Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 27, 2010

Hina-Menghina Bukan Cara Selesai Masalah

1. Membakar, menyimbah air kecing atau membuang kepala binatang keatas rumah ibadat bukan tindakan yang rasional dan wajar. Mengambil tindakan yang emosional bercorak keganasan tidak akan menyelesaikan masalah.

2. Saya berharap kita semua dapat mengehadkan diri kita sekadar berbincang, berbahas dan menyatakan pendapat secara tertib dan beradab bukannya mengambil tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

3. Masalah dengan negara kita ialah ada orang seronok melihat kita semua terus berbalah dan bergaduh. Belum pun selesai isu Allah, ada pula yang mendakwa larangan-larangan lain membabitkan kepentingan Islam di negara ini harus dikaji semula.

4. Apakah erti seruan dan kenyataan ini jika bukan ingin menyimbah minyak ke dalam api? Sepatutnya sebagai pemimpin politik kita semua perlu berbincang dengan baik mencari jalan penyelesaian bukannya sibuk menjadi batu api sehingga menimbulkan kemarahan sebahagian rakyat.

5. Saya tidak menuduh sesiapa terbabit dengan pembakaran gereja tempoh hari. Demikian juga kita tidak boleh menuduh kumpulan agama tertentu membuang kepala babi hutan ke masjid dan surau. Jika siapa pun yang mebakar gereja atau mencemar masjid ia tidak harus dianggap mewakili kaum atau agama si pelaku.

6. Saya tahu ramai yang marah dengan isu ini. Jika tidak masakan wakil rakyat PKR, YB Zulkifli Nordin sendiri membuat laporan polis ke atas seorang ahli Parlimen Pas kerana didakwanya menghina umat Islam.

7. Namun janganlah kemarahan sebahagian kita diterjemahkan dalam bentuk kerja-kerja gila merosakkan rumah ibadat.

8. Ada juga yang menunding jari menyalahkan kerajaan kerana tidak bertindak tegas. Mereka marah kerana kerajaan membenarkan tunjuk perasaan di dalam kawasan masjid. Anehnya kumpulan yang sama sebelum ini mendesak dibenarkan tunjuk perasaan atas jalan raya atas pelbagai isu yang remeh temeh.

9. Jika kerajaan melarang umat Islam menyatakan kehendak mereka secara terbuka di dalam kawasan masjid tempoh hari, ia mungkin lebih banyak masalah kerana api di dalam sekam sukar diduga kekuatannya. Jika berlaku kekecohan yang lebih besar jika tidak dibenarkan tunjuk perasaan tempoh hari tentulah kumpulan yang sama akan menyalahkan kerajaan. Mereka akan berkata pula jika dibenarkan tunjuk perasaan tentulah tiada keganasan kerana pendapat dan pandangan telah disuarakan.

10. Hari ini ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menggunakan kuasanya untuk mengenakan tindakan ISA bagi meredakan isu ini. Tapi ada antara mereka juga menentang ISA sebelum ini.

11. Mudah sungguh menyalahkan kerajaan Persekutuan. Jika buat pun salah tidak buat pun salah. Yang untung hanyalah mereka yang menyimbah minyak ke dalam api dan bertepuk tangan melihat orang lain bergaduh.

12. Jika diteruskan sikap saling tidak bertolak ansur dan mahu mengambil tindakan di luar batas undang-undang maka saya khuatir kita akan menjurus ke arah kekacauan dan pergaduhan antara agama seperti mana di negara Balkan lima belas tahun lalu.

12. Tiada gunanya saling bertindak balas secara kekerasan akhirnya yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

24 comments:

  1. Khir,

    Dah lah main wayang lu takder siapa nak tgk lagi dah....

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau dato berfikir mcm tu. Saya setuju sgt. baik isu pala babi,bakar gereja atau apa saja..kena lah diselesaikan dgn baik. Tak payah lah nak kaitkan dengan ahli atau parti politik mana. kalau bergaduh semua pihak akan rugi...

    ReplyDelete
  3. Kalau perogol, pembunuh, pencuri, PERASUAH, etc., di hina dan di keji mungkin kita dapat kurangkan jenayah2 tersebut.

    ReplyDelete
  4. Wei, Pemikir. .

    Ko ingat kita orang ni geng propa macam brader Anwar ke? Kita orang bukan kaki main wayang macam budak PR. Korang memang suka kalau Malaysia huru hara, senang korang nak buat keje kan.

    ReplyDelete
  5. dato,

    cakap saja buat apa,perbuatan dato dan kuncu kuncu tu betulkan dulu. ini semua angkara orang politik kedua dua belah.tkasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dr

    Memang betul kata kata dr,tidak ada sesiapa rakyat Malaysia ini yang akan mendapat untung dari tindakan kita yang bodoh itu.Sanggupkah kita memusnahkan ape yang telah kita bina dan pertahankan selama kita merdeka? dan sanggupkah kita melihat masa depan anak, cucu, cicit kita nanti menjadi tidak menentu dan hidup saling bermusuhan?.

    Dari itu pilihan ada ditangan kita sekarang, menjadikan pemimpin sebagai idola tidak salah, tetapi menjadikan pemimpin sebagai dewa adalah kesilapan kita.Pemimpin bukan maksum dari membuat kesilapan.

    ReplyDelete
  7. kau ni lawaklah pemikir...

    Boleh jadi samseng kampung dusun..

    He he he.......

    ReplyDelete
  8. khas utk pemikir..

    kau ni sebenarnya bukan pemikir tp pemukau...

    ha ha ha ....

    ReplyDelete
  9. Pemikir,
    apa niat pemikir sebenarnya,saolah olah suruh ds dr khir merhenti menulis ini,
    Saya nasihatkan anda jangan zalimkam keadaan.

    ReplyDelete
  10. Saya menyokong gaya dan olahan tulisan DS Dr Khir
    gaya tulisan yang berilmu dan tinggi adap yang mempunyai sifat sifat terpuji ahlaknya saperti yang mana yang dituntut dalam ajaran islam.
    memberi pandangan,nasihat,dan jalan jalan penyelesaian adalah satu sumbangan yang mulia dalam masyrakat saperti keadaan sekarang yang ada tanda tanda kebejatan pemikiran dan ahklak yang membimbangkan saya.
    Teruskan tulisan DS DR Khir.

    ReplyDelete
  11. Saya hanya merujuk kepada tajuk artikal saudara Khir iaitu HINA MENGHINA BUKAN MENYELASAIKAN MASALAH. Pada keseluruhan artikal itu bagus dihayati. Maksud dihayati di sini adalah kita membaca, memahami dan melaksanakannya. Tetapi bila saya mengingati sejarah semasa saudara Khir berkuasa sebagai MB Selangor, saudara merupakan pelaku utama budaya hina menghina. Saudara hina Pegawai Daerah dengan penyapu. Adakah dengan menghina Pegawai Daerah tersebut dengan menganugarahkan peyapu kepada mereka menyelesaikan masalah. Saya amat saudara Khir cermin diri dahulu sebelum mengutarakan pandangan. Sekian

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Dato Seri,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh pihak Dato Seri dalam isu ini. Tetapi yang membuatkan saya musykil ialah kenapa mereka yang melakukan perkara ini bersusah payah pergi mencari kepala 'babi hutan' dan bukan sahaja menggunakan 'kepala babi' yang biasa di makan oleh kaum Tioghua dan amat mudah di dapati di mana2 pasar kaum cina?

    Adakah kerana agent2 provocateur ini (kemungkinan besar dari kalangan bangsa Melayu sendiri) yang mana jika mereka membelinya di pasar2, ianya akan menyebabkan senang untuk pihak2 berkuasa untuk mengesan pembelian tersebut?

    Saya amat berharap, pihak berkuasa kita (yang sampai sekarang ini masih terkial-kial untuk mengesan kedudukan seorang blogger Malaysia yang melarikan diri) dapat meniliti aspek ini dan melakukan penyiasatan terbabit secara teliti dalam isu yang sensitif ini.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, tulisan Dr Khir ini memang berhemah, tetapi salahnya beliau ni bila ada kuasa cakap tak serupa bikin beb.
    Tetapi saudara sekelain hendaklah berpegang kepada prinsip dengar apa yang dia kata bukan siapa yang berkata. Siapa yang berkata tu kita boleh tolak tepi kerana tak susah untuk berkata benar tetapi untuk melakukan kebenaran tak lah semudah itu.

    ReplyDelete
  14. Isunya bukan balas membalas perbuatan sahaja ds. Pemimpin politik dari kedua-dua pihak haruslah bertanggung jawab dan mengelakkan setiap isu yg panas ditunding ke pihak lain. Dalam hal ini saya melihat PR adalah juara kerana mereka biasanya mendahului undang-undang dlm menuduh lawan politik mereka. Jika mereka belum membentuk kerajaan sy fikir mungkin mereka tidak tahu dan boleh diterima jugak. Tetapi bila mereka sendiri menubuhkan kerajaan di PP, Selangor, Kelantan mereka masih bersikap seolah2 mereka pembangkang dan bukan kerajaan negeri. Di mana tanggung jawab mereka kepada rakyat

    ReplyDelete
  15. Salam DS,
    Saya amat kecewa dan marah sekali tentang insiden Kepala Khinzir yg di baling masuk ke dalam masjid....Tetapi disebalik perbuatan ini saya tanya diri saya semasa pembakarn Church di PJ tu tak la rasa marah!!!!....Inilah sifat manusia seperti bila jarum tak kena pada diri kita,taklah terrasa sakit!!!
    Kalo kita terus saling memaki sesama sendiri seperti di Gaza...saya baling u,u baling saya...maka tiada kesudahan dan lama kelamaan ia akan jadi lebih teruk sehingga tak dapat dipulihkan semula...!!!Harap semua menggunakan pemikiran yg rasional....HARAP KERAJAAN KITA PERLU BERTINDAK KERAS TERHADAP INSIDEN SEBEGINI DAN media usahlah terlalu heboh2kan hal2 sensitive sebegini terlalu luas!
    Negara sedang dibelenggu masalah ekonomi,kalo kita burukkan keadaan lagi,mana investor nak datang sebab kita sedang membuat BOM(Maksudnya kekecohan insiden ini) utk negara kita!

    Sekian

    ReplyDelete
  16. Salam DSKT,
    Memang ada benarnya apa yang DSKT hujahkan diatas. Sebenarnya tanggungjawab untuk menjaga keharmonian itu adalah tanggungjawab semua tak kiralah PR atau BN...Kalau negara hancur takde sape yang untung...Tp lately nie agak keliru...bukan agak lagidah...dah memamng pun..banyak kejadian yg sebelum nie tak jadi pd zaman Tun M terjadi kata M'sia nie. Banyak tuntutan yg perlu gomen penuhi...adakah kerana 1Malaysia punya idea nie...Apa komen DSKT ? Semoga sejahtera selalu untuk membela nasib rakyat... Wassalam.

    ReplyDelete
  17. DS Khir,

    Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan juga Pembangkang bertanggungjawab untuk memeperbetulkan keadaan ini.

    Sekiranya Kerajaan benar-benar tidak mahu mempolitikkan isu ini, tindakan awal untuk berunding dan menyelesaikan secara diplomasi sepatutnya telah diambil sebelum pihak gereja membawa isu ini ke mahkamah. Bila dah bawa ke mahkamah, akan ada pihak yg menang dan kalah. Oleh itu, isu berkaitan dengan agama Islam tidak seharusnya dijadikan bahan mainan politik.

    Sekarang adalah masa bagi semua pihak terutamanya pemimpin parti politik Kerajaan dan juga pembangkang yang beragama Islam memainkan peranan mereka untuk memastikan keadaan negara kembali stabil.

    Menteri-menteri harus berhati-hati pada masa hadapan dalam membuat kenyataan di media massa mengenai sesuatu isu sensitif. Ini penting bagi mengelakkan salah tafsiran oleh pengikut dan penyokong.

    Apabila tindakan di luar dugaan diambil oleh pengikut, janganlah terus menuding jari kepada pihak lain. Akui kesilapan itu dan perbetulkan keadaan. Rakyat sudah tentu boleh terima kerana menteri juga manusia biasa.

    Rakyat bukannya bodoh dan boleh diperbodohkan seperti dulu walaupun masih wujud segelintir yang begitu. Nak buat macam mana, itu salah satu strategi pemerintah nak kekal berkuasa.

    Jadi hentikanlah tuduh-menuduh dan salah menyalah kerana yang lebih penting rakyat dapat beribadat dengan aman tanpa mengira kepercayaan masing-masing.

    ReplyDelete
  18. Sdr Asri dan sahabat bloggers lainnya,
    Apapon yang dipertdebatkan,konsep satu malaysia tidak boleh lari peruntukan perlembagaan negara,yang secara jelas menggariskan tentang kedudukan agama islam sebagai agama persekutuan(fasal 3),kebebasan beragama(fasal 11),kedudukan raja raja(fasal 32),dan kedudukan keistimewaan orang melayu dan bumiputra( fasal 152 dan 153).

    Dalam negara yang mengasaskan kemerdekaan dalam semangat unity in diversity,kita harus memahami konsep sama rata adalah bercanggah dgn perlembagaan negara.

    ReplyDelete
  19. Sdr Othman 3748 dan sahabat bloggers lainnya,

    Saya telah jelaskan lama dahulu,pemberian penyapu adalah perkara yang dibincang dan dipersetujui oleh pegawai pegawai kerajaan sendiri,tidak timbul soal cuba memalukan orang lain mahupon pegawai itu sendiri,cuma saya tidak dapat menerima kepercayaan yang mengatakan penyapu sial kerana ia bercanggah dgn agama.

    Proseding pendengaran awam secara terbuka(SELCAT) dgn memarahi pegawai- pegawai dan terkadang penggunaan bahasa yang tidak sesuai bagi saya lebih memalukan pegawai- pegawai dikalayak ramai.

    ReplyDelete
  20. Ds, akibat dari pemberian hadiah penyapu tersebut sekarang ini Pejabat Daerah Hulu Selangor telah berjaya merangkul anugerah cemerlang. Pada saya, kadang2 yang mengsabotaj dasar kerajaan melibatkan SEGELINTIR pegawai kerajaan. Mereka ini kadang2 mengambil peluang melalui jawatan yang disandang untuk meraih imbuhan. Baik dari segi projek mahupun menerima rasuah.

    ReplyDelete
  21. Tu la.. dulu masa Tun M, dia betul2 tegaskan yang jangan dok selamba2 cerita pasal sensitive issue in public.. Ni la.. ni jadi macam ni la kalau main sedap tekak je bercakap pasal isu sensitive.. haaa.. ambik la semua orang.. Tun M diktator la, tak free la, kena tindas la.. nah ambik.. sekarang ni, tenaga2 pak-pak menteri and ahli politik, digunakan untuk bergaduh sama sendiri, and defend itu defend ini.. bukannya nak bangunkan negara and ekonomi rakyat..sapa yang rugi?? rakyat jugak yang rugi.. B.A.N.G.A.N.G.!!!

    ReplyDelete
  22. tujuan adanya blog adalah supaya umum dapat berinteraksi iaitu mendengar dan memberi pandangan. kenapa harus mengkeji dan memaki jika pendapat itu tidak selari dengan pandangan kita? baik kerajaan mahupun pembangkang masing2 punya kecacatan, kelebihan, peranan dan tanggungjawab. untuk demokrasi berfungsi kedua pihak juga harus berfungsi. tidak kira apa keadaan gunakan kebijaksanaan, kematangan dan tatatertib (bukan orang lain semua salah aku sahaja yang betul). jangan sampai orang politik main wayang di gelanggang penonton di bawah yang bertumbuk.

    ReplyDelete
  23. Sdr kamarul dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Saya setujundgn pandangan sdr,waktu ini semua perkara hendak dipolitikkan,sehinggakan rakyat jadi hilang arah panduan kemana negara hendak dibawa.Dari isu makanan tradisi kepada tarian tradisi hinggalah kepada isu hak istimewa orang melayu dan bumiputra hinggalah kepada isu agama,semua ingin beri pandangan walaupon tanpa merujuk perlembagaan negara dan sejarah negara sendiri.Benarlah kata orang tua tua kerana mulut badan binasa,kerana bercakap tak tentu hala negara jadi binasa.

    ReplyDelete