Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 4, 2010

Catatan Kecil: Perkauman, Keadilan dan Kesejahteraan

Perkauman
1. Berhubung tulisan saya yang lalu, dua orang pemimpin kanan parti komponen yang mewakili kaum Cina, iaitu Timbalan Presiden Gerakan dan Naib Presiden MCA menuduh saya bersikap perkauman atau rasis. Beberapa komentator di blog ini juga membuat tanggapan yang hampir serupa.

2. Saya tidak faham mengapa pula dengan membuat rumusan bahawa merosotnya sokongan kaum Cina kepada BN sebagai satu isyarat agar Perdana Menteri mengkaji semula polisi-polisi seperti 1 Malaysia dan Model Ekonomi Baru boleh dianggap sebagai bersifat rasis. BN harus mencari jalan menarik sokongan pengundi. Jika polisi sedia ada tidak mendapat sokongan maka ia harus dikaji semula. Apakah ini dianggap rasis?

3. Saya tidak pernah menyatakan supaya BN menghukum pengundi Cina atau menarik balik bantuan kepada kaum Cina hanya kerana mereka tidak menyokong BN. Sesiapa juga tidak boleh marah kaum Cina jika mereka tidak mengundi BN kerana itu adalah hak mereka sebagai rakyat negara ini. Semua orang mengundi atas sebab dan kepentingan tertentu. Ini adalah hakikat yang perlu diterima.

4. Apa yang saya nyatakan juga ialah satu pandangan bahawa sokongan kaum Cina kepada PKR merupakan satu usaha mengukuhkan DAP di Selangor bagi menguatkan kuasa kaum Cina. Jika MCA dan Gerakan mempunyai pandangan yang lain mereka juga boleh nyatakan. Tapi anehnya serangan politik saya terhadap DAP, MCA dan Gerakan pula yang melenting.

5. MCA dan Gerakan bertanggungjawab memberi penerangan dan penjelasan kepada generasi muda kaum Cina mengenai konsep Barisan Nasional dan juga konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini. Apakah ini dilakukan hari ini? Berapa ramai anak muda kaum Cina memahami dan menghayati konsep ini? Apa yang saya dapati kebanyakan anak muda Cina sekarang terpisah jauh daripada akar sejarah pembentukan negara ini dan mudah dihasut oleh DAP.

6. Mengapa mudah sekali melabelkan orang Melayu bersikap rasis hanya kerana membicarakan kepentingan Melayu tetapi tidak pula dianggap bersikap rasis jika kaum bukan Melayu bercakap mengenai kepentingan kaum mereka?

7. Saya juga mendapati ada kecenderungan MCA dan Gerakan menyalahkan Perkasa atas kemerosotan sokongan kaum Cina. Perkasa bukan entiti Barisan Nasional mahu pun UMNO. Kumpulan mereka terdiri daripada orang Melayu pelbagai lapisan umur dan fahaman politik termasuk NGO-NGO Melayu yang cenderung kepada Pas dan PKR sebelum ini.
8. Justeru itu, MCA dan Gerakan sepatutnya turun ke bawah menerangkan kepada pengundi Cina bahawa Perkasa adalah NGO Melayu yang tiada kena mengena dengan BN, sama seperti Dong Jia Zhong dan lain-lain pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina. Apakah dengan adanya hubungan MCA dan Gerakan dengan pertubuhan ini maka orang Melayu dan UMNO tidak akan mengundi calon BN dari MCA?

9. Soalnya sanggupkah MCA dan Gerakan menjadi parti yang mengimbangi antara kehendak kaum Cina dan kepentingan semua kaum dan negara dengan turun ke bawah membawa penjelasan yang rasional? Atau MCA dan Gerakan juga sekadar mahu menarik sokongan kaum Cina dengan menjadi juara kepentingan kaum sahaja seperti DAP?

Keadilan

10. Saya bersimpati dengan kejadian yang menimpa adik Amirulrasyid Amzah yang ditembak oleh pihak polis beberapa hari lalu. Tiada keluarga yang akan dapat menerima pemergian seumpama itu bagi anak berusia 15 tahun ini. Malahan Saya percaya anggota polis terbabit juga turut bersedih dengan kejadian tersebut.

11. Namun adalah sangat tidak wajar kesedihan ini dijadikan isu politik oleh beberapa ahli politik yang mahu mencari publisiti bukannya keadilan. Jika keadilan yang mahu dicari maka biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan terlebih dahulu, maka jika tidak berpuas hati tuntutlah diadakan suruhanjaya diraja sekalipun.

12. Ketika kita tidak mahu nama allahyarham "dihukum" sebelum penyiasatan selesai, anggota polis terbabit dan seluruh pasukan Polis tidak sewajarnya dicemuh dan diburukkan sebelum terbukti siapa benar.

13. Sikap pemimpin politik Pakatan yang mahu mengadakan perbicaraan dan penghakiman melalui media (trial by media) sangat tidak munasabah dan tidak wajar.

14. Saya berharap keluarga allahyarham adik Aminurasyid bersabar menanti siasatan selesai dan tidak terpengaruh dengan hasutan-hasutan pemimpin politik yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas tragedi yang menimpa keluarga mereka. YAB Perdana Menteri sendiri telah berjanji bahawa semua siasatan akan dijalankan secara telus dan adil.

Kesejahteraan

15. Kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada cadangan Asas Serba Sdn. Bhd. (Asas Serba) untuk mengambil alih semua konsesi tol di negara ini.

16. Kadar tol yang tinggi merupakan antara punca kemarahan rakyat kepada BN dalam pilihan raya lalu. Jika syarikat ini mampu menurunkan kadar tol sehingga 20%, menjanjikan tiada kenaikan tol dalam tempoh yang panjang dan memansuhkan semua tuntutan subsidi kerajaan maka ia harus diberi peluang melaksanankannya.

17. Tidak penting siapa di belakang syarikat ini. Asalkan ia mampu melaksanakan segala janjinya maka ia harus diberi peluang. Ini bukan sahaja akan mengurangkan beban kewangan kerajaan malah beban politik BN.

18. Cuma saya berharap perlu ada perjanjian bahawa jika syarikat ini gagal melaksanakan janji mereka maka kerajaan dibenarkan mengambil alih semula konsesi ini tanpa sebarang kos. Kita tidak mahu pada masa akan datang kerajaan terpaksa mengeluarkan kos berbilion ringgit untuk "menyelamatkan" (bail out) syarikat ini jika ia rugi.

19. Saya berharap kemelut tol ini dapat diselesaikan demi kesejahteraan rakyat.

27 comments:

  1. Mca dan Gerakan harus di peringatkan selalu tentang fungsi mereka sebagai ahli komponen BN.Mrk tidak harus terus menjadi penumpang kepada usaha Umno sahaja untuk memenangi hati kaum mereka .Dan paling ditakuti,Mca dan Gerakan yang ada hari ini adalah 'alat'DAP dan kaum cina untuk satu agenda yang sama.Jangan sampai menggunting dalam lipatan...

    ReplyDelete
  2. MCA, Gerakan.
    instead of betul kan kesilapan sendiri.
    mantapkan perjuangan sendiri, telah meilih untuk menyalahkan segala keatas UMNO.
    in fact, perpaduan antara parti DAP / PKR / PAS adalah lebih baik, berbanding BN.
    ini dapat dilihat dalam kempen di Hulu Selangor.
    sementara di pihak BN, hanya UMNO yg kelihatan beriya iya untuk menang, sementara MCA, MIC, Gerakan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.
    malah, MIC pula hampir memboikot pilihanraya berkenaan.
    adakah kita masih memerlukan rakan yg menikam dari belakang seperti mereka mereka ini?

    ReplyDelete
  3. DS Khir,
    Memang orang Melayu ini menjadi bahan belasahan di negara sendiri, di tanah air sendiri. Bila kita bercakap hak ketuanan Melayu..kita rasis, bila kita bercakap hak orang Melayu..kita rasis, Bila kita cakap Orang Cina tolak UMNO..kita rasis, Bila kita kata Cina tak berterima kasih..kita rasis, bila kita cakap kita dah berkorban kasi kerakyatan kepada mereka..kita rasis.
    Tetapi..bila mereka berkata..itu adalah hak mereka... Apalah yang adilnya..saya pun tak tahu. Bagi saya, Adil..adalah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.
    Sekarang saya nak mintak sikit saje dari Orang Cina dan India di Malaysia..
    1. Mereka mesti bersekolah di sekolah kebangsaan.
    2. Mereka mesti fasih berbahasa Melayu
    3. Kita bagi kerakyatan lagi sekali kepada pendatang dan pekerja asing berugama Islam yang sudah bermastautin di sini.

    Jawapannya pasti TIDAK..dan kita rasis...

    Kesiannya Melayu...dah dihimpit begini pun masih nak berpecah...

    ReplyDelete
  4. memang la betul ..macam gunting dalam lipatan
    persoalannya...berani ke umno berjuang sorang2...mca/mic/gerakan pun tahu umno perlu sokongan dari mereka....

    apa umno nak buat?....berjuang sorang2....lingkup pru13 nanti...sah pakatan rakyat akan memerintah dan sahlah DAP berjaya mengambil alih kuasa UMNO ...dengan bantuan kuda tunggangannya melalui PAS dan PKR....

    DUNIA dah nak terbalik....

    saya rasa umno perlu berjuang bersungguh2 menarik hampir semua orang melayu agar menyokong umno dan menidakkan undi kepada PAS atau PKR.....ini adalah satu lagi jalan selamat dan beranikah umno meletakkan calonnya dikawasan kouta mca/gerakan/mic....

    bn kan setia kawan...walaupun kawan tu boleh makan kawan....mca/gerakan jangan main wayang la...cakap tapi hasil untuk menarik kaum cina langsung tak nampak kesan...

    tak pun bagi la PAS jawatan timbalan menteri dan sebahagian hak umno bagi pada PAS ...APA NAK BERKIRA ZAMAN SEKARANG...DAH 50 TAHUN DAH UMNO + PAS MENGARUT......NI LAH MASA KITA BERSATU.....LUPAKAN YG SUDAH.....SAYA SOKONG 100% WALAUPUN ADAKALA KITA BERGADUH SESAMA KITA....

    SEBAGAI RAKYAT SAYA SANGGUP BERI PADA PAS DARI BERI Pada puak gunting dalam lipatan ini....tu pun kalau mca/gerakan masih main wayang cina...!

    ReplyDelete
  5. Bagi kaum Cina, semua rasis. Saya rasa perkataan rasis ni sengaja digembargemburkan untuk mewujudkan rasa bersalah org Melayu terhadap mereka dan boleh mereka demand benda bukan2. UMNO letak calon India, majoriti Melayu sokong, sapa rasis? Cina hanya sokong DAP kerana DAP rasis, MCA dianggap ikut telunjuk UMNO. Sapa rasis? Rasis ni invention Cina utk mewujudkan rasa bersalah pemimpin UMNO mcm holocoust dicipta oleh Jew utk mewujudkan rasa bersalah eropah terhadap jew

    ReplyDelete
  6. Perangai orang-orang CINA MALAYSIA kini sudah semacam perangai orang-orang YAHUDI ZIONIS.

    Sebagaimana kita tahu, orang-orang Yahudi Zionis dan Israel tidak boleh ditegur, dikritik apatah lagi dikutuk. Sebaik saja Yahudi Zionis atau Israel ditegur, dikritik atau dikutuk, maka si penegur, pengkritik dan pengutuk serta merta dilabel ANTI-SEMITIK.

    Anti-Semitisme dianggap sebabagai fahaman perkauman anti-Yahudi. Label anti-Semitik ini sangat digeruni dan ditakuti oleh negara-negara Judeo-Kristian khususnya negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Canada, Australia dan negara-negara Eropah. Tidak ada sesiapa pun orang Kristian di negara-negara Barat yang mahu dilabel anti-Semitik kerana label ini sangat "politically incorrect" (salah politik) dan dianggap telah melakukan dosa besar jika telah dilabel anti-Semitik. Dan dosa dilabel sebagai anti-Semitik (anti-Yahudi) bagi orang-orang Kristian di Barat ini lebih besar dari dosa menderhaka kepada Tuhan atau dosa apostasi (keluar agama Kristian)..

    Atas alasan ini ISRAEL, YAHUDI ZIONIS dan penyokong mereka bermaharajalela menindas dan menzalimi rakyat PALESTIN (termasuk rakyat Palestin yang beragama Kristian) kerana tidak ada negara Barat dan pemimpinnya yang berani mengutuk Israel kerana amat takut dan gerun dilabel "ANTI-SEMITIK" (anti-Yahudi)

    Yang lebih menyakitkan kita, Zionis Yahudi, Israel serta penokong mereka pula bebas berkelakuan ANTI-ARAB, ANTI-PALESTIN dan ANTI-ISLAM tanpa sesiapa yang berani menuduh mereka racist atai perkauman..

    Orang-orang Cina Malaysia nampaknya sudah mahu meniru gaya Yahudi Zionis dengan memaksa orang Melayu merasa bersalah apabila menegur, mengkritik dan mengutuk orang Cina. Saya merasa topik mengenai kenapa orang-orang Cina tidak lagi menyokong BN sebagai satu topik yang sah dan legitimate untuk dibahaskan tanpa perlu dianggap sebagai racist anti-Cina.

    Apa pun, kita jangan sekali-sekali membenarkan orang-orang Cina berperangai seperti Yahudi di Malaysia. Ini Malaysia, bukannya Israel dan mereka orang-orang Cina adalah Cina dan bukannya Yahudi. Maka kita orang-orang Melayu tidak perlu merasa bersalah menegur, mengkritik bahkan mengutuk orang-orang Cina selagi kita tidak melanggar etika hubungan kaum.

    Kenapa orang-orang Cina bebas menegur, mengkritik dan mengutuk orang Melayu tapi cuba menutup mulut orang Melayu dari melakukan perkara yang sama terhadap mereka? Kita dapati hari ini untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu yang legal yang terkandung dalam Perlembagaan pun orang Melayu dicap racist sedangkan mereka orang-orang Cina bebas mencabar apa saja hak-hak orang Melayu sewenang-wenangnya. Kita bukannya meminta orang Cina diusir balik ke China atau meminta sekolah Cina di tutup atau meminta hak mengundi orang Cina ditarik tetapi sekadar membincang kenapa orang-orang Cina tidak mahu mengundi BN.

    Kalau macam ini sikap MCA atau Gerakan, mungkin saya sebagai pengundi Melayu nanti akan memboikot calon-calon BN berbangsa Cina. Kawasan mengundi saya selalunya ditarung oleh calon MCA dan calon DAP, kedua-duanya berbangsa Cina. Di PRU13 nanti, mungkin saya akan pangkah kedua-dua sekali dan sengaja rosakkan undi saya...

    ReplyDelete
  7. dear ex mb,
    i m with you on most of these issues.in the
    matter of the shooting,can you imagine how scary the parents in shah alam are.i can just see mom
    telling their kids'becareful...lots of police
    out there...they may kill you!'NOT GOOD.
    on asas serba,why in the world would they be
    able to do this?mathematically,it is not feasible
    and we know it.you mean doing like airasia where
    you dont pay tax till it hits 18billion?
    mca,mic,ppp,gerakan are finished.pr campaign
    on 'need' based n these are largely poor malay in
    malaysia.malay are protected.
    here's what is terrible:

    PKR MB Selangor now really really sucks!he
    do not know how to make money.only know how to
    give.Real crap MB.

    ReplyDelete
  8. DSKT,

    Saya berpendapat bahawa UMNO sedang di dalam proses mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan orang Melayu melalui Perkasa. UMNO terpaksa berbuat begini kerana merosotnya pegangan mereka di kalangan orang Melayu selepas pilihanraya March 2008. Di samping itu, kemerosotan yang amat mendadak di kalangan orang Cina dan India yang mengalihkan sokongan padu mereka kepada Pakatan Rakyat memaksa UMNO berlaku "adil" dengan konsep Satu Malaysia. Konsep Satu Malaysia ini adalah angan-angan yang ditiupkan oleh UMNO BN agar sokongan Cina dan India kembali pulih. Malahn UMNO terpaksa menjaja Konsep Satu Malaysia kerana orang Cina, India dan segelintir orang Melayu mula berdamping erat dengan Konsep Ketuanan Rakyat yang dikenalkan oleh Pakatan Rakyat. Harus kita menerima hakikat bahawa New Economy Model adalah serupa dengan manifesto Pakatan Rakyat. Pada hemat orang Cina, NEM ini adalah pembersih mata semata-mata yang tidak akan direalisasikan oleh UMNO. Mungkin orang India termakan dengan janji-janji manis UMNO BN tetapi orang Cina lebih berfikiran jauh di dalam hal politik negara dan mereka lebih realistik dengan keadaan semasa. MCA dan Gerakan adalah parti politik yang tidak begitu kukuh lagi kedudukan mereka di dalam BN. Pemimpin-pemimpin mereka terutamanya di dalam Gerakan sudah seperti hidup segan mati tak mahu di dalam bidang politik negara. Sementara pemimpin MCA terumbang-ambing kedudukan mereka kerana politik dalaman dan kes-kes rasuah. Mereka semua terhutang budi kepada UMNO dan segan memperjuangkan hak Cina. Mahu tidak orang Cina terpaksa memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang menjanjikan konsep Ketuanan Rakyat dan hak sama-rata antara rakyat Malaysia.

    Konsep-konsep perkauman seperti NEP dan sebagainya sudah tidak laku lagi di era globalasasi sekarang. Lihatlah kompetitif ekonomi negara malaysia berbanding dengan negara di rantau Asia Tenggara selain dari Cambodia, Laos dan Vietnam. Jenuh kita mendengar ucapan dari pemimpin-pemimpin negara termasuk DS yang kononnya ingin Malaysia maju di persada antarabangsa tetapi kesemua ucapan ini adalah retorik semata-mata untuk menghabiskan masa untuk berucap. Fakta-fakta dari World Bank dan badan ekonomi antarabangsa sudah menunjukkan kepada semua bahawa kompetitif Malaysia amat ketinggalan sekarang. Tahap penggunaan Bahasa Inggeris begitu merosot sekali. Sistem pembelajaran yang diamalkan oleh negara kita gagal dan kepincangan ketara sudah mula dilihat.

    "We should not live in denial and bite the bullet to improve along with international community. We have lost our competitiveness in all aspects and yet Malaysian leaders are locked in menial political rhetorics so as to solidify their respective positions. After 53 years of Independence, political leaders in Malaysia are still fighting along racial lines and that's the true recipe for disaster"

    Ini adalah apa yang diungkapkan oleh seorang pemimpin di Stanford University tidak lama dahulu.

    Benarkah pandangan beliau?

    DS, bangkitlah dan mula hidup di dalam zaman yang baru ini. Juadah politik yang diamalkan oleh DS dan pemimpin UMNO BN sudah lapuk tetapi hanya dapat meraih sokongan orang Melayu. Tetapi ini adalah hitungan jangka pendek.

    Dunia sudah berubah!

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Buat DS dan semua blogger, harap semua sihat dan minda cergas..

    Nampaknya perpaduan yang kita cari di dalam pilihanraya Hulu Selangor tidak seperti yang diharapkan malah umpama 'bisul' yang dah mulai masak.. Isu perkauman yang menjadi 'duri dalam daging' di negara berbilang bangsa seperti Malaysia ini memang mudah di'usik' dan di'petik', sayangnya ada yang masih 'buta hati' atau saja buat buta..

    "Jiran yang buang najis ke dalam rumah, kita yang serumah pula bergaduh sesama sendiri..."

    Dari dulu pun nampak sangat orang melayu kita nie kalo bergaduh sesama sendiri, sibuk la panggil org luar mcm Inggeris jd org tengah, akhirnya terus dijajah.. Rela ke jadi lagi pada zaman kita sekarang?

    Satu lagi contoh kalau org Melayu BN / PR yang lompat ke parti lawan sudah lah kena maki hamun dari bangsa sendiri, ada pula yang bukan Melayu nie pun tumpang semangkuk ikut mencaci, tapi kalau lah ada pemimpin bukan Melayu BN yang masuk
    ke PR ada dia dpt makian yang serupa dari bangsanya sendiri? Tidak, malah dapat ucapan selamat maju jaya lagi dari rakan2 di dalam parti lama...

    Mmg betul apa yg diperkata oleh blogger sebelum ini biarpun mereka tidur lain2 bantal, tapi mimpi mereka tetap sama.. Nampak lebih baik dari kongsi bantal, mimpi lain2.. lepas tu kalo mimpi terganggu disebabkan tergelincir dari perkongsian bantal, habis pulak dengan tilam serta kelambu pula dibakar..

    ReplyDelete
  10. DsKt, hari ini disekitar shah alam terutamanya di Seksyen 18 dan 16, tergantung bunting di laluan masuk masjid gambar arwah adik amirulrasyid. PAS menjaja isu ini demi sokongan politik tanpa memikirkan kesedihan keluarga arwah. Inilah tahap politik islam yang diamalkan oleh pas.

    ReplyDelete
  11. Salam DS,
    Saya amat bersetuju dgn cadangan DS mengenai isu pengambilalihan Syarikat Tol,akan tetapi perkara ni perlu dibuka Tender kepada semua syarikat yg mampu mengendalikannya malah kosnya boleh terbuka ditender oleh syarikat2 tersebut...BUKANNYA MELALUI SATU SYARIKAT!!!!Kerana ini boleh menaikan kepentingan saham Plus kepada para pelabur dan package nya boleh lebih menarik lagi!!!
    INI ADALAH HASRAT RAKYAT DAN INILAH MASANYA RAKYAT DIDAHULUKAN!

    Sekian

    ReplyDelete
  12. Wahai bangsa melayu yang mengatakan mereka ini bangsa terunggul di muka bumi Malaysia, sedarlah anda bahawa orang Melayu telah menyerahkan kedaulatan 2 wilayah laut yang kaya kepada negara asing tanpa imbuhan yang sewajarnya cuma berdasarkan kepada alasan menang-menang. Namun realitinya negara jiran yang menang dan Malaysia yang kalah. Siapakah orang Melayu tersebut. Mereka adalah pemimpin UMNO. Siapa UMNO? Lah parti yang menghunus keris dan yang menjerit hidup melayu sedangkan di dalamnya ramai juga yang makan tosai dan capati. Mengikut perlembagaan negara ini (Malaysialah, bukan tanah kelahiran ayah Khir), sesiapa yang menyerahkan mana-mana wilayah samada di darat mahupun di laut kepada negara asing tanpa paksaan, mereka adalah penderhaka dan pengkhianat. Tidak begitu Khir? Oleh yang demikian UMNO adalah parti yang dipenuhi oleh penderhaka dan pengkhianat? Tidak begitu Khir. Rasa-rasa Khir UMNO ini lebih baik atau lebih buruk sifatnya daripada PKM? Setahu saya PKM tidak mencatat untuk mengsedekahkan wilayahnya kepada negara asing sedangkan UMNO suka bersedekah. Malangnya sedekah pada orang kaya. Pelikan orang miskin sedekah kepada orang kaya. Dunia nak kiamat kot. Betul tak Khir. Apa-apapun saya selaku rakyat negara yang tiada kepartian akan mendoakan UMNO dan BN dihapuskan dari mukabumi Malaysia kerana kederhakaannya pada bumi ini. Apa-apapun Khir berani ka menterbit ayat-ayat ini serta menjawabnya. Saya pun tak harap sangat kalau Khir membiarkan kata-kata ini menjadi tatapan umum kerana saya tahu kalau penderhaka dia akan menyembunyikan sifat-sifat penderhakaannya. Lebih kurang sama dengan pengamal rasuah. Betul kan.

    ReplyDelete
  13. Salam DKHT

    Apa yang saya nampak kebanyakan ahli parlimen dan dun dari MCA datang dari kerusi majoriti melayu atau campuran dimana peratus pengundi melayunya tinggi.Di kawasan majoriti cina yang besar kebanyakannya atau hampir semua kalah teruk kepada DAP.So kekuatan MCA sekarang boleh dikatakan ihsan orang Melayu yang dikatakan rasis tu.Bayangkan jika orang melayu tak suka MCA sebagaimana mereka tak suka DAP.Kawasan Mana MCA nak bertanding dan menang dan seterusnya nak jadi menteri.

    ReplyDelete
  14. salam....

    nak buat macamana dato'...kaum cina baik dari DAP,MCA dan gerakkan,mereka kaum 'terpelajar'
    dari semua sudut...perniagaan,berpersatuan dan
    kesatuan...kalaupun ada cina di dlm PKR sekalipun
    sifat dan sikap tetap kepada spirit kecinaannya..

    segelintirnya 'seng orah-orah' merekapun tiada kurangnya terhadap kaum lain..

    binalah kekuatan luar dan dalam kita...
    apakah kita tiada panduan?

    ReplyDelete
  15. Assalamu alaikum DS Dr Khir

    Saya bersetuju dengan pandangan DS dalam isu yang pertama. Malahan saya juga telah menukilkan maklum balas yang telah saya terima daripada seorang sahabat mengenai (salah satu) sebab kekalahan teruk parti komponen BN bukan UMNO di dalam PRU13 yang lepas. Sesungguhnya adalah tidak wajar kita menyorokkan kelemahan diri di belakang tudingan jari terhadap pihak lain.

    Dalam isu kejadian yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid pula, saya berasakan bahawa kedua-dua pihak di dalam pertelingkahan ini perlu bersabar tanpa membuat spekulasi. Pihak PDRM turut perlu memastikan integriti mereka dijaga dengan tidak cuba membuat kenyataan 'pre-emptive' yang boleh membiaskan persepsi masyarakat.

    Mengenai isu pengambilalihan konsesi tol oleh Asas Serba, saya berharap agar kerajaan mengambil sikap telus dan terbuka bagi mengkaji cadangan ini. Lebih molek, sebuah Jawatankuasa Peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri diwujudkan bagi menentukan dasar terhadap kertas cadangan pengambilalihan konsesi tol ini. Usahlah kita mengambil pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' yang bakal merugikan kita.


    Ikhlas
    AAAA

    ReplyDelete
  16. "Mengapa mudah sekali melabelkan orang Melayu bersikap rasis hanya kerana membicarakan kepentingan Melayu tetapi tidak pula dianggap bersikap rasis jika kaum bukan Melayu bercakap mengenai kepentingan kaum mereka?"

    DMKT dan para penjawab,

    Kalau kita menganggap bahawa semua orang Cina mempunyai sesuatu sifat, umpamanya sifat tamak haloba, meminta yang bukan-bukan, irrasional, dan sebagainya, ini adalah sejenis "stereotyping" dan tidak adil kepada semua yang dilabel dalam kategori orang Cina. Kalau memang ada individu yang mengkritik orang Melayu dengan unsur stereotyping, patutkah kita sama-sama menutup pemikiran kita dan mengkritik balik? Ini perjuangan yang tiada tamatnya. Sebaliknya, adalah lebih baik meneliti masalah sosioekonomik yang benar-benar melanda orang di kawasan luar bandar--tak kira Melayu, Cina atau India. Kerana masalah sekarang ramai yang miskin. Kalau UMNO dan para ahli UMNO tak berjaya mengeluarkan diri dari perspektif memperjuangkan hak Melayu sehingga isu-isu sosioekonomik orang Cina dan India diketepikan, buruk padahnya pada masa akan datang. Kita perlu prihatin sedikit akan masalah yang benar-benar melanda masyarakat pelbagai kaum ini. Kalau tak, memang adalah hak kaum lain tidak lagi menyokong BN dan mengundi parti lain. Kalau mahu menang pilihan raya berikutnya, perlulah kita ini bergempur sedikit mengaji masalah sosioekonomik sebenar dan bukan setakat mengungkit-ungkit retorik hak Melayu dan pendatang Cina kerana ini hanya mengasingkan penyokong Cina BN. Penyokong sebenar BN akan membantu BN keluar dari imej rasis yang telah dibina oleh retorik mereka sendiri.

    ReplyDelete
  17. Kepada Othman3748; Tuesday, May 4, 9:22:00 PM, bolehkah anda lebih sopan ketika memberi komen. Jgn libatkan ayahanda DSKT. Ingat! anda mungkin melayu...jgn kurang ajar ketika memasuki rumah orang...
    Dlm post sebelum ini pun ada yg cuba melibatkan ayahanda DSKT....(rujuk perakmalaysia Tuesday, April 27, 2010 8:35:00 PM GMT+08:00)

    ReplyDelete
  18. RM50 billion, banyaknya sumber duit syarikat tu...!!!

    ReplyDelete
  19. semakin lama semakin kusut melihat perkembangan masyarakat kita....mungkin ini adalah satu petanda pemimpin melayu (umno@pas) buka lembaran baru yg selama ini tertutup rapat...mungkin!?

    semua ini membuat orang bawahan susah dan letih untuk mempertahankan sesuatu yg entah tidak tahu apa yg ada dalam setiap pemikiran orang umno dan orang pas.....semua menegakkan edialogi mengikut skrip masing2...dan hampir tiada kemahiran untuk kita berkompromi..tu yg pelik nye!

    cubalah pemimpin umno + pas buat sesuatu yg menenangkan kembali keamanan politik kita hari ini.....

    saya PRO-umno tetapi saya tidak gembira dengan apa yg berlaku diantara umno & pas.....

    MELAYU KITA TIDAK KUAT...DAN TIDAK MEMBANGGAKAN UNTUK BERPOLITIK TERUS-TERUSAN BERSETERU SEBEGINI.....

    PAS SEKARANG BUKAN PAS ZAMAN ARWAH UST FADZHIL NOOR.....PAS VERSI ZAMAN HUSAM MUSA/HASAN ALI ADALAH SAMA JE MACAM APA YG ADA DALAM UMNO....JADI CUKUPLAH TU....RAKYAT MUAK DAH NENGOK PEMIMPIN MELAYU BERPOLITIK SEHINGGA BAKAL MERUGIKAN APA YG ADA SELAMA INI PADA ORANG MELAYU....HARAP DS KHIR DAPAT MELAKUKAN SESUATU YG MENJURUS KEPADA KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAHULU....

    p/s: saya optimus kemungkinan apa yg diharapkan pas&umno berdamai sukar dilaksanakan...dan ini akan menyebabkan pru13 BN BERKEMUNGKINAN AKAN HILANG KUASA ......INI BERMAKNA POLITIK NEGARA KAN TERUS PANAS SEHINGGA PRU14....DAN MUNGKIN KETIKA ITU BARULAH UMNO&PAS MULA BERGERAK KOT.....PERSOLANNYA NAK KE TUNGGU SAMPAI 10/15 TAHUN BARU NAK BERUBAH.!...

    ReplyDelete
  20. DS Khir,8.

    DS buat kenyataan: "Justeru itu, MCA dan Gerakan sepatutnya turun ke bawah menerangkan kepada pengundi Cina bahawa Perkasa adalah NGO Melayu yang tiada kena mengena dengan BN....."

    Komen saya:

    Saya AMAT TIDAK BERSETUJU dengan pendekatan 'berselindung' yang DS ambil. Apa maksud DS bahawa Perkasa tidak kena mengena dengan BN? Sedangkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, DS Noh Omar, berada di pentas apabila Perkasa Selangor dilancarkan.

    DS, sekarang bukan lagi masa kita nak bermain WAYANG CINA dengan MCA atau Gerakan. Kalau MCA gagal mewakili kaum Cina, kita wajar mencari badan-badan lain untuk 'reach out' kepada kaum Cina. Sebagaimana DS Najib 'reach out' bekas-bekas penyokong HINDRAF, walaupun MIC kurang bersetuju pada mulanya.

    DS, umat Melayu tidak boleh mengharapkan UMNO sahaja bagi mempertahankan hak-hak Melayu. Peranan NGO-NGO Melayu tidak kurang penting. Malah kewujudan UMNO pada tahun 1946 dulu pun hasil usaha NGO-NGO Melayu...

    Di dalam senario politik sekarang, matlamat UTAMA UMNO seharusnya untuk mendapatkan sekurangnya 80-90% sokongan umat Melayu. Untuk ini, peranan NGO Melayu amat penting demi survival politik Melayu.

    Sekiranya UMNO boleh mendapat sokongan 80-90% pengundi Melayu, percayalah.... MCA dan Gerakan, malah DAP, akan SUJUD kepada UMNO, walaupun 100% kaum Cina menyokong Anwar.

    http://warisantmk.wordpress.com/

    ReplyDelete
  21. Othman3748: Ada benar ada ada tak benar analisis kau. Benar kata kau bahawa ada pemimpin2 Melayu UMNO yang menjual kepentingan orang Melayu dan kepentingan negara Malaysia di masa-masa lepas, tapi UMNO dah pun dihukum dalam PRU13, semoga ia bertaubat dan muhasabah diri

    Persoalannya pula: bagaimana pula pengkhianatan pemimpin2 Melayu PAS dan PKR dalam Pakatan Rosak yang jelas lebih dahsyat dari UMNO di dalam menjual kepentingan orang Melayu dan Islam? Mata kau buta ke? Kau tak nampak ke bagaimana Cina2 dalam DAP menguasai agenda Pakatan Rakyat yang semuanya merugikan bangsa Melayu dan umat Islam?

    Kenapa pula kau sibuk tentang tanah kelahiran bapa Dr Khir Toyo? Apa itu satu kecacatan Khir? Aku tak fikir begitu! Bapa Khir Toyo berasal dari Indonesia, yg merupakan serumpun dengan orang Melayu. Malaysia dan Indonesia dulunya bersatu dalam satu negara di semua zaman sebelum bermula penjajahahn Barat. Dulunya tak dipanggil INDONESIA, MALAYsia, atau PHILIPpines kerana nama-nama ini semuanya ciptaan penjajahan Barat yg memecah-mecah ALAM MELAYU kepada beberapa entiti politik baru yg kini menjadi negara2 baru. Nama Filipina pun diambil dari nama Raja Eropah (Sepanyol), manakala MALAY dalam Malaysia itu sebuah kata Inggeris yg bermaksud Melayu dan dua kata Eropah (Greek) (Indo dan Nesos) menjadi asas nama negara Indonesia. Kalau orang Melayu dari Jawa berhijrah ke Tanah Melayu, dia sekadar bergerak dalam duninya sendiri. Aku rasa kau dah dipengaruhi DAP dan lain2 Cina bhw orang Melayu juga kaum pendatang yg berasal dari Indonesia, satu percubaan utk mendakkan orang Melayu dan sejarahnya..

    Doa kau pula supaya UMNO hancur dari muka bumi juga tak akan dikabul Allah. Bahkan, doa aku supaya Pakatan Rakyat di hapuskan Allah di muka bumi sedang dimakbul Allah! Bermual dari manik-manik kau yg dah mula terurai di Manek Urai pada PRK 2009, hingga ke kekalahan kau di PRK Hulu Selangor serta segala harubiru dan huruhara dalam PR sekarang ini, maka Pakatan kau sedang menuju kehancuran. Aku berdoa semoga Pakatan kau terus terurai dan terburai.

    Tang UMNO pula, aku bersyukur UMNO diberi pengajaran pahit oleh Allah di PRU12 utk mensucikan dosa dan kesombongannya di masa lepas tapi masih diberi Allah kuasa memerintah Malaysia albeit ketiadaan kuasa 2/3 di Parlimen. Allah masih sayangkan UMNO. UMNO di dalam proses pembersihan diri tetapi Pakatan Rakyat semakin kotor kerana berkhianat terhadap bangsa Melayu dan umat islam Malaysia..

    ReplyDelete
  22. UMNO/BN patut tumpu pada undi Melayu dan India saja! Hulu Selangor buktikan bahawa undi Cina tidak diperlukan. Kalau di bina gunung emas di kawasan Cina pun mereka tak akan undi lagi BN. Mereka sudah berkerat rotan, berputus arang dengan UMNO/BN. Orang Cina sangat benci pada UMNO. Tapi itu hak mereka untuk benci itu dan ini, kita tak boleh larang, kita pun benci pada DAP. tapi jangan diikut rentak pengundi Cina ni..

    ReplyDelete
  23. Saya setuju sangat dengan Esperalzi. Tapi saya nak tambah bahawa Cina Malaysia dan Singapura lebih hebat dari Yahudi di Israel. Israel terpaksa membunuh ramai warga palestin dan menyodok rumah warga Palestin untk mendapatkan tanah mereka. Tetapi Cina malaysia tidak payah melakukan semua perkara tersebut, mereka dapat banyak tanah di negara ini dengan tak payah bunuh-bunuh orang tetapi dengan cara buat muka tebal dan merasuah.

    ReplyDelete
  24. tiada sikap pilih kasih atau perkauman dijalankan dalam pentadbiran. pemimpin perlulah adil dalam menunaikan tanggungjawabnya. setiap orang berhak memilih pemimpim masing-masing maka isu rasis ini tidak patut timbul.

    ReplyDelete
  25. Mungkin isu rasis takkan timbul kalau semua pihak saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.

    Apapun saya harap keunikan Malaysia yg mempunyai masyarakat majmuk dapat hidup bersatu utk kebaikan bersama :)

    ReplyDelete
  26. Dato Seri,

    Ya! Saya bersetuju dengan isu hak mengundi adalah hak setiap Manusia yang digelar RAKYAT MALAYSIA. Ya memang kami yang di lahirkan di Bumi Malaysia ini mempunyai Hak masing-masing untuk menentukan siapa yang kami pilih untuk mewakili kami tidak kira BN atau PR...

    Tetapi malangnya ada ahli politik yang akan secara memaksa Kami RAKYAT MALAYSIA memilih atau mengundi parti BN atau PR? Tapi bukankah dalam PERLEMBAGAAN NEGARA setiap Rakyat MALAYSIA mempunyai hak masing2 untuk memilih sesiapa pun yang mereka mahu... Kenapa nak mengugut kaum ini atau kaum itu jika mereka tidak memilih Parti Berkenaan...

    Kami akan memilih sendiri jika Parti Berkenaan telah menunjukkan sifat yang bertolak ansur atau yang betul2 ADIL.... Tapi sayangnya Ahli Politik zaman sekarang tidak lagi berjuang untuk RAKYAT MALAYSIA sebaliknya mengumpat diantara ahli politik masing2...

    Sekian terima kasih

    P/S : (POST-SCRIPT)

    Saya yang akan bermastautin di Brunei Darussalam.. Disebabkan :-

    1. Blok L dan M milik Brunei. (hehehe)
    2. Limbang belum lagi diberikan Hak oleh Brunei.
    (tapi menurut orang Brunei, mereka tidak
    perlu Limbang)
    3. Tiada Cukai pendapatan di Brunei.
    4. Harga minyak petrol RON97 di Brunei adalah
    BND 0.53cent seliter (Duit RM 1.16cent seliter..bayangkan lah harga RON97 di Malaysia)
    5. Tiada cukai untuk Kereta yang dibeli di Brunei.
    6. Cuma ada satu TOL ajer di seluruh BRUNEI itu pun untuk menghalang rakyat Brunei daripada perabih duit brunei ke Miri,Sarawak.
    7. Cuma yang eloknya, kalau lah MALAYSIA seperti ini...kami sure akan undi BN sampai mati....tapi ini adalah cuma impian setiap RAKYAT MALAYSIA...

    ReplyDelete
  27. Yang penting Sabah tidak kehilangan mana-man wilayah.

    ReplyDelete