1. Keadaan ekonomi dunia semakin teruk dan menuju ketenatan. Sudah beratus ribu orang hilang pekerjaan di seluruh dunia. Malah ada sebuah kerajaan juga tumbang akibat krisis kali ini.
2. Kita di Malaysia belum merasai bahang ini sepenuhnya. Ini kerana domino krisis ekonomi kali ini bermula di Amerika Syarikat dan Eropah. Saya percaya dalam beberapa bulan lagi kesan ini akan tiba negara kita.
3. Kerajaan dikatakan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi kedua dalam sedikit masa lagi. Saya berharap pakej rangsangan kedua ini tidak sahaja mementingkan aspek makro ekonomi tetapi juga mengambil inisiatif dalam isu-isu mikro dan rakyat.
4. Antara masalah utama apabila berlaku krisis ekonomi ialah sebahagian orang akan kehilangan sumber pendapatan. Dengan kata lain akan ada pekerja yang akan diberhentikan, ditawar skim persaraan sukarela (vss) dan juga penutupan tempat kerja yang sekaligus mengakibatkan ramai akan kehilangan pekerjaan.
5. Ini adalah peluang untuk sebahagian kita membabitkan dalam perniagaan kecil dan mengurangkan kebergantungan kepada majikan atau orang lain sebagai sumber pendapatan.
6. Namun lebih ramai yang akan kehilangan pekerjaan sukar untuk memulakan perniagaan atau mendapat pekerjaan baru. Ini akan berlaku terutamanya di kalangan generasi muda yang berusia 35 tahun ke bawah. Tanpa pengalaman yang banyak dan simpanan yang mencukupi, masalah hilang pekerjaan akan menjejaskan kehidupan keluarga mereka.
Jika tidak ditangani dengan baik, kehilangan perkerjaan ini akan menyebabkan meningkatnya kejadian jenayah kecil, gejala sosial dan masalah hutang.
7. Justeru saya berharap kerajaan dapat memperkenalkan Skim Latihan dan Skim Kerja Sangkut bagi mereka yang hilang pekerjaan semasa krisis ekonomi ini. Mereka harus dilatih dalam kemahiran yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja negara. Sebahagian yang hilang pekerjaan juga boleh diambil bekerja secara kontrak bagi menyelesaikan fail-fail tertunggak kerajaan.
8. Pakej Rangsangan Ekonomi harus memperuntuk sejumlah wang yang besar untuk latihan dan juga gaji kepada kumpulan ini. Saya ingin mencadangkan agar kumpulan ini, sama ada yang menyertai skim latihan atau skim kerja sangkut, dibayar gaji antara RM 600 sebulan - RM 1, 500 sebulan mengikut kriteria tertentu untuk tempoh antara 6 hingga 12 bulan.
9. Kerajaan juga perlu menggalakkan bank-bank menyusun semula struktur pinjaman milik mereka yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh krisis ekonomi ini. Ini akan membolehkan sistem bank terus kukuh tanpa dibebani isu hutang lapuk, dan mereka yang hilang pekerjaan tidak pula hilang harta seperti rumah dan kenderaan.
10. Saya berharap pakej rangsangan kali ini tidak hanya menumpukan kepada hal-hal korporat besar sehingga mengabaikan kebajikan rakyat. Kita tidak menafikan kepentingan menyelamat ekonomi melalui pendekatan makro yang mempunyai kesan domino sehingga ke bawah. Namun pakej bantuan terus di peringkat bawah (rakyat dan pekerja) juga amat penting bagi memastikan kualiti kehidupan tidak terjejas dengan teruk.