Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, January 19, 2010

ISU YBK: Kerajaan Negeri Perlu Ada Keutamaan

1. Ugutan YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Yayasan Basmi Kemiskinan sekiranya tidak dilantik sebagai pengerusi merupakan satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan pembangunan negeri dan rakyat.

2. Khalid dilaporkan meminta agar beliau dilantik sebagai Pengerusi YBK atau kerajaan negeri tidak akan meluluskan projek pembinaan UiTM YBK di Serendah, Selangor.

3. Wajarkah kelulusan sesebuah projek pembangunan disyaratkan dengan orang yang memberi kelulusan dilantik mengetuai projek tersebut?

4. Kelulusan projek pembangunan harus mengambil kira laporan kesan alam sekitar, "economy viability", kepentingan kepada rakyat dan negeri. Sebaliknya, piawai baru kerajaan negeri mensyaratkan Menteri Besar menjadi Pengerusi Pemaju sangat tidak beretika dan boleh dianggap pecah amanah (criminal breach of trust) jika diteruskan.

5. Walau apa jua alasan kerajaan negeri Selangor terhadap kegiatan YBK ia tidak harus menghalang satu projek pembangunan yang bukan sahaja menguntungkan YBK tetapi juga negeri secara keseluruhan.

6. Jika dikatakan ada penyelewengan maka laporkanlah kepada pihak berkuasa. Jangan sekadar membuat pelbagai kenyataan yang bombastik hanya sekadar untuk memburukkan orang yang tidak selari atau tidak mahu tunduk kepada kepentingan politik kerajaan negeri hari ini.

7. Saya difahamkan pembangunan UiTM di Serendah akan menempatkan kampus Fakulti Sains yang akan menampung 5, 000 pelajar. Dengan jumlah 5 ribu pelajar ini bersama pensyarah dan kakitangan sokongan, projek ini pasti akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Selangor Utara atau Hulu selangor.

8. Banyak rumah-rumah dan lot perniagaan yang terbiar di sekitar Bukit Beruntung akan kembali maju. Malahan sejak diuar-uarkan akan dibina kampus UiTM di situ sahaja pasaran hartanah di sekitar Bukit Beruntung sudah kembali menarik minat pasaran.

9. Selebihnya pembangunan UiTM ini akan membolehkan YBK mempunyai dana yang besar untuk terus menjalankan kegiatan membantu masyarakat miskin di Selangor. Sepatutnya kerajaan negeri berbangga kerana Yayasan ini mempunyai perniagaan sendiri yang akan digunakan untuk membantu rakyat miskin di Selangor. Ini sekaligus membantu mengurangkan beban tanggungjawab kerajaan negeri.

10. Hasil dari projek ini juga akan digunakan oleh YBK untuk membayar beberapa tunggakan hutang hasil mereka kepada kerajaan negeri. Ini bermakna dari projek ini juga kerajaan negeri akan mendapat hasil.

11. Jadi saya tidak nampak bagaimana projek ini boleh merugikan rakyat jika kepentingan rakyat dijadikan alasan oleh kerajaan Selangor.

12. Pada hemat saya masih banyak ruang pentadbiran kerajaan negeri yang perlu difokuskan oleh Tan Sri Khalid seperti masalah-masalah Pihak Berkuasa Tempatan, janji kutipan hasil pasir yang masih jauh dari sasaran dan usaha menarik pelaburan asing yang entah ke mana jadinya. Banyak juga janji-janji Pakatan dalam pilihan raya dahulu masih belum ditunaikan.

13. Elok dan molek sekali kiranya Tan Sri Khalid memfokuskan tugas ke arah memajukan negeri berbanding cuba mengambil alih sebuah Yayasan yang telah lama memberi sumbangan kepada negeri Selangor.

27 comments:

  1. Datuk kenapa sekarang diam sahaja?

    Rindu dengan perjuangan datuk. Kalau boleh, isu ini ditangani dengan hujah yang baik kerana setakat membangkang kerajaan Pakatan, itu belum memadai.

    Satu lagi datuk, kenapa datuk tidak membuat program seperti UMNO juara rakyat di kawasan ADUN dan Parlimen datuk..

    terima kasih.

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Dato Seri,

    Khalid memang dah makin teruk sekarang ni. Habis duit Selangor dia kerja kan. Jaga syarikat pun gagal inikan pula negeri. Dato Seri, dengar cerita Kerajaan Selangor dah menuju ke jalan bankrup, betul ke?

    http://kedahkekl.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Sekiranya TS Khalid menjadi Pengerusi YBK dan pada masa yang sama beliau juga adalah MB, bukankah ada 'conflict of interest'?

    Limpahan daripada pembangunan UiTM akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitarnya. Permintaan ke atas hartanah akan meningkat.

    Janganlah kerana perbezaan pandangan politik dengan pengurusan YBK, hak rakyat Selangor untuk menikmati faedah daripada pembangunan UiTM ini dinafikan. TS Khalid diharap janganlah bersikap seperti kebudak-budakan kerana anda menerajui Kerajaan Negeri Selangor.

    ReplyDelete
  4. Salam 1Malaysia,

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.

    Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..

    Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.


    Sekian, Salam Ikhlas dari,
    UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

    ReplyDelete
  5. BN bukan lagi teraju kerajaan di selangor. Jadi elok benarlah YBK seraj kat kerajaan negeri yg baru. Payah sgt ker nak bagi atau ada menda lain disebalik YBK tu. Dulu masa mula kalah bubar balkis skang ni plak tak kan nak bubar YBK. Dulu pemimpin BN kata kalau pembangkang menang negara huru hara. Mmg betul huru hara sebab BN yg kalah tu lah yg buat orang jadi haru. Dia tak nak nak terima hakikat yg BN dah pun ditolak sebahagian besar rakyat kecuali orang melayu kampong mcm sepang,sg besar sabak bernam. Nak buat mcm mana melayu tempat ni tak berapa nak buka mata.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dr

    Hampas betul PKR ni..
    Hampas=benda yg dah tak begitu berguna lagi,tapi kekadang berguna jugak, misalnya hampas bole dijadikan makanan haiwan seperti ayam,itik atau BABIIIII.hahahahahahahahaha

    Selebihnya dr fikirkan lah untuk dibuat ape dengan hampas ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    saudara Kamal, YBK bukannya milik kerajaan negeri seperti Yayasan Selangor. Harap saudara faham situasi. Sumbangan dan bantuan kerajaan negeri kepada mana-mana organisasi tidak boleh dianggap organisasi, ngo atau yayasan tersebut milik kerajaan negeri.

    abe mie,

    Diam di media massa sahaja tapi di bawah tetap tak duduk diam.

    Di kawasan saya pula banyak perkara telah dibuat tanpa publisiti. Yang penting bersama rakyat, insyallah sokongan pengundi sungai besar terhadap BN akan tetap utuh.

    ReplyDelete
  8. salam saudara Kamal...
    berilah pandangan yg boleh membantu...sebelum tu rajin2lah mentelaah dan membuat kajian jangan main dengar cakap orang...jgn menampakkan kebodohan sendiri dgn mengatakan orang lain bodoh....saudara perlu bukak hati bukan setakat buka mata.. kaji dulu pembentukan YBK sebelum bercakap...

    ReplyDelete
  9. kalau boss diam..anak buah lagi tidoo woooo.bahaya...

    saya rasa ds kena pertimbangakan..agar facebook ds tu walaupun ds tak berkesempatan duduk mengadap selalu tapi ...masukanlah gambar2 aktiviti pergerakan ds...ni bukan publisiti murahan tapi ia adalah sebagai perkembangan ds sentiasa dekat dihati masyarakat yang berkerjaya...sekurang2nya ada gak mereka tahu diluar sana tahu....ds bukan hanya untuk penduduk sg besar sahaja...ramai rakyat diluar yang sedang dan berminat mengetahui perkembangan ds....tak salah rasanya jika jadikan facebook ds sebagai media alaf baru....

    sesekali apasalahnya buat perkara yang kita tak berapa nak buat....mana tau ada perkembangan positif untuk kepimpinan ds....kalau saya...saya suka baca dan lihat gambar aktivi ..ini lebih memberi perkembangan positif...bukan semua minat membaca je...ada gak yang suka tengok gambar...masuk la dua tiga keping....mana yang patut....salam

    ramai yang tak berapa minat nak komen banyak2 pun taqpi saya rasa ramai yang buka hari2 blog ni...

    ReplyDelete
  10. Hi Kamal, ganasnyer bahasa kamu... tapi kadang kadang bila fikir balik, memang pun orang melayu macam kamulah yang buat yang kat bandar tu dungu... orang kampung ni la jugak yang berusaha nak membela nasib melayu khususnya. kalau kamu rase terror sangat jadi orang bandar dan hina sangat orang kampung undi BN then cuba lah jadi YB, tengok senang ke tidak nak jalankan tanggungjawab. butakah mata , pekakkah telinga dan dungu sangatkah kamu nak melihat apa yang berlaku sekarang ni selangor....huru hara, dalam dewan pun macam monyet... semua ada personal interest, tak sorang pun actually fight for rakyat...sorry to say la kan... memang itu yang belaku sekarang ni, semua sibuk nak mengaut apa yang boleh je... menyahpah.....

    ReplyDelete
  11. DS, saya kira tindakan mereka lebih bersifat politik sempit. Tampa memikirkan kesan jangkamasa panjang, MB yg kononnya amat arif tentang ekonomi membuat percaturan. Jika diteruskan, sy percaya akan ada pihak yg meraih keuntungan dan kita sendiri boleh meneka siapa yg akan mendapat keuntungan.

    Jika dahulu mereka diluar kerajaan, siang dan malam berceramah utk mengajar pemerintah bagaimana memerintah, nampaknya hari ini sebagai pemerintah mereka ini bukan sahaja kuat menipu, menindas malahan kuat juga meratah peluang ke poket sendiri.

    Inilah hasilnya bila menjadi manusia yg hanya tahu melihat kesilapan dan kekurangan org lain. Mereka bolehlah diumpamakan sebagai bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh di ikut. Pendek kata amat bebal dan pelahap

    ReplyDelete
  12. Tahniah YB kerana bersama rakyat. YB kaya raya , klinik YB sangat maju, banyak lagi yang YB boleh buat. Buat secara diam diam ya YB, kerana itu adalah cara YB bekerja dari dahulu hingga sekarang.

    ReplyDelete
  13. kamal..

    ko cakap baik2 sikit....aku pun duduk bandar...tak la ngutuk orang kampung...ni spesis kacang lupa kulit la ni....dan hidup gak berdikari tanpa bantuan kerajaan secara terus tapi aku pun ucap terima kasih atas kerajaan BN atas keamanan dan kestabilan selama ini....

    lu punya mulut...tak pasal2 ada lak ada yang beza melayu kampung Vs melayu bandar...

    pada saya tak semua sama cuma semua perlu bersatu dengan kaedah bantu menbantu....bukan kira melayu kg saja berjuang atau melayu bandar tidak......jangan bagi melayu keliru lagi.....semua sama kena bantu...tak semestinya bantuan hanya kena tengok berapa kerap muka kita dengan pemimpin....zaman sekarang sudah berubah....dengan penulisan pun kita boleh membantu...contohnya bab nak mentarbiahkan orang macam saudara kamal ni....kita tak kenal pun dengan penulisan boleh mambantu pemimpin

    sembang je....suruh kamal buat kerja tengok...baru tau....mandai2 cakap orang sg besar pulak....ni yang panas ni

    ReplyDelete
  14. Salam Dr,

    Yeap, xnampak rasionalnya kerajaan negeri nak menghalang pembinaan UiTM tersebut. Tanah tersebut sudah diwartakan kepada YBK and in fact dah ada geran. Xsure la, tapi adakah undang2 yg membolehkan kerajaan negeri sesuka hati merampas tanah hak milik orang lain? Nak tolong orang pun salah, xtolong lagi la salah.

    Paling xpaham, usaha tersebut nak membangunkan Selangor dan masyarakat sekeliling. Apa logiknya perlu MB dan 3 org dalam board of director dalam YBK? Something fishy here. Doesn't make sense at all.

    ReplyDelete
  15. Saudara kamal merupakan 1 contoh bagaimana golongan sombong bongkak tu berfikir.
    Berkata tanpa isi, berbicara tanpa fakta dan berfikir tanpa otak.

    ReplyDelete
  16. Saya amat mengalu-alukan sekiranya kampus UiTM yang sepatutnya dibangunkan di Serendah dipindahkan ke Negeri Sembilan. Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang beri pelbagai alasan dan syarat. Saya yakin Kerajaan Negeri Sembilan dapat menyediakan tapak yang sesuai untuk projek ini.

    ReplyDelete
  17. YB jangan di pedulikan semua kritika, biasalah orang terkenal pastinya ada yang dengki, terutamanya KAMAL UNTA tu. Kalau di rasa pemerintahan Selangor sekarang ni dah cukup baik suruh dia cuba minta bantuan dari Kerajaan selangor untuk betulkan lampu rumah di. saya percaya PKR pasti tak akan membantu dimaki adalah.

    ReplyDelete
  18. boleh buat report polis tu...(hasrat) penyalahgunaan kuasa...

    ReplyDelete
  19. Bukankah hanya BN dan UMNO sahaja yang pandai mentadbir Negeri Selangor, tapi kenapa BN tewas di PRU lepas? Cuba kaji kenapa jadi begitu. Rakyat telah mengangkat PR jadi kerajaan sekarang, biar dia teruskan agenda dia.Kan baru 2 tahun. BN dah 52 tahun perintah,>kalau rakyat beri lagi peluang dalam PRU13 nanti mungkin PR akan lebih baik lagi. Kan kita negara demokrasi seandainya benar PR merompak hasil negara dan rakyat kita sama-sama jatuhkan mereka dalam PRU akan datang dengan cara demokrasi bukan dengan jalan belakang. Kalau MB nak tahu perjalanan dan lapuran audit YBK,bagi.Kenapa rasa macam takut nak bagi. Rakyat sedang menilai YBK sekarang.Bukankah Kerajaan Selangor adalah penyumbang terbesar dana YBK sebelum ini? Bukankah itu hak rakyat selangor seperti saya juga mahu tahu. Ketelusan YBK yang warga selangor nak tengok.

    ReplyDelete
  20. TS Khalid Ibrahim tu tengah mabuk kuasa DS...sibuk nak masuk campur pasal YBK pulak..tu la sebab ramai AJK PKR Cabang Kuala Selangor pun dah tak tahan dengan Khalid Ibrahim ni...

    ReplyDelete
  21. hmmm.. kesimpulannya.... cukup2lah dah dapat MB tu.. bersyukur lah... takkan nak sapu abis semua jawatan pengerusi baru nak puas hati kot... agak2 ler... pengerusi JKKK tak mahu ke??

    ReplyDelete
  22. Salam semua..

    Nak bagi tau sikit..

    Sdr Kamal tu dulu jual rojak kat sepang,sg besar& sabak bernam tak laku sebab tu dia marah sgt kat orang2 kat situ...

    he he he

    ReplyDelete
  23. salam.....

    'Harta' kerajaan negeri cukup banyak yg kerajaan BN dulu tinggalkan, nak diurus oleh dibawah
    PR sekarang...antaranya bangunan SUK,muzium,library,masjid,surau,tokong,kuil,tandas awam,PBT dan anak syarikat..tak cukupkah lagi?
    sampaikan kemaruk sangat YBK pun nak jugak..apsal
    TEKUN dan AIM tak diidam gak?....hebat sangatkah
    PR selangor selesaikan masalah 'harta' yg ada nie....

    antara YBK,Tekun dan AIM...semua bukan harta
    negeri lah..bengap!

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya mereka nak selamatkan harta rakyat, takut jadi PKPZ tu, bagi kat org kampung ciput ditipu hidup2 org kampung dia orang kaya raya tup-tup keluar BMW atau Merc baru bukan murah bro harga cecah RM300,000. Baru jawatan kat cawangan ajer tapi mengalahkan usahawan arab.

    Ini yang membezakan orang kampung dengan orang bandar. Sebab orang kampung tak terasa membayar cukai berbanding dengan orang bandar, sebab tu dibandar kebanyakan orang melayu dah sedar, diri mereka ditipu oleh sang buaya yang melebelkan diri mereka sebagai pejuang melayu tulen. Sebenarnya mereka ni nak senang dengan menipu orang melayu. Contohnya kebanyakkan projek kerajaan siapa yang dapat (agak2) dan siapa pulak yang membuatnya, tapi yang kaya orang bukan melayu. Datuk Seri mungkin ada jawapannya kenapa ni terjadi.
    Lihat kebanyakkan orang melayu yang kaya raya ni rapat dengan pemimpin parti Melayu tapi dari segi prestasi jauh kebelakang berbanding dengan bukan melayu.
    Jadi saya fikir tak usahlah nak perlekehkan PR buat, kita sebagai rakyat Selangor sepatutnya menyokong dan lihat perkembangannya. Seandainya ada unsur-unsur rasuah kita tentang habis-habis semasa pilihan raya nanti.
    Kita diberi akal berhak untuk membuat pilihan, BN pun kita dah beri undi selama 51 tahun kat Selangor, mula-mula nampak ok lama-lama habis hak orang melayu yang dijual tu nampak jelas ler sebab tanah rizab melayu dah banyak kurang berbanding dengan tanah taukeh bukan melayu alasan diberi kepada orang melayu kalau nak maju melayu kena berani yelah berani jual tanah so maju ler orang melayu. So setakat ni belum nampak PR gadai nasib melayu buktinya masih tak nampak lagi. Jadi saya syorkan kepada semua kita ada hak untuk menentukan masa depan kita sendiri, saya lebih suka parti pemerintah tu saling bertukar so dapatlah kita sebagai rakyat menjadi raja kepada pemimpin. Kalau tidak bila pemimpin buat lawatan, mesti rakyat kena cium tangan pemimpin, sepatutnya pemimpin yang cium tangan rakyat sebab mereka naik sebagai pemimpin atas undi rakyat. So tanggungjawab pemimpin ialah menjaga amanah rakyat bukannya mengumpul atau merompak harta rakyat. Baru berapa tahun menjadi pemimpin dah kaya raya.
    Bukan senang menjadi pemimpin Bro. Sebab matlamat hidup kita ialah akhirat bukan dunia bro. Sebagai pengundi yang mempunyai wawasan seharusnya menggunakan kebijaksanaan dalam membuat pilihan jangan tersalah pilih alamat ler semua tergadai.

    Jadi fikir-fikir lah,

    ReplyDelete
  25. Orang Melayu memang begitu... tak nak perubahan ...BN dah 52 tahun nak guna balairaya pun tak boleh selah olah kita yang bukan BN ini bukan warganegara ...lima puluh dua tahun tu lama......sekarang BNke cina india semua boleh pakai asal buat jadual kan adil itu........itu baru contoh kecik dikampung belum bantuan kemiskinan dan banyak lagi.......semua yang bukan bn JANGAN HARAP NAK DAPAT... itupun orang melayu masih kuyu ....jadi macam saya Wongtelok JP....

    ReplyDelete
  26. Salam. Aku pelik betul dgn pas yang entah apa yang diaorg nak. Dulu aku ingat pas ni bagus sgt, rupanya mcm taik jg. Bukan setakat jilat malah hirup taik. Dulu pas kata klu dpt perintah selangor nak benteras judi, arak, rumah urut.(itu kat tempat aku la) rupanya bila dapat kuasa sementara dah lupa segala, macam kudung ...dapat cincin. Yang hebatnya tu orang yang cakap meletup tu guru agama yang mengajar di masjid-masjid dan orang berilmu. Sekarang ni dah jadi ahli majlis daerah dan meluluskan lesen-lesen judi,arak dan rumah urut.( walaupun urut kat kaki stim juga )

    ReplyDelete
  27. Salam 1malaysia.
    Saya tak faham dengan MB selangor sekarang,pentadbirannya mengelirukan membuatkan semua raayatnya jadi membencinya,1,Tanah YBK nak ambil balik kalau tak lantik dia jadi pergurusi ybk,2,Tanah ybk ambik balik kalau tak bayar culai 6 juta ,
    lapuran kewangan ybk tak logik,
    raayat dah tahudah apa ybk dah buat selama ini , dia sudah memberikan banyak jasa pada orang miskin diselangor yangsempat ditolong nya,MB kalau tak percaya dengan orang lain, jenis manusia saperti ini selalunya dia dah buat dulu perkara perkara yang tak baik ni.
    satu lagi tanah project penempatan bukit botak pun di wartakan ambil balik ,geran tanah dah pun di keluarkan dan diberikan kepada penduduk oleh kerajaan dahulu 1200 orang.penduduk mula naik angin, dah lah berhentikan project yang dibuat oleh pkns kini nak rampas tanah pulak, penduduk bukit botak itu orang,ada perasaan.ZAlim!!!!!!.
    Konon nak tolong tapi tak pakat dengan penduduk , apa kaedah nya rumah jenis apa atau ikut kaedah duluke??.Kata profestional telus .berkebajikan hampeh !!!.
    T.kasih.

    ReplyDelete