1. Keadaan ekonomi negara yang kurang baik pada hari ini menyebabkan banyak institusi yang bergantung kepada derma dan sumbangan kewangan korporat menghadapi masalah kewangan yang serius.
2. Antara yang teruk berhadapan dengan situasi ini ialah sekolah-sekolah bukan kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat (SAR). Prasarana kebanyakan SRJKT dan SAR amat daif dan sesetengahnya tidak sesuai menjadi tempat pembelajaran awal anak-anak kita.
3. Sungguhpun sekolah-sekolah ini mendapat bantuan dan geran kerajaan namun banyak infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah ini disediakan sendiri oleh Lembaga Pengelola. Lembaga Pengelola terpaksa mencari dana dan sumbangan korporat dan orang ramai bagi memberi keselesaan yang lebih baik.
4. Antara keempat-empat jenis sekolah ini, SRJK Cina merupakan sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK Tamil, SRA dan SMA. Keadaan ini disebabkan status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum Cina membolehkan mereka menyumbang lebih banyak kepada komuniti.
5. Namun dalam keadaan ekonomi hari ini SJKC juga berhadapan dengan masalah kewangan. Sumbangan dan dana swasta makin menyusut. Jika SJKC bermasalah maka sekolah-sekolah lain tentulah menghadapi masalah yang lebih serius.
6. Keadaan sekolah-sekolah ini yang dianggap kurang sempurna sebelum ini mungkin akan menjadi status daif dalam masa beberapa tahun akan datang.
7. Justeru adalah penting untuk Menteri Pelajaran yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri merangka satu inisiatif dana kerajaan untuk memperbaiki semua infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah ini tanpa perlu mengambil alih kuasa Lembaga Pengelola sekolah.
8. Memang benar dari semasa kerajaan turut menyediakan peruntukan yang besar dalam membangunkan prasarana sekolah jenis ini. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sejumlah RM100 juta untuk SAR dan RM50 juta pertama bagi SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam pakej rangsangan yang lalu.
9. Pada bulan lalu juga sebanyak RM 4 juta disalurkan untuk pembinaan dewan dan kantin baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee di Puchong. Jika sebuah sekolah sahaja menerima bantuan sebanyak tentulah tidak banyak sekolah yang akan mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ini.
10. Justeru kerajaan perlu memperuntukan satu jumlah kewangan yang besar untuk Dana Pembangunan Prasarana Sekolah Vernakular dalam pembentangan Bajet 2010.
11. Sungguhpun kewujudan sekolah-sekolah ini dilihat tidak selari dengan kehendak satu aliran sekolah untuk rakyat, namun kita harus menerima hakikat bahawa sekolah-sekolah ini juga membantu kerajaan mengurangkan tekanan menyediakan ruang belajar di sekolah kebangsaan yang kian sempit dan sendat dalam setiap kelas.
12. Saya percaya jika semua sekolah ini ditutup, sekolah kebangsaan sendiri akan menghadapi masalah untuk menyediakan ruang kepada pelajar dari aliran ini terutamanya di bandar besar.
13. Justeru walau apa pun persepsi penggubal dasar pendidikan negara, harus diakui tanpa kewujudan sekolah-sekolah ini, kerajaan sendiri akan menghadapi masalah menyediakan ruang dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan.
14. Selain itu, saya berharap satu Dana khusus juga diadakan bagi meningkatkan prasarana sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak yang pada hemat saya sangat daif di kawasan-kawasan pedalamannya.
15. Masih ada sekolah-sekolah kayu yang seumpama bangsal sahaja. Jika kos terlalu tinggi untuk pembinaan bangunan batu mungkin bangunan kayu yang lebih elok atau kontena yang diubah suai menjadi kelas lebih baik untuk keselesaan anak-anak ini.
16. Dana seperti ini tidak memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada negara, namun ia merupakan keperluan orang ramai yang perlu didahulukan oleh kerajaan. Biarlah anak-anak kita di sekolah mana pun dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Sesungguhnya anak-anak yang berilmu akan membangunkan negara ini di masa akan datang.
17. Pendidikan sekolah merupakan pelaburan modal insan yang penting bagi sesebuah negara. Kerana di sinilah kelompok rakyat asas akan didik dan diasuh. Jika kita gagal di sini maka ramailah generasi akan datang akan tercicir kurang ilmu dan menyebabkan sebahagian besar generasi akan datang akan menjadi masalah sosial kepada negara.
Bertanam-tanam dahulu barulah menuai di hari muka.