1. Saya mengalu-alukan kenyataan Mursyidul Am Pas, YAB. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan musyawarah dengan UMNO membabitkan hal-ehwal agama Islam.
2. Sejak dahulu saya telah beberapa kali menyarankan agar Pas dan UMNO duduk semeja membincangkan isu-isu membabitkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu. Malangnya setiap kali ada usaha ke arah itu, akan wujud tentangan dan juga halangan.
3. Perbincangan isu-isu agama Islam antara Pas dan UMNO boleh merungkai keresahan majoriti umat Islam di negara ini yang tidak senang ke atas beberapa peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya is penggunaan kalimah Allah.
4. Sungguhpun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi selangkah ke hadapan dengan menyatakan Pas sedia berbincang pelbagai isu dengan UMNO, namun buat masa ini biarlah kita realistik dengan memberi tumpuan kepada isu agama Islam terlebih dahulu.
5. Malahan dalam isu agama pun saya khuatir keterbukaan Nik Aziz dan Hadi Awang akan berubah sekelip mata apabila ada campur tangan lain sama ada di dalam Pas mahu pun di dalam Pakatan Rakyat.
6. Pendirian pimpinan Pas dalam beberapa isu sebelum ini termasuk isu kalimah Allah dan kerajaan perpaduan bertukar arah sebaik menjadi isu besar dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pas Pusat.
7. Justeru saya menyarankan agar keputusan untuk mengadakan perbincangan, musyawarah atau muzakarah dengan UMNO mengenai isu Islam ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat terlebih dahulu. Ini kerana telah kerap kali Pas berubah pandangan sebaik selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya.
8. Perbincangan Pas-UMNO tidak ada salahnya. Tidak sepatutnya ada mana-mana pihak sama ada di dalam UMNO mahu pun Pas yang merasakan jatuh kedudukan atau martabat. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, apatah lagi jika ia untuk kepentingan agama Islam di negara ini.
9. Mungkin buat permulaan, jika sukar di peringkat parti induk, saya cadangkan pemuda UMNO dan Pas memulakan langkah awal. Kita sedar apa gerakan pun agak molek ia dimulakan dengan golongan muda. Janganglah sampai yang tua bergaduh, yang muda pula kuat berbalah. Jika ini berlaku nampak sangatlah kita tidak mengikuti ajaran agama Islam yang amat mengutamakan perpaduan.
10. Jika langkah pertama ini dapat direalisasikan saya percaya akan banyak lagi perundingan dan perbincangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara dapat diadakan pada masa hadapan. Insyaallah jika ruyung dipecahkan pasti sagu hasilnya.

16 comments:
sebelum musyawarah berjalan antara UMNO dan PAS, 2 perkara perlu dilakukan oleh PAS
1. Nik Aziz perlu letak jawatan sebagai MB dan Musyidur AM PAS.
2. Pempimpin PAS dan penyokong PAS perlu akui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka pada pemimpin UMNO terdahulu kerana menghina mereka ketika di ceramah.
Harakah pun sama perlu minta maaf.
pkrpasdap.blogspot.com
salam dr khir toyo
siapa kata pas itu wakil ISLAM ?
pas dah banyak buat onar kepada agama dan bangsa. saranan muzakarah ni cuma nak mintak insuran kepada hati-hati umat islam yang terluka dengan mainan pas sahaja..
pas tahu pru ke 13 nanti waktu berentap dengan umno mereka akan tewas di semua kerusi dun/parlimen majoriti melayu ! ini hakikat..
dr khir jangan terperangkap dengan mainan politik 'mokhtar' dari pas ni..
saya setuju dengan abemie.
bubar pas dan masuk umno. baru boleh bincang.
kedua, taubat atas segala lacuran politik yang dah pas lakukan..nak detail boleh pikir sendiri.
dr khir dah lupa kot pasal pas...nabi saw dah pesan jangan dengan patuk ular 2 kali di lubang yang sama .
dalam pemerhatian saya, group ketiga (selain pas/umno) lebih besar jumlahnya di malaysia.mereka sedang memerhati. mereka tahu siapa hantu siapa malaun politik bangsa melayu.
ide menerima dengan sepantas kilat cadangan muzakarah pas ni buat rakyat aku menyampah. semua nak jadi hero !
pas harus bertaubat.
dr khir TOLONG SAYA BOLEH. SAYA NAK JADI CALON BEBAS PARLIMEN SHAH ALAM LAWAN KALID mangkok tu ?
ha yang ni wajib muzakarah. betul tak dr ?
Salam "MOKHTAR"
Ds, dalam keadaan umat melayu / islam di maalaysia nie lemah sy menyambut dgn lapang dada saranan Nik Aziz tersebut. Nak pertikai keikhlasan dia nie kita tak mampu baca niat dan keikhlasannya. nik aziz merupakan orang politik, jadi cadangan dia pun tak lebih cadangan orang politik. Cuma jangan pisang berbuah dua kali, biarkan beliau jemput secara rasmi dan kita bincang. Kalau dia pusing cerita maka rakyat akan melihat betapa minyak cap kapak fikiran MB Kelantan ini. Farap pihak UMNO juga janganlah memandang remeh pelawaan Nik Aziz ini walaupun ajakan beliau hanyalah bersifat hangat-hangat tahi ayam
salam.....
saudara mie..
nampak gaya tak kesampaianlah lagi...
kerana syarat dikenakan...sedangkan
tanpa syaratpun mereka tak pandang UBN
dua belah mata!
jika TGNA mulakan langkah tapi tanpa memberi
jaminan "PIHAK PAS TANPA SYARAT"..maka UBN
tidak perlu menyambutnya..kerana
pasti PAS menanti akan syarat UBN dikenakan
kepada PAS...mungkin TGNA sebenarnya
cuba memasang perangkap....jgn sampai
UBN dikatakan celako-celako-celako....
eloklah dua-dua pihak fair & square..tanpa syarat!...
salam....
sambungan...
hal terbaru berkaitan wang ehsan tu..
cukuplah..bagaimana TGNA menolak
wakil kerajaan negeri menyertai
mengurus wang ehsan.
lebih mudah sebenarnya menduga
mainan TGNA disebalik serban dikepala,
bilamana beliau cuba mengacah UBN ke meja
rundingan kerjasama.
apapun yg pasti disebalik mee dipinggan
tersorok dua tiga ekor udang!
Salam Dato Seri,
Bagus cadangan Dato Seri ni, tetapi sebelum nak terima kena pastikan N.ajis tak buat gila macam selalu!
Lagi satu golongan muda ni berbaik adalah cadangan yang bagus, sepatutnya dalam hal ini Razali selaku Timbalan Ketua Pemuda UMNO memainkan peranan yang lebih, sebab beliau dihormati oleh kawan dan lawan tak macam ketuanya yang baik dengan PKR dan Anwar saja!
Maaflah Dato Seri, ini adalah hakikat, kita nak tipu siapa, kalau dalam Pemuda Umno sendiri pun si ketua elitis ni tak boleh satukan apatah lagi PAS!
Bagi peluang kat Razali untuk buat usul ini dan kena pastikan N,ajis tak buat gila, si wali selipar ni pantang tengok muka CIFUT B.A.B.I. nanti dia kona baring lagi!
Atau N.ajis dah tahu si Anwar agen yahudi ni bersalah dan dia akan masuk dalam so N.ajis nak berbaik dgn UMNO la, saya cukup suka dengan kenyataan PM, kata beliau PAS ni macam musim cepat berubah! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh PM kita tu!
Jangan cepat syok sendiri, siasat dulu kenapa N.ajis nak bersatu ni!
Maaf la bahasa style pasar sikit Dato Seri, but you know me, i am like this!
Salam Perjuangan bukan Salam Mokhtar!
Salam dato seri,
Kemungkinan besar Pas ni ada maksud lain. Susah nak percaya kalau orang yang suka menipu ni. Apapun sebelum ada apa-apa perbincangan dengan Pas. Mc harap, UMNO fikirla baik-baik.
http://Kedahkekl.blogspot.com
salam....
apa salahnya bermuzakarah sesama islam dan melayu. Buang yg keruh dan ambil yg jernih.
Jangan terlalu berprasangka. Nampak sekarang ni puak kafir tengah mengambil kesempatan atas kelemahan melayu dan islam. Pergaduhan politik melayu islam tiada yg mengutungkan melayu islam itu sendiri. Carilah titik persamaan utk mengembalikan kekuasaan melayu islam semula
Salam DSKT,
Banyak bidalan org2 dulu2 reka...dan banyak yang boleh digunapakai untuk tujuan kebaikan. Walaupun saya tidak setuju secara peribadi sikap YO-YO TGNA, namun saya lebih suka mengambil pendirian yang positif. Saya mendoakan semoga kali ini niat murni antara UMNO dan PAS akan direstui oleh ALLAH. Rasanya dah lama sangat org Melayu dan Islam secara keseluruhannya bercakaran sesama sendiri. Terbukalah hendaknya semua hati dan fikiran pemimpin2 yang di atas. Bersatu teguh bercerai roboh. Janganlah hendaknya terlalu ekstrim. Semoga DSKT sejahtera selalu untuk meneruskan agenda membela dan mendahulukan rakyat. Wassalam.
Assalamualaikum,
YB DSKT, diharap dskt tidak lupa: DALAM UMNO ADA KAFIR, dalam PAS tiada kafir.
Wassalam.
Assalamualaikum dr
Jangan terpedaya dalam permainan mereka yang sedang terdesak,tidakkah manusia diberikan akal dan fikiran untuk menganalisa ape yang tersirat dan yang tersurat?.
Ya!! memang betul kita kena berpesangka baik.Tetapi....jangan sampai kita digelar "Hidung tak mancung pipi yang tersorong sorong".
Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah dan mempertahankanya selagi tidak melanggar hukum.
salam Dr
Tak perlu duduk semeja dgn Nik aziz ni...sikap gedebe dia tak pernah hilang. bila Nasharuddin nak duduk semeja dgn UMNO dia melenting...bila time dia buat proposal...buleh pulak! Bila dia buat semua betul...kalu org lain buat (walaupun dari kem yg sama), semua tak betul. Maknanya...orang lain dlm PAS jgn cakap apa-apa..Biar Nik Aziz sorang yg cakap....
Kepada Abdur Raheem, apa maksud anda "DALAM UMNO ADA KAFIR, dalam PAS tiada kafir".
Bukankah puak-puak PAS penyokong kuat KAFIR!!!
Politik lagi ke....??? Letih la...
Assalamualaikum,
Maaf dato' skt, ahli umno kat sabah sarawak tu ada yang kristian! rasanye lah. Tak tahu pulak kalau sekarang mereka bukan ahli umno lagi!?
Kalau salah, maaf ye.
Assalamualaikum,
Kpd DSKT dan mr super... Bukan ape, jika nak bincang apa pun, kite kene fikir point yg kita rase dia akan tekan kite.
PAS memang sokong kafir tapi dia takde ahli kafir.
UMNO parti melayu tapi ada ahli yang kafir (kalau ahli umno sabah sarawak tu diambilkira - masa keahlian umno dibuke kpd orang di sabah sarawak - kadazan, bidayuh dan ....bukan semuanya Islam).
Oleh itu, kalau berbincang dengan PAS, UMNO kena ingat PAS akan fikir UMNO mewakili juga kafir dalam perbincangan tersebut.
Allah lebih Mengetahui.
Dr Khir
Presiden PAS Tuan Guru Nik Aziz patut memikirkan perkara ini dari dulu lagi. Apakah penasihat-penasihat yang baru telah dilantik telah menyebabkan minda dan jiwa Presiden PAS ini berubah dengan mendadak?
Apa pun perbincangan, muzakarah atau apa jua terma yang digunakan haruslah di terima tanpa buruk sangka terutama dari PAS. PAS terlalu berpolitik dalam hal ini hanya untuk mendapatkan sedikit laba politik yang sempit.
Akhir kata, Presiden PAS Tuan Guru Nik Aziz patut bermuhasabah dan perlu tiada udang di sebalik batu.
P/S : Eh, Presiden PAS tu Nik Aziz ke Hadi Awang ha?Apasal Hadi asyik ikut kata Nik Aziz je? Hmmm fining..fining..ana..
Post a Comment