1. Dalam keadaan ekonomi yang masih "nazak", pelaburan asing yang lembab dan perniagaan yang perlahan, masih ada golongan yang hanya memikirkan keuntungan politik dengan cara memusnahkan kestabilan dan keamanan negara.
2. Kumpulan ini akan "bertempur" pada 1 Ogos 2009 nanti tanpa mempedulikan natijah dan kesan kepada majoriti rakyat Malaysia terutamanya peniaga dan orang ramai di Kuala Lumpur. Apa yang saya maksudkan ialah cubaan mengadakan demontrasi jalanan oleh pihak yang mahukan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)- Gerakan mansuh ISA (GMI) dan kumpulan yang mahukan ISA dikekalkan - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
3. Saya tidak faham mengapa GMI mahu mengadakan demontrasi kecuali atas motif politik. Ini kerana kerajaan telah pun mengumumkan proses penilaian semula ke atas ISA. Pengumuman ini sahaja sudah cukup membuktikan kesediaan kerajaan melakukan pembaharuan.
4. Apakah GMI tidak boleh menghantar pandangan atau meminta tempat untuk turut sama berada dalam jawatankuasa penilaian ini? Jika dilihat tingkah laku sebahagian penggerak GMI mereka tidak menampakkan hasrat mahu menjaga keamanan dan kestabilan negara. Sebaliknya mereka hanya mahu menghasut orang ramai membenci pemerintah dan agensi-agensi yang terbabit dengan keselamatan negara.
5. Dengan mewujudkan kebencian dan persepsi yang buruk terhadap pemerintah dan pihak berkuasa ia akan menimbulkan unsur-unsur anarki. Unsur-unsur anarki ini akhirnya akan membawa keadaan tidak terkawal dan api kebencian yang meluap-luap seterusnya memberi lebih banyak undi kepada parti yang yang menjadi antagonis kepada parti pemerintah hari ini.
6. Taktik yang sama digunakan pada 1969, 1978, 1986, 1998 dan 2008. Menimbulkan kebencian dan "huru-hara" merupakan strategi utama untuk mendapat lebih banyak kerusi dan undi dalam pilihan raya.
7. Pedulikanlah masalah ekonomi negara. Lagi ramai orang yang susah, jatuh miskin, muflis dan hilang punca pendapatan maka makin ramai yang akan benci dan marah kepada kerajaan
8. Manakala di pihak Perkasa saya percaya tujuan kumpulan ini ialah untuk memberi mesej jelas bahawa bukan semua orang anti ISA dan tidak memahami keperluan ISA. Malahan perjuangan kumpulan ini sangat relevan kerana ia dianggotai oleh bekas tahanan ISA sendiri, YB Datuk Ibrahim Ali.
9. Sungguhpun saya tidak percaya ISA telah disalahgunakan namun persepsi dan pandangan sebahagian masyarakat telah dihasut untuk mempercayai bahawa ISA merupakan alat politik parti pemerintah bagi menekan parti lawan. Pelaksanaannya juga pasti ada kelemahan dan kekurangannya.
10. ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki. Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.
11. Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu jenayah. Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah. Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan keselamatan negara pada masa akan datang.
12. Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah Malaysia, Brunai dan Singapura. Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
13. Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 lalu. Apakah rakyat Malaysia juga mahukan pengeboman dan huru-hara terlebih dahulu sebelum mempercayai keberkesanan akta ini?
14. Saya percaya jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas (terrorist) dan penjenayah "underworld" atau kongsi gelap.
15. Kebanyakan ahli politik yang ditangkap pula bukanlah kerana mereka menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi "menyejukkan keadaan".
16. Jika kita lihat dalam operasi Lalang 1997, pemimpin politik di kedua-dua belah pihak - kerajaan dan pembangkang - ditangkap di bawah ISA kerana keadaan ketegangan kaum sudah memuncak dan bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang. Demikian juga tangkapan-tangkapan ke atas ahli politik selalunya berlaku apabila ada usaha untuk membawa perjuangan politik ke arah huru-hara seperti demontrasi jalanan yang tidak terkawal.
17. Pada hemat saya, ISA perlu kekal tetapi dengan pengubahsuaian dan pembaharuan agar ia tidak dianggap sebagai alat politik pihak pemerintah.
18. Mungkin pembaharuan atau reform yang perlu dipertimbangkan ialah :
a. Mewujudkan satu majlis timbang tara yang dianggotai oleh Hakim dan pemimpin masyarakat sebelum satu tahanan selama dua tahun dikeluarkan oleh Menteri Dalam negeri.
b. Memperbaiki Akta Hasutan termasuk mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan kes-kes berupa hasutan dan seruan subeversif yang boleh dibicarakan secepat mungkin.
c. Menteri dalam Negeri sendiri hendaklah sedaya upaya mengelak daripada melaksanakan tahanan selama dua tahun ke atas pemimpin politik kecuali yang terbabit dengan jenayah kongsi gelap atau membabitkan keselamatan negara yang lebih serius.
19. Saya juga berharap perjuangan GMI bukanlah dibiayai oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam jenayah seperti kongsi gelap dan pengganas, yang mahukan ISA dihapuskan bagi memanjangkan langkah kejahatan mereka.
20. Jangan dengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan. Jangan juga sampai ayam terlepas, tangan terpalit najis.