KELANG. AKU RASA MEREKA MAMPU MELAKSANAKANNYA. YG PASTINYA UMNO SELANGOR TIDAK BERBUAT APA2 SEMASA KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN TUAN KHIR TOYO. KALAU TIDAK KENAPA UMNO TEWAS???????????????????????

Kamal said...

Saya pun jawa gak mcm dato. Tapi tak masuk mana-mana parti politik. Tapi saya tak la TERUK sgt mcm org UMNO. apa yg ada saya usaha dgn kudrat sendiri walaupun tak sek tinggi. Saya malu tgk kengkwn UMNO. Asik ceta pasal projek, tanah dan bantuan. UMNO didik ahli dia berfikir mcm peminta sedekah ke dato. Dah semua menda pun mintak bantuan.

kedai sabri69 said...

JANGANLAH MARAH KEPADA DATO SRI KHIR, TETAPI MARAH PADA DIRI SENDIRI YANG PERNAH BUAT JANJI.

INGATLAH, SETIAP JANJI YANG DIBUAT AKAN DITUNTUT OLEH ORANG YANG PERNAH DIBUAT JANJI.

KEPADA PEMIMPIN NEGERI SELANGOR SEKARANG INI IALAH ANDA WAJIB TUNAI JANJI YANG ANDA TELAH BERJANJI. KALAU TIDAK ROSAKLAH MUTU DIRI ANDA. BAHKAN AKAN TERPALIT KEPADA KESUCIAN AGAMA.

USAHAKAN AGAR ANDA DAPAT TUNAIKAN JANJI ITU, WALAUPUN BANYAK HALANGAN DAN MASALAH.

Kopi Teh said...

Saudara dan DSKT,utk pengtahuan sdr.yg post comment,semua parti yg memerintah negeri pun ada buat janji kosong.Ia terpulang bertapa besarnya janji yg belum dikotakan.Untuk pengtahuan saya..PR telah menunjukan perubahan besar daripada BN dan UMNO.Sekurang kurangnya tidak membebankan rakyat dan tidak mancuri duit rakyat..Jauh berbeza dgn UMNO-BN..Bagi sesiapa yg menyokong UMNO-BN,Buka lah MINDA dan SEDAR lah bahawanya UMNO-BN telah lama memerintah dan tiada perubahan yg dilakukan,ia cuma pelbagai skandal yg berlaku ketika menjadi kerajaan.Adakah UMNO-BN berani seperti anak jati malaysia PR itiharkan Harta dan aset kepada umum?Sebagai Bekas MB dan ketua pembangkang,semua rakyat terkejut dgn istana Ala Bali itu.Adakah dari Rasuah?atau Duit Rakyat?Itulah tanda tanya bagi setiap Rakyat Selangor.....
Pesanan Dari Rakyat Selangor,

jiwakita said...

salam....

fullamak...Kopi teh..cayalah...besar sungguh 20m3
air free tuh..senang hati sungguh rakyat selangor
nie yer..ada extra moneylah tiap bulan boleh
pegi umah urut...hebat belaka lah PR nie..tiada
cacat cela mentadbir negeri..50 tahun BN berkuasa
tiada satupun kemajuan di capai untuk kesenangan
dan kebanggaan cucu cicit kita akan datang..pehh!

'Perubahan besar' sungguh PR nie!

Dr Mohamad Khir Toyo said...

saudara Kamal,

Parti manakah yang menjanjikan pelbagai bantuan tetapi tidak tertunai?

haizor said...

Saudaraku KulatLapok

Program pemberian saguhati kepada keluarga / ibu tunggal yang kematian suami telahpun bermula zaman Khir Toyo melalui program khairat kematian sebanyak RM2500 yang diserah kepada waris..mungkin waktu itu keluarga anda belum menerima musibah ini, maka tak dapat lah bayaran tersebut..Kerajaan PR teruskan program ini tapi diberi nama lain Mesra Usia Emas..hakikatnya telahpun berjalan sebelum ini..ini tidak dihebahkan oleh PR

Afuw said...

Sekarang baru YB tahu bagaimana rasanya jadi pembangkang. Bagi kerajaan PR Selangor pula, padanlah muka, sekarang baru tahu bagaimana rasanya jadi kerajaan yang asyik dikritik pembangkang termasuk kritikan yang tak munasabah dari lawan yang lebih teruk dari mereka. LOL.

RICKY said...

Salam DS,
Selamat tahun baru kepada semua bloggers.....
Isu2 janji tak janji ni hanya org miskin di negeri selangor dapat merasakan keberkesanan dan keupayaan pemerintahan kerajaan....yg kita semua ni citer pasal mempertahankan maruah dan bangsa org kita sendiri(Melayu),saya nak tanyakan soalan kepada bloggers yg hebat memperkatakan soal ini...ADAKAH SAUDARA MENYUMBANG DGN MEMBANTU BANGSA2 MELAYU YG MISKIN SEBELUM INI(TEPIKAN SOAL ZAKAT YG KITA BAYAR)???TEPUK DADA TANYA SELERA!!!!TAK PAYAH MAMBALAS BALIK APA SOALAN SAYA DIATAS...HANYA ALLAH YG TAHU APA KITA BUAT SEBELUM INI!!!
Apa yg saya nampak majoriti yg komen hebat ni merupakan org yg kecewa tak dapat apa2 faedah yg dicari sebelum ni...iaitu KEPENTINGAN DIRI SENDIRI!!!(Saya tak kata semua,tetapi majoriti)
Sekian!!!

Penggerak Belia Tempatan (PeBT) said...

Salam DS..Saya tidak menyokong kenyataan DS. Sekurang-kurangnya ada juga janji yang ditunaikan dalam masa pemerintahan 2 tahun ini. Kalau DS pun belum tentu dapat buat macam ini. Saya ingin berbincang satu perkara. DS sering mempersoalkan tentang air percuma 20 meter padu. Kalau betul DS & kawan-kawan tak nak, kumpulkan nama ADUN dari BN dan serahkan kepada pihak kerajaan negeri. Tapi DS pun tak berani nak buat. Walaupun baru RM 11 lebih, tp sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan. Apa pula Kerajaan Persekutuan buat rakyat?

jiwakita said...

salam...

Kepada PeBT....ko beli petrol,ko beli gula
ke tak? atau ko OKU...faktanya kerajaan tanggung
subsidi supaya rakyat beli harga murah..kalau
takde subsidi ko sanggup belikah harganya dua
kali ganda harga pasaran?

jadi kerajaan persekutuan ada tanggungjawap
pelbagai untuk rakyat keseluruhan! fakta tu...

wmu350 said...

betulll...betull.tu..jiwakita...aku sokong ko...lain kali nak nak kata jangan main taram je....semua orang marah...orang berduit pun kalau boleh nak free....dah adat dunia

berjuang tetap berjuang demi untuk yang benar2 susah...tapi pada2 gak ...kita ambil positif dan selalunya jika kita ambil positif dan bertindak dan berfikir bagaimana nak meningkatklan pendapatan insyaallah tuhan akan makbulkan..yang penting sabar dan terus berusaha menuingkatkan taraf hidup....

janganlah..yang berkedrat tulang empat kerat dan muda trang tang tang pun nak menyendeng bergagut dengan kerajaan....

seguni pun duit habihhhh....

apa pun yang susah memang perlu dibantu...dan kita mulai keadaan teknologi sekarang kita bantu..bersuara...ambil positif..dan mana ada manusia 100% maksum termasuk ds khir....dan jangan lah blogger disini asyik ungkit yang sudah2 tu...mereka dah jenuh kena...kalau asyik dihentam je..nanti mereka jadi liat sampai tak makan saman lagi.....oleh sebab itu saya cadangakn kita semua bersuara dan bantu untuk memberi pandangan yang baik untuk negara dan pemimpin yang ada......

tapi kalau ada yang nak luahkan tu cakap je lah..hee..hee..salam

faizalfaxel said...

Orang yang buta hati, suka makan yg manis2 tapi terlupa dia akan menyebabkan kakinya dipotong...

Apa ada dengan Shah Alam lewat 60=an dulu? Bukan semak samun, pokok getah? Ada apa dengan Klang ketika itu? Apa rupa Shah Alam kini? Siapa pakai BMW? Kita lupa di atas bukit yg tinggi tue ada UiTM yang lahirkan cendekiawan beriman? Kita lupa bila abes sekolah nak bagi ilmu anak kita kat mana? Mana jalannya, mana lampunya, mana airnya?

Baru dapat air setitik dua, dah gah mencanang diri hebat atasi dunia. Bila dapat gula kita lupa jatuh bangun kita meminta wang membelinya dengan harga yg mahal? Kenapa lupa? Siapalah saudara jika tidak bersekolah dulu. Siapa anda tanpa ilmu IT zaman Mahathir? Siapa anda yg 'celik' akal menggunakan blog kini? Lupa atau terlupa?

Hantuk kepala kat pokok sawit atau gantung diri kat pokok taugeh kalau masih nak kata diri hebat walu baru sebesar taugeh.

Penggerak Belia Tempatan (PeBT) said...

Salam Jiwakita....
Tu semua orang tau bro..masalahnya klu PR dapat jdi pemerintah pun diorang leh adakan semua tu...tgk PR,br setahun jagung jg selangor byk yg berubah..np zaman DS dulu x nak buat..dah kalh baru bagai nak gile buat itu buat ini...berita plg baru yg kerajaan pusat umumkan gula naik 20sen..ape benda ni bro?KJ pun marah..Pemuda UMNO Terengganu pun mrh?Bajet 2010 nasib baik menang 3 undi je...klu x malu Najib...panjang lebar bentang bajet tp x lulus...sy sbg generasi muda menolak kepimpinan yg mcm ni...

dysh said...

Salam.

Dr. Khir, saya beritahu awal2, saya bukan penyokong anda. Selamanya mmg saya tidak suka dek kerana sikap dan ketamakan anda ketika jadi MB. Anda sendiri harus tahu perkara ini. Malah, sehingga sekarang, sebarang ucapan maaf pun tak pernah kedengaran dari anda. Cara anda berkomunikasi, memandang orang disekeliling anda. Bermuhasabah la sedikit Dr. Khir atas apa yang telah anda lakukan dulu. Terima lah bahawa salah satu kejatuhan BN di Selangor adalah disebabkan anda. Punca utama, Pak Lah, kedua diri anda sendiri.

Tapi, secara professional, harus saya akui, sepanjang pemerintahan Dr. Khir, banyak juga program pembangunan yang disusun, secara tidak langsung dapat membantu ekonomi rakyat. Its better than any leaders in UMNO.

Itu jelas dan nampak. Dan rakyat pun, peluang sebenarnya ada masa tu, tapi tak pandai nak rebut. Kena la kreatif sikit. Takkan asyik- asyik kerajaan nak kena bagi tongkat je. Dan ini terpakai untuk mana2 kerajaan, pembangkang ataupun pemerintah.

Ok, kita masuk bab janji pakatan rakyat kat selangor ni. Saya memang tak pernah setuju bila dengar manisfesto PR ni dulu. Main tabur je janji. Takde pikir2. Janji menang pilihanraya.

Ada janji2 tu, memang sedap mendengar, tapi tak pernah pikir panjang samaada ianya akan mengakibatkan kantung kerajaan negeri bertambah ataupun berkurang.

Yang aku nampak, semua janji yang berbentuk wang tunai yang ditawarkan, tidak memberi return of investment. Akhirnya, duit yang dibelanjakan burn mcm tu aje.

Rakyat yang fikir pendek ni suka la dapat macam2. tapi ingat, itu untuk jangka pendek je. Kesan jangka panjangnya, bila kerajaan asyik memberi sehingga duit dalam akaun menyusut, rakyat akan berdepan masalah yang sangat besar. Cukup la aku katakan, yang berpendapatan tinggi pun da tak selamat. Apatah lagi yang berpendapatan sederhana. fikir2kan la sapa yang beria- ia sangat menyokong manisfesto PR ni dulu.

Rakyat semua kena faham, corak peraihan undi PR di Malaysia ni sangat berbeza dengan apa yang berlaku di U.S ataupun mana2 negara yang maju.

Kalau mcm U.S, contoh masa Obama nak memenangi pilihanraya, dia tak raih nak tawar itu ini tanpa memikir duit yang ada dalam kerajaan ketika itu. Dia buat study, buat pecahan proporttion berapa banyak nak diberi untuk kesihatan, pentadbiran, dan kurangkan peruntukan untuk perang.

tapi kat malaysia ni, PR main tabur je tak pikir panjang langsung. Bila da tabur tu, tak dapat tunai, da terjerat leher. Tapi rakyat ni pun biasa la, sabar- sabar, bagi peluang. Aku boleh sabar kalau diorang ada satu perancangan jangka panjang yang strategik. tapi sehingga ke hari ini, satu pun aku tak dengar.

Kesannya, terus la mengundi pembangkang pada pilihanraya depan, tengok apa jadi pada Malaysia nanti. Tak bankrup, Malaysia duk bawah penjajah balik.

Kepada Dr. Khir, belajar la menghargai orang lain, mendengar permasalahan dengan tekun, dan meningkatkan PR anda dengan rakyat.

Kerana melihat senarai pemimpin UMNO yang ada sekarang, saya percaya otak anda lebih bijak berfikir daripada mereka yg lain.

wmu350 said...

hee..he..he..aku dalam beberapa perkara setuju gak dengan ko ni dysh

terutamanya..yang dua perenggan akhir...

ds khir jangan ambil hati....GEMBIRa & MAMPU KETAWA...HA..HA..HA

nak cakap sikit kepada dysh...mungkin juga kerana faktor sekeliling....sebab tu ds khir perlu berperwatakan begitu...kalau ko umur 32 tahun jadi PM MACAMMANA?...KENA LA CONTROL MACHO...YANG PENTING DIA ADA BUAT JASA PADA RAKYAT JUGA...kita ...cakap je boleh la...woooohu

dysh said...

WMU350

Betul la apa ko cakap. Faktor sekeliling kadangkala mempengaruhi perwatakan yang perlu di bawa.

Dan ok, aku salah, mungkin Dr. Khir dilahirkan berperwatakn sebegitu. Dan aku tahu, itu semua kerja Tuhan.

Tapi Dr. Khir kena fikir, dia jadi wakil rakyat. bukan wakil kerajaan sahaja. Dan masa dia jadi MB, dia bukan sahaja jadi wakil rakyat kawasan DUN dia, tapi seluruh Selangor. Jadi dengan rakyat, dia kena la reserve sikit. Nama pun wakil rakyat. Kalau dia nak buat rakyat takut and pandang dia sangat tinggi, rakyat nak tegur pun pikir 2 3 kali. So, macammana rakyat akan rasa dia akan mendengar masalah rakyat bila nak jumpa dia pun rakyat takut.

Apa yang aku bgtau kat sini adalah apa yang aku dengar rakyat sekeliling cakap. Dari kawan2 sehinggalah orang yang aku tak kenal. Dari bangsa melayu sehinggalah ke India. Semua cakap benda yang sama. Semua tak suka Dr. Khir oleh kerana sikapnya.

Ada gak orang cakap, Dr. Khir semua benda/ projek bagi kat adik beradik n sedara dia. Itu aku takde hal lagi, as long daripada projek tu, sedikit sebanyak turut membantu rakyat menambah pendapatan. Aku boleh cantas lagi kalau ada orang cakap pasal bagi2 projek ni. Ini pada aku normal, fitrah manusia. Janji jgn la biar rakyat langsung tak dapat apa untuk dikesampingkan daripada projek yang dibuat.

Tapi, bila orang cakap pasal sikap. Ini mmg tak boleh tolong. Dan daripada apa yang aku perhatikan dan alami sendiri, Dr. Khir mmg berlagak tak hingat. Buat rakyat sekeliling dia rasa macm sampah. Jangankan senyum, angkat kening pun tidak. Jadi pada aku, orang mcm ni adalah orang yang mementingkan diri sendiri. Bahaya pada negara.

Aku pernah jumpa Dr. Mahathir masa dia jadi PM. terpacul depan aku masa keluar dari lif. Apa dia buat. Dia boleh buat buat joke lagi sebab tgk aku tergamam.Kalau Dr. Khir yang aku terjumpa, sure dia kerutkan dahi dia tanda tak selesa.

Last, Kepada Dr. Khir, walaupun aku menyampah tahap tertinggi pada dia, aku harap dia dapat berubah. Tak de la aku nak dia terlonjak tersengih2 tgk orang, tapi cukup la menghargai orang lain.

Sebab, aku rasa rugi bila otak yang bagus cam dia akan ditolak oleh rakyat dek kerana sikap. Terus terang, lepas Najib, aku tak nampak orang lain dah yang otak dia bole diguna untuk membangun negara. Semua takde prinsip, n tak sekreatif yang aku harapkan.

Dr. Khir, apa kata keluar sekali kat tv, minta maaf la secara terbuka kat rakyat selangor sekiranya ada sikap anda yang tidak disenangi rakyat. Dan beriltizam la pada rakyat anda akan membantu mereka sehabis baik. Tambahan anda adalah ketua pembangkang.

La ni, what ever yang Dr. Seri cakap kat Tv pasal Pakatan Rakyat, semua orang juih bibir.

wmu350 said...

tak pe lah dysh....ko dah luahkan ..dia pun dah baca....bagi dia masa sikit..dia pun manusia..dan takdir tuhan dia diberi peluang berada diatas...kita bantu dan tengok dalam masa 12 bulan dari sekarang...insyaallah dia boleh kut senyum selalu....he..he..aku belum pernah tengok dia ketawa..la..

apa pun aku boleh rasa apa yang korang rasa...dan insyaallah dunia sekarang dah beza dengan dunia dia dulu....

sekarang dia terus dengar dan rasa apa orang kat bawah macam kita ni cakap..dulu ada tapis-tapis...jadi lain sikit

nak ubah cepat sangat takut nanti angat2 taik ayam....apa pun aku rasa ds khir ni boleh ni....yang penting kita pun janganlah harap lebih-lebih...aku rasa tu yang dia takut tu....takut nanti senyum dan mesra lebih2 orang minta macam2 dan dia pening la...aku rasa la....

apa pun nak ingatkan balik..

kalau benci jangan benci semua...dan
kalau sayang jangan berlebih-lebihan...
takut nanti memakan diri sendiri...

p/s:dysh...ko cakap je kalau datang dari niat hati kecil ko..jangan simpan-simpan..ok ko cakap tu bagus..lepas ni senyum-senyum la ds khir...rakyat nak mesra bukan takut hantu...salam

Dr Mohamad Khir Toyo said...

saudara dysh,

Saya tidak menafikan ada komen-komen bahawa saya sukar tersenyum. Memang saya sukar tersenyum. Selain latar belakang saya yang sentiasa memaksa saya bekerja keras, selepas menjadi MB masa kerja saya pula memakan masa 16-18 jam sehari. Ditambah dengan serangan pelbagai media tentulah sukar menampakkan riak wajah ceria.

Saya tahu ada pemimpin politik dan orang tertentu tidak gemar sikap saya yang suka bertanya "straight to the point". Saya juga pernah menegur beberapa orang yang berjumpa saya suka bersembang-sembang sebelum menyatakan masalah mereka. Bagi saya adalah penting menyatakan mesalah mereka dan saya boleh membuat keputusan yang cepat. Ini kerana kerja harian sebagai MB terlalu banyak. Sekiranya saya terlalu banyak berbual kosong sekadar untuk menyedapkan hati tentulah banyak kerja tidak berjalan.

Insyallah sekarang ini jika saudara berjumpa saya saudara dapati saya ada masa duduk di kedai kopi, berbual kosong dan tersenyum.

bagaimanapun terima kasih atas teguran saudara.

Bagaimanapun dari segi pentadbiran dan perjalanan projek pembangunan saya rasa saya telah menjalankan tugsa dengan baik. Banyak projek yang terbengkalai dipulihkan dan banyak juga sistem yang diubah menjadi lebih cekap.

Malangnya ada orang lebih suka menilai sama ada saya senyum atau tidak, melayan mereka sehingga ke pagi atau tidak, bukannya menjalankan tugas atau tidak, sebagai ukuran menteri besar yang baik.

wmu350 said...

ha...baru tahu sekarang....pemimpin pun manusia gak.....ada hati dan perasaan....

saya sokong ds khir 100% dalam kes macam ni....harapan saya agar rakyat jelata harus berubah..minda dan cara bekerja...tak payahlah datang jumpa nyembang sampai berjam2 kerana yang dibawa bersembang tu pemimpin ...ramai nak dilayan..badan pun tinggal tulang je...

aku dah agak dah....sebab tu ds khir macam tu perwatakannya...kalau dia hanya doktor gigi..aku rasa dia aku dah jumpa dah paling tidak sekali la kat hakim sek 7..minum kedai mamak sambil tengok bola...ramai2...

puas hati tak dysh....pas ni aku doakan ko kembalilah memahami erti perjuangan umno....dan janganlah hal2 peribadi seseorang menyebabkan umno jatuh tersungkur dengan lebih malang lagi.....tu je aku harap kat orang muda hari ni...dan terima kasih ds khir kerana memberi penjelasan kepada kami semua....amin

Post a Comment