Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, March 23, 2010

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 3): Kerajaan Tin Kosong?

1. Sehingga hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim belum menerangkan apakah bentuk pembayaran hutang oleh Talam kepada Kerajaan negeri sebanyak RM 50 juta baru-baru ini. Adakah ia dalam bentuk tunai atau pertukaran aset. Jika pertukaran aset siapa yang menilai harga aset tersebut?

2. Kekeliruan bertambah lagi apabila Talam baru-baru ini mengumumkan ia menandatangai memorandum persefahaman (MOU) untuk membayar hutang kepada kerajaan negeri Selangor sebanyak RM 241.4 juta.

3. Namun jika saudara/i masih ingat pada November 2009, Tan Sri Khalid mengumumkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang Talam daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 391.7 juta melalui pinjaman bank. Nampak gayanya hutang belum dibayar tetapi RM 150 juta telah lesap.

4. Janji semasa round tripping tersebut untuk mengutip hutang dalam tempoh tiga bulan. Namun selepas tiga bulan hanya MOU yang dapat dibuat.

5. Sungguhpun saya tidak dapat membangkitkan dalam sidan Dewan Negeri Selangor bulan depan kerana masih digantung, insyallah rakan-rakan yang lain akan membangkitkannya.

Janji Mudah Yang Belum Ditunai

5. Saya akan terus mengungkit hal manifesto Pakatan di Selangor kerana ada antaranya sangat mudah dibuat tetapi masih tidak ditunaikan.

6. Mengapa kerajaan negeri masih belum menurunkan cukai pintu rumah sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang mereka janjikan? Ia sangat mudah sekali kerana hanya memerlukan arahan YAB Menteri Besar sahaja.

7. Saya bangkitkan ini kerana semasa pilihan raya dahulu kerajaan BN dituduh tidak bertimbang rasa dan zalim kerana menaikkan cukai pintu sebanyak 10%. Sekarang mengapa mereka menelan ludah sendiri?

8. Hari ini janji untuk memberi bantuan kepada semua anak pra-sekolah di Selangor sebanyak RM 50 sebulan juga tidak ditunaikan. Demikian juga bantuan RM 75 sebulan kepada semua anak-anak Selangor di pusat jagaan (nursery)juga tidak dilaksanakan.

9. Saya juga ingin menyatakan bahawa bantuan Khairat Kematian yang dibuat oleh kerajaan Pakatan sekarang ialah warisan kerajaan BN yang lalu. Saya membentangkan Skim Khairat Kematian Selangor dalam pembentangan Bajet 2008 pada November 2007.

10. Melalui skim ini, Kerajaan Negeri akan memberi sagu hati kematian sebanyak RM 2,000 kepada waris-waris yang tinggal tanpa mengira sebab-sebab kematian. Mereka-mereka yang layak adalah semua warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang berumur 60 tahun ke atas yang merupakan rakyat Selangor atau mereka yang telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Selangor.

11. Kerajaan negeri hari ini hanya meningkatkan jumlahnya daripada RM 2, 000 kepada 2, 500. Namun tidak seperti kerajaan BN yang membayar seklaigus bagi memudahkan urusan pengkebumian dan sebagainya, kerajaan negeri hari ini membayar sebanyak dua kali iaitu RM 1, 000 dan 1, 500 beberapa bulan kemudian.

12. Khabarnya ramai juga yang belum dapat bantuan kedua sebanyak RM 1, 500 walaupun sudah hampir enam bulan orang tua mereka meninggal. Jadi apa makna bantuan khairat kematian jika ia diberi 6-12 bulan selepas kematian? Bukankah khairat kematian untuk membantu urusan pengkebumian jenazah?

13. Sehingga hari ini juga saya belum mendengar sebarang maklumat bahawa kerajaan Pakatan akan memberi elaun kepada suri rumah yang tidak bekerja seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto mereka.

14. Saya pasti akan ada berhujah bahawa mereka baru memerintah selama dua tahun sedangkan BN sudah lebih 50 tahun. Namun perlu diingat bahawa BN memerintah daripada keadaan yang hampir kosong ditinggal penjajah, "start from scratch", berbanding Pakatan yang mengambil alih pentadbiran daripada sebuah kerajaan yang makmur dengan rizab tunai sebanyak RM 1.4 bilion.

15. Jadi ketika ada yang mahu membandingkan lama pemerintahan BN dengan Pakatan mereka perlu menilai secara jujur apakah keadaan ekonomi, pentadbiran, kewangan, infrastruktur adalah sama sejak 50 tahun lalu?

16. Selebihnya kita tidak menuntut perkara yang bukan-bukan daripada Pakatan. Kita hanya menuntut janji yang mudah-mudah sahaja. Janji yang mereka juga dakwa kerajaan BN tidak buat kerana tidak prihatin dengan nasib rakyat. Seolah-olah jika mereka memerintah mereka mampu buat semua itu sekelip mata. Justeru sekarang bukankah masa untuk menunaikan janji?

Jangan nanti kerajaan Pakatan hari ini tercatat di dalam sejarah sebagai kerajaan tin kosong.

26 comments:

  1. Salam.
    Saya begitu benci pada sesiapa yg masih bertanya apa sumbangan BN selama 50 tahun ni.
    Adakan kerana mereka diajar oleh tok guru utk enggan berterima kasih dan bersyukur?

    Dan... saya 2 kali benci pada sesiapa yg masih berkata 2 tahun pemerintahan PR adalah lebih baik dari 50 tahun di bawah naungan BN.
    Tak pasti, mereka yg berkata ni buta mata atau buta hati?

    Jika ada yg kurang senang kenyataan saya ni, sila berikan 5 kebaikan pemerintahan PR berbanding BN.
    (5 pun cukuplah.. sbb dlm senarai saya ni ada 10 fakta kehancuran Selangor dibawah naungan PR)

    ReplyDelete
  2. Salam DS,
    This time am fully support the Selangor Govt as they've take the initiative to start to get all the debts dragging from so many years!!!They've done a good action,and we just see how things going to be and what would be!!!:)
    TALAM'S R SUCKS AND IS A FAILURE COMPANY!!!

    ReplyDelete
  3. saya nak sebut satu saja yang seluruh rakyat selangor dapat :

    20 meter padu air percuma

    ReplyDelete
  4. alifnajmi,
    saya lagi benci melihat gelagat anda, yang tak celik2 mata. 2 tahun lawan 50 tahun mana aci. nak compare 2 tahun dengan 50 tahun. bungul betul la ikam ni. 50 tahun BN perintah memang la banyak buat pembangunan. 2 tahun pun dah ada buat apatah lagi 50 tahun. tapi dalam masa 50 tahun tu sapa yang kaya raya. UMNO-BN dan kroninya juga kan. tu pun engkau tak sedor lagi. orang kampung dapat la kuah. itu pun kuah yang basi. macam di sg. panjang/bagan terap kawasan khir toyo.. apa dia buat selama dia jadi MB. memangla kalau duduk kat shah alam, PJ atau sewaktu dengannya.. memang la dah sedia maju. cuba kamu pergi jauh sedikit. pergi ke kawasan saya ni sg.panjang/bagan terap/sabak bernam/binjai/bendang sg besar dan lain-lain lagi kawasan ceruk.. kau akan tahu sia-sia 50 tahun lebih UMNO-BN memerintah. tak layak langsung dengan mengatakan UMNO maju. cuba la berjalan skit kekawasan yang saya bagi tau tu. Untuk pengatahuan alifnajmi.. semua kawasan itu UMNO yang menanag.. Jalan pun tak dapat nak buat. kalau UMNO dah hilang kuasa.

    ReplyDelete
  5. Salam DS,
    Kali ini saya nak komen sikit pasal kita semua apabila memberi komen tentang isu yg DS ketengahkan. Saya pun setuju juga kepada Aliffnajmi...dan saya hormati pendiriannya. Itu hak dia. Tapi kalau dah sampai benci membenci tu itu yang saya tak suka...ALLAH sebenarnya lagi benci kepada hambaNya yang saling benci membenci...Tidak kiralah kita ini orang BN ke PR ke...Islam tidak mengajar kita saling benci membenci...Kepada Aliffnajmi...bawak besabar dan kalau benar PR tidak mampu lagi untuk memerintah Selangor...samalah2 pada PRU13 nanti kita tukar kembali kepada BN..Kpd DS semoga sejahtera selalu untuk membela rakyat demi agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  6. Sdr Sangkatula dan ashabat bloggers lainnya,

    Saya lihat sdr ni dalam keadaan sindrom penapian,dgn menafikan BN tidak melaksanakan sebarang kemajuan pada daerah sabak bernam,saya cadangkan sdr dapatkan gambar gambar lama kampung sdr dan bandingkan dgn apa yang ada hari ini. Semasa saya menjadi menteri besar ada pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan saya dan seluruh negeri selangor,dapatkan informasi yang lebih tepat di pejabat daerah sabak Bernam dan pejabat pejabat daerah lainnya.

    Sdr berpandangan setiap teguran saya itu bermaksud utk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat,bagi saya saya tugas utk mengingatkan kerajaan tentang janji mereka adal tugas saya sebagai rakyat selangor yang sangat sayangkan negeri ini.

    Sdr juga patut berterima kaseh,kerana dgn teguran tersebut Pakatan Rakyat akan berusaha utk memenuhi semua janji janji nya dan ia akan memudahkan kerja sdr sebagai pendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas teguran sdr asri dan maafkan saya jika saya terlalu emosional. Namun jgn risau kerana benci saya tidak sehingga sanggup bersolat hajad berdoa kehadrat Allah SWT agar diberi kehancuran pada saudara seIslam hanya kerana tidak sependapat dgn saya.

    Untuk makluman sdr sangkatula, saya merupakan anak kelahiran Pasir Pasir, Sekinchan. Dibesarkan dan bersekolah di pasir panjang.
    Dari Tanjung Karang hingga Sg Besar, segala ceruk rantau kawasan sekitar telah saya jelajahi. Dulu selalu juga saya bertandang ke Sg Panjang. Arwah Abdul Rahman Awang (calon PAS sekitar tahun 70/80an) merupakan kulaan rapat aku.

    Seperti saranan DSKT, lihat kembali gambar2 kawasan sdr disekitar tahun 2004 dan bandingkan dgn gambar2 yg diambil pada tahun 2006. Perbezaan 2 tahun ini rasanya adil utk dibandingkan dgn 2 thn pemerintahan PR di Selangor.

    Dlm memperkatakan tentang kroni dan jika Sangkatula rapat dgn 'org2 penting' PKR cawangan Klang, sdr tentu kenal siapa yg memandu Toyota Vellfire yg selalu menjalar di Andalas Klang.

    ReplyDelete
  8. Salam Dato' Sri,

    Moga DS sekeluarga di bwh lindungan yg Maha Esa. Insya-allah.

    Nampaknya rakan2 kita ni ada yg terlalu fanatik sgtla dgn belah mana-manala. Itu hak mereka. Tetapi bagi saya memangla kerajaan negeri skrg ni blm pun dapat memenuhi manifesto PRU yg lps. Seperti yg saya pernah katakan dulu, mana mereka sangka akan menang. Boleh katakan byk yg undi protes. Nk bagi kerajaan negeri terdahulu bukak mata. Maaf jika DS terasa tapi inilah realitinya. Kena buat analisis la DS.Apa yg rakyat mahukan ialah pemimpin yg sentiasa bersama.Sesetengah perkara bolehla berprotokol tp bermesra dgn rakyat jadilah kita umpama mereka. Berbesar hati sungguh jika rakyat didekati dgn pemimpin mereka. Tk perlulah ramai sgt escort bila nk medang2 dgn org kawasan psl kadang2 yg escort tu pn org menyampah..

    Renung-renungkan dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  9. Salam DS,
    Saya bersetuju dgn komen DS dimana ADA KOMEN BARULAH PEMERINTAH TU TAHU APA YG MEREKA PATUT BUAT DGN KOMEN DAN KRITIKAN,KEMAJUAN BARULAH DAPAT KE SETAPAK LAGI.....Akhirnya DS memahami maksud dimana pengundi menyampaikan mesej pada masa PRU12,sedangkan pengundi telah menyampai mesej mereka di PRU10,PRU11...tetapi mungkin pihak yg memerintah tak begitu memenuhi kehendak rakyat pada masa tu,namun sedar juga sekarang!!!Saya amat tertarik dgn strategi PM yg dgn slogannya 1MALAYSIA,pada saat ini saya akan memberi undi kepada BN....akan tetapi usaha ini patut diteruskan!!!TETAPI UNDI YG SAYA BERIKAN BUKAN KERANA PR TAK MAMPU(Mereka telah membuka satu lembaran baru kepada politik dinegara ini),namun beberapa perkara perlu BN utk mengambil langkah drastik;
    1)Ramai kepakaran org tempatan keluar dari Malaysia utk mencari sumber yg lebih baik
    2)Kekurangan pelabur asing
    3)Tax review 26%(antara yg tertinggi di southeast asia,malah di asia juga)
    4)Direction of country???(Industrial,servicing line,or agriculture???).Japan embassy telah menyatakan ramai syarikat jepun akan mengambil langkah keluarkan pelaburan dinegara kita ke negara lain

    Sekian!
    4)

    ReplyDelete
  10. Salam DS Khir,

    Kalau kita rasa 50 tahun BN memerintah lama dan banyak masalah.. saya rasa PR dua tahun...dah rasa tersiksa sangat..sebab cakap tak serupa bikin.. wayang lebih sangat.
    Yang PR ni baru dua tahun dah lupa..memang lupa betul. Saya nak peringatkan.. PR menang sebab orang yang menyokong BN telah bertukar arah... jadi dia perlu ingat orang-orang ini Insya Allah akan memangkah BN balik.. sebab apa..
    Sebab dah menyampah dengan lakonan dan denial syndrome PR..itu saja..

    ReplyDelete
  11. Masa x ada kuasa berjanji sanggup beri bulan dan bintang. Bila x mampu tunaikan dicari alasan baru 2 tahun memerintah. Lain kali kalau dah tahu x mampu tunaikan jangan berjanji. Berjanji tapi tak mampu ibarat orang menipu. Puak ini hampir kepada golongan munafik. Sekarang bila rakyat tuntut janji diberi seribu alasan. Inikah pemimpin yang kononnya membela nasib rakyat tertindas. Menipu tak sudah-sudah, lain kali tak tahu menari jangan disalahkan lantai tinggi rendah. Salahkan diri sendiri dan jangan beri alasan, awak yang berjanji kenapa alasan pula yang diberi. Jika teguran demi kebaikan pun tak boleh diterima, maka PR hanyalah ibarat pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar

    ReplyDelete
  12. Saya harap orang Melayu & Islam insaflah, kembalilah bersatu, tidak berpecah, tidak mementingkan tembolok masing-masing, pentingkan umah, jangan nanti kita dijajah dan dibuang negeri dalam negara sendiri. Jangan nanti tanah semua tergadai, ambil lah contoh apa yang berlaku di PP & S'Pura. Jangan ikut perasaan.Semua manusia melakukan kesilapan...harapan kami sebagai rakyat, pemimpim melayu islam sedar bahaya asakan yang dibuat menyebabkan satu persatu dituntut, akhirnya kerajaan tunaikan kerana Melayu Islam dah berpecah...nak dapat kuasa...itulah nasib Melayu..yang sentiasa bercakaran sesama sendiri...belajarlah memaafkan orang lain...dan bersatulah demi agama Islam, agama Allah yang suci ini. Tak gunakan kita berpatah arang, menang jadi abu, kalah jadi bara...pepatah ini dikeluarkan oleh orang tua kita kerana mereka dah ada pengalaman perkara ini....YB juga perlu melihat keperluan akar umbi semasa meletakan calon serta sentiaslah mendekati rakyat dalam majlis yang tak formal...jika tidak rakyat akan meluat....janganlah tunjuk cara hidup yang terlalu elit....jadi macam orang kampung lebih baik krn kita juga asal orang kampung, buat apa kita menukar identiti...dia tidak akan menjatuhkan martabat malah akan meningkatkan martabat..ikuti contoh rasulullah SAW dan para sahabatnya...dalam memimpin negara, insyallah kita akan selamat dengan agama islam yang kita perjuangkan...UMNO perlu ubah imej dengan menonjolkan keislamannya...skrg ramai generasi baru malu utk mengaku penyokong UMNO krn digambarkan yang tidak baik...so bekerja kuatlah untuk ubah imej UMNO. TGNA selalu cakap umno memisahkan islam dan politik, perkara ini perlu dibetulkan oleh UMNO...apakah dakwaan itu benar? Jika tidak benar, berusahalah utk membuktikan bahawa UMNO tidak memisahkan islam & politik...sekian terima kasih..harap dapat comment DSDK

    ReplyDelete
  13. Biasalah tu DS.. Masa nak dapatkan anak orang, laut berapi sanggup direnangi. Bila dah dapat, rupanya tak tersandang tanggungjawab di bahu.

    Apa gunanya berjanji kalau tak boleh dipenuhi. Oh maaf, rupanya tengah sibuk memenuhi poket sendiri ya, ahli PR sekalian. Siapa dalang di sebalik MBI? Siapa di belakang Talam? "I scratch your back, you scratch mine" punya case la.

    Kepada yang masih dalam penafian / "in denial", silakan terus. Ignorance is bliss. Until one day you wake up and realise that the earth is no longer underneath your feet.

    Bak kata seorang blogger itu:
    "BN laksanakan jani tanpa perlu berjanji.

    PR berjanji saja tau, tunaikan satu pun tidak."

    ReplyDelete
  14. Are you smoking crack? Despite their shortcomings, and despite the federal government choking off their funding, the PR Selangor goverment got a solid approval from the Auditor General's report. 50 years of BN rule gave us RM1000 screwdriver, RM80,000 laptop. Don't be jealous lah.

    ReplyDelete
  15. salam DS Khir

    perubahan 2 tahun pr memerintah ialah banyak ceramah agama di masjid dimana penceramahnya di kalangan uztaz -uztaz atau ulamak ahli politik .

    Negeri berkebajikan dapatlah air 20meter padu percuma.

    pembangunan baru atau ekonomi untuk rakyat saya rasa belum nampak lagi.

    ReplyDelete
  16. salam....

    senang cakap..si SANGKATULA..mudah lupa!
    menyangka diri bersifat malaikat..hidupnya
    atas usaha sendiri?..jika dia sedar..jika
    ia berkereta berjenama apapun kerana nikmat
    yg diberi oleh BN...bertanah dan berumah
    kerana usaha BN,berpendidikan dan berkerjaya
    kerana tekat BN...50 tahun tulah tertunai janji-janji
    pemerintah untuk kesenangan rakyatnya..BN pemberi jalan..diri sendiri hanya berusaha
    5 percent!..

    ReplyDelete
  17. Yeop,
    Saudara itu bercakap tak serupa bikin..cermin diri sendiri..merata dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih..cermin diri itu sendiri..

    ReplyDelete
  18. insaflah hamba & ummat manusia khir anak toyo. gerunilah kata2 hanya ALLAH & rasulnya mengetahui segala2nya

    ReplyDelete
  19. Datok Seri dan yang sealiran dengannya..
    Nak pergi ke pajabat tanah ke.. pejabat daerah ke.. itu bukan karja saya.. tapi apa yang saya nampak dan rasakan sekarang. takda apa perubahan pun.. nak cari gambar dulu dan sekarang pun bukan kerja saya. yang penting saya dapat rasakan memang takda pembangunan masa Datok jadi MB dan ADUN di situ. Nak kata bendang tu jalan tar.. tu bukan zaman datok. tu zaman MB sebalum datok.. kena ingat tu.. dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. selapas PR berkuasa.. pekan Sabak dan pekan SG Besar memang maju.. tak tau la sapa yang majukan taukeh2 cina ke atau datok dan UMNO-BN yang rancang dulu. Tapi yang penting orang-orang kampung tak dapat apa yang sepatutnya dapat. Apa yang saya nampak dan rasakan bila datok turun ke Bagan Terap.. ulor ayor memang banyak. Tapi kemudahan rakyat terbanyak datok tak dapat nak penuhi. Rasanya datok dan orang-orang yang sewaktu dengannya, tak pernah melalui jalan Sabak Bernam ke Bagan Terap kot. kalau tak pernah sekali- sekala lalu laa. ikut Kg. Sepintas.. baru hangpa tau ada bagus ke tak kemudahan di situ. nak banding ngan perak.. jauh laa.. dengan kelantan pun tak dapat.. aku heran negeri maju cam selangor ni tak dapat dan tak sempat nak buat rakyat suka-hati. Sekarang apa dah jadi bila PR ambil alih.. baru laa nak menyalak. sekarang datuk hanya adun dan ketua pembangkang.. lagi laa tak boleh nak buat kat kawasan sendiri. kecuali la datuk billioner yang dermawan. Boleh majukan kawasan dengan duit sendiri. Dulu masa memerintah terlupa nak buat sesuatu kat kawasan sendiri. kemudian salahkan pihak lawan tak buat pembangunan. Apa datuk. Matang la sikit. Kawasan tupun Timbalan Menteri (YB Noriah Kasmon) punya kawasan. Buat masa sekarang YB tu pun tak boleh nak bangunkan kawasan sendiri. Pelik betul ni. Saya harap datuk dan YB Noriah jangan salahkan orang lain laa, kalau kawasan tu tak maju. Sendiri mau ingat la

    ReplyDelete
  20. Ramai orang marah... irihati..cemburu... buruk sangka apabila melihat orang lain lebih kaya, lebih senang daripada dia.. Tapi tidak bertanya bagaimana mereka kaya.. cuma buruk sangka. Dan mereka tidak melihat diri mereka sendiri mengapa tidak seperti mereka. Dan saya memikirkan adakah mereka ini seperti segelintir anak-anak murid saya yang diberi kemudahan pendidikan tetapi dipersia-siakan... Adakah segelintir pelajar ini apabila dewasa akan menyalahkan orang lain sama seperti mereka yang menyalahkan kerajaan dan pemimpin kerana tidak berjaya.

    ReplyDelete
  21. Ya Allah jiwakita...mengucap saudara. Kereta,harta,rezeki, kesihatan ..Allah Ta'alla yang bagi! Nikmat Allah Ta'alla yang bagi, bukan BN!

    Sebagai hamba Allah, ikutlah suruhan Allah. Dia telah berfirman dalam Al Quran, dia mengajar kita memilih pemimpin yang baik, pemimpin yang mengajak kepada Islam dan jangan mengikut mereka yang zalim dan pendusta, kelak kamu akan dihinggap api neraka!

    Ingat, patuh kepada Allah pencipta kita, bukan BN yang mengaku memberi kamu rezeki dan kesenangan dunia yang sementara!

    ReplyDelete
  22. Sdra Zane, sy setuju dgn pendapat anda. Bukan BN yang memberi kita rezeki, kesenangan dunia. Tapi Allah yang beri dari usaha yang dibuka dan dirintis oleh BN.

    Begitu juga Syurga dan neraka, bukan PAS yang menentukan, bukan menyokong PAS bermakna menyokong islam. Islam dan PAS adalah berbeza, kerana PAS adalah alat untuk meraih kuasa. PAS juga menjual agama demi kuasa kerana islam hanyalah pasport untuk menipu umat islam

    ReplyDelete
  23. Jin Hou

    Yeah right!!. Just wait and see if (god forbid) Anwar helm the country and he hold the chq book!!

    By the way DAP member alway have four books to record their cash :-

    1. One to cheat the government (to pay / not to pay taxes)
    2. To cheat his /her partner ( so he /she will get all the profit)
    3. To cheat the bank (to get impossible amount of loan)
    4. ONE for him self. ( that THE REALITY -- YOU)

    Stop talking cock.

    ReplyDelete
  24. Jin Hou,

    How about your seeing through rose-coloured lenses? Excrement looks good when it's pink, eh?

    (Sorry DS, for using such plebeianly uncouth tones)

    And pak teh, if the backdoor player holds the checkbook, DAP will be the one wielding the pen. Nauzubillah. Not on my or any one of my future generation's time, please.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dr

    Kemajuan tahap mane yang perlu di beri kepada penduduk kampung yang jumlah penduduknya hanya ribuan?mungkin jalan bertar 2 lorong? atau perlu di dirikan sekolah? atau perlu didirikan kawasan komersial yang yang akan menjadi gajah putih sahaja kemudiannya?.

    Semua rakyat mahukan pembangunan dikawasan mereka,tetapi adakah pelaburan yang berjuta itu akan dapat pulangan?(Mendapat menafaat yang sepatutnya)jika tidak, pemimpin yang akan dipersalahkan.

    ReplyDelete
  26. ermmmm kita kat bawah bergaduh, bertekak, berhempas pulas kerja utk membayar segala macam cukai....
    sedangkan mereka2 yg kat atas tu duduk dlm banglo besar mereka.... makan tengahari di KLCC, makan malam kat PARIS...
    ada diorng kisah ke kita kat bawah ni

    ReplyDelete