Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, March 11, 2010

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 2): Urusan Kewangan Negeri Kacau Bilau


1. Setelah dua tahun memerintah, saya melihat Pakatan Rakyat meletakkan kedudukan kewangan negeri dalam keadaan "sakit" dan tidak terurus dengan baik.

Kelemahan Perancangan dan Bajet Defisit

2. Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih kerajaan negeri, rizab tunai negeri Selangor berjumlah RM 1.4 bilion, jika tidak silap saya tertinggi dalam sejarah Selangor.

3. Namun pada tahun 2009, Bajet kerajaan negeri telah defisit hampir RM 1 bilion.


4. Ini bermakna rizab tunai kerajaan negeri telah berkurangan dengan sangat banyak dalam tempoh dua tahun pemerintahan Pakatan di Selangor. Bajet defisit yang besar ini sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan yang jelas dalam memperkukuhkan kewangan negeri.

5. Sejak dua tahun ini, tampak jelas perancangan kewangan dan ekonomi negeri hanya berasaskan pendekatan-pendekatan populis dan andaian pendapatan yang tidak berasaskan perkiraan yang cermat. Jika ia dilakukan secara bertanggungjawab tetapi pendapatan tidak mencerminkan anggaran, maka pasti ada kebocoran dan kelemahan yang sangat serius dalam jentera pentadbiran negeri.

6. Dalam ucapan Bajet 2009, Tan Sri Khalid dilaporkan berkata:
"Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebagai syarikat kerajaan negeri yang memberi penumpuan kepada aktiviti perniagaan pasir pada tahun ini dan dijangka mampu membawa pulangan bernilai RM150 juta pada tahun hadapan berbanding dengan kutipan royalti bernilai RM20 juta pada tahun 2007."

7. Antara kebocoran dan kelemahan ketara ialah dari sudut pungutan hasil pasir yang sangat sedikit berbanding "andaian" kerajaan negeri. Kerajaan negeri menubuhkan Kumpulan Semesta
 untuk menguruskan hasil pasir dengan matlamat mengutip antara RM 150 - 200 juta setahun. Namun hasil pasir yang masuk kepada kerajaan negeri ialah sekitar RM 5 juta sahaja.

8. Jumlah kutipan ini sangat sedikit berbanding keluasan kawasan perlombongan pasir hari ini berbanding zaman BN dahulu. Dahulu perlombongan pasir hanya melibatkan kawasan persendirian dan pejabat tanah megutip doket sahaja. Namun sekarang ini kerajaan negeri membenarkan perlombongan pasir di tanah milik kerajaan.

9. Ini bermakna selain doket, kerajaan negeri juga mengutip wang menerusi tender. Namun jumlah kutipan sangat rendah. Mengapa dan kenapa? Adakah ia ada kena mengena dengan beberapa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beberapa individu termasuk pegawai khas seorang EXCO?

Pakej Rangsangan Ekonomi Lawak jenaka

10. Setahun yang lalu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghebahkan Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM 50 bilion. Secara keseluruhan Pakej Merangsang Ekonomi Selangor berjulah RM 50 Bilion itu merangkumi:


(a)Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.
(b) Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT).
(c)Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
 (d) Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula kawasan terbiar termasuk di Petaling Jaya dan Klang.
(e)Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

11. Antaranya termasuk peruntukan RM 10 bilion bagi kos pembersihan dan pemulihan Sungai Klang sepanjang 120km untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam bidang perumahan dan pelancongan di kawasan tanah rizab sungai itu.

12. Jika setahun lalu dijanjikan projek ini akan dilakukan Mac 2009, sehingga Mac 2010 belum nampak tender terbuka diumumkan mahu pun kerja-kerja pembangunan Sungai Klang dijalankan. Yang lain lagilah jauh api dari panggang.

13. Lebih melucukan kita tertanya-tanya daripada mana datangnya wang kerajaan negeri untuk Pakej Rangsangan RM 50 Bilion itu dan berapa banyak yang telah disuntik ke dalam pembangunan negeri?

Hutang Talam: Janji Tiga Bulan Yang Gagal

14. Pada November 2009, Kerajaan negeri mengumumkan satu acara silap mata kewangan yang yang dikenali sebagai round-tripping. Bukan saya sahaja mengkritik silap mata ini. Malahan seminggu selepas kritikan saya tersebut, keluar emel daripada Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Salahuddin Hashim yang turut mengkritik, "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector."

15. Dalam pengumuman tersebut, Menteri Besar Incorporated (MBI) melakukan pengambil alihan hutang Talam sebanyak RM 391.7 juta dan berjanji untuk menyelesaikannya dalam masa tiga bulan. Namun selepas tiga bulan hanya RM 50 juta sahaja dikutip. Kutipan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Talam Corporation.

16. Saya pernah mempersoalkan berapakah kos round tripping ini. Antaranya berapakah kos konsultan dan berapakah kos guaman untuk perjanjian pengambilalihan pinjaman dan juga perjanjian pinjaman dengan Bank.

17. Namun sehingga hari ini rakyat tidak mendapat jawapan yang konkrit. Siapakah peguam yang mendapat keuntungan dalam urusan ini? Apakah ia ada kaitan dengan parti pemerintah negeri hari ini? Sebaliknya Menteri Besar memperbodohkan kita apabila menjawab ia dilakukan sendiri oleh beliau tanpa sebarang bayaran. Menurut Mstar Khalid Ibrahim dilaporkan berkata:
Ketika ditanya, siapakah konsultan dalaman yang beliau maksudkan, Khalid secara bersahaja menjawab; “Konsultan itu adalah Khalid Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."

 “Dan kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri,” katanya

18. Belum selesai dijawab dengan telus kos pengambilalihan hutang ini, Menteri Besar umum berjaya kutip RM 50 juta dari Talam biarpun janji asal untuk kutip RM 391.7 juta dalam masa tiga bulan ini.

19. Timbul lagi pertanyaan, apakah RM 50 juta tersebut dalam bentuk tunai atau pengambilalihan aset. Jika pengambilalihan aset siapa yang menilai? Dan bagaimana pula dengan sinisan kerajaan negeri sebelum ini bahawa kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran saya tidak cekap kerana menjalankan usaha mengambil alih aset Talam bukannya wang tunai. Mereka berjanji untuk mendapatkan wang tunai.

20. Amat mustahil bagi sebuah syarikat senaraian awam yang berada dalam kedudukan kewangan yang kurang baik seperti Talam membayar hutang sebesar itu tanpa sebarang pengumuman rasmi. Jadi pertanyaan ini sudah tentulah sangat relevan untuk dijawab. Namun sehingga hari ini belum ada penjelasan daripada YAB Menteri Besar.

21. Sudah banyak jenaka kerajaan negeri, tapi bersediakah mereka yang menyokong Pakatan Rakyat untuk menerima hakikat ini atau masih mahu terus berada dalam denial syndrome bahawa segala-galanya indah belaka.

22. Saudara/i buatlah kesimpulan dan kenyataan sendiri mengenai apa yang saya nyatakan ini. Nilaikanlah dengan hati dan fikiran yang terbuka. Jangan kelak nasi sudah menjadi bubur baru mahu ditegur kepincangan kerajaan negeri.

46 comments:

  1. Khalid Ibrahim Pembohong nombor dua di malaysia. Nombor satu anwar ibrahim. Hairannya sekian banyak pembohongan Khalid, ada orang macam shamsul masih taksub dan mengagung-agungkan peminum tegar ni.

    ReplyDelete
  2. State funeral untuk gangster Kugan dan kos mengambil pakai bintang porn untuk sipembunoh diri tu berapa ratusan ribu agaknya???habis duit Selangor!!!

    ReplyDelete
  3. Dato' Seri,

    Saya amat bersimpati dengan negeri Selangor. Saya berdoa semoga rakyat Selangor kembali memilih BN (khususnya UMNO) sebagai pentadbir negeri Selangor. Apa yang berlaku di negeri Perka dan Selangor cukup untuk membuktikan kelemahan PR dalam mentadbir. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana jika mereka mentadbir negara.

    ReplyDelete
  4. Jaafar
    Saya bersetuju sekali dengan Jaafar tentang gangster Kugan. Saya rasa tak masuk akal sekali dengan mengagung-agungkan penjahat dan bersekong-kong dengan keluarga pencuri.

    Namum seperti DSAI & LKS cakap tentang "2 party state" memang bagus kerana YB Khir Toyo (mantan MB) dapat membuktikan keberkesanan dalam mengulas & mengupik keadaan Negeri Selangor banding dulu bawah BN.

    ReplyDelete
  5. saya menyokong penuh fakta yg telah dikemukakan oleh DS...Pakatan Rakyat hanya tahu nak menyalahkan orang lain jerr..semuanya salah orang...Wahai penyokong Pakatan Rakyat...Sedarlah...inilah masanyer utk kita perbetulkan semula keadaan...Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tu tak mampu nak urus kewangan pun..hahahaha..lawak betul ka Khalid Gagap ni...maner la dtgnyer pakej 50 bilion niii...

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Terima kasih dgn penjelasan DSKT tentang keadaan di negeri Selangor pada masa ini..

    Kepada kerajaan negeri sekarang nie, ambil lah kesempatan yang ada lagi nie perbetulkan kesilapan setelah 2 thn memerintah. Kepada penyokong PR lak, tolong lah jgn buat tuli jer menyokong benda yang x betul pastu nak cover dgn tunding benjol org lain lak.. Tolong 'repair'kan benjol pemimpin anda sendiri, kalo rasa nak menjadi pemerintah lagi.

    Kepada DSKT dan adun2 BN yang lain, konsisten lah dalam memberi pandangan, idea dan juga teguran pada kerajaan pusat berkenaan polisi2 yang tidak menguntungkan rakyat. Jgn asyik dgn hal2 yg elit saja, setiap lapisan masyarakat perlu dapat faedah bersama. InsyaALLAH dgn perancangan, perlaksanaan yang baik akan menghasilkan pencapaian serta kejayaan yg baik pd masa akan datang buat negeri Selangor secara khususnya. Jangan ulangi kesilapan yang serupa.

    Kepada rakyat negeri Selangor, matlamat kita sebenarnya sama, nak hidup sejahtera aman dan harmoni dalam negeri&negara ini. Jadi x salah kalo kita sama2 menyokong dgn setiap perkara dan perancangan yang baik dan juga sama2 menegur setiap kesalahan/kesilapan pemimpin kita dgn cara baik tanpa diselubungi rasa jumud terhadap semangat kepartian.

    Salam.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum YB. DSKT.

    Tahniah atas semangat juang yang begitu tinggi untuk nusa dan bangsa walaupun menghadapi berbagai rintangan.

    Mohon jasa baik YB Dato Sri membela sikit nasib pemandu teksi sekarang ini. Mungkin catatan di blog saya http://taxidriversmind.blogspot.com/2010/03/jpj-zalim.html boleh memberikan gambaran mengenai masalah yang mereka hadapi.

    Salleh : Pemuda Putrajaya

    ReplyDelete
  8. Jaafar,

    Usah khuatir, saya yakin jumlah kos pengkebumian Kugan & kos mendapatkan khidmat pakar forensic Porntip jauh lebih rendah dari kos membina mahligai2 pemimpin pujaan saudara seperti mantan Menteri Besar kita atau mahligai milik almarhum bekas penjaga keretapi (tak perlulah saya beritau namanya, biarlah yang pergi itu menjawab segala kesalahan beliau dihadapan yang menciptanya).

    ReplyDelete
  9. saudara Shamsul, saya bina rumah saya dengan titik peluh saya. Saya tidak menggunakan duit rakyat yang bukan hak saya untuk membina rumah saya. Hentikanlah menabur fitnah tersebut kerana saya khuatir tidak tertanggung saudara di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  10. Salam Dr Khir

    Teringat saya totok saudara Shamsul ni sama dengan LeeSlimShady dulu..mereka ni dah jenis tak boleh nak dibetulkan.Tapi takpe,penyokong2 totok yang lain dah sedar,mungkin saudara Shamsul lambat dapat seru..

    ReplyDelete
  11. Makluman Sdr. Shamsul...

    Shamsul ni lahir x cukup bulan sebab tu jd mcm tu.
    Hrp kita semua sabar jelah...

    ReplyDelete
  12. ya, memang titk peluh ds. memang, memikul duit haram hasil rompakan rakyat pun memang berat.

    berat di dunia ni dan lagi berat di akhirat.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  13. Harap maaf , saya ini berterus-terang , Janganlah marah sangat ,berilah peluang kepada pakatan untuk memerintah, baru 2 tahun sahaja, macam mana boleh dapat keputusan memuaskan , So sabarlah…… berikan 10 tahun lagi kepadanya untuk membuktikan kebolehan , YA…. EKONOMI sekarang merosot dan business apa pun merosot sekarang, Tapi apa yang rakyat harapkan sekarang bukan untuk jadi Kaya tapi harapkan kerajaan dapat meningkatkan taraf hidupnya dengan mengambil satu lagi kerajaan baru (Pakatan) untuk memaksa kerajaan pusat supaya menjalankan tugas dengan lebih baik daripadanya

    Pada pendapat saya , walaupun Pakatan tidak ada kebolehan untuk memerintah sesebuah negara ,
    Tapi sekurang-kurangnya .Ia akan memberi "tension" kepada kerajaan pusat supaya berkerja LEBIH keras dan adil lagi.

    contohnya ,PULAU PINANG sudah pun mengambil langkah "JAGA ALAM PERSEKITARAN SECARA BERPERINGKAT"
    dan bilakah kerajaan pusat akan mengikutnya , 3 tahun lagi atau besok... (DUNIA KINI BERUBAH )


    harap maaf ... ini hanya pendapat saya sahaja and agak budak-budak fikirannya .harap maaf

    ReplyDelete
  14. Apa salahnya, fakta disanggah dgn fakta. Jgn disanggah dgn fitnah atau apa sahaja yg tidak ada bukti. Bertindak bijak ketika mengeluarkan pandangan. Kalau ada bukti, tunjukkan. kalau dah tak percaya sgt kat mahkamah, sebarkan kat internet (maklumla, PR nie kalau mahkamah menyebelahi diorg, kata adil. kalau sebaliknya, konspirasila, apala, mcm2). bukannya berckp atas dasar dengar2 atau tulisan yg tak tahu pucuk pangkal kebenarannya. maklumla, sekrg nie, PR tgk buat roadshow setiap minggu, kononnya menceritakan ttg keadilan, kebenaran... tapi yg pasti isi ceramah lebih kepada retorik politik tahap murahan, diselang selikan dgn maki hamun, fitnah, perkataan jijik, kotor!

    Kepada Dr Khir : Bykkan bersabar di atas segala fitnah atau tuduhan jahat dari manusia2 yg tidak bertanggungjawab. Biar fitnah mereka ini, mereka jawab di akhirat kelak. kalau dr betul, takde apa yang perlu disembunyikan.

    Penyokong2 tegar mereka nie, apa sahaja yg keluar dari mulut pemimpin mereka, pastinya 101% mereka akan percaya walaupun tanpa fakta!.

    Teruskan berjuang walaupun pahit, tak kira samada Kerajaan atau Pakatan Rosak, Tegur mereka dengan fakta dan bukti benar. Rakyat sekrg tidak lagi mahu mendengar cerita penglipur lara ciptaan PR, tapi FAKTA.

    FAKTA vs FAKTA, bukanya FAKTA vs DONGENGAN..........

    http://faizciliapi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Salam Dato' Seri,

    Kerajaan negeri skrg ni mana menyangka blh menang PRU lps. Ambik calon pn tangkap muat je. Alih2 menang plk,tu yg gelabah nk mentadbir kerajaan negeri. Ini dunia politik bkn bisnes.TSKI pn gunala corporate skil dia coz dia org koperat bkn org politik. Announce itu ini. Kena ikut arahan Tuan Penasihat.

    Tuan penasihat pn tgh pening kepala mcm2 hal jadi.Jadi senang ckp.. Mana diaorg blh belasah, belasahla cukup2 coz akan dtg blm tentu blh duk kat SUK tu lg..

    ReplyDelete
  16. Tan,

    Now only you accepted that the current economy is not doing well. But before this, the Pakatan has been accusing BN for the nation's economic downturn and not because of the world economic effect.

    Its ok for PR to control, but make sure its fair enough for everybody. But what i can see there is a favourtism also within Pakatan. So what makes it different between Pakatan and BN? At least BN give the chinese to monopolized the economy. But in Pakatan only chinese should be given the big economic pie, while the Malay muslim just focuses on religious matter.

    Ive askde the same very question to YB Mahfuz, be it through email and faxes, but till to this date he just kept quiet. Why is he busy? Busy for giving ceramah only, no work done.

    Everything in this world is unfair correct? If u do business also, u want it to your favour correct? So same goes to Pakatan, only favour to their demand- specifically to the non bumis. But i dont blame the chinese for them being rich, because they work hard. Researches also shows that most chinese willingly to help among themselves to stabilize their existence in new continents and to establish their culture. But this is not same goes to the Malay. So there is a different there..the malay culture are more in moderate mode. And most of Malays are muslims, they cannot simply conduct business that generates money from interest or haram money(gambling,alcohol,tobaccos,drugs,ah long,porks,etc) Even the insurance sectors on Islamic perspective also does not generate much wealth compared to convensional's. So you see there is a limitation there..

    Im not saying BN is perfect, but it is more suitable compared with Pakatan. You see DAP's agenda is BASED UPON MERIT correct? Meaning that you work you deserved- ok fine enough and fair enough. But, to those who are unfortunate like the Kg folks how? How about those who is less competitive?? Bye bye is it???

    Just like S'pore, they claimed that the malay Spore is better off then the Malaysian Malay, but why are they living in low cost flat?? And why are they not in top 10 post of the cabinet? Was it because they dont performed? Was it based upon merit?? Or is it..they were not given a chance

    ReplyDelete
  17. Maaf ye Daniel

    Tuduhan saudara tu melulu lah,asyik termakan fitnah pemimpin saudara je. Kalau Dr Khir makan duit haram seperti yang saudara dakwa, dah lama dah Dr Khir masuk ke penjara. Kalau benar dakwaan itu pun, saya sokong Dr Khir di dakwa..

    Tengok apa dah jadi dengan fitnah yang dilemparkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim pada Dr Khir? Beliau sekarang tengah pening dengan kes melanggar seorang pelajar UiTM yang menyebabkan pelajar tersebut cedera parah. Mungkin balasan Tuhan kot..

    Dan mungkin juga suatu hari saudara dan rakan-rakan akan terima balasan Allah SWT akibat fitnah tersebut. Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.

    ReplyDelete
  18. Salam semua.
    En Tan, pada pendapat saya pula, saya boleh terima kelemahan PR dlm mentadbir S'ngor jika PR JUJUR meminta MAAF dan berjanji utk memperbaiki diri. Saya juga setuju utk memberi mereka peluang 2 tahun lagi utk membuktikan mereka bukan tin kosong.

    Tapi apa yg berlaku sekarang ialah, k'jaan PR MEMUTARBELITKAN fakta semata2 ingin dilihat sbg k'jaan yg tiada cacatcelanya.
    PR menyembunyikan kedudukan kewangan yg sebenar.
    MENIPU RAKYAT. Rakyat yg buta hati akan terus termakan 'gula-gula' murahan mereka ini.

    PR terus mempertahankan EGO dgn menyalahkan pihak lain diatas kegagalan mereka mentadbir. Jauh sekali utk mereka meminta maaf dan memperbaiki diri.

    Melihat keangkuhan PR dan defisit kewangan ni, rakyat Selangor risau, apa akan jadi pada kantung S'ngor 2-3 tahun akan datang.

    Maafkan saya En Tan, ini hanya pendapat saya sahaja and agak budak-budak fikirannya .harap maaf.

    P/s: Sdra Shamsul, berhenti bercakap tentang kekayaan org lain jika Azmin dan isteri masih membisu tentang saham jutaan ringgitnya tu.

    Jgn tanya pasal rumah org lain selagi Sigagap belum istihar Istana chengal dan merbau dia kt Bukit Damansara tu.

    Sdra Shamsul juga jgn berani lagi berkata UMNO itu kroni dan korup selagi PR masih dikuasai oleh bini dan anak beranak.

    Malas nak cerita tentang 'kesilapan' kos baikpulih Laxus dan hutang Khalid sebanyak 66.5 juta tu. Itu cuma kes terpencil.

    ReplyDelete
  19. saya rasa kita patut berikan masa 15 tahun lagi utk pr memerintah selangor barulah adil nak buat analisis/kritikan sebab kita bagi peluang bn 50 tahun memerintah. kalau boleh kita bagi peluang pr menduduki putrajaya dan tengok prestasi mereka pulak sebagai pemerintah negara. saya benar2 ingin melihat samada ada perubahan ker tak dalam kehidupan saya seharian. kita haruslah bersikap adventurous dalam memilih pemerintah kerana kuasa ditangan kita rakyat biasa. kalau tak ada sikap ingin tahu dalam diri kita tak mungkin kita mampu bersaing dengan negara2 lain. janganlah terlalu taksub dgn mana2 parti, mereka hanyalah rekaan manusia yg mempunyai kepentingan. parti bukannya agama.

    ReplyDelete
  20. cerita banyak pun tak guna la. orang politik ni semuanya sama je. yang dalam pr sekarang ni pun dulunya duk dalam bn gak. jadi tak de bezanya. masa bn perintah dia orang ambik tanah mak aku buat higway bayar rm 10 je sekaki persegi tahun 2000. nilai tanah masatu rm 20 ke rm 25. sampai sekarang senyap je. aku tak benci umno tapi aku benci kat org dlm umno yg lebih teruk dari penjajah.

    ReplyDelete
  21. Wow,Rumah mahligai di bina atas titk peluh
    sendiri.Boleh sila tunjukkan income tax return
    sepanjang tempoh menjadi MB? There is no free lunch in this world!

    ReplyDelete
  22. DS, Maaf saya nak menyimpang dari topik ni sikit. Keputusan SPM dah keluar dan nampak gayanya seperti yang dijangkakan kaum Cina memonopoli keputusan "cemerlang". Diharap DS boleh mengutarakan kepada PM & TPM, apa akan terjadi kepada pelajar Melayu?

    Sudahlah biasiswa kerajaan mereka tak dapat, biasiswa dari syarikat multinasional sentiasa mengutamakan bukan melayu, jadi adakah pelajar melayu hanya layak menerima pinjaman sahaja. Adakah sudah nasib orang melayu, sejak berusia 18 tahun lagi sudah dibebankan dengan hutang?

    Adakah kerajaan akan mengkaji semula sistem kuota biasiswa JPA supaya orang melayu tidak ketinggalan. Mereka yang mendapat biasiswa JPA ini bakal memegang jawatan kerajaan. Adakah ini bermakna selapas ini jawatan tinggi dalam kerajaan akan dipegang oleh bukan Melayu dan Melayu hanya menjadi kuli sahaja? Jika dilihat daripada pattern syarikat multinasional di negara ini yang dimonopoli oleh bukan Melayu, jangan haraplah pekerja melayu akan dapat pergi lebih jauh dalam syarikat, contoh: kenaikan pangkat atau gaji. Dapatkah kaum bukan Melayu yang mendapat biasiswa kerajaan dan seterusnya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan membela nasib kaum majoriti negara ini?

    Adakah masa depan orang Melayu sudah ditentukan apabila mereka berusia 17 tahun? Sedangkan kita tahu, mereka yang tidak begitu cemerlang semasa berusia 17 tahun boleh menjadi pelajar terbaik di universiti atau pekerja terbaik beberapa tahun kemudian?

    Kita dahla ketinggalan di bidang ekonomi, sekarang kita akan ketinggalan di bidang pelajaran pula. Sudah lengkaplah "humiliation" terhadap bangsa kita di tanah air mereka sendiri. Yang penting bukanlah A+ (seorang yang tidak intelligent pun akan dapat A+ sekiranya belajar dan menghafal 24 jam sehari), tetapi peluang orang melayu untuk mendapat segulung ijazah supaya dapat mengubah nasib kehidupan.

    ReplyDelete
  23. I would like to elaborate more on the issue of meritocracy in Singapore.

    --As Prime Minister Lee Hsien Loong put it when he spoke on national television in May 2005, "We are a multiracial society. We must have tolerance, harmony. And you must have meritocracy so everybody feels it is fair." His father, former Prime Minister Lee Kuan Yew, was making the same point when, in 1989, he told Singapore's Malay community that they "must learn to compete with everyone else" in the education system.--

    The outcome: Out of 200 President's Scholarship awards awarded from 1966-2005, only 2 have been won by Malays (1968 & 2005). The 2005 recipient was Mikail Kalimuddin (half Chinese).

    So we can see where the meritocracy system is heading. Is it good for the Malays?

    ReplyDelete
  24. Salam DS...
    Sayapung bersependapat dengan Tan. Berikan PR masa, kalau boleh 50 tahun untuk compare dengan pemerintahan BN. Sekurang-kurangnya TS Khalid tak le dikenali sebagai MB 10%, macam ada seorang MB tu. Fakta ni bukan saya yang saja ada-adakan, tapi kawan saya, adik kepada seorang kontraktor era sebelum TS Khalid yang kata. Kalau salah, tolong betulkah. Kalau boleh junjung Al Quran.

    ReplyDelete
  25. Syabas DK, saya melihat ada cadangan dr forumer untuk rakyat beri peluang kpd PR memerintah lebih lama dan selepas itu nilai pencapaian mereka. Nak bagi lebih lama, alamatlah lingkup negeri dan negara. Baru 2 tahun sudah berbagai penipuan serta masalah timbul. Sudah 50 tahun sebagai pembangkang pun mereka tak belajar lagi bagaimana untuk mentadbir negara melainkan menyerang peribadi lawan politik mereka. Cuba bandngkan dgn pemimpin seperti DK, baru 2 tahun sebagai pembangkang di negeri selangor, beliau tahu dan berjaya menjadi pembangkang yang efektif, beliau tidak menyerang peribadi, jauh sekali menabur fitnah. Segala teguran beliau lebih bersifat menegur untuk kebaikan dan kemajuan negeri. Beliau sertakan sekali faka serta bukti yang rasional.
    Masalah bagi pengikut PR, sudahlah taksub bahkan minda kosong dan tiada hujah berwibawa. Yang ada hanyalah serangan peribadi. Cara yang mereka gunakan sebelum ini. Insyaallah, saya percaya usaha mereka ini akan memakan diri mereka semula. Dalam PR boleh diandaikan seperti pasangan kekasih yang mabuk bercinta. Dipertahan bermati-matian DAP dan PKR oleh PAS. Jika ditakdir Allah selepas ini PR berpecah, maka akan habis keluar segala nanah dan daging yang busuk didalam kain mereka. Kita tunggu dan lihat sahaja kerana baik DAP, PKR dan PAS amat arif dalam hal ini.

    ReplyDelete
  26. DSKT, saya melihat janji pilihanraya yang dibuat oleh PR sebelum ini merupakan satu usaha halus untuk mengajar rakyat supaya menjadi satu bangsa yang hanya meminta-minta. Semangat Malaysia boleh sudah tidak berguna lagi kerana rakyat lebih suka menadah dan menerima imbuhan dari berusaha untuk berjaya. Ini bukan lagi skim ganjaran selepas memperolehan kejayaan, tetapi rasuah untuk menutup mulut rakyat

    ReplyDelete
  27. Dear Mr Rakyat,
    U r right that Malays r not able to compete based on merotocracy. After 52 years of pampering
    things aren't changed much.Even Mahathir cried his heart out for unable to change the Malays mindset.

    Singapore,Taiwan,Korea r now way ahead of us.In another 50 years even Myanmar will be ahead of us
    if we continue this "unable to compete on merit
    syndrome".

    Wake up Melayu.Oil will run dry 1 day.Gomen can't continue to absorb all of u as it is already very bloated and almost 100% melayu.
    Learn to compete and acquire a marketable skill
    like the chinese.God help those who help themselves. Don't go the Indon way,the painful
    reform process till now since PETROMINA when bust in 1977.

    U melayu should be a race with maruah.Stand up and be a man.Don't just bang on gomen to help u.Know your limitations and make amend.God willing,1 day(not another 50 years)that u will walk with your heads held high and say: I m what
    I m through my own effort and I can storm any weather with my acquired skill and knowlegde.

    ReplyDelete
  28. Wow,

    Makan Cili nampak Dato Seri kita ini. Saya hanya mengetengahkan fakta iaitu kos guaman yang kerajaan Selangor bayar untuk Dr Pornthip & kos belanja pengkebumian Kugan jauh lebih murah dari kos mahligai saudara. Itu sahaja.

    Saya tidak pernah mempertikaikan dari mana sumber kewangan untuk membina mahligai tersebut. Saya memang arif bahawa bidang cabut-mencabut gigi ini adalah satu bidang yang amat menguntungkan. Saya yakin Dato Seri telah mengumpul wang yang banyak dari kerjaya ini sebelum melangkah masuk ke alam politik. Tidak begitu Dato Seri?

    Saya harap dato seri jangan terlalu sensitif dan cepat melatah. Harap dapat teruskan usaha Dato Seri yang murni sebagai pemimpin pembangkang. Moga-moga Dato Seri akan terus dapat memegang jawatan yang Dato Seri sandang ketika ini. :)

    ReplyDelete
  29. Dear mike tan

    thanks for your reminder about malays,as u can see now there is a lot malays now in business and business technology.i mark your words."learn to compete acquire a marketable skill like the chinese"..although as i know lots of company depends on malays skillful worker in making their(chinese taikun)money and malay goverment that gives alot of chinese billionaire such as YTL,kwok's and lot of chinese billionair,a billion contract.now they(billionaires)said shame on you malays just depends on goverment taraf bumiputra on business deal..wtf..we only gets small gov't contract below than a few million ringgits.
    as my friends complain including (me before) that is chinese worker get a better paid,better and better treatment than us from chinese company even we(malays)are better,creative then chinese.why this happen, because majority of businessman came from chinese community.as i know lot of chinese businessman just a"just do it"without proper business knowledge and education.
    now i see lot of malays emerging in business and more creative.. i just hope that in a few year i have variaties of malays suppliers and contractors..and that time the chinese will say how you do it,can we learn from u malays...

    ReplyDelete
  30. saya setuju dengan mohd fahmi. sebenarnya, hujahan bahawa Melayu tidak mampu bersaing, dan tidak ada skill untuk maju, adalah satu fallacy yang dipasakkan dalam minda bawah sedar orang melayu sendiri, oleh pemimpin melayu sendiri..memanglah melayu ditekan jika syarikat tempat dia bekerja ialah syarikat cina. memanglah melayu dipandang rendah, jika bosnya cina. dan syarikat2 di malaysia ni, majoritinya syarikat milik orang cina. ini hakikat. mengatakan melayu tidak diterima bekerja kerana tiada skill adalah bullshit of the highest degree. dan pemimpin2 melayu sendiri are playing to their tune.
    anak cina yang menunggu SPM, tak reti cakap melayu,cakap inggeris haram,(i know, i was his teacher) keputusan trial exam sangat rendah, diterima bekerja sebagai penyelia di supermarket. anak melayu dgn keputusan SPM yang baik, sementara menunggu kemasukan ke universiti, hanya layak menyusun biskut di supermarket yang sama... tiada kelayakan lagi?? bullshit again.
    syarikat melayu susah nak maju, kerana chain of supplies kita terputus. di sabotaj oleh pembekal2 cina. syarikat2 besar melayu pula, membina anak2 syarikat sendiri untuk kontrak jutaan ringgit mereka, supaya duit hanya berlegar di coffer mereka sendiri. siapa kata melayu takde skills untuk maju?
    sebuah syarikat milik 100% melayu, kontraktor kelas A di selangor, berjaya mendapat kontrak membina DAM di sri lanka, menggunakan skills anak melayu sepenuhnya. Dato' kenal pemilik syarikat ini.dan syarikat yang sama telah menjalankan kontrak2 jutaan ringgit di selangor terutamanya dengan berjaya, dengan menggunakana tenaga anak2 melayu sepenuhnya.
    dalam pelajaran, anak2 melayu yang belajar di kolej2 swasta enggan diiktiraf sijil2nya oleh badan2 kerajaan malah swasta.syarikat multinational yang diterajui oleh anak melayu sendiri enggan menerima mereka, kerana kononnya kolej itu tidak diiktiraf oleh LAN dan sebagainya... tetapi anak2 cina yang belajar dikolej swasta,dikolej2 "hantu" diterima bekerja, indeed kerana syarikat2 besar kebanyakannya adalah dimiliki kaum mereka.
    meritocracy adalah syaitan yang dicipta untuk menekan bangsa. meritocracy adalah alasan paling mudah untuk menghancurkan minda bawah sedar melayu. kalau betul2 kita nak ikut "merit", anak2 cina akan terkandas di sekolah rendah lagi,takkan mampu mereka menyaingi kita dalam pelajaran. fikirkanlah dengan mendalam kata2 akhir saya itu.

    ReplyDelete
  31. Talam settles RM241.4m debt
    Published: 2010/03/15

    Share

    PDF format PDF
    Email article EMAIL
    Print article PRINT
    Currency Converter CURRENCY CONVERTER
    Enlarge font size LARGER TYPE
    Reduce font size SMALLER TYPE
    TOOLS
    DICTIONARY :
    THESAURUS :

    Talam Corp, a Malaysian property developer, said it signed an agreement to repay debts of RM241.4 million owing to the Selangor state government.

    Talam will sell its properties to help settle the debts, the company said in a statement today. -- Bloomberg

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum dr

    Kerajaan PR tidak ubah seperti "Tikus membaiki labu" atau "Harapkan pagar, pagar yang makan padi".
    Diharapkan sekarang rakyat telah terjaga dan celik mata, dan mula menilai ape yang telah dilakukan dalam 2 tahun kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  33. Please la Tan. Who helped Lim Goh Tong, YTL, Vincent Tan, etc if it wasn't the government? Not to mention all those Chinese developers. They got to use EPF money. And how on earth did they manage to grab all those lands? Don't try to lecture the Malays as if you all made it on your own sweat and tears.

    ReplyDelete
  34. Sdr Sang Kancil dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Saya secara jujur ingin bertemu dgn adik kontraktor yang sdr maksudkan,kalau dapat penjelasan daripada beliau siapa yang minta 10% tu elok juga boleh kita laporkan pada SPRM,harap sangat sdr dapat mengaturkan pertemuan tersebut.Jangan lah kita hanya mendengar cerita dari sebelah pihak kemudian membuat kesimpulan di mana keadilan yang sdr perjuangankan selama ini.

    ReplyDelete
  35. Sdr Mike Tan dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Sebenarnya amat susah utk membuka minda sdr yang telah tertutup oleh perjuangan retorik pemimpin yang menjadi idola sdr,Saya telah dedahkan S&P rumah saya dgn pinjaman daripada Hong Kong and Shanghai bank.kalau pendapatan saya tak mencukupi tak kanlah bank asing ini berani meluluskan loan rumah tersebut.

    Saya harap sdr dapat meminta pemimpin dokongan sdr spt Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan S&P mahligai beliau Di Bukit Damanasara,Sdr Azmin Ali mendedahkan S&P rumah banglo beliau di Taman Tasek Kuala Lumpur, Datok Seri Anawar Ibrahim sendiri, S&P rumah banglonya di Segambut, dan kos renovasi rumah yang diduduki oleh Lim Guang Eng,baru kita dapat menilai kebenarannya,jika keadilan mahupon kesamarataan yang menjadi perjuangan sdr,kenapa pemimpin pemimpin ini tidak berani melakukannya,ataupon keadilan bila menguntungkan mereka akan mereka canang ke merata tempat,jika terkena batang hidung sendiri mereka membisu seribu bahasa.Saya dedahkan atas rasa tanggong jawab saya sebagai seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  36. Sdr Anak Kampong dan sahabat sahabat bloggers yang lain,

    Talam Corporation mengumumkam jumlah hutang yang perlu dibayar melalui MOU hanya RM 241.4 juta,Tan Sri Khalid Beli hutang tersebut sebanyak RM 391.7 juta, besar bezanya. Janji, nak dapatkan balik hutang tersebut dalam tiga bulan,baru baru ini umum hanya dapat kutip RM 50 juta,saya pun dah naik pening siapa yang berbohong,sejak bila pula kita perlukan MOU utk bayar hutang,ini satu perkembangan dunia korperat baru yang di perkenalkan di selangor.

    ReplyDelete
  37. Dr, Saya merupakan kontraktor Kelas F, hari ini di JKR Seksyen 17 berlangsung kerja undi bagi JKR Negeri. Jumlah kerja yang ditawarkan sebanyak 16 dan kontraktor yang hadir melebihi 253 orang. Jika dahulu dizaman BN mentadbir selangor, kerja undi sahaja dijalankan 2 hingga 3 kali setahun dan melibatkan jumlah kerja melebihi 60 setiap kali cabutan undi dibuat.

    Bayangkanlah slogan merakyatkan ekonomi yang menjadi slogan kerajaan negeri sekarang. Makmurkan ekonomi dibawah pentadbiran mereka. Ramai kontraktor bumiputera yang mengeluh dan semakin terhimpit. Bayangkan pula nasib pekerja yang berkerja dengan mereka, apa kesudahannya kelak jika kerajaan negeri masih terus sibuk berceramah tanpa punya perancangan untuk benar-benar merakyatkan ekonomi negeri. Menyesal bila mengenangkan pemimpin melayu yang hanya tahu bercakap dan berceramah.

    ReplyDelete
  38. "Fakta ni bukan saya yang saja ada-adakan, tapi kawan saya, adik kepada seorang kontraktor era sebelum TS Khalid yang kata"
    Inilah caranya fitnah berterbangan dalam masyarakat kita.. "Saya dengar aje" dah tahu dengar cakap orang, tak ada bukti buat apa cerita dengan orang lain.. Sambung fitnahlah namanya..

    ReplyDelete
  39. Assalamualikum dr

    Kaum Cina sememangnya kaum pendatang di Tanah Melayu ini.Kedatangan mereka ke Tanah Melayu berbagai cara,melalui perdagangan,sebagai buruh atau melalui perkahwinan.

    Mereka melalui pengalaman yang pahit semasa diperantauan,pengalaman mengajar mereka hidup berdikari dan tidak bergantung kepada pemereintah,mereka lebih percayakan sesama sendiri.Budaya tolong menolong sesama sendiri telah lama mereka ujudkan melalui berbagai bagai persatuan.Kekuatan ekonomi telah lama mereka kecapi, sekarang mereka pula inginkan kuasa.

    Harap harap kita tidak alpa.
    Hidup Islam
    Hidup Melayu.

    ReplyDelete
  40. Malay Machista, Mohd Fahmi & Mike Tan

    Pertama
    Adalah tidak manis kita terus tuduh menuduh dan memberikan komen negatif yang menghentam bangsa lain yang duduk di dalam negara ini. Kita seharusnya lebih memahami, bertoleransi dan berhubungan dengan lebih erat supaya kemakmuran dan kesejahteraan dapat bersama dinikmati.

    Kedua
    kalau ada rasa tidak puas hati pun,bukan lah forum yang terbuka seperti ini. Kita masing2 mempunyai rakan Melayu, Cina dan India. Kita tidak memusuhi mereka dan ketidakpuasan hati perlulah ditangani dengan sebaik-baiknya.

    Ketiga
    Saya minta kepada rakan2 saya, mempertahankan hak adalah penting namun menjadi hati rakan-rakan juga turut penting.

    ReplyDelete
  41. to azman march17:

    cina tak payah ada kuasa politik kalau pemimpin umno berkaliber dan jujur. tapi umno bukan camtu. umno rasuah. umno perosak negara.

    biar melayu lain (pas dan pkr) yang memerintah. cina tak payah ada kuasa politik. kalau adil dan saksama, bangsa pemimpin tak mustahak bagi cina.

    jani jangan curi duit rakyat. itu aje.

    umno wajib dikuburkan. secepat mungkin.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  42. DS Khir,

    Yang nyata sekarang..PR (Pakatan Regime) mengalami Denial Syndrome ditahap DEWA. Mereka dipimpin oleh Pakar Memutar Fakta dan hukum untuk kepentingan sendiri. Tuhan Maha Adil, dan satu per satu penipuan, pengkhianatan mereka dibongkar..oleh mereka sendiri. Semua Solat Hajat mereka telah dimakbulkan dengan pembongkaran ini..tetapi mereka masih lagi menafikannya.
    Yang penting UMNO dan BN, perlu insaf tentang kekalahan lalu dan terus bangun memastikan rakyat benar-benar terbela.
    Ramai rakyat jelata yang mengundi PR sebagai check and balance, malangnya PR ini tak sedar diri dan sentiasa saja menunding jari kepada UMNO, beriya-iya membela penjenayah... Di Parlimen..PR bukanlah check and balance tetapi hanyalah perjuangan peribadi yang penuh dendam kesumat... PR patut malu..kerana kita perlukan MP bebas sebagai check and balance yang sebenar-benarnya...
    Biarlah PR yang perasan bagus masih leka dan tidak sedar yang mereka itu bersekedudukan sahaja....

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum dr

    Wahhh..begitu sekali en.danial mempertahankan kaum cina.Bagus bagus bagus,tapi kenyataanya tidak seperti yang tersurat.
    Kenyataanya kaum cina, terutama mereka yang memehak kepada DAP, mereka terlalu angkuh dan sombong, mereka menidakan ape yang telah datuk nenek mereka persetujui sebelum KEMERDEKAAN MALAYSIA.Walhal persetujuan itu telah menjadi PERLEMBAGAAN.

    En. danial tidak perlulah memutarbelitkan kenyataan.Mungkin en. danial masih tidur atau en.danial sedang bermimpi.

    En. danial mengatakan perihal kejujuran.En. danial benar benar fahamkah ape makna kejujuran? kalau en. danial faham, saya angkat topi,tapi kalau tak faham tolonglah cari makna sebenar dan hayatilah dan amalkan lah dalam kehidupan en. danial..Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Akum Dato Seri..

    Tak perlu membalas comment(2) sampah tanpa usul periksa dan bukti yg jelas fitnah kerana tiada bukti dikemukakan..

    sy percaya niat baik dato seri utk menegakkan yg benar adalah sesuatu yg dihargai, akan tetapi dato seri tidak perlulah membalas comment(2) sampah ini kerana pada pendpat sy ia sedikit sebyk akan menjatuhkan air muka dato seri..

    dato seri perlu balas mane2 comments/ kritikans yg dikemukakan bersertakan asas/bukti supaya mendapat penjelasan dari dato seri..

    ReplyDelete
  45. mendedahkan bahawa 1ISRAEL adalah PAKATAN 3 PARTI POLITIK bagi tujuan untuk MEMENANGI PILIHANRAYA ISRAEL tahun 1999; samalah seperti PAKATAN PKR-DAP-PAS bertujuan untuk MEMENANGI PILIHANRAYA MALAYSIA.

    Sedangkan GAGASAN 1MALAYSIA adalah amat berbeza sama sekali kerana ia sebenarnya TERAS PERPADUAN, NILAI MURNI & ASPIRASI yang berpaksikan kepada tema "RAKYAT DIDAHULUKAN & PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

    ReplyDelete
  46. Kepada Rakyat,

    Why chinese, when make comparison between contries always use Singapore. Are they want to change malaysia to be likes Singapore?Looks what happen to the Malays Singaporean. Meritokrasi seem to be fair, tapi actually not fair.

    ReplyDelete