Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, January 25, 2010

Allah: Isu Agama Atau Politik?

1. Saya mulai tertanya-tanya sama ada isu hendak penggunaan perkataan Allah dalam ajaran Kristian Katholik di negara kita merupakan isu agama atau isu politik.

2. Jika ia isu agama, sangat tidak munasabah pihak gereja Katholik Malaysia begitu bersungguh-sungguh mencabar keputusan kerajaan terhadap larangan penggunaan nama Allah dalam mana-mana penerbitan agama bukan Islam di negara ini.

3. Ilmu teologi Kristian tidak sama sekali menjadikan perkataan Allah sebagai satu tiang atau pasak agama seperti mana ilmu teologi Islam. Apa yang hendak direbutkan oleh Katholik di Malaysia perkataan Allah sedangkan jika mereka menggunakan perkataan tuhan ia tidak langsung menjejaskan akidah atau "kesucian" agama Kristian. Malahan saya percaya majoriti penganut Kristian yang fasih berbahasa Melayu tentu tahu terjemahan sebenar untuk God dalam bahasa Melayu ialah Tuhan.

4. Tan Sri Bernard Dompok dalam portal Malaysiakini menerangkan bahawa Allah popular di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sejak 1881 jika mereka membaca doa dalam bahasa Melayu. Bagi kebanyakan orang Melayu dan Islam di negara ini, tindakan menterjemah God kepada Allah merupakan tindakan mubaligh Kristian ketika itu untuk mengelirukan umat Islam di rantau ini.

5. Menurut Bernard,"dalam upacara ibadat yang menggunakan bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah God, manakala upacara ibadat dalam bahasa Melayu menggunakan istilah Allah dan upacara ibadat dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Kadazandusun, menggunakan istilah Kinoingan."


6. Dari segi sejarah pun, mubaligh Kristian ketika itu mempunyai pilihan untuk menggunakan perkataan tuhan bagi God. Namun mereka memilih perkataan Allah kerana ia merupakan satu kata yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Islam di nusantara ketika itu. Ketika itu masyarakat Islam di nusantara telah diajar dan dididik bahawa hanya Allah tuhan yang benar, manakala tuhan-tuhan agama lain adalah palsu. Maka bagi menyamakan kedudukan ajaran kristian dengan Islam ketika itu, Mubaligh telah menggunakan nama Allah sebagai ganti God.

7. Dengan kata lain, istilah Allah tidak memberi apa-apa makna keagamaan kepada penganut agama Kristian Katholik berbanding ajaran Islam. Ini bermakna tidak akan timbul sebarang masalah kepada penganut agama Kristian jika mereka menggantikan perkataan God kepada tuhan bukan kepada Allah seperti mana Islam.

8. Sebaliknya, Allah dalam Islam merupakan nama khas yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia tidak kira apa bahasa mahu pun budaya. Ini kerana ajaran utama Islam ialah "Tiada tuhan (ilah) yang disembah melainkan Allah yakni tuhan yang maha esa."

9. Dalam kebanyakan kamus, ensiklopedia dan apa-apa bentuk makalah penerangan, sama ada yang ditulis oleh orang Islam mahu pun orang kristian, majoritinya mendefinisikan Allah sebagai tuhan orang Islam.

10. Berdasarkan senario inilah saya tertanya-tanya mengapa sahabat-sahabat kita dalam agama Kristian Katholik begitu bersungguh-sungguh mahu mencabar larangan ini. Apakah cabaran ini direstui oleh seluruh rakan-rakan beragama Kristian Katholik di Malaysia atau sekadar ia agenda pihak gereja semata-mata?

11. UMNO dituduh mempolitikkan isu ini. Namun apa untungnya UMNO mempolitikkan isu ini sedangkan Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu mementingkan undi semua kaum dan agama untuk membentuk pemerintahan.

12. Jika berdasarkan senario politik pasca pilihan raya 2008, Barisan Nasional lebih memerlukan undi bukan Melayu untuk menambah kerusi. Sokongan Melayu terhadap UMNO dan BN agak stabil.

13. Saya beranggapan pihak yang menuduh isu Allah ini merupakan isu politiklah yang sedang memainkan konspirasi politik mereka.

14. Tidak mustahil tindakan pihak Gereja Kristian Katholik Malaysia ini didalangi oleh kumpulan pemimpin politik yang bukan sahaja mahu meraih keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya Negeri Sarawak akan datang, tetapi juga dalam jangka masa yang panjang akan mencabar kedudukan agama Islam dan raja-raja Melayu?

15. Melihat hubungan baik Ketua Paderi Kristian Katholik Malaysia dengan Datuk Seri Anwar dan kenyataan yang mengelirukan daripada beberapa ulama di dalam Pas, saya yakin mungkin wujud satu konspirasi untuk melahirkan rasa benci orang bukan Islam terhadap UMNO dan kerajaan.

16. Anwar sedar bahawa Barisan Nasional mendapat sokongan kuat penduduk Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum lalu. Justeru untuk memecahkan sokongan ini ialah dengan mencari isu yang boleh menimbulkan kemarahan pengundi di sana. Penganut Kristian Katholik merupakan jumlah yang sangat signifikan dalam senarai pengundi berdaftar di kedua-dua negeri ini. Isu ini pasti akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam terhadap BN. Inilah yang harap oleh Anwar.

17. Yang merisaukan ramai orang Islam ialah cabaran terhadap penggunaan Allah ini tidak akan berakhir setakat itu. Ramai percaya tindakan ini kemudiannya akan diikuti oleh cabaran terhadap larangan-larangan lain yang telah pun dimulakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam.

18. Tidak juga mustahil selepas ini akan dituntut pula pengguguran kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Tuntutannya mudah, mana ada dalam al-Quran Islam mesti menjadi agama rasmi sesebuah negara.

19. Maka pada masa hadapan mungkin dicabar pula kuasa raja-raja ke atas agama Islam. Akhirnya negara ini akan ke arah sebuah republik dan negara sekular sepenuhnya.

20. Bukankah suatu ketika lalu inilah cita-cita seorang pemimpin politik yang sekarang sedang membuat "comeback"?

21. Apakah mereka yang sedang menjadi bidak-bidak catur pemimpin ini percaya beliau akan menjadi lebih baik, bertanggungjawab, adil serta mampu menjaga kepentingan semua kaum dan agama dengan aman berbanding kerajaan hari ini?

22. Janganlah dengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan. Kelak nanti semuanya mati kehausan.

32 comments:

  1. A man came home from work and his children ran to him and called out ‘Ayah! Ayah!’.
    His neighbor got very upset and said to him, “Can you please tell your children not to call you ‘Ayah’?”

    The man asked, “Why?”

    The neighbor retorted, “Because my children call me ’Ayah’ too. They might get confused and mistake you to be their father.”

    Then the man told his neighbour, are you not a shame to say that your children do not know who is their 'Ayah'.So you are saying by using the word 'Ayah' ,your children will call me ayah too without knowing who is their father.

    The neighbour said yes,only i should use the word 'Ayah'.

    The man said, then there is something wrong in what you are teaching your children.They are not sure and do not know who is their 'Ayah'

    ReplyDelete
  2. Perlembagaab Malaysia terang-terang mengatakan Kebebasan menganuti agama kepada rakyat Malaysia, ini termasuk hak untuk melakukan doa dalam bahasa ibunda. Dalam bahasa Kadazandusun Tuhan itu Allah.

    Dalam hal ini, siapa yg mencabar dan siapa yg dicabar?

    Umno memang pandai putar-belit.

    ReplyDelete
  3. Zulkifli suruh Khalid Samad keluar PAS, masuk PKR dan DAP...tapi zul pun orang PKR.

    Datuk Sokong tak kalau Zul masuk UMNO?

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. i love yr writing.they are simplistic and remind me of how chedet writes.

    it always end with proverb.

    very convincing.

    jo

    ReplyDelete
  5. Dato..asasnya isu ini mg lah isu agama. Tapi di MALAYSIA ni apa hal pun waima Majlis Perbandaran tak cuci longkang pun orang politik buat ulasan. Kalau pembangkan akan tuduh kerajaan negeri tak cekap sebab longkang tak bersih. Pada saya dato kalau diperingkat awal dulu isu ini ditangani dengan bijak pihak gereja tidak akan membawa kes ini kemahkamah. Apa pun dato soal sama ada isu ini politik atau tidak terserah lah pada rakyat sebab mereka sebenarnya lebih berhak menilai. Orang politik ni mcm berniaga. Rakyat plak jadi pelangan. Sapa yg boleh bagi pakej yg baik produk tu lah yg rakyat pilih tak kira lah BN atau PR. Yg pastinya the best will win.

    ReplyDelete
  6. eh hello dr khir, jadi bagi orang sikh yang mempunyai perkataan ALLAH dalam kitab suci mereka macam mana?kena tukar juga ke?

    ReplyDelete
  7. salam.....

    sudah terang lagi bersuluh....inilah agenda
    pihak pembangkang cuba mainkan...untuk UNDI
    dan KUASA semata...sebilangan serius dan yg lain
    main wayang....lebih penting dapat MENAWAN?

    sebaliknya...mereka dalam kerugian dan kecelaruan!

    akhirnya BN bangkit dengan kecemerlangan?
    atau lepaskan peluang keemasan!

    ReplyDelete
  8. Mereka semakin berani mendesak kerana mereka tahu dlm keadaan sekarang kemungkinan pemerintah utk tunduk akan desakan mereka amat besar, keperluan undi oleh pemerintah maka pekara asal yang tiada isu telah dibangkitkan. Mereka ini lupa, jika desakkan berbentuk ugutan halus diteruskan kita khuatir suatu hari perpaduan kaum yg dibina sekian lama akan hancur. Kpd pihak kerajaan, eloklah bertindak sekarang daripada nasi menjadi bubur. Kita sepatutnya berani bertindak dikala kita dikatakan lemah, bertindaklah mengikut yndang2 sedia ada. Menteri KDN, hentikanlah polimek amaran berulang-ulang, kami sebagai rakyat ingin melihat tindakkan. Jika Pak menteri masih bersikap demikian maka elok sahaja PM bentuk kementerian baru dgn nama Kementerian Amaran Dalam Negeri. Lantik Hishamuddin atau Rais Yatim sebagai menteri pertama jawatan tersebut. Bertindaklah sebelum semuanya musnah, kerana org melayu ada hadnya untuk bersabar

    ReplyDelete
  9. Makin lama makin meluat dgn tingkah laku mereka2 ini. Beri betis hendakkan peha.

    ReplyDelete
  10. 1)Sebenarnya KDN yang flip-flop dari awal, rakyat bergaduh. Elok pecat aje Menteri KDN tu.
    2)Orang Melayu (terutamanya UMNO) berhujjah ikut perasaan dan prasangka. Bukan ikut ilmu. Sikap ini gagal menunjukkan keindahan dan kehebatan Islam.
    3)Hakikatnya, ilmu dan amalan Islam yang sahih yang dapat memelihara Islam dalam jangka panjang, bukan status sebagai agama rasmi dan halangan berdakwah oleh agama lain terhadap orang Islam. Semua itu mungkin utk sementara sahaja.

    ReplyDelete
  11. Pemikiran & penglihatan

    Ada orang boleh berfikir dan melihat jauh kehadapan kesan dari apa yang difikirkannya...

    negara ada orang seperti ini contohnya TUN MAHATHIR.....mampu berfikir dan melihat jauh terkehadapan


    Ada yang mampu melihat sahaja tapi tidak berfikir

    Dalam kes ANWAR IBRAHIM beliau adalah seorang pakar strategi kedua selepas TUN MAHATHIR...pada saya itu memang ada dalam diri beliau.....rakyat tidak akan nampak sebelum sesuatu kejadian berlaku...tetapi harus diingat ANWAR memang pakar,dia boleh melihat jauh dihadapan hasil dari perancangannya pemikirannya...


    dan saya selalu melihat ANWAR selalu menggunakan kaedah menyerang seterunya yang memberi ancaman terlebih dahulu dan akan semakin kuat memburukkan seterunya melalui tangan2 gaib...beberapa bulan sebelum agenda utama berlaku.

    Dan sekarang ini saya dapati Ds khir pula telah dahulu mendedahkan apa yang kemungkinan besar keyakinan beliau yang kejadian ini adalah datangnya dari strategi ANWAR IBRAHIM..

    Pendek kata ANWAR MERANCANG.....DS KHIR pula mendedahkan apa yang telah dirancang oleh ANWAR..dulu tak de seperti ini...

    Perkara sebegini sudah semestinya tidak disukai oleh ANWAR.....

    KALAU DS KHIR SELALU MENDEDAHKAN APA YANG DIRANCANG ANWAR....TIDAK MUSTAHIL SELEPAS INI ADALAH CUBAAN-CUBAAN UNTUK MEMBURUKAN IMEJ DS KHIR DENGAN PELBAGAI CARA DEMI UNTUK MELUNTURKAN SEMANGAT DS KHIR....PALING TIDAK MEREKA AKAN KACAU DS KHIR DIKAWASAN DS KHIR

    PERCUBAAN MEMPENGARUHI KUMPULAN2 TERTENTU PASTI ADA....SAYA BERANI KERAT KUKU

    DS KHIR KENA KUAT DAN MESTI TERUS MENDEDAHKAN APA YANG MUNGKIN DILAKUKAN OLEH ANWAR...BETUL ATAU SALAH BIAR RAKYAT YANG MENGHAKIMINYA...

    KEPERCAYAAN SAYA SEBAGAI RAKYAT ADALAH...JIKA SESEORANG ITU BERKATA BENAR DAN JUJUR DEMI UNTUK RAKYAT JELATA....KATALAH APA PUN DAN BIARLAH SESETENGAH ORANG BERKEPENTINGAN TIDAK SUKA...PERCAYALAH BELUM ADA ORANG YANG BERNIAT DAN BERKATA BENAR AKAN KECUNDANG...

    TENGOK APA JADI KP NEGARA....APA JADI PEGUAM NEGARA...NAJIB...SEMUA IMEJ NYA TELAH DIROSAKKAN DAHULU SEBELUM KES ANWAR MASUK MAHKAMAH....SEBELUM NAJIB JADI PM

    INI SEMUA DILAKUKAN UNTUK MENGIKIS KEPERCAYAAN DAN SEMANGAT RAKYAT UNTUK TERUS BERSAMA MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA BN...

    MESEJ YANG SAYA NAK SAMPAIKAN ADALAH .....KEPADA SEMUA PEMBACA DAN RAKYAT...BERPADA2LAH PABILA KITA MENDESAK ATAU MENGHUKUM BN....KITA PUN KENA BIJAK BUKAN PEMIMPIN SAHAYA KENA BIJAK...PEMIMPIN NI KITA RAKYAT YANG KENA KAWAL...DENGAN BERSUARA BUKAN MEMBODEK!!!

    YA BN/UMNO/PEMIMPIN BUKAN SEMUA SEMPURNA..ADA GAK SALAH SILAPNYA...SAMPAI BERGURAU MAKAN TEMPE PUN KITA ANGGAP PEMIMPIN SALAH...HUU..HUU..HU..ITULAH SIKAP KITA MANUSIA,SENTIASA BERBEDA PENDAPAT....SENYUM DAN TAK SENYUM PUN BOLEH HILANG UNDI...KELAKAR SUNGGUH..

    SAYA BERHARAP DAN BERDO...MARILAH KITA BERSAMA2 BERBEDAT DAN BERBEDA..TETAPI PABILA TIBA MASANYA NANTI BERILAH UNDI KEPADA KEUTAMAAN DAN KEKUATAN BANGSA DIDAHULUKAN DEMI UNTUK KEAMANA NEGARA YANG TERCINTA....MUSTAHIL BANGSA MELAYU YANG BERJAYA AKAN MENIDAKKAN SAHABAT2 BANGSANYA YANG LAIN..ORANG MUDA KENA HARUS KEMBALI KEPADA UMNO/BN...SALAM

    ReplyDelete
  12. Salam DSKT,
    Semoga waras selalu. Memang ada benarnya apa yg DSKT coretkan itu. Saya tidak mahu komen panjang ...almaklumlah saya ni jahil agama. Apa pendapat DSKT kalau saya katakan, pada satu keadaan kita amat marah kalau Islam itu diusik...tetapi pada satu keadaan kita tidak rasa malu dengan ALLAH kerana tidak mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Tidak perlulah saya beri contoh...rasanya segalanya ada didepan mata kita...Sama2lah kita bermuhasabah diri....Semoga pegangan Islam kita akan menjadi lebih kuat...Dengan itu apa jua yang mendatang kita akan dapt menghadapinya...Semoga sejahtera selalu untuk membela rakyat...Wasalam.

    ReplyDelete
  13. betul tu datuk! saya setuju! risau pula bila memikirkan isu kalaulah Islam bukan lagi agama rasmi kita. entah-entah, lepas ni kita pula akan dibuang negara! dihalau di negara sendiri oleh 'rakan' sebangsa dan seagama!

    ReplyDelete
  14. lu pening la khir

    Kalu lu nak pertahankan kerana agama pertahankanlah untuk tonjolkan lu perjuangkan islam jadik dok pi campur aduk dengan kisah politik pulak

    Lebih lu pi menuntut dengan YB Zul kulim la khir kalu nak cakap pasal ni ...Itu baru betul orang yang betul betul nak pertahankan KALIMAH ini .

    Tapi lu?...

    ReplyDelete
  15. Teramat sedih apabila kalimah ALLAH cuba dikongsi oleh penganut agama lain tanpa jelas maksud tuntutan mereka

    ReplyDelete
  16. Salam Dato Seri,

    Isu kalimah Allah sebenarnya telah dipolitikan oleh pembangkang untuk menarik perhatian orang bukan Islam yang kononnya mereka ni memperjuangkan demokrasi beragama yang sebenar.

    Kalau tidak masakan seorang ahli parlimen beragama Islam sanggup masuk gereja dan beri ucapan. Kita tengok pun tahu permainan jahat politik PR yang memainkan isu sensitif ini sambil menuduh UMNO yang melakukkannya.

    Yang pasti bagi pendapat Mc, isu ini memang telah dipolitikkan oleh PR untuk menarik perhatian bukan Islam.

    Http://kedahkekl.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum dr.

    Rakyat kenalah berkompromi dalam isu ini.Dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, suara majoritilah yang perlu di terima pakai.
    Marilah kita mencari titik pertemuan dan tidak ade masalah yang tak dapt dilerai jika kita berlapang dada dan mahu mencari jalan tengah

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum dr

    "Menang jadi arang,kalah jadi abu"membawa maksud tiada siapa yang akan berungtung.

    Islam tidak mengajar kita supya menjadi sombong dan bongkak.

    ReplyDelete
  19. Salam Dr Khir

    Mereka tak perlu nak berselindung lagi atau buat-buat tidak tahu. Tiada yang tersirat atau tersurat. Yang nyata matlamat mereka hanyalah satu, menyesatkan Umat Melayu yang beragama Islam. Itu saja, tak perlulah nak persoalkan apa motif atu prima facie mereka, semua telah nyata. Yang nyata, Hanya Allah Yang Satu, Dia Tidak Beranak dan Tidak Diberanakkan, Dan Tiada Sesuatu Pun Yang Setara DenganNya.

    ReplyDelete
  20. God don't need you to be defender of Him, unless you think you're greater than God

    ReplyDelete
  21. Saya rasa dlm perkara ini Kerajaan mengambil pendekatan "diantara", seperti PM nyatakan semalam. Dlm perkara ini terdpt 2 pandang yg berbeza dan 2 dua-dua betul. Namun dari segi implikasi, kita perlu melihat risiko mana yg lebih besar..jangan fikir nak memenangkan pendapat masing2 jer..inilah implikasi yg perlu diambil kira..

    ReplyDelete
  22. Kepada watermouse72,
    Contoh anda salah and tidak betul..
    Bolehkah seorang cucu memanggil Atok/Pak cik nya sendiri dengan panggilan Ayah? Jika seorg anak itu diajar dari kecil memanggil Atok nya sebagai Ayah..tiada masalah kan?walaupun pertalian itu tak betul namun mereka akan kata budak tersebut sudah tiada(arwah) Ayah..Atok/Pak Cik nya membesarkannya sebagai Ayah dan membiasakan dgn panggilan itu..
    Inilah yang berlaku dengan isu ini..bagi umat Islam Allah itu satu, namun bagi Kristian percaya akan Tuhan(Allah), Anak Tuhan dan Roh suci..pertalian itu berbeza..

    ReplyDelete
  23. Watermouse72, you should compare the word "ayah" with "Tuhan". These words are called pronouns. You can say "ayah-ayah" or "tuhan-tuhan" to refer to many of them. Haiya, wrote in english but don't know english ka.

    ReplyDelete
  24. Inilah jadinya bila politik diangkat lebih tinggi dari Islam. Anwar, Khalid, Nik Ajis telah mengikut hawa nafsu dia dan hawa nafsu orang kafir. Rujuklah kepada sejarah selepas Rasullulah wafat. Musaylimah ibn Habib seorang Kristian telah mencipta ayat-ayat yang menyerupai Al-Quran dan menyatakan ianya datang dari Allah. Belajarlah dari apa yang Saidina Abu Bakar telah lakukan kepada Musaylimah dan pemutar belit lain yang timbul selepas wafatnya Rasullulah. Mereka cuba mengambil kesempatan. Tunjuklah ketegasan dan keimanan kita sebagaimana Saidina Abu Bakar telah lakukan.

    ReplyDelete
  25. Dato Sri,
    Apa dah jadi dengan buku yang diterbitkan oleh Sisters in Islam tu.. Boleh plk.

    Saya berpendapat issue berkenaan Allah ni, tak de kena mengena dengan aqidah kita selagi kita jelas Allah itu maha Esa.Ya ia tidak sepatutnya digunakan oleh orang Kristian. Tetapi impaknya tidak seserious seperti idealisma yang dibawa oleh sisters in Islam.

    Boleh Dato Sri kupas sedikit tentang isue ni...

    ***Mypuada**

    ReplyDelete
  26. tengok...baru je saya kata mereka akan bertindak memburukkan keperibadian ds....cepat2 mereka keluarkan isu disnyland..

    sebagai rakyat....saya tidak mengutamakan sangat kes ni..tapi saya suka melihat agenda disebalik kes ini timbul...ITU YANG LEBIH PENTING....JAWAPAN PADA SAYA SELAMA INI DARI PEMERHATIAN SAYA ...SAYA ULANG KEMBALI..TAKTIK TEAM ANWAR NI MEREKA AKAN MEMBURUKKAN KEPERIBADIAN SAPA2 YANG MENJADI ANCAMAN KEPADA AGENDA YANG TELAH MEREKA RANCANG...

    MEREKA AKAN MEMASTIKAN JIWA RAKYAT MENJADI KELIRU DAN RUNSING...BERTINDAK TANPA ARAH TUJUAN ...YANG PENTING KEBURUKAN SETERU MENJADI SENJATA UTAMA UNTUK MEREKA MENANG DALAM APA2 AGENDA MEREKA.....

    JADI RAKYAT...TERUTAMANYA MELAYU HARUS BERSATU DAHULU...JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PROVOKASI HAL2 YANG LEBIH KECIL DARI SESUATU YANG LEBIH BESAR IAITU BERSATU....SALAM

    ReplyDelete
  27. iklan sikit..ds hee..hee

    bila tengok Michael Schumacher kat tv semalam...apa yang kita patut banggakan dengan negara?.....cuba fikir?aku nak tengok korang ni ada ka lagi jati diri atau dah hampehh...

    kekadang mata kita ni pun berbeza2 gak menilainya...hee..hee...ada lak yang masih percaya haram menaja orang asing...

    yang lagi kelakar masih ada yang mengangguk tanda setuju...entah2 tak faham...huu..hu..hu

    sama la gak politik pr ni...lebih2 lagi sejak pkr ada ni..pas pun imej jadi makin kusut bercelaru....terkeliru
    menyemakkan minda rakyat je..

    ReplyDelete
  28. In the 1st place, we can't bring Laws of God into the Court of Law, there's always a conflict of interest. It should be on a 'round table' among the Religious Council, for open debate or discussion. God and the World are watching and testing us.
    The test is over and there's NO 'winners'or 'loser' and we should unite towards the Togetherness of 1Malaysia.
    ALL parties concern in the Religious Council should state their stand ASAP and live on with God's Blessing for a better Malaysia.

    ReplyDelete
  29. salam dr khir toyo
    slmt berjuang dan pertahankan umat Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  30. KEPALA BABI DAN SENSITIVITINYA....

    http://sangkalamerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. salam sejahtera dr khir,
    sepatutnya isu ini tidak dipolitikkan. Ini isu sensitif. perkara ini perlu ditangani dengan penuh berhati-hati.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum DS DRMKT.
    Isu Ini adalah disebabkan keliruan terjemahan maksud diantara GOD dan Tuhan.
    Tolong betulkan ayat ini!!!!.
    A. Sebutan tuhan dalam Arab Illah Bukannya ALLah.
    B. Sebutan God dalam bahasa melayu Tuhan.
    Jadi Allah Ialah nama tuhan bagi orangorang islam.
    Isa anak tuhan(Jessuce) itu tuhan bagi orang orang keristian itulah ynag saya faham.
    Kalau ini diterima faham,Tolong jangan dikelirukan lagi dan perbetulkan demi perpaduan dan keharmonian kaum dinegara ini,
    Jangan ada niat nak kelirukan fahaman yang sedia ada diantara perbizaan agama,
    Kalau nak beriman dengan tuhan Allah maka masuklah agama Islam, jadilah orang orang islam yang bertawakal kepada ALLAH.
    Kalau nak bertuhankan GOD(jessuce)maka masuklah agama keristian.
    Hormatilah sentiviti agama yang ada dimalaysia ini,demi perpaduan yang berpanjangan.

    ReplyDelete