Saudara kusut dan sahabat sahabat bloggers lain,
Melalui pengalaman saya sendiri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dulunya BPR, tidak pernah memilih bulu untuk mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh orang ramai.
Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak menyeronokkan bersama SPRM, namun itu adalah lumrah apabila kita diberi kuasa maka harus ada pertanggungjawaban.
Saya difahamkan bahawa ada usaha-usaha untuk terus mengulangi tuduhan-tudiuhan lama sekitar 2001 dahulu sebagai serampang dua mata iaitu menyelamatkan kepimpinan negeri yang ada hari ini dan "agenda politik".
Untuk pengetahuan semua, aduan terhadap saya telah disiasat dengan teliti antara 2002 - 2004. Saya sendiri terpaksa berhadapan dengan para pegawai BPR beberapa kali yang ada antaranya memakan masa sehingga sepeuluh (10) jam dalam satu pertemuan.
Bagi saya para pegawai yang ada cukup profesional dan mereka tidak menampakkan sikap terlalu hormat atau takut biarpun saya seorang Menteri Besar. Malahan sejarah menunjukkan bahawa jika ada kes yang kukuh BPR dan sekarang SPRM tidak teragak-agak untuk mendakwa sesiapa sahaja yang membuat kesalahan.
Malahan ketika itu puluhan fail dari pejabat saya diambil oleh BPR untuk penyiasatan. Alhamdulillah selepas berbulan melalui proses siasatan semua tuduhan terhadap saya merupakan fitnah dan tiada asas untuk pendakwaan.
Saya tahu ada yang beranggapan bahawa saya dilindungi oleh politik naungan menyebabkan BPR tidak mengambil tindakan terhadap saya. Saya tidak pernah percaya bahawa ada pemimpin UMNO begitu bodoh untuk cuba mempengaruhi siasatan BPR kerana ia boleh mengakibatkan senjata makan tuan.
Malahan jika sesiapa memahami senario politik sejak 2003 sehingga sekarang pasti mengetahui bahawa jika ada kesalahan, saya pasti akan didakwa.
Jangan kerana kita beranggapan seseorang itu korup maka kita membuat keputusan SPRM tidak adil kerana tidak mendakwanya. Persepsi dan realiti tidak selalu seiring. Memang mudah membuat tuduhan tapi bukan semua tuduhan itu bereerti sudah ada kesalahan berlaku.
Selama berbulan saya terpaksa menanggung derita, orang ramai memandang serong terhadap saya, rasa amat berat sangat yang terpaksa saya pikul,sampai satu ketika saya rasa menyesal libatkan diri dalam dunia politik.
Atas pengalaman tersebutlah saya amat berhati-hati mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana saya amat sedar kesannya pada mereka yang terlibat.
Berkait dengan kes yang menimpa YB Elizabeth, saya telah nyatakan awal-awal lagi saya amat bersimpati terhadap apa yang telah terjadi. Saya tegaskan di sini saya tidak terlibat sama sama sekali, malah saya sendiri tidak melihat gambar-gambar tersebut, walaupun cerita-cerita ini telah saya dengar.
Saya ditanya oleh wartawan apa pandangan saya terhadap kes tersebut,saya nyatakan secara pertanyaan bagaimana YB Elizabeth hendak berhadapan dgn orang ramai jika gambar tersebut tersebar luas, bagi saya pastilah beliau akan menghadapi saat-saat sukar dan memalukan. Untuk itu bagi saya eloklah beliau melepaskan jawatan bagi mengelakkan aib diri dan negeri.
Saya membuat kenyataan tersebut juga kerana berasakan ada kemungkinan ada serangan yang berterusan oleh pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat sendiri. Melihat sejarah politik negara juga saya amat bimbang jika akan lebih banyak perkara yang terbongkar berbanding hanya dua gambar yang bukan salah beliau pun.
Saya ingin tegaskan saya tidak terlibat sama sekali dalam konspirasi ini sebagaimana tuduhan yang dibuat terhadap saya oleh para penyokong Pakatan Rakyat, yang saya anggap tidak pernah rasional pemikirannya.
Berkait dengan pendedahan kes salah guna kuasa YAB Menteri Besar,saya memperolehi dokumen-dokumen tersebut yang dihantar melalui pos ke rumah saya. Sebenarnya ada banyak lagi dokumen-dokumen yang telah saya terima dan dalam simpanan saya, cuma saya juga meragui kesahihan,sebab itu saya simpan dan tidak dedahkan.
Saya merasakan sebahagiannya ada kebenaran bila mana sebuah NGO, GERAK membuat laporan pada SPRM,saya terpanggil utk mendedahkan dokumen tersebut pada khalayak ramai, ditambah lagi kenyataan YAB Menteri Besar yang suka berubah-ubah.
Sebagai ketua pembangkang saya terpaksa menjalankan tugas saya, masih belum sampai hati saya untuk membuat laporan kepada SPRM.
Saya juga dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui GERAK. Saya ingin tegaskan saya tidak pernah bersemuka dgn GERAK dan saya tidak mengenali mereka.
Hari ini terbukti ada kebenarannya laporan GERAK dan dokumen-dokumen yang saya perolehi. Adakah saya melakukan kesilapan dengan melakukan tindakan tersebut?
Bagi para penyokong Kerajaan Campuran di Selangor, kita harus bersikap terbuka dan profesional, bila mana pemimipin parti yang tak sebulu dengan kita kena ambil tindakan atau pun sekadar disiasat, mereka telah membuat kesimpulan dan segala tuduhan mereka itu betul dan mesti diambil tindakan mengikut kehendak mereka,jika tiada kes yang boleh disabit mereka akan membuat kesimpulan juga yang SPRM tidak adil dan melindungi individu tersebut.
Mereka membuat keputusan setiap aduan yang dibuat oleh mereka itu semua betul dan tak perlu siasat, terus saja ambil tindakan. Itulah cara mereka berfikir kerana mereka adalah orang orang yang tidak menggunakan akal fikiran mereka dengan waras lagi.
Bagi saya YAB Benteri Besar perlu melalui proses pembersihan diri beliau dengan akur terhadap proses undang undang dan pegang kata kata beliau bahawa seorang penjawat awam yang dibicarakan perlu mengosongkan jawatan bagi membenar proses undang undang berjalan lancar dan mahkamah dapat membuat keputusan yang adil.
Saya tidak fikir SPRM akan sengaja mengada-adakan bukti untuk mendakwa Tan Sri Khalid atau sesiapa sahaja.
Bagi saya mereka yang marah-marah ini hanyalah pihak yang berkepentingan dan mereka yang merasakan ego mereka tercabar kerana selama ini selalu melabelkan pemimpin UMNO sebagai koruyp dan jahat.
Hari ini rupanya air yang mereka tepuk sudah terkena muka sendiri.