Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 13, 2010

Cari Jalan Penyelesaian Segera Isu kalimah Allah

1. Titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam haruslah dijunjung dan dihormati oleh semua pihak di dalam negeri Selangor.

2. Selain itu, pihak terbabit juga perlu mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi yang menangguhkan keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam "Herald - The Catholic Weekly".

3. Kejadian membakar gereja adalah perkara yang sangat terkutuk dan tidak wajar "dihalalkan" atas alasan agama. Namun saya lebih khuatir jika kejadian ini dicetuskan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan atas isu ini. Orang Islam dan UMNO tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada kejadian pembakaran gereja ini.

4. Mewujudkan kekacauan dan huru-hara bukan cara UMNO. Sebagai salah sebuah parti pemerintah, UMNO memahami keperluan kestabilan politik dan keamanan bagi memulihkan ekonomi. Rakyat tidak akan mengundi Barisan Nasional jika berlaku huru-hara dan masalah ekonomi akibat ketidakamanan ini. Justeru apa perlu UMNO mencetuskan huru-hara jika ia tidak mendapat sebarang keuntungan politik pun?

5. Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Namun bukankah aneh ada satu pihak yang dahulunya begitu ektsrem dalam pendekatan Islamnya hari ini menjadi begitu liberal. Pihak ini jugalah sekarang menuduh UMNO di sebalik kejadian pembakaran gereja ini. Mereka melakukan tuduhan ini untuk meraih undi orang kristian dalam pilihan raya akan datang.

6. Justeru tanyalah dalam diri kita semua jika berlaku huru-hara hasil daripada kontroversi isu ini siapa yang akan untung?

7. Pihak yang sama mendakwa demontrasi oleh badan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam malaysia (PKPIM)sebagai agen UMNO. Aneh sekali kerana NGO ini sejak dahulu terkenal bersimpati dengan sebuah parti orang Islam, bukan UMNO. Saya berterima kasih kepada kedua-dua NGO ini yang dapat melihat isu agama melangkaui sempadan dan batas politik kepartian.

8. Dalam keadaan yang sama saya tertanya-tanya mengapa sukar bagi Pas dan PKR melihat bahawa isu ini sebagai isu agama Islam dan bangsa Melayu bukannya isu politik kepartian.

9. Sungguhpun kejadian bakar gereja nampak kecil sahaja daripada kesan fizikal gereja, namun ia memberi kesan emosi yang mendalam antara penganut Kristian dan Islam. Jurang ini jika tidak ditangani segera boleh menjadi satu lagi akar perpecahan dan pemisahan dalam negara.

10. Justeru kerajaan harus mencari jalan penyelesaian segera bagi menyelesaikan isu ini secara baik.

11. Manakala pihak Gereja Katholik sendiri tidak sewajarnya menjadikan kejadian ini sebagai alasan untuk menekan kerajaan supaya membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.

12. Jika terbukti kemudiannya pun pembakaran gereja ini dilakukan oleh orang Islam, ia tidak sewajarnya digunakan untuk menekan orang Islam menjadi apologetik dan rasa bersalah, akhirnya menerima tuntutan Gereja Katholik sewenang-wenangnya.

13. Saya juga berharap Gereja katholik tidak membiarkan diri mereka menjadi alat politik kepada pemimpin atau parti politik tertentu dengan tujuan memberi tekanan kepada kerajaan.

14. Ini kerana sudah ada yang beranggapan pihak Gereja telah dipergunakan oleh kumpulan tertentu bagi mencetuskan suasana permusuhan ini menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan juga pilihan raya Umum akan datang.

15. Kepada pihak Gereja Katholik, jangan dengar guruh dilangit, air di dalam tempayan dicurahkan. Kepada pihak kerajaan pula, jangan sampai nasi menjadi bubur atau sudah terhantuk baru tergadah.

33 comments:

  1. Salam dr,

    Saya tidak berhasrat mahu berkata-kata panjang..cuma saya sedang memikirkan kenapa pucuk pimpinan PAS menyokong keputusan Mahkamah?

    Berbeza dengan Dr. Harun Din..Saya akan terus berfikir dan berfikir mengapa mereka bersikap demikian dalam isu pokok dlm Agama Islam? Kerana ini bukan isu ranting.

    Kepada pihak kerajaan, TOLONGLAH lantik peguam yang boleh pakai sikit..ini bkn benda main-main..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan Dato'.

    Mereka2 ini serupa kes tahanan lokap belum apa2 kerajaan dah hantar rombongan ke china untuk minta maaf. Rupa2nya budak perempuan tu melayu. Senyap terus kes tu. Teresa KOk pun buat tak tau jerkkk padahal dia yang isukan.

    Kerajaan kene bijak dan tegas!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Hj
    Setuju bila hj kata ada pihak yg mempergunakan pihak gereja menjelang p'raya Sarawak.Takkan kita tak tau pihak yg beriya2 tu!Tapi....bukan nak menyokong kekadang perlu juga kita ber'kasar' utk menunjukkan hidup & mati kita hanya utk Islam!Yg herannya ada Melayu Islam yg bersungguh2 berdemo dpn masjid mempertahankan Islam (Alhamdulillah la...)tapi....yg wajib pun tak buat!

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk,
    Banyak perkara yang kerajaan Islam UBN dah terlepas dalam isu ini cthnya:
    1.Macm mana kes ni boleh daftar/masuk mahkamah.
    2.Kenapa Hakim Non-Muslim pulak dipilih.
    3.Kenapa rayuan kes ini lambat sgt. Kes Perak dulu cepat macam kilat.
    4.dll

    Selian sk

    ReplyDelete
  5. Jika isu ini tidak ditangani dengan segera dan penganut Kristian di Sarawak dan Sabah tidak dibenarkan menggunakan perkataan "Allah", kemungkinnan besar BN akan kalah di dalam pilihanraya negeri Sarawak dan umum ke 13. Sekian

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Dato Seri.

    Isu kalimah Allah bukan isu politik, sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya berasa begitu sedih sekali dengan perkembangan berkenaan isu ini.

    Pas dan Pkr, pegangannya mengenai isu kalimah Allah tidak kukuh sering main tarik tali. Isu yang sensitif ini pun dipolitikan oleh mereka.

    Pembakaran gereja adalah satu cara khianat jahat yang hendak mencemarkan nama baik Islam di Malaysia sekaligus menjahanamkan nama UMNO sebagai parti yang mentadbir.

    Ini semua adalah politik jahat dari tak kira musuh di dalam negara atau di luar negara.

    Http://kedahkekl.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Bak kata Hakim (Lau) yang baca keputusan tu ialah "kegagalan pihak plaintif (kerajaan Malaysia dan JAKIM untuk membuktikan penggunaan perkataan ALLAH oleh ...... boleh menimbulkan huru hara...... bla bla bla...."

    Based the above statement nampak mcm Kerajaan Malaysia dan JAKIM as a plantif tak buat kerja or makan gaji buta. Orang dah suruh prepare dokumen, perpare je lah... Ini nak harapkan tongkat sakti untuk keputusan Hakim favour kat dia orang... Kalau betul dia orang sungguh-sungguh dgn hujjah lisan dan bertulis sure boleh menang kes hari itu...

    Off toipic sikit...

    Macam-macam peristiwa lately yang boleh buat pembayar cukai sesak nafas..

    Skuad bola dapat dana RM10 juta. Cuba audit FAM, since last 10 years berapa puluh juta dilaburkan untuk skuad bola. Permata dapat RM100 juta. Yang sedihnya untuk pelajaran anak-anak bangsa dan pelajar miskin seperti subsidi uniform, skim baucer tusyen, RMT kena mansuh and budget penyelenggaraan sekolah juga kena cantas... Siapa yang dahulukan siapa... rakyat atau kroni...

    Belum lagi hampir 40,000 warga India hilang.. Itu baru India, Indon, China, Myanmar, Nepal, Bangla, Afrika etc...

    Tak mengapa... kalau yang kat atas di 'KPI' kan maka Najib akan kata puas hati sebab dah achieved target....

    Sorry Dato' Off Topic lagi... bukan tak sensitif... cuma nak pengsan dah ni...

    ReplyDelete
  8. Akum dato..hot plak topik kali ni. Isu gereja ni npknya mcm tak boleh nak selesai. Walaupun isu ini asasnya adalah isu agama namun ia tidak bolih lari dari eleman politik. Parti politik khususnya UMNO dan PAS saling menuduh antara satu sama lain. Peliknya gereja yg kena bakar parti politik melayu plak yg bergaduh. Parti lain wat diam je. Apa pun dato saya yakin isu ini akan ada endingnya. Tah sapa lah nanti jadi pak sanggup mengaku jadi ahli parti tertentu seterusnya menjadi dalang bakar gereja. Walaupun andaian agak keterlaluan tapi tak mustahil berlaku. Menteri dan pihak polis dah buat kenyataan dalang bakar gereja dah dikenal pasti. Jadi kita tgk jer lah apa sudahnya. Off rekod dato..elok juga lah kerajaan selangor ambil alih pengurusan YBK sebab dengarnya dah 5 tahun akaun YBK tak pernah diaudit. Nak tau juga mana pergi duit YBK selama ni...

    ReplyDelete
  9. salam datuk
    saya setuju dengan datuk. perkara sebegini bukan satu perkara main-main. pihak yang berkaitan perlu segera menangani perkara ni agar keamanan dan kedaulatan undang-undang dapat dipertahankan.

    ReplyDelete
  10. Salam DS,
    Saya bukannya nak dibelah mana pihak tentang isu ini,sebab terlalu sensitif....Memandangkan keadaan sebegini yg telah berlaku saya rasa DYMM YANG DIPERTUAN AGONG harus mengariskan satu akta yg istilah 'ALLAH' tidak boleh digunakan...Habis citer!!!
    Sebenarnya mengikutkan kalo kes ni dibawa ke mahkamah,keputusannya akan dipihak yg memohon(Catholic) sebab sememangnya istilah itu adalah dalam sebutan bahasa arab,AKAN TETAPI DINEGARA MALAYSIA KITA TELAH LABELKAN ISTILAH TERSEBUT SEBAGAI (ALLAH)TUHAN YG MAHA ISA DAN PERKARA NI TAK BOLEH DICABAR SESEKALI....
    Ada baiknya bible yg dicadangkan tu guna perkataaan TUHAN sebagai gantian....!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  11. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    ReplyDelete
  12. Salam buat Datuk, sejak bertemu dengan Datuk di Juara Rakyat Bkt Sentosa baru baru ini dalam keadaan cuaca yang amat panas dan terik, itu tidak menghalang saya untuk memakai "cheongsam" walaupun Datuk ada berjenaka dengan saya terlalu awal untuk ber"cheongsam". Bukan apa semangat 1 Malaysia...tetapi paling penting cukup meriah dengan rakyat berbilang kaum yang hadir..fuhhh best.

    Seperti apa yang Datuk ucapkan di atas, ada kebenarannya, tetapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjadi hero serta merumitkan keadaan dan ini amat merimaskan rakyat. Saya yakin BN/UMNO bukan kaki demo, bukan kaki terjah, bukan kaki baring atas jalan, bukan kaki naik darah tak tentu pasal nak buat tuduhan siapa benar siapa bersalah. Jalan terbaik adalah bertenang, tidak mengapi-apikan lagi keadaan, malah siasatan perlu diadakan dan kita perlu yakin culprit yang buat benda benda bodoh ini akan tertangkap.

    Negara kita tidak boleh disamakan dengan Indonesia, dimana penganut islam boleh berkahwin dengan penganut agama lain tanpa menukar agama, malah ada juga dikalangan rakyat Malaysia berbuat demikian walaupun bilangannya amat kecil tetapi kalau tidak dibendung lain pula jadinya. Jadi elok sangatlah Kerajaan kita serta para ahli-ahli ulama mengkaji semula penggunaan Kalimah ALLAH serta kegunaannya serta yang boleh atau tidak bagi pihak penganut agama bukan islam.

    Kalau ditangani isu ini secara baik dengan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama lain saya rasa perkara ini dapat diselesaikan tanpa syak wasangka. Kerajaan juga pastinya akan dapat menyelesaikan permasalahan ini di Sabah serta Sarawak, kerana kita juga perlu faham situasi diSabah dan Sarawak berlainan sedikit dari Semenanjung. Insyallah.

    ReplyDelete
  13. DSKT, sy setuju dgn pandangan DS. Semua pihak haruslah bertenang dan bersabar. DYMM Agong sendiri telah bertitah. Jika nasihat DYMM tidak diikuti yg ruginya adalah rakyat negara ini. Jika PM yg mengeluarkan kenyataan, maka akan diputarbelitkan dan dikaitkan dgn kepentingan politik sedangkan ianya isu negara.

    Sy minta KDN terutama menterinya, jgnlah terlalu banyak beri amaran, nanti rakyat akan hilang kepercayaan. Rakyat nak lihat tindakkan. Bukan sekadar isu bakar gereja, tapi minta siasat juga kes letak kepala babi dalam surau. Segerakan kes perbicaraan AI kerana rakyat ingin tahu apa kebenarannya. Apakah konspirasi atau benar perbuatan liwat beliau. jgn diulang lg kesilapan pentadbiran sebelum ini.

    ReplyDelete
  14. Some call Him, "Raam, Raam", and some call Him, "Khudaa-i'. Some serve Him as "Gusain", others as "Allah". He is the Cause of causes, the Generous Lord. He showers His Grace and Mercy upon us.

    As Muslims, Sikhs believe in one almighty god who is the god of all regardless of religion, caste, race or gender. So no matter what name He may be called by, He is the same God. The above line is one of the few lines written in the Sri Guru Granth Sahib that contains the word “Allah”. It has many collections of poems and hyms from all walks of people from Sikh Gurus as well as Muslim and Hindu wise men. The first Sikh Guru, Sri Guru Nanak Dev Ji, walked all the way to Mecca and even has a shrine there due to his good deeds done for the local Muslim population.

    Our tenth Guru, Sri Guru Gobind Singh asked all Sikhs to regard the Sri Guru Granth Sahib as our 11th living Guru. So it is not just any book. No one can change even a comma in it, every letter is sacred. The Sri Guru Granth Sahib predates the Malaysian constitution by over 400 years so there is no question about who came first.

    I think all Malaysians especially Muslims should try to understand the history of non-Muslims using “Allah” to describe God and not just close their eyes and follow what others have told them.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dr

    "Gajah sama gajah berkelahi pelanduk mati ditengah tengah"

    Pehak yang bertepuk tangan sekarang adalah Amerika dan Yahudi(Mungkin mereka telah mencongak siapa yang boleh jadi bonekanya nanti)asakan demi asakan di berikan kepada pimpinan kita sekarang baik dari luar atau dari dalam.Jangan lagi kita lalai dalam menangani kemelut ini.

    Yahudi telah lama bersarang di Singapura,mereka mununggu masa sahaja untuk memerangkap Malaysia, dengan bantuan dari Yahudi Amerika mereka memasang jerat.

    Silap langkah jerat mereka akan mengena.

    ReplyDelete
  16. Sukacita dengan Titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu ini.
    "Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah."..lengkapkanlah syahadah...

    ReplyDelete
  17. Kerajaan perlu bertegas dalam hal-hal macam ni. Semua sudah tahu pendakwah Kristian Eropahlah yang memutarbelitkan ajaran mereka untuk menarik perhatian orang melayu Islam semasa mereka menjajah rantau ni. Sebelum Islam datang disini, orang melayu merupakan Hindu dan kalimah Allah tidak digunakan oleh orang melayu. Jadi amat jelaslah tujuan mereka dulu, sekarang, dan akan datang. Kepada orang-orang Kristian. Berbaliklah kamu ke ajaran sebenar dari kitab Injil yang asal. Janganlah kamu merubah ajaran Nabi Isa (SAW). Carilah kebenaran dari Al-Quran yang tak pernah diubah dan ditambah.

    ReplyDelete
  18. Sudahlah Dato Seri, sudah terang lagi bersuluh. Ambillah kaedah 'Menerang dari Menyerang'. Ini adalah lebih baik
    http://presiden.pas.org.my/v2/

    ReplyDelete
  19. Kita org Islam terlalu apologitik - belum tentu yang membaling molotov cocktail tu org ISlam kerana sejak dahulu golongan PROTESTANT, ORTHODOK & Katholik saling menyerang.

    Ini adalah kesempatan mereka membuat kacau bilau di Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Bila tengok PM and the gang pi melawat gereja yang kena baling 'bom' tu... teringat kisah menteri yang pi China minta maaf pasal kes 'ketuk ketampi' tu.... Belum tentu itu warga China kita dah mengepak naik 1st Class flight to China minta maaf (yup guna duit tax payor)...

    Yang kes gereja ni belum tentu yang buat tu orang Islam.. gomen dah bagi RM500k... Surau dan masid kat kampung yang rosak dan bocor sana sini harap duit tabung je... Sekolah anak saya dah uzur and need high maintenance budget pun boleh kena cantas..... Dunia oh dunia.... politik oh politik...

    ReplyDelete
  21. As suggested by another Christian by the name of Tony Chew (click here) "to avoid Christians to be seen as confrontational cult and at the same time not to compromise our belief, I would like to suggest Lord God to be translated as Tuhan Ketua, Tuhan Tuan, Tuhan Yang Mulia, Yang Agung, Tuhan Bapa, Tuhan Eli and Tuhan Elohim. Lord Jesus can be translated as either Tuhan Jesus or Tuan Jesus depending on what we believe in. Since the Catholics belief is in God oneness, so the most appropriate translation would be Tuan Jesus. Tuhan Jesus would be more suitable in the belief of plurality of God. Afterall, when God revealed His name to Moses, this was what He said, "What is his name?' what shall I say to them?" God said to Moses, "I AM WHO I AM." 3:13-15. God says who he is n by wht name he is to be called. Ths divine name is mysterious just as God is mystery: Isa 45:15; Judge 13:18."


    baca pandangan org2 kristian yg menganggap tuntutan ini melampau di

    Murphy Pakiam responsible to bring the Christian back to the `right path'? - http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/it-was-wrong-then-and-it-is-wrong-now.html

    ReplyDelete
  22. Pelik jugak kn, knapa org yg dulunya kononya menegakkan Islam, skg ni hanya berdiam diri shj. Titah Sultan jgn dibuat main.

    Berharap agar semua Sultan di Malaysia bertitah seperti yang telah dibuat oleh DYMM Sultan Selangor.

    MOga ALLAH merahmati perjuangan kita menegakkan Agama Islam dibumi bertuah ini. Berharap agar Kalimah ALLAH ini hanya untuk org Islam sahaja.

    ReplyDelete
  23. Ini memberikan gambaran yang kurang enak didengar dan dilihat. Ini juga akan menjejaskan ekonomi terutamanya industri pelancongan. Negara luar akan menganggap negara kita tidak sesuai untuk dikunjungi. Tolonglah pulihkan keadaan yang semakin tidak aman ini.

    Negara kita terkenal dengan keamanannya kerana rakyat berbilang kaum yang sentiasa harmoni. Tolonglah wahai sahabat2 yang beragama Kristian agar janganlah kalian menggunakan Kalimah ALLAH untuk merosakkan hubungan baik kita.

    ReplyDelete
  24. Khir Toyo, I think you are a racist and am glad you're no longer at the helm of the state. Good riddance. God is great.

    ReplyDelete
  25. DS, teruskan usaha YB dlam menerangkan isu semasa. Biarlah DS menjadi tali penghubung suara rakyat dgn pucuk pimpinan negara. Inilah peluang terbaik kerana dahulu mungkin DS terlepas pandang banyak isu yg menjadi rintihan rakyat.

    Teruskan usaha DS

    ReplyDelete
  26. Saudara Razak, Bantuan yang diberikan bukanlah kerana orang melayu bersalah atau tidak. bantuan diebrikan atas prinsip kerajaan yang prihatin dan ingin melihat keamanan di negara ini.

    Apakah bantuan seperti ini menafikan sumbangan dan bantuan kerajaan kepada masjid dan surau yang begitu besar selama ini?

    ReplyDelete
  27. Saudara Soberi, Baguslah Datuk Seri hadi Awang sudah sedar dan insaf bahawa lebih baik menerang bukan menyerang. Ini merupakan perubahan yang sangat baik dan drastik berbanding amanat beliau pada 1980an.

    ReplyDelete
  28. Dato Nazri sudah mengumumkan pendirian Kerajaan tentang penggunaan Kalimah Allah dibenarkan diguna oleh penganut Kristian di Sabah dalam upacara keagaamaan dan pencetakan.Jadi telah mendahului kuasa makamah yang belum bersidang dan masih tetangguh.

    Jadi apa pandangan Dato tentang hal ini.

    1 .Adakah kuasa makamah tidak perlu untuk
    Keputusan mengunakan Kalimah Allah ?
    2 .Kenapa Dato Nazeri tergesa-gesa memberi
    pengitirafan tersebut ?

    ReplyDelete
  29. The Sarawak BN government is as strong as ever. Come next state election, Sarawak BN will make a clean sweep again. The people of Sarawak are solidly behind the leadership of Pehin Seri Taib Mahmud.

    With respect to the 'Allah' issue, the Sarawak BN government will fight for the rights of Sarawak that is for the continued use of the 'allah' word by Christians in Sarawak.

    Behind the scene, unknown to the public, Sarawak BN government is not asking for permission but telling the PM of the rights of the Sarawak people as a whole as provided for by the Federal Constitution as well as the 18 point agreement to the formation of Malaysia.

    This is the truth and the Sarawak State government is not interested in manipulating and misleading its people irrespective of religion into stupidity.

    This is the wisdom of Pehin Seri Taib Mahmud.

    ReplyDelete
  30. Assamualaikum, orang politik akan lihat isu ini sebagai satu dimensi politik, begitulah orang lain. Kalimah wajib dilihat dalam konteks Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, itulah sumber ilmu dan panduan yg haq dalam Islam. Nak tau lebih lanjut layari: yayasan-ilmu.blogspot.com. Mudah-mudahan oramg politik dan orang ugama sama-sama sedar dimana silapnya mereka...jazakallahu khairah

    ReplyDelete
  31. saya tidak lah mahu membakar lagi sensitiviti sesetengah pihak..tetapi berkaitan kenyataan dato nazri pada saya

    berundur setapak bukan bererti kita kalah....
    tiada siapa menang atau kalah dalam isu ini...yang penting belajarlah dari setiap kejadian..iaitu orang islam melayu jika terus bercakaran akan datang banyak lagi kita akan hilang....dan dato aziz pada saya bercakap mewakili kerajaan...jadi kita harus bertenang dan letakan keyakinan kepada pihak kerajaan...mungkin mereka telah mengambil kira pelbagai sudut sebelum mengeluarkan kenyataan ini.....sabar...dan bersatulah..

    ReplyDelete
  32. Ramai benor yg nak melindungi kalimah Allah, maka apakah mereka tak membaca dengan sebenar-benarnya maksud bacaan di bawah?

    ‘A’uzubillahiminasyaitanirrajim’ @ ‘aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam’.

    Maka apakah mereka tersalah baca dengan bacaan seperti berikut:

    ‘Aku pelindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’????

    Banyak sekali puji-pujian yang kita terima sepanjang hidup kita hinggakan tak terkira banyaknya. Maka apakah sesuai untuk dikatakan ’segala puji bagi kita’ dan bukan lagi ’segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’ @ Alhamdulillahirabbilalamin’?

    ReplyDelete