2. Saya tahu akan ada yang marah dan tidak berpuas hati dengan tulisan saya kali ini namun eloklah kita semua terutamanya kerajaan negeri bermuhasabah diri melihat kembali janji-janji mereka.
3. Bagi kita semua pula inilah masa untuk melihat sejauh mana kata dikota, janji ditunai.
4. Dalam senarai janji itu ada yang mudah sekali dilaksanakan tetapi belum dilaksanakan terutamanya penurunan cukai pintu. Ia tidak membabitkan sebarang kos, hanya memerlukan keberanian Menteri Besar melaksanakannya.
5. Dalam keadaan ekonomi agak tidak memberangsangkan apalah salahnya YAB Menteri Besar mengurangkan cukai pintu seperti dijanjikan.
6. Berikut ialah sebahagian janji-janji Pas-PKR di Selangor dalam pilihan raya lalu:
Pentadbiran
a. memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
b. menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
c. menghentikan projek-projek membazir dan rugi
d. memastikan ketelusan pentadbiran negeri
e. menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
f. melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan
Sosial dan kebajikan rakyat
a. membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
b. memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
d. memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
e. memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
f. memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
g. membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
h. mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
i. memberi elaun ibu tunggal yang layak
j. memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
k. membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendi
Kesihatan Rakyat
a. memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
b. memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
c. memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
d. menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
Ekonomi rakyat
a. menyediakan premis perniagaan yang cukup
b. memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
c. memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
d. mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus
e. memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
f. menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan
g. mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan
Keselamatan rakyat
a. menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
b. menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
c. mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
7. Berapa banyakkah yang telah dilaksanakan biarpun sebahagiannya merupakan janji yang mudah ditunaikan?
8. Apakah pilihan raya menjadi medan menabur janji yang luar biasa tanpa niat untuk melaksanakannya? Jika demikian apakah gelaran untuk pemimpin-pemimpin seperti ini : licik atau pembohong?
9. Saya berharap janji-janji ini dilaksanakan agar tidak nanti dianggap pemimpin Islam jenis yang tidak memegang pada janji dan kata.