Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, January 22, 2010

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

1. Akhirnya terbongkar juga kisah aneh dalam perlombongan pasir di Selangor. Saya bukan ingin menuduh mereka yang ditahan telah bersalah. Cuma sekadar mengulangi pandangan saya sebelum ini bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila hasil pasir negeri begitu sedikit berbanding jumlah kawasan yang diluluskan untuk kerja ini.

2. Malahan kutipan hasil pasir tahun lalu sangat sedikit berbanding jumlah permit yang dikeluarkan. Lebih serius kebanyakan pasir yang dikeluarkan di negeri ini pada tahun lalu dibuat di atas tanah negeri. Ini bermakna selain kutipan doket, kerajaan negeri harus berupaya mengutip bayaran premium tanah yang tentu jumlahnya lebih besar.

3. Sebaliknya, kutipan hasil pasir kerajaan negeri sangat rendah berbanding unjuran mereka sendiri. Saya akui kerajaan negeri ketika saya juga hanya mengutip hasil pasir sekitar RM 20 juta setahun sahaja. Namun perlu diingat kutipan ketika itu hanya berasaskan doket atau cukai lori keluar tapak sahaja. Ini kerana tanah yang terbabit merupakan tanah persendirian.

4. Saya hairan mengapa pimpinan kerajaan negeri yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah begitu marah sekali dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM)? Apakah apabila terkena batang hidung sendiri maka dianggap konspirasi tetapi jika terkena ke atas musuh politik maka dianggap kewajaran? Bagaimanapula boleh menjadi konspirasi BN apabila saya difahamkan sebahagian laporan SPRM ke atas kerajaan negeri hari ini dibuat oleh penyokong mereka sendiri?

5. Jika benar mereka mahu mengamalkan apa yang dikata dan dijanjikan, seharusnya siasatan SPRM dialu-alukan. Saya terkejut apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, beliau meragui motif dan integeriti siasatan para pegawai SPRM terhadap isu yang berlaku dalam kerajaan Selangor sedangkan mereka sewajarnya menggunakan masa dan tenaga yang amat berharga untuk menyiasat penyalahgunaan wang rakyat yang bernilai jutaan ringgit di bawah saya.

6. Sebagai Menteri Besar adalah tidak wajar Khalid menyesatkan pandangan rakyat kononnya SPRM tidak menyiasat isu-isu di bawah pentadbiran saya. Boleh dikatakan setiap kes yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri dan dilaporkan kepada SPRM saya terpaksa berhadapan dengan soal siasat yang berjam-jam lamanya.

7. Malahan saya rasa siasatan SPRM ke atas saya lebih teruk berbanding siasatan SPRM ke atas Khalid dalam terdapat dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian lembu korban dan "tinted" kereta peribadi menggunakan wang kerajaan.

8. YB Yaakob Sapari pula menuduh siasatan SPRM bertujuan memalukan kerajaan Pakatan. Tahu pun malu bila dikaitkan dengan isu-isu seperti ini. tapi sewaktu menuduh pemimpin BN rasuah dan sebagainya tidak pula memikirkan keaiban orang?

9. Saya tidak nampak bagaimana siasatan ini boleh memalukan kerajaan Pakatan jika benar tidak berlaku rasuah wang dan seks seperti yang diperkatakan umum sekarang ini.

10. Namun ia pastinya boleh memalukan Pakatan jika ia benar-benar berlaku seperti di Perak ketika di bawah Pakatan dulu. Ketika itu seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah lantikan kerajaan Pakatan tidak segan silu mengaku menerima habuan seks dan menganggap sebagai sedekah.

11. Tindakan Pakatan menuduh SPRM menjadi alat BN apabila menyiasat pemimpin mereka jelas merupakan satu tindakan terdesak dan bertujuan mewujudkan tekanan kepada SPRM agar hanya menyiasat pemimpin BN sahaja.

12. Bukankah SPRM sewajarnya diberi hak dan kebebasan untuk menyiasat tanpa gangguan dan tekanan ke atas mana-mana penerima rasuah tanpa mengira kedudukan dan parti yang mereka wakili? Apakah kedudukan sebagai pemimpin Pakatan boleh membebaskan mereka daripada sebarang siasatan SPRM?

13. Sepanjang saya menjadi Menteri Besar Selangor sebanyak dua kali saya di siasat Badan Pencegah Rasuah (BPR). Fail-fail dari pejabat kerajaan negeri yang berkenaan semuanya diangkut secara mengejut tanpa sebarang notis. Malahan saya sendiri disoal siasat selama hampir lapan jam ketika itu.

14. Selepas mengambi alih kerajaan, beberapa tuduhan rasuah dibuat ke atas saya oleh pemimpin yang sedang disiasat oleh SPRM sekarang ini. Seingat saya sejak 2008 telah 4-5 kali saya dipanggil memberi keterangan dan menghadapi soal siasat oleh SPRM.

15. Hari ini pun seorang bekas EXCO BN di Perak dihukum penjara kerana kes rasuah. Banyak lagi contoh-contoh kes rasuah pemimpin BN yang dijatuhkan hukuman atau sedang menjalani perbicaraan. Tidak pula kita menuduh mena-mana pegawai penyiasat atau pengarah SPRM menjadi alat parti lawan. saya percaya di kalangan pegawai SPRM sendiri terdapat pelbagai ideologi politik yang tidak memungkinkan wujudnya usaha untuk menganiayai mana-mana pemimpin politik parti tertentu.

16.Jadi jika pemimpin BN boleh disiasat mengapa pemimpin Pakatan harus kebal dari sebarang siasatan? Mengapa perlu ada "double standard" dalam isu rasuah dalam perjuangan Pakatan? Jika kena pemimpin Barisan Nasional (BN) maka ia wajar dan tindakan yang tepat. Sebaliknya bila terkena rakan-rakan sendiri, SPRM pula dipersalahkan.

17. Sejak kebelakangan ini tampak jelas laungan anti-rasuah Pakatan sekadar menipu rakyat untuk menang pilihan raya bukannya untuk diperjuangkan dengan setulus hati.

18. Sekadar renungan, kalau bapa sudah borek tak mustahil anak akan rintik. Kalau ketua kencing berdiri apatah lagi anak buah tidak mustahil kencing berlari.

13 comments:

  1. 8. YB Yaakob Sapari pula menuduh siasatan SPRM bertujuan memalukan kerajaan Pakatan. Tahu pun malu bila dikaitkan dengan isu-isu seperti ini. tapi sewaktu menuduh pemimpin BN rasuah dan sebagainya tidak pula memikirkan keaiban orang?


    kepada ds khir

    hee..hee.....

    macam tu la ds khir. nak tunggu marhaen je tolong jawab..lembek la......ds dah makin semangat dan berani menyuarakan sesuatu isu sekarang...

    mungkin dah adat dunia politik
    kalau pembangkang...bersuara lebih vokal
    kalau jadi pemerintah..lebih banyak diam je walaupun patut bersuara..

    sebagai rakyat biasa saya sebenarnya dahagakan pemerintah yang menerajui kerajaan dan beliau juga berani lantang bersuara...sebab tu TUN MAHATHIR....berjaya..

    kalau pemimpin berani..rakyat diam,
    kalau pemimpin tido...rakyat jadi merapu
    ni la yang saya lihat...dan belajar

    walaupun saya tak suka TUN dalam pembangunan yang laju sangat dulu tapi banyak yang saya akan bersetuju dan menyokong dia akhirnya...paling tidak..undi!!!!

    VIVA TUN!!ds khir pun kena berani macam TUN...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Dato Seri,

    Bagi pendapat saya, semua ini adalah perancangan perjalanan politik pembangkang. Mereka saja menggunakan isu ini untuk meraih simpati rakyat, yang kononnya mereka dikejami oleh SPRM yang mereka dakwa mengikut telunjuk BN.

    Hakikatnya sebenarnya, mereka Pakatan Rakyat takut SPRM menyiasat tentang kesalahan yang mereka lakukan. Sebab itu mereka menuduh SPRM adalah alat BN.

    Pakatan Rakyat memang kaki pusing rakyat numbe 1 dalam Malaysia.

    Http://kedahkekl.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kepada semua blogger dan ds khir

    hari ini bila kita lihat dr mohd ridhuan tee abdullah nampak berjuang memberi keutamaan pada bangsa melayu untuk bersatu melebihi bangsa melayu sendiri....sebenarnya banyak yang orang melayu kena belajar dari kejadian ini.

    kita sedia maklum yang beliau ni cina masuk islam...

    dan kalau nak ikut kata2 seorang pemimpin politik pas pantai timur
    "kita utamakan islam bukan bangsa.....(ni lagi punca melayu keliru untuk mengutamakan bangsanya)tapi cuba kita renung yang ridhuan tee ni islam tapi mengapa dia betul2 nak dan perjuangan bangsa melayu lebih2 sangat sehinggakan keluarganya telah mematikan namanya sebagai orang yang telah mati gara2 kprihatinannya kepada bangsa melayu...."

    apa yang saya nampak adalah MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH telah melihat islam dari kacamata tanahair menjangkaui pemikiran kebanyakan melayu.

    pada pandangan saya sebenarnya mohd ridhuan telah melihat islam hanyalah mampu diletakkan di tempat yang mulia hanya apabila orang melayu baik umno atau pas bersatu....itu je...ITULAH FAKTA...BUKAN UNTA...ATAU ROITORIK

    DS KHIR...DAH TIBA MASANYA TAK PAYAH TUNGGU LEPAS PRU13.....GERAKKAN JENTERA DAN TIUP SEMBOYAN AGAR UMNO & PAS LEBIH SALING ADA KASIH SAYANG...JANGAN BIAR AHLI AMBIL SIKAP PROVOKASI....MASA NI LAH NAK BENTUK PEMIKIRAN UNTUK BERSATU...

    dan golongan muda hari ini pun rata2 tidak berminat dengan politik tanahair ada juga sebabnya berpunca dari 2 parti melayu ini yang saling menegakkan kebenaran mengikut kepentingan mereka sahaja.....ni lagi satu punca yang tidak akan selesai....DAN SEKALI LAGI SAYA TIDAK AKAN TERKELIRU DAN TERIKUT2 SANGAT..

    oleh sebab itu golongan muda keliru dan semakin tawar untuk meletakkan diri dalam kancah politik tanahair.

    kita tidak boleh paksa mereka tetapi kepimpinan wajib mendekati dan membawa mereka kembali..bukan ambil sikap tunggu sahaja..

    SELAGI TIDAK ADA PERUBAHAN BESAR DIPERINGKAT ATASAN SELAGI ITU POLITIK MELAYU TANAHAIR AKAN MACAMNI SAHAJA....

    JANGAN HANCURKAN AZAM 2010 SAYA...GEMBIRA & MAMPU KETAWA...SALAM

    ReplyDelete
  4. Khalid kencing dalam seluar sbb tulah jadi mcm tu..

    he he he

    ReplyDelete
  5. BN dulu kutip =20juta
    PR dapat kutip =4juta
    PR janji boleh kutip 200juta
    dengar pengeluarkan berkali2 ganda...rakus betul...ni kes faraid ni...apa ada hal lepas ni kalah boleh jadi pembangkang...dah memang kerja mereka mahir membangkang....rakyat selangor tak rasa ditipu bulat2 ke?

    otak kalau berniaga mula pikir

    20juta - 4juta = 16juta

    kalau 2 kali ganda pengeluaran sekarang

    mana pegi baki tu.......!!!geli tetek aku

    pusing mana pun...kita yang kena...

    MEMANG KERJA MENGENCING ORANG JE LEEEE....

    ReplyDelete
  6. 18. Sekadar renungan, kalau bapa sudah borek tak mustahil anak akan rintik. Kalau ketua kencing berdiri apatah lagi anak buah tidak mustahil kencing berlari.

    Saya kata :-
    1. Yang borek itu Anuwar Ibrahim
    2. Yg kencing berdiri itu Anuwar Ibrahim

    Bapa kepada borek adalah tamak haloba dlm diri sehingga matlamat boleh menghalalkan cara.

    Ds, ayuh kita lawan... jangan kita tangguh tetap tangguh.

    ReplyDelete
  7. Politik yg diamalkan mereka bukan utk memperbaiki segala kelemahan, tetapi lebih kepada merosakkan imej serta maruah pihak lawan. Tahniah DS, jgn kita ikutkan cara mereka. Saya pasti, akhirnya rakyat akan menghukum mereka pada PRU 13. PR akan diingati sebagai bapa kepada segala rasuah

    ReplyDelete
  8. Salam 1Malaysia Dato' Seri,

    Saya menyokong penuh penulisan Dato' Seri kali ini. Sepatutnya siasatan SPRM dialu-alukan oleh Kerajaan Selangor pimpinan YB Khalid Ibrahim.

    Sekiranya YB Khalid dan pemimpin PR yang lain ikhlas dan tidak punya salah, sudah tentu tiada sebarang kerisauan dan pastinya kerjasama sepenuhnya akan diberikan utk membantu siasatan.

    Namun, rakyat harus juga diingatkan bahawa YB Khalid Ibrahim dan kepimpinannya mungkin mencontohi YB Anwar Ibrahim yang juga "takut" memberikan DNA dan kerjasama penuh berikutan kes "liwat 2"nya.

    Hakikat ini harus disedarkan kepada rakyat supaya tidak terus tertipu dengan slogan "retorik" permainan PR.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Ds, sy pernah bertanya kepada jemaah tablig. Jika ada sesuatu jemaah atau siasah yg berjuang atas landasan islam, berjuang utk menegakkan islam, apakah ada tanda yang perjuangan mereka direstui dan diredha oleh Allah swt. Jawab sahabat saya, "Lihat sahaja diakhir atau dikemuncak perjuangan mereka. Jika diakhir / kemuncak perjuangan mereka umat islam bersatu padu, ikatan persaudaraan semakin kukuh, keimanan umat islam semakin tebal maka itulah tandanya perjuangan jemaah tadi diredha oleh Allah dan jika sebaliknya, maka perjuangan mereka adalah sia-sia serta dimurkai oleh Allah.

    ReplyDelete
  10. Salam DS,
    Saya sememangnya bersetuju dgn SPRM supaya mendakwa sesiapa yg didapati bersalah....AKAN TETAPI KEMAMPUAN SPRM UTK MENCARI BUKTI YG KUKUH SETERUSNYA MENYABIT SALAH DIDALAM MAHKAMAH ADALAH SATU TANDA SOAL.....Menurut data org yg didakwa dan org yg disabit kesalahan oleh mahkamah adalah satu angka yg jauh...!!!
    Nampaknya Saudara WMU350 begitudgn berita ini.....Tapi bagi saya ini adalah berita yg cukup cukup sedih kerana negara kita tambah lagi berita yg buruk dan inilah yg menghalang kemajuan negara ke hadapan.....Tak tau la yg saudara WMU350 dgn blogger lain fikir dari segi mana,TAPI JGN LUPA PENANGKAPAN INI BUKAN SAHAJA DI SELANGOR,DI PAHANG DAN LAIN2 NEGERI PUN ADA....!!!
    Sebenarnya negara kita masih jauh di belakang malah sepatutnya Selangor dah jadi bandar yg begitu maju 10 tahun yg lepas kalau mengikutkan kemampuannya...!!!Jgn marah DS yg saya katakan beigini,Malaysia ada banyak natural resources dan kerajaan tak menggunakan sebaik-baiknya...pendapat saya kita masih ada 40~50% ruang kemajuan!
    APA YG NEGARA LAIN KETAWAKAN KITA ADALAH PARTI POLITIK MASING2 BEREBUT UTK MEMERINTAH KERAJAAN KERANA MENGAUT KEUNTUNGAN DIRI!!!Inilah senario politik negara kita!

    Kepada WMU350---DAH sabit oleh mahkamah si Setiausaha politik selangor barulah saudara senyum....JGN LUPA DI PERAK KERAJAAN BN MENYOKONG ORG YG MENGAMALKAN RASUAH JUGAK JADIKAN BENTANG MEREKA...!!!dUA KATAK YG MELOMPAT TU!!

    Senario SPRM semakin sihat dan ini PATUT BERLAKU DI ZAMAN TUN MAHATHIR,RAMAI BUAYA DAH LEPAS....NASIB BAIK TSUNAMI POLITIK BERLAKU,KALO TIDAK RAKYAT MASIH BODOH2 LAGI YG SEPATUTNYA MEREKA BOLEH DAPAT YG LEBIH BENEFIT DARI DULU LAGI!!!TOL DAH MULA TUTUP SATU PER SATU YG TIDAK SEPATUTNYA CHARGE...!!!
    This all was manage problem by previous Govt!

    Sekian!

    ReplyDelete
  11. ricky....

    ingatkan dah ada kat luar dah tak ambil tahu hal politik negara....

    kamu bukan baru mengikuti blog ini dan rasanya dah kenal pendirian antara kita....

    awal 2009 ada kawan yang kata tidak suka dengan cara komen u kat sini...tapi saya berpendapat utu adalah hak dan kita perlu bersedia menerima pandapat dan pandangan orang lain demi untuk mencambahkan pemikiran kita yang tidak terfikir oleh kita selama ini....jadi saya rasa negara kita memerlukan ramai oramg yang berani dan bersuara dengan niat yang ikhlas.....

    saya tiada masalah malah jika saya yang mempunyai blog ini saya akan mengalu alukan pandangan dan tulisan semua yang lantang dan berani...tak kiralah apa yang dia nak tulis ...asal datang dari niat yang jujur dan ikhlas demi agama,bangsa dan negar menjadi keutamaan PERTAMA....kemudian baru yang lain2...TAK PE....BIAR ORANG LAIN TAK FAHAM....LAMA2 MEREKA AKAN FAHAM...INILAH YANG TOK GURU SAYA BAGITAU..

    BELUM ADA ORANG YANG JUJUR DAN IKHLAS BERJUANG AKAN LUNGKUP....YANG AKAN TERKELUAR GELANGANGGANG ADALAH ORANG YANG SUKA BERMUKA2...

    ko tanya aku apa yang aku fikirkan....entah aku sendiri pun tak tahu...apa yang aku selalu terfikir adalah....kalau diam ...makin diam....ko sewndiri tahu apa jadinya....

    ko cuba check berapa ramai orang muda seperti kita suka bantu dan bersuara sebagai pendesak disini.....atau ranmai hanya yang ada kepentingan sahaja ...maaf lah kalau saya tak betul.....ricky..adakah kita nak salahkan mereka yang ada kepentingan....atau kita perlu sedarkan orang muda yang tidak minat berpolitik hari ini untuk turut membantu bersuara dan memberi pandangan mereka disini agar semua pembaca boleh menilai dan mungkin boleh diguna pakai.....yang penting jujur dan ikhlas...tak payahlah kita mesti nak kehadapan baru nak buat keje......salam

    p/s:-apa pun hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri....sendiri mahu ingat..teruskan menulis..hee..hee

    ReplyDelete
  12. Salam DS,
    Kepada saudara WMU350,jgn ambil hati apa komen saya diatas,betul kata saudara bahawa kita perlu ikhlas dalam komen kita dan saya memberi pendapat yg saya rasa ruang memperbaiki masih ada banyak lagi.....
    Ya betul kata saudara di merantau sememangnya perit bagi org yg merindukan rumah iaitu MALAYSIA NEGARA TERCINTA KITA!Sebenarnya saudara jgn ingat kita asyik nak bangkang aje,akan tetapi apa point2 yg kita nak kemukakan kita akan suarakan pada DS di blog ini(Saya menaruh harapan kpd DS supaya komen positive kita ni boleh dibawa ke peringkat Kabinet atau kerajaan utk berbincang baik buruknya.Kalo tiada komen dari rakyat manalah negara nak maju!
    Disini satu ingin tekankan isu alam sekitar,cadangan saya supaya di peringkat sekolah kita harus memberi 5~10minit tentang kesedaran alam sekitar...ia boleh memberi taklimat ini malalui spk ataupun risalah.....Kementerian Pelajaran & Kementerian Alam sekitar harus berganding bahu utk mewajibkan taklimat ini supaya anak2 kita dapat kesedaran tentang alam sekitar di peringkat kecil lagi....target dapat meyedarkan anak kita pasti boleh capai ke tahap sekurang-kurangnya 40~50%...!

    Sekian

    ReplyDelete
  13. Salam DSKT,
    Sebenarnya rasuah ni tak kenal apa ideologi politik pelakunya...Kau BN ke, PAS ke, PKR ke , dan apa-apa la...Pada saya SPRM dah buat yang terbaik...Yg cuma kelihatan sekarang tentang liputan di dalam media arus perdana terutamanya media elektronik...kalau pelaku itu geng2 PR...berita dia panjang sket dan sensasi.. tp kalau geng BN...tu pendek sket kot dan kurang senasinya kecuali pelaku rasuah itu orang yg memang glamer...Wallahualam.

    ReplyDelete