Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, March 9, 2010

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 1)

1. Bulan ini genap dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Selama dua tahun ini saya melihat peralihan kuasa yang diuar-uarkan sebagai "Merakyatkan Ekonomi Selangor" sebagai tidak lebih daripada pentadbiran dan pengurusan ekonomi berasaskan andaian.

2. Pelaburan di Selangor berjumlah RM 11.18 bilion pada 2007, RM 11.87 bilion pada 2008 dan jatuh ke RM 6.7 Bilion pada 2009.

3. Bukan untuk mengungkit, namun pelaburan pada 2007 dan 2008 jelas merupakan hasil usaha kerajaan di bawah BN dengan kerjasama para pegawai kerajaan serta SSIC berikutan pelancaran beberapa projek besar seperti Selangor Science Park 2.

4. Pelaburan yang dicatatkan di atas ialah jumlah yang telah diluluskan pelaburannya. Selalunya usaha menarik pelaburan terutama pelaburan asing memakan masa satu hingga tiga tahun sebelum ia dicatatkan oleh MIDA. Ini bermakna jumlah pelaburan pada 2008 merupakan hasil usaha menarik pelaburan pada 2006 dan 2007.

5. Sebab itu saya merasa sangat aneh apabila pada tahun lalu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan dengan bangga mengisytiharkan pencapaian pelaburan tahun 2008 yang tertinggi dalam sejarah Selangor sebagai bukti kejayaan kerajaan Pakatan. Tidak sedikit pun penghargaan diberikan kepada kerajaan BN yang berusaha mendapatkannya.

6. Pada 2009 pula pelaburan jatuh sehingga hampir separuh. Saya percaya sebahagian jumlah pelaburan asing pada 2009 juga adalah hasil usaha kerajaan BN pada tahun 2007 dan 2006 yang lalu. Ini kerana lebih RM 3 Bilion daripada pelaburan di Selangor yang diluluskan pada 2009 merupakan pelaburan tambahan (expansion/diversification)daripada perniagaan sedia ada.

7. Lebih mengejutkan saya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar dan EXCO YB Teresa Kok mendakwa pencapaian 2009 ini melebih sasaran awal kerajaan negeri sebanyak RM 4 bilion. Ia mengejutkan kerana dalam pembentangan Bajet 2009, Tan Sri Khalid menyasarkan jumlah pelaburan ke Selangor pada 2009 sekitar RM 12 bilion.

Kerajaan Negeri berusaha mensasarkan pelaburan bagi tahun 2009 melebihi RM12 bilion dan yakin dapat mencapai sasaran pelaburan melebihi RM35 bilion dalam tempoh RMK-9. - Ucapan Bajet Negeri Selangor 2009 yang dibentangkan pada 20 Oktober 2008.

8. Apakah erti sikap berpura-pura sebegini? Tampaknya kerajaan negeri sama seperti pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih berada dalam keadaan sindrom penafian (denial syndrome).

9. Saya bangkitkan perkara ini bukan kerana ingin mendapat pujian dan sebagainya. Sebaliknya ia sekadar mengulangi kebimbangan saya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak melakukan usaha yang cukup aggresif bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah dan Eropah. Dan ternyata peratusan FDI selangor pada 2009 jatuh dengan banyak.

10. Malahan berdasarkan kegagalan kerajaan negeri melakukan usaha menarik pelaburan yang serius pada 2008 dan 2009, tidak mustahil jumlah FDI baru ke Selangor akan jatuh lagi.

11. Saya berharap pada tahun ini kerajaan negeri akan lebih aggresif mengadakan misi perdagangan ke luar negara agar kemajuan negeri Selangor akan dapat dikekalkan.

12. Namun jika dilihat tindak tanduk pentadbiran negeri hari ini dan Penasihat Ekonomi Negeri yang lebih berminat berceramah politik setiap minggu, saya fikir sukar untuk Selangor kembali meraih pelaburan yang tinggi dalam beberapa tahun mendatang ini.

13. Pelaburan yang datang bukan ibarat yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang, tapi perlu ada usaha usaha dan kerja keras meyakinkan pelaburan baru masuk ke Selangor. Kerajaan negeri perlu ingat jika tidak dipecahkan ruyung, mustahil ada sagunya.

39 comments:

  1. Soalan tupingera merujuk pada rasuah ronie liu atau kes rasuah sex setiausaha exco selangor tu?
    Malas nak cerita pasal rasuah haji TGNA tu sbb jauh sgt dari sini.

    ReplyDelete
  2. Sdr Bin Toyo,

    Bacalah artikel "Tukar Tiub" oleh Sdr Hishamuddin Rais. Awak tu TIN KOSONG, mother of all hipocracies!

    ReplyDelete
  3. banyak pelaburan waktu sdr menjadi mb banyk juga pembayaran pampasan dan komissen. itu sebab sdr di tuduh membuat rumah berharga 24 juta.

    ReplyDelete
  4. salam....

    ".....nie semua salah Umno sebab kalah PRU12 lepas...bukan salah PR...FDI merudum..."kata
    pemimpin cap ayam.

    "nie sindrom penafian dan menyalahkan pihak lain!
    atas kegagalan menarik pelaburan dan tadbir urus yg baik..."kata ahli politik veteren.

    "tarik pelaburan asing bukan macam tarik rambut rakyat asing...main paksa-paksa segala...pelabur
    nakkan kerajaan negeri yg kukuh dan harmonis@mesra pelabur..."kata pakar ekonomi.

    "..cakap senanglah...cubalah sendiri!nah terbukti..cakap tak serupa bikin..."kata rakyat
    SDE.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya nak ucap terima kasih kpd DSKT kerana saya rasa sikit sbyk pendapat DSKT memberi impak kpd penarikan balik skim petrol baru.X payah la bapak saya habis duit isi minyak jeep '94 RM150 full tank.Untung jual sekor kambing lagi sikit dari menghantar.

    Ramai tahu kerajaan BN mmg mampu menarik FDI yg tinggi dari PR kerana pengalaman dan kenalan yg lebih di peringkat dunia.EXCO2 PR Selangor's depth & quality kureng sket.he2.Budak mentah ada,orang x bermoral ada,sesumpah pun ada dan dll.Tapi majoriti rakyat undi kerajaan DSKT keluar kerana masalah2 diperingkat pusat.Orang muda suka cuba benda baru.Pak Lah & KJ turut membantu.Eh rhyme pulak 2 ayat ni.

    Mengapa MB mengambil Theresa Kok yg tidak mempunyai latar belakang pelaburan langsung.She has a BA Science Comm (USM) & Master Pol Science (UM).CV sy lagi cantik!LoL.EXCO xde pengalaman langsung dalam bidang perniagaan,corporate,banking,economic,investment etc.Cuma ada kemahiran bercakap sahaja.

    MB ada barisan EXCO2 yg membantu mengurus negeri mengapa perlu DSAI sbg penasihat ekonomi?EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN buat apa hari2?

    Dulu bising memekik merayu org muda supaya beri undi.Saya balik Malaysia tahun lepas dan saya lihat Ampang Jaya sama shj.Yg beza ada papan tanda baru utk medan selera bunga tanjung.Puas saya tulis email supaya tiang letrik/telepon kat padang permainan diubah dari kedudukan dari tgh2 padang ke tepi sampai sekarang masih ada lagi.Dpt respon pegawai ADUN terlalu sibuk dgn hal2 lain.Kalau satu hari tiang tumbang/wayar putus kena anak2 kecil mulalah operasi coverline.Theresa Kok konfem terer bidang2 Comm of Con ni.

    Tender qurban syarikat saya ditolak kerana ajk2 masjid & surau baru sekitar Sngor amek binatang qurban dari ustaz2 tertentu shj.Supplier yg reliable yg dah bergiat 27thn ditolak mentah tanpa alasan kukuh.Ada yg berani mtk komisen terang2 waktu Ramadhan 2009.Dulu zaman DSKT AJK masjid walaupun 1/2 nampak mcm pro BN x pernah pulak mtk apa2.AJK tau bukannya untung berjuta supply binatang qurban..

    My point is perasuah ni bukan semestinya ahli parti politik tapi rata2 org awam yg ada kuasa x kisah la pas ke umno ke dap ke..Semua manusia bila ada kuasa selalu salah guna.Satu kumpulan gila kuasa satu lagi angkuh xmau membaiki kelemahan/kesilapan akibat sibuk berpolitik retorik.Saya undi utk kemajuan yg lebih pantas dan mantap.Lepas PRU 12 makin malap pulak.Terkena bak kata Tipah.

    p/s:Kenapa la makin ramai golongan2 org yg xde budi bicara dekat Malaysia.Suka maki hamun sesama sendiri.Infrastruktur 1st class.Mentality no class.Bila x maju/gagal tunding jari.

    ReplyDelete
  6. Pakatan rakyat konon..ambil kesempatan atas kelemahan org lain...nak jaga rakyat konon..nak jaga negeri konon..nak jaga negara konon...nak jaga wakil rakyat sendiri pun terkial-kial..apatah lagi dgn mslh rakyat, negeri dan negara..itu tak kira lagi dgn janji2 pilihanraya dulu..

    tak kira lagi benda2 lain yg perlu dijaga..boleh kah?? bolehkah?? dah masuk dua tahun tp masih tidak boleh berjalan..masih pakai pampers...isap susu botol..

    nasib la mana2 rakyat yg berada d negeri2 dibawah tadbir pakatan rakyat...

    tiada apa yg istimewa..bunyinya hebat tp...

    ReplyDelete
  7. Kenapalah begitu rendah tahap org yang beri komen. Kenapa masih lagi bersikap berdendam peribadi, jika kenyataan DK tidak benar, maka sanggahlah berdasarkan fakta, bukan berdasarkan emosi... nampak sangat politik PR di Selangor kebudak-budakan. Hentikanlah tabiat anda, rakyat semakin celik dan tahu siapa sebenarnya yang lebih bekerja dari berpolitik. PR hanya sesuai memberi komen untuk rancangan Akademi Fantasia

    ReplyDelete
  8. bwh, Contoh yang anda beri berdasarkan artikel Hishamuddin Rais amat tidak bertepatan. siapa beliau nak dijadikan perbandingan. Hanya sekadar pandai menulis dan memburukkan org. Jika beliau amat bijak kenapa tidak dibantu YAB Khalid Ibrahim serta penasihat Ekonomi Selangor menjana ekonomi Negeri. Beliau mungkin tidak berkelayakan sebabnya, DSAI yang punya lulusan sastera dari UM pun hanya mampu memberi nasihat bertaraf RM1 sahaja, inikan pula Hishamuddin Rais yang cabut lari keluar negara bila ada masalah. DSAI dan Hishamuddin bukan sekadar TONG KOSONG, tetapi tong kosong yang berkarat langsung tak berguna.

    Berikanlah contoh yang lebih baik jika anda masih ingin mencari kelemahan pemimpin UMNO/BN

    ReplyDelete
  9. tupingera, rasuah tak hipokrasi jika dibuat oleh pemimpin PR, terutama dalam usaha merebut hutan milik eli.

    ReplyDelete
  10. Dr. Khir bercakap mengenai fakta yang sebelum ini dicatatkan oleh MIDA. Gelaran TIN KOSONG hanya layak utk individu yang hanya tahu bercakap tanpa fakta yg kukuh, Perosak Pakatan Rakyat!. Bercerita seperti penglipur lara yg hanya ingin menghiburkan pendengar2nya, dalam kes ini, pengikut2 taksub PR!

    Cukupla, pengikut2 taksub PR. Bila tak suka dgn pemimpin UMNO, dimaki, dipermainkan nama dan bapanya, difitnah (sbb sampai sekrg takde bukti yg di bawa ke mahkamah). Politik kebudak-budakkan!!!!

    Mother of all hipocracies! hanya layak utk pemimpin2 PR sbb takde kerja lain, setiap minggu asyik nak berpolitik, berceramah sana sini, memburuk-burukkan org lain, menfitnah, memaki hamun. MasyaAllah! Kerjala, jgn asyik nak salahkan org lain @ kerajaan yg lepas. PR sekrg Kerajaan di Selangor, bukan lagi pembangkang. WakeUp!!!!!

    Dr Khir, teruskan perjuangan anda. Turun ke akar umbi utk dapatkan pandangan dan pendapat rakyat. Terima kasih kerana menghulurkan salam sewaktu majlis perkahwinan En. Mat di Sungai Besar ahad yg lepas. To be a great leader, you should not give up!. Rakyat akan sentiasa berada di belakang pemimpin yg benar-benar memperjuangkan kehendak rakyat. Bukan pemimpin2 yg hanya pandai menabur janji, namun tak ditepati.

    Ikhlas : Pemerhati Politik

    ReplyDelete
  11. 2009 satu malaysia FDI turun gila gila... banyak kilang yg berkaitan electrical milik company Jepun di negara ini pun buang pekerja... pelabor Arab sekarang ni dah cerdik dah... tak amcam dulu.. Portsmouth FC yg Arab nak beli pun masih terumbang ambing tanpa kepastian dlm pemilikannya... ekonomi masih lembab... sebab tu budget kerajaan persekutuan pun poting 20%...uiversiti pun kena berjimat cermat.. askar pun berjimat cermat sampai kursus yang dulu dijalankan di hotel.. sekaran ni dibuat di MINDEF saja... cakap PM yang kata ekonomi telah pulih amat bertentangan dengan realiti yang kami rakyat biasa tempuhi sekarang ini...

    Masalah ekonomi US memberi kesan sama di eropah.. orang timur tengah pun sekarang ni ambil sikap berhati hati melabor kengan keadaan akonomi macam ni....

    ReplyDelete
  12. Lawatan ke Disney Land?? Lawatan ke Indon?? Semua ni BUKAN rasuah/salahguna kuasa

    ReplyDelete
  13. ashaman, mungkin saudara boleh cadangkan kepada pimpinana negeri selangor idola saudara agar tidak perlu kemana-mana dan mengharap pelaburan datang dengan sendirinya, perniagaan selangor berkembang ke luar negara dengan sendirinya juga. :)

    ReplyDelete
  14. Salam buat semua...

    Kan bagus kalo komen2 yg diberi banyak idea bernas dari melalut 'kondem' orang x tentu fasal...

    Baik penyokong PR dan juga UMNO sekalipun, lontarkan la idea dgn cara berhemah, xyah la serang peribadi orang...

    Mari sesama tegur dan menasihati pemimpin kita apa yang perlu dilakukan utk kebaikan bersama..

    Yang sedang memerintah nie buat la elok2, x payah la nak selongkar balik hal2 kesalahan orang terdahulu sekiranya ia x menjejaskan kepentingan rakyat pada masa sekarang dan akan datang..Jgn semata2 nak puaskan hati, nak membalas dendam, tapi pada masa yang sama terlupa mengulangi kesilapan dan kesalahan pemerintah yang terdahulu...

    Pada yang jadi pembangkang sekarang nie, buat lah keja membangkang dgn cara terbaik.. Sekiranya ada hal yang perlu dibangkang, buatla dgn cara terbaik beserta fakta2 yang jelas..Kalo x diterima sekalipun x payah la kita terikut2 rentak provokasi/caci maki..

    Salam..

    ReplyDelete
  15. Asha'man,

    Pada pendapat saya, lawatan ke Disneyland atau ke kandang-kandang babi di luar negara itu, saya rasa rakyat marhaen macam kita ini boleh maafkan lagi lah sebab mantan pemimpin kita itu mungkin punya rencana membina tarikan sebegitu di negeri Selangor ini.

    Yang menjadi isunya di sini apabila mereka-merekan ini siap bawa bibi dia orang sekali ke sana. Sejak bila pulak bibi dia orang jadi consultant pelaburan untuk kerajaan Selangor :)

    ReplyDelete
  16. saudara Shamsul,

    saya bayar sendiri perbelanjaan keluarga saya. Jadi janganlah saudara mengikut perangai pemimpin saudara yang suka sangat membuat fitnah terhadap orang seolah-olah mereka digajikan untuk memfitnah musuh politik bukannya membangunkan negeri.

    Saya perhatikan saudara dan beberapa kerat pengikut Pakatan lebih suka menyimpang isu kerana tidak lagi mampu mempertahankan pentadbiran negeri ini.

    ReplyDelete
  17. Soba,

    Saya tiada masalah apa pun yang mereka mahu selongkar mengenai pentadbiran saya kerana saya percaya saya mampu mempertahankan diri dan saya tidak melanggar sebarang peraturan kerajaan negeri.

    Masalahnya ialah mereka suka melontarkan tuduhan tanpa asas dan yang tidak faham peraturan kerajaan negeri akan melihat saya melanggar undang-undang.

    Mereka bukan mahu mencari kebenaran atau memperbaiki sebarang kesalahan kerajaan lalu. Mereka hanya berminat untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas saya untuk menang pilihan raya akan datang.

    Terserah kepada rakyat sama ada mahu menilai kemampuan mereka memburukkan BN atau kemampuan mereka memerintah.

    ReplyDelete
  18. Saudara Ciliapi, insyallah kita akan berjuang mengikut fakta dan kebenaran bukannya memfitnah mereka seperti mana mereka buat ke atas kit.

    ReplyDelete
  19. Lawatan ke Taiwan utk memburu MP Bn tempohari mungkin merupakan usaha utk menarik pelabur kot. Duit siapa yg digunakan. Begitu juga ceramah saban minggu menggunakan stadium malawati, duit siapa yang digunakan untuk membayar segala bil. Bukankah duit rakyat digunakan untuk tujuan tersebut. Patutlah jalan semakin lama makin rosak, lampu jalan banyak yang tak bernyala, perhentian bas semakin usang. Bahkan perbelanjaan untuk membeli resit saman MBSA pun tak ada budget. Inilah akibatnya bila menang perang, habis segala usaha pihak sebelum ini dilacur sesukahati. Mereka ini bukan sekadar bohsia yang merempit diceramah-ceramah tetapi lebih hebat dari pelacur china dalam melahap duit. Patutlah sekarang ini negara islam entah kemana, hudud hilang begitu saja, vlolvo buruk diganti BMW hanya selepas 2 tahun memerintah.

    Dimana kebajikan utk rakyat, pengundi PR? Pengundi cuma dapat RM100, pemimpin PR curi RM 1 juta. Manalah ekonomi negeri nak berkembang.

    ReplyDelete
  20. DK, saya selalu hadir di program anjuran PR di sekitar shah alam. Saya lihat kehadiran pada setiap kali program semakin berkurangan, apakah ini petanda rakyat semakin sedar dan semakin meluat pada ceramah yang berbentuk retorik.

    Saya berpendapat, sekarang ini rakyat mahu sebuah kerajaan yang bekerja untuk kesejahteraan mereka, bukan menjadi penghibur waktu malam.

    ReplyDelete
  21. Saya sebagai pengundi dan penduduk di kawasan Puchong, masih ingat lagi peristiwa 2 tahun yang lepas.

    1. Lebih kurang 2 minggu selepas pilihanraya 2008, jalan dari Puchong Intan yang membolehkan penduduk Puchong Perdana, Puchong Intan & Puchong Prima telah dilurus, diperbesar dan di baik pulih. Ini telah memberikan penduduk dikawasan ini pilihan untuk tidak perlu melalui tol LDP Puchong Barat dan membayar tol yang baru sahaja di naikkan 50% dan amat membebankan golongan pendapatan rendah.

    2. Pada 2009, pihak MPSJ telah merobohkan tempat cuci kereta haram & cabin kontena di Puchong Perdana (yang telah menduduki kawasan tanah lapang rizab kawasan rekreasi) dengan berselindung disebalik kawasan khidmat wakil MIC di kawasan tersebut Kawasan tersebut kini telah ditanami dengan rumput dan ditukarkan menjadi kawasan rekerasi kanak-kanak bagi kemudahan penduduk di kawasan itu.

    3. Lebih kurang 50 metre dari tempat tersebut, dalam masa yang sama, pihak MPSJ juga telah merobohkan satu kabin kontena milik UMNO yang telah menduduki rizab kawasan lapang tersebut secara haram.

    Saya yakin, semua peristiwa yang saya sebutkan diatas itu tidak ada kena mengena dengan pertukaran pemerintahan kerajaan PR di Selangor pada 2008.

    Sebaliknya, saya yakin, ini semua adalah usaha gigih Dato Seri kita ini yang mungkin telah merancang untuk melaksanakan perkara tersebut pada tahun 2006 & 2007.

    Kemungkinan besar pihak majlis perbandaran & daerah di Selangor berubah menjadi lebih efficient selepas Dato Seri kita telah mengadakan anugerah penyapu kepada mereka. Syabas saya ucapkan kepada Dato Seri. :)

    ReplyDelete
  22. jalan jalan di shah alam nie banyak teruk lah sekarang kat sape nak mengadu nie?

    ReplyDelete
  23. salam....

    waktu sakarang nie PAS & PKR tengah buat ceramah
    di Saujana Utama SG Buluh...boleh tahan kehadiran pengunjung di Pasar malam di sebelahan majlis ceramah tu...ini tandanya makanan lebih sedap
    dari celoteh kosong!!!

    ReplyDelete
  24. Shamsul,

    Walaupun anda cuba memperli Dr. Khir tapi aku rasa cara perli kamu sangat kebudak-budakan dan sangat tidak tepat dengan bicara dalam artikel ini.

    bandingan yang dibuat antara roboh kabin pusat khidmat dengan FDI nampak menunjukkan taraf pemikiran penyokong PKR ini tak ubah seperti lembu yang mudah ditipu.

    Perkara pertama tu aku sendiri keliru ko nak puji atau nak sokong Dr Khir. Bolehkah jalan diluruskan oleh kerajaan yang baru dua minggu selepas pilihan raya sebab seingat aku tempoh hari panjang juga perang PKR-DAP dan Pas tentang jawatan MB Selangor.

    Kalau dalam masa dua minggu selepas pilihan raya oleh luruskan jalan nak juga aku tanya bila luluskan peruntukan, bila keluar tender, bila award tender?

    err satu lagi brader, apalak kena mengena taman puchong perdana, prima dan intan ini dengan Tol LDP Puchong barat? Selama ni pun tak payah guna tol antara ketiga-tiga taman ni.

    ReplyDelete
  25. hahaha anak perelih sentiasa ada dalih kalau babitkan kelemahan pkr. tapi kalau masa depa kutuk BN tak boleh tarik FDI tak pulak ambil kira rasional dulu.

    Kalau ekonomi jatuh ker apa ker... janganlah perasan dan mengaku pelaburan 2008 hasil kecemerlangan Pakatan di Selangor. Tak malu ker?

    ReplyDelete
  26. Salam DSKT,
    Pada saya samada PR ke BN ke UMNO ke PAS ke PKR dan apa2lah lagi...semuanya beremosi buat statement. PR mememerintah BN serang. BN memerintah PR serang...camtulah semuanya...kedua-duanya takde macam takde akal terutamanya yang beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU. Please la...Islam tidak mengajar umatnya sebegitu...Mmg difahami dgn jelas, parti yg satu lagi dan yg satu lagi tidak akan bersetuju denagn apa jugak yang ditonjolkan...Macamnilah..kalau benar PR takleh dan tak berwibawa untuk memerintah...tunggu je PRU13...tukarkanlah kembali kepada BN...Biar rakyat yg menentukan...tak perlulah kita "bersengketa" sampai lupa batasan agama dan budi bahasa bangsa. Untuk DSKT semoga sejahtera selalu untuk terus benar2 berjuang untuk membela rakyat demi agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum DSKT,

    Tahniah diucapkan kerana berjaya menyuarakan isu dengan fakta. Rakyat biasa seperti saya perlukan maklumat seperti ini untuk undi pilihanraya.

    Saya lihat sendiri kerajaan PR ini memang gemar berceramah. Hampir setiap minggu ada sahaja program ceramah yang dibuat. Kita tanya sikit program tuh guna duit sapa??

    Cukuplah masa nak pilihanraya sahaja kita berikan ceramah politik nih. Dah menang pergilah buat kerja.

    Bila kerajaan negeri semasa pemerintahan kerajaan BN memberi wang saguhati kepada rakyat, mereka dituduh memberi suapan/rasuah tetapi apabila kerajaan negeri dibawah pimpinan PR memberi wang saguhati, mereka menyatakan mereka berkongsi kekayaan dengan rakyat. Apa semuanya ini???

    Saya lihat dua jenis pendekatan bahasa digunakan untuk BN dan juga PR.

    Fikir2kanlah.....

    ReplyDelete
  28. Setuju dengan Asri...

    Apa susah lagi 2 - 3 tahun ada PRU13.... undi dan sokonglah yang mana korang rasa nak undi... Tak kira sape yang perintah.... poket aku makin kempis coz semua nak pakai duit and cukai yang entah apa-apa dah nak start impose.... Yang kat atas pulak asyik sibuk ceramah, branstorming, planing, review and so on.... lol..

    ReplyDelete
  29. Salam Saudara Ajab,

    Saya menceritakan keadaan dikawasan saya iaitu dikawasan Puchong Perdana kerana ada teman2 seperjuangan saudara mempertikaikan keadaan jalan2 yang kononnya semakin teruk di Shah Alam. Bukan tujuan saya untuk menyimpang dari tajuk perbincangan mengenai FDI. (Yang peliknya, kenapa saudara tidak menempelak rakan saudara yang lain yang terang2 menyimpang jauh dari isu perbincangan? Adakah keran ianya isu memburukkan kerajaan PR, maka saudara tidak menegur mereka?)

    Untuk pengetahuan saudara, jalan bypass tersebut membolehkan penduduk di ketiga-tiga kawasan perumahan tersebut tidak perlu melalui tol jika mereka ingin ke kawasan USJ. Bayangkan nasib mereka yang bergaji rendah yang perlu berulang-alik ke tempat kerja sekurang-kurangnya 2 kali sehari (atau lebih bagi mereka yang perlu mengambil anak pulang dari sekolah).

    Kalau nak harapkan Satim Diman turun padang mengatasi masalah ini jangan haraplah. GE13 nanti, saya akan berusaha melipatlaki ganda untuk memastikan UMNO hilang kerusi DUN di Sri Serdang.

    ReplyDelete
  30. shamsul...

    ko nak bantai satim diman .. ko bantai la..tapi umno bukan satim diman punya sorang...faham ke tak faham

    ramai lagi orang yg bersama umno yg berjuang bermatlamatkan benda yg lebih besar dari apa yg ko bisingkan tu....jangan kerana ko tak suka dengan satim diman ....umno pun ko heret sama....itu namanya ko heret dan telanjangkan parti terbesar kuasa melayu...saya tidak akan benarkan ...walau apa berlaku..baba kepentingan melayu..no compromise

    kat sini kalau ko nak bising cite bab bersatu umno +pas ke aku sokong dan tak mau komplain

    ko jangan nak ingat ko sorang hero boleh bising...
    orang lain pun boleh juga kalau nak komplain...

    tapi saya tak berapa senang hati la bila sikit2 umno jadi mangsa sampai orang jadi keliru....sehingga golongan muda jadi malu untuk mempertahankan umno...persepsi yg ko kata tu ada laka memnag berlaku..dan masalah ini perlu ditangani dengan berkhemah..tegur dengan cara yg baik...bukan hentam membabi buta sampai last sekali umno...last je umno...janganlah macamtu kawan..

    kalau tak suka kat satim diman masuk jadi ahli umno kat sana dan tukar dia....jangan banyak cakap semua buruk umno,bukan umno yg masalah...yg masalah manusia-manusia bobrok yg tak faham apa erti bertolak ansur..saling faham memahami dan muafakat.....faham ke tak!..

    ReplyDelete
  31. keh keh keh Shmasul... aku dok pening... boleh explain tak:

    1. Apa nama jalan dari Puchong Prima, Puchong Perdana dan Puchong Intan boleh bypass Tol Puchong barat tu kalau nak ke usj. kalau ada bagus juga aku nak bypass.

    2. kalau jalan tu dah sedia wujud sebelum pilihan raya, jadi siapa yang bina?

    3. Macam ajab tanya tadi, projek tu buat dua minggu lepas pilihan raya jadi bila keluar tender, bila award? takut-takut ini satu lagi cerita lembu punya susu, babi punya nama.

    ReplyDelete
  32. Salam DSKT

    Apa yang saya nampak kerajaan pakatan lebih membuat kerja-kerja bersifat maintanance kepada apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN.Masalahnya ialah sampai bila ia harus berlaku sebab selangor perlukan pembangunan baru yang berterusan bagi mengekalkan momentum kemajuanya.Maklumat yang Dato Seri berikan sekiranya ianya benar nampaknya kita kena bersedia menghadapi malapetaka ekonomi Di Selangor.

    ReplyDelete
  33. Dato Seri,

    5. Sebab itu saya merasa sangat aneh apabila pada tahun lalu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan dengan bangga mengisytiharkan pencapaian pelaburan tahun 2008 yang tertinggi dalam sejarah Selangor sebagai bukti kejayaan kerajaan Pakatan. Tidak sedikit pun penghargaan diberikan kepada kerajaan BN yang berusaha mendapatkannya.

    Untuk jawapan diatas, saya rasa kalau saya PR dan menjadi MB Selangor pun saya takkan memberi pengiktirafan terhadap BN. Saya akan menggunakan hasil BN sebagai batu lonjatan. Lagi pun Dato, MB Khalid tu pun cakap tergagap-gagap. Pada pendapat saya yang mentadbir Selangor adalah Ronnie Liu dan sapa sorang lagi Macha DAP tu..lupa dah namanya. Si Khalid Samad pulak tiada management skills, lack of experience in managing big organisation. Plus, saya tgk Shah Alam mcm tu jugakk..tiada beza dgn BN memerintah dulu..

    8. Apakah erti sikap berpura-pura sebegini? Tampaknya kerajaan negeri sama seperti pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih berada dalam keadaan sindrom penafian (denial syndrome).

    Mcm mana mereka tak berada dalam keadaan sindrom penafian sedangkan hari² asyik sibuk berceramah jer. Dalam blog Mahfuz saya telah kemukan 7 soalan, la ni sampai sekarang tak da respond. Maybe Mahfuz sibuk bekerja, tapi boleh pulak tulis Blog. Orang kalau tulis blog kena lah aktive, bagi jawapannya..Anyway, mereka dalam keadaan penafian kerana ini kali pertama mereka memerintah jadi mereka menjadi riak. Lagi satu, kemungkinan corak pemerintahan mereka ini bersifatkan Kuku Besi seperti Singapora..dimana ianya tidak boleh diamalkan di dalam organisasi di Malaysia due to different cross culture. Ini juga menunjukkan ramai kakitangan kerajaan Selangor tidak mahu memberi kerjasama dengan pemerintah PR atas sebab² tertentu..

    ReplyDelete
  34. Apa pun yg belaku di selangor pastikan BN akan merampas semula Selangor pada PRU 13 dah tak lama tinggal 30 bulan jadi org melayu selangor tolak PAKATAN HARAM PAS,PKR DAP yg tidak membela nasib melayu terutama KHALID GAGAP PEROSAK BANGSA.

    ReplyDelete
  35. Adib, bencilah diri sendiri dahulu sebelum membenci orang lain..!!!

    ReplyDelete
  36. kenapa en. adib.. mak en adib telah dirogol oleh saudara khir ke? kalau saya jadi en. khir saya akan kawen perempuan muda dari rogol mak orang.. hehhehe... gurau je.. peace!!

    ReplyDelete
  37. Betul ker BN yang bawa kemajuan pada apa yang ada pada Malaysia dan selangor sekarang. Saya rasa ramai orang salah faham, BN adalah kerajaan yg dilantik oleh rakyat untuk memberi khidmat, itu lah tanggungjawab kerajaan yg diwakili BN kepada rakyat yang memberi mandat. Tidak bererti selain BN tidak mampu jadi kerajaan yang baik.

    Ramai org tua menyalahkan org muda kerana tidak megundi BN, katanya BN telah bagi jalan, air, api, biasiswa, itu ini dan lain2. Sebenarnya itu lah tugas kerajaan. Siapa pun memerintah sebagai kerajaan patut memberikan itu semua kepada rakyat. yang digunakan pun bukan duit BN atau PR tapi duit rakyat.

    Jadi perlulah pemimpin yang ada ni sedar kami memilih kamu kerana mahu kamu berkhidmat. Berikanlah khidmat kamu dan kami nilai dan kami undi kamu.....

    ReplyDelete