Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, February 17, 2010

Kompromi Agama Untuk Kuasa

1. Tindakan Datuk Nik Aziz Nik Mat membatalkan sambutan Maulidur Rasul negeri Kelantan sangat mengejutkan. Memang benar tidak ada salahnya untuk mengadakan sambutan atau tidak. Cuma mengejutkan ialah ia diumumkan ketika seluruh negara sedang kecoh dengan isu pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

2. Seperti kata Datuk Mustapha Mohamad keputusan tersebut bukanlah bersandarkan isu agama tetapi kerana kompromi politik Pas-DAP. Bagi saya pula keputusan Nik Aziz ini merupakan kompromi agama untuk kepentingan politik.

3. Amat menarik sekali untuk melihat sejauh manakah Pas sanggup berkompromi dalam hal agama bagi menjaga kepentingan politik mereka. Alangkah baiknya jika mereka boleh berkompromi sedemikian rupa dengan orang Islam lain. Alangkah baiknya juga jika mereka boleh berkompromi dengan UMNO jadi tidaklah timbul suatu ketika dahulu isu dua imam, kahwin tidak sah dan pelbagai gelaran seperti taghut dilemparkan kepada penyokong UMNO.

4. Sungguhpun kerajaan Pulau Pinang telah membenarkan semula perarakan maulidur rasul dan menambah sambutan kepada tiga hari, rata-rata orang Islam melihat ia tidak lebih sebagai mengawal kemusnahan (damage control) yang lebih besar.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, boleh menafikan pembatalan tersebut. Namun bersandarkan surat pembatalan yang pernah wujud tentulah penafian Guan Eng sukar diterima. Apatah lagi Guan Eng tidak pernah menafikan bahawa Pejabat SUK Pulau Pinang ada mengeluarkan surat pembatalan tersebut.

6. Apabila Nik Aziz mengumumkan pembatalan sambutan maulidur rasul di Kelantan ia merupakan satu pengorbanan besar Mursyidul Am Pas tersebut bagi menjaga DAP. Malangnya Nik Aziz tidak memahami kemarahan orang Islam yang tidak taksub membuta tuli kepada Pas.

7. Isunya bukanlah sambutan maulidur rasul ini satu keperluan atau tidak. Isu bagi kebanyakan orang Islam ialah mengapa sebuah kerajaan pimpinan DAP begitu berani membatalkan perarakan Maulidur rasul di negerinya?

8. Jika Nik Aziz mengambil keputusan membatalkan sambutan Maulidur Rasul tanpa membabitkan DAP ia bukanlah isu besar. Namun apabila ia dilakukan oleh bukan Islam (DAP) tentulah ia isu besar kerana ia membabitkan kedudukan agama Islam di dalam Pulau Pinang.

9. Saya bersyukur selepas pilihan raya 2008, Pas mulai menyedari realiti politik negara ini. Malahan mereka menjadi lebih liberal, terbuka dan sedia bertolak ansur dalah hal agama berbanding UMNO sendiri. Ini satu kemajuan yang sangat drastik kepada Pas.

10. Apa yang PAS kecam, kutuk dan menjatuhkan fatwa sesuka hati ke atas ahli UMNO suatu ketika dahulu, hari ini kelihatan pulang secara sendirinya kepada mereka.

11.Malah keadaannya lebih teruk lagi. Mereka bukan sahaja gagal melaksanakan perjuangan mereka sebelum ini tetapi juga telah menggadaikan apa yang mereka perjuangkannya selama ini. Selepas mengalah penggunaan kalimah Allah dan pembatalan sambutan maulidur rasul, apa lagi yang sanggup mereka korbankan kepada DAP pada masa akan datang?

12. Umat Islam di negara ini buatlah penilaian dan pertimbangan sendiri sama ada Pas boleh menjaga kepentingan kita jika mereka diberi kepercayaan menggantikan peranan UMNO.

13. Jika dilihat hari ini sudah tiada beza Pas dengan DAP. Pas sekarang dalam keadaan meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri; menepuk air di dulang terpercik muka sendiri.

52 comments:

  1. PAS inginkan kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak. PAS sanggup membiarkan Melayu di pinggirkan secara perlahan seperti di Singapura oleh LKY demi ingin populariti. Allah swt mencipta indentiti orang cina berasal dari negara Cina & orang ndia berasal dari negara India. Apakah PAS tidak mahu melihat Malaysia di peta dunia rakyat kaum Melayu? Kemana kita nak pergi sekiranya di pinggirkan? Kaum Cina & India boleh balik ke negara masing2. Melayu Singapura dah kelas 3 bawah dari kaum India.

    ReplyDelete
  2. aku tersangat-sangat setuju dengan saudaru-ku SHAH.....AKU MELAYU SINGAPURA!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. As'kum Dato' Seri,

    1. Memang menarik telatah Tuan Guru Nik Aziz. Dulu orang kata apa yang TGNA buat boleh dijadikan fatwa sebab ia berlandaskan hukum agama. Tapi hari ini langsung tak boleh pakai.

    2. Sekarang ini orang kata PAS akan jual dan gadai prinsip agama demi untuk mendapat sokongan. PKR pula akan gadai semua, bangsa dan agama demi untuk mengejar cita2. Umno pula orang kata sanggup jual bangsa demi mempertahan kedudukan.

    3. Kita tidak mahu membincang pasal PAS dan PKR kerana sudah terang maka tidak perlu bersuluh lagi. Kita hanya khuatir tentang Umno. Jika Umno dikatakan sanggup menggadai bangsa maka habislah Melayu. Oleh itu kita harap pemimpin Umno harus ambil iktibar dari persepsi ini. Jangan sampai bangsa sendiri pun dah meluat.

    4. Bagi Pas pula kita harap mereka tarik balik Amanat TG Hadi Awang yang mengkafirkan orang Umno kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Kini Pas bukan sahaja bekerjsama dengan DAP yang terang2 menentang Islam tapi sanggup membela DAP yang terang2 menjatuh semangat orang Islam dalam kes sambutan Maulidul Rasul. Kalau Pas tidak tarik balik Amanat Hadi Awang itu maka hukuman yang sama (mengkafirkan penyokong) jatuh kepada pengikut2 Pas juga.

    ReplyDelete
  4. Salam DSKT,

    Saya amat bersetuju dengan tindakan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana aktiviti perarakan Maulidurasul dilihat kebelakangan ini seolah-olah mirip kepada menjadi perbuatan bida'ah (perbuatan yang tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah SAW dan kini UMNO cuba menjadikan isu ini seolah-olah perarakan Maulidurasul ini adalah perkara wajib oleh umat Islam di Malaysia).

    Janganlah kerana inginkan sokongan dari orang Melayu Islam, pihak UMNO cuba menangguk di air keroh dan mempertikaikan perkara yang tidak pernah berlaku di zaman Rasullulah SAW. Tidak perlulah nanti kita salahkan pihak barat yang cuba menggambarkan umat Islam sebagai Muhamadian (seperti mana mereka mengambarkan golongan Kristian sempena dari nama Christ iaitu Nabi Isa) kerana tindakan kita ini. Rasullulah SAW tidak pernah meminta kita untuk memuja hari kelahiran beliau dan apa yang penting dan diseru oleh baginda ialah supaya kita menghayati ajaran Islam sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah Taala.

    Alangkah lebih baik jika UMNO dan juak2 mereka melobi Najib untuk mengurangkan lesen2 judi (yang dikeluarkan oleh beliau sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri) dan lesen2 penjualan arak yang berleluasa sekarang? Bukankah isu pengharaman Judi & Arak ini hukumnya amat jelas dalam sudut pandangan Islam dan tidak perlu di pertikaikan lagi.

    Kenapa kita mesti berkelahi sesama Islam dalam menegakkan isu yang jelas bukanlah merupakan perkara pokok dalam Islam. Janganlah hanya nampak kuman diseberang laut tetapi gajah didepan mata Datuk Seri tidak nampak.

    ReplyDelete
  5. salam..biasa laa dato' seri..org lain buat salah tak boleh kita buat tak pa..macam dato' seri jugak..orang tak meluat kat UMNO tapi org meluat dengan pemimpin UMNO yang suka adu domba sesuatu perkara..

    ini pandangan org bawah..jgn laa kita ingat strategi kita adu domba tu jalan yang terbaik..bukan bertambah meraih sokongan tetapi bertambah meluat org melihatnya.. tolong lah..demi masa depan UMNO ubah strategi..jadi yang terbaik bukannya jadi penjahanam org lain

    ReplyDelete
  6. Itulah masalah fundamental UMNO. Bayangkan..sesuatu itu dianggap salah kerana ianya dibuat oleh DAP. Kalau UMNO buat tak pe, tapi sebab DAP yang buat maka ia dianggap mencabar agama. Apa punya BODOH Khir Toyo nie...

    Yang benar tetap benar, tanpa kira siapa yg buat. UMNO tak payah cakap Islam lah sebab Islam nampak terlalu hodoh bersama UMNO. Bayangkan bapak rasuah bercakap soal Islam...nak muntah mendengarnya.

    ReplyDelete
  7. Perlis tak pernah anjurkan/buat perarakan maulidul rasul sejak dahulu lagi.. dan dari dahulu UMNO memerintah perlis... jadi UMNO Perlis pun berkompromi dengan DAP jugak le ye????

    Ini adalah bukti isu perarakan maulidul rasul ini hanyalah mainan politik UMNO... UMNO menggunakan agama untuk kepentingan politik...

    ReplyDelete
  8. Komentar wat Shamsul..

    Alangkah lebih baik jika UMNO dan juak2 mereka melobi Najib untuk mengurangkan lesen2 judi (yang dikeluarkan oleh beliau sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri) dan lesen2 penjualan arak yang berleluasa sekarang? Bukankah isu pengharaman Judi & Arak ini hukumnya amat jelas dalam sudut pandangan Islam dan tidak perlu di pertikaikan lagi....

    hahahaha... geli aku nak baca pendapat kau ni...Cuba la kau tanya pada Dato' Hassan Ali-Pesuruhjaya PAS Selangor tu wat aper bila dapat kuasa memerintah Selangor...semuanya akur dengan kehendak DAP...kerana kuasa sanggup gadai prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dr

    Orang Melayu itu ugamanya Islam,tetapi sekarang ramai yang Islam keturunan sahaja,tidak Islam dalam cara hidup mereka.

    Nik Ajis tahu benar tentang itu,tak perlu rujuk Alquran,boleh saja diputar belitkan, asal saja dalam setiap ceramah atau komennya di tv selitkan 1 atau 2 ayat ayat Alquran orang ramai akan anguk anguk.oooooooo betul betul betul.
    Sedangkan shorga dan neraka dia boleh kompomkan dapat atau tak,inikan pulak kerjasama antara kafir dan islam.Bekerjasama ngan syaitan juga dibolehkan,jadi sape sape yang ada ilmu memuja syaitan tu boleh la cuba try test kat nik ajis mujarab ke tak ilmu anda itu.(Bagi dia bila jumpa orang saja dia cakap ni masuk ni tak).

    ReplyDelete
  10. Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

    Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

    Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!!

    Ape komen engko bro

    ReplyDelete
  11. Sdra Shamsul, minta nasihatkan juga kat Nik Aziz, Rasullullah sendiri pun tak pergi rasmi tokong siam macam Nik aziz dok buat tempohari. Rasullullah juga tidak menyuruh dan tidak berbangga dengan pembinaan patung atau berhala di zaman baginda. Bandingkan pula dgn Nik Aziz yang kononnya mencontohi Rasullullah. Politik islam apa yang Nik Aziz bawa sampai sanggup memutuskan silaturahim saudara seagama. Jika anda menafikan minta Nik Aziz tarik balik dan haramkan amanat Haji Hadi.

    ReplyDelete
  12. Nik Aziz hanyalah pemain silap mata bagi mengekalkan sokongan melayu taksub kepada PR. Jika kuasa politik menjadi keutamaan untuk meneruskan cahaya bulan di kelantan maka tak heranlah keterbukaan Nik Aziz lambat laun akan memakan diri dan merosakkan perpaduan umat islam di masa hadapan

    ReplyDelete
  13. Salam DSKT,

    Tajuk ini menarik. Iyye lah DSeri, 'kerana kuasa Nik Aziz mengkompromikan Islam'.

    Itu kebiasaan yang harus dilakukan oleh Nik Aziz. Sikit lagi kerana kuasa dan nak jaga DAP, Nik Aziz akan jual Islam, bukan kompromi lagi.

    Macam alasan dalam komen si Shamsul 1.35 pm, saya berpendapat Shamsul ni pun macam Nik Aziz juga lah. Dia pun akan jual Islam, kerana nak jaga hati DAP ni.

    Membicarakan kejadian membatalkan perarakan maulud di Pulau Pinang, kenapakah pemimpin PAS yang dua tiga ekor saja yang dok bercakap dan beberapa ekor barua PAS yang dok menulis dalam blog dan tompang kemen blog2 orang lain?.

    Nik Aziz macam dah bagi fatwa. Mahfuz pulak cakap merapu "perarakan maulud+rasuah". Tak bersabit pun. Fahamlah kita Mahfuz ni pejuang PAS, tapi bahlol fasal Ugama Islam, dia hantam keromo (DSKT faham maana kromo) jeeer..Tapi, yang pembesar2 PAS yang lain dah mati anginkah dengan gelagat gila Nik Aziz ni?. Hj Hadi tak bersuara, Dato Harun Din Timbalam Murshidul Am PAS pun diam. Tokoh2 PAS yang lain, Timbalan Presiden tak katalah bila dah diperkecilkan oleh Nik Aziz, Naib2 Presiden yang lain dan Ahli Majlis Tertinggi PAS yang lain, pun diam juga. Yang lagi2 peliknya, Ustaz Azizan MB Kedah, pun diam juga. Kenapa ya?.

    Jadi, kesemua ni ritorik2 hancai pemimpin2 politik PAS dan PKR ni benar2 menjadi satu kekotoran dan kehancingan demokrasi yang kita amalkan di negara kita sekarang.
    Kita merasakan demokrasi yang kita pupuk membolehkan ahli2 politik kita berpolitik secara
    benar2 profesional demi menguatkan bangsa, ugama dan negara. Sebaliknya kesempatan ini diambil oleh komponen haprak PAS, PAS dan DAP menghancingkannya demi kuasa yang nak mereka rebut.

    Matlamat awal perjuangan mereka, dalam PRU12 mereka nak bawa Anuar Ibrahim ka Puterajaya dan nak humban TDM kapenjara kerana kata mereka kununnya TDM sumbat Anuar ka Penjara. Salepas keputusan PRU12 itu tidak menyebelahi mereka, hanya negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mereka dapat dan BN pula terus memerintah negara, mereka (PAS dan PKR)
    menjadi 'KABOI MAIN TAIK' (ayat ni TDM dan DSAI faham). Kaboi terus gulung tahik - serang BN sokong DAP dan dan terus terus serang BN sokong DAP menyebabkan hujung2 tersasar, mereka tak kira dah, depa tak sedar dah yang depa sedang pelingkup ugama Islam dan terus terus mereka heret hingga nak pelingkup Raja2 Melayu dan Negara ini. Sekarang mereka sudah jadi tidak sedar lagi bahawa mereka dalam keadaan tenggelam dengan gelagat DAP yang membawa mision PAP.

    Inilah keadaan mereka (PAS dan PKR), DSKT.

    ReplyDelete
  14. Dato Seri,

    Pas sekarang bukan hanya berkompromi tetapi SANGGUP MENJUAL AGAMA kerana UNDI.

    ReplyDelete
  15. saudara YobPegrhak dan anakperelih

    Para 1, 7 dan 8 tulisan saya di atas menjelaskan pendirian saya. Bagi saya isu ini besar kerana yang memabatalkan perarakan tersebut sebuah kerajaan yang diterajui oleh bukan Islam. Apatah lagi pula kerajaan tersebut ialah kerajaan DAP yang menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

    Saudara Janma, Jika ada bukti saya melakukan rasuah atau menerima rasuah sila laporkan kepada SPRM. Jika tuduhan sauadara tidak benar maka saya berdoa semoga Allah membalas setimpal atas tuduhan saudara terhadap saya.

    ReplyDelete
  16. Salam DSKT dan semua blogger,
    Saya tak mahu komen apa yang fanatik UMNO dan fanatik PR komen di sini. Pada saya dua2nya menggunakan ayat yang tidak sopan dan beremosi...bedosa tetap bedosa tak kiralah korang UMNO ke PAS ke PKR ke...Bosan la dgn keadaan camni...Bila BN memerintah geng PR kutuk...bila geng PR memerintah geng BN plak kutuk...so apa bezanya!!!!! Macamni ke org Islam ? Pemimpin kena la memain peranan yang sebaiknya...Kdg2 kita perlu contohi style Amerika (sistem politik-bukan perangainya). Kalau Demokratik menang, Republikan sokong dan begitulah sebaliknya.Jangan ingat semua rakyat suka akan benda kutuk mengutuk nie...Tolonglah...DSKT banyakkanlah mengenengahkan isu yang berkaitan kebajikan rakyat bukannya politik sahaja..Akhirnya kebaikan akan dibalas dengan kebaikan jua oleh ALLAH dan begitulah sebaliknya..Semoga DSKT sejahtera selalu untuk terus membela rakyat.

    ReplyDelete
  17. boleh dato sri komen berita ini pula

    Apa bila tiga negeri iaitu Pahang, Johor an Perlis mengatakan mereka tidak mengadakan perarakan sempena sambutan malidur Rasul maka bermulalah satu titik baru kepada apa yang dibisingkan oleh UMNO Pulau Pinang dan seluruh negara mengenai pertikaian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu yang kononnya telah membatalkan perarakan.

    Saya mengalu-alukan komen dari pencacai UMNO dan apakah yang mereka akan buat di tiga negeri itu.

    Cabaran saya kepada semua mereka ialah supaya mereka tunjukkan sama jagohnya di tiga negeri yang semuanya diketui oleh UMNO itu . Kebetulan pula hari ini hari Jumaat, dan keluarkan arahan kepada semua mesjid supaya diadakan demonstrasi dan pasti tidak akan diganggu oleh pasukan keselamatan.

    Buatlah sepeti yang dibuat di Pulau Pinang dan tunjukanlah jaguh anda, saya sedang menunggu reaksi anda semua....

    ReplyDelete
  18. salam datokk.. tabikk.. saya sangat setuju dengan sesiapa saja yang membatalkan perarakan maulidur rasul.. sebab ni semua bukan kerja agama..(mahfum hadis : setiap yang bidaah (diada-adakan dalam urusan agama) tu sesat, setiap yang sesat tu neraka layak baginya) nauzubillah... tetapi semua kerja berarak tu kerja orang melayu UMNO - sayang sekali UMNO di Perlis, Johor, dan Pahang sependapat dengan Nik Aziz dan Lim Guan Eng - pelik kan.. kan.. kan, UMNO yang mau berarak tu pulak tak mau dengan apa yang ada kat dalam al-quran. jadi datok tak payah la menangguk di air keruhh.. perbaiki je kemudahan di kawasan datuk. jalan sabak bernam ke bagan terap.. jalan-jalan di sg. panjang semuanya teruk. tak padan dengan sebuah kawasan yang ADUN nya pernah jadi MB. Tak padan langsung. Datuk akan lingkup di DUN situ kalau rakyat di sg. panjang, bagan terap, dan sekitarnya celik akal sikit.

    ReplyDelete
  19. Rakyat dah bijak. Undi PAS undi DAP. PAS menang, PAS menjadi boneka kepada DAP. PAS menang, PAS akan membangun bersama DAP. PAS menang, kaki bontot akan jadi PM. PAS menang, banyak bini di dahulukan, duit rasuah balak di gandakan. PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP. Inilah yang terjadi di Selangor. Jangan salahkan UMNO. Apa PAS buat sekarang???

    ReplyDelete
  20. Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

    Salhan K Ahmad Feb 18, 10 5:14pm

    Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

    Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

    "Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

    Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

    "Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

    "Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

    "(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

    Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

    Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

    Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

    "Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

    Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

    Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    "Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

    "Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

    Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

    Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

    "Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.

    Source : http://www.malaysiakini.com/news/124594

    ReplyDelete
  21. Salam Dr Khir,

    kalau tidak sesuai komen saya drkhir delete saja..ini adalah pandangan peribadi saya tanpa mewakili mana2 parti politik..

    saya dibesarkan dalam keluarga umno, sejak zaman simbol kapal layar, nenek, monyang, bapa, ibu, bapa2 saudara, ibu2 saudara saya adalah orang umno.

    umno zaman kapal layar sudah amat jauh perbezaannya dari matlamat, kaedah, niat perjuangannya. Dulu Tunku Abdul Rahman banyak guna wang sendiri untuk perjuangan. Tun Razak pernah menolak untuk dibina kolam renang di kediaman rasminya kerana wang tersebut boleh digunakan untuk rakyat (walaupun layak).

    Orang umno zaman dulu sanggup menderma, menggadai barang kemas untuk kemajuan parti. Wakil rakyat ketika itu sangat ikhlas berkhidmat kepada rakyat, tidak sombong, mudah didekati, tiada protokol, tidak menunjuk2 kekayaan.

    hari ini saya lihat umno baru tersedar dari lamunan yang terlalu panjang selepas era Tun Razak, seperti kita lihat bila seseorang dikejut dari bangun tidur segala tindakannya tidak rasional, kadang2 melucukan. Juga bila kita lihat anak2 kita yg baru pulang dari kem motivasi tindakannya adalah positif tetapi terlalu drastik.

    umno bernasib baik kerana dapat menggunakan sepenuhnya kmudahan media massa & surat khabar utk menyampaikan amanat kepada rakyat. tetapi saya lihat kemudahan tersbut telah digunakan secara tidak efficient, isu2 yg timbulkan secara bermusim dimainkan tidak sempurna.

    umno terlalu baik kerana telah banyak membantu kaum cina seperti saya baca dalam berita harian hari ini, raja gula yg telah diberi ap selama berpuluh2 tahun telah menjadi tycoon, dah la tu banyak pelaburan dibawa keluar dari malaysia termasuklah konco2nya yang lain....

    untuk merampas semula negeri selangor, kedah, penang, kelantan perlu strategi yang bijak. apa yang saya lihat sekarang umno menggunakan strategi kuno. kita tidak boleh samakan pemikiran rakyat era 50-70an sama dengan pemikiran sekarang.orang zaman dulu menerima apa sahaja bulat2 apa2 yg pemimpin cakap, buat, suruh, cadang dll.

    Mereka tidak pernah mempersoalkan bagaimana orang2 politik memperolehi kekayaan dengan terlalu cepat kerana mereka yakin umno benar2 memperjuang nasib mereka,

    tetapi skarang hasil perbualan saya dengan org2 kampung mereka telah mula nampak dan mempersoalkan kkayaan mendadak ini. saya terkejut mereka telah tahu org2 politik menggunakan syarikat proxy, makan komisen, lobi melobi, salah guna wang dll....bersambung....

    ReplyDelete
  22. SAMBUNGAN>>>>>

    sejak akhir-akhir ini banyak isu telah ditimbulkan, wang ehsan, royalti, perarakan maulidurrasul, gerai melayu kena roboh, ahli politik disiasat oleh SPRM (termasuk seorang setpol menteri), hina mahkamah dll...

    dan yang terbaru isu sebat wanita Islam. saya berharap Dato dapat menegur SIS kerana memprsoalkan hukum islam yg tlah dijatuhkan oleh mahkamah syariah dan SIS tidak dikenakan kerana menghina mahkamah syariah, tetapi kalau mahkamah sivil mungkin kena? Saya juga sdang menunngu komen dato shahrizat yg slalunya senada dngan SIS.

    rakyat menganggap SIS ada kaitan dengan umno walaupun mreka ngo kerana tidak ada seorangpun pemimpin umno yg berani menegur sis, tv3 pun tak brani nak buat isu! banyak sangat kenyataan mereka bertentangan dengan hukum syariah.

    sejak akhir-akhir ini banyak isu telah ditimbulkan, wang ehsan, royalti, perarakan maulidurrasul, gerai melayu kena roboh, ahli politik disiasat oleh SPRM (termasuk seorang setpol menteri), hina mahkamah dll...

    saya setuju dengan SPRM ssorang ahli politik itu tidak didakwa tidak smestinya ia tidak brsalah tetapi SPRM kurang bukti kukuh utk mendakwa. saya rasa selalunya bukti2 tersebut tersimpat rapi sehingga hari kiamat dan akan ditunjukkan ketika dihisap di padang mahsyar! kerana pada ketida itu bukti2 akan bercakap sendiri, tak payah dicari!!!

    Tun mahathir baru2 ni ada brkata, walau apa yg kita buat agak sukar utk kita rampas balik kelantan...isu terkini royalti, umno akan kecundang lagi kalau salah strategi.

    saya juga bersetuju dngan PM, zaman pemerintah tahu sgala2nya berbanding rakyat telah berlalu!!

    Ku li telah memberi penerangan yang lengkap kpd org klantan tentang royalti dan orang kelantan dah faham. mreka takut pisang brbuah 2 kali sperti yg berlaku di negeri jirannya terngganu...wang ehsan telah diagihkan tak setara!!!! bagaimana nak merampas semula kelantan, kena tanya strateginya dengan org kelantan!

    kedah - saya setuju dengan komen awang selamat dalam utusan malaysia "adalah menjadi satu cabaran yg besar kepada bn untuk mrampas kedah, bukan kerana kekuatan pas tetapi kekuatan mb (ustaz azizan) sendiri"

    selangor - negeri yg sangat kaya, pendapatan per-kapita rakyatnya hampir menyamai dengan org eropah & amerika, maka siapa dapat memerintah selangor dapatlah sama2 merasa kekayaan hasil mahsulnya,

    sebab itu orang tidak hairan jika Dato mampu memiliki rumah besar! menjadi ahli politik di Selangor adalah menjadi rebutan kedua pihak pmbangkang & pemerintah..jika berjaya ianya menjadi satu mimpi yang tersangat indah!

    perak - 3 orang adun yg melompat menjadi bebas, saya harap mreka tidak mengambil kesmpatan kepada mb kerana kedudukan dun perak tidak stabil bergantung kepada 3 orang adun ini! 2 oarng dari mereka yg dituduh rasuah seks ketika mraka dalam pakatan rakyat,

    bagaimana keputusan mahkamah? adakah mreka melompat untuk mencari perlindungan, itulah apa saya dengar dari org kampung ketika saya ke perak cuti tahun baru cina.

    penang - hasil perbualan saya dengan org penang, agar sukar bn (gerakan) utk merampas semula kerana org cina telah selesa dgn dap, dan orang melayu merasakan mereka lebih diberi perhatian berbanding era gerakan...

    akhir sekali menjadi pemimpin akan disoal di akhirat jika bersalah azabnya amatlah dasyat! zaman rasulullah sesorang itu amat takut jika mereka dipilih sbagai pemimpin, tapi sekarang siap kempen lagi seperti lagu latiff ibrahim "pilihlah aku...." kenapa zaman sekarang orang2 berebut2 utk menjadi pemimpin? jawapannya dato dr khir & tan sri khalid tahu!!!!

    ReplyDelete
  23. salam d khir,

    terlupa nak kasi link pasal SIS:

    http://www.malaysiakini.com/news/124637

    ReplyDelete
  24. apa pandangan dato'plak bila 3 negeri BN membatalkan@mentaidakan perarakan maulidur rasul.
    artikel yang memuatkan berita ni untuk tatapan dato'http://www.malaysiakini.com/news/124594

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    DSKT dan sdr/i sekelian, nak berbalah tentang perarakan maulud ke?

    Saya cadangkan kita berbalah kerana nak melaksanakan hukum Islam.

    Kenapa tak boleh laksanakan? Adakah sebab kita masyarakat berbilang bangsa? Adakah kerana menjaga sensitiviti bangsa lain?

    kenapa tak boleh try dulu kat kelantan, kemudian kat trengganu yang penduduknya majoriti orang melayu berugama Islam.

    kemudian kita try kat negeri mutlak BN seperti melaka dan johor, yang penduduk semua bangsa ada.

    DSKT, bolehlah mulakan topik tersebut. Contoh:"UMNO Selangor akan laksana hukum Islam sepenuhnya pada tahun 2014"

    ReplyDelete
  26. Salam DS,

    Jika ikut seniority dalam BA, PAS yang paling bawah kerana bilangan MP mereka yang paling sedikit. Maka dengan itu mereka jadi pak turut. Apa yang dibuat oleh DAP atau PKR, mereka pun ikut sama.

    Lihat sahaja DS Nizar di Perak. Nasib baik perlembagaan Perak kata MB mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kalau tidak jangan haraplah DS Nizar akan jadi MB dengan PAS hanya dapat 6 kerusi DUN sahaja. Sudah tentu Ngeh atau Ngoh akan jadi MB. Bila jadi MB, belakang DS Nizar (yang buat semua) adalah Ngeh dan Ngoh. DS Nizar ikut saja.

    Apa yang TG Nik Aziz buat di Kelantan memang sudah dijangkakan.

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Apa yang dapat dikatakan disini ...
    senang saja ...
    PKR rela buat kandang babi untuk DAP
    PAS sekarang dah rela untuk sama -sama menjual Babi dengan DAP

    ReplyDelete
  28. saya puji ds satu part saja iaitu berani menyiarkan komen2 yg mencabar ds, walaupun ada komen2 yg terang-terang menghina ds bodoh. tahniah ds kerana berani. inilah antara cabaran yg dihadapi oleh setiap wakil rakyat. ada yang memuji ada pulak yang membenci

    ReplyDelete
  29. Salam Dr Khir

    Dalam Harakah edisi bulan ini (Februari) dengan tajuk yang besar dengan terang dan nyata menyatakan Utusan Malaysia berbohong dan mengada-adakan cerita berkenaan pembatalan perarakan Maulidur Rasul. Namun apa bila dibuktikan memang pembatalan ini telah disahkan, maka siapa pula yang berbohong dan menegakkan benang yang basah?

    Harakah dan Guan Eng patut malu dengan tindakan mereka menipu dan menuduh orang/pihak lain berbohong..padahal mereka lah pembohong besar..berani kah Harakah yang siaran akhbar nya sentiasa 'telus' itu memohon maaf?Jauh panggang dari api.

    Pembatalan perarakan itu bukanlah satu isu besar pun, tetapi tindakan Guan Eng yang berbohong dan berdolak-dalik dan menyalahkan orang/pihak lain menyerlahkan kebobrokan, kebodohan Setiausaha Agong DAP itu. Mungkin benar kata Datuk Zahrain, Guan Eng memang insan yang tidak boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  30. Di sini saya sertakan serba ringkas fakta yang saya dapati dari laman web lain. Harap DSKT dapat menjawabnya secara berhemah setiap fakta 1 demi 1.

    1. Sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan PR di Penang, Bagi tender yang dikeluarkan oleh PDC, 16 tender di menangi oleh Kontraktor Bumi & 7 tender dimenangi oleh non-bumi. Bagi tender PBAPP 67% dimenangi oleh Bumi dengan total tender amount RM67.8Million (60% amount of all tender). Jadi siapa kata Melayu tidak boleh bersaing dalam tender terbuka?

    2. Kerajaan Negeri Penang telah memberi 17 Sekolah Agama Rakyat RM100,000 kepada setiap sekolah. Kalau zaman BN, jangan harap ini akan berlaku. Apa komen Dato Seri?

    3. Peruntukan hal ehwal agama Islam telah di naikkan dari RM12.5 juta (zaman BN) pada 2008 kepada 20.5 juta tahun 2009 dan 24.3 juta bagi tahun 2010.

    Kalau Dato Seri rajin, sila lawat website di bawah ini dan jawab lain2 fakta yang di keluarkan oleh Kerajaan Penang di bawah PR.

    http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30213:lim-guan-eng-anti-malay&catid=21:special-reports&Itemid=100135

    Janganlah kita ini menjadi terlalu taksub membuta tuli menyokong parti yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan kepentingan segelintir pemimpinnya sahaja. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dengan waras dan ingatlah kita satu hari nanti akan di hisab atas setiap perbuatan kita.

    ReplyDelete
  31. Setakat tiga je ko senaraikan kebaikan kerajaan penang sanjungan ko nie.... tu pn aku rasa pecah kepala ko nk cr kelebihan kerajaan penang skrg nie, kesian tul ko nie syamsul....

    pas nie aku cadangkan ko pulak cari kebaikan yang kerajaan BN buat pulak.... nk cr salah mmg byk bro, cube la senaraikan yang baik pulak...

    adil la sket bro dlm menilai tu, jgn le asyik cr yg buruk je..

    jahat betul agaknya BN nie,...

    ReplyDelete
  32. Buat syamsul yang selalu berprasangka buruk..

    Janganlah kita ini menjadi terlalu taksub membuta tuli menyokong parti yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan kepentingan segelintir pemimpinnya sahaja. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dengan waras dan ingatlah kita satu hari nanti akan di hisab atas setiap perbuatan kita....

    Kalau betul la parti yang ko maksudkan nie bro, hanya menjaga periuk nasi sendiri je.... aku rasa negara tercinta kita nie dh lama melingkup... jgn asyik mendakwa, tp buktikan dengan fakta sejelas-jelasnya,.... tiada parti yang boleh mendakwa partinya sebersih kain putih yang tiada cacat celanya.... Parti yang kononnya memperjuangkan Islam pn belum tentu bersih kainnya....

    jgn beremosi sgt bro, dlm syok rakyat sedang diulit mimpi di malam hari, pemimpin negara bersengkang mata untuk masa depan negara.... pikir sket...

    ReplyDelete
  33. Salam Saudara Abdul Raheem,

    Untuk pengetahuan saudara, PAS pernah ingin melaksanakan undang2 Islam Hudud di Kelantan tetapi Kerajaan Pusat (tidak perlulah saya jelaskan parti mana yang menerajui Kerajaan Pusat) telah memberi amaran kepada Kerajaan PAS bahawa mereka akan mengambil tindakan darurat dan menggantungkan Dewan Undangan Negeri jika PAS meneruskan cita-cita tersebut.

    Jadi saudara-saudara sekelian, tanyalah diri masing-masing, parti manakah yang selama ini menindas Islam?

    Tanyalah diri saudara semua, parti mana kah yang selama ini menidakkan hak rakyat negeri yang majoritinya bangsa Melayu Islam untuk menikmati hasil royalti minyak? (sorry, a bit of topic, but I have to highlight it here since I am yet to receive a satisfiable answer from this Dr Gigi)

    Tak perlulah mereka cuba berterusan menipu rakyat dan bersusah payah mengeluarkan iklan untuk menegakkan benang yang basah. Jika benar minyak Kelantan berada di luar 3km dari persisiran pantai dan dengan itu mereka tidak berhak, mengapa pula Sabah dan Sarawak dapat pula menikmati hasil royalti minyak yang jelas melebihi 3km dari pantai?

    Sampai sekarang, saya masih lagi menunggu dengan setia jawapan dari DSKT berkenaan isu royalti minyak kepada majoriti rakyat Melayu Islam Kelantan.

    ReplyDelete
  34. pakcik abdul raheem yg dihormati dan dikasihi...

    sebagai rakyat negeri selangor saya harap janganlah pakcik menambah-nambah yg dah bertimbun2 masalah yg mengelirukan mentaliti rakyat lagi...cukup2lah dengan artikel yang amat sukar dilakukan dinegara ini...(amat sukar tapi bukan mustahil dilaksanakan)

    LAKSANAKAN "STEP BY STEP"

    saya setuju tetapi pakcik patut memberi cadangan dan bantu kelantan yg ditakbir oleh pas dahulu buat....bolehkan Kerajaan pimpinan pas melaksanakan?...mengapa ini tidak dapat dilaksanankan...kerana ia tertaklum undang2 diperingkat persekutuan ke?.

    dan jgn pula menyalahkan kerajaan persekutuan 100% jika hukum yg dimaksudkan oleh pakcik tidak dapat dilaksanakan..kalau kelantan pun tak dapat buat sampai sekarang..jgn cakap kat selangor lah!..dan jangan rasuah pemikiran rakyat yg dah terpesong dengan agenda perjuang dalam sesebuah parti politik.BERGADUH MAHU TAPI BERSATU TAK MAHU....MUAK GOLONGAN YG MUDA TENGOK....SEBABTU RAMAI YG TAK BERPARTI KERANA KAMI MELIHAT UMNO & PAS BERGADUH YG TIDAK MENGUNTUNGAN ORANG MELAYU...MENYAMPAH EDEN!!

    jika kumpulan2 seperti pakcik memang benar2 bijak menggunakan kaedah pendekatan diplomasi dan mendesak mana2 parti yg berkuasa untuk mencapai impian dan niat yg murni itu saya sarankan pakcik dan seluruh jentera yg mahu merialisasikan sistem itu ..utamakan dahulu kelantan yg terang2 telah ditadbir oleh parti yg katanya dia sahaja parti islam.saya sebagai rakyat diselangor memberi sokongan tetapi kelantan atau kerajaan yg terbabit laksanakan dahulu disana...bukanlah saya anti atau tidak setuju cadangan pakcik tu agar selangor laksanakan hukum yg dinmaksudkan tetapi cadangan pakcik tu sebenarnya lebih sukar dilaksanankan.kelantan buat dulu lah pakcik....baru cerita tempat lain!

    KALAU NAK BUAT YG PENTING BUAT DAN CAKAP TENTANG KEUTAMAAN UMNO & PAS DUDUK BERSATU DAHULU...JIKA INI TAK BOLEH DUDUK BERSAMA..JANGAN CAKAP YG JAUH2 LAH...PADA SAYA POLITIKING JE ...TAKAN BOLEH PUNYA...KECUALI UMNO DAN PAS BERDAMAI BARULAH IDEA PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM MOLEK DIFIKIRKAN.
    JANGAN MARAH PAKCIK....

    ReplyDelete
  35. sangkatula dan sahabat bloggers lainnya,

    Saya rasa sdr telah silap dalam membuat aduan waima tuduhan,mungkin kerana sdr pendokong kuat kerajaan pakatan rakyat yang nyata gagal melunaskan janji janji pilihanrayanya,yang mana sdr juga terlibat dalam memberi harapan pada pengundi pengundi pada ketika itu.

    Sdr sepatutnya bertanya pada YAB Tan Sri Khalid,mengapa jalan jalan seluruh selangor tak diselanggara dgn baik termasuk jalan jalan yg sdr sebutkan dalam aduan sdr ini,bukan itu sahaja sdr juga harus sedar
    kejadian banjir baru baru ini juga berpunca parit dan taliair tak dicuci mengikut jadual.

    Semasa saya memegang jawatan saya maseh ingat lagi saya telah menurap semula jalan yang sdr maksudkan sebanyak dua kali,saya juga telah menurap sebahagian besar jalan jalan kampong di kawasan saya dan sabak bernam.

    Sdr jangan marah sangat bila sekarang saya ada masa yang lebih utk berdamping dgn rakyat di kawasan saya,sebenarnya dulu saya tidak banyak ada masa utk bersama mereka kerana tugas sebagai menteri besar telah mengambil sebahagian besar masa saya.Inilah fikiran sebenar pakatan rakyat,pemimpin tak turun kawasan dia akan kata tak bertanggongjawab tetapi kalau turun kawasan pula mereka akan kata mengapa sekarang turun,sebenarnya mereka takut pengaruh mereka yang semakin lemah.

    Sdr harus bertanggongjawab terhadap janji janji PKR,Ibu tunggal akan dibayar elaun bulanan Rm 600,anak anak tadika elaun bulanan Rm 50,anak anak nurseri Rm 75,bantuan anak muda yang ingin berkahwin,sewa peremis perniagaan percuma bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan,perubatan percuma bagi warga usia emas,dan banyak lagi yang tak perlu saya nyatakan kerana lebih sdr mengetahuinya.

    Jangan lah salahkan saya kereta sdr rosak sekarang disebabkan jalan yang tak diselenggarakan oleh kerajaan PKR sekarang,mengadulah pada mereka kerana mereka yang memegang kuasa,dan mereka telah menjadi kerajaan hampir tiga tahun tak kan lah kesalahan maseh lagi di bahu saya.Jadilah manusia yang adil kalaupon tak mampu menjadi pemimpin yang adil.

    ReplyDelete
  36. kepada saudara shamsul yg bijak berkata2 seolah2 tahu melaksana....

    sila gambarkan disini bagaimana pas ingin laksanakan hukum seperti yg diinginkan oleh saudara...saya cukup meluat bila saudara bercakap sehingga seperti umno ini hina sangat dan bobrok sangat!!

    hangan cakap berdekah2 kata itu ini....saya nak saudara gambarkan bagaimana pas ingin laksanakan...nanti saya akan ulas....(pada saya umno memang melakukan pendekatan secara sederhana mengambil kira posisi berbilang bangsa yg ada dinegara...mungkin melakukan dengan langkah demilangkah bukan dengan cara drastik seperti yg saudara inginkan)...

    dulu nak kelantan dah bagi....sekarang tuhan bagi lagi selangor..kedah...penang...

    nak rampas arak pun kena tempelak dengan dap...diam macam tikus ...ada hati nak rendah2 umno selama ini..

    jika pakatan rakyat memerintah oelh kerana permainan kata2 seperti saudara ini membuatkan orang melayu segelintiran termakan adakah saudara ingin bertanggungjawap.....adakah pas akan melaksanakan hukum ini?apakah jaminan DAP...PKR akan menerima bulat2..?....

    tolong bagitau apakah cara pas ingin laksanakan hukum yg saudara maksudkan..bukan komen je banyak......

    ReplyDelete
  37. saudara Shamsul,

    sekali lg ko nie menampakkan pemikiran yang amat jumud, banyakkan membaca bro,....

    cuba cari sebab menagapa hudud x boleh dilaksanakan skrg, menagapa sabah n sarawak boleh dapat royalti tu dan mengapa kelantan x boleh dapat... ko cari le jawapan tu sendiri, ko terlalu buta dan taksub dengan pembangkang.... buka minda sket...

    parti yg ko maksudkan tu x penah menolak islam pn, ko je yg suke berandaian negatif, tapi parti yang ko sanjung kononnya nk menegakkan islam sebenarnya lebih dangkal pemikirannya nk menegakkan tamadun islam dalam erti yang sebenar, ape guna hudud dilaksanakan tapi pengisian nye tidak dihayati... buat kajian sket negara yang menggunakan hudud tanpa terlebih dahulu dihayati oleh rakyatnye... hancus disebabkan kepincangan pemikiran yang cetek ilmunye...

    satu je aku mintak ko pikir bro, aku xnk bg hujah yang berat2, nnt ko pening pulak, cube ko tnya nenek atau mak ko dulu zaman 60 an, 70 an mcm mn kehidupan diaorang... dulu x cukup kain bro pakaiannya, tp skrg cukup malu berpakaian seperti tak cukup kain di khalayak... pikirkan la mesej yg aku nk beri tu, kesedaran aurat tu atas sebeb paksaan atau penghayatan terhadap hukum Allah... penghayatan bukan berlaku dlm sekelip mata, tapi pemimipin yang mempunyai akal yang bijak dapat bw umat manusia ke arah kebaikan...

    aku bg contoh yg tesgt mudah pada ko untuk memahaminya... pikirlah dengan tiadanya sikap yg prejudis... sekian.

    ReplyDelete
  38. Salam Saudara Apaiiii,

    Cuba saudara lihat di URL laman web yang saya sertakan di sana, nescaya saudara akan lihat bahawa banyak lagi fakta-fakta yang kerajaan PR Penang telah lakukan kepada masyarakat Islam & Melayu Penang, jauh lebih baik dari apa yang telah di lakukan oleh parti BN.

    Kepada Saudara WMU350,

    Melihat sahaja kepada keadaan rumah MB Kelantan dengan rumah bekas menteri besar Selangor, sudah cukup untuk memberikan keyakinan kepada saya dan juga kebanyakan rakyat Malaysia, mana satu pemimpin baik yang perlu kita ikuti. Janganlah kita takut dengan apa yang belum pernah terjadi lagi, kita mesti beri peluang kepada PR memerintah kerajaan pusat dan barulah kita dapat menilai prestasi mereka.

    Jika nenek moyang kita mempunyai pendirian seperti saudara WMU350, nescaya kita akan masih lagi berada di bawah pemerintahan British, kerana mereka2 ini pasti tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan memerintah negara mereka sendiri hatta di sebabkan tiada track record.


    Saya sertakan URL itu kerana saya tidak punya banyak masa untuk menaip kesemua fakta-fakta tersebut, jadi cukup sekadar memberi hujjah saya kepada mana-mana individu yang mau berdebat secara berhemah. Jadi jika saudara rasa fakta yang di berikan di URL tersebut tidak benar atau kurang tepat, saudara dialu-alukan untuk memberi penjelasan kenapa saudara beranggapan demikian berserta dengan fakta.

    ReplyDelete
  39. Salam,

    Dato Sri, terima kasih atas pandangan yang diberikan. Sekarang saya lihat Melayu Islam telah berpecah bertambah parah gara-gara kesilapan UMNO sebelum ini yang berebut kuasa...tak perlu saya nyatakan....saya berdoakan kita semua kembali kepada Allah dan rasulnya tidak kira UMNO, PAS atau mungkin sedikit dalam PKR.(Bagi saya PKR, bukan Parti perjuangkan Islam)

    ReplyDelete
  40. Saudara Shamsul, jika rumah menjadi ukuran baik buruk pebntadbiran seseorang saya tidak pasti negara dan negeri yang bagaimana saudara hendak jadikan negara kita ini.

    Bagi saya, kejayaan seseorang pemimpin ialah keupayaan beliau membangunkan negeri, menjana ekonomi, meningkatkan pendapatan dan mengagihkan perbelanjaan negeri dengan baik.

    Soal rumah, saya membeli rumah di dalam kemampuan gaji dan pendapatn saya. Jika orang lain tidak mampu menguruskan pendapatan mereka dengan baik bukanlah salah saya atau sesiapa tetapi salah diri sendiri jua.

    Berkenaan peruntukan sekolah agama, saya tidak boleh komen apa yang berlaku di pulau pinang kerana saya tidak mempunyai data dan pengalaman di sana.

    Namun saudara boleh rujuk pembentang bajet terdahulu negeri Selangor di bawah saya. sebelum membuat sebarang tuduhan ke atas saya.

    ReplyDelete
  41. SAUDARA SHAMSUL...

    1.setiap manusia memandang sesuatu objek dengan pelbagai sudut atau persepsi.....saudara memandang "apa salahnya memberi PR peluang memerintah"...tetapi pada saya pula memandang adalah "dimana lanskap politik kuasa orang melayu jika PR memerintah"..ADAKAH IA SEPERTI UMNO YG BERKUASA.....mati hidup balikpun jika saya berpengaruh saya tidak akan beri!..kecuali jika bangsa saya berada diatas...baru saya boleh pertimbangkan..NAK KATA SAYA PERKAUMAN..SAYA BOLEH NAFIKAN KERANA SAYA BERCAKAP DENGAN BANGSA SAYA SENDIRI...SENANG KATA INI RUMAH KITA BIAR KITA YANG TENTUKAN...YG MENJADI MASALAHNYA ADALAH PEMIKIRAN MELAYU HARI INI TELAH BANYAK DISOGOKKAN DENGAN VIRUS..TERMASUKKAH PEMIKIRAN SAUDARA SEKALI...TAPI SAYA YAKIN SAUDARA PUN BOLEH BERUBAH..SPESIS IKUT MUSIM.....

    BUKTIKAN DAHULU PAS BOLEH MENGUASAI DAN MEMPENGARUHI SEGALA KEPUTUSAN PENTING SEBELUM BERTANYA UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA PR.
    pas tidak berada dibarisan hadapan dalam PR.apakah jaminan golongan pemikir seperti saudara tentang perjuang nenek moyang dahulu akan tidak dijajah kembali...?jika melayu sudah tiada kuasa....adakah tiada sebab saya untuk mengatakan melayu bakal merempat...jadi kuli dan balik kezaman penjajah...itu baru betul kita dijajah kembali...bukannya pemikiran orang seperti saya yang boleh dijajah oleh penjajah.

    2.sungguh berani saudara cuba membodohkan dan mengelirukan anak melayu dengan kata-kata "Jika nenek moyang kita mempunyai pendirian seperti saya, nescaya kita akan masih lagi berada di bawah pemerintahan British, kerana mereka2 ini pasti tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan memerintah negara mereka sendiri "

    persoalan dalam kotak fikiran saya...adakah umno tidak diiktiraf sebagai anak tempatan?...adakah ini bukan kebolehan anak tempatan?....adakah dengan memberi peluang kepada PR..barulah ia akan dikatakan anak tempatan....kalau inilah yg ditafsir sebagai anak tempatan memang MELAYU TIDAK MENGENANG BUDI DAN LUPA DARATAN...DAN MEMANG MELAYU BETUL-BETUL SUKA JADI PENCACAI...GEMBIRA KETAWA TELENTANG-TELINGKUP KUMPULAN EKSTRIM BUKAN MELAYU MELIHAT BEGITU RENDAH DAN BOLEH DIGULA-GULAKAN ORANG MELAYU YG BERJUANG BERMATI-MATIAN KONON-KONON MEMPERTAHANKAN KESAMARATAAN....

    SAYA TIDAK BOLEH MENENTUKAN APA YG DIFIKIRKAN OLEH ANAK BANGSA ZAMAN SEKARANG....ADAKAH ANAK BANGSA SEKARANG LUPA ATAU SAJA2 BUTA TENTANG SEJARAH?..ATAU ADAKAH GOLONGAN MUDA YG TELAH BERDIKARI TIDAK AKAN SEDIKITPUN ADA RASA KASIH DAN SAYANG KEPADA ANAK BANGSANYA SENDIRI...JIKA TIDAK UNTUK DIRI SENDIRI PUN ..INGAT-INGATLAH ANAK-ANAK MELAYU YG MASIH KECIL DISERATA PELUSUK TANAHAIR INI...SEBURUK-BURUK DAN SERBA KEKURANGAN PUN PEMIMPIN UMNO HARI INI...JANGANLAH SAMPAI LUPA YANG KITA INI SEAGAMA,SEBANGSA..DAN MUNGKIN SAUDARA SENDIRI...KALAU BUKAN MELAYU TOLONG MELAYU..SAPA LAGI DIHARAPKAN ?..TENTANG KEKURANGAN DIDIKAN AGAMA YG BOLEH DIKATAKAN MENJADI ISU BESAR PENYEBAB PERPECAHAN ORANG MELAYU INI..SAYA SARANKAN KEPIMPINAN UMNO HARI INI AMBIL DAN DENGARLAH ATAU BERILAH SEDIKIT RUANG KEPADA GOLONGAN CERDIK PANDAI AGAMA DEMI UNTUK MEMPERBAIKI KEKURANGAN ILMU KEAGAMAAN ORANG MELAYU HARI INI....JANGANLAH KERANA ISU AGAMA MENYEBABKAN UMNO DITELANJANGKAN DAN AKHIRNYA SEMUA AKAN RUGI.

    SAUDARA SHAMSUL!!...TANYA DALAM HATI KECIL SENDIRI DAN CARILAH JAWAPAN SENDIRI...ADAKAH SELAMA INI SAUDARA BERSUARA DAN MENDEDAH ITU DAN INI DENGAN NIAT YG IKHLAS DAN JUJUR ATAU DENGAN RASA SAKIT HATI ATAU CEMBURU DEK KEJAYAAN ORANG MELAYU LAIN....

    SEMOGA SAUDARA DAN SAHABAT SEMUA KEMBALI BERSATU DEMI KEBAIKAN DAN KEMAJUAN BANGSA MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA..

    ReplyDelete
  42. Lucu betul saudara Shamsul kita nie....

    tgk rumah je dh boleh nilai baik buruk nya, hebat sgt nie, nk sama taraf dengan Tok Guru nik ajis nie,...

    bab link yg ko bagi tu mmg aku dh baca, xde ape yag menarik sgt pn, sket sgt faktanya, jz gule2 untuk org melayu je, nk bg org mcm ko nie kagum sgt... x menggambarkan sgt pn khalifah yang ko agungkan tu bela org islam... study lg bro...

    takkan melayu hilang di dunia, tp lama2 bole ilang gk klu rakyat kita ni berfikir mcm ko bro... nk eksperimen punye psl, nk bg PR cuba memerintah konon nya.... cuba bro SHAMSUL cr sket fakta penguasaan parti Melayu kt Malaysia skrg nie, x kira la UMNO ke, PAS ke, PKR ke... rasa2 nya kuasa politik Melayu ni makin kuat ke makin lemah skrg nie berbanding parti bukan Melayu... berpecah habis beb... klu ramai org macam ko bro, x lama lg PM kita org cina la gamaknya, baru ko tau langit itu tinggi rendahnya...

    nk menangis pikir nasib bangsa MELAYU skrg... alahaiiiii...

    ReplyDelete
  43. Salam WMU350,

    Masalahnya, UMNO di zaman 50an dan umno di zaman sekarang jauh bezanya. Waktu zaman Tun Abdul Razak, kerajaan nak buat swimming pool yang bernilai RM50,000 untuk rumah kediaman dia pun dia tak nak, sebab dia takut bazir duit rakyat. Jumlah duit sebanyak itu sekarang hanya cukup untuk duit shopping untuk mak-mak datin pemimpin UMNO sahaja. Jadi tak perlu lah kita bandingkan pemimpin UMNO dulu dengan sekarang, macam langit dengan bumi. Jauh panggang dari api.

    Saya masih ingat sewaktu saya mula2 keluar university 15 tahun dulu, gaji permulaan bagi engineer boleh dapat dalam RM2,200. Untuk pengetahuan saudara WMU350, sekarang ini, saya boleh mendapat khidmat fresh graduate engineer dengan gaji permulaan sebanyak RM1,500 aje. Dengan gaji sebanyak itu, jangan harap mereka-mereka ini dapat hidup dengan taraf ekonomi yang semakin tinggi. Apa sangat yang dapat dibeli dengan RM1,500 sekarang? Untuk membeli 2-3 keping jubin import di mahligai mewah Dato Seri yang saudara sanjungi itu pun belum tentu dapat mereka beli dengan duit sebanyak itu.

    Saya rasa tak perlulah saya cerita lebih lanjut. Jangan salahkan para cerdik pandai melayu kita apa bila mereka menjauhi parti yang saudara sayangi ini kerana mereka ini dapat menilai mana yang baik mana yang buruk. Yang masa satu intan, yang mana satu kaca.

    Saya tidak hairan, jika yang akan tinggal di dalam UMNO hanya mereka2 yang berkelulusan jaga keretapi dan golongan india muslim (yang mempunyai agenda tersendiri dengan mengaku diri mereka Melayu)

    ReplyDelete
  44. Salam Dato Seri,

    Nampaknya Dato Seri tidak cukup bijak untuk membaca apa yang tersirat di sebalik perbandingan antara rumah MB Kelantan dan rumah mantan MB Selangor. Apa yang cuba saya dedahkan ialah dimana 1 pihak itu amat berhati2 dalam menjaga amanah dan kewangan negeri walaupun dalam penggunaan sebiji pen sekali pun. Dimana beliau akan pastikan jika apa yang akan ditulis itu adalah perkara peribadi maka beliau akan gunakan pen yang dibeli oleh beliau sendiri.

    Jauh bezanya jika nak dibandingkan dengan pihak yang lagi satu. Biar yang empunya badan sendiri bermuhasabah kenapa rakyat menolak beliau.

    ReplyDelete
  45. saudras shamsul....

    bukan semua yg saudara dan golongan seangkatan seperti saudara tidak ada satu pun yg betul....

    saya juga tidak menafikan beza kepimpinan dahulu dan sekarang bab berlebih2han ini....saya setuju dan saya pun akan marah seperti saudara tetapi janganlah kita keliru dengan beza perkara bersifat individu dalam sesebuah parti dengan beza matlamat dan asas perjuangan parti umno.

    apa yang saya dan mungkin sebahagian besar yg masih mempertahankan umno adalah kerana halatuju yg lebih jauh tentang nasib anak bangsa.

    bukanlah saya mengutamakan atau fokus sangat bab berlebih2an kepimpinan sekarang....itu insyaallah dengan apa yg telah berlaku pada pru12 yg lepas akan memberi pengajaran dan peringatan kepada sapa2 yg menjadi pemeganga amanah dimasa akan datang...mana ada manusia sempurna..cukuplah apa yg telah berlaku .tetapi tidaklah perlu kita sehingga marahkan nyamuk kelambu umno dibakar....jika umno /bn tidak disokong oleh majoriti bangsa sendiri..apakah parti alternatif yg ada selepas umno akan mempunyai kuasa yg masih kita ada hari ini..ko jangan main sokong je...

    kalau nak lagi faham saudara cuba jadi pemimpin ...cakap je buat apa...mungkin saudara boleh membetulkan apa yg saudara nampak tak betul pada umno selama ini...mungkin barulah saudara dan golongan yg cerdik pandai pada perkiraan saudara hari ini tahu apa makna tidak bersetuju dengan kredibiliti sesetengah kepimpinan dengan pegangan mempertahankan parti umno hari ini....berbezA TU BEB!!

    saya seperti saudara tidak menjadi hal walau siapa memerintah hari ini..tetapi 10 tahun akan datang perbuatan saudara dengan menghukum umno akan diterima oleh anak2 orang melayu akan datang...pendek kata apa jadi pada melayu singapore lebih kurang samalah dengan melayui kat malaysia akan datang.....

    HEIII TAK NAK AKU...NAK JADI PUN BIAR AKU MATI DULU...LEPAS TU LANTAK KORANG NAK KATA CA YA NUN ALIL
    JADI PM PUN ITU IKUT ZAMAN.....UNTUK ZAMAN SEKARANG ...MASIH TIDAK BOLEH...BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL...UMNO MESTI DIMERTABATKAN KEMBALI DAN ORANG MELAYU MESTI KEMBALI MEMBERI SOKONGAN DAN UNDI WALAUPUN ADA BEBERAPA PERKARA YG KITA TIDAK BERSETUJU DENGAN PEMIMPIN MELAYU DALAM UMNO...ITU HARUS DIFAHAMI OLEH SEMUA GOLONGAN TAK KIRA YG KAT KAMPUNG ATAU DI BANDAR ..SAMA SAHAJA ...TETAP MAKAN SAMBAL BELACAn...jangan cuba nak berlagak cerdik pandai sangat....

    ReplyDelete
  46. Pihak mana amat berhatihati menjaga kewangan negeri? Pihak yang lantik menantu duduk dalam GLC negeri, yang pergi haji pakej RM 65k, yang naik mercedes tapi konon duduk rumah buruk? yang makan gaji buta berpuluh tahun tapi kelantan tetap mundur?

    aku tak kata Dr. Khir rasuah, tapi bagi aku lebih baik ada pemimpin korup tapi negeri kaya raya, rakyat boleh cari makan dan makmur daripada ada pemimpin zuhud tapi rakyat merempat tempat lain untuk cari makan, 15 tahun memerintah satu masjid pun tak pernah bina, yang tahu pagi petang siang malam ceramah sahaja.

    walau apa orang kata, aku tetap tabik dr. Khir sebab di bawah pimpinan beliau banyak perubahan dan kemajuan kepada Selangor termasuklah meningkatkan rizab negeri dan menukar glc negeri yang rugi menjadi untung.

    Masjid-masjid di selangor juga dibina disetiap penempatan baru dengan segala kemudahan. tak cukup itu, masalah setinggan pun hampir selesai. semasa Dr Khir sekolah-sekolah agama dilengkapkan dengan komputer dan elaun guru agama, imam dan bilal turut dinaikkan.

    Jadi shamsul sebelum menuduh dan menghina pemimpin yang kita tidak suka pun siasat dulu baik buruknya.

    Kalau ada rumah besar kita dah kata rasuah memang Melayu tak boleh majulah. kat Shah alam, kawasan datuk seri duduk tu, majistret bangsa Cina pun rumah dekat sama besar dengan rumah dskt. Tak ada siapa bising pun. Majistret saja, gaji MB lagi tinggi berkali ganda.

    Melayu sama melayu memang mudah busuk hati dan berdengki. Sebab tu org tua-tua dulu dok peringat, jangan menang sorak kampung tergadai. jenis shmasul ni la juga yang dulu... dagang lalu ditanak nasi, anak dirumah mati kelaparan.

    ReplyDelete
  47. shmasul, dulu zaman susah memanglah Tun Razak tak nak buat kolam renang, tapi sekarang pendapatan negara berapa, tahap kedudukan malaysia di mana sekarang? Secara diplomatik pun kalau pemimpin duduk rumah biasa dikunjungi tetamu asing apa tanggapan mereka kepada negara ini? pasti mereka anggap negara kelas ketiga dan tidak stabil untuk pelaburan.

    Ko nak bisnes pun kalau nak bisnes juta-juta naik proton saga cabuk, ko ingat orang nak percaya ker? be realistik la bro. sosialisme dah lama mati kat dunia ni.

    masalah jurutera gaji rendah sebab banyak graduan lulusan jurutera. Dulu boleh kira dengan jari sahaja. Jadi usaha siapa banyakkan anak melayu keluar jadi jurutera? pas? Keadilan? piiirah.

    Sama ada nak bayarn RM 1k atau 3k bergantunglah kepada hati perut majikan. Kalau yang bangsat macam kau jenis memerah tenaga org tapi bercakap macam malaikat apa nak buat.

    Org lain bayar fresh gradute RM 3k ko bayar RM 1.5k,.... memang ko ni jenis hati busuk la bro. Jenis melayu yang bila senang fikir diri sendiri sahaja.

    Ko kutukla pulak india muslim. kalau ko baca sejarah malaysia ni... golongan india muslim dan arablah yang banyak bagi sumbangan kewangan dan juga taja pelbagai akhbar pejuang kemerdekaan bagi membantu memerdekakan negara ini. jadi tak paha hina merekalah. lagi pun tadi ko bercakap macam pejuang islam sekarang kutuk sesma Islam. apa jenis manusia ko ni?

    ReplyDelete
  48. ko ni memang jenis tak tahu diuntung.....

    begitu hina ko anggap umno sampai ko sanggup kata yang ada dalam umno sekarang level jaga keretapi dan yg ada agenda tersendiri.....

    ko ni jenis apa hah..melayu ke atau celup....sampai bercakap main ikut sedap lidah je....aku doakan agar tuhan dapat membuka mata dan hati ko yg dah tertutup rapat ni.....

    sapa yg cerdik pandai yg nak menyokong ko ni...aku nak tengok berapa ramai yg bersama ko....mana dia...aku nak tengok

    dan aku nak gak tahu taraf jenis pemikirAN DAN sikap yg ko bangga bangga kan ni.....

    jangan salah faham..aku ingat kalau pas pun ada orang jenis macam ko ni...mereka tak hinggin...sebab apa ko ni jenis lupa daratan...samapi sanggup menghina dan ko ni sanggup memijak golongan yg berkerja sekadar jaga keretapi je..mereka ini adalah golongan yg susah...inikah jenis melayu yg nak dibanggakan oleh negara dan oleh orang melayu....betul la trakl tau di untung..

    nak sama zaman tun razak dengan zaman sekarang...zaman tun razak berapa gaji dan elaun jadi mb selangor....toya ko tahu ke?..ko ingat aku ni bodoh tak sekolah ke?...

    sekarang gaji ts khalid yg ko bangga2kan tu pun campuk gedebuk gedebak rm50,000.

    apa lah sanggat nak pasang mar2 import...piiiirahhh kencing la ko ni mamat ...mana ko sekolah sampai cikgu didik ko dulu untuk hormat menghormati antara satu sama lain ..ini tidak masa sekolah main banyak...cakap berdekah2....aku layan ko ni sebenarnya nak sedarkan kawan2 ko yg terpengaruh dengan lidah trak bertulang ko ni....mempengaruhi mereka2 yg lena dengan auta orang jenis macam ko ni......

    kalau ko tak sedarpun apa nak buat tapi mudah2han yg lain2 sampai masa sedar dan kembalilah kepangkuan umno...kita bena masa depan dengan lebih baik dan kita angkat kembali maruah yg telah dicemar oleh kumpulan2 seperti shamsul grau..grau ni..lawak sarkas!!

    cite hal rumah ds lah..nak beza dengan zaman tun razak.....geli tetek aku..manalah melayu yg boleh terpukau dengan statment ko ni...memang malang orang yg tak reti..ni.

    ada orang sokong umno gaji berlipat ganda dan tak bergantung satu sen pun pada parti atau umno ..dia pi kata umno hanya disokong oleh penjaga keretapi sahaja.....piiiirahhh kencing punya mamat!!!

    jangan ikut dengan sikap melatyu seperti ini...alamat harubiru negara esok lusa!!!percayalah.

    ReplyDelete
  49. Eh tadi aku ada baca si Shamsul tu cakap pasal amanah..Helo ko tak tau ke yang menantu Nik Aziz tu order kek black forest 6 biji pada raya puasa tahun lepas dengan harga RM 3600.00..nak bagi Nik Aziz dan rakan-rakan makan..ko tak tau ke ada orang sponsor Nik Aziz pegi haji full package RM 65 ribu..ke ko buat-buat tak tauuu..amanah ke tu..takkan la Nik Aziz tak tau..

    ReplyDelete
  50. "...tapi bagi aku lebih baik ada pemimpin korup tapi negeri kaya raya, rakyat boleh cari makan dan makmur daripada ada pemimpin zuhud tapi rakyat merempat tempat lain untuk cari makan.."

    TOLONGLAH JANGAN MENGHALALKAN YANG TELAH KITA KETAHUI HARAMNYA.JANGAN KELIRUKAN DIRI KITA DENGAN PEMIKIRAN LOGIK YANG HADIR DARI SEORANG YANG BIJAK PANDAI.

    ReplyDelete
  51. Melayu cerdik pandai sekarang sekarang sebenarnya dah jauh dari perjuangan parti sebab dia dah kaya, dia rasa dia kaya sebab dia punya usaha tapi dia terlupa kalau tak sebab kesatauan orang Melayu berjuang membela nasib Melayu nasib dia tak tak akan jadi gitu.
    Begitu juga kebanyakan pemimpin Melayu sekarang dah tak berapa paham macamana nak membela nasib Melayu sebab dia orang juga dah leka tentang kekayaan, pangkat dan nama. Mana nak turun tengok masalah orang Melayu, macamana nak membena belia Melayu, yang dia kisah macamana nak kekalkan kedudukan dia. Makin hari kawasan kampung orang Melayu dah di masuki bangsa lain. tapi kawasan bangsa lain orang Melayu tak dapat nak masuk. Orang Melayu makin terpinggir, ade dia ambil tahu? Ni pemimpin Melayu yang kononnya Islam sangat, apa dia buat terhadap orang Melayu, siang malam berceramah kononnya ceramah agama tapi dalamnya penuh hasutan memecah-belahkan orang Melayu. Songkok, kopiah memang putih tapi hati perut tak taulah. Kalau dia betul-betul ikhlas, apa salahnya bergabung sesama bangsa sendiri, perkuatkan bangsa kita. Ini tak lagak macam Islam ni dia yang punya, hukum hakam dia yang pegang, orang lain semuanya kafir dia aje yang Islam. Macam dia kenal sangat Allah. Rakyat dia sendiri diapun tak leh sediakan pekerjaan. Lakonan memang bagus, macam pijak semutpun tak mati, tapi rakyat berterabur kesana sini cari makan. Apa nak buat nasib orang Melayu... makin terpinggir diTanah sendiri. Orang lain yang untung.

    ReplyDelete
  52. Salam
    isu disini sebenarnya campur tangan agama lain terhadap agama yang lain. ITU JE!

    dan itu lah yang salah.!

    Cuba kita (islam) batalkan perakan wel wel dan sbgnya...bukan itu tak patut..dan itu tak pernah dilakukan pun...itu pasal semua kita penduduk Malaysia selamat menjalankan ibadat agama masing2.

    Hmm..saya xminat berpolitik dan xminat orang politik...dan jangan kata ahli politik berteraskan islam...lagi mengarut tu..heheh.

    Politik dan islam agak bercanggah haluan nya melainkan zaman baginda Muhammad SAW yang mana baginda merupakan pemimpin dan seorang islam sejati, akhlak nya luhur tinggi pekerti..ISLAM.

    KITA?

    Tolong lah jangan bohong atas nama islam..tolong lah...

    dan kini melayu yang beragama islam memerintah...namun azan berkumandang pun di debatkan oleh yang bukan islam..di katanya anjing dan bermcm lagi...
    apa jadi kalau bukan melayu dan bukan islam memerintah????

    ReplyDelete