1. Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan" terus berkumandang - dikumandangkan, diperbahaskan dan diperkatakan mencari satu titik tolak persamaan dan menerima perbezaan. Sabtu lalu saya berkesempatan menjadi ahli panel dalam satu SEMINAR SATU MALAYSIA: HARAPAN BARU anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Saya bersama dengan Dato' Abdul Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah DBP) dan Cikgu Azmi Abdul Hamid dari badan bukan kerajaan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) diletakkan dalam sesi sebelah petang yang membincangkan tajuk, "Melayu Dan Islam Dalam Masyarakat Majmuk."
2. Ada perkara yang kami bersetuju dan ada perkara yang kami berbeza pendapat. Ada pula mungkin tidak berapa sesuai menjadi bahan penulisan semula kerana perbincangan tersebut melibatkan tiga panelis dari aliran pemikiran yang berbeza tetapi seringkali dilihat sebagai bersikap mementingkan orang Melayu dan Islam. Satu aliran pemikiran yang tidak begitu popular di internet ketika ini.
3. Namun kesimpulan yang saya rasa dapat dipersetujui bersama ialah kedudukan orang Melayu dan agama Islam tidak seharusnya lari dari pengiktirafan Perlembagaan Malaysia sejak 1957. Walau apa pun kaedah dan usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia ia tidak seharusnya menafikan perkara-perkara yang membabitkan orang Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.
4. Rangka atau itipati apa yang saya nyatakan dalam sesi tersebut lebih kurang dengan apa yang saya nyatakan dalam blog ini beberapa minggu lalu. Cuma beberapa isu lain saya tekankan dan akhirnya berharap agar orang Melayu tidak menjadi seperti keadaan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dalam membawa isu perpaduan seperti 1Malaysia ini.
5. Saya fikir konsep 1Malaysia ini akan menjadi jelas dan terang apabila Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan konsepnya secara rasmi dalam sedikit masa lagi. Sungguhpun rangka kasarnya sudah ada, namun menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan, Perdana Menteri ingin membiarkan sedikit lagi perbincangan awam sebelum melancarkannya.
6. Saya berharap pelancaran ini dibuat pada 16 September akan datang seiring dengan sambutan penubuhan Malaysia. Ini tentu memberi signifikasi yang lebih besar dalam usaha meneruskan perpaduan dalam kepelbagaian ini (unity in diversity). Lebih manis jika acara besar ini dibuat di luar Kuala Lumpur, mungkin di Sabah atau Sarawak.
7. Kita bercakap terlalu banyak mengenai konsep 1Malaysia sehingga gagal memberi makna kepada slogan yang lebih penting iaitu "rakyat diutamakan."
8. Apakah makna rakyat diutamakan? Ada orang berkata kepada saya jika benar rakyat mahu diutamakan kerajaan perlu menghapuskan sebahagian pondok tol di dalam lembah klang yang sudah terlalu sesak, seksa dan sakit hati.
9. Saya ada terbaca mengenai cadangan pengambil alihan PLUS. Memang PLUS menguasai sebahagian besar lebuh raya di Malaysia. Namun kebanyakan laluan PLUS berada di luar lingkungan keperluan harian penduduk kecuali Tol batu 3 dan beberapa lain dalam bandar yang relatifnya masih murah.
10. Saya fikir keperluan mendesak ialah mengatasi masalah tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Saya mungkin tertinggal beberapa lebuh raya lain yang mungin juga perlu dipertimbangkan untuk penghapusan tol atau dikurangkan.
11. Lebuh raya-lebuh raya ini merupakan di kawasan yang berpenduduk padat dan perjalanan yang pendek dan terpaksa mengharungi kesesakan untuk membayar tol dan selepas membayar tol seperti di LDP. Malah kadang-kadang tol sendiri menjadi punca kesesakan.
12. Tol-tol seperti Kesas dan LDP ini juga dikenakan kadar yang tinggi tidak sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja. Anehnya, ada juga orang menggunakan lebuh raya ini secara percuma dan ada yang kena bayar bergantung di mana beliau tinggal.
13. Bukankah ini tidak adil kepada sebahagian orang? Ini juga bermakna mereka yang membayar di LDP dan Kesas turut membayar kepada sebahagian orang lain yang tidak melalui tol walaupun menggunakan lebuh raya yang sama.
14. Pada hemat saya, rakyat bersedia berkongsi sebahagian kos infrastruktur pembinaan lebuh raya untuk keselesaan seperti Lebuh Raya Utara - Selatan. Lluan yang mereka gunakan sekali sekala.
15. Yang menjadikan orang ramai sakit hati ialah keluar rumah untuk bekerja sahaja sudah terpaksa membayar dua tiga kali tol. Kadarnya pula agak tinggi bagi mereka yang terpaksa menggunakannya setiap hari.
16. Misalnya dari pekerja yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Bukit Jalil perlu menggunakan Kesas setiap hari ia membayar RM 8.40 sehari. Sebulan hampir RM 200 diperuntukkan untuk tol pergi dan balik kerja sahaja. Belum masuk kos petrol lagi. Bagi mereka yang tinggal di Sunway dan bekerja di Putrajaya pula mereka terpaksa membayar sebanyak RM 6.40 sehari. Jika sebulan sudah berapa?
17. Saya anggarkan bagi kakitangan biasa, mereka terpaksa membelanjakan hampir 1/3 pendapatan mereka untuk tol dan petrol sahaja. Itu belum termasuk kos penjagaan dan pendidikan anak, hutang rumah dan kereta serta hutang pendidikan lagi, Ditambah lagi dengan kenaikan tarif letrik dan harga barangan maka ramailah yang sakit hati dan sudah "tawar hati" terhadap kerajaan.
18. Justeru saya berharap jika benar rakyat diutamakan maka pengurangan secara besar kadar tol atau pemansuhan terus tol-tol dalam bandar dipertimbangkan secara serius. Jangan nanti sampai rakyat berkata kerajaan cakap tidak serupa bikin.