Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, April 5, 2010

MEB Perlu Kurangkan Kos Sara Hidup

1. Pelancaran prinsip-prinsip Model Ekonomi Baru Malaysia (MEB) pada 30 Mac 2010 lalu harus dilihat sebagai kesungguhan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi nafas baru kepada ekonomi negara dan usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah.

2. Menurut ucapan Perdana Menteri, MEB akan menekankan lapan prinsip asas iaitu, menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi; Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing; Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; Memperkukuhkan sektor awam; Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan; Meningkatkan sumber pertumbuhan; Memastikan pertumbuhan yang mapan.

3. Kesemua yang disebut ini bukanlah sesuatu yang sangat baru kerana sebahagiannya telah pun disentuh dalam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika melancarkan Wawasan 2020 kira-kira 20 tahun lalu.

4. Apa yang penting ialah iltizam Perdana Menteri untuk melaksanakan apa yang beliau ucapkan ini dalam bentuk tindakan bukan sekadar perbincangan akademik dan wacana politik semata.

5. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas jaminan beliau bahawa dasar affirmative ke atas kaum bumiputera tidak akan ditarik balik.

6. Sebaliknya apa yang kerajaan perlu lakukan ialah menilai semula kaedah membantu kaum bumiputera dengan memberi lebih keutamaan kepada bumiputera luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan.

7. MARA harus memainkan peranan pro aktif dalam menyusun semula strateginya agar lebih banyak bumiputera mendapat faedah daripada dasar kerajaan. Sehingga hari ini apakah pernahkan diadakan satu kajian yang lengkap dan terperinci menilai prestasi MARA sama ada jaya atau gagalnya agensi tersebut dalam membantu bumiputera keluar dari arus kemiskinan? Jika belum inilah masalahnya melakukannya.

Masalah Kemiskinan Sejagat

8. Selain isu bumiputera, pengumuman kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan semua kaum sangat dialu-alukan.

9. Menurut Perdana Menteri, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun. Khabarnya ia juga akan memfokuskan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.

10. Sungguhpun usaha ini menampakkan keprihatinan kerajaan dalam mengeluarkan sebahagian rakyat daripada paras kemiskinan, namun kerajaan tidak boleh mengharapkan bahawa kemiskinan akan selesai melalui matlamat meningkatkan kadar pendapatan perkapita semata.

11. Peningkatan pendapatan perkapita tidak akan menyelesai masalah jika kita gagal menstabilkan jurang pendapatan. Jurang pendapatan yang terlalu besar akan menyebabkan pendapatan per kapita tidak mencerminkan realiti di bawah. Akan ada kumpulan yang mempunyai pendapatan terlalu tinggi dan ada pula yang menerima pendapatan terlalu rendah sehingga menyebabkan unjuran pendapatan per kapita tidak mencerminkan taraf sosio ekonomi majoriti rakyat.

12. Salah satu kaedah meningkatkan pendapatan tanpa meningkatkan inflasi yang tinggi bagi negara membangun seperti Malaysia ialah melalui peningkatan produktiviti. Tanpa peningkatan produktiviti, kenaikan pendapatan hanya pada matawang bukannya pada kuasa beli.


13. Kadar peningkatan produktiviti Malaysia pada 2008 hanyalah 2.9% berbanding China (7.8%), Korea(3.6%), Indonesia (3.5%), India (3.4%), dan Filipina (3%). Bagaimanapun kerendahan "productivity growth" tidaklah begitu serius kerana kesemua negara ini kecuali Korea mempunyai nilai produktiviti yang lebih rendah dari Malaysia sejak sepuluh tahun lalu.

14. Peningkatan pendapatan juga jika tidak diawasi akan mudah menyebabkan inflasi sekaligus menyebabkan kos sara hidup makin tinggi sehingga melampaui paras kenaikan pendapatan. Jika ini berlaku kerajaan akan berhadapan dengan lebih ramai orang miskin.

15. Justeru di samping usaha meningkatkan pendapatan rakyat, kerajaan juga perlu memberi tumpuan ke arah mengurangkan kos sara hidup. Kerajaan tidak boleh membiarkan pasaran menentukan segala-galanya kerana tiada kapitalis yang tidak cuba memaksimumkan keuntungan. Sebab itu kita memerlukan kerajaan sebagai "pengawal" dan penguatkuasa (regulator)kepada sistem pasaran bebas.

16. Kerajaan juga boleh mengurangkan kos sara hidup dengan membuat revolusi total terhadap sistem pembekalan tenaga elektrik, air, tol, pengangkutan awam, pendidikan dan rumah terutama untuk mereka yang berpendapatan sederhanan dan rendah.

17. Jika kos keperluan asas ini dapat dikurangkan sekaligus ia akan menurunkan kos sara hidup rakyat. Ini akan membolehkan pendapatan rakyat yang biarpun sedikit tetapi mempunyai nilai yang lebih.

18. Saya percaya dengan mengurangkan kos sara hidup, secara langsung ramai rakyat akan keluar dari paras kemiskinan biasa terutama di bandar besar.

19. Selebihnya MEB harus mempunyai rangka kerja khusus dalam memenuhi matlamatnya nanti agar tidak dianggap retorik politik semata dan indah khabar dari rupa.

26 comments:

  1. Assalamualaikum YB,

    Kami Dari blog www.malaydillema.co.cc, ingin meminta sumbangan penulisan dari pihak Tuan. Kami berharap blog kami dapat menjadi forum dan juga tempat masyarakat Malaysia untuk memikirkan kaedah dan formula yang terbaik untuk memajukan bangsa Melayu dan Islam agar dapat menjadikan bangsa yang bersaing dengan yang lain. Bahan penulisan hendaklah bertemakan masalah bangsa melayu dan tidak bersifat perkauman, tetapi kepada problem identification dan problem solving.InsyaAllah jika posting dan bahan telah mencukupi kami akan menerbitkan dalam bentuk buku, dan setiap keuntunggan akan diberikan kepada NGO-NGO Melayu dan Islam.

    Regards


    Irwan Sukma Bin Sukarman
    malaydilemma.co.cc (Admin)

    ReplyDelete
  2. 05 April, 2010 17:33 PM

    IKBN Sukan Permotoran Bakal Diwujudkan, Kata Ahmad Shabery

    SERDANG, 5 April (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian sukan permotoran bagi memajukan lagi industri sukan itu di negara ini.

    Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata IKBN itu akan menawarkan pengajian berkaitan kemahiran kejuruteraan dan teknikal dalam sukan permotoran dan dibangunkan dengan kerjasama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

    "Kita akan membawa cadangan ini (kepada Kabinet) untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sukan Permotoran Malaysia di sini Isnin.

    Ahmad Shabery berkata sukan permotoran berpotensi untuk dimajukan sehingga menjadi sebuah industri yang kukuh dan dapat membantu menjana ekonomi negara termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Beliau berkata di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, penganjuran sesebuah acara sukan bermotor merupakan suatu projek besar yang melibatkan industri lain termasuk pelancongan, makanan, hiburan, insurans dan penginapan.

    "Ini merupakan suatu industri baru yang boleh dimajukan malah memenuhi tuntutan Model Ekonomi Baru. Bayangkan peluang pekerjaan yang ada yang boleh diwujudkan termasuk penemuan-penemuan baru dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan)," katanya.

    Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata usaha memajukan industri sukan permotoran hanya akan dapat dicapai jika sukan itu menjadi sukan pilihan rakyat.

    "Ini memerlukan satu lonjakan paradigma dalam pemikiran dan budaya rakyat.

    "Sekarang ini pun ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan. Mereka lebih mengutamakan akademik. Jadi, ini suatu pemikiran yang perlu kita ubah," katanya.

    Beliau berkata usaha mendidik masyarakat dalam membudayakan sukan sedang dijalankan kerajaan termasuk langkah memperkenalkan dasar '1Murid 1 Sukan' yang akan dikuatkuasakan mulai tahun depan.

    Terdahulu, forum yang membincangkan cabaran-cabaran dalam industri sukan permotoran itu dihadiri kira-kira 300 penggiat sukan permotoran dan pegawai kementerian.

    Tiga pakar sukan permotoran yang terdiri daripada Ketua Eksekutif Persatuan Industri Sukan Permotoran (MIA) Chris Aylett, Pengarah Urusan Apex Circuit Design Ltd Clive Bowen dan pakar pembinaan litar Guy Austin berkongsi pengetahuan mereka dengan peserta forum.

    Turut hadir Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir yang bertindak sebagai Pengerusi forum.

    -- BERNAMA
    SEDDIKIT BINGKISAN YANG SAYA DAPAT KONGSI DENGAN DS MENGENAI APA YANG DS TANYAKAN "SUMBANGAN DUNIA PERMOTORAN" KEPADA NEGARA. SAYA LIHAT INI DARI PERSPEKTIF SAYA SENDIRI WALAUPUN SAYA TIDAK BERPELAJARAN BAIK SEPERTI DS.AKAN TETAPI PENGALAMAN SAYA SELAMA 27TAHUN DI DALAM DUNAI "REMPIT" INI TELAH SAYA TERJEMAHKAN MELALUI PANDANGAN JAUH DAN POSITIF SAYA. SEKIAN

    ajakmotor.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. berkenaan dengan MEB ini pada pandangan sy,berkenaan dengan peningkatan pendapatan agak sukar dicapai jika pihak majikan dan kerajaan tidak pro aktif.Sehingga sekarang pihak kerajaan pusat masih enggan menetapkan gaji minimum dengan pelbagai alasan.

    seperti yg kita maklum sekarang Kerajaan Pusat telah byk memotong budget dalam pentabiran,kami yg golongan peniaga SME yg bergantung dengan kontrak kerajaan.untuk bersaing pasaran terbuka,kaum cina dah monopoli dari pengeluaran sehingga la pembekalan.

    merasa sangat terbeban dalam keadaan ini terpaksa bersaing sehingga titisan keuntungan terakhir untuk mendapatkan project kerana sekarang ni trend "siapa tawar paling murah akan diterima"."bagaimana nak bagi gaji pekerja kami gaji lebih"sedangkan kami sebagai majikan pon selalu tak cukup duit nak bayar gaji.

    saya amat berharap lebih baik nilai duit yg lebih tinggi daripada bergaji tinggi tapi inflasi tinggi.

    lain2 agenda dari PM kita ni pada saya adalah kabur dan pekara basi yg diberi nafas baru demi secebis populariti...maaf jika terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  4. Sdr Mohamad fahmi dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Saya tidak menyangkal pandangan sdr,ada perkara yang diperkatakan oleh YAB PM pernah diperkatakan oleh pemimpin sebelumnya,kerana telah menjadi resam dalam masyarakat kita banyak bercakap kurang melaksanakan apa yang kita luahkan.
    Bagi saya berjaya atau tidak sesuatu polisi adalah bergantung kepada kesungguhan utk melaksanakan dan pemantauan perlaksanaannya.Walaupon terdapat banyak halangan yang akan kita tempuhi,ia perlu dilaksana kerana kesan sebahagian dari polisi itu akan dapat kita rasai dalam jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  5. Salam apa yang Ds katakan itu sememangnya benar dan tidak disangkal lagi,sepatutnya peminpin kita amalkan "ACTION SPEAKS LOADER THAN WORDS" .Saya sekarang amat tertarik dengan pendekatan DS yang membuat blog ini sebagai salah satu medium mendekati rakyat secara pandangan peribadi serta bertukar2 idea mengenai kepimpinan negara.Saya harap dapatlah Ds kekalkan sikap sebegini dalam sama2 kita mencapai objektif MEB serta tidak dilupakan saya mengharapkan DS & co bolehlah sama2 mendekati golongan yang saya tegakkan ini "REMPIT".Tekanan dari pihak DS ke atas kebaikan kerajaan pusat amat2 dikehendaki oleh kami yang tiada kuasa selain undian nanti sepertimana Tun Dr Mahathir yang sentiasa lantang mengkritik pemimpin supaya menambah baik penyampaian mereka hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan DS. Apa jua kejayaan sesuatu dasar termasuklah MEB banyak bergantung kepada keberkesanan pelaksanaannya. Pelaksanaannya pula harus didukung oleh semua peringkat bukan hanya harapkan kerajaan atau pemimpin semata-mata. Lapisan masyarakat dan akar umbi juga harus memainkan peranan sama barulah manafaat dasar berkenaan dapat dikecapi.

    Azli, ex-yayasan selangor.

    ReplyDelete
  7. DS Disini saya ingin kongsi sedikit binkisan dari akhbar kosmo..

    Mat Rempit perlu pelajari tekonologi enjin, pemilik pasukan lumba

    TIDAK ramai penduduk dan syarikat Asia menceburi dunia mencipta rangka dan enjin untuk kereta lumba seperti Formula Satu (F1).

    Sebelum ini syarikat pembuat kereta dari Jepun, Honda dan Toyota pernah menyertai perlumbaan F1 sekali gus memberi saingan kepada syarikat-syarikat dari Eropah.

    Pada musim perlumbaan F1 musim ini, nama Cosworth paling banyak digunakan oleh pasukan yang bertanding dalam perlumbaan F1.

    Sebanyak empat pasukan menggunakan nama Cosworth iaitu Virgin-Cosworth, Lotus-Cosworth, HRT- Cosworth dan Williams-Cosworth.

    Cosworth merupakan syarikat kejuruteraan kenderaan yang ditubuhkan di London pada 1958.

    Enjin Cosworth CA 2010 turut digunakan oleh keempat-empat kereta F1 itu.

    Selain Cosworth, McLaren yang merupakan syarikat pengeluar jentera F1 dari Britain menggunakan enjin Mercedes-Benz FO 108X pada perlumbaan kali ini.

    Ferrari mempunyai tradisi yang lama dalam bidang sukan lumba kereta menerusi pengasasnya, Enzo Ferrari yang tidak memiliki ijazah tetapi menjadi pemandu kereta lumba seterusnya meninggalkan legasi berharga dalam perlumbaan F1.

    Syarikat Red Bull yang menunjukkan taring pada perlumbaan F1 di Sepang, Ahad lalu menggunakan enjin Renault RS27-1010 sama seperti pasukan Renault yang turut menyertai F1 tetapi kerangka kereta yang digunakan berbeza.

    Pada perlumbaan di Sepang, pasukan Red Bull, syarikat minuman tenaga dari Austria menduduki tempat pertama dan kedua tetapi meninggalkan jauh pasukan Mercedes yang berada di tempat ketiga.

    Enzo Ferrari sebelum meninggal dunia menghabiskan banyak masanya untuk menghasilkan kereta sport yang terbaik walaupun dia tidak memiliki ijazah.

    Bagi Mat Rempit yang suka berlumba, mereka boleh menjadikan Enzo Ferrari sebagai idola dengan belajar mengenai kejuruteraan enjin sekali gus menjadi pekerja di syarikat perlumbaan terkenal, pemilik syarikat perlumbaan sama ada kereta atau motosikal.

    Industri kejuruteraan kereta lumba masih belum diceburi sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan mereka boleh melakukannya bagi menyaingi Britain, Jepun, Itali, Jerman dan Perancis.

    MEB boleh dimajukan lagi jika DS dapat bangkit dgn agenda baru ini.Ini kerana industri permotoran mempunyai potensi yang amat besar untuk meletakkan nama Malaysia di mata dunia. Apa yang Enzo Ferrari lalui ada satu contoh terbaik buat DS renung2kan..

    ReplyDelete
  8. Saudara Musang,

    Minat kepada sukan permotoran memang baik jika mempunyai kemampuan dan kewangan yang stabil. Saya sendiri berminat dengan motor dan mempunyai motor.

    Tetapi untuk menjadi pelumba motosikal bukan murah dan mudah. Jika bersungguh menjadi pelumba motosikal maka harus mempunyai usaha ke arah itu. Ramai yang patah pinggang, kudung kaki dan hilang upaya kerana merempit. Apa akan jadi kepada masa depan mereka?

    Mereka yang berminat haruslah menyertai kelab-kelab motor sedia ada atau menubuhkan kelab motor baru. Uruskan mengikut lunas undang-undang termasuk bila mahu berlumba. Saya percaya jika dibuat mengikut undang-undang maka Polis tidak ada masalah membenarkan jalan raya tertentu ditutup sekali sekala untuk menjadi trek lumba seperti dalam pertandingan cub prix.

    Malahan melalui kelab lumba juga, mereka boleh memohon kebenaran polis untuk berlumba di kawasan tertentu yang sesuai.

    Cuma kebanyakan (saya katakan kebanyakan, bukannya semua) bukan berminat untuk menjadi pelumba dalam erti kata sukan. Sebaliknya mereka hanya berminat berlumba untuk mendapat "habuan" tertentu dan sebagai satu jalan menentang undang2 dan pihak berkuasa.

    Saya tidak ada masalah dengan mereka yang ingin berlumba sebagai satu bidang sukan. Malah mungkin saya boleh menyokong mana-mana kelab motor yang berhasrat meminta jalan tertentu ditutup pada malam minggu untuk kegiatan berlumba. Namun ia harus diadakan secara profesional termasuk mempunyai pegawai kesihatan dan sebagainya.

    Jika mereka hanya ingin berlumba atas jalan raya untuk menunjukkan siapa yang hebat, gah dan jaguh dalam menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menentang undang2 saya rasa ia sangat tidak patut kita menggalakkan anak muda kita ke arah tersebut.

    Sebab itu saya suka membezakan antara mereka yang merempit dengan pelumba yang tulen.

    Saya bersetuju mungkin kerajaan boleh melakukan lebih baik dalam mengawal selia keinginan berlumba motor ini dengan cara yang sihat.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ds kerana memberikan respon yang baik terhadap komen saya, sememangnya kos untuk perlumbaan adalah mahal dan membebankan bagi golongan mat rempit ini.Oleh itu satu bentuk inisiatif dr kerajaan harus wujud dalam menyelesaikan masalah ini.

    Kelab permotoran di Malaysia sememangnya saya akui banyak akan tetapi kurangnya penglibatan dri pihak kerajaan dengan kelab ini untuk dikembangkan menjadi suatu badan profesional,saya cadangkan suatu perjumpaan harus diadakan supaya kelab-kelab ini suara mereka didengari dan diberi peluang untuk berdialog secara langsung mengenai isu rempit ini,saya pasti mesti akan ada jalan untuk "mengurangkan" masalah rempit ini.Selain itu haruslah ada usaha untuk memberikan jalan untuk kelab-kelab ini mempelajari cara untuk menguruskan sesuatu "event",kerana kebanyakan yang menyertai kelab ini tidak mempunyai pendidikan formal dr segi pengurusan sesuai "event".

    Melalui permerhatian saya kelab motorsikal ini digunakan sebagai agenda POLITIK sahaja untuk meraih sokongan serta mewujudkan popular politik akan tetapi tiada kesinambungan untuk membantu mereka,kebanyakannya janji-janji kosong yang ditaburkan.Mereka pun manusia yang mempunyai keinginan akan tetapi tiada galakkan serta tiada tempat khas untuk mereka pamerkan bakat mereka,oleh itu jalanrayalah tempat paling tidak membebankan mereka.Dari masalah ini kita dapat lihat sememangnya mereka perlukan tempat.Litar sepang bukan tidak relevan akan tetapi agak jauh serta agak membebankan golongan rempit ini pergi berlumba disana.

    Mengenai golongan yang berlumba untuk mendapat nama ini saya memang akui golongan ini memang wujud dan saya sendiri pasti akan marah jika mereka memandu dgn menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

    Saya mencadangkan haruslah adakan suatu perjumpaan bukan formal dari pihak atasan atau kerajaan agar dapat duduk bersama dab bertanya kenapa mereka berbuat demikian serta boleh kita tukarkan mendapat nama dijalanan atau habuan dijalan raya itu ke litar.(melalui kelab permotoran secara tidak formal,kerana DS pun faham mat rempit ini tidak sukakan sesuatu yang formal,mereka akan cepat bosan)Pendekatan yang lebih interactive dan bersahaja harus diamalkan seperti DS Najib buat."Walkabout"

    Mengenai perlumbaan dgn menutup jalan adakah salah satu cadangan yang baik akan tetapi saya lebih suka mencadangkan dibina litar yang kos sederhana untuk berlumba adalah murah dan mampu untuk golongan rempit ini yang kebanyakan berpendapatan rendah akan tetapi mereka mempunyai minat yang tinggi untuk berlumba.Ini kerana melalui pengalaman saya sebagai mekanik litar sepang adalah kurang sesuai untuk motorsikal berkuasa rendah yang kebanyakan golongan mat rempit ini gunakan.Litar itu lebih sesuai untuk penggunaan hi-end racing iaitu seperti kereta dan motorsikal berkuasa tinggi.
    Melalui litar khas ini mereka juga dapat diwujudkan akademi sebagai contoh IKBN yang dicadangkan oleh Menteri Belia & Sukan kita.Saya harap perkara ini bukan omong kosong dan haruslah dijalankan secara berpanjangan.

    Inisiatif dari pihak saya dan DS harus digemblengkan untuk mendekati golongan ini agar kita dapat menukar "mindset" merempit ini kepada pelumba tulen.

    Saya amat mengalu-alukan penglibatan DS dari golongan yang berpengaruh serta profesional dalam menjayakan apa yang golongan saya wakili ini hasratkan.Janganlah adakan jurang pendidikan dan kedudukan sebagai satu isu lagi demi kebaikan negara dan menjayakan wawasan 2020.

    Sekali lagi Terima kasih atas komen bernas DS.Saya berharap akan berterusan serta mendapat sokongan DS kerana saya yakin DS boleh bangkit dengan mendengar suara golongan belia negara ini.Kerana DS sendiri adalah wakil belia dalam pertubuhan politik yang DS sertai.

    BERSAMA-SAMA KITA BANTU BELIA "REMPIT" INI SUPAYA TIDAK KECICIRAN..KASIHANKAN MEREKA DIHINA DAN DISALAH ERTIKAN SENTIASA TANPA ADA PIHAK YANG INGIN TAHU MASALAH DISEBALIK REMPIT ITU SEBENARNYA.

    ajakmusang@rocketmail.com
    ajakmotor.blogspot

    ReplyDelete
  10. Salam Dato' Seri,
    Semoga usaha kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah akan terlaksana. Sebagai rakyat kita kena yakin dengan usaha yang sedang dilakukan dan sama-samalah kita berusaha untuk menjayakannya.

    Janganlah asyik mencari salah orang lain hingga lupa dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

    Kepada pengundi Parlimen Hulu Selangor, buatlah pilihan dengan tepat. Kerana ia akan menentukan masa depan kita. Undilah Calon Barisan Nasioanal, kerana hanya BN yang dapat membela nasib rakyat.

    Hidup BN, Go Dato' Seri.
    cayok2. hehehe

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum Dato Sri,

    Mohon tumpang lalu kali pertama. Semua dasar bertujuan baik untuk faedah rakyat dan berniat suci untuk anak bangsa melayu. Begitu juga dengan DEB yg dicipta selepas peristiwa 13 Mei. Mengapa DEB gagal mencapai sasaran 30%?Sebanyak sedikit orang Umno tau punca kegagalan DEB.Paling menyedihkan,kelemahan perlaksanaan tidak dirawat sebaik mungkin. Sebaliknya dibiarkan berlarutan.

    Tun M terpanggil dengan menyatakan 'melayu mudah lupa'. Melayu yg mana yg dimaksudkan oleh beliau? Pada hemah saya adalah melayu yg berkuasa tetapi gagal melaksanakan amanah DEB secara meluas. Peluang hanya dibuka mengikut selera bukan mengikut keperluan. Ada beberapa peristiwa dimana projek kecil diberi kpd orang besar atas sokongan mereka yg berkuasa tanpa memikirkan kesannya terhadap orang kecil yg memerlukannya.

    Saya berharap MEB tidak memburukan lagi keadaan ekonomi bumiputera. Sepatutnya mereka yg telah berjaya membantu mereka yg masih terkial2 dan bukan bersaing merampas mengikut selera.

    ReplyDelete
  12. Salam DS,
    Saya yakin yg topic MEB ini tidak mendapat sambutan seperti dikatakan oleh saya sebelum ini...kerana org Malaysia lebih suka cakap kosong2 hal politik dari topik ekonomi!!!hehe:)
    SAYA INGIN TEGASKAN SAYA BERSEDIA MEMBERI 300% SOKONGAN KEPADA YB PM KERANA MATLAMATNYA SEMEMANGNYA MENCABAR,AKAN TETAPI KITA MAMPU CAPAI KALO BERSUNGGUH2!!!
    SAYA JUGA MEMBERI SOKONG KEPADA YB PM UNDI SAYA KEPADANYA KERANA BELIAU SEMMENAGNYA NAK BERUBAH BN....AKAN TETAPI ORG BAWAHANNYA MASIH TERHEGEH2 AKAN KESUNGGUHAN PM KITA SUPAYA MATLAMT BELIAU DAPAT DILAKSANAKAN SGN TERATUR!!!Saya ingin melihat pengikut2 PM atau menteri beliau perlu bertekad untuk BERUBAH dan bukannya untuk mengembirakan PM sahaja!!!INGAT...KALO KOMPONEN BN TAK BERUBAH,KITA AKAN MENGUBAH UNTUK MENTERI2NYA!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dr

    Revolusi mental,anjakan paradigma dan sebagainya telah lama kita dengar,pemimpin selalu mengingatkan, bak kata Pak Lah"minda kelas pertama" apa maksudnya?
    Mohon diampun tuanku,patek pacal yang hina sedia mengikut perentah,adakah itu maksudnya?.
    Tidak sekali kali tidak bukan?

    ReplyDelete
  14. DEB dilaksanakan dengan pelbagai Blue Print Rangka Pelan Pelaksanaan Bumiputra dalam pelbagai sektor manakala MEB pula tidak lagi memikirkan akan perlunya Rangka/Pelan yang sedemikian.....saya khuatir akan kesannya terhadap bangsa yang merupakan majoriti penduduk di bumi Malaysia ini.

    ReplyDelete
  15. salam YB,

    bersetuju dengan YB tentang fokus kerajaan terhadap meningkatkan pendapatan purata perkapita. yang seharusnya menjadi sasaran kerajaan adalah merapatkan jurang kemiskinan, mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, dan melonjakkan nilai pendapatan.

    pendapatan purata USD15K tidak akan menjadi apa2 jika ada golongan terlalu kaya dengan pendapatan purata USD 25K dan golongan miskin pula mendapat USD5K. juga tidak bermakna sekiranya kos sara hidup ketika itu sehingga USD 14K. pun tak guna jika dalam usaha nak mencapai USD15K purata, hasilnya diraih oleh pekerja asing.

    mungkin kerajaan boleh menggalakkan kewujudan 'social business'. perniagaan yang tidak untung dan tidak juga rugi. satu konsep yang diamalkan oleh Prof M Yunus dari Grameen Bank. memang ada kelemahan tapi saya fikir idea 'social business' boleh membantu menaikkan taraf hidup orang miskin.

    ReplyDelete
  16. Salam DS,
    Kerajaan mengumumkan Khazanah akan melupuskan pegangan dalam GLC. Tetapi mengapa Khazanah melabur dalam syarikat dari China yang entah apa-apa business mereka. Seperti contoh syarikat Sozo. Board of directors semuanya berbangsa China samada Cina dari negara China atau dari Malaysia. Adakah Khazanah akan melupuskan kepentingan mereka dari syarikat-syarikat seperti ini juga? Janganlah yang menjadi mangsa hanya syarikat yang ditadbir oleh bangsa Melayu. Bolehtak DS terangkan isu ini?

    ReplyDelete
  17. Nak sambung sikit tulisan saya di atas tadi. Saya ingin tahu mengapa Khazanah dengan senang2nya melabur dalam syarikat dari China? Hebat sangatkah syarikat2 tersebut? Apakah manfaat yang kerajaan (dan rakyat M'sia) akan perolehi dari pelaburan tersebut?

    ReplyDelete
  18. Dear DS,
    Kepada saudara Rakyat,Jangan tersinggung jika Khazanah melabur di China...kerana kita kena berpandangan jauh dan ekonomi china bakal menguasai dan menjadi kuasa ekonomi yg lebih besar dari US.....Khazanah sebenarnya bukan menjual kesemua kepentingan di syarikat GLC,hanya beberapa syarikat yg tak berpotensi sahaja....
    Saya sememangnya menyokong inisiatif Khazanah yg membuat keputusan sebegini...SEKARANG KITA CITER PASAL SURVIVOR,BUKANNYA MENJAGA KEPENTINGAN SESIAPA KAUM LAGI...KALO TERUS MACAM TU BILA NAK MAJU?????TAKKAN NAK MENJADI BAYI SELAMA-LAMANYA???Saudara jangan tersinggung dgn perkataan saya diatas dan saya hanya menyatakan pendapat saya aje....!!!

    Sekian!

    **KEPADA DS,SAYA DAH CAKAP TAJUK EKONOMI TAK AKAN MENDAPAT SAMBUTAN KOMEN YG BANYAK DARI BLOGGERS KERANA MEREKA LEBIH SUKA BERCITER POLITIK DAN KOMEN KOSONG DARIPADA BAGI CADANGAN UTK MEMAJUKAN EKONOMI....KEADAAN POLITIK HURU-HARA SEKARANG SEDIKIT SEBANYAK DISUMBANG OLEH BLOGGERS SENDIRI!!!JGN MARAH!!!

    ReplyDelete
  19. DS, saya merupakan peniaga kecil-kecilan. Yang memeningkan kepala saya sekarang adalah slogan dan dasar kerajaan tidak mencerminkan reliti. Nak meningkat ekonomi dan pendapatan rakyat memang baik, tapi yang jadi masalahnya adalah kerajaan sendiri akan menjadi pesaing kepada usahawan /rakyat malaysia. Kerajaan melalui GLC akan menopoli jenis perniagaan yang mungkin juga disertai dikalangan usahawan / rakyat.

    ReplyDelete
  20. TERIMA KASIH DATO SERI KERANA DATANG MELAWAT IBU MERTUA(HAJAH SABARIAH BINTI TATANG) SAYA DI FELDA SOEHARTO HARI INI 15 APRIL 2010 ,NAIK MOTOR KAN??(MEMANG TERHARU SAYA,SEAKAN2 DIATURKAN OLEH YANG MAHA ESA) TAHNIAH DATO SERI SAYA AMAT2 MENGHARGAI JASA BAIK DATO SERI..HARAP DATO SERI DATANG LAGI NANTI(BOLEH JADI KELUARGA ANGKAT)..SAYA TIDAK BERKESEMPATAN BALIK KERANA ADA SESI LATIHAN BERSAMA PASUKAN LUMBA MOTOR SAYA DI SEPANG.
    UNTUK PENGETAHUAN IBU MERTUA & BAPA MERTUA SAYA ADALAH PENYOKONG KUAT BARISAN NASIONAL. SAYA SENTIASA MENDOAKAN KEMENANGAN BN DI HULU SELNAGOR NANTI

    ReplyDelete
  21. saudara musang, jemput pulang ke kampung sempena pilihan raya ni mungkin kita boleh berjumpa. saya juga mungkin akan bertemu beberapa kumpulan anak muda termasuk dimaklumkan ada kumpulan motorcross di sana.

    ReplyDelete
  22. saudara Rocky,

    tidak mengapa. ramai yang tidak berminat memberi komen tetapi mereka membaca.

    ReplyDelete
  23. jgn nak merepek...ricky...kalau tak de blogger ni lagi la bn bungkus cepat....

    bukan semua blogger boleh turun padang sentiasa....mereka pun ada peranan gak...blogger ni bukan ada kepentingan sangat melainkan mereka cakap dari apa yg mereka rasa...selebihnya pemimpin kena la pandai memahami denyut nadi rakyat....terpulang mereka pemimpin..mereka boleh buat keputusan..!

    betul apa yg ds kata..saya hari2 buka...teruskan perjuangan...pemimpin ada beberapa kerat je lagi yg tinggal saki baki seangkatan dengan ds ni....yg lain masih muda dan baru nak menonjolkan diri....saya harap ds teruskan cara yg ds lakukan bila bertemu masyarakat sekarang...

    santai...simple....mesra dgn masyarakat...dan makan seperti apa yg mereka pun makan....tahniah...ds ada berubah...inilah pemimpin yg saya boleh terima..pemimpin yg berani berubah...bukan parti yg kena diubah..!
    tolong jgn desak rakyat terpaksa ubah parti..amat perit azabnye....untuk negara..!

    semua dalam tangan pemimpin yg ada sekarang....kalau mampu bangkit kembali bermakna..pemimpin sekarang berjaya..jika sebaliknya bermakna mereka masih beriotorik bila berhadapan dengan rakyat..

    ReplyDelete
  24. Pemikir memberi pandangan dan arah. Kita - kia lah memikirkan bagaimana cara memanfaat perkara yang baik.Penyesalan kemudian tiada erti nya.Pahit dirasa adalah obat, pahit itu membatas nafsu. Manis sedap dirasa tapi racun berbisa, kalau ia nya berlebihan.

    ReplyDelete
  25. DS HOPE DS DAPAT BERIKAN TARIKH,MASA & TEMPAT DS INGIN TURUN NANTI..SAYA AKAN TURUN SAMA DENGAN GENG2 RACING TEAM SAYA..ITU PUN JIKA TIADA SESI LATIHAN DENGAN RACING TEAM SAYA..KERANA MASA DBERIKAN SEPANG CIRCUIT AGAK TERHAD IAITU 2JAM SAHAJA.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,

    Izinkan saya melontarkan pandangan.

    1. Setuju dengan DS, pendapatan tinggi tidak semestinya kualiti hidup lebih baik. pendapatan tinggi tapi keperluan asas juga mahal. Apa gunanya?Aspek ini perlu difikirkan.Pandangan rakan dr Timur Tengah - keperluan asas lebih murah d negaranya, rakyat x dikenakan cukai. Bayangkan ini di Malaysia. How do they do it? cukai tinggi dikenakan kepada korp/MNC(Multi National Company). Iraq at one point, dikatakan bagi duit kepada warga yang nak melancong. Kebenarannya, saya kurang pasti.

    2. Ekonomi pendapatan tinggi-> rakyat pendapatan tinggi ->rakyat gaji mahal. Kalau dilihat yang berpendapatan tinggi rata2, adalah businessman, 90% rezeki dr perniagaan kata Rasulullah s.w.t. Kita harus banyakkan golongan ini, bagaimana? If u ask me, support those malay capable of being top in the value chain, pegi cari supplier murah di negara pengeluar dan supply kepada contractor Bumi disini.

    I rest my case

    BIJON

    ReplyDelete