Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, March 17, 2010

Tukar Nama Pendidikan Seks Kepada Pengajian Gender

Pendidikan Seks: Antara Keperluan dan Kontroversi

1. Cadangan untuk mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah sekali lagi menjadi tajuk perbincangan hangat. Ini bukan kali pertama ia menjadi isu. Setiap kali isu ini timbul akan wujud pandangan yang bersetuju dan menentang. Ini lumrah manusia. Jarang manusia boleh bersetuju sebulat suara dalam apa hal pun.

2. Melihat gejala sosial hari ini termasuk seks diluar perkahwinan, seks bebas, peningkatan pembawa HIV dan penghidap AIDS, seks bawah umur dan jenayah seksual seperti rogol, cabul dan liwat menunjukkan ada kepentingan dan keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

3. Namun ada juga rakan saya berhujah bahawa Amerika Syarikat yang memperkenalkan pendidikan seks bukan sahaja gagal membendung gejala-gejala yang saya sebutkan itu, malah meningkatkan pula masalah-masalah sosial ini. Mungkin perasaan ingin tahu hasil pengetahuan mengenai seks tersebut menyebabkan mereka ingin mencuba.

4. Saya percaya di Malaysia sendiri pun masalah-masalah sosial membabitkan seks ini berpunca daripada pendedahan remaja kepada bahan lucah di internet yang mendorong perasaan ingin mencuba.

5. Bagi saya pendidikan seks harus dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi bukan sahaja membendung seks luar nikah dan seks bebas tetapi juga memberi pengetahuan yang jelas mengenai kehidupan manusia dan isu-isu gender. Ini kerana masayarakat hari ini turut berhadapan dengan masalah kekeliruan gender di mana kita lihat semakin ramai lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

6. Kontroversi di kalangan yang menentang ini banyak berkisar kepada masalah pendekatan atau approach mereka yang mencadangkannya. Jika diteliti dari sudut ilmu pendidikan dan akademik, pendidikan seks mempunyai ruang lingkup yang sangat luas dan bukan bermakna hubungan seks (intercourse) semata.

7. Namun di kalangan orang Asia termasuk di Malaysia, subjek Pendidikan Seks memberi makna yang kurang selesa dan agak sensitif. Justeru apabila dilontarkan idea pendidikan seks kepada masyarakat di negara ini ia memberi mesej yang mengelirukan. Ramai beranggapan ia akan menerangkan mengenai hubungan kelamin sekaligus ini menimbulkan tentangan.

8. Justeru untuk perbincangan selanjutnya saya berharap Kementerian Pelajaran dan tokoh pendidik boleh memulakan perbincangan dengan menggunakan nama pendidikan seks kepada sesuatu yang lebih sopan, mesra dan dapat diterima oleh masyarakat tanpa menyinggung perasaan.

9. Saya cadangkan Kementerian Pelajaran menggunakan nama seperti Pengajian Gender. Ia tampak lebih manis dan tidak menimbulkan ketidakselesaan masyarakat untuk membicarakannya.

“Gender is used to describe those characteristics of women and men, which are socially constructed, while sex refers to those which are biologically determined. People are born female or male but learn to be girls and boys who grow into women and men. This learned behaviour makes up gender identity and determines gender roles” (World Health Organization, 2002).

10. Saya juga berharap Kementerian Pelajaran mendapatkan pandangan dan bantuan pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat, NGO, tokoh agama, tokoh motivasi dan tokoh budaya dalam merangka satu sukatan pengajian gender yang menyeluruh dan bukan berunsur seks semata.

18 comments:

  1. Salam Dato Seri,

    Heh!.. pendidikan seks ni sebenarnya bagus untuk mendidik masyarakat kita. Tapi mungkin ada sesetengah individu yang belum lagi terbuka mindanya untuk menerima pendidikan seks diajar secara terbuka. Cadangan mengubah nama itu, adalah bagus..belum cuba belum tahu.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya berpendapat subjek Pengajian Gender ini agak berbeza sedikit. Pengajian gender selalunya akan lebih menumpukan kepada hak wanita dan equality.

    Saya juga berpendapat adalah tidak perlu kita namakan Pengajian Seks, tetapi sebaliknya mengambil sudut pandangan yang lebih luas mungkin lebih sesuai dengan menyebut, Pengajian Kemasyarakatan. Yang mana topic berkaitan salah laku seks, liwat, rogol itu boleh kita masukan kedalamnya dengan melihat sebagai gejala yang perlu ditanggani. Lebih sesuai lagi jika kita ambil pendekatan Islam dan budaya timur berkaitan hal-hal tersebut dan implikasinya ke dalam masyarakat. Ini kerana masaalah gejala sosial bukanlah sahaja salah laku seks tetapi banyak lagi seperti salah guna dadah, rempit, samseng dan lain-lain lagi.

    Dalam hal ini kita perlu melihat dengan luas, apakah tujuan pengenalan mata pelajaran tersebut. Jika mata pelajaran seks, ia akan hanya tertumpu kepada hal berkaitan seks sahaja. Manakala jika kita bertujuan untuk menangani masaalah sosial, saya berpendapat eloklah diwujudkan satu matapelajaran yang lebih luas yang merangkumi beberapa teras silibus seperti, masaalah sosial masakini, implikasi dalam masyarakat, cara mengatasi dan jalan keluar, organisasi dan NGO yang bertanggungjawab, dan matlamat masyarakat Malaysia Sihat dan Penyayang. Saya rasa pendekatan cara ini lebih jelas matlamatnya dari memperkenalkan mata pelajaran seks yang terlalu tertumpu kepada seks dan mungkin bertindih dengan kandungan mata pelajaran biologi yang juga terlalu akademik dan kurang praktikaliti. Wallahualam....

    ReplyDelete
  3. tukar nama pada pendidikan kelamin.... bahasa lebih kepada melayu...

    ReplyDelete
  4. saudara Arope,

    1. Pengajian Gender tidak semestinya membabitkan wanita dan equality. Ia menjadi sinonim begitu kerana biasanya di peringkat universiti module yang disediakan ke arah tersebut.

    2. Sebetulnya, nama yang saudara cadangkan pun boleh dipertimbangkan. bagi saya asalkan bukan pendidikan seks kerana banyak anggota masyarakat tidak selesa untuk berbicara secara terbuka mengenainya.

    Pang5bugis, jika dikatakan pendidikan kelamin pun ia akan menimbulkan satu perasaan kurang senang di kalangan masyarakat kita yang agak konservatif.

    Mungkin pendidikan kemanusiaan atau apa sahaja nama yang agak umum boleh diperkenalkan. Malahan kerajaan juga boleh menukar module pendidikan moral atau mata pelajaran sains sahaja bagi memenuhi keperluan ini.

    Saudara Nassury dan Mctheory,

    Terima kasih atas persetujuan saudara. saya cadangkan penukaran nama ini kerana kadang-kadang nama yang tidak berapa baik akan menjejaskan hasrat yang baik.

    ReplyDelete
  5. Dr, pada saya bukan hanya sekadar nama atau sebutan. Yang lebih penting adalah pengisian serta kaedah pembelajaran. Harap usaha murni ini akhirnya akan membuahkan hasil yang positif serta berjaya mengelakkan gejala sosial. Kita perlukan generasi muda yang matang serta rasional dalam menilai baik buruk akibat dari pengaruh nagetif diluar.

    ReplyDelete
  6. Salam Dato Seri,
    Saya melihat perkara pendidikan seks di sekolah ialah suatu perkara yang perlu bagi membendung gejala tidak sihat dikalangan remaja. Saya fikir lebih elok para cendiakawan tempatan mengkaji aspek-aspek yang sesuai yang harus diterapkan dalam pendidikan ini supaya sesuai dengan budaya 'Timur' dan tidak terlalu 'Ke-Barat-an'.

    Modul yang akan diterapkan seharusnya berorientasikan KESAN melakukan sesuatu hubungan rambang seperti STD Transmission, HIV/AIDS, Psychological effect dan sebagainya.

    Saya melihat, ramai yang berkata apakah mereka yang melakukan maksiat ini tidak takut pada tuhan tetapi persoalan yang sebenarnya bukan ini kerana jika mereka takut pada tuhan mereka tidak akan melakukan perkara terkutuk ini tetapi sebaliknya persoalan yang sebenarnya ialah, mengapakah mereka tidak sekurang-kurangnya menggunakan sebarang 'perlindungan' ketika melakukan perkara terkutuk ini? Jika mereka berbuat perkara yang terkutuk ini, kesannya hanya pada diri mereka dan tiada bayi yang akan dilahirkan dan dibunuh kejam!

    Saya fikir Dato Seri harus mengetengahkan perkara ini kepada orang awam untuk kesedaran mereka.

    Saya harap rakyat Malaysia tidaklah terlalu kuat berpolitik sehingga lupa tanggungjawab sosial mereka dan juga hal-hal lain.

    -http://syameer.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. pendidikan seks yang seharusnya bermula di rumah terpaksa dibawa silibusnya ke sekolah akibat kezaliman segelintar ibubapa terhadap anak2 mereka sendiri..
    saya tak pasti samada silibus awal pendidikan seks sudah dikeluarkan atau belum. jika belum, sebaiknya pihak Kementerian Pelajaran bersama-sama Jabatan Pelajaran mengeluarkan dahulu draf silibus untuk perbahasan umum. jadinya kita berbahas ke atas isi/sukatan, bukannya tajuk semata.

    ReplyDelete
  8. Salam buat semua..

    Saya bersetuju dgn pandangan HR, ini kerana pada zaman persekolahan saya lagi subjek ini dicadangkan di sekolah (1991-1995). Namun cadangan ini terhenti di peringkat cakap2 sahaja, tiada penerangan yang jelas mengapa ianya tdk perlu diteruskan. Sehinggalah sekarang kita hanya berbahas sekitar tajuk tanpa ada rujukan terhadap pengisian subjek yang dicadangkan. Jangan sampai nanti apabila perlaksanaan subjek di sekolah, masih ada ibu bapa yang kabur dgn apa yang dipelajari oleh anak di sekolah sehingga minta anak pula yang buat tuisyen untuk ibu bapa di rumah :).

    ReplyDelete
  9. Salam;

    Seronok rasanya saya bila Dr menampilkan idea penukaran tajuk pendidikan tersebut..nampak lah tahap IQ yang bukan sekadar mengeluarkan kata kesat,tipu dan bermacam macam lagi demi kepentingan agenda politik yang bagi saya..dah tak larat nak dengar,mual dan meloya kan.

    Syabas.

    Benar juga kata komentar yang lain dimana selain dari tajuk, isi kandungan pendidikan itu sendiri yang harus diberi perhatian utama.

    Dan yang harus terlibat dalam menjayakan isi program ini ialah para ulama,motivator,pegawai kaunseling dan tidak ketinggalan persatuan ibubapa.

    Inyaallah usaha yang murni akan mendapat kejayaan dan bantuan Ilahi.

    ReplyDelete
  10. a'kum dato seri....adakah mungkin atau boleh kita memberikan pendidikan sex di sekolah rendah atau menengah secara holistic dimana silibus dalam pembelajaran pengetahuan agama islam dikembangkan lagi dalam bab fekah atau fardhu ain. Bukankah kaedah membersihkan diri di ajarkan disini tetapi diperkembangkan lagi dengan usulnya dan moralnya untuk membentuk akhlak yang lebih baik bagi yang muslim dan pendidikan keagamaan bagi yng bukan muslim. Pada hemat saya, muslim kebanyakannya tidak mempunyai jati diri kerana muslim nya adalah secara ikutan,sebagaimana Tun Mahathir pernah berkata muslim yang seperti burung kakak tua, mengikut apa yang diajarkan tetapi tidak analytic, maksudnya menggunakan akal yng telah diberikan oleh Allah supaya tidak menjadi haiwan yang boleh berkata-kata.....

    ReplyDelete
  11. Well, another brilliant idea from DS. I have to appreciate this one

    ReplyDelete
  12. Salam
    pada pandangan saya, mereka yg melakukan perkara2 yg tidak bermoral ini bukannya berpunca drpd kurangnya pengetahuan seks, tetapi kurangnya pengetahuan agama dan nilai2 moral..jadi yg sepatutnya ditekankan adalah nilai2 agama..mungkin penekanan tntg seks atau gender ini blh dimasukkan dalam subjek pendidikan agama

    ReplyDelete
  13. salam Dato'
    dah ade silibus kah untuk pendidikan gender ni???
    kami sedang mencari maklumat secara terperinci tentang pendidikan ini untuk menjayakan projek yang kami sedang jalankan demi membuka minda masyarakat tentang pendidikan ini..
    maklum balas dari pihak Dato' amatlah dihargai...
    sekian,terima kasih..

    ReplyDelete
  14. Salam dato,
    Saya bersetuju sangat dengan pertukaran nama baru tu... ramai yang tidak selesa kalau letak nama pendidikan seks ni terutama ibubapa..

    ReplyDelete
  15. di mana di letakkan hukum dan hakam kita selaku penganut Agama Islam? adakah kurangnye hukum di dalam islam dalam bab yang mcm ini?

    ReplyDelete
  16. salam dato, saya sangat setuju dengan penukaran nama Pendidikan Seks kepada Pendidikan Gender. lebih merangkumi semua aspek dan tidak kelihatan begitu sensetif bila melihat kepada namanya saja.

    sebagai pelajar, saya sangat setuju juga subjek ini diperkenalkan disekolah. kita harus lihat dari segi perkembangan diri kanak-kanak, kognetifnya dan kecenderungannya kepada seks.

    tambahan pula, remaja sekarang tidak boleh dibendung. pengajaran dari rumah, kaunseling tidak memberi kesan yang begitu baik kepada remaja. oleh itu, lebih baik memperkenalkan saja subjek ini disekolah. bukan menggalakkan remaja melakukan sesuatu yang tidak baik. tapi bila sudah tidak boleh dibendung, beri mereka pendidikan. biar mereka punya ilmu dan tidaklah kejadian seperti buang bayi, penyakit kelamin dan seumpamanya itu berlaku. saya sangat setuju dengan pandangan dato.

    ReplyDelete
  17. salam.kenapa kite tak perkukuhkan pendidikan agama?bila anak2 muda ada asas tentang ilmu agama,pasti boleh terhindar dari semua ini insyaALLAH.

    ReplyDelete