Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, January 5, 2010

Sistem Harga Petrol Dua Peringkat Tidak Munasabah

1. Kerajaan dijangka mengemukakan pengenalan harga petrol dua peringkat (Two-tier pricing). Satu peringkat ialah harga petrol yang lebih rendah daripada harga pasaran. Manakala yang kedua ditahap harga pasaran.

2. Saya difahamkan berdasarkan cadangan ini setiap stesen minyak di negara ini akan mempunyai dua sistem dan dua pam yang berasingan membabitkan:
a. Pam 1 - kereta biasa dengan harga subsidi.
b. Pam 2 - Kereta mewah dan kereta negara jiran dengan harga pasaran.
3. Setakat ini belum jelas mekanisme kereta berapa cc yang akan dikenakan petrol harga pasaran. Terdapat juga cakap-cakap mengenai kemungkinan pembelian menggunakan mykad dan sebagainya.

4. Sungguhpun saya percaya dalam sesetengah hal subsidi perlu dikurangkan namun ia tidak seharusnya melalui proses yang begitu kompleks dan akhirnya menyusahkan rakyat.

5. Sistem ini akan menimbulkan pelbagai isu seperti kegagalan membeli petrol akibat kerosakan cip mykad, perbezaan nama dalam pendaftaran kereta dengan pemandu, sehinggalah kepada percubaan untuk menipu sistem dan sebagainya.

6. Ini juga akan menggalakkan penjualan petrol di pasar gelap. Mereka yang ingin membuat untung akan membeli petrol subsidi dengan kereta yang rendah cc secara banyak melalui pengubahsuaian tangki dan menjual kepada pemilik kereta mewah dengan harga lebih rendah dari harga pasaran.

7. Jumlah stesen minyak yang banyak di seluruh negara menyukarkan penguatkuasa mengawasi penjualan petrol agar mematuhi sistem yang direka. Malah saya percaya akan ada pemilik stesen minyak yang akan menjual harga yang rendah kepada kereta mewah.

8. Saya khuatir akhirnya nanti sistem yang dirancang untuk mengurangkan subsidi dan menambah pendapatan negara di manipulasi dan lebih merugikan negara.

9. Oleh sebab ia belum dilaksanakan dan masih di peringkat kajian, saya berharap kerajaan mungkin mempertimbangkan kaedah lain bagi menampung subsidi petrol.

10. Salah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan ialah mengenakan cukai kereta pelbagai peringkat mengikut CC. Kereta yang cc lebih besar maka lebih besar bayaran dikenakan. Kerajaan boleh menganggarkan satu angka yang dianggap dapat menampung subsidi petrol kereta jenis ini dalam setahun dan dimasukkan ke dalam cukai jalan.

11. Jika tidak dimasukkan dalam cukai jalan, kerajaan boleh mewujudkan "Levi Petrol" yang perlu dibayar setiap tahun semasa memperbaharui cukai jalan. Saya cadangkan levi ini dikenakan ke atas kereta yang mempunyai CC 2000 ke atas.

12. Demikian juga bagi kereta negara jiran. Di sebalik mewujudkan sistem pam yang berlainan serta peraturan tahap petrol di dalam tangki, kerajaan hanya perlu mengenakan satu levi yang dianggap munasabah bagi menampung kos penggunaan petrol semasa kereta tersebut berada di Malaysia.

13. Disebalik menyedia penguatkuasa untuk memantau peraturan petrol untuk kereta negara jiran, kerajaan boleh mengambil jalan yang lebih berkesan dengan mengenakan levi petrol. Ini bermakna kerajaan mungkin boleh mengenakan levi masuk seperti RM 100 sehari, atau apa-apa jumlah yang dianggap munasabah, kepada kereta negara luar.

14. Saya percaya kaedah levi ini lebih munasabah berbanding mengenakan sistem penjualan dua peringkat harga yang sangat sukar dipantau dan diambil tindakannanti. Melalui proses ini kutipan hasil kerajaan lebih efisyen dan tidak memerlukan penguatkuasa yang ramai. Peluang untuk memanipulasi dan menipu juga sangat tipis.

49 comments:

  1. uiitt...walaupun rasa tak berapa faham..tapi nampak menarik idea ni...apapun sistem pengurusan yang baik harus didahulukan...

    cepat sekarang ni ds khir..bertindak..bagus ada kemajuan..!!

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya pak menteri asyik kena main dengan KSU sahaja. banyak polisi akhirnya tak terjadi sebab salah maklumat dari pegawai kerajaan. apa dah jadi dengan SUBUR a.k.a Subsidi Beras tu?

    ReplyDelete
  3. You have put forward a very good and viable idea. Its good to note that we still have politician that can think and give rational ideas and thoughts.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga cdgan Dato..kalau dulu waktu harga minyak naik RM 2.70 seliter dato buat cadangan ini kan bagus....kita tgk je lah dulu apa dia org nak buat. Nak komen panjang pun menda tak dibuat lagi.Apa pun tahniah atas ulasan dato yg bernas tu.

    ReplyDelete
  5. Saya anak Melayu Singapura ingin mengeutarakan perkara sebenar mengenai minyak petrol yang banyak diperkatakan. Raayat Singapura diperlukan mengisi tiga suku tank petrol dalam kereta mereka sebelum mereka memasuki Johor. Maximum capacity bagi kebanyakan kereta ialah lebih kurang 60 litre. Kereta mereka telah pun terisi 45 litre petrol. Mereka masukuk Johor Bahru untuk mendapatkan 15 litre sahaja? tidak masuk akan dan tidak menguntungkan. Orang Singapura masuk ke Johor beri-ribu untuk membeli belah. Mereka membelanjakann ratusan wang Singapura untuk memdapatkan ikan, udang daging, sayur-sayuran dan banyak lagi kerana harganya murah. selepas membeli-belah mereka makan di restaurant-restaurant besar di Johor Bahru. Ini menyebabkab Pasar Raya kehabisan stok dan restaurant tumbuh sebagai cendawan selepas hujan. Fikirkan berapa banyak wang dari sabsidi minyak yang boleh mereka perolehi? Raayat Singapura terasa tersinggung dengan kata-kata sinis kononnya kita mahu juga mengambil untung dari sabsini petrol ini. Janganlah sampai sperti kekata Inggeris ini " penny wise pound foolish"
    Sekian, harap maaf. TYeriam Kasih.

    ReplyDelete
  6. Orang kaya ada kereta dua tiga buah, kereta kecik,kereta sedang dan kereta mewah, semua kereta baru. Orang tak kaya sangat beli kereta terpakai orang kaya . Jadi golongan yang mana satu dapat petrol subsidi ni ?

    ReplyDelete
  7. Salam Dt,
    Satu idea yang baik tapi nak tambah sikit.Datuk tahu tak yang bukan semua pemilik kereta 2000 cc keatas itu orang-orang kaya dan mewah belaka.Banyak Peniaga Pasar Malam dan pemilik gerai malah Pegawai Pendidikan di kampung-kampung yang masih menggunakan kereta lama (2nd Hand) 2000cc keatas seperti Volvo,Mercedes, BMW,Naza Ria dll kerana harganya murah dan mampu beli.Kereta2 lama yang asalnya kereta mewah masih banyak digunakan olih rakyat biasa kerana harganya jauh lebih murah dari harga kereta buatan tempatan.Contohnya harga kereta VolVo model 940 keluaran tahun 1996/1997 bolih dibeli dengan harga rm13k sahaja dan ianya masih baik dan tidak banyak ragam.
    Kalau subsidi tidak diberikan kepada pemilik kereta sederhana lama yang 2000cc keatas kerana diketegorikan pemiliknya orang berada adalah tidak adil juga datuk.
    Pertanyaan saya, adakah pemilik kereta baru seperti Mercedes 200,Honda Accord 2.0 dan Camry yang berkuasa 1998 cc yang dibeli dengan harga beratus ribu ringgit dianggap pemiliknya orang biasa sedangkan pemilik kereta Volvo dan Mercedes lama yang berkuasa 2000cc keatas yang dibeli dengan harga beberapa belas ribu sahaja olih pesara,peniaga pasar malam dan guru2 dikampung dianggapkan mereka adalah orang-orang berada dan mewah,tidak perlu subsidi petrol?.Dahlah pada masa ini pemilik kereta sebegitu terpaksa membayar Cukai Jalan dan insuran yang mahal.

    ReplyDelete
  8. ala..ni hal rumah tangga kami...wahai pocongbudiman..janganlah ambil hati

    bagi la peluang kami betulkan apa yang dah damage teruk sebelumni...korang dah kaya janganlah bising2...tunggu bagi masa sikit..nanti rakyat kami dah senang kami pulak berbelanja kat singapore....ok..

    anak sendiri tak mampu disusukan takan kera dihutan pun nak gak...anggap je ni hal rumah tangga kami....sabar..banyak-banyak, kalau terasa saya sebagai rakyat malaysia minta maaf...aku tau bukan niat hakiki nak menyinggung hati korang sebenarnya ...kami tengah fokus masalah kami ni..salam

    ReplyDelete
  9. salam....

    Pakai mykad beli minyak subsidi untuk
    nelayanpun azab!...10-20 minit masa
    diambil untuk beli rm20.00! itu belum
    sistem OFFLINE..balik tangan kosong!

    elok perkenalkan subsidi petrol dengan
    cara REBATE CASH MONEY...kemukakan resit
    pembelian petrol untuk tuntut rebat
    pada penghujung bulan!...terma-terma
    harus diperhalusilah kalau nak berjaya.

    ReplyDelete
  10. Saudara Juterapencen,

    Saya setuju dengan saudara. sebab itu saya cadangkan kaedah mengenakan levi petrol atau melaliu kadar road tax yang boleh ditentukan berdasarkan beberapa kriteria selain cc termasuk tahun beli dan sebagainya,

    ReplyDelete
  11. saudara Pocongbudiman,

    Selain petrol, rakyat singapura juga menikmati pelbagai subsidi lain semasa datang ke malaysia termasuklah gula, beras dan pelbagai jenis makanan dan barangan lain yang disubsidi oleh kerajaan malaysia.

    Jadi wajarlah kerajaan Malaysia hanya meminta rakyat singapura membayar harga petrol mengikut pasaran sahaja.

    ReplyDelete
  12. ya say sokong cadangan yang di lemparkan oleh Dato.Pemilik-pemilik kereta besar siapa pemunyanya ?.Mereka adalah tauke-tauke besar diseluruh negara.Siapa pemunya kereta-kereta kecil di seluruh Negara.Mereka adalah pekerja yang makan gaji.Nisbah terbesar orang melayu dan India.Lain orang sikit shj.Orang berniaga apa oedulu jika minyak mehal pun.semuanya ditanggung syarikat yang milik sendiri,keluarga dan sebagaimya.Semua di tolak cukai dari perbelanjaan syarikat.Orang kaya tidak kisah,seperti Dato pun orang kaya juga,tapi terima kasih Dato perjuangkan nasib rakyat.Dato prihatin akan hal rakyat.Orang yang kerja sendiri,kekadang aje ada masuk duit,yang banyaknya tak masuk.orang yang makan gaji RM 3000 bawah(pemiskin bandar)ini yang teruk.Kaedah pam yang di cadangkan oleh kerajaan nanti akan mengelirukan rakyat,seperti yang Dato wawarkan,memang benar kenyataan yang di sampai oleh Dato Itu,elok Dato adakan sidang akhbar untuk mengutarakan hal ini,kerana sekarang pun tiada laluan Dato untuk menjelaskan pada kerajaan secara terus.Memanglah Dato boleh menghubungi secara terus kemana-mana kementerian atau menteri,tetapi saya rasa mereka(menteri)tak ambil pusing pula.itu lah masaallahnya.

    ReplyDelete
  13. Ds, sy melihat terlalu banyak dasar yg dirancang dan bila tiba peringkat perlaksanaan ianya mendatangkan lebih banyak keburukan dan masalah. Terutamanya dari segi politik, apakah pihak pembuat dasar yg terdiri dari pakar2 hanya melihat dari satu segi tampa melihat untung rugi dari sudut politik. Katakan dasar ini diteruskan dan akhirnya gagal, apakah kerajaan akan mengguna pakai sistem sebelum ini. Sbg contoh sebelum ini disebabkan kenaikan harga minyak, kerajaan Tun Abdullah telah memberi rebate berbentu bayaran tunai semasa roadtax hendak diperbaharui. Bukankah tinddakan tersebut akhirnya merugikan perbendaharan negara. Sy khuatir, jika sesuatu rancangan tidak diperhalusi dan mendapat data yg sebenar kerajaan yg memerintah akan menerima akibat sekali lagi semasa PRU akan dtg.

    ReplyDelete
  14. macam rumit je untuk di laksanankan rakyat dgn harga 2 peringkat ni.lagi 1 ds,bagaimana dgn used car 2000cc ke atas?ramai jugak rakyat beli kereta terpakai 2000cc walaupun nampak tak logik,tapi realitinya ramai sebab harga pun murah..

    ReplyDelete
  15. Inilah nama "takde keja cari keja". Setakat nih penjelasan terhadap cara pelaksanaan sistem dua subsidi nih belum memuaskan hati semua pihak.

    Mungkin di pihak kementerian terbabit masih lagi tercari-cari cara perlaksanaan yang terbaik. Senang cakap mereka masih lagi belum bersedia.

    Itulah gunanya ahli politik... Kalau kita tanya pakar ekonomi tentulah jawapan mereka subsidi tak bagus untuk negara. Ahli Politik perlu pandai berdiplomasi antara rakyat dan pakar ekonomi. Pakar ekonomi tahu nak buat untung sahaja.

    Perkara tentang subsidi minyak nih cukup sensitif dan bakal menentukan jatuh bangun sesuatu parti politik itu. Ini kerana kesan rantaian terhadap kenaikan harga minyak itu sendiri. Dengan mengawal harga pasaran minyak petrol ini, kerajaan akan dapat mengawal ribuan jenis harga barangan dalam pasaran. Sudah tentu bijak pandai dalam kementerian sudah memikirkan hal ini.

    Saya setuju dengan apa saja cadangan yang menguntungkan rakyat secara keseluruhan dan negara secara amnya.

    Bukan sahaja penyokong pembangkang, pendukung kerajaan hari ini pun akan terasa kesannya. Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  16. Datuk, saya sarankan pemilik mpv 2.0 liter adalah bukan dari golongan mewah, mereka beli ni pun sebab nak angkut anak balik kg je. kalau datuk nak cadangkan, biarlah 2.4liter keatas baru dikenakan kategori mahal/mewah.

    contoh mudah toyota altis 1.8liter rm 110,000 manakala inova e spec 101,800 so mana yang mewah sebenarnya.

    ReplyDelete
  17. Cadangan yang baik dari Dato' kerajaan perlu ambil perhatian cadangan ini dan kaji sebaik2nya. Jgn duk buat benda pelik2 menyusahkan rakyat..nak buat 2 pam laa....my kad laa....last2 tak berjaya lagi haru biru

    ReplyDelete
  18. secara jujur, cara ini pasti akan gagal. sebab sistem ini mengelirukan dan menyusahkan rakyat. malah pemilik steten minyak juga akan mengalami masalah menguruskan hal sebegini.

    saya setuju dengan cara dato atau kita boleh fikirkan cara yang lebih baik.

    ingat, isu minyak dan kenaikan harga baranglah menyebabkan BN hampir tewas pru lepas. sekarang harga gula dah naik. sudah pasti harga kuih dan minumanpun akan naik kerana kerajaan memang bermasalah didalam menguatkuasa undang undang.

    jangan disebabkan isu minyak lagi, BN kalah pru 13 nanti.

    ReplyDelete
  19. saya pakai kete 2459 cc tapi second hand jer. Harga nya murah, nak beli kancil baru tak mampu.Lari pun tak laju, honda cup 90cc (Honda no door)boleh potong kereta saya. Tapi aircond nya kuat, sejuk sangat sampai keluar air... mana tidak berair...pintu tak boleh tutup rapat, basah la bila hujan. Jadi layak kah saya beli petrol subsidi tu ? Tanya je ni. Waktu petrol mahal dulu pun kereta saya tak pernah tak minum.

    ReplyDelete
  20. Saudara/i

    2000 cc yang menjadi bahan pertikaian alam komen saudara/i bukanlah satu kemestian. Jika kerajaan bersetuju sistem ini maka pelbagai kaedah boleh dibuat bagi mempelbagaikan kaedah pengenaan levi petrol. cadangan 2000 cc bukan bermakna seragam kepada semua kereta. mungkin 2000 cc lain levinya, 3000 cc lain levinya. Demikian juga model, tahun dsbnya.

    apa yang penting ingin saya cadangkan ialah proses pengenaan cukai atau levi lebih praktikal berbanding mengadakan Pam berasingan yang sukar dikuatkuasakan.

    ReplyDelete
  21. Dengar cita di kedai kopi sistem harga petro 2 peringkat bersubsidi hanya untuk kereta 1600cc ke bawah sahaja.
    so bagi kereta yg 1600cc ke atas tiada subsidi lg..

    harap Rakyat dapat terima hakikat kerajaan tak boleh terus menanggung subsidi hanya utk mengambil hati rakyat...

    ReplyDelete
  22. Salam buat DSKT dan semua,
    Nak komen lelebih pun sy bukannya ahli ekonomi. Sikit2 bab tu bolehlah kot. Saya harap dapatlah kiranya segala kaedah yang hendak diperkenalkan nanti tidak akan menyusah dan menyesakkan nadi rakyat yang dah sememangnya sesak skrg nih. Janganlah diukur kekayaan dan mewahnya seseorang itu hanya dengan melihat berapa besar CC keretanya. So sesapa yng mempunyai kepakaran dalam bidang ini diharapkan dapat memberi idea yang bernas kpd DSKT dan seterusnya dipanjangkan kepada PM kita. Semoga sejahtera selalu untuk membela nasib rakyat. Mana yang baik pasti rakyat akan menyokong dan balasan dari ALLAH adalah kebaikan jua.

    ReplyDelete
  23. Tiada jaminan boleh diberikan yang mekanisma pembahagian subsidi ini tidak akan menimbulkan masalah.

    Pelaksanaan mekanisma pembahagian subsidi ini adalah sesuatu yang amat rumit dan memerlukan kajian secara menyeluruh dan mendalam.

    Ini sudah pasti akan menyebabkan kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit lagi untuk pelaksanaan sistem komputer dan puluhan juta ringgit lagi untuk penyelenggaraan sistem itu setiap tahun.

    Aper yang kita tidak mahu adalah terdapat kepala2 yg didalam industri multimedia ini yang menyarankan idea ini dimana mereka boleh mendapat keuntungan yang tinggi.

    Seperti contoh pemberian rebet tunai semasa era Tun Abdullah Badawi yang akhirnya menjadi bahan jenaka untuk abad ini....

    ReplyDelete
  24. salam..apa susah-susah..

    dah berkira sangat nak bagi subsidi..tarik aje semua..

    biar kami beli pada harga pasaran..

    tak payah nak membazir buat sistem baru..semua tu makan modal..

    walaupun dihimpit dan ditipu kami tetap sokong UMNO..sebabnya UMNO pejuang melayu..tak gitu Dr?

    ReplyDelete
  25. Dato Sri sebenarnya tak faham tentang mekanismanya.Perbedaan harga minyak bukan ditentukan dgn oleh jenis kereta mewah atau tidak tapi melalui dua gred minyak petrol yg berlainan. Satu minyak yg ber"ron" tinggi 97 keatas yg sesuai untuk mana-mana kereta samada murah atau tidak dan yg kedua ialah yg ber"ron" rendah bawah 97 yg hanya sesuai untuk kereta bukan mewah. Kereta ber"performance" tinggi spt mercedes,BMW, Porche dsb sudah tentu tak boleh pakai jenis minyak ini dan terpaka beli minyak ber"ron" tinggi yg takde subsidi. Tidak timbul soal orang jual minyak murah pd pemilik kereta mewah dipasaran gelap krn kalau mereka pakai blh menjahanamkan kereta mereka atau masalah underperformance. Kecualilah mereka nak pakai juga sebab sudah pokai bayar ansuran kereta tinggi. Juga tidak timbul masalah operator minyak nak cek jenis kereta setiap kali ada pemandu nak isi minyak.

    ReplyDelete
  26. saudara arzawahiri,

    saudara bercakap berkenaan sistem yang ada sekarang. Saya bercakap mengenai sistem yang akan diperkenalkan bulan mac nanti.

    ReplyDelete
  27. Salam Perjuangan...

    Saya amat bersetuju dengan pandangan DSKT berkaitan hal ini... seperti biasa kritis, tepat dan bernas... persoalannya kenapa kerajaan masih tidak belajar dan insaf dari pengalaman malahan suka menyukar dan menyulitkan rakyat dengan sistem baru dan prosedur yg tak masuk akal...

    Kenapa minda dan akal menteri dan penjawat JUSA di kementerian berkaitan menggunakan lutut untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah subsidi ini...

    rakyat semakin bijak, terbuka dan boleh menilai langkah atau tindakan kerajaan itu baik atau sebaliknya... jangan kerana dua tiga ekor lembu yg malas berfikir dan menambah ilmu... keputusan yg dibuat akhirnya memakan diri... maka berulanglah peristiwa 2008 - rakyat menolak BN... dulu hilang majoroti 2/3 kelak hilang majoriti mudah yg dimiliki...

    rakyat mahukan kebajikan dibela DENGAN CARA MUDAH... bukan komplek dan menyusahkan... ingat pembangkang sekarang hebat dan begitu bijak memanipulasi isu... jgn silap langkah anda bakal terjerat...

    apapun saya tak setuju mekanisma ini... terlampau kompleks, menyusahkan, penuh dengan prosedur dan mustahil untuk dikawal sepenuhnya malah menggalakkan jenayah... fikir... fikir dan fikir kalau tidak baik menteri dan JUSA terlibat letak jawatan tanam pokok jarak... buat petrol/diesel sendiri di rumah...

    buat DSKT - moga Selangor ditebus dari tangan pembangkang... isu negatif dah belambak-lambak kat selangor... cuma cara penyaluran dan penyampaian kepada rakyat agar sedar dan faham isu berkaitan seterusnya sedar dan insaf untuk tidak menyokong PKR & PR harus ditingkatkan...

    Kepada Allah Berserah

    ReplyDelete
  28. Dato..setiap kali harga minyak dan barangan asas lain dinaikan rakyat sering dicanangkan dengan alasan kenaikan itu masih rendah berbanding negara seberang tambak dan lain-lain.Alasan tu mmg betul lah dan ia mungkin diterima oleh segelintir rakyat. Masalahnya dato..gaji pekerja diMALAYSIA masih rendah berbanding negara seberang tambak...

    ReplyDelete
  29. salam...dato senang je. kita sekatkan barangan kita keluar. minyak petrol ikut cara negara mereka. contoh singapura kita ikut cara mereka 3 suku tangki sahaja, thai pula mungkin kurang dari itu atau ikut keperluan sahaja.

    ReplyDelete
  30. salam...
    untuk saudara pocongbudiman dan warga singapura pula, belilah barangan keperluan anda di negara anda sendiri. itulah masalah nya negara kami terlalu banyak subsidi di berikan dan mata wang kami pulak murah sangat. tak salah anda beli di negara kami, tetapi hendahlah habiskan di sini tetapi bukan dibawa balik ke singapura. anda boleh juga menetap di malaysia dengan menyewa, ramai org singapura sewa rumah mereka di singapura sebaliknya menyewa di malaysia, bijak sekali, so belanja lah disini dan habiskan di sini.

    ReplyDelete
  31. akm dato moga sihat & sejahtera...kalau nak bertambah sejahtera pindah pi duduk Kedah..

    Saya amat berharap bila kerajaan Datuk Najib menaikan harga minyak nanti tidak lah di gunakan alasan seperti mana menaikan harga gula.. naik sebab kesihatan rakyat..

    Takut nanti bilamana harga petrol di naikan di gunakan alasan sebab banyak kemalangan jalan raya pulak, jadi tak guna kerajaan bagi subsidi petrol berbilion-bilion tetapi rakyat banyak mati atas jalan raya...

    ReplyDelete
  32. Salam DS,
    Saya bersetuju dgn dasar kerajaan yg mengadakan kawalan sudsidi petrol dan mungkin caranya agak menyusahkan tetapi tiada permulaan maka tiadalah kemajuaan yg boleh kita baiki apa keburukannya.Sesuatu dasar harus dimulakan dulu,barulah langkah2 memperbaikinya dapat dilakukan....TAPI APA YG PENTING SEKARANG ADALAH...:
    PRIORITY DS HARUS MENEKAN TENTANG ISU2 ENVIRONMENT KEPADA PM DGN SERTA-MERTA.DIMANA LANGKAH2 DRASTIK UTK KEBAIKAN ENVIRONMENTAL DAPAT DILAKUKAN....INI ADALAH PENTING UTK MENJADI CONTOH SEBAGAI SEBUAH GREEN COUNTRY...USAHA HARUS DIMULAKAN SEKARANG DAN FUNGSI DS BUKAN UTK HAL2 POLITIK SEMASA AKAN TETAPI TANGGUNGJAWAB SEBEGINI HARUS DIMAINKAN DGN EFFECTIVE!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  33. Dato Sri,
    Sistem yg saya sebutkan itu sebenarnya yg akan diperkenalkan pada Mei nanti kerana Menteri dah bagi tahu hari ini hanya petrol yg ber"ron" rendah iaitu ron 95 yg hanya akan diberi subsidi 30 sen. Ron 97 keatas yg secara umumnya lebih sesuai untuk kereta mewah tertakluk kpd perubahan harga dipasaran dunia.

    ReplyDelete
  34. Salam dato seri,

    Cadangan 11, 12, 13, 14 ini pernah saya cadangkan dahulu dalam website malaysia today dan saya rasa ini lah cara yang paling practical untuk kita lakukan.

    ReplyDelete
  35. saudara arzahwahiri,

    Jika demikian ia bukanlah ada sebarang perubahan kerana sistem ini sememangnya telah digunakan sekarang.

    Saudara mungkin kurang jelas mengenai sistem baru yang akan dilaksanakan.

    saudara boleh baca di sini

    http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/7/mstar_berita/20100107175003&sec=mstar_berita

    untuk mendapat gambaran yang jelas.

    ReplyDelete
  36. Salam Shamsul,

    Kalau tidak panjang saudara boleh paste semula tulisan saudara dalam ruangan komen ini. Mungkin sama-sama menambah ilmu kita.

    ReplyDelete
  37. http://mt.m2day.org/2008/content/view/14330/84/

    "written by shamadz72, October 28, 2008 19:06:29

    Things aren't look bright at the moment. As such, our government will need to start implementing prudent spending and cost cutting measures whenever possible. For a start, please scrap stupid and wasteful project, such as the annual Monsoon Cup. We can also add more money to the coffer to offset fuel subsidizing by introducing fuel levy for every vehicles entering Malaysia."

    http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=14964:harga-minyak-turun-mungkin-umum-hari-ini-&catid=70:archives-2008&Itemid=100125

    "written by shamadz72, November 17, 2008 11:08:42
    We will need to come out with a mechanism to ensure that our low petrol price will only benefit Malaysian. Probably by introducing a fuel levy for any foreign registered vehicles at every entry points into this country will be a good step in the right direction. Our custom officers will also need to double up their effort to minimized the petrol and subsidized diesel from been smuggled out of this country"

    These are the only 2 comments which I can find out so far (there are others but seems to be broken link, probably due to Malaysia Today did change their servers to some other location and in the process unable to keep all its archive), but I am pretty sure I have already mentioned something same along that line, which make more sense and less man power. Since, isn't it the job of our custom officer to collect taxes? And furthermore, we do have them station at every exit point. We probably just need to hire more custom officer to station at some of this exit point due to this extra work.


    Rgds,

    Shamsul

    ReplyDelete
  38. senang saja. kalau kerajaan tak mampu nak beri subsidi tak usahlah berangan nak jadi pemimpin. jadi lah peniaga saja sebab itulah yg selalu dibuat oleh org politik sekarang - berniaga. sebab tu tak bijak nak jadi pemerintah. rakyat lantik pemimpin utk jaga kebajikan rakyat. kalau tak mampu, berilah peluang org lain yg mampu. kami rakyat sudah bosan dgn pemimpin yg hanya bijak menyonglap duit rakyat.

    ReplyDelete
  39. Salam DSKT

    Saya guna jeep tahun 94 cc 2500..
    Terpaksa kerana nak angkat daging lembu/kambing/kerbau dari ladang ke pembeli di selangor..
    Sistem cadangan kerajaan dan DSKT 2-2 membebankan saya..
    Sudah la minyak jeep telan laju + harga petrol naik..
    Business pun x balik2 modal lagi dah masuk 9 tahun..
    Penyakit dgn harga makanan lembu sebab utama rugi..
    Lepas ni cost minyak pulak tambah beban mcm era minyak USD100 p.b..
    Nak tukar kenderaan x mampu..
    Remote case gamaknya saya ni..
    Memandangkan saya produk Mara through & through..
    Saya yakin beban yg sy tampung adalah utk kebaikan ummah..
    Saya harap bila Dato ada masa tulislah artikel tentang baik buruk subsidi di dalam konteks negara Malaysia..
    Ramai org mengeluh bila subsidi ditarik dan modal utk org buta ekonomi/opportunist fitnah sesama sendiri..

    ReplyDelete
  40. Satu pandangan bernas dan menarik serta perlu diperhalusi oleh pihak kerajaan. Banyak cadangan yang baik oleh kerajaan tetapi akhirnya terpaksa dihentikan atau ditarik balik apabila dilaksanakan akibat penipuan, manipulasi dan sebagainya.
    Cadangan Dato' lebih praktikal utk dilaksanakan berbanding cadangan kerajaan. Apa pun, ada baiknya cadangan Dato' ini dijadikan sebagai alternatif sekiranya cadangan kerajaan gagal berfungsi dengan baik kelak..
    Syabas Dato'..

    ReplyDelete
  41. cadangan subsidi mengikut cc tak menusabah..kerana kerajaan dapat banyak duit daripada cukai pembelian kereta mewah. sekiranya ia diperkenalkan berkemungkinan segment penjualan kereta mewah akan merudum dan kerajaan jugak yang rugi. lagipun kereta merz s320 tahun 1995 misalnya cuma dalam lingkugan rm3o ribu..penoreh getah pun boleh beli.
    pendapat saya kad subsidi yang khas untuk mengisi minyak patut diperkenalan dengan yuran tertentu misalnya rm50 setahun. manakala had pengisian 200liter sebulan adalah berpatutan.
    manakala kelayakan untuk mendapatkan kad ini adalah yang berpendapatan individu kurang dari rm4000 sebulan dan perlu dibuktikan misalnya melalui lhdn, borang e.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum,

    DSKT dan sdr/i forumer.

    Harga minyak ni sape yang letak?

    Minyak ni minyak Malaysia ke minyak Amerika?

    Selagi akar umbi penyakit tak dicabut selagi itulah penyakit tak baik. Ubatlah sampai bila-bila pun.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  43. buat le apa2 yg baik utk rakyat wahai pemimpin malaysia.

    http://malaysiakini.forumotion.com/

    ReplyDelete
  44. Kalau nak ada satu sistem yang kaya atau gaji besar bayar lebih dan yang gaji rendah bayar sikit sebab ada subsidi, maka dicadangkan agar hapuskan cukai pendapatan.. Yang bergaji besar of course akan bayar cukai lebih dan kerajaan akan dapat hasil. Lepas bayar cukai tinggi then nak berbelanja pula dengan harga mahal, rasa macam ada yang tidak kena....

    ReplyDelete
  45. Salam Dato,

    Saya lihat kerajaan ni, bila ada masalah aje mereka akan tekan golongan pertengahan (middle class). Tidak hairan kita lihat semakin banyak golongan middle class membenci kerajaan dan mereka ini memenuhi pembangkang atas nama golongan professional.

    Isu petrol ini adalah contoh yang tipikal yang akan menggalakkan semakin ramai golongan middle class untuk membenci kerajaan. Golongan middle class inilah yang paling banyak menggunakan kereta sekitar 1.8 sampai 2.4. Anggapan bahawa hanya orang kaya yang menggunakan kenderaan 2.0 ke atas sebenarnya meleset. Orang kaya selalunya menggunakan kenderaan 3.0 ke atas.

    Lagi satu, dunia automotif sudah banyak berubah. Kebanyakan kereta moden datang dengan engine CC yang lebih besar hasil dari kemajuan dalam teknologi engine, yang mana walaupun CC kenderaan itu 1.8, ia mungkin lebih menjimatkan minyak dari kenderaan cc 1.5 10 tahun yang lalu. Lihat saja contoh seperti honda civic. Dahulu masih ada civic dengan engin 1.5, tapi hari ini minimum 1.8. Lihat juga Lancer, datang dengan engin 2.0, Kia Forte 2.0, Hyundai Elantra 2.0 dan banyak lagi yang akan datang. Kenderaan-kenderaan ini adalah kenderaan yang suatu ketika dulu mempunyai engin 1.5 atau 1.6 dan menjadi kegunaan kebanyakan middle class.

    Oleh itu, perlaksanaan polisi sedemikian akan menyebabkan golongan middle class yang paling tertekan. Selain dari itu, ia juga memaksa orang Malaysia untuk menggunakan kenderaan-kenderaan budget yang rendah qualiti dan juga ciri-ciri keselamatan. Banyak model kereta di Malaysia yang dianggap sebagai kereta mewah sebenarnya hanya bertaraf kereta budget dikebanyakan negara.

    Keselesaan kenderaan ini boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang paling penting dalam kehidupan manusia sehinggakan ada hadith Nabi S.A.W. yang menyebut tentang salah satu ciri kebahagiaan ialah kenderaan yang selesa.

    Adalah amat malang bila polisi kerajaan Malaysia menekan penduduk Malaysia dalam aspek ini. Lebih malang, glongan middle class sering dimangsakan atas polisi kerajaan, dengan itu tidak hairan golongan inilah yang paling banyak menentang kerajaan.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  46. assalammualaikum dato seri,

    hari ini apabila saya baca star online kenyataan menteri KPDNKK

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/17/nation/5490845&sec=nation

    timbul lagi satu idea baru:

    "The Government is likely to put a cap on the amount of subsidised petrol a car owner can buy monthly, when the new petrol pricing mechanism starts on May 1."

    kerana “The Government” mempunyai alasan sebegini:

    "Without a cap on the amount for each car, those eligible for the subsidised petrol would "definitely abuse it,"
    "They will buy as much petrol as possible and transfer it into a drum or somewhere, and then sell it to those who are not eligible."

    dengan alasan ini tak perlu ada dua pump yang berlainan harga:

    "On whether there would be two different pumps (subsidised and not subsidised) at petrol stations, he said that would not be the case; instead the pumps would have two prices or just the market price but those entitled to the subsidised price would pay less."

    disini saya merasa hairan... kenapa "The Goverment" tidak memikirkan pandangan rakyat (yang disuarakan dalam blog)

    Kenapa harus "The Goverment" asyik melaksanakan dasar yang pelik-pelik.

    Adalah dengan memberi pandangan yang pelik-pelik ini akan menjadikan seseorang itu juara dalam "The Goverment"

    saya rasa cukup lah "The Goverment" hentikanlah membuat sesuatu dasar yang pelik-pelik ini.

    dan yang paling peting Pak Menteri dalam "The Goverment" berhenti jadi JUARA (individu)

    perjuangkanlah UMNO sebagai JUARA RAKYAT

    ReplyDelete
  47. salam dato,

    lanjutan dari reply saya sebelum ini, elok lah saya beri sedikit cadangan setelah membaca pandangan dari pembaca tentang topic yg dibincangkan

    subsidi hendak hanya di beri kepada minyak ron 95 sahaja
    ini kerana kebanyakan kenderaan dibawah 2000cc boleh mengunakan minyak ini

    1. bagi memastikan pembelian petrol subsidi hanya untuk golongan penguna/rakyat tertentu

    a. levi di kenakan keatas kenderaan mengikut kapasiti enjin dan tahun dikeluarkan
    b. bagi kapasiti enjin 2000 cc ke atas levi di kenakan 100% nilai roadtax dan kurang 10% setahun mengikut umor kenderaan- bermakna kenderaan lebih 10 tahun tak kena levi

    dengan cara ini bagi kenderaan lama (biasenye digunakan oleh mereka yg kurang berkemampuan tidak terjejas)

    2. untuk kenderaan asing

    a. levi dikenakan bagi setiap kemasukan mengikut jumlah hari
    b. denda dikenakan keatas kenderaan overstay (terdapat banyak kenderaan overstay terutama dari Thailand.. tak pasti samaada kenderaan ini dilindingi insuran atau tidak)

    akhir sekali kerajaan harus membuat kajian tentang pengunaan dua jenis petrol – premium dan regular, (ron 97 dan ron 95)
    bandingkan ratio pengunaan ron97 & ron95 negara ini dengan Negara lain seperti Australia, New Zealand dan Jepun

    didik penguna tentang pengunaan yang sesuai bagi kenderaan mereka

    (untuk pengetahuan selama ini kereta keluaran jepun bole mengunakan minyak regular – rujuk manual yang dibekalkan) sekian lama pembaziran telah berlaku.

    ReplyDelete
  48. Salam Dr,

    Some comments and questions yg saya kurang arif,

    1. Logically, setiap pengguna kereta mewah membayar nilai cukai yg lebih tinggi daripada pengguna kereta biasa setiap tahun. So, adakah nilai cukai yang dibayar oleh setiap pengguna kereta mewah tersebut tidak membolehkan mereka ini menerima subsidi kerajaan? Cukai tersebut pergi kepada kerajaan, so salahkan rakyat untuk menikmati semula sebahagian daripada pengorbanan tersebut? Plus, the gov should do the research, xsemua pengguna kereta mewah nih org kaya. Actually semua middle class punya golongan ja.

    2. Walaupun perbezaaan nilai minyak antara kereta biasa dan mewah tidaklah begitu tinggi, namun apabila dijumlahkan untuk penggunaan sebulan or setahun, jumlah tersebut amat membebankan. Sudahlah terpaksa membayar nilai cukai yg tinggi, nilai sara hidup pula semakin meningkat berikutan daripada langkah kerajaan mendiskriminasikan taraf hidup masyarakat Malaysia. Saya tidak nampak langsung apa positifnya langkah ini. Nak bantu golongan tidak berkemampuan, mereka ini langsung xterjejas.

    3. Jika ikutkan keadaan sekarang, nilai harga minyak mentah di dunia tidaklah begitu tinggi berbanding setahun lepas, so kenapa perlunya ada langkah perbezaan harga minyak ini? Di bawah Dr Mahathir dahulu, harga minyak melonjak naik, namun tidak pula adanya issue subisidi minyak diperkatakan. So, it's all about creativity in generating money by the gov to obtain what have they lost due to the hike of fuel price. Not just mumbling around pasal harga minyak to the consumer.

    4. Let see UK for example, eventhough the gov charge them with higher tax per year, but see what are the benefits they have obtained in return? Harga barang jauh lebih murah dari Malaysia. With 400pound per month, dah boleh bayar sewa umah, duit bulanan kereta, makan and minum per month in fact leh simpan 100pound lagik. 300pound covers everything for a month. So, apa bezanya dengan kita?

    ReplyDelete
  49. Ini adalah cadangan sahaja dato...kita tukarkan sahaja atau balik pada asal, iaitu MENTERI KEWANGAN dijawat oleh mereka yang arif soal ekonomi. sejak 2 PM kita pegang jawatan itu keadaan ekonimi merundum. PM sebenarnya tiada masa nak jaga kerumitan dan mencipta wawasan dlm kementerian itu. Tun DrM pun tak pegang jawatan itu hanya masa masalahnya dgn Anuar itu pun setelah 'aman' dilepaskannya, dan negara2 maju lain, PM atau Presiden tak menjawat jawatan itu. maka mintak dato komenkan. saya tahu kita ada ramai penasihat2 kewangan tetapi kuasa atau keputusan bukan ditangan mereka atau mereka ni hanya pandai cadang sahaja, tetapi tak berani betanggungjawap, PM pula seperti 'kebal' tak boleh dipersalahkan, kalau menteri biasa boleh PM yg pecatkan mereka dan digantikan yg lain....

    ReplyDelete