Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, December 3, 2009

Wujudkan Mekanisme Baru Untuk Subsidi

1. Alhamdulillah saya telah selesai mengerja ibadah haji dan terima kasih kepada saudara/I yang mendoakan kesejahteraan saya dan tidak putus-putus memberi komen. Insyallah selepas pulang ke tanah air 10 Disember nanti saya akan mengemaskini blog ini dengan lebih kerap.

2. Saya mendapat sms berita yang menyatakan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menarik subsidi gula. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

3. Di ketika meningkatnya penghidap kencing manis atau diabetis di kalangan rakyat Malaysia maka mengurangkan penggunaan gula adalah cara terbaik menjaga kesihatan. Kenaikan harga gula mungkin akan mengurangkan penggunaannya sekaligus mengurangkan penyakit-penyakit akibat terlebih gula ini.

4. Namun harga rokok naik berkali ganda tetapi orang tetap merokok. Saya khuatir demikian juga kenaikan harga gula tidak akan mengurangkan cara kita menggunakan gula sebaliknya hanya akan meningkatkan kos sara hidup dan inflasi.

5. Kenaikan harga gula hampir pasti akan diikuti dengan kenaikan harga barang dan minuman kerana hampir setiap produk makanan dan minuman di pasaran menggunakan gula.

6. Saya fikir ramai boleh menerima penghapusan subsidi gula ini jika kerajaan membebaskan terus pasaran gula negara. Ini bermakna tiada lagi kawalan dan monopoli pasaran gula, tiada lagi permit impot gula diberikan mengikut kuota tertentu atau had tertentu. Tiada lagi lindungan terhadap industri gula tempatan. Biar pasaran bebas menentukan harga gula.

7. Saya melihat terdapat banyak Kementerian berlumba-lumba untuk menghapuskan subsidi bagi menyelamatkan wang negara kononnya. Subsidi beras, petrol, gula dan entah apa lagi akan terus disebut untuk dikurangkan. Apa guna wang negara dijimatkan tetapi rakyat hidup tertekan?

8. Memang sesebuah negara yang terlalu bergantung kepada subsidi tidak akan kompetetif atau berdaya saing. Namun subsidi juga kadang kala mewujudkan daya saing dalam perspektif lain. Sebab itu Amerika Syarikat sendiri memperuntukan berbilion US setahun untuk subsidi.

9. Pengurusan subsidi seperti hari ini sangat mengelirukan dan akan menyebabkan banyak subsidi bocor dan tidak diuruskan dengan baik. Setiap kementerian memohon peruntukan berasingan untuk subsidi sehingga ia menjadi terlalu besar tetapi tidak efektif dalam memberi kesejahteraan rakyat.

10. Kerajaan patut melihat masalah pengurangan subsidi dan kesan kepada rakyat secara menyeluruh bukannya secara berasingan mengikut sektor dan kementerian.

11. Saya fikir kerajaan perlu kumpulkan semua jumlah subsidi sedia ada, kenal pasti berapa jumlahnya. Kemudian gunakan jumlah tersebut untuk mengurangkan kenaikan harga petrol ke tahap yang difikirkan tidak membebankan rakyat dan dapat menjana ekonomi negara.

12. Selebihnya barulah diagihkan semula ke sektor-sektor yang akan memberi kebajikan yang tinggi kepada rakyat seperti kepada industri makanan, nelayan, petani dan golongan pekerja berpendapatan rendah di bandar.

13. Saya difahamkan pada masa ini, subsidi dikategorikan dalam peruntukan pengurusan. Jika subsidi meningkat maka kerajaan perlu meminjam atau menyerahkan kepada rakyat untuk membayar bagi mengelakkkan pinjaman kewangan untuk pengurusan. Yang pastinya akan memberi impak negatif kepada imej negara.

14. Sepatutnya wang subsidi ini disatukan dengan jumlah peruntukan pembangunan. Dengan ini, jika berlaku penambahan subsidi maka peruntukan pembangunan samada dikurangkan atau dikekalkan dengan membuat pinjaman.

15. Akhir sekali saya fikir kerajaan perlu melihat pemberian subsidi ini dalam skop yang besar. Subsidi tidak lagi wajar diuruskan oleh kementerian-kementerian sehingga menjadikannya tidak terkawal dan juga tidak berkesan.

16. Jika tidak ditangani subsidi dengan betul ia menjadi seumpama mencurah air ke daun keladi. Subsidi banyak dikeluarkan tapi rakyat tidak merasa, ekonomi tidak berkembang.

25 comments:

  1. The original article presented the points :

    Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan (summary)

    Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.
    Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,
    “Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

    Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 - setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan
    Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 - menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

    However, a mainstream blog BigDogDotCom, which I enjoy reading also, has refuted Kelantan's claims on royalty payments from Petronas also based on legislation.

    Heuristically hydrocarbon (summary)

    Federal Government is not compelled to give any part of the earnings from oil and gas to any of the states, including Kelantan.
    The Petroleum Development Act does not provide such provisions but instead named Petroliam Nasional Berhad (Petronas) as the sole custodian to all matters pertaining oil and gas.
    The agreement signed between the Petronas and Kelantan State Government on 9 May 1975 still falls under the Petronas Development Act.
    The state borders - three nautical miles from the shores. The international boundary - 12 nautical miles.
    The drilling operations under Malaysian Exclusive Economic Zone (EEZ) - 200 nautical miles (370 km radius) from the shore.

    I have a feeling that this matter will end up in Court.

    Anyway, do read BDDC's article as he provided details on Barisan Nasional Government's service to the people (fuel subsidies) and Kelantan (development projects).

    I have read many blogs since last year with campaigns called "Perak Bangkit" and "Selangor Bangkit".

    These are calls to the people and politicians of the States to rise against the hastily and poorly assembled Opposition parties that have resulted in multiple unrest and numerous by elections.

    It is about time Barisan Nasional look into "Kelantan Bangkit" - one mission which Dr M, Tengku Razaleigh and Pak Lah failed.

    We almost had it in 2004 where Kelantan was led by PAS with only a one-seat majority. Surely, Kelantanese are not fully behind PAS and their votes do swing to Barisan Nasional.

    I say, let's do it and win the people back !


    *Baca dan fahamkan dgn hati terbuka, ikhlas dan tanpa emosional.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam semua.
    Maaf kerana agak terkeluar dr tajuk.

    Atas desakan En Shamsul pada komen2 beliau, diantaranya yg bertarikh 1 Disember 09 di atas tajuk "BAJET SELANGOR: BANGKAI GAJAH MAHU DITUTUP DENGAN NYIRU", di sini sy 'copy n paste'kan dari: http://manifestogwl.blogspot.com/2009/11/kelantan-oil-royalty-and-bn-kelantan.html

    KELANTAN : OIL ROYALTY & BN KELANTAN.

    Over the past week, a big brou-ha-ha was made on the issue of Wang Ehsan (compassionate payment) announcement for Kelantan.

    In response to a question by a PAS Parliamentarian on Kelantan's claims for oil royalties from Petronas, Datuk Seri Najib Tun Razak announced a compassionate payment for the State on top of a Federal Government budget allocation under the 9th Malaysia Plan.

    Quoting from Wang ehsan for Kelantan from next year (NST : 4 Nov 2009) and Najib: 'Wang ehsan' is an additional amount (NST : 5 Nov 2009) ,

    1) "Under the 9th Malaysia Plan, the government is giving Kelantan more than RM7 billion. That is huge. Even without the wang ehsan, the government is already committed to developing Kelantan."

    2) "The wang ehsan is an additional amount, which is being channelled to the Kelantan people," he said, adding that the government would be transparent and would discuss with the Kelantan government before implementing projects."

    3) "To ensure that the money is enjoyed directly by the people of Kelantan, the allocation will be in the form of development projects and poverty eradication programmes and will be channelled directly by the federal government after discussion with the state government."

    There are many pro PAS bloggers out there. However, I only enjoy reading one - Sheih Kickdefella - since he provides detailed arguments and reasoning consistently.

    Though at times I do not agree with certain views, we must agree to disagree and understand that his perspectives are as a PAS member.

    Sheih wrote two articles that seem to argue, with great details, on Petronas operations in waters of Kelantan (debatable due to boundaries definition).
    ---> sambung...

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah, moga Tuan telah mendapat haji yang mabrur.Islam bukan setakat rukun yang 5 tetapi menjangkau luas dalam kehidupan harian kita. Moga selepas ini Tuan akan berusaha untuk memerangi rasuah yang telah bermaharajalela di bumi Malaysia ini kerana rasuah ditentang dalam Islam.

    Kita tidak mahu duit rasuah dan duit yang tidak halal sumbernya menjadi sebahagian dari membeli makanan harian kita yang akan menjadi darah daging kita, isteri kita dan juga anak-anak. Juga kita tidak mahu mewariskan harta dari wang rasuah.

    Moga doa Tuan diterima Allah dan juga taubat Tuan.Jadilah insan yang beriman dan Islam sebagai pegangan hidup seharian Tuan.Insya Allah!

    ReplyDelete
  4. Being non malay/non muslim and muslims, bn/umno telah banyak menipu dari segi surat dan tersirat.marilah kita beramai ramai mendoakan kepimpinan TGNA dan pemimpin yang seangkatan denganya terus menyemarakan perjuangan demi keadilan dan kebenaran rakyat.terima kasih pakatan kerana anda semua telah mencelikkan kami tentang hak rakyat yang telah lama diperbodoh dan dinafikan.rakyat mengaminkan munajat TGNA.amin.khir toyo'statement is self confessed that his adminitrations were grossly a failure.kenapa sekarang baru nak berkokok sedangkan ekor bergelumang dengan taik.

    ReplyDelete
  5. Tuan Guru lagik banyak membodohkan rakyat kelantan dan Malaysia.

    Duk sibuk doakan org ditimpa bencana....mana ada tok guru sibuk pasal banjir kat kelantan sana....

    Sepatutnya Tok guru berdoa supaya kelantan bersih...kelantan tidak di timpa bencana...ken lebih elok....

    ReplyDelete
  6. Salam dan selamat kembali Bro...
    Teguran bernas dari bro...saya harap saudara boleh bawakan hal ini ke peringkat lebih atas.Tiada gunanya subsidi diberi atau ditarik kembali kerana efeknya hanya kepada rakyat jelata terutama yang miskin dan sederhana.Jika konsep 1Malaysia diutarakan,ianya tidak memberikan kebaikan kerana Rakyat tetap tidak didahulukan.

    ReplyDelete
  7. Jangan tarik subsidi gula. Kerajaan perlu pergiatkan pemantaun ke atas harga gula.

    ReplyDelete
  8. When the subsidy was withdrawn, make sure there is no increase will happen after this.
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  9. Mungkin jumlah besar subsidi gula boleh disalurkan kepada subsidi pendidikan supaya tidak terlampau banyak pelajar-pelajar kita yang apabila keluar universiti nanti, sudah tersedia menanggung hutang PTPTN.

    http://nadzrikamsin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Salam DSKT,
    Selamat kembali ke tanah air.Saya hanya ingin memberi pandangan berkenaan topik penarikan subsidi oleh kerajaan.Pasti ada baik dan buruknya jika pemberian subsidi ini di tarik semula.Saya setuju sekiranya tiada subsidi,kerajaan boleh bagi jaminan tiada kenaikan melampau yang akan membebankan rakyat yang harus "di dahulukan".Semua barang naik,hujan je yang turun.hehe..Mungkin jika penghapusan kuota lesen gula dan tiada kawalan pasaran oleh kerajaan boleh menstabilkan harga.Yang paling penting sekali,kerajaan kena fahamkan dahulu kepada rakyat ke mana wang akan di salurkan sekiranya tiada bajet subsidi untuk gula.Selagi kerajaan ikhlas dan jujur dengan rakyat,jangan risau lah pru 13.BOLEH MONANG BOSAR TAU.

    ReplyDelete
  11. setuju dengan dato....gula boleh dinaikkan kerana memberi kebaikan kepada kesihatan kita

    ReplyDelete
  12. bagus... x bagi subsidi pun ok boleh mengalakkan pengawalan pengunaan gula dalam pemakanan kita untuk kesihatan tapi jangan naik terlalu banyak maybe 2.00 ok kot jangan terlalu banyak mempolitikan semua isu nanti semua x jalan.....saya cenderung to PR tapi masih boleh berfikir secaraa positif.

    ReplyDelete
  13. Datuk. Saya nak kalau boleh datuk komen la sikit pasal GST.. boleh x datuk , saya rasa ia adalah ibu segala cukai nanti...

    ReplyDelete
  14. Subsidi gula nak kena tarik.
    Subsidi minyak under review.
    GST nak dilaksanakan.

    Ini di antara cukai yang kena bayar
    - cukai tanah
    - cukai pintu
    - cukai jalan
    - cukai pendapatan
    - etc etc etc....

    Boleh gelar Malaysia Darul Tax...

    Kalau tax digunakan secara berhemah takpe, tapi...???? hu hu hu hu .... ingat lagi overpaid RM28 billion...??? As at todate tak nampak pun yang nak kena dakwa dakwi...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Saudara rais,
    Saya belum kembali dari mekah. Hanya akan tiba di tanah air pada 10/12/09 nanti.

    Saudara Rantong,

    Apabila subsidi ditarik balik pasti akan berlaku kenaikan harga kerana subsidi diberi untuk mengurangkan harga.

    Saudara antus, insyallah selalunya pandangan dan komen diberikan di blog ini sedikit sebanyak diberi perhatian oleh pihak atasan seperti dalam isu pemeriksaan tahunan untuk kenderaan lama.

    saudara me,

    saya telah pun ulas mengenai GST dalam artikel sebelum ini.

    ReplyDelete
  16. Salam Dato',
    Saya orang kampung, dan akan memberi pandangan sebagai orang kampung.

    Apabila subsidi dula di tarik akan menyebabkan kenaikan harga gula. Sedar tak sedar akan menberi tekanan kepada peniaga makan yang 80%nya adalah Bumi/Melayu. sekiranya masih kita ingat kenaikan harga tepung 10sen yang menyebabkan harga roti canai pun naik 10sen. Dulu kuih muaih 4 bijik $1 akan naik 3 biji $1.

    bayang kan sekiranya harga gula naik??? berepa??? itu tidak penting. Yang penting harga teh O ais akan jadi $1.20 dari &1.00. Bagaimana dengan barangan lain???? Bagaimana IKS bumiputra???

    Sebenarnya untuk memperbaiki cara pemakanan bukan dengan menekan harga barang seperti rokok. Memang ada sedikit penurunan bilangan perokok tetapi peningkatan harga boleh menyebabkan lebih tekanan kepada rakyat.

    Yang saya hairan kenapa perlu menarik balik subsidi ini? adakah desakan kewangan negara? Dan sebenarnya KEJUJURAN KERAJAAN yang "RAKYAT DIDAHULUKAN, RAKYAT MATI KELAPARAN" yang dipertikaikan.

    Kita ada pelbagai agensi yang MAKAN GAJI buta. sepatutnya untuk kesejahteraan rakyat, pihak egensi KERAJAAN perlu mencari jalan penyelesain yang lebih menberi menefaat kepada rakyat. Penjawat awan ini di gaji unutk menyelesaikan masalah rakyat "YANG DIDAHULUKAN" ini bukan menambah sakit hati rakyat.

    Yang paling menghairankan mengapa masih ada tindakan yang bodoh dari kerajaan..??? bukan rakyat tidah boleh menerima kenaikan ini tapi atas dasar apakah kenaikan ini yang dirasakan perlu dijadikan alasan yang munasabah????

    ReplyDelete
  17. Tarif baru elektrik @ TNB pun dah ke kabinet and pending approval. Again, akan ada kata keramat "Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan rakyat" Tak sabar nak tunggu PRU13. Walaupun PR not the best alternative, but BN also not a true leader....

    ReplyDelete
  18. Salam buat sume,
    Saya bersetuju kalau subsidi tidak dihapuskan terus. Ye la , mmg itulah caranya unt gomen membantu rakyat. Cuma kena review sikit supaya org luar tidak sesama mendapat subsidi tersebut. Walaubagaimanapun jika tidak ada cara lain melainkan terpaksa jugak menarik balik subsidi (bukan gula sahaja), bawak2lah kurangkan cukai ke apa ke yang mana ia boleh compensatekan semula harga barang yang pastinya akan meningkat bila subsidi ditarik balik. Dalam hal yang sebegini efeknya bukan org kampung je, org bandar yang bergaji kecil lagi la terasa. Sesamalah kita bantu membantu...

    ReplyDelete
  19. salam...

    IKUT SUKA KERAJAAN LAAA....BUAT LAA APA NAK BUAT PUN..KERAJAAN DAH BANYAK BANTU KAMI..KAMI AKAN PASTIKAN KERAJAAN DIBANTU DAN DIBALAS JASA SELAYAKNYA..

    JIKA RAKYAT SUSAH, TIDAK MENGAPA ASALKAN JANGAN PEMIMPIN BERASA SUSAH

    RAKYAT TERSEPIT DENGAN TEKANAN HIDUP TIDAK MENGAPA ASALKAN PEMIMPIN BERLAPANG MASA..

    RAKYAT IKUT PERATURAN PEMIMPIN TIDAK PAYAH IKUT PERATURAN KERANA INI UNDANG-UNDANG BOLEH PINDA..TERINGAT CERITA MUSANG BERJANGGUT YANG PENUH PENGAJARAN DAN MELANGKAU PEMIKIRAN KEHADAPAN..TQ P.RAMLEE..

    ReplyDelete
  20. selamat kembali ds yang dikasihi....semoga ds beroleh kekuatan dan semangat untuk munyusun strategi mengembalikan apa yang dah tunggang terbalik sekarang ni......

    saya nak luahkan sikit dan nak beri peringatan jangan sampai rakyat terutamanya melayu naik minyak dengan kenyataan wakil rakyat taiping...babi betul la sibangsat ni....(KALAU NIK AJIS BOLEH DOA PECAH PERUT DAN BOLEH PULAK NASIHAT JANGAN SEBUT NAMA...SAYA PUN NAK CAKAP BUKAN BAGI DOA PUN DAN TAK NAK SEBUT NAMA GAK....bai..bai..babi betul la si anu tu dia dah naik tocang atas kapasiti hampa melayu yang berpecah belah.....)seburuk2 dan kurang ajarnya aku ni pun,tahu gak politik talam 2 muka ni.....bila umno dan pas nak bersama ni....di depan kaabah ds ada niat penyatuan ni tak?....niat kalau ada insyaallah dipertimbangkan ds?ada ke tak de?

    kenyataan nasharudin mat isa saya sokong 100% walaupun saya bersama umno.....

    kesimpulannya usaha umno dan pas harus diakhiri dengan kerjasama bukan main politik kotor lagi dan nik ajis dah makin keliru dan dipergunakan sehingga nama baiknya makin tercemar......

    apakah ds khir masih berusaha dan berminat untuk menyatukan ini.....

    jika tidak pru13 BN akan tumbang......sebab dalam bn dah kuat sangat isu rasis ni dipergunakan oleh pihak2 yang mersungguh2 nak bn tembok melayu hancur...sudah2lah tu...umno dan pas...dua2 menang jadi abu,kalah jadi arang...BERSATU!

    saya memberi peringatan bukan untuk saya sahaja tetapi kerana orang2 lain yang diluar sana.....huu..huu..huu...sedih bila difikiran... saya sentiasa mengikuti perkembangan ds dan kepimpinan lain dari belakang...salam

    p/s:terpulanglah pada ds nak siar atau tak komen saya ni....sesekali memang kena mcmni pun ds...bukanlah saya ni bodoh sangat...sampai orang pertikaikan benda tu pun masih nak berlapik lagi.....ds boleh la berlapik...saya peduli apa...

    ReplyDelete
  21. Dato Seri,

    saya sebagai salah seorang penduduk dinegeri Selangor merasa bangga dengan keperihatinan seorang pemimpin seperti Dato'Seri memperjuangkan masalah-masalah yang membebankan rakyat.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat Dato'Seri diperenggan 7

    Dato'Seri saya rasa cara kerajaan untuk berjimat dengan cara menghapuskan segala subsidi adalah kurang tepat.

    kerajaan haruslah memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik daripada memberi lebih banyak tekanan kepada rakyat yang sekarang ini pun dah tertekan dengan kegawatan.

    Apakah dengan menghapuskan segala subsidi ini dapat membantu kerajaan membelanjakan wang kearah projek yang lebih baik, sedangkan pada hakikatnya banyak wang yang telah dibazirkan dengan projek-projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat sebagai chontohnya PKFZ.

    Saya sebagai pembayar cukai merasa begitu kecewa kerana wang cukai pendapatan yang saya bayar dengan harapan dapat digunakan untuk kemajuan rakyat akhirnya hangus begitu saja.

    Saya amat berharap Dato'Seri dapat terus memperjuangkan isu-isu yang menyentuhi permasalah rakyat didalam blog Dato'Seri ini daripada melayan kerenah parti pembangkang yang tahu hanya untuk mengutuk Dato'Seri saja.

    Tentang sokongan rakyat terhadap Dato'Seri usahlah dibimbang. Rakyat Selangor tahu untuk menilai pemimpin mana yang memperjuangkan hak rakyat dan pemimpin mana yang menjual hak rakyat.


    Dato'Seri satu lagi masalah yang ingin saya suarakan disini adalah tentang kuota yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kemasukan pelajar ke asrama penuh. Dimana 70% adalah untuk pelajar luar bandar dan 30% adalah untuk pelajar bandar.
    Alasannya adalah kerana pelajar luar bandar terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.

    Saya rasa alasan seperti ni adalah tidak adil dan menutup peluang untuk pelajar dibandar kerana tidak semua keluarga pelajar yang tinggal dibandar berpendapatan tinggi, ditambah pula dengan kos sara hidup dibandar yang tinggi jika dibandingkan dengan kos sara hidup diluar bandar. Malah boleh dikatakan hidup dikampung lebih senang daripada hidup dibandar.

    Saya amatlah berharap Dato'Seri dapatlah memberi perhatian dan keadilan kepada pelajar pelajar yang susah hidup dibandar ini memasuki sekolah berasrama penuh sama kuotanya dengan pelajar pelajar yang hidup senang luar bandar.

    Semoga Dato'Seri sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  22. DS, kadang2 yg diatas selalu terlupa bagaimana kepayahan orang bawah. Dasar yang baik pada umumnya utk rakyat tapi yang terlebih mendapat faedah adalah org yg mencadang sesuatu policy.

    ReplyDelete
  23. Dr.Khir,

    Ada tak mana-mana kerajaan/pemerintah didalam dunia sekarang yang tidak memberi subsidi kepada rakyatnya?

    Dalam kes Malaysia, adakah kerajaan persekutuan Barisan Nasional boleh dikatakan Negara Berkebajikan?

    lagi banyak subsidi, lagi baguskan untuk rakyat... tapi kerajaan persekutuan kenalah promosi dan maklumkan kepada rakyat... supaya rakyat dan pengundi tahu... tidaklah PAS boleh ambil kesempatan dalam manifesto piliharaya umum ke 12 lalu kononnya nak buat Negara Berkebajikan... pembangkang pandai retorik bahasa... Harapan Baru Untuk Malaysia kononnya... BN / UMNO kena hebat buat iklan... rebranding penting untuk BN pada PRU 13 akan datang...

    -amin ya rabbalamin...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum dr

    Bapak menteri sekarang ni tengah berpeluh peluh untuk menaikkan kementerian masing masing supaya KPI mereka tidak yg terkebawah,dan mereka hampir terlupa bahawa rakyatlah yang akan menjadikan KPI mereka berhasil atau sebaliknya.
    PM telah dengan jelas mengakui bahawa kerajaan bukan tahu semua.Suara rakyat suara keramat....

    ReplyDelete